The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hdyhzack03, 2022-11-20 05:56:18

DPD30082 QAWAID FIQHIYYAH KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN DAN DIHAPUSKAN

DPD30082 QAWAID FIQHIYYAH TUGASAN BERTULIS

Keywords: Kemudaratan mesti dihilangkan dan dihapuskan

DPD 30082 QAWAID FIQHIYYAH



TAJUK :
KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN DAN

DIHAPUSKAN



PENSYARAH : NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR

NAMA   NO. PENDAFTARAN 
17DIB21F1004 
NURUL HIDAYAH BINTI AHMAD 17DIB21F1018 
ZAKARIA  17DIB21F1050 
17DIB21F1054 
NUR AQILAH BINTI ADAM   17DIB21F1064 

NIK NUR HANIS HANANIA BINTI
ZULKOPLI 

NUR ALEESYA SHAHIZA BINTI
KHAIRUL SHAH 

AHMAD NIZAM BIN YOB HAMID  

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN..........................................……...………………………….................. 1
PENGENALAN KAEDAH.............…………………………...…………...…….…..……… 2
DEFINISI...................................................................................................…………..... 3
SUMBER ASAL ATAU DALIL BERKAITAN KAEDAH KEMUDARATAN
MESTI DIHILANGKAN ATAU DIHAPUSKAN………………...………………… 4-5
KAEDAH-KAEDAH............................................................................................. 6-7
KEPERLUAN ATAU HAJAT MENEPATI DARURAT SAMA ADA YANG
BERSIFAT UMUM ATAU KHUSUS………….................................................... 8-9
CONTOH-CONTOH PERMASALAHAN SEMASA……….…..……................ 10
KETAHUI HAK DAN LIABILITI KITA DALAM AKAD SEWAAN.......... 11-12
PUNCA MASALAH DAN CARA PENYELESAIAN......................................... 13
BARANG ROSAK, HILANG BOLEH DITUNTUT KE TRIBUNAL
PENGGUNA...............................................………………………............................... 14
PUNCA MASALAH DAN CARA PENYELESAIAN........................................ 15
INDIA TIDAK MEMBENARKAN PERBANKAN ISLAM.............................. 16
PUNCA MASALAH DAN CARA PENYELESAIAN........................................ 17
KESIMPULAN........................................................................................................ 18
RUJUKAN..................……………............................................................................. 19

PENDAHULUAN

Tajuk kajian yang dipilih ialah "Bahaya Mestilah Dihilangkan Dan
Dihapuskan": Kajian berkaitan dengan perkara-perkara yang perlu diatasi
mengikut kaedah dan keadaan yang tertentu. Sebagai pelajar Politeknik
Sultan Idris Shah, kami memilih tajuk ini sebagai kajian kerana ia berkain
rapat dengan kemaslahatan yang berlaku dalam masyarakat khusunya
umat Muslim.

Pemilihan tajuk kajian ini dibuat adalah untuk membincangkan mengenai
penyelesaian bagi seseorang sekiranya berada dalam keadaan atau situasi
yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
melihat apakah kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan suatu isu
dalam masa yang sama tidak mengabaikan kemaslahatan manusia.

Pendekatan kaedah yang digunakan bermaksud melaksanakan suatu
perkara dengan berlandaskan hukum syarak dan mengutamakan hak-hak
manusia tanpa mendatangkan kemudharatan kepada manusia itu sendiri.
Perkara itu ditekankan adalah kerana sesuatu perkara yang
mendatangkan kesukaran perlu diatasi demi mencapai kepentingan asasi
kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, keturunan, akal dan
harta. Pelbagai kaedah Fiqh yang boleh digunakan, namun ia perlu
mengikut kesesuaian situasi dan had yang ditetapkan dalam syariat islam.

Perbincangan berkaitan tajuk yang dipilih perlu difahami dengan lebih

terperinci agar tidak berlaku penyalahgunaan kaedah dan salahfaham

pada hukum. Perkara ini amat penting suapaya tidak berlaku kesesatan

kepada mukalaf. Jadi, setiap muslim perlu berusaha untuk mendalami ilmu

Usul Fiqh agar dapat mengetahui penggunaan kaedah yang betul dan

tepat. Tambahan pula, perkara ini sering berlaku bukan sahaja dalam kerja

seharian kita. Namun, dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan dan

seseorang itu tidak menegetahui sama ada perkara yang dilakukan boleh

diterima syarak ataupun tidak. Jadi, disini kami memberi beberapa kaedah

dan situasi yang boleh diafahami secara mudah dan dapat digunakan

dalam kehidupan seharian.

1

PENGENALAN KAEDAH

Islam ialah agama yang mudah dan sesuai dengan fitrah manusia. Dalam
penetapan dan pengamalan hukum Islam, terdapat kaedah-kaedah tertentu
yang telah diguna pakai bagi melaksanakan sesuatu perkara supaya hukum
ini tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Antara kaedah asas
yang sering di aplikasikan dalam kehidupan manusia seharian ialah kaedah
kemudahan mesti dihilangkan dan dihapuskan atau dalam Bahasa Arab juga
dikenali dengan istilah ‫الضرر يزال‬. Kaedah ini telah diguna pakai secara meluas
dalam kehidupan manusia terutamanya umat Islam lebih-lebih lagi semasa
negara dilanda pandemik Covid-19.

Apa yang dimaksudkan dengan kaedah asas ini? Kaedah kemudahan mesti
dihilangkan dan dihapuskan membawa erti segala bentuk kemudaratan
(seperti kesakitan, ancaman, kemusnahan, kerugian, kecatatan, kesukaran,
kacau bilau-bilau dan hilang fungsi) wajib dihilangkan dan dihapuskan sama
ada terhadap dirinya sendiri atau mana-mana individu serta orang awam
yang ada. Oleh itu, kemudaratan yang berlaku dan yang akan berlaku
mestilah dihapuskan serta-merta.

2

DEFINISI

-Kemudaratan perlu dihilangkan dengan
membawa pengertian bahawa kemudaratan telah

terjadi. Kaedah ini juga membawa maksud
sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya

mestilah dihapuskan dan perkara yang
berbahaya itu juga hendaklah dihilangkan.

-Kemudaratan hendaklah dihilangkan ialah
segala kemudaratan yang berlaku wajib
dihilangkan atau dihapuskan. Kaedah ini
merupakan salah satu kaedah yang

berkenaan masalah kemudaratan. Ada juga
kaedah yang menghalang kemudaratan itu
daripada dilakukan manakala kaedah ini
pula menerangkan tentang kewajipan untuk

menghilangkan kemudaratan tersebut.

3

SUMBER ASAL ATAU DALIL BERKAITAN KAEDAH
KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN

Terdapat dalil dan sumber asal berkaitan kaedah ini melalui ayat Al-Quran
dan As-Sunnah

Al-Quran :
1.

ۚ ‫اَل ُتَض ٓاَّر َٰو ِلَدٌۢة ِبَوَلِد َها َواَل َم ْو ُلوٌۭد َّلُهۥ ِبَوَلِد ِهۦ‬



Maksudnya: "Janganlah seorang ibu menderita karana anaknya dan jangan
".pula seorang ayah (menderita) karana anaknya
)Al-Baqarah : ayat 233(

2. ‫َواَل ُتْف ِس ُدو۟ا ِفى ٱَأْلْرِض‬
‫َبْع َد ِإْص َٰلِح َه ا َوٱْدُع وُه َخْو ًفا َوَط َم ًع ا ۚ ِإَّن َرْحَم َت ٱلَّلِه َقِريٌب ِّم َن‬ ‫ٱْلُم ْحِس ِنيَن‬




Maksudnya: "Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah

menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah

kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga

dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya

".rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya

)Al-A’raf : ayat 56(

4

SUMBER ASAL ATAU DALIL BERKAITAN KAEDAH
KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN

Terdapat dalil dan sumber asal berkaitan kaedah ini melalui ayat Al-Quran
dan As-Sunnah

3.
Al-Quran :

ۚ ‫َاَل ُتَض ٓاُّروُهَّن ِلُتَض ِّيُقو۟ا َع َلْيِه َّن‬
Maksudnya: "Janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di

tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan
'.)mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu
)Al-Talaq : ayat 6(



Hadith :
‫لا ضرر ولا ضرار‬

Maksudnya:" Tidak membahayakan diri sendiri dan tidak membahayakan
".orang lain

)Riwayat Ibn Majah(

5

Kaedah 1 :Darurat mengharuskan perkara yang
dilarang.

Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang dilarang atau
haram hukumnya disisi syarak boleh berubah menjadi harus
sekiranya berlaku darurat.

Contohnya; Memakan bangkai adalah haram mengikut hukum
asalnya, namun diharuskan ketika darurat iaitu tiada makanan
lain untuk dimakan.

Kaedah 2: Perkara yang diharuskan kerana darurat
dihadkan menurut kadar darurat sahaja.

Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang diharuskan ketika
darurat hanya boleh dilaksananakan sekadar untuk
menghilangkan darurat tersebut dan tidak boleh berlebihan
dalam melakukannya.
Contohnya: Minum arak ketika darurat hanya dibenarkan untuk
menghilangkan haus sahaja bukan dengan menghabiskan
sebotol arak.

6

Kaedah 3: Kemudaratan tidak boleh dihilangkan
dengan kemudaratan juga

Kaedah ini bermaksud, kemudaratan tidak boleh dihilangkan
dengan cara menimbulkan kemudaratan yang lain terutamanya
sekiranya kemudaratan yang timbul itu lebih bahaya dari
mudarat yang asal.
Contohnya; Seseorang yang terdesak dan mengalami
kebuluran tidak boleh mengambil harta orang yang juga
terdesak dan mengalami sepertinya juga.

Kaedah 4: Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan
dengan kemudaratan yang lebih ringan

Kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua kemudaratan
dalam satu masa, maka kemudaratan yang lebih berat
seharusnya dihilangkan dengan melaksanakan perkara yang
lebih ringan mudaratnya.
Contohnya: Melakukan pembedahan terhadap wanita
mengandung yang telah meninggak dunia untuk mengeluarkan
anaknya sekiranya bayi tersebut masih ada harapan untuk
hidup.

7

Keperluan atau Hajat Menempati
Kedudukan Darurat Sama Ada yang Bersifat

Umum atau Khusus
(Al-Hajah Tanzilu Manzilat Al-Darurah ‘Ammah

Kanat Aw Khassah)

Definisi :

Keperluan manusia sama ada yang bersifat umum (semua
orang) atau yang bersifat khusus (satu golongan atau
perseorangan) boleh beralih ke tempat darurat kerana syarak
mempertimbangkan keperluan manusia terhadapnya. Kesannya,
boleh menyebabkan manusia terbeban dan menghadapi
kesukaran dalam menjalani kehidupan sekiranya hajat ini tidak
diletakkan pada kedudukan darurat. Ini adalah bertentangan
dengan syariat Islam kerana Islam merupakan agama yang
penuh dengan toleransi, prihatin terhadap seluruh umatnya.
Selain itu, kedatangan Islam itu sendiri adalah untuk menolak
atau membendung kesukaran dan membawa kemudahan
kepada manusia. Kaedah ini melihat kemudahan tidak hanya
terbatas oleh kerana faktor darurat sahaja. Kemudahan itu juga
diberikan ke atas faktor ada hajat, sebagaimana keringanan itu
diharuskan dalam situasi darurat.

8

1. Contoh Pertama :
Diharuskan transaksi tempahan (al-salam), sewaan (al-ijarah),
upahan (al-ji'alah). Biarpun kesemua transaksi ini menyalahi qiyas
dalam fiqh Islam, namun kerana keperluan majoriti masyarakat, maka
ia ditempatkan pada kedudukan darurat. Syarak telah memberi
rukhsah (keringanan) dalam perkara ini, meskipun pada dasarnya
transaksi seperti ini tidak sah kerana pada dasarnya, maksud
transaksi tersebut adalah seperti berikut:
a) Tempahan : Merupakan jual beli barang yang tidak ada ketika
transaksi.
b) Sewaan : Ketika melakukan akad, ia belum mempunyai manfaat
atau faedah.
c) Upahan : Pengupahan yang masih ada perkara yang tidak
diketahui ketika melakukan akad.

2.Contoh Kedua :
Lelaki boleh memakai

pakaian sutera

disebabkan kerana

3.sakit kulit.
Contoh Ketiga :
Diharuskan melihat

kepada bakal isteri

untuk tujuan

perkahwinan.

9

CONTOH-CONTOH
PERMASALAHAN SEMASA

1) Amin mengalami gastrik yang teruk
pada bulan ramadhan secara tiba-tiba
untuk berbuka puasa kerana dibimbangi
akan memudaratkan dirinya

Jawapannya: Dibenarkan olehnya untuk
berbuka puasa dengan syarat beliau
wajib mengqada'kan puasanya semula
pada hari lain.

2) Adakah dibolehkan seseorang itu untuk
meminum arak ketika mana dirinya dalam
keadaan dahaga kerana tidak minum selama 2
hari berturut-turut dan air yang ada pada
ketika itu cuma arak sahaja?

Jawapannya: Dibolehkan untuknya minum
arak sekadar untuk menghilangkan
dahaganya sahaja.

10

Ketahui Hak Dan Liabiliti Kita
Dalam Akad Sewaan

Oleh DR SHAMSIAH MOHAMAD

ANTARA akad (kontrak) muamalat Islam adalah
akad ijarah (sewaan). Ia sebenarnya termasuk
dalam kategori akad jual beli juga. Ini kerana kedua-
dua pihak yang berakad iaitu penyewa dan pemberi
sewaan akan saling bertukar sesuatu apabila akad
disempurnakan oleh mereka.

Sebagai contoh, A menyewakan rumahnya kepada
B. Maka A akan memberi laluan kepada B untuk
menggunakan rumah yang telah disewa tersebut
berdasarkan terma-terma perjanjian sewaan yang
telah dipersetujui. Manakala B pula akan membuat
bayaran sewa kepada A berdasarkan apa yang
telah dipersetujui.

Dalam dunia kewangan Islam, antara kontrak yang
digunakan dalam pembiayaan kepada pelanggan
bank Islam adalah akad ijarah (sewa). Namun, akad
ijarah yang menjadi amalan dalam pembiayaan
kenderaan biasanya adalah akad sewaan yang akan
berakhir dengan akad jual beli.

11

Maksudnya, kenderaan berkenaan disewakan
oleh pihak bank kepada pelanggannya untuk
tempoh tertentu dan setelah bayaran sewa
yang terakhir dibuat oleh pelanggan, bank
akan menjual kenderaan berkenaan kepada
pelanggannya. Dalam perbankan Islam, ia
lebih dikenali dengan al-ijarah thumma al-bai’
(AITAB).

Pihak bank Islam menawarkan alternatif
pembiayaan kenderaan menggunakan AITAB
kerana terdapat pelanggan yang pada
asasnya memang ingin memiliki kenderaan
tertentu seperti kereta.

Memandangkan dalam tempoh pembiayaan
menggunakan AITAB ini pelanggan adalah
penyewa dan bukannya pemilik, maka secara
dasarnya segala kos penyelenggaraan akan
ditanggung oleh bank sebagai pembeli sewa.

Dokumen Polisi Ijarah yang diterbitkan oleh Bank
Negara Malaysia dinyatakan bahawa segala hak
dan liabiliti yang terhasil daripada pemilikan aset yang disewa
hendaklah ditanggung oleh pemberi sewaan, manakala hak dan
liabiliti yang terhasil daripada penggunaan aset yang disewa
hendaklah ditanggung oleh penyewa.

12

Punca Masalah & Cara
Penyelesaian

PUNCA

Pelanggan membuat sewaan
kerana terdapat pelanggan
yang pada asasnya memang
memerlukan sesuatu seperti
kenderaan dan rumah tetapi
tidak mempunyai wang yang
mencukupi untuk membayar
penuh.

PENYELESAIAN

Oleh itu, mereka boleh

mendapatkan pembiayaan

daripada pihak bank Islam.

Pihak bank akan membeli

kereta terlebih dahulu dan

diwakilkan kepada

pelanggannya.

13

Barang Rosak, Hilang Boleh Dituntut Ke
Tribunal Pengguna

Zatul Iffah Zolkiply - Februari 8, 2021 @ 3:33pm
Berita Harian

Terdahulu, Rosol melawat jualan Kedai Runcit
Bergerak Prihatin Mart di Dataran Kampung Pela,
Ajil, di sini, hari ini.

Rosol berkata, tidak semua barang dapat dituntut
daripada syarikat penghantar barang dan TTPM
seperti barangan kemas dan cecair berbahaya.

"Jika barang yang dipos itu tersenarai antara barangan terlarang, pengguna perlu
menanggung risiko sendiri jika berlaku kerosakan.

"Sekiranya berlaku kehilangan seperti barangan kemas, mereka boleh merujuk kes
kepada pihak polis," katanya.

BH semalam melaporkan, syarikat kurier, J&T Express (J&T) memohon maaf
kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian pekerja mogok dan
membaling barang yang tular di media sosial.

J&T dalam satu kenyataan menjelaskan, insiden berlaku disebabkan kakitangan
kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca
kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh
kakitangan syarikat itu.

Tujuh pekerja syarikat berkenaan di Perak turut membuat permohonan maaf
berhubung insiden terbabit.

14

Punca Masalah & Cara
Penyelesaian

PUNCA

Mogok ini berlaku berpunca PENYELESAIAN
daripada kakitangan syarikat
kurier J&T yang kurang jelas Berdasarkan kaedah
mengenai pengagihan sistem
bonus dan komisen sehingga kemudaratan itu harus
menyebabkan berlakunya
mogok serta tindakan
membaling barangan milik
pelanggan.

dihilangkan (Al-Ḍarar yuzal),

pembeli perlu memulangkan

barang yang rosak atau

terdapat kecacatan kepada

penjual atau pengentara(kurier)

bagi mengelakkan kerugian

kepada pembeli. Didalam

syarat-syarat jual beli Islam,

penjual atau pengantara

perlulah menyediakan barang

dalam keadaan baik supaya

pelanggan redha dengan

transaksi jualan yang

dilakukannya.

15

India Tidak Membenarkan Perbankan Islam

BERITA Mediacorp

NEW DELHI: India memutuskan untuk tidak membenarkan perbankan Islam di
negara itu, memandangkan rangkaian bank sedia ada mencukupi untuk
memenuhi keperluan kewangan setiap orang.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini wujud spekulasi bahawa pemerintah India
akan membenarkan beberapa bentuk perbankan tanpa faedah demi kewangan
inklusif untuk mereka yang menolak bank konvensional disebabkan sistem
berasaskan faedah.

Menteri Hal Ehwal Minoriti Persekutuan, Mukhtar Abbas Naqvi berkata, terdapat
jenis kepemerintahan yang berbeza dan jadual bank yang berlainan. Malah sistem
perbankan sedia ada adalah kepada semua. Justeru, pemerintah tidak memikirkan
untuk memperkenalkan konsep perbankan Islam.

“Di India, pemerintah tidak akan membenarkan perbankan Islam kerana India
merupakan sebuah negara sekular dan demokratik,” katanya kepada media
tempatan.

Pada 2015, jawatankuasa bank pusat mencadangkan supaya perkhidmatan
tanpa faedah dibuka secara khusus di bank-bank untuk menawarkan
perkhidmatan terhad sebelum memperkenalkan perbankan yang mematuhi
syariah secara berperingkat.

Menurut pengamal perbankan Islam, kewangan Islam, yang berlandaskan
larangan riba, akan menarik 190 juta penduduk Islam di India dan masyarakat
kecil yang mahukan amalan perbankan lebih beretika.

Setiausaha Agung Pusat Kewangan Islam India, Abdur Raqeeb, pelobi perbankan
Islam berkata, kenyataan Mukhtar Abbas itu adalah sesuatu yang
mengecewakan.

16

Punca Masalah & Cara
Penyelesaian

PUNCA

Perbankan Islam tidak

dibenarkan di India kerana

rangkaian bank sedia ada

mencukupi untuk

memenuhi keperluan

kewangan setiap orang.

PENYELESAIAN

Berdasarkan kaedah darurat

mengharuskan perkara yang

dilarang (Al-Ḍarūriyāt tubīḥ al-

maḥẓūrāt), seseorang individu

Islam dibolehkan menyimpan

sejumlah wang yang banyak di

perbankan konvensional

sekiranya negara yang

didudukinya tiada perbankan

Islam. Jika tidak disimpan di

bank, terdapat pelbagai perkara

yang tidak diingini boleh berlaku

sehingga boleh mengancam

keselamatan dirinya.

17

KESIMPULAN

Kaedah tersebut merupakan satu kaedah
yang boleh digunakan demi menjaga
keselamatan khusus individu dan
masyarakat amnya. Kaedah ini juga
menunjukkan betapa agama Islam dan
syariatnya itu begitu mengambil berat
mengenai kepentingan manusia tanpa
mengira agama,bangsa dan keturunan
serta menolak kemudaratan dan
kerosakan yang berlaku. Semua hukum
yang telah diputuskan oleh syarak tidak
lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada berlaku
kemudaratan yang menjadi salah satu
tujuan utama mengapa syariat Islam
didatangkan oleh Allah S.W.T ke atas
muka bumi ini.

18

RUJUKAN

1. AL-Quran
2. Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-

kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
3. https://pbs.mypolycc.edu.my/images/Perpustakaan/ebook/MPU230

52_Kaedah_Fiqh.pdf
4. https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/muamalah/ketahui-hak-

dan-liabiliti-kita-dalam-akad-sewaan/
5. http://www.ukm.my/jcil/wp-content/uploads/2022/06/JCIL-2022-

71-Article-2.pdf
6. https://berita.mediacorp.sg/kewangan/india-tidak-benarkan-

perbankan-islam-277561
7. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/784263/bar

ang-rosak-hilang-boleh-tuntut-ke-tribunal-pengguna

19


Click to View FlipBook Version