The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hakimono10, 2022-04-24 00:30:46

EFOLIO ETIKA DAN PERADABAN

EFOLIO ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK EFOLIO: DASAR - DASAR
KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN

NAMA PENSYARAH: TUAN MAZLAN

KELAS : DET2A

NAMA PELAJAR NO MATRIKS
MUHAMMAD 03DET21F1025
NASARUDDIN BIN
ABDUL NASIR 03DET21F1197

MUHAMMAD HAKIMI
BIN ZAINUDIN

MUHAMMAD HAIKAL 03DET21F1002
FARHAN BIN HARUN

KAVINDRAN A/L 03DET21F1201
CHANDRAN 03DET21F1034

MUHAMMAD AKMAL
RIZAL BIN HAIRUL
NIZAM

DASAR - DASAR KERAJAAN KE ARAH
PERPADUAN

PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan
negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam
memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses
perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk
Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan
untuk menjana kemajuan.

DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru (1970) bertujuan meredakan rusuhan kaum 1969.Pendekatan
ekonomi seringkali dilihat mempunyai nilai objektif yang boleh dicapai dan diukur
terutama apabila kritikan terhadap peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 dilihat
berpunca daripada keadaan ekonomi masyarakat bumiputera yang masih mundur,
miskin tegar dan serba kekurangan.

Rusuhan kaum 13 mei 196

OBJEKTIF

-Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah
mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan
negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi
Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan
negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan
dan sebagainya.Selain itu,kerajaan juga ingin menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi fungsi ekonomi dan pembasmian miskin tanpa mengira kaum.

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira
kaum tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar
bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa
kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah
garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-
kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai
matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan
awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping
itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan
seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan
tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir
pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan
Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara
pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Strategi pelaksanaan Dasar ini mengrangkumi kearah perpaduan kaum.

Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di
kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar.
Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah
mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang
tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk
menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka
supaya:

i.Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur
tanpa mengira kaum.

II. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

III. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan
IV. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan
bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
V. Memodenkan kehidupan di luarbandar.
VI. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
VII. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di
Malaysia.
VIII. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain tanpa mengira
kaum.

Jadual di bawah menggambarkan dengan jelas
bagaimana kadar kemiskinan di setiap negeri dapat
dikurangkan setelah DEB dipraktikkan dan seterusnya

Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham /
ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara
ini , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan
30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut
telah disusun :

I. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin
melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.

II. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga
yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi
pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan
tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

III. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam
pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

IV. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian
di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya
dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan
menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank
Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

V. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan
wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Dasar Pembangunan Nasional merupakan dasar ekonomi Malaysia yang telah
dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia pada 17 Jun 1991 dan telah digunakan dari tahun 1991 hingga 2000.
Dasar ini merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru yang berakhir pada 1990.
Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan Dasar Ekonomi Baru.

Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua iaitu Dasar
Pembangunan Nasional telah digubal untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang 2020 dan ianya adalah susulan daripada Rancangan Jangka
Panjang Pertama iaitu Dasar Ekonomi Baru yang lebih menjurus kepada matlamat
untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi
menghapuskan fungsi ekonomi mengikut kaum serta memberi penekanan kepada
pembangunan yang seimbang berasaskan prinsip pertumbuhan dan pengagihan
yang saksama bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil.

.

Objektif Dasar Pembangunan Nasional

 Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir Dasar Pembangunan
Nasional kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk
memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan
ekonomi yang berterusan. Dasar Pembangunan Nasiona menetapkan satu langkah
ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam
semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik,
kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi

Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional

 Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan.

 Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin
dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran
pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan
matlamat penyusunan semula masyarakat.

 Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara
untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang
diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat
Malaysia.

 Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan
kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

 Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan
dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan
budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi
perindustrian yang moden.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar kebudayaan kebangsaan lahir daripada gagasan kongres kebudayaan
kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Dasar ini digubal

untuk dijadikan panduan membentuk dan megekalkan pepaduan kaum negara
Malaysia

Objektif
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka
amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu.
Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan

kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi Perlaksaan

 Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan
asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,
pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

 Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha
membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

 Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,
kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

 Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

 Meninggikan taraf dan mutu kesenian

Di samping Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, penglibatan pihak lain juga
adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-
kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-
badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan

Peranan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam pelaksanaan matlamat
dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan
penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan
kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-
usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh
Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan
kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi
mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-
badan antarabangsa.

Prinsip- prinsip Asas Ke Arah Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:

1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau

- Budaya melayu merupakan cara hidup, lambing, identity dan asas ukuran
keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau

ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini
dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan Malaysia.

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima

- Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan juga
diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses
penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Kesesuaian ini
bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat,
serta Islam sebagai agama rasmi negara.

3. Islam menjadi asas pembentukan kebudayaan kebangsaan.

- Agama islam merupakan unsur yang penting dalam DKK kerana

kedudukannya sebagai agama rasmi negara. Justeru itu, adalah wajar nilai-
nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan

kebangsaan.

DASAR WAWASAN NEGARA

Setelah berakhirnya Dasar Pembangunan Negara,kerajaan telah mengemukakan
satu lagi dasar pembangunan iaitu Dasar Wawasan Negara.Tujuan Dasar
Wawasan Negara untuk membina bangsa Malaysia yang progresif dan makmur
serta hidup dalam keadaan yang harmoni.

Selain itu dasar Wawasan Negara menggabungkan dasar pembangunan yang
lepas iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.Pengasas Dasar
Wawasan Negara ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad atau dikenali sebagai bapa
pemodenan. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ketiga. akan menentukan arah pembangunan negara
dalam dekad pertama abad ke-21.

Secara khususnya, Dasar Wawasan Negara merupakan gabungan semua usaha
pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang
bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan
ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh
Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri,
penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan
berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan
perpaduan dan kestabilan sosial

Objektif Dasar Wawasan Negara

 Menyemai nilai murni dikalangan masyarakat supaya bertolak ansur antara satu sama
lain dan meningkatkan kualiti hidup serta keutuhan ekonomi.

 Menyemarakkan semangat patriotik membentuk kematangan politik dikalangan rakyat
berbilang bangsa dan agama.

 Meningkatkan daya saing bagi menghadapi cabaran globalisasi

 Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber
pertumbuhan,institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi mikro

 Mengukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang
cekap,produktif dan berpengetahuan.

Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara

 Menjadikan sektor pertanian,pembuatan dan perkhidmatan yang lebih
dinamik,melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.

 Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil di kawasan terpencil seperti orang
asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak.Selain itu
meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan berpendapatan 30%
terendah.

 Memperkasakan penglibatan golongan bumiputera di dalam sektor ekonomi utama
serta meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan
peralihan sektor ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan
aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi.

 Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berpengetahuan.

 Memperluaskan penggunaan ICT dalam semua sektor ekonomi .ICT mempunyai
peranan strategik dalam mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi dengan
meningkatkan kecekapan dan produktiviti semua sektor dalam ekonomi.

 Meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan
sosial serta membangunkan aspek estatik dalam kehidupan; dan mempergiatkan
usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan nilai murni di kalangan
rakyat menerusi sistem pendidikan, pertubuhan sosial dan agama serta media.

 Memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia
yang mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir
yang tinggi.

 Melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu
sumber asli dan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan.

DASAR SOSIAL

DEFINISI

Dasar Sosial Negara (DSN) ialah dasar payung yang merangkumi falsafah
semua dasar pembangunan social berteraskan kepada Perlembagaan,Rukun
Negara dan Wawasan 2020 serta komitmen negara di peringkat antarabangsa.

TUJUAN

1. DSN bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan mantap dari
segi sosial,ekonomi dan teknologi.

2. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri
secara optimum didalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu
padu ,berdaya tahan,demokratik,bermoral,bertoleransi,progresif,penyayang,adil dan
saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

 Satu dasar yang memberikan keadilan dan keutamaan dalam aspek kerohanian
dan kemanusiaan.

 Bagi mencapai matlamat social negara,kerajaan telah memperkenalkan:
 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961
 Dasar Belia Negara
 Dasar Kebudayaan Bangsa
 Dasar Kebajikan Masyarakat Negara

DASAR PENDIDIKAN

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan,salah satu aspek
penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju kea rah negara yang
maju dan membangun dari aspek politik,ekonomi dan sosial ialah penekanan
terhadap perlaksanaan sistem Pendidikan negara.Sistem Pendidikan yang
dilaksanakan didalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi
kebajikan dan sosialisasinya iaitu dimana kanak-kanak didik menjadi insan yang
Berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling,tetapi juga boleh digunakan
sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat

iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk
perpaduan kaum dikalangan para pelajar.

Di Malaysia,dasar Pendidikan mempunyai peranan yang amat penting
dalam menentukan hala tuju system Pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali
sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’.Dasar Pendidikan Kebangsaan mula
dilaksanakan di negara ini pada tahun 1957.Umumnya,terdapat 3 tujuan utama yang
terkandung dalam dasar Pendidikan kebangsaan ini.Pertama, tujuan dasar
Pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat
memenuhi keperluan negara da menggalakkan perkembangan
kebuayaan,sosial,ekonomi,dan politik.Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang
berdisplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka dimana prinsip
ini sejajar dengan dasar dan polisi Pendidikan untuk mengadakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk
mengelakkan pembelajaran awanm yang tidak tersusun .Ketiga ,ianya untuk
memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam
menentukan perkembangan sistem Pendidikan yang progresif dan Bahasa
kebangsaan dijadikan sebagai bahsa penghantar yang utama.


Click to View FlipBook Version