The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by XINNEE, 2021-07-02 04:28:00

PRINSIP PERAKAUNAN

PRINSIP PERAKAUNAN

PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN 5

MODULE 1 :ANALISIS DAN TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN UNTUK MEMBUAT
KEPUTUSAN

NAMA: LIM XIN NEE
KELAS: A54
GURU: PUAN CHEW

1.1 ANALISIS PENYATA KEWANGAN DAN
PERBANDINGAN PRESTASI

-Analisis Penyata Kewangan
Analisis yang dilakukan ke atas butir-butir dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan
Penyata Kedudukan Kewangan sesebuah perniagaan.

-Jenis Nisbah dalam Analisis Penyata Kewangan
Analisis nisbah merupakan satu kaedah untuk menginterpretasikan data-data kewangan tertentu
yang terdapat dalam penyata kewangan.

NISBAH KEBERUNTUNGAN

• Mengukur kemampuan sesebuah perniagaan dalam memperoleh keuntungan.

NISBAH KECAIRAN

• Mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai jenis pembayaran kepada
pihak luaran seperti pembekal dan bank.
• Nisbah ini menunjukkan keadaan mampu bayar sesebuah perniagaan.

NISBAH KECEKAPAN

• Mengukur kecekapan perniagaan mengurus inventori.
• Mengukur keupayaan perniagaan mengutip dan membayar hutang.

PENGIRAAN DAN TAFSIRAN NISBAH KEBERUNTUNGAN

-PERATUS UNTUNG KASAR ATAS KOS JUALAN(TOKOKAN)
● Mengukur peratus pertambahan pada kos barang bagi mendapatkan
harga jualan.
● Menunjukkan hubungan antara Untung Kasar dengan Kos Jualan.
● Nisbah ini menunjukkan keberkesanan sesebuah perniagaan mengawal
harga jualan dan kos untuk memaksimumkan keuntungan.
● Rumus untuk mengira Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan:

-PERATUS UNTUNG KASAR ATAS JUALAN(MARGIN UNTUNG KASAR)
●Untung Kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit Jualan Bersih.
●Menunjukkan hubungan antara Untung Kasar dengan Jualan Bersih.
●Rumus untuk mengira Peratus Untung Kasar atas Jualan:

-PERATUS UNTUNG BERSIH ATAS JUALAN(MARGIN UNTUNG BERSIH)
●Mengukur Untung Bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit
Jualan Bersih.
●Menunjukkan hubungan antara Untung Bersih dengan Jualan Bersih.
●Menunjukkan keberkesanan sesebuah perniagaan mengurus kos
operasi atau kecekapan kendalian sesebuah perniagaan.
●Rumus untuk mengira Peratus Untung Bersih atas Jualan:

—PULANGAN ATAS MODAL

●Mengukur Untung Bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan.
●Menunjukkan hubungan antara Untung Bersih dengan Modal Awal.
●Rumus untuk mengira Pulangan atas Modal:

—NISBAH SEMASA

●Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjelaskan semua Liabiliti
Semasa mengikut masa yang ditetapkan.
●Menunjukkan hubungan antara Aset Semasa dengan Liabiliti Semasa.
●Rumus untuk mengira Nisbah Semasa:

-NISBAH UJIAN ASID

• Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang
jangka pendek dengan cepat atau serta-merta.
• Menunjukkan hubungan antara Aset Semasa (kecuali Inventori Akhir)
dengan Liabiliti Semasa.
• Rumus untuk mengira Nisbah Ujian Asid:

-KADAR PUSING GANTI INVENTORI

• Menghitung kekerapan pusingan inventori dalam setahun.
• Menunjukkan hubungan antara Kos Jualan dengan Inventori Purata.
• Dapat mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjual
barang niaga yang menyebabkan modal perniagaan terikat pada
inventori yang tidak dijual.
• Walau bagaimanapun, kekerapan Kadar Pusing Ganti Inventori
bergantung kepada jenis perniagaan.
• Perniagaan yang menjual makanan mempunyai Kadar Pusing Ganti
Inventori yang lebih tinggi berbanding dengan perniagaan yang
tidak melibatkan bahan mentah yang perlu ditukar segera.
• Rumus untuk mengira Kadar Pusing Ganti Inventori:

-TEMPOH KUTIPAN HUTANG
• Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat kutipan
hutang daripada pelanggan.
• Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh pelanggan untuk
membayar hutangnya.
• Rumus untuk mengira Tempoh Kutipan Hutang:

-TEMPOH PEMBAYARAN HUTANG
• Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan
membuat bayaran hutang kepada pembekal.
• Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh
perniagaan untuk membayar hutang kepada pembekal.
• Rumus untuk mengira Tempoh Pembayaran Hutang:

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version