The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104 NUR HUSNA BINTI MOHAMAD SAIDI canva anyflip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1181-11-husna, 2023-02-28 08:28:03

BMMB1104 NUR HUSNA BINTI MOHAMAD SAIDI canva anyflip

BMMB1104 NUR HUSNA BINTI MOHAMAD SAIDI canva anyflip

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam kerana telah meletakkan kepercayaan dan memberikan tanggungjawab ini kepada saya untuk melaksankan Pentaksiran Berterusan bagi Kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak kampus kerana telah menyediakan kemudahan yang amat berguna untuk saya seperti ruangan bacaan di Perpustakaan Al-Ghazali yang dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan yang penuh dengan maklumat yang bermanfaat kepada saya dan rakan-rakan. Malah, jutaan terima kasih juga kepada pensyarah kami bagi kursus BMMB1104 iaitu Dr. Maisarah binti Yaacob yang telah mencurahkan segala ilmu dan mengorbankan masa serta tenaga supaya kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan lancar dan berkesan. Beliau telah memberikan tunjuk ajar kepada kami berkenaan dengan pembelajaran Kesusateraan dan Kebudadengan amatteliti dan berkesan. Akhir kata, saya berharap agartugasan ini bukan sahaja dijadikan sebagai satu kertas kerja malahan memberi manfaat kepada ramai orang berkaitan dengan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu yang merupakan perkara yang penting dan juga sebagai pengetahuan yang wajib ada dalam diri setiap insan serta dalam kehidupan seseorang itu terutamanya bangsa Melayu kita. PENGHARGAAN


KANDUNGAN 1.0 KONSEPSASTERA 2.0 3.0 4.0 RUJUKAN FUNGSI SASTERA AKALBUDI MASYARAKAT MELAYUDALAM GURINDAM RUMUSAN PENGHARGAAN


1.0 KONSEP SASTERA Sastera merupakan satu aliran ciptaan seni yang dipersembakan atau disampaikan dalam bentuk bahasa. Menurut Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan dan Hasnah Awang (2022), kesusasteraan Melayu dapat didefinisikan sebagai hasil ciptaan dan karya seni yang ada dalam kalangan masyarakat Melayu. Tambahan lagi, perkataan sastera itu sendiri bermaksud huruf dan perkataan atau bahasa indah yang digunakan dalam kitab-kitab iaitu bukan sebagai bahasa basahan (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat). Selain itu, di dalam konteks sastera itu sendiri, terdapat beberapa cabang di bawahnya seperti takrifannya, jenis, bentuk serta ciri sastera itu sendiri. Jika dilihat dari sudut jenis sastera, terdapat empat bahagian yang dijadikan cabang-cabang di bawahnya iaitu prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional serta puisi moden. Manakala bentuk-bentuk sastera pula adalah seperti, Sastera Rakyat, Sastera Epik, Sastera Hikayat dan banyak lagi. Di samping itu, ciriciri sastera pula mempunyai unsur-unsur khusus dan berbeza mengikut pembahagian jenis sastera itu sendiri. Tidak lupa juga, sastera mempunyai fungsinya yang tersendiri yang telah menjadi satu faktor mengapa sastera masih lagi dihargai dan disanjungi hingga kini walau tidak lagi seperti dulu. Maka, dapat disimpulkan bahasa sastera ialah satu cabang seni kreatif mengaplikasikan bahasa sebagai medium pengantarnya serta mempunyai unsurunsur khususnya yang tersendiri.


2.0 FUNGSI SASTERA Umum mengetahui bahawa sastera mempunyai peranannya yang tersendiri dalam keunikan dan keindahannya yang mampu menarik minat masyarakat terutamanya masyarakat Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka. Menurut Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil dan Ghazali Lateh (2015), sastera haruslah diamati sebagai hasil karya budaya yang mempunyai fungsi mimesis iaitu peniruan yang membawa kepada penyedaran serta pemahaman kepada pembaca atau pendengar disebabkan oleh sumber kreatifnya iaitu kebudayaan. Fungsi sastera dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, sebagai pendidikan, dakwah, kritikan sosial dan juga hiburan. Pertama sekali, fungsi sastera sebagai pendidikan merujuk kepada pengalaman serta pengetahuan yang dapat diperkayakan dalam diri seseorang itu hasil daripada pembacaan sesebuah karya kreatif (Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, 2013). Selain itu, fungsi sastera sebagai pendidikan juga bermaksud, sesuatu karya sastera itu memberi nilai-nilai murni, pesanan atau nasihat kepada masyarakat. Sebagai contoh, cerita Si Kancil dan Buaya yang memberi seribu satu makna dan pengajaran kepada penonton atau pembaca. Maka, dapat dirumuskan bahawa fungsi sastera mampu menjadi salah satu saluran bagi mendidik masyarakat melalui kesedaran yang diterima dan mampu mengubah cara berfikir seseorang itu ke arah yang lebih positif. Kedua, karya yang berfungsi sebagai medium dakwah. Menurut Muhd Norizam Jamian dan Shaiful Bahri Md Radzi (2015), penyebaran dakwah Islam bermula dengan hasil karya-karya yang berbentuk sastera kitab serta berkaitan dengan khazanah kesusasteraan Melayu tradisional yang terus berkembang dengan variasi karya daripada unsur-unsur yang berbeza. Tambahan pula, Islam juga menghargai nilai-nilai kesusateraan disebabkan oleh adanya medium atau saranan komunikasi dakwah yang berkesan di dalamnya. Misalnya, pantun dakwah, sajak berkaitan islam dan banyak lagi.


Seterusnya, fungsi sastera dari segi kritikan sosial yang membawa maksud sesuatu yang ditunjukkan dalam sastera merupakan sesuatu situasi yang betul-betul terjadi di alam nyata. Hal ini kerana, karya sastera selalunya memang berfokuskan kepada kehidupan, masyarakat serta manusia. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, kritikan bermaksud suatu pernyataan untuk memberi teguran, celaan atau juga kecaman berkenaan sesuatu perkara yang salah atau tidak baik. Manakala definisi sosial pula dapat disimpulkan sebagai segala hal yang bekaitan dengan masyarakat. Contoh karya sastera yang ada fungsi kritikan sosial adalah seperti karya yang bertajuk Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah Terakhir. Akhir sekali, sastera juga berfungsi sebagai hiburan yang membawa maksud memberi keseronokan atau kegembiraan kepada sesiapa yang membaca atau mendengarinya. Misalnya, dalan cerita mitos yang bertajuk Batu Penyu. Sehubungan dengan itu, cerita mitos berperanan sebagai hiburan untuk masyarakat disamping memberi pengajaran berkenaan kesan, sebab, serta akibat sesuatu perkara itu berlaku (Norazimah Zakaria, Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Makmur Harun dan Farra Humairah Mohd, 2019). Maka, dapat dirumuskan bahawa sastera juga berperanan sebagai medium hiburan kepada masyarakat.


3.0 AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM GURINDAM Akal budi pada gurindam yang bertajuk Orang Beramal ini memberi penjelasan melalui pengarangnya kepada pembaca berkenaan sifat dan sikap orang-orang yang beramal berbeza-beza. Hal ini berkait rapat dengan kesan sikap tersebut terhadap kehidupan dan diri mereka sendiri. Antara isi yang terkandung dalam gurindam ini termasuklah berkenaan sesiapa yang beramal dengan sesuatu amalan tanpa mempunyai ilmu, maka seseorang itu akan terus menerus berada dalam kebatilan atau kesalahan. Selain itu, sesiapa sahaja insan yang membuat sesuatu amalan dengan niat untuk menunjuk kepada orang lain serta mengharapkan sanjungan, maka dia akan dikira sebagai seorang yang hatinya memandang keindahan dunia yang sementara ini berbanding ganjaran akhirat kelak. Maka, amalan yang telah dilakukan hanyalah bertujuan untuk keduniaan semata-mata dan bukannya mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa pengarang mahu memberi satu peringatan kepada sesiapa yang beramal dengan niat untuk menunjuk maka dia akan dianggap sebagai seorang yang sia-sia kerana mementingkan dunia. Rajah: Contoh Gurindam Dakwah


Di samping itu, seseorang insan yang beramal dengan cara hanya mengikuti sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai tanpa sebarang pengetahuan atau ilmu agama yang benar, maka mereka seumpama ranting yang tersangkut. Hal ini bermaksud, mereka akan menjadi satu kelompok yang apabila orang ramai membuat perkara yang salah, maka mereka juga akan menurutinya. Oleh yang demikian, seseorang yang beramal hanya dengan meniru atau mengikut orang lain akan selamanya tidak menemui jalan yang benar. Amalan yang dilakukan oleh setiap hamba itu haruslah secara berterusan atau dalam erti kata lain Istiqamah walaupun amalan yang dilakukan itu sedikit sahaja. Kenyataan ini menunjukkan bahawa dalam kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati, haruslah mempunyai prinsip mengenai amalan yang dilakukan haruslah secara konsisten. Hal ini kerana, keberkesanan amalan untuk mendapat pahala atau ganjaran daripada Allah SWT tidak dinilai melalui banyak atau sedikitnya sesuatu amalan itu, namun isitiqamah dalam mengamalkannya merupakan perkara yang bernilai disisi-Nya. Perbincangan akal budi masyarakat Melayu juga boleh dilihat dalam konteks falsafah dan pemikiran dalam gurindam tersebut. Falsafah dapat didefinisikan sebagai kecintaan terhadap ilmu serta kebenaran. Umum mengetahui bahawa, ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan seseorang itu terutamanya mengenai ilmu agama bagi seorang muslim agar kehidupan mendapat keredhaan dari Allah SWT. Tidak lupa juga,terdapat matlamat berkenaan tulus ikhlas seseorang itu dalam keimanannya dengan mengikuti jalan yang diredhai Allah SWT akan mampu mebawanya kepada kejaayaan dan akidah yang benar. Secara keseluruhan, gurindam ini telah memberi sedikit sebanyak pengajaran dan nilai murni serta dakwah berkenaan apa yang kita lakukan di dunia ini, akan menentukan apa yang kita dapat di akhirat kelak.


4.0 RUMUSAN Sebagai penutup wacana, dapat saya rumuskan bahawa bidang sastera ini mempunyai pelbagai cabang yang mempunyai keunikan dan keindahannya tersendiri. Terdapat pelbagai maksud yang tersirat dan bermakna dalam setiap karya sastera yang terhasil. Dengan itu, masyarakat kita terutamanya yang bergelar seorang bangsa Melayu haruslah berusaha untuk mengekalkan bidang sastera yang berharga ini agar perkara ini dapat dijadikan satu identiti negara bangsa kita. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah bekerjasama dan berganding bahu untuk memperluaskan lagi bidang sastera ini agarlebih dikenaliramai sehingga mampu mencapai pengiktirafan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.


RUJUKAN Azman Rahmat., MohdNazri Zainuddin., Shamsudin Abu Bakar., Abdul RaniHassan & Hasnah Awang.(2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Selangor: Firdaus Press Sdn. Bhd Kamus Dewan. Edisi Keempat.(2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sastera MuhdNorizam Jamian., & Shaiful Bahri Md Radzi.(2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagaiwadah komunikasi massa: Suatu analisis.Jurnal Komunikasi: Nik RafidahNik Muhamad Affendi.(2013). Unsur Fantasi Sebagai Medium Pengajaran dalam Sastera Kanak-Kanak. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 1(1), 210-227. Shamsudin Othman., Azhar Md Sabil., & Ghazali Lateh.(2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. InternationalJournal of Education and Training (InJET), 1(2), 1-10. Norazimah Zakaria., MazarulHasan MohamadHanapi., MakmurHarun., & FarraHumairah Mohd.(2019). MITOS DALAM KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU TRADISI BERDASARKANTEKS SASTERA MELAYU TRADISIONAL. SERI PACIFICHOTEL KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 419. https://scholar.google.com/scholar? start=10&q=sastera+melayu+sebagai+fungsi+dakwah&hl=en&as_sdt=0,5#d=gs_qa bs&t=1677419799756&u=%23p%3DRFGP-851R88J https://scholar.google.com/scholar? hl=en&as_sdt=0%2C5&q=fungsi+sastera+melayu+sebagai+pendidikan+nik+rafidah +&btnG=#d=gs_qabs&t=1677401561919&u=%23p%3Ds37Gw16spIsJ https://scholar.google.com/scholar? hl=en&as_sdt=0%2C5&q=fungsi+sastera+Shamsudin+othman&btnG=#d=gs_qabs& t=1677401593823&u=%23p%3DOje5n7psSHwJ https://scholar.google.com/scholar? hl=en&as_sdt=0%2C5&q=fungsi+sastera+melayu+hiburan+&btnG=#d=gs_qabs&t=1 677423567274&u=%23p%3DtVeG4Bvk31oJ


Click to View FlipBook Version