PENILAIAN ALTERNATIF DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN SESI AKADEMIK
2021/2022
PQI 6001
SEJARAH DAN ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ABDUL RAZAK BIN ZAKARIA
DISEDIAKAN OLEH:
AINAA SYAMIMI BT AHMAD SOBRI
(S2104995)
PENGENALAN
Sistem pendidikan merupakan suatu asas penting
dalam membangunkan sesebuah negara dan
mengubah masyarakatnya kearah yang lebih baik dan
maju. Sistem pendidikan yang baik dapat
menyeimbangkan sosio-ekonomi dalam kalangan
kaum dan etnik negara tersebut. Hal ini dapat dilihat
melalui skop peluang-peluang pekerjaan, pendapatan
dan pegangan ekuiti. Kestabilan politik, ekonomi dan
sosial secara automatiknya akan berkembang maju
apabila keadaan sosio-ekonomi di antara kaum dan
kumpulan etnik tercapai. Masyarakat dan pendidikan
haruslah bergerak seiring kerana pendidikan
merupakan satu aset yang membentuk acuan
seseorang individu.
1
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI
MALAYSIA PADA ABAD KE 20 DAN 21
Sistem pendidikan telah mengalami evolusi sejajar dengan
pembangunan negara. Evolusi pendidikan tersebut telah
melalui lima fasa dari abad ke-20 hingga abad ke-21.
Antara fasa-fasa tersebut ialah :
Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
2
ZAMAN PRAMERDEKA (SEBELUM 1957)
Pendidikan di Tanah Melayu pada awalnya berlandaskan
kepada pendidikan tidak formal dan pendidikan bersifat
formal. Pendidikan tidak formal ialah pendidikan yang
bersifatkan pembelajaran turun-temurun melalui
perwarisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Guru utama dalam pembelajaran tidak formal ini terdiri
daripada golongan ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat
sekeliling. Konteks pembelajaran kanak-kanak pada
zaman ini ialah berteraskan asas-asas kemahiran hidup
seperti bertukang, bercucuk tanam dan sebagainya untuk
meneruskan kelangsungan hidup.
3
Setelah kedatangan agama Islam di Tanah Melayu, sistem
pendidikan berkembang sedikit demi sedikit dengan
penerapan agama Islam ke dalam pendidikan dan menjadi
pendidikan formal. Maka, wujud institusi-institusi ilmiah
seperti sekolah pondok dan madrasah untuk mempelajari
bidang ilmu dengan lebih luas. Guru dalam pendidikan
formal ini terdiri daripada para imam dan ulama.
Semasa zaman penjajahan British, perubahan yang ketara
dalam sistem pendidikan tanah melayu mula berlaku.
sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada
empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu,
Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah
mempunyai bahasa pengantarnya sendiri dan kurikulum
yang berbeza di antara satu sama lain.
4
Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk
mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa
jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-
laporan berikut:
1.Laporan Barnes (1951)
2.Laporan Fenn-Wu (1951)
3.Ordinan Pelajaran (1952)
4.Laporan Razak (1956)
5
LAPORAN BARNES (1950)
Pada tahun 1950, British telah
memperkenalkan Laporan Barnes dalam
bidang pendidikan. Laporan ini bertujuan
untuk menyiasat dan memperbaiki
pendidikan orang Melayu. Menurut laporan
ini, kewujudan sekolah vernakular tidak
menyumbang kepada perpaduan kaum.
Jawatankuasa Barnes mengesyorkan untuk
membubarkan sekolah-sekolah vernakular
Melayu, Cina dan Tamil lalu
menggantikannya dengan satu jenis
sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan.
Langkah yang diambil oleh British ini
dilihat mampu mencapai hasrat untuk
mewujudkan perpaduan di antara kaum
kerana murid-murid daripada tiga kaum
tersebut akan mempunyai ruang untuk
berinteraksi antara satu sama lain di satu
sekolah yang sama.
6
LAPORAN FENN-WU (1951)
Laporan Barnes mendapat tentangan hebat oleh kaum Cina
kerana mereka merasakan kedudukan mereka tergugat.
Atas desakan kaum Cina, Laporan Fenn-Wu (1951)
diwujudkan. Laporan ini dihasilkan dengan tujuan untuk
mempertahankan kepentingan pendidikan kaum Cina.
Masyarakat Cina bimbang akan kebudayaan dan Bahasa
mereka akan tergugat sekiranya cadangan dalam Laporan
Barnes dilaksanakan. Perubahan dalam sistem pendidikan
sering berlaku ketika itu kerana kehendak rakyat perlu
dipenuhi bagi mencapai perpaduan dan menjamin
kesejahteraan negara.
7
ORDINAN PELAJARAN (1952)
Ordinan Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1952.
Tujuan penubuhan Ordinan Pelajaran adalah akibat
daripada impak hala tuju daripada penubuhan Laporan
Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951 yang mempunyai
matlamat berlainan untuk dicapai. Cadangan yang wujud
dalam Ordinan 1952 ini ialah menjadikan Sekolah
Kebangsaan (SK) sebagai corak sistem persekolahan
kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah
Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem
persekolahan kebangsaan. Walaubagaimanapun, Ordinan
Pelajaran 1952 tidak menghasilkan perubahan yang ketara
kepada dasar pendidikan yang boleh memberi kesan kepada
semua pihak. Kaum Cina tetap menguruskan pendidikan
mereka secara sendiri dan tidak melibatkan campur tangan
kerajaan.
8
Pada tahun 1956, Laporan Razak telah diperkenalkan. L
Tujuan Laporan Razak ditubuhkan adalah untuk A
melahirkan sekolah yang berjiwa Tanah Melayu. P
Laporan ini menegaskan bahawa Bahasa Melayu O
digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah. R
Laporan ini juga mencadangkan Bahasa Melayu A
menjadi bahasa kebangsaan serta semua sekolah N
kebangsaan dibukan secara meluas kepada semua
bangsa. Penguasa Pelajaran Tempatan yang dikenali R
sebagai Kementerian Pelajaran ditubuhkan untuk A
mengelola semua sekolah di Tanah Melayu. Jemaah Z
Nazir ditubuhkan bagi meletakkan guru di bawah A
satu perkhidmatan professional. K
Laporan Razak telah melambangkan bahawa 1
Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak 9
ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan 5
dasar kesejagatan. Laporan ini telah berjaya 6
menunujukkan sistem pendidikan di Tanah Melayu
bertambah maju. Hal ini dapat dilihat apabila adanya
pertambahan bilangan murid, sekolah dan guru.
9
ZAMAN PASCA MERDEKA (1957-1970)
Setelah mencapai kemerdekaan, suatu usaha ditumpukan
bagi mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan.
Berhubung dengan perkara itu, Ordinan Pelajaran 1957
digubal berdasarkan usul dari Laporan Razak 1956 yang
mengutamakan perpaduan kaum. Hal ini menjadikan ia
sebagai teras kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Pada tahun 1960, perakuan Laporan Razak dikaji semula
oleh Jawatankuasa Rahman Talib. Laporan jawatankuasa
tersebut menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran
1961. Akta Pelajaran 1961 menggariskan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat
pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan
yang sama bagi semua pelajar.
Pada tahun 1962, dasar pendemokrasian pendidikan
bermula dengan memberi penekanan kepada pendidikan
percuma kepada semua pelajar. Dasar ini
diperkembangkan dengan mengadakan pendidikan
universal selama sembilan tahun apabila Peperiksaan
Masuk ke Sekolah Menengah dihapuskan pada tahun 1964.
Penghapusan peperiksaan ini menyebabkan peningkatan
kadar penyertaan murid masuk ke sekolah menengah.
10
ZAMAN DASAR EKONOMI BARU
(1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dalam
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990) oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak. Ia merupakan satu falsafah
pembangunan yang menekankan keseimbangan antara
pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi.
Matlamat yang tersurat dalam DEB adalah untuk
mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Ia
telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata
untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi
kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ia juga digubal
untuk mempercepatkan proses penyusunan semula
ekonomi Malaysia untuk memperbetulkan ketidak
seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.
11
ZAMAN DASAR EKONOMI BARU
(1971-1990)
Dalam tempoh ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan
mengalami banyak perubahan. Antaranya, Bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa pengantar utama. Hal ini
dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di
Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,
manakala di Sarawak pada tahun 1990. Seterusnya, turut
diberi tumpuan juga kepada penggunaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua. Walaubagaimanapun, selaras
dengan Akta Pelajaran 1961, penggunaan bahasa Cina atau
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah
kerajaan terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik
diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di
kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi
lebih penekanan pada peringkat menengah bagi
menghasilkan tenaga kerja mahir.
12
ZAMAN DASAR EKONOMI BARU
(1971-1990)
Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menyemak
semula pelaksanaan dasar pendidikan. Cadangan
pendekatan dan strategi baru telah digariskan untuk
memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an,
peluang pendidikan untuk warganegara turut
ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal
dan infrastruktur terutama di luar bandar. Pada tahun
1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digubal
bagi meneguhkan lagi hala tuju dan matlamat pendidikan
negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini
menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu
bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
13
ZAMAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
(1991-2000)
Pada akhir abad ke-20, perubahan yang pesat telah berlaku
dalam pendidikan negara. Melalui penggubalan dan
pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan
seperti Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara
1996 dan lain-lain, asas perundangan bagi pelaksanaan
dasar pendidikan telah diperkukuhkan. Antara perubahan
lain yang berlaku dalam bidang pendidikan ialah
peningkatan akses dalam pendidikan, perkembangan ICT
dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari
pada tahun 1999, menaiktarafkan kelayakan guru-guru
daripada sijil kepada diploma, menaiktarafkan Maktab
Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) dan yang terakhir ialah
menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada
Sekolah Menengah Teknik.
14
ZAMAN DASAR WAWASAN NEGARA
(2001-2010)
Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas selaras
dengan evolusi dunia teknologi maklumat (ICT).
Penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan
dapat dilihat dalam perundangan, dasar dan program
utama. Antaranya ialah:
1.Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002),
2.Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003
(Keputusan Jemaah Menteri, 2002).
3.Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)
diperkenalkan pada tahun 2003,
4.Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan
diperluaskan pada tahun 2006
Walaubagaimanapun, terdapat satu perubahan paling
signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan
negara iaitu penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian
ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan
pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.
15
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
(2006-2010)
Pada 16 Januari 2007, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) telah dilancarkan oleh Kementerian
Pelajaran. PIPP digubalkan berdasarkan Plan
Pembangunan Pendidikan (2001 - 2010) dan Rancangan
Malaysia Kesembilan (2006 - 2010). Pelan ini akan menjadi
dasar dan perancangan pendidikan mulai tahun 2006
hingga tahun 2010.
PIPP menggariskan enam strategik utama iaitu:
1.Membina negara bangsa
2.Membangunkan modal insan
3.Memperkasakan sekolah kebangsaan
4.Merapatkan jurang pendidikan
5.Memartabatkan profesion perguruan
6.Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
16
PENUTUP
Kesimpulannya, banyak perubahan yang telah berlaku
terhadap sistem pendidikan di Malaysia sejak dari zaman
penjajahan British sehingga zaman selepas merdeka.
Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan
dasar-dasar negara yang sentiasa ditambahbaik oleh pihak
kerajaan bagi memastikan keperluan masyarakat terbela.
Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati
penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah
yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju
pembentukan masyarakat.
Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan
seperti kewujudan Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara, Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan dan sebagainya,
kelemahan-kelemahan masih wujud dalam sistem
pendidikan negara dan perkara ini haruslah diambil serius
oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini
segera serta mengambil langkah untuk menambah baik
sistem pendidikan negara supaya pendidikan di Malaysia
menjadi sebuah pendidikan yang bertaraf dunia.
17
RUJUKAN
Jamaluddin, M. K. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia:
Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan
Nasional. Sosiohumanika, 1-16.
Marzuki, S. B. (2017). Dasar dan Perancangan Pendidikan
Negara Sejak 52 Tahun Kemerdekaan Malaysia: Satu
Sorotan dan Refleksi. 1-14.
Pan, A. (n.d.). Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan
Malaysia. Academia.edu, 1-4.
Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia. (2013).
Blogspot.
Usop, M. S. (n.d.). Perkembangan Sistem Pendidikan
Malaysia. Weebly.
18