AQIQAH BAYI
PENDAHULUAN
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Cukur jambul bayi adalah amalan sunat yang
disarankan oleh agama islam. Ia bertujuan untuk
membersihkan diri si manja dan mengelakkan
daripada jangkitan penyakit. Upacara atau
tradisi cukur jambul bayi juga sebagai tanda
meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga.
Berbagai cara dan amalan yang dilakukan
sempena upacara cukur jambul ini. Kita juga
dapat mempelajari amalan dan kebaikan
melakukan upacara cukur jambul bayi ini.
ISI KANDUNGAN
❖Pendahuluan
❖Amalan ibadah
❖Hadis cukur jambul
❖Adat semasa majlis cukur jambul
❖Alatan majlis cukur jambul
❖Cara timbang
❖kesimpulan
Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat
melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran
bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran
kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau
belum sihat. Sesetangah tempat memangil adat
melayu ini sebagai “Endoi” di Kedah ,atau “Naik
buaian” di sekitar Kampung Gajah dan Perak
Tengah.
Pangilan bagi menyambut anak lelaki adalah
disebut “Salamun Zakrun” yang bererti “Salam
sejahtera anak lelaki”. Manakala panggilan untuk
menyambut anak perempuan pula disebut
sebagai “Salamun An-Nisa” yang bererti “Salam
sejahtera anak perempuan”.
Hadis cukur jambul bayi
Dari Samurah ibn Jundub,Rasullullah s.a.w.
berkata,
“Setiap anak tertebus dengan aqiqahnya,korban
dilakukan atas namanya pada hari
ketujuh,dicukur kepala dan diberi nama”.
(Hadith Sunan Abu Dawud 2838)
Antara adat semasa majlis cukur jambul
ialah:
❖Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah.
Daging dimasak dan dimakan Bersama-sama
dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh
dijadikan Aqiqah.
❖Bacaan Barzanji atau Marhaban. Satu
bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi
Muhammad.
❖Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias
indah. Di bawah buaian diletakan pisau corek
dan kemenyan berasap. Tali buaian ditarik
oleh kanak-kanak.
❖Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu
lelaki yang sedang membaca Barzanji di
ruang anjung rumah.
❖Beberapa tetamu penting seperti datuk
kepada bayi,imam,ketua kampung dan
bomoh akan merestui dan mengusap jambul
atau kepala bayi tersebut.
Tidak lengkap majlis tanpa bahan dan alatan
yang sesuai. Antara bahan dan alatan yang
digunakan semasa majlis cukur jambul ialah :
Sedulang bunga rampai
Sebiji kelapa muda berwarna kuning.
Kelapa tersebut dibelah dan airnya jangan
dikeluarkan.
Beberapa helai daun tertentu
termasuklah daun sirih,a;atan renjis/
Beras berwarna kuning(telah dilumur
dengan kunyit)
Beras putih
Air wangi
Bunga telur(untuk diberi pada tetamu)
Selepas rambut bayi dicukur,helaian rambut
itu akan di timbang. Berat pada timbangan
itu akan ditukar samada kepada emas atau
pun beras.
Cara timbang:
Masukan rambut dalam beg plastik dan
timbang.
Timbang beg plastik kosong.
Tolak perbezaan berat untuk dapatkan
berat rambut sahaja tanpa berat plastik.
Darab berat rambut dengan nilai emas
semasa. Kalau tak mampu,boleh guna nilai
perak.
KESIMPULAN
Amalan cukur jambul menjadi amalan bagi
setiap keluarga sebagai adat menyambut
kehadiran orang baru.walau bagaimana
pun,setiap orang mempunyai cara dan amalan
yang berbeza. Tidak kisah lah cara macam
mana pun,asalkan tidak menyalahi Syariah
islam.
SEKIAN,ASSALAMUALAIKUM……