majlis penutupan
hari kemerdekaan
ke 64, Hari
malaysia &
Pembugaran ohana
Tarikh: 10 September 2021
(Jumaat)
Masa: 3.00 - 4.00 petang
Perasmi: Dr. Hj. Azammuddin
bin Hj. Zainuddin
(Pengetua MITS Sabak Bernam)
isi kandungan
aluan pengetua
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum w. B. T
Pertama dan utamanya saya ingin merafakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya
kita dapat mengadakan Program Sambutan bulan kemerdekaan 2021 pada tahun ini bertemakan
“Malaysia Prihatin”. Walaubagaimanapun, sambutan bulan kemerdekaan ini diadakan secara atas talian
akibat daripada pandemik Covid 19 yang berpanjangan. Bagi pihak MITSSB, saya merakamkan ribuan
terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang hadir di dalam talian dan menyertai Program
Sambutan bulan kemerdekaan ke-64 peringkat sekolah
Program sambutan bulan kemerdekaan ini telah diadakan setiap tahun di peringkat sekolah dengan
bertujuan untuk memperingati segala pengorbanan serta penat lelah wira-wira negara untuk
mendapatkan kebebasan daripada penjajahan pihak barat bermula pada tahun 1511 hingga 1957. Untuk
memupuk kesedaran dan rasa cinta akan Negara Malaysia yang aman dan makmur ini, Sambutan Hari
Kemerdekaan Negara disambut pada 31 Ogos setiap tahun bagi memperingati dan memberi kesedaran
khususnya kepada para pelajar tentang erti kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan pada tahun 2021 ini
bakal disambut sempena ulang tahun ke-64 dan ia memberi seribu makna buat rakyat Malaysia kerana
Negara berhadapan dengan wabak Covid-19 dimana rakyat Malaysia berjuang untuk melawan wabak ini.
Oleh yang sedemikian, pihak sekolah juga ingin bersama-sama berganding bahu bagi merealisasikan
matlamat ini, dengan menganjurkan program Sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah supaya
ia juga dapat memupuk semangat patriotisme dan cinta akan Negara dikalangan warga MITS Sabak
Bernam. Selain itu, ia juga dapat menonjolkan bakat para pelajar dalam pelbagai acara dan aktiviti
menarik yang disediakan Unit Kurikulum dengan kerjasama Panitia Sejarah dan Jawatankuasa Guru bagi
mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan untuk mengisi takwim 2021.
Akhir Kalam,
Sebagai pengetua, besar harapan saya dan para guru di MITSSB untuk menjadikan sekolah ini sebagai
sebuah sekolah yang melahirkan generasi muda yang sentiasa berusaha memelihara keamanan dan
kemakmuran negara Malaysia agar berkekalan.
Sekian, terima kasih. 3
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
DR HJ AZAMMUDDIN BIN HJ ZAINUDDIN,
PENGETUA MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR SABAK BERNAM
atur cara majlis
4
matlamat
Memupuk dan menyemai semangat patriotisme
disamping kecintaan pada agama, bangsa dan
Tanah Air.
Menghargai pengorbanan dan meningkatkan
kesedaran warga MITS Sabak Bernam terhadap
usaha para pejuang dahulu untuk mendapatkan
kemerdekaan.
Mempertingkatkan amalan konsep kerja berpasukan
antara warga MITS Sabak Bernam dan tidak
meninggalkan antara satu sama lain walau apa jua
keadaan.
5
objektif
Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa
pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan
dewasa.
Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan
semangat kemerdekaan.
Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya
mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti
mereka semasa menjalankan kempen ini.
6
jawatankuasa
pelaksana
7
jawatankuasa
pelaksana
8
penutup
Diharap Majlis Sambutan Bulan
Kemerdekaan yang diadakan di
peringkat sekolah ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman pelajar tentang erti
kemerdekaan.
Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan juga dapat memupuk pelajar
supaya berjiwa patriotik yang
sayangkan serta cinta akan agama,
bangsa, dan negara.
10