The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA : RAUDZAH BT MOHD FADZIL
AMBILAN : PPISMP JUN 2021
KELAS : F2K

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 867-3-raudzah, 2022-03-24 13:29:15

TUGASAN 1 BMMB 1104 (PENGHASILAN PRODUK)

NAMA : RAUDZAH BT MOHD FADZIL
AMBILAN : PPISMP JUN 2021
KELAS : F2K

Keywords: PENGENALAN KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TUGASAN 1 : BMMB
1104 (PENGHASILAN

PRODUK)

NAMA : RAUDZAH BT MOHD FADZIL (F2K)

NAMA PENSYARAH : NORMI BT
MOHD DALI

Kesusasteraan Melayu Perkembangan masyarakat
merupakan sebuah hasil yang pesat kini telah mengubah
karya dan rekaan seni yang dan merenggangkan hubungan
diperoleh dalam kalangan sastera dengan kehidupan.
masyarakat Melayu.

TAKRIF KESUSASTERAAN
MELAYU

Perubahan ini telah Sastera yang dahulunya
menyebabkan sastera menjadi hak milik bersama
menjadi satu bidang kini telah berubah menjadi
kegiatan yang tersendiri. kegiatan yang berkaitan
penyataan diri dan hak
cipta.

1) KEINDAHAN CIRI-CIRI 2) MENCERMINKAN
KESUSASTERAAN PENGALAMAN
Gaya dan lenggok bahasa
yang digunakan dalam Pengalaman merujuk kepada
karya sastera bagi tindak balas yang utuh
menunjukkan keindahan daripada jiwa manusia yang
sesebuah hasil karya. digambarkan secara realiti.

Mengandungi keutuhan, Perkataan utuh merujuk
kesesuaian, keseimbangan kepada fikiran, imaginasi dan
dan penekanan. perasaan manakala realiti
merujuk kepada sesuatu yang
boleh memberi kesedaran
kepada manusia.

Kesusasteraan Melayu mempunyai matlamat dan
ditujukan kepada seseorang ataupun sekumpulan
pembaca. Kesusasteraan bersifat positif dan terdiri
dari ciri-ciri yang menggambarkan keunikan sastera
tersebut.

3) PENGALAMAN SENI 4) KARYA SENI

Pembaca boleh memahami Terdiri daripada karya
sesuatu karya berdasarkan sastera dan karya bukan
peristiwa karya yang sastera.
terjadi. pengkarya akan
berpuas hati sekiranya CIRI-CIRI
pembaca boleh memahami KESUSASTERAAN
dan menghayati hasil
karyanya.

i) BERSIFAT FIKSYEN ii) Nilai-Nilai Estetik iii) GAYA BAHASA YANG
KHUSUS
Melalui daya imaginasi dan Membolehkan
pengalaman. Penting pengkarya Karya sastera dan karya
supaya pembaca boleh mengungkapkan isi bukan sastera menggunakan
menghayati dan hati dengan bahasa yang berlainan iaitu
berimaginasi melalui mendalam. karya sastera menggunakan
kenyataan. bahasa yang lebih rumit dan
kreatif untuk menarik minat
pembaca.

JENIS & BENTUK KESUSASTERAAN
Terdiri daripada pelbagai cara kerana masing-masing mempunyai
komponen-komponen tertentu untuk membina pola yang berlainan sebagai
tujuannya tersendiri.
Kesusasteraan Melayu terdiri daripada dua kategori iaitu Kesusasteraan
Melayu Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden.

PUISI TRADISIONAL PUISI MODEN

PROSA TRADISIONAL PROSA MODEN

PROSA TRADISIONAL

Menurut Siti Hajar (2011), tradisional dimaksudkan
serius dan kekal nilainya dan tinggi kualitinya.
Merupakan hasil karya seni yang diungkapkan dengan

bahasa.

Tujuannya bagi menyatukan falsafah pencipta dengan

penerima.

Terdiri daripada dua kategori iaitu sastera rakyat

(lisan) & sastera istana (tulisan).

SASTERA ISTANA (TULISAN)



Sastera Sastera Epik Sastera Panji sastera agama
undang-undang Karya mengenai Cerita-cerita
Bahan kajian Mementingkan kisah tentang kehebatan
dalam sistem ciri pengembaraan, Nabi Muhammad
pemerintahan & kepahlawanan percintaan dan SAW yang
susun lapis & kepewiraan peperangan. menyebarkan
masyarakat yang unggul. Hikayat Cendawan dakwah islam
Undang- Hikayat Amir Putih.
undang Laut Hamzah 3 walaupun
Melaka.
menghadapi
cabaran dan
dugaan.

SASTERA RAKYAT (LISAN)

1 MITOS - cerita yang dianggap
benar-benar terjadi.

2 LAGENDA - cerita yang dianggap benar-
benar terjadi tetapi tidak dianggap suci.

CERITA RAKYAT - Berbentuk prosa tetapi

3 tidak dianggap benar-benar berlaku.

Menurut Annas Ahmad (1998), CERPEN DRAMA
sastera moden tergolong
dalam PROSA MODEN
hasil karya sastera selepas
1800 masihi.

NOVEL

Novel bercorak semangat
kebangsaan
Bercorak kemasyarakatan

i) Pantun iv) Seloka
terdiri daripada dua Menurut Harun Piah (1989),
rangkap, empat rangkap dan 'seloka' bermaksud gurauan,
sebagainya kelucuan atau mengejek.
untuk menghibur, nasihat, contoh : Seloka Badut Politik
meluahkan perasaan dan
sebagainya. PUISI
TRADISIONAL
ii) Gurindam
sebagai satu bentuk iii) Syair
puisi Melayu tradisional
seperti Gurindam Dua Sejenis puisi berlagu
Belas. Contoh : syair martabat
ilmu & Bahaya fitnah

PUISI MODEN

Menurut Hashim Awang(1984), sajak sajak ialah pengungkapan
merupakan puisi baharu yang perasaan dengan perasaan
popular wujud sebagai pilihan yang mengandungi fikiran dan

1 kepada puisi tradisional. 2 tanggapan.

Sajak tidak terikat pada peraturan

3 seperti pemilihan kata, pembinaan
rangkap, baris dan skima rima akhir.

FUNGSI SASTERA
MELAYU

ALAT KRITIKAN
PENDIDIKAN SOSIAL

Untuk memberi pengajaran, Sastera ialah gambaran
nasihat dan pesanan kepada kehidupan manusia yang
masyarakat. mempunyai gaya dan jalan
menjadikan karya sastera sebagai cerita yang berlainan.
suatu bahan yang membawa Mengkritik karya berdasarkan
kesedaran, mengubah pemikiran gaya atau kehidupan dalam
dan menyerap nilai-nilai moral masyarakat.
dalam karya.

FUNGSI SASTERA
MELAYU

HIBURAN DAKWAH

Untuk melahirkan karya sastera Dakwah merupakan proses
yang mewujudkan keseronokan. penyampaian pesan suci tuhan kepada
Hiburan tercipta dengan kata- manusia disebarkan melalui medium
kata indah yang diucapkan, irama saranan.
atau intonasinya dan kebolehan Fungsi dakwah boleh menyembunyikan
karya sastera untuk melahirkan pesan-pesan yang hendak
emosi pembaca. dikomunikasikan kepada khalayak
pembacanya melalui aneka bentuk dan
ragam estetika, metafora, simbol-
simbol, subjek dan objek.

PENGENALAN MANIFESTASI AKAL BUDI
MASYARAKAT MELAYU

Menurut Azman Rahmat et al (2022), Akal budi menggambarkan perlakuan, pemikiran
dan sikap seseorang manusia yang membawa kebijaksanaan dan keindahan jiwa.
Perlakuan, pemikiran dan sikap individu ini ditafsirkan dengan pelbagai jenis antaranya
bentuk penghasilan karya seni seperti seni sastera.
Budi dimaksudkan sebagai tempat perasaan yang memberikan kesedaran,
kepercayaan dan sekongan.
Akal atau pemikiran dimaksudkan sebagai proses seseorang menggunakan fikiran bagi
mencari maksud, membuat pemahaman, mencari idea, membuat keputusan,
menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya.
Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (1969), masyarakat ialah sekumpulan besar manusia
yang hidup saling berhubungan melalui satu tradisi.

Empat aspek utama dalam Meanifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu ialah
pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.

AKAL BUDI DALAM PANTUN

Kalau terpijak pisau belati,
Tentu terluka teramat bisa,
Bahasa yang cantik anugerah ilahi,
berbudi bahasa pusaka bangsa.

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka (2017), budi bahasa ialah sikap seseorang yang
mempunyai nilai budi pekerti, berakhlak dan mempunyai nilai-nilai yang baik. Sikap
berbudi bahasa amat penting untuk diterapkan dalam diri masyarakat agar dapat
mewujudkan sebuah kehidupan masyarakat yang harmoni.

Aspek pemikiran yang terdapat dalam pantun ini ialah melalui bahasa yang tersirat
yang terdapat pada baris pembayang iaitu pisau belati. Pisau belati ialah sejenis pisau
kecil yang tajam yang digunakan oleh kelasi kapal. pembayang ini menunjukkan
bahawa jikalau kita terpijak pisau belati, tentu kita akan mendapat bisa atau harus
menahan kesakitannya. Pisau yang dikatakan bermaksud ketajaman kata-kata oleh
seseorang iaitu sekiranya si penutur mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab, si
penerima atau pendengar akan terasa hati dengan kata-kata itu.

ketinggian akal budi dalam pantun ini menasihatkan kepada masyarakat supaya
mengamalkan sikap berbudi bahasa kepada semua masyarakat kerana masyarakat yang
mengamalkan sikap budi bahasa ini akan melahirkan sebuah bangsa yang harmoni dan
dapat memupuk nilai budi pekerti antara semua bangsa dan kaum.

AKAL BUDI DALAM SYAIR

Sahabat sejati itu abadi,
Tak perlu lagi ku cari,
Andai kita tak bersua lagi,
Alangkah hancurnya hati ini.

Berdasarkan syair yang dipilih, penulis telah berkongsi tentang kisah persahabatan dan betapa
sedihnya hidup jika seorang sahabat itu tiada dalam hidup. Berdasarkan baris yang pertama, penulis
telah menerangkan bahawa ungkapan 'sahabat' itu ialah seorang rakan yang akan bersama dengan
kita untuk selama-lamanya. Sahabat juga merupakan seseorang yang tetap kekal dalam hidup kita
dalam keadaan susah dan senang. Dalam baris kedua, penulis menyatakan bahawa penulis tidak perlu
mencari lagi rakan yang lain kerana penulis bersyukur dengan adanya seorang sahabat sejatinya itu
dalam hidupnya. Dalam baris ketiga dan keempat, penulis juga mengungkapkan bahawa penulis akan
berasa sedih dan hancur hatinya sekiranya tidak bertemu lagi sahabatnya itu.

Semua manusia amat mementingkan dan memerlukan seseorang rakan karib dalam hidupnya. Hal ini
kerana perkataan 'sahabat' itu ialah seseorang yang akan selalu ada tatkala kita susah, senang,
sedih dan tempat meluahkan perasaan.

AKAL BUDI DALAM SELOKA
Aduhai malang, malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang, kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran.


Mudiklah mudik menongkah surut,
Hilir-hilir menongkah pasang,
Ada isteri, isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan.


Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.

Seloka Pak Kaduk ini bertemakan kebodohan iaitu ketidakbolehan untuk berfikir secara logik semasa
melakukan sesuatu atau terus bertindak secara melulu. Hal ini dapat dibuktikan iaitu Pak Kaduk
bertindak tanpa berfikir dahulu kemudian hidupnya ditimpa nasib yang malang.

Manifestasi akal budi masyarakat Melayu yang dapat dilihat dalam seloka ini dalam rangkap yang
pertama ialah sikap masyarakat yang suka membazir. Sikap ini dapat dilihat terhadap watak Pak Kaduk
yang membuang nasi kemudian Pak Kaduk yang malang itu kelaparan. Sikap negatif ini haruslah
ditinggalkan kerana kita tidak sepatutnya membuang makanan atau rezeki.

Pada rangkap kedua pula merujuk kepada sikap individu yang bertindak tanpa berfikir panjang. Sikap ini
digambarkan kepada Pak Pandir yang bertindak kejam kerana dipengaruhi dengan perasaan marah.
Sebagai contoh, Pak Pandir bertindak kejam dengan membunuh isterinya kerana dia terlalu marah akan
isterinya yang selalu menegur sikap kebodohannya itu. Sebagai seorang manusia, kita haruslah sentiasa
berfikir secara rasional dengan apa yang kita lakukan dan perlulah mempunyai sikap yang sabar dalam
diri.

Pada rangkap ketiga merujuk kepada seseorang yang malang dan selalu
mengambil kesempatan terhadap orang lain. Sikap ini dapat dilihat kepada
watak Pak Kaduk. Contohnya, apabila Pak Kaduk belayar untuk meninggalkan
kampungnya, angin berhenti bertiup dan apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh,
angin kembali bertiup. Sikap Pak Kaduk yang selalu mengambil kesempatan
dapat dibuktikan apabila Pak Kaduk pergi menumpang tinggal di rumah orang
lain walaupun dia mempunyai rumahnya sendiri.
Keseluruhan isi seloka Pak Kaduk ialah menyindir dengan tersirat mengenai
sikap masyarakat yang bersikap negatif seperti sikap-sikap negatif yang
diperoleh melalui watak utama iaitu Pak Kaduk.

AKAL BUDI DALAM GURINDAM

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.



Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.



Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.



Bersungguh-sungguh memelihara tangan,

Daripada segala berat dan ringan.



Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi'il yang tidak senonoh.



Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat



Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Akal budi yang terdapat dalam gurindam ini ialah tanggungjawab manusia menjaga
penglihatan. Kita sebagai manusia perlulah menjaga mata atau penglihatan kita daripada
melihat pandangan yang tidak baik. Hal ini kerana jika kita menjaga pandangan kita dengan
baik, sekaligus kita akan dapat menjaga atau menahan nafsu yang tidak diingini.

Akal budi yang terdapat pada rangkap kedua ialah tanggungjawab manusia menjaga
pendengaran. Kita perlulah melindungi telinga kita atau mengelakkan diri daripada
mendengar perkara-perkara tidak baik. Hal ini sedemikian kerana sekiranya telinga kita
dijaga atau digunakan untuk mendengar perkara-perkara yang berfaedah sahaja, berita yang
mengaibkan atau perkara yang tidak sepatutnya kita dengar akan dijauhkan dari kita.

Pemikiran yang seterusnya ialah tanggungjawab manusia menjaga percakapan. Kita perlulah
menjaga mulut kita daripada bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah. Hal ini kerana
apabila kita hanya berbicara perkara yang baik, kita akan dapat mengelakkan diri daripada
mengumpat atau mengaibkan seseorang dan sebagainya.

Pemikiran pada rangkap keempat ialah tanggungjawab seseorang menggunakan tangannya
dengan baik. Kita mestilah menggunakan tangan kita ke arah yang baik supaya dapat
dielakkan daripada melakukan perbuatan yang tidak membawa faedah kepada diri.

Pemikiran dalam rangkap kelima ialah cara makan yang baik iaitu kita janganlah makan
sesuatu sehingga perut kenyang kerana apabila kita terlalu kenyang kita akan menjadi
seorang yang pemalas.

Akal budi dalam rangkap keenam ialah tanggungjawab seseorang dalam menjaga hati dan
perasaan orang lain. Kita hendaklah melakukan perbuatan atau tingkah laku yang baik
sahaja terhadap orang lain kerana untuk mengelakkan orang lain tersinggung atau terasa hati
terhadap sikap kita.

Akal budi dalam rangkap ketujuh ialah tanggungjawab individu dalam memelihara langkah.
Kita perlulah menjaga setiap langkah kita daripada pergi ke tempat yang tidak membawa
faedah agar dapat dielakkan daripada pergi ke tempat yang membawa rugi atau pembalasan
imej atau maruah yang buruk terhadap diri.

Keseluruhan isi yang terdapat dalam Gurindam Dua Belas Fasal Tiga ini
ialah kita sebagai manusia perlulah menjaga semua bahagian pancaindera
kita dengan baik agar dapat membawa manfaat atau faedah kepada kita.
Ketinggian pemikiran Raja Ali Haji dalam Gurindam Dua Belas ini jelas
menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang bijak dalam
menyampaikan sesuatu ilmu dengan bahasa yang indah, sempurna dan bijak
dalam memberikan sesuatu nasihat kepada pembaca agar pembaca dapat
menghayati maksud atau nasihat yang ingin disampaikan olehnya.

SENARAI RUJUKAN

Annas Ahmad. (1988). Sastera Melayu: Lama Dan Baru. Masa Enterprise.

Azman, R., Nazri, Z., Shamsudin, B., Rani, H. & Hasnah, A. (2022). Pengenalan
Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu.Pustaka Al- Ehsan.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2017). Kamus Dewan. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Harun Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hashim Awang. (1984). Kesusasteraan Melayu Dalam Kritikan Dan Sejarah.
Fajar Bakti.

Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu I. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail, Syed Mystafa & Ahmad Subki. (1969). Budaya Dan Pembelajaran.
Penerbit Multimedia.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version