Mesyuarat
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBIR 38KALI KE
18300 GUA MUSANG, KELANTAN
3 JULAI 2022 / Ahad
11.00 PAGI
DEWAN RAJAWALI
SK LEBIR
Dirasmikan Oleh :
YBM TAN SRI TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Ahli Parlimen Gua Musang
Kandungan
Kandungan 2
Atur Cara Majlis 3
Notis Mesyuarat 4
Kata Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG 5
Kata Alu-Aluan Yang Berusaha Tuan Guru Besar 6
Jawatankuasa Pengelola 7-8
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 9
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 10
Peringatan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37 11-13
Penyata Kewangan PIBG SK Lebir Gua Musang 14
Bagi Tempoh Berakhir 1 Julai 2022
Misi Dan Visi Sekolah 15
Senarai Nama Guru Dan Kakitangan Sekolah 16
Senarai Penerima Anugerah 17
Borang Keputusan Pemilihan Ahlijawatankuasa 18
Penghargaan
2
Atur Cara Majlis
________________________________________________________________
Tarikh : 03 Julai 2022 (Ahad)
Masa :10.00 pagi
Tempat : Dewan Rajawali Sekolah Kebangsaan Lebir
10.00 Pagi - Kehadiran / pendaftaran ibu bapa / penjaga / waris pelajar
10.30 pagi - Mesyuaraf Agung PIBG bermula
12.00 Tgh - Ketibaan dif-dif jemputan.:
12.30 Tgh - Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang.
- Yang Berhormat Haji Amran bin Arifin
ADUN Paloh Gua Musang.
- Cik Rafeah binti Mat Zain
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang
- Pengiring-pengiring dan dif-dif jemputan.
- Majlis dimulakan:
- Bacaan doa
- Nyanyian lagu NegaraKu,
- Ucapan Tuan PKP b\p Guru Besar
Yang Berusaha En Hassan bin Shazali
- Ucapan Yang Dipertua PIBG
Yang Dihormati Tuan Haji Abdul Aziz Abdul Rahman
- Ucapan dan Perasmian oleh YBM Tan Sri Tengku Razaleigh
Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
- Penyampaian Hadiah Kecemerlangan MP KAFA dan tokoh
Murid 2021
- Cabutan Bertuah
- Jamuan ibubapa dan Dif-dif Jemputan
- Majlis bersurai
3
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBIR
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
_______________________________________________________________
Ruj kami : SKL 100-9/4/1 ( )
Tarikh : 27 Jun 2022
Semua Ibubapa/ Penjaga/ Waris Murid,
Semua AJK PIBG Sesi 2020/2021,
Semua Guru dan Kakitangan
Sekolah Kebangsaan Lebir ,
18300 Gua Musang,
Kelantan.
Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU ( PIBG) KALI
KE-38 SEKOLAH KEBANGSAAN LEBIR TAHUN 2022
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berikut adalah butiran majlis yang akan diadakan:
Tarikh : 03 Julai 2022 (Ahad)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Dewan Rajawali SK Lebir
Borang usul : Hantar sebelum atau pada 30 Jun 2022
Peringatan : Pemakaian pelitup muka amat digalakkan.
.
3. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
””WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
HAJI ABDUL AZIZ B. ABDUL RAHMAN
YDP PIBG,
Sek. Keb. Lebir,
Gua Musang, Kelantan.
4
Kata alu-aluan oleh : Yang Dipertua PIBG,Sekolah Kebangsaan Lebir
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izinnya
kita dapat bersama-sama sekali lagi berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung kali ke-
38(2022). Seperti biasa saya doakan semoga mesyuarat pada petang ini dapat
mengambil keputusan yang mendatangkan kebaikan demi kemajuan pembelajaran
anak-anak kita di sekolah ini.
Selamat datang saya ucapkan kepada tetamu khas kita iaituYang Berhormat
Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang, Timbalan
Pegawai Pendidikan, PPD Gua Musang,Pegawai Pendamping Sekolah Encik Mahadi bin
Mohamed, semua dif jemputan, ibubapa /penjaga, dan guru-guru dalam mesyuarat ini.
Kehadiran Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sangat ditunggu-
tunggu dan amat bermakna buat kita semua, terutama dalam membantu proses
kemajuan pendidikan anak-anak kami di sini. Beliau seterusnya akan merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kita pada kali ini.
Ibu bapa sekalian,
Kerjasama yang erat dan sokongan padu yang diberikan kepada pihak sekolah
selama ini patut diteruskan oleh kita. Kemajuan dan kejayaan anak kita akan tercapai
dengan adanya usaha dua hala dan berterusan. Di sekolah guru-gurulah yang
memainkan peranan penting. Saya percaya warga pendidik Sekolah Kebangsaan Lebir
amat dedikasi dalam menjalankan tugas-tugas mengikut apa yang di amanahkan kepada
mereka sebagaimana yang tersebut dalam Falsafah Pendidikan Negara. Dan usaha
mendidik anak-anak bukan terhenti sekadar pada waktu persekolahan sahaja. Ibubapa
seharusnya menyambung tugas mendidik anak-anak selepas waktu persekolahan.
Bagi saya jika bersungguh-sungguh dan ikhlas mendidik anak-anak kita, maka anak-
anak kita juga mesti selalu bersedia menerima didikan berkenaan. Kita ibu bapa juga
harus meningkatkan kualiti dalam pendidikan anak-anak sebagaimana aspirasi kerajaan
masa kini.
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima
kasih kepada semua warga guru di sekolah ini. Terima kasih kepada semua pihak yang
bertungkus-lumus mengadakan persiapan mengadakan mesyuarat agung ini. Saya juga
ingin merakamkan jutaan kemaafan jika sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai
Yang Dipertua menyinggung perasaan.
Sekian, terima kasih
”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
.
(Abdul Aziz Bin Abdul Rahman)
Yang Dipertua PIBG SK. Lebir , Sesi 2020/20251
Kata alu-aluan oleh : Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Lebir
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah kita
bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK
Lebir, Gua Musang kali ke-38. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa
Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2022 yang telah berusaha secara bersungguh-
sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa
PIBG dan Ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.
Sekalung tahniah kepada warga SKL kerana pelaksanaan mesyuarat ini
membuktikan bahawa SKL sememangnya mempunyai standard yang dapat
dibanggakan dalam usaha kita melahirkan modal insan kamil sejajar dengan hasrat
negara.
Marilah kita sama-sama mendidik dan membetulkan kesilapan yang berlaku dan
sentiasa seiring dalam mengejar arus perkembangan dunia pendidikan. Justeru, semua
guru, ibu bapa dan para pelajar perlu bergerak sederap untuk melakar impian mencipta
kecemerlangan.
PIBG memainkan peranan penting dalam usaha pembangunan dan
kecemerlangan sekolah. Sebagai Guru Besar, saya akan terus memberi sokongan
terhadap segala program yang bakal dilaksanakan oleh PIBG di sekolah ini. Dan saya
berharap agar PIBG dijadikan sebagai medium untuk mendekatkan lagi masyarakat
sekolah dengan komuniti setempat.
Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah
S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi
menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu, diharap PIBG SK Lebir, Gua
Musang terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah,
seterusnya mencipta kegemilangan SK Lebir, Gua Musang, Kelantan.
Sekian. Terima kasih.
”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
HASSAN BIN SHAZALI 6
b/p Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lebir
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-38
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBIR 2022
Penasihat : En. Hassan bin Shazali
Yang Dipertua : Tn. Haji Abdul Aziz bin Abdul Rahman
Naib Yang Dipertua : Pn. Hajah Ramelah binti Hamezah
Setiausaha Kehormat : En. Mohd Marzuki bin Che Lamaluding
Bendahari Kehormat : En. Ahmad Muzakir bin Zakaria
AJK SAMBUTAN BACAAN DOA
1. En. Hassan bin Shazali (PKP) 1. En. Mohd Shamri bin Mohd Adnan
2. Tn. Haji Abdul Aziz bin Abdul Rahman(YDP)
3. En. Azhar bin Ahamad (PKHEM) AJK PENCATAT MINIT MESYUARAT
4. En. Ramadhan bin Mohd Nor (PKKO) 1. Pn. Salasiah Akmar binti Abd Aziz (K)
2. Pn. Hajah Nik Rahimah binti Baharudin
PENGERUSI MAJLIS 3. En. Mohd Marzuki bin Che Lamaluding
1 Pn. Siti Norashidah binti Mohd Nor (K) 4. Cik Siti Nur Fatin Atirah binti Nek Apindi
2. Pn. Siti Hasmah binti Muhamad
AJK PENDAFTARAN IBUBAPA DAN GURU
AJK BUKU PROGRAM 1. Pn. Hajah Nik Rahimah binti Baharudin (K)
1. Pn. Nurul Ashikin binti Mohamad Rashdi (K) 2. Pn. Nurul Ashikin binti Mohamad Rashdi)
2. Pn. Rosma Liana binti Yusof 3. Pn. Hajah Nooraini binti Awang
3. En. Mohd Shamri bin Mohd Adnan 4. Pn. Rosma Liana binti Yusuf
4. En. Mohd Marzuki bin Che Lamaluding 5. Pn. Siti Razanah binti Abdul Rahman
6. Pn. Jumaizah binti Jaafar
AJK HADIAH & CENDERAHATI
1. Pn. Wan Noorasikin binti Wan Ahmad (K) AJK JAMUAN VIP & IBUBAPA
2. Pn. Salasiah Akmar binti Abd Aziz 1. Pn. Wan Noorasikin binti Wan Ahmad (K)
3. Pn. Siti Baizura binti Awang 2. En. Azhar bin Ahamad
4. Cik Siti Nur Fatin Atirah binti Nek Apindi 3. Pn. Siti Nor Azlina binti Sazali
4. Pn. Hanapiah binti Harun
AJK SIARAYA 5. Pn. Faridah binti Mamat
1.En. Sanizy bin Mahidin( K) 6. Pn. Hajah Noor Aini binti Awang
2.En. Mohd Nuzaihan bin Salleh 7. Pn. Nor Azlina binti Mohd Nor
8. Pn. Hajah Ramelah binti Hamezah
BUNGA MANGGAR 9. Pn. Rahayu binti Abdul Aziz
1. Pn. Salasiah Akmar binti Abd Aziz (K)
2. Pn. Hajah Nik Rahimah binti Baharudin
7
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-38
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBIR 2022
AJK KEBERSIHAN AJK KESELAMATAN & SOP
1. En. Sufian bin Mamat (K) 1. En. Wan Mohd Syahril bin Wan Abd Rahman (K)
2. En. Saiful Bahari 2. En. Zulkiflie bin Awang
3. En. Mat Jusoh bin Mohd Zain 3. En. Mansor bin Mohd Ripin
4. En. Yusmizan bin Ishak 4. En. Mat Jusoh bin Mohd Zain
5. En. Mahadi bin Harun 5. En. Mazlan bin Abdullah
6. En. Mat Jusoh bin Mohd Zain 6. En. Abdul Rahman bin Yusof
7. En. Hairul bin Alip
AJK “BACKDROP” / KAIN RENTANG 8. En. Mahadi bin Harun
1. En. Mohd Shamri bin Mohd Adnan (K)
2. En. Mohd Alihaji bin Mohd Azahar AJK PERSIAPAN TEMPAT, DEWAN & PENTAS
1. En. Ahmad Muzakir bin Zakaria (K)
AJK BORANG USUL 2. Pn. Hajah Nik Rahimah binti Baharudin
1. En. Mohd Shamri bin Mohd Adnan (K) 3. En. Sanizy bin Mahidin
2. Pn. Nurul Ashikin binti Mohamad Rashdi 4. En. Wan Mohd Syahril bin Wan Abd Rahman
3. Pn. Siti Razanah binti Abdul Rahman 5. En. Mohd Alihaji bin Mohd Azahar
6. En. Saiful Bahari
AJK KUTIPAN SUMBANGAN 7. En. Nuzaihan bin Saleh
1. En. Nuzaihan bin Salleh (K) 8. En. Sufian bin Mamat
2. En. Ahmad Muzakir bin Zakaria 9. Pn. Salasiah Akmar binti Abd Aziz
10 En. Mohd Azizi bin Mohamed Anuar
AJK FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI
1. En. Mohd Azizi bin Mohamed Anuar (K)
2. En. Ahmad Muzakir bin Zakaria
JURUKIRA UNDI / PENCATAT PAPAN PUTIH
1. En. Nuzaihan bin Salleh (K)
2. En. Yusmizan bin Ishak
3. En. Mohd Alihaji bin Mohd Azahar
4. En. Wan Mohd Shahril bin Wan Abdul Rahman
8
PENASIHAT
En. Hassan bin Shazali
b/p Guru Besar
YANG DIPERTUA
Tn. Haji Abdul Aziz bin Abdul Rahman
NAIB YANG DIPERTUA
Pn. Hajah Ramelah binti Hamezah
SETIAUSAHA KEHORMAT
En. Mohd Marzuki bin Che Lamaluding
BENDAHARI KEHORMAT
En. Ahmad Muzakir bin Zakaria
AHLI JAWATANKUASA
En. Mohd Shamri bin Mohd Adnan
En. Hairul bin Alip
En. Mahadi bin Harun
En. Mazlan bin Abdullah
En. Mat Jusoh bin Mat Zain
En. Yusmizan bin Ishak
Pn. Wan Noorasikin binti Wan Ahmad
Pn. Nor Azlina binti Mohd Nor
Pn. .Rohayu binti Ab Aziz
Pn. Siti Azlina binti Sazali
PEMERIKSA KIRA-KIRA
En. Abdul Rahman bin Yusof
Pn. Hanapiah binti Harun
9
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan
yang lepas.
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG.
4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan
PIBG berakhir 01 Julai 2022
5. Menerima dan membahaskan usul-usul.
6. Pemilihan Jawatan PIBG bagi tahun 2022/2023
YDP membubarkan AJK PIBG tahun 2020/2021 dan memohon
cadangan seorang pengerusi sementara mempengerusikan
Pemilihan Jawatankuasa Baharu PIBG bagi tahun 2022/2023.
7. Pengerusi sementara akan mengendalikan pemilihan AJK seperti
berikut:
a) Memohon cadangan dan sokongan serta pengundian untuk
melantik seorang Yang Dipertua.
b) Memohon cadangan dan sokongan serta pengundian
untukmelantik seorang Naib Yang Dipertua.
c) Memohon cadangan dan sokongan serta pengundian untuk
melantik seorang Setiausaha.
d) Memohon cadangan dan sokongan serta pengundian untuk
melantik seorang Bendahari.
e) Memohon cadangan dan sokongan serta pengundian untuk
melantik 8 orang AJK mengikut zon.
8. Pemilihan Pemeriksa Kira-kira (2 orang).
9. Pengerusi sementara menyerahkan majlis kepada YDP yang
baharu.
10. Ucapan Pengerusi Baharu.
11. Penangguhan Mesyuarat.
12. Kembali kepada ATURCARA Majlis.
10
Tarikh : 26 Oktober 2021 (Rabu)
Masa : 08.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Lebir
Kehadiran : 63 orang
1.0 Ucapan Pengerusi
Bagi memulakan majlis ini, pengerusi membacakan surah Al-Fatihah .
Pengerusi menjemput dan mempersilakan YDP PIBG Tuan Haji Abdul Aziz Bin
Abdul Rahman untuk memberikan ucapan beliau.
2.0 Ucapan YDP PIBG ( Tuan Haji Abdul Aziz Bin Abdul Rahman)
YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang menghadiri
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37 ini. Ibubapa harus mendidik anak-anak
supaya hormat kepada guru. Anak- anak perlu dididik dengan menerapkan nilai-
nilai agama yang menjadi asas dalam kehidupan. Jilakalu ada sebarang
masalah atau isu, ibubapa perlu jumpa dengan pihak sekolah atau wakil PIBG
terlebih dahulu bukan menjadikannya viral.
3.0 Membentang dan menerima serta mengesahkan minit Mesyuarat Agung
Kali Ke-36
3.1 Pindaan : Tiada Pindaan
3.2 Bantahan : Tiada Bantahan
3.3 Mesyuarat yang lepas telah diadakan pada 06 Februari 2020, jam 08.00
pagi di Dewan Rajawali, SK.Lebir.
3.4 Cadangan Pengesahan : En. Mahadi bin Harun
Sokongan Pengesahan : Pn. Rahayu binti Abdul Aziz
11
Majlis menerima sebulat suara cadangan dan sokongan pengesahan minit
Mesyuarat Agung Kali Ke-36.
Tindakan : Makluman
4.0 Membentang penyata kewangan PIBG yang berakhir 30 September 2021
4.1 Bendahari PIBG, Tn. Haji Abul Fatah bin Ghazali membentangkan Penyata
Kewangan PIBG yang berakhir 30 September 2021dan menyatakan sekiranya ada
bantahan atau perkara berbangkit boleh diusulkan serta merta.
Bantahan : Tiada bantahan
Pindaan : Tiada pindaan
4.2 Pengerusi memohon penyata kewangan PIBG yang berakhir 30 September
2021ini disahkan sekiranya tiada bantahan.
4.3 Cadangan pengesahan oleh oleh Pn. Azlina binti Mohd Nor dan di sokong oleh
Pn. Siti Azlina binti Sazali. Majlis sebulat suara Penyata Kewangan PIBG yang
berakhir 30 September 2021
4.4 Bendahari PIBG memaklumkan bahawa PIBG SK Lebir mempunyai 3 akaun
bank beasingan iaitu:
4.4.1 Bank Islam, Kuala Krai (akaun asal)
4.4.2 Bank Islam, Gua Musang
4.4.3 Bank Rakyat, Gua musang
Menurut akta PIBG, mana-mana PIBG tidak boleh memiliki lebih daripada 1 akaun.
Oleh itu, dua akaun Bank Islam tersebut terpaksa ditutup. Akaun Bank rakyat
sahaja akan digunakan dengan alasan Bank Rakyat adalah peyumbang zakat
kepada murid-murid yang layak di SK Lebir.
4.5 Cadangan pengesahan oleh Pn. Fauziah binti Harun dan di sokong oleh Zizih
binti Mohamad. Majlis sebulat suara menerima agar dua akaun Bank Islam itu
ditutup.
.
12
5.0 Menerima dan membahaskan usul
5.1 Tiada usul.
Tindakan; Makluman
6.0 Hal-lain Hal
6.1 Sumbangan PIBG bagi tahun 2020.
Tn. Haji Abdul Fatah bin Ghazali menyatakan sumbangan PIBG sebanyak
RM20 perkepala telah diluluskan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN).
Namun, disebabkan pandemik Covid 19, sumbangan tersebut diputuskan tidak
dikutip.
Tindakan: Makluman
6.2 Sumbangan PIBG 2021
Ustaz Shamri (AJKPIBG) mencadangkan agar sumbangan PIBG tahun ini
dikekalkan iaitu RM 20 perkepala.
Majlis sebulat suara bersuju agar sumbangan tersebut dikekalkan untuk tahun
2021.
6.3 PDPR
Ustaz Shamri memohon kerjasama ibubapa agar memastikan dan membantu
anak-anak menjawab ujian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah contohnya
UPPK.
6.4 Ucapan En. Noor Azmi bin Ahmad (Guru Besar)
En. Noor Azmi bin Ahmad mengucapkan tahniah kepada ibubapa yang hadir.
Sebagai guru besar yang baharu, beliau mengambil kesempatan untuk
memperkenalkan diri. Ibubapa perlu sentiasa memberi sokongan kepada pihak
sekolah. Sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hati, boleh terus
berjumpanya di sekolah. Jangan diviral.
7.0 Ucapan penangguhan (Pn. Hajah Ramelah binti Hamezah , NYDP PIBG )
Pn. Hajah Ramelah binti Hamezah menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah
Kebangsaan Lebir Kali Ke-37 Tahun 2021 papa pukul 4.45 petang. Mesyuarat
seterusnya akan ditentukan kemudian.
Tindakan : Makluman umum
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
(Mohd Marzuki bin Che Lamaluding Abdul Aziz bin Abdul Rahman
Setiausaha Kehormat Yang Dipertua PIBG
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021
15
Visi dan Misi Sekolah
Visi
Sekolah
“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”
Misi
Sekolah
“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA”
17
Senarai Guru Dan Kakitangan SK Lebir
2022/2023
BIL NAMA GURU JAWATAN
1. Guru Besar
2. Hassan Bin Shazali GPK Pentadbiran
3. Azhar bin Ahamad GPK HEM
4. Ramadhan Bin Mohd Nor GPK Ko- Kurikulum
5. Wan Noorasikin Binti Wan Ahmad Guru Penolong
6. Ahmad Muzakir bin Zakaria Guru Penolong
7. Hajah Nik Rahimah Binti Baharudin Guru Penolong
8. Siti Hasmah Binti Muhamad Guru Penolong
9. Rosma Liana Binti Yusof Guru Pendidikan Islam
10. Siti Norashidah Binti Mohd Nor Guru Pendidikan Islam
11. Mohd Shamri Bin Mohd Adnan Guru Pendidikan Islam
12. Hajah Noor Aini Binti Awang Guru Pendidikan Islam
13 Salasiah Akmar Binti Abd Aziz Guru Penolong
14 Sanizy Bin Mahidin Guru Penolong
15. Nurul Ashikin Binti Muhamad Rashdi Guru Penolong
16 Mohd Ali Haji Bin Mohd Azahar Guru Pra Sekolah
17. Mohd Marzuki Bin Che Lamaluding Guru Pemulihan
18 Wan Mohd Syahril Bin Wan Abd Rahman Guru penolong
BIL NAMA KAKITANGAN SOKONGAN JAWATAN
1. Mohd Azizi Bin Mohamed Anuar
2. Siti Baizura Binti Awang Pembantu Tadbir
3. Mohd Nuzaihan Bin Salleh Pembantu Pengurusan Murid
Pembantu Operasi
18
Senarai Penerima Anugerah Cemerlang
UPKK 2021
BIL. NAMA KEPUTUSAN
1. MUHAMAD HAZRIQ NAZRAN BIN NORIZAN 8A
8A
2. NIK NUR HANANISA’ADAH BINTI NIK AZMI 8A
3. NUR DARWISYAH BINTI RAHIM
Senarai Penerima Anugerah Cemerlang
Kurikulum
MUHAMAD HAZRIQ NAZRAN BIN NORIZAN
Senarai Penerima Anugerah Cemerlang
Kokurikulum
WAN AULIYA QAISARA BINTI WAN ARMAYADI
20
BIL JAWATAN NAMA Dicadang Oleh Disokong Oleh
1. Yang Dipertua
2. Naib Yang Dipertua
3. Setiausaha
Kehormat
Bendahari
4. Kehormat
5. AJK 1
6. AJK 2
7. AJK 3
8. AJK 4
9. AJK 5
10. AJK 6
11. AJK 7
12. AJK 8
Pemeriksa Kira-
13.
Kira 1
Pemeriksa Kira-
14.
Kira 2
21
Seluruh AJK PIBG SK Lebir merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargan kepada semua yang menjayakan mesyuarat ini
terutamanya:
Yang Berusaha Cik Rafeah binti Mat Zain
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang
Yang Berusaha En. Hassan bin Shazali
b/p Guru Besar SK. Lebir
Yang Dihormati Tuan Haji Abdul Aziz Bin Abdul Rahman
Yang Dipertua PIBG
En. Mahadi bin Mohamed
Pegawai Pendamping Sekolah PPDGM
Yang Setia Ketua Balai, Balai Polis Paloh 2
Yang Berusaha Pengurus Operasi KESEDAR Lebir 1
Semua Dif-Dif Jemputan
Semua Penderma , Ibubapa/ Penjaga
Guru-Guru dan Kakitangan Sk. Lebir
AJK PIBG Sk.Lebir
Semua Ibubapa / Penjaga / Waris pelajar
Diharapkan segala usaha dan wang ringgit yang dicurahkan akan
berterusan di masa-masa akan datang. Semoga mendapat balasan
yang setimpal daripada Allah S.W.T.
Jazakallahu khairan Jaza’.. Amin..
Sekian Terima Kasih
22