The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book ini bertujuan untuk memenuhi tugasan 3 BMMB1134

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kennedyjapar2411, 2022-05-24 09:23:05

BM SK2 Kennedy Japar Tugasan 3 BMMB1134

E-book ini bertujuan untuk memenuhi tugasan 3 BMMB1134

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PPISMP)

-KERJA KURSUS -
KURSUS: KETERAMPILAN BERBAHASA

KOD KURSUS : BMMB 1134

KANDUNGAN:

i. Bahagian A: Penulisan Esei
ii. Bahagian B: Persembahan
iii. Bahagian C : Penghasilan Produk

Nama Guru Pelatih : KENNEDY JAPAR
No. Kad Matrik : P21074265
Kumpulan : PPISMP BM SK2
Ambilan : JUN 2021
Semester/Sesi : SEMESTER 2 / FEB-JUN 2022
No. Telefon Bimbit : 013-964 3805
Alamat E-mel : [email protected]

Nama Pensyarah Kursus : PUAN ARBIAH BINTI HAJI MADDAHIRI

Markah :

KRITERIA 45% 25% 30% Jumlah (100%)
Pemeriksa 1 Penulisan Esei Persembahan Penghasilan Produk

Pemeriksa 2

A. Pengesahan Pelajar: (diisi semasa menghantar tugasan)

Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya.
Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu.

Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 22 APRIL 2022

B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)

PENGHARGAAN

Saya ingin melafazkan penuh rasa kesyukuran terhadap Tuhan kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus penulisan dengan jayanya. Terlebih dahulu
saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institusi Pendidikan Guru
Kampus Gaya kerana memberi peluang kepada saya dalam menghasilkan penulisan ini dan
menghantarnya pada tarikh yang ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan
Arbiah Maddahiri kerana memberi tunjuk ajar serta penerangan dari awal sejak tugasan
diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan penulisan ini sepenuhnya. Diucapkan
terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang banyak memberi
dorongan kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi merealisasikan cita-cita untuk
menjadi pendidik pada masa akan datang serta memberi sokongan moral agar tidak berputus
asa menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan yang
sentiasa membantu dengan memberi pandangan dan dorongan yang berterusan dalam
proses memberi tunjuk ajar serta perkongsian ilmu mengenai tajuk tugasan.

Akhir kata, harapan saya agar segala tugasan yang dihasilkan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan di samping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang. Diharapkan tugasan ini dapat memberi manfaat kepada diri
saya sendiri terutamanya dan kepada pembaca yang lain agar sama-sama menjadi pendidik
yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan ilmu bukan sahaja dalam proses
pembelajaran malah kepada masyarakat setempat.

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan..................................................................................................................... 3
2.0 Halangan Komunikasi ..................................................................................................... 3

2.1 Maklum balas .............................................................................................................. 3
2.2 Penyampaian menerusi saluran kedua........................................................................ 3
2.3 Gangguan luaran......................................................................................................... 4
3.0 Isu keterampilan berbahasa ............................................................................................ 4
3.1 Isu budaya................................................................................................................... 4
3.2 Isu media sosial........................................................................................................... 5
4.0 Kesimpulan ..................................................................................................................... 5
Rujukan................................................................................................................................. 6

1.0 Pengenalan
Komunikasi merupakan satu proses berterusan melibatkan pemidahan maklumat
pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan wujud maklum balas di antara
kedua-dua pihak. Satu proses perkongsian makna yang terdapat dalam maklumat, idea atau
perasaan melalui penggunaan simbol sama ada berbentuk lisan, bahasa badan, tulisan,
visual atau simbol lainnya daripada pihak sumber kepada pihak penerima dengan harapan
akan menghasilkan maklum balas yang dihajati. Segala bentuk komunikasi ini boleh
digunakan secara serentak atau terpilih agar komunikasi yang cekap dan berkesan boleh
berlaku (Maizatul et al., 2019). Komunikasi boleh dianggap sebagai satu proses manusia
menghantar dan menerima mesej, berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat, dan
perasaan.

2.0 Halangan Komunikasi
2.1 Maklum balas
Maklum balas merupakan tindak balas dengan penerima memberi reaksi atau respon kepada
penghantar bagi memaklumkan bagaimana mesej atau maklumat disampaikan dan diterima.
Maklum balas penting bagi memastikan maksud sebenar mesej atau maklumat yang
disalurkan oleh penghantar pertama adalah sama dengan maksud yang ditafsirkan oleh
penerima atau pendengar pertama. Tanpa maklum balas atau respon daripada penerima,
keberkesanan dan kecekapan dalam komunikasi tidak dapat dicapai. Dapat dikatakan
bahawa maklum balas yang berkesan mestilah dapat difahami dengan jelas tanpa berlaku
keciciran dan tidak menimbulkan intreprestasi iaitu tafsiran tentang suatu penjelasan yang
berbeza. Oleh itu, maklum balas adalah kompenen penting dalam menentukan keberkesanan
penyampaian sesuatu mesej serta kelangsungan proses komunikasi.

2.2 Penyampaian menerusi saluran kedua
Saluran merujuk kepada alat atau pengantara yang berkemampuan dalam menyalurkan
mesej daripada sesuatu sumber kepada penerima. Saluran turut diertikan sebagai
perantaraan yang digunakan dalam penyampaian mesej. Pemilihan saluran dalam
komunikasi adalah penting yang mampu menyumbang kepada kejelasan dan ketepatan
dalam penyampaian maklumat. Media massa merupakan saluran perantara yang digunakan
oleh masyarakat sebagai wadah dalam komunikasi. Media massa termasuklah media
elektronik, radio, televisyen, internet dan sebagainya serta media cetak seperti akhabar,
majalah dan lain-lain. Media massa juga merupakan alat atau instrumen terpenting yang
digunakan untuk menyampaikan maklumat, dan mesej tertentu (Natasha & Zuliskandar,
2020). Internet dilihat sebagai media massa yang paling dinamik kerana bersifat interaktif dan
pelbagai lapisan masyarakat tertarik untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun,

komunikasi melalui aplikasi media baru yang digunakan mempunyai batas tertentu.
Perkongsian sesuatu maklumat sama ada dalam bentuk teks, audio atau visual ada masanya
tidak sampai pada penerima dan mampu mewujudkan salah faham.

2.3 Gangguan luaran
Gangguan merupakan masalah yang menggangu keberkesanan sesuatu komunikas dan
menjadi penghalang dalam penyampaian mesej. Implikasi gangguan dalam komunikasi
menyebabkan mesej yang disampaikan tidak begitu jelas. Penghantar tidak bersedia atau
mengalami gangguan untuk menyampaikan mesej kepada penerima melalui saluran yang
jelas. Perkara sedemikian mampu mengundang kekeliruan sama ada mesej yang
disampaikan kepada penerima memenuhi maksud sebenar mesej yang disalurkan oleh
penghantar. Gangguan luaran merujuk kepada halangan di luar kawalan penerima maklumat
seperti saluran komunikasi yang digunakan tidak sesuai, bunyi bising dan gangguan lain yang
wujud dalam persekitaran. Kebisingan yang berlaku boleh menggangu proses komunikasi dan
memberi kesukaran kepada penerima ketika menerima kemudiannya mentafsir mesej dan
maksudnya. Bunyi bising boleh terhasil dalam pelbagai bentuk termasuk radio atau televisyen
yang dimainkan di latar belakang ketika berkomunkasi dan orang lain cuba memasuki
perbualan yang sedang berlangsung ketika penghantar menyampaikan mesej lalu
menghalang penerima daripada memberi perhatian disebabkan oleh gangguan luaran.
Sebagai contoh, mesej yang disampaikan oleh seorang pensyarah tidak dapat didengari dan
diterima dengan jelas oleh pelajar disebabkan oleh suasana dewan kuliah yang bising. Oleh
itu, gangguan luaran tampak menjadi salah satu halangan dalam komunikasi yang berkesan.

3.0 Isu keterampilan berbahasa
3.1 Isu budaya
i. Penggunaan bahasa slanga

Slanga merupakan satu variasi bahasa yang khusus dan bersifat tidak baku yang digunakan
oleh sekumpulan atau sekelompok manusia yang saling mengenali antara satu sama lain
untuk menyatakan perihal sesuatu yang hanya diketahui oleh mereka (Norfarahdila &
Sa’adiah, 2019). Bahasa slanga menjadi trend dalam komunikasi kini yang digunakan oleh
golongan remaja atau kelompok sosial tertentu dan hanya difahami oleh mereka sahaja.
Perkataan-perkataan slanga tercipta berdasarkan kreativiti seperti ungkapan atau perkataan
lama yang diinovasikan dan menjadi bahasa “trend”. Slanga dipamerkan sebagai unsur
pengibaratan yang realistik dalam kelompok dan keberkesanannya dalam mengukuhkan
interaksi sosial. Kreativiti berbahasa mereka secara tidak langsung beralih ke suatu tahap
yang dilihat begitu menarik. Namun, penggunaan bahasa slanga menyebabkan sesetangah
lapisan masyarakat lain tidak dapat memahami dengan jelas maksud yang disampaikan. Kata

ganti nama yang membabitkan penggunaanya dilihat begitu luas dalam bahasa slanga seperti
“korang” dan “diorang”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), ‘kitorang yang
membawa maksud ‘kami’ tergolong dalam bahasa yang digunakan sehari-hari dan tidak boleh
digunakan dalam keadaan rasmi dan penggunaan istilah itu lebih sesuai digunakan oleh dua
pihak yang mempunyai hubungan rapat. Faktor keselesaan dikaitkan sebab seseorang itu
acap kali menggunakan bahasa slanga kerana cara penggunannya tidak memerlukan
penyusunan kata yang kompleks dan perbendaharaan kata tinggi (Harian Metro, 2020).
Pemindahan mesej dengan menggunakan kata ganti nama diri yang betul adalah penting bagi
memastikan mesej yang disampaikan betul dan mudah difahami oleh pendengar.

3.2 Isu media sosial
i. Isu kerancuan bahasa di media sosial

Kemudahan internet mewujudkan suatu media yang dapat digunakan oleh masyarakat
sebagai pengguna dalam talian. Kini, media sosial menjadi platform untuk berkomunikasi
dengan menggunakan pelbagai aplikasi seperti Whatsapp, Telegram dan lain-lain
menyediakan tempat untuk berlakunya komunikasi secara maya. Namun, kecanggihan
teknologi membawa pembaharuan dalam komunikasi yang mempengaruhi etika masyarakat
khususnya penggunaan bahasa yang betul. Bahasa merupakan medium untuk berhubung
atau berkomunikasi penting untuk digunakan dengan betul supaya maklumat dan maksud
yang disampaikan adalah jelas dan dapat difahami. Fenomena berlakunya pergeseran
terhadap penggunaan bahasa memperlihatkan wujud istilah-istilah baharu seperti singkatan
atau gabungan bahasa dikenali juga bahasa rojak serta kemunculan emoji sebagai tanda
untuk menggambarkan suatu keadaan atau perasaan. Penyerapan bahasa Inggeris ke dalam
bahasa Melayu yang telah bercampur aduk menyebabkan wujudnya bahasa rojak. Bahasa
rojak menjejaskan kualiti dan sukar dikawal pengunaanya berikutan tiada peraturan yang
dibuat untuk menghalang bahasa ini digunakan sebagai saluran komunikasi.

4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kemahiran dalam berkomunikasi merupakan salah satu aspek
keterampilan terpenting yang perlu ada pada seseorang individu. Halangan-halangan yang
dikenalpasti yang boleh merencat komunikasi berkesan hendaklah dibendung agar
penyampaian suatu mesej tidak terjejas maksud asalnya. Penghantar mesej perlu memahami
isi kandungan sebaik mungkin dan memilih media serta saluran yang terbaik sebelum
menyalurkannya kepada penerima. Oleh itu, penting untuk memperlengkapkan diri dengan
kemahiran komunikasi secara berkesan.

Rujukan
Jamali, N., & Ma’alip, S. (2019, October 12). Fenomena Penggunaan Bahasa Slanga dalam

Kalangan Remaja Felda di Gugusan Felda Taib Andak: Suatu Tinjauan Sosiolinguistik.
Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1 -1 5.
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/174

Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahbob, M. H., Ali, N. A. S. M., Sulaiman, W. I. W., & Mahmud, W. A. W. (2019). Komunikasi
strategik dan peranannya untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam organisasi.
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 49-67.

Mohd Rozaimy Ridzuan (Ogos 25, 2020). Slanga jejas peluang dan status. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/08/613716/slanga-jejas-peluang-status

Nasruddin, N. E. M., & Ramli, Z. (2020). KEBERKESANAN MEDIA MASSA DAN MEDIA
SOSIAL KEPADA MASYARAKAT DALAM MENYELESAIKAN ISU PENJAGAAN
WARISAN NEGARA (THE EFFECTIVENESS OF MASS AND SOCIAL MEDIA FOR
SOCIETY IN RESOLVING NATIONAL HERITAGE PRESERVATION ISSUES).
ASIAN JOURNAL OF ENVIRONMENT, HISTORY AND HERITAGE, 4(1).
https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/144


Click to View FlipBook Version
Previous Book
ครูจุติพร
Next Book
E-Book For Education (2) เรื่อง หน้าที่พลเมือง