KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
KOLOKIUM
KAJIAN TINDAKAN
TINGKATAN ENAM
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
KALI KE 7
TAHUN 2023
“PENYELIDIKAN & INOVASI
PEMANGKIN PENDIDIKAN
BERKUALITI”
DIRASMIKAN OLEH:
KETUA PENGARAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9 OGOS 2023 / RABU
8.00 – 4.30 PETANG
NILAI UNIVERSITY
1
Persiaran Universiti, Putra Nilai 1, Persiaran Kolej BBN,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan 2
2. Jawatankuasa Kolokium Pendidikan 3
3. Panel Penilai 7
4. Atur Cara 8
5. Abstrak 9
6. Senarai Pembentang Kajian 23
7. Penghargaan 27
2
PENGENALAN
Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat
dilaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan
bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun.
Sumbangan Kajian Tindakan dapat membantu menyelesaikan pelbagai
masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah. Ini adalah kerana
dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang
dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan
dapat direalisasikan. Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik
dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.
Kolokium Kajian Tindakan Tingkatan Enam merupakan program yang
dianjurkan oleh Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan
kerjasama SMK Dato’ Mohd Said. Program ini melibatkan 40 orang pembentang
dan 210 peserta yang terdiri daripada pentadbir sekolah, guru-guru tingkatan enam,
jurulatih Kajian Tindakan Negeri dan pegawai-pegawai daripada JPNS. Di samping
itu, program ini turut memberi peluang kepada guru-guru tingkatan enam untuk
menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif melalui intervensi yang dihasilkan
RASIONAL
Guru tingkatan enam perlu membudayakan perkongsian amalan terbaik
dalam kajian tindakan sebagai salah satu cara meningkatkan keberkesanan dalam
PdPc. Program ini juga bertujuan memberi penghargaan dalam bentuk anugerah
bagi menggalakkan guru berkongsi amalan terbaik pada masa hadapan.
Lebih banyak perkongsian Kajian Tindakan terbaik dari perbagai sudut
membolehkan pertukaran idea dalam kalangan guru tingkatan enam untuk terus
membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
OBJEKTIF
• Menyebarluas Kajian Tindakan serta intervensi yang boleh diamalkan di
sekolah.
• Membantu dan memberi idea kepada guru lain untuk mempertingkatkan
kualiti PdPc.
• Meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir
dan guru-guru tingkatan enam,
• Memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan guru tingkatan enam
bertepatan dengan tugas guru sebagai agen perubahan.
• Memperkasa guru-guru tingkatan enam agar lebih berkeyakinan diri dan
berkompetensi.
3
JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI : En. Mohd Wazir bin Hamzah
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
NAIB PENGERUSI : Datin Sri Hjh. Nurul Hidayah Seah binti Abdullah
Pengetua, SMK Dato’ Mohd Said
SETIAUSAHA : Pn. Hjh. Siti Zulaiha binti Mohamed Moklas
Penolong Kanan Tingkatan Enam,
Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said
AHLI JAWATAN KUASA : Pn. Zainab binti Abu Kassim
INDUK Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Sains dan Matematik
Sektor Pembelajaran, JPNS
: En. Mohd Aiman bin Abdol Aziz
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPNS
: En. Mohd Hasri bin Hanafi
Penolong Pengarah
Unit Menengah dan Tingkatan Enam,
: En. Mohd Saiful Anuar bin Shariff
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Kolej Tingkatan Enam Forest Height
: En. Najmi bin Md Ghazali
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Pusat Tingkatan Enam SMA Persekutuan, Labu
: Pn. Norazizah binti Samsuri
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Ampuan Durah
: En. Azimi bin Othman
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Pusat Tingkatan Enam SMKA Sheikh Hj Mohd Said.
: Pn. Wong Chai Yen
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Pusat Tingkatan Enam SMK Mantin
: Pn. Siti Aishah Binti Musa
Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Rantau
: Pn. Norhanim Binti Ab. Khalid
PK Ting. Enam, PTE SMK Tuanku Muhamad
4
JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : Datin Sri Hjh. Nurul Hidayah Seah binti Abdullah
Pengetua SMK Dato’ Mohd Said
Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Siti Zulaiha binti Mohamad Moklas
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said
Penyelaras : Pn. Zainab binti Abu Kassim
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Sains dan Matematik, JPNS
Pengurus Projek 1 : Pn. Roselynza binti Mohd Salleh
Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said
Pengurus Projek 2 : Pn. Shahrul Badriyah binti Mohamed
Ketua Penolong Pengarah
Unit Sains & Matematik, JPNS
Setiausaha 1 : Pn. Aisah binti Mohamed Azmi
Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said
Setiausaha 2 : Pn. Hjh. Noor Razalina binti Mohd Rashid
Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said
AHLI JAWATAN KUASA KERJA
NAMA AJK
PENYAMBUT TETAMU VIP FLOOR MANAGER DAN TEKNIKAL, SIARAYA DAN
PROTOKOL PENJAGA MASA
1. Pn. Zainab binti Abu
Kassim PTE SMK Dato’ Mohd Said JPNS
2. Pn. Shahrul Badriyah binti PTE SMK Tunku Muhammad 1. En. Mohd Aiman bin
Mohamed Abdol Aziz, KPP
3. En. Mohd Hasri bin Hanafi 1. Pn. Nor Azila Binti 2. En. Muhammad Hatta bin
4. Datin Sri Hjh Nurul Hidayah Mohd Nor Mohamed Noh, PP
Seah binti Abdullah 2. Pn. Nazlee Bt. Mat Nor 3. En. Kamal Sufiyan bin
5. Pn. Hjh Siti Zulaiha binti 3. Pn. Roselynza Binti Mohd Mustafa Kamal, PP
Mohamed Moklas Salleh 4. En. Abu Bakar bin Kalid,
6. En. Md Nazri bin Rahim 4. Shahrul Badriyah Binti PP
7. Pn. Roselynza binti Mohd Mohamed (JPNS)
Salleh SMK Dato’ Mohd Said
1. En. Manimaran A/L
Govindaraj
2. Pn. Siti Saadah binti Toha
3. Pn. Noraini binti Ibrahim
5
BUKU PROGRAM PENDAFTARAN DAN PEMBACA DOA
E-SIJIL PENYERTAAN
PTE SMK Dato’ Mohd Said SMA Persekutuan Labu
1. Cik Nur Jannah Binti Abdul PTE SMK Dato’ Mohd Said Muhammad Darwisy Hakim
Rahman 1. En. Norsyazaiman Bin bin Abdul Halim
2. Pn. Jamilah Binti Othman Samsudeen
2. Pn. Shitah Binti Abdullah
TVPSS JURUACARA PERSEMBAHAN MONTAJ
SMK Dato’ Mohd Said PTE SMK Dato’ Mohd Said PTE SMK Mantin
1. Che Wan Rosida Binti Wan 1. Zaiton Binti Hashim 1. Pn. Samsiah Binti Ponding
Hasan 2. En Amran Bin Sharudin 2. Pn. Nur Hafizah Binti
Ismail
URUSETIA & JK KAJIAN MODERATOR JAMUAN DAN
TINDAKAN DAN KEBERSIHAN
PEMBENTANGAN PTE SMK Dato’ Mohd Said
1. Pn.Zetty Azura Binti Ahmad KTE Forest Height
Pegawai JPNS dan Jurulatih 2. Pn. Hjh. Noor Razalina Binti
Kajian Tindakan Rashid 1. Pn. Ruzana binti Awang
2. Pn.Sharifah Zuraini binti
1. Pn. Shahrul Badriyah Binti PTE SMK Tunku Ampuan Syed Ali
Mohamed Durah 3. Pn. Rohana binti
2. En. Md Nazri Bin Rahim 1. Pn Rosreeta binti Abdul Kamarudin
3. Pn. Roselynza Binti Mohd Razak 4. En Shahrul Najib bin
Salleh Abdullah
4. Pn. Nazlee Binti Mat Nor KTE Forest Height 5. Pn. Rahime binti Ab Rauf
5. Pn. Zetty Azura Binti 1. Pn Waytha Nayagi A/P
Ahmad Ponnusamy
6. Pn. Saresvathy Raman 2. Pn Nizam Binti Mat
@Sara
7. Pn. Chan Sook Lai SMKA Sheikh Hj. Mohd Said
8. Pn. Diana Binti Abdul Pn Norshida bte Saibi
Rahman sidek
9. Pn. Samsiah binti Ponding
10. Pn. Kang Seow Hung
11.Pn. Munirah Binti Ibrahim
CENDERAMATA DAN SIJIL PEMBENTANG JEMPUTAN PANEL HAKIM
HADIAH PRMBENTANG
SMK TUNKU AMPUAN KTE Forest Height
KTE FOREST HEIGHT DURAH 1.En. Md Nazri Bin Rahim
1. Dr.Lee Sui Chin 1. Pn Zarina binti Bidin
2. Pn. Prasana A/P Sreedaran 2. Pn.Norsalawati binti Mohd
3. En Wong Weng Siong Jaya
6
DOKUMENTASI & BUNTING/ BANNER PENYELARAS PENERIMA
FOTOGRAFI HADIAH
KTE Forest Height
PTE SMK Dato’ Mohd Said 1. En. Lee Cheow Lim PTE SMK Dato’ Mohd Said
1. Pn.Noorzaila Binti Mat 2. En. Shamsuri bin Mohamed 1. Pn. Munirah Binti Ibrahim
Taib 2. Pn. Saluwah Binti Adam
2. Pn. Faridah Binti Abu FACEBOOK
Bakar Cik Suzana binti Osman
PERSIAPAN TEMPAT, PARKIR & KESELAMATAN JEMPUTAN MAJLIS
KEBERSIHAN DAN PENUTUPAN/ HAKIM
KECERIAAN SMKA Sheikh Hj. Mohd Said
1. En. Mohd Zaini bin Sejo 1. Pn. Zainab binti Abu
PTE SMK MANTIN 2. Cik Nor Azlin binti Anuar Kassim (JPNS)
1. Pn Wong Chai Yen (PKT6) 2. En. Ahmad Fahmi bin
2. Cik Lai Poh Chan Ismail (JPNS)
3. Pn Hjh Zubaida Binti Haji 3. Pn. Roselynza binti Mohd
Mohamed Salleh (PM)
4. Pn. Aisah binti
Mohammed Azmi (SU)
5. Pn. Hjh. Noor Razalina
binti Mohd. Rashid (SU)
TUGAS-TUGAS KHAS/ TEKS UCAPAN
RUNNER
SMK RANTAU
PTE SMK Dato’ Mohd Said 1.Pn. Dalilah Binti Ali
1. Pn. Hamimah Binti Basri 2.Pn. Mariani Binti Majid
2. Pn. Aisah Binti Mohamed
Azmi
7
PANEL PENILAI
HAKIM KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN TINGKATAN ENAM 2023
BIL NAMA IPT BIDANG KEPAKARAN
1 Dr. Norkumalasari Penyelidikan Kuantitatif
binti Othman Institut Aminuddin Baki Analisis Data Sem Amos
(IAB) Pengajian/Pendidikan Matematik
2 Pn. Norhasnida binti Penilaian Pendidikan
Rejab Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai
Institut Aminuddin Baki
(IAB) Bahasa Pertama
- Pembangunan Sumber Manusia
3 Ts Dr Romy bin Abd Institut Pendidikan Guru
Kadir Kampus (IPGK), Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Pendidikan Teknik
4 Dr Rohani binti Abd Institut Pendidikan Guru
Wahab Kampus (IPGK), Pendidikan Matematik
Pendidikan Teknik
5 Pn. Haslinah binti Institut Pendidikan Guru
Abdullah Kampus (IPGK), Pendidikan Biologi Dan Pedagogi
Pendidikan Teknik
6 Dr. Ramesh A/L English Language Kesusasteraan Inggeris Dan
Loganathan Pengajaran Bahasa Inggeris
Teaching Centre (ELTC)
Sebagai Bahasa Kedua
7 Dr. Nor Fadzleen English Language Pengajaran Bahasa Inggeris,
binti Sa’don Teknologi Pendidikan, Penyelidikan
Teaching Centre (ELTC)
& Inovasi
8 Dr. Nazaruddin bin Teknologi Pendidikan, Peranti
Abdul Hadi Institut Aminuddin Baki Telefon Pintar Dalam Pdpc,
Rangkaian & Networking, Analisis
(IAB)
Data Statistik (SPSS, SEMAMOS),
Penyelidikan Kuantitif
JURULATIH KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI 2023
BIL NAMA SEKOLAH
1 Pn. Roselynza Binti Mohd Salleh (Ketua JU) PTE SMK Dato’ Mohd Said
2 En. Md Nazri Bin Rahim KTE Forest Heights
3 Pn. Nazlee Binti Mat Nor PTE SMK Tuanku Muhammad
4 Pn. Chan Sook Lai KTE Forest Heights
5 Pn. Zetty Azura Binti Ahmad PTE SMK Dato’ Mohd Said
6 Pn. Samsiah Binti Ponding PTE SMK Mantin
7 Pn. Diana Binti Abdul Rahman Sidek KTE Forest Heights
8 Pn. Kang Seow Hung KTE Forest Heights
9 Pn. Saresvathy Raman KTE Forest Heights
10 Pn. Munirah Binti Ibrahim PTE SMK Dato’ Mohd Said
8
ATUR CARA PROGRAM
MASA ACARA
8.00 pagi Pendaftaran
8.30 pagi Slot 1- Pembentangan Kajian Tindakan
10.30 pagi Rehat
11.00 pagi Slot 2- Pembentangan Kajian Tindakan
12.30 t/hari Rehat
2.00 petang Ketibaan dan Pendaftaran tetamu jemputan
2.30 petang Ketibaan:
Yang Berusaha Tuan Haji Azman bin Adnan (Wakil KPPM)
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Tayangan montaj
Pembentangan Kajian Tindakan Terpilih
Ucapan oleh ‘Vice Chancellor Nilai University’
Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Azhar bin Ismail
Ucapan Alu-aluan dan Ucaptama oleh:
Yang Berusaha Dr. Haji Roslan Bin Hussin
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Ucapan Perasmian Penutupan oleh:
Yang Berusaha Tuan Haji Azman bin Adnan (Wakil KPPM)
Pengarah Bahagian Penguruan Sekolah Harian, KPM
Penyampaian Anugerah / Hadiah / Sijil dan cenderamata
Jamuan
4.30 petang Bersurai
9
ABSTRAK
MENINGKATKAN TEKNIK MEMBINA AYAT MUDAH DALAM BAHASA ARAB
MENGGUNAKAN TEKNIK 2T (TAL’SIQ - TAFHAM) DALAM KALANGAN
PELAJAR 6 ASIM
Anita Binti Ibrahim
Pusat Tingkatan Enam SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan teknik membina ayat mudah dalam
Bahasa Arab. Secara amnya, bahasa dipelajari untuk tujuan komunikasi. Pembelajaran
Bahasa Arab di Malaysia turut menekankan aspek ini apabila mata pelajaran ini diwujudkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahasa Arab memerlukan penguasaan empat
kemahiran asas utama iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Walau
bagaimanapun, terdapat ramai pelajar Tingkatan 6 di SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
kurang menguasai keempat-empat kemahiran tersebut dengan baik. Ini mungkin
disebabkan teknik pengajaran yang digunakan sebelum ini kurang berkesan dan tiada
praktikaliti secara langsung untuk pelajar menguasai bahasa Arab. Oleh itu, kajian tindakan
ini dijalankan bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa Arab bagi membantu
semua pelajar Tingkatan 6 lulus dalam peperiksaan setiap semester untuk subjek bahasa
Arab serta mendapat markah yang tinggi. Teknik 2T ialah ringkasan daripada perkataan
TALSIQ TAFHAM. Kaedah ini meminta pelajar menampal dan seterusnya memahami dan
mengetahui maksud kalimah yang ditampal itu. Hasil daripada pemahaman tersebut pelajar
berupaya menggunakan kalimah-kalimah tersebut dalam membina ayat-ayat yang mudah
dalam bahasa Arab.
Kata kunci: Bahasa Arab, komunikasi, Teknik 2T, kalimah, ayat mudah
PENGGUNAAN MODEL “KITARAN PEMBELAJARAN 5P” MENINGKATKAN
PENGUASAAN AYAT HUKUM SYARIAH PELAJAR TINGKATAN 6 FARABI 2
Uraidah Binti Abdul Wahab
Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan ayat hukum Syariah STPM.
Seramai 12 orang pelajar tingkatan 6 Farabi 2 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Fokus kajian ini kepada penguasaan kemahiran hubung kait antara asbab nuzul dan ayat
hukum serta penyusunan fakta dan idea utama dalam isu yang berkaitan ayat hukum
semasa sesi pembentangan. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, analisis
dokumen dan temu bual. Hasil tinjauan dan refleksi pengajaran guru menunjukkan pelajar
tidak mahir membuat perkaitan antara asbab nuzul dan ayat hukum yang dipelajari serta
gagal menyusun fakta dan idea utama dalam ayat hukum tersebut. Empat sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dijalankan selama 80 minit setiap sesi dalam
tempoh 2 minggu. Pelaksanaan tindakan berfokuskan model “Kitaran Pembelajaran 5P”
Ayat Hukum Syariah. Analisis ujian pra dan pasca ayat hukum yang dijalankan menunjukkan
peningkatan skor yang ketara. Pelajar lebih mahir menyusun dan membuat perkaitan antara
fakta dan idea utama melalui penghasilan poster makna ijmali dan penyusun grafik ayat
hukum serta pembentangan lebih kreatif. Model “Kitaran Pembelajaran 5P” Ayat Hukum
berjaya membantu pelajar menguasai ayat hukum. PdPc menggunakan model “Kitaran
Pembelajaran 5P” ini perlu diperkukuh dan disebarluas amalannya agar pelajar menguasai
konsep semua topik Pengajian Fiqh atau Usul dan Kaedah Fiqh.
Kata Kunci: penguasaan, ayat hukum, Syariah, STPM, model “Kitaran Pembelajaran 5P”
10
“TEKNIK BTS-TPP” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS GRAF BAGI MATA
PELAJARAN PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN ENAM USM2
Mohd Razi bin Mohd Nor dan Sobri bin Saad
Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Port Dickson
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam melukis graf
melalui “Teknik BTS-TTP”. Sampel kajian melibatkan 17 orang pelajar Tingkatan Enam
PPUSM dan dua orang guru. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra menunjukkan
masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ialah sering melakukan kecuaian ketika
menjawab soalan graf menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan mengikut masa
yang ditetapkan. Oleh itu, Teknik BTS-TPP ini diperkenalkan kepada pelajar sebagai
intervensi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kaji selidik juga telah
dijalankan untuk meninjau sejauh manakah pelajar dapat memahami apa yang diajar oleh
guru dan bagaimana mereka mengaplikasikan ilmu tersebut ketika menjawab soalan.
Setelah ujian pasca dijalankan, pelajar menunjukkan perubahan yang ketara melalui
keputusan lulus penuh dalam peperiksaan semester 2. Teknik ini dibangunkan agar pelajar
dapat meningkatkan lagi kecekapa dalam melukis graf dan dapat mengurangkan kecuaian
ketika menjawab soalan alih bentuk komunikasi (ABK). Kelebihannya, pelajar lebih yakin
dan bersedia untuk menjawab soalan serta dapat melukis graf dengan tepat. Secara tidak
langsung, teknik ini dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan besar yang kerap dilakukan
oleh pelajar terutamanya dari aspek tenikal dan dapat meningkatkan lagi kemahiran melukis
graf.
Kata kunci : Teknik BTS, Alih Bentuk Komunikasi (ABK), Kemahiran melukis graf,
Kecuaian, Kesalahan besar.
“FINALLY SHE AND I SKIP MATHS LESSON” APPROACH IN IMPROVING THE
ABILITY OF 6 ISKANDAR STUDENT’S IN CURVE SKETCHING
Diana binti Abdul Rahman Sidek
Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban
The mnemonic approach is used in this action research to help students in curve sketching.
The main purpose of this action research is to improve the ability of students in curve
sketching by using mnemonic. 9 students from 6 Iskandar took part in this research with a
teacher. The focus of this study is to help the students to sketch curves. From my
observation, most of the students do not know how to sketch curves when exercises were
given. Therefore, I came out with a mnemonic technique. Pre-test was given and from the
finding, it showed that most of the students cannot sketch graphs. Students were introduced
to a video that is related to these mnemonic approach (Acrostic technique) for 15 minutes by
using the phrase; “Finally She And I Skip Maths Lesson” to show the steps in sketching
graphs. This is to show the important steps of sketching: “Factorise, Symmetry, Asymptotes,
Intercepts, Stationary points, Maximum/Minimum, and Limits”. Post-test results have shown
an improvement of students in curve sketching. The survey also showed positive feedbacks
from the students where they have confidence to sketch. Overall, this mnemonic approach
can be applied to teachers and students for curve sketching.
Keywords: Mnemonic, Acrostic, Curve sketching, Stationary point, Asymptotes, Intercepts
11
THE EFFICACY OF ‘SEWTs’ METHOD IN ENHANCING
ESSAY WRITING SKILLS AMONG 6SS2 STUDENTS
Pushpa T Rajagani
Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Besar Tampin
In the Malaysian University English Test (MUET) subject, writing is one of the skills being
assessed besides listening, speaking and reading. It is found that some of the students
were unable to perform effectively during essay writing lesson. A questionnaire was carried
out to identify the root of the problem in essay writing class together with a diagnosis test.
The findings from the questionnaires and the diagnosis test proved that the students were
having problem in writing essay. Therefore, this action research was conducted to
enhance the essay writing skill among 6SS2 students and to reveal their attitudes towards
the use of structured essay writing templates (SEWTs) in MUET essay writing class. The
research involved 20 participants from 6SS class. Data was collected via test before and
after the intervention, followed by a questionnaires and interview on the use of ‘‘SEWTs’.
The post-test reflected some improvement in their essay writing skill and the findings from
the questionnaires and interview revealed that most of the participants liked using ‘SEWTs’
in essay writing lesson. Thus, it proved the effectiveness of the ‘SEWTs’ in enhancing
students’ essay writing skill. However, further reflections indicated that some of the
participants were still unable to perform effectively in essay writing due to lack of
vocabulary. Thus, for the following cycle, the researcher will employ ‘Vocabulary Web’ to
enrich students’ vocabulary knowledge.
Keywords: MUET, essay writing skill, organizing, paragraphing, ‘SEWTs’ method.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA SEJARAH ISLAM DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH “NOMIK” DALAM KALANGAN PELAJAR 6 UM
Arbinah bt Abdul Gani
Pusat Tingkatan Enam SMK Seri Perpatih
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah dan
mengetahui sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
dengan mengaplikasikan penggunaan alat berfikir yang dinamakan sebagai “NOMIK”
bermaksud nota dan melukis komik.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah
pemerhatian, ujian pra , soal selidik dan ujian memori. Hasil tinjauan memperlihatkan
kebanyakkan pelajar mempunyai masalah untuk mengingat fakta dalam jangka hayat yang
lama. Kemahiran mengingat fakta penting untuk memastikan esei Sejarah STPM yang
dihasilkan bermutu dan cemerlang. Seramai 12 orang pelajar daripada Tingkatan 6 UM
terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada 7 orang pelajar perempuan dan 5 orang
pelajar lelaki. Sebagai langkah intervensi, pengkaji telah melaksanakan kaedah “NOMIK”
dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama, melibatkan pengenalan kaedah “NOMIK” dan
dilaksanakan secara individu manakala pada peringkat kedua pula, kaedah ini dilaksanakan
secara berkumpulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan. Kajian ini pada
akhirnya dipercayai dapat membantu pelajar untuk menguasai fakta dan meningkatkan
pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sejarah STPM. Oleh itu aktiviti “NOMIK” ini akan
menjadikan PdPc mata pelajaran Sejarah lebih efektif dan menarik kerana adanya unsur
kreativiti, humor, warna dan menjana kemahiran berfikir, kemahiran berimaginasi dan
kemahiran berkarya dalam diri pelajar.
Kata kunci: Sejarah, kemahiran mengingat fakta, esei,kaedah “NOMIK” ujian memori dan
berimaginasi.
12
PROGRAM “SURAT BERANTAI“ MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI
EKONOMI PELAJAR 6 UKM2 DAN 6 UM2 SEMESTER 2
Badariah Binti Mohd Daud dan Nor Akmal Binti Omar
Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Port Dickson,
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan esei ekonomi
melalui program “SURAT BERANTAI” dalam kalangan pelajar tingkatan enam semester 2..
Kumpulan sasaran kajian ini adalah pelajar tingkatan enam kelas UKM 2 dan kelas UM 2
yang terdiri daripada 34 orang pelajar. Markah peperiksaan ujian 1 untuk mata pelajaran
ekonomi menunjukkan jumlah markah esei yang kurang memberangsangkan. Kesilapan
pelajar yang dapat dikenalpasti ialah sebahagian besar pelajar tidak dapat mengingat fakta
dan juga menulis huraian dengan menggunakan kata kunci. Oleh itu, tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk membantu pelajar mengingat dan meningkatkan penguasaan
pelajar dalam penulisan esei. Justeru itu, pengkaji menjalankan program “Surat Berantai” di
mana pendekatan pembelajaran rakan sebaya dan pembelajaran kolboratif juga digunakan
sepanjang program ini dijalankan. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa
program ‘Surat Berantai’ berjaya meningkatkan keputusan akhir pelajar. Setelah program ini
dilaksanakan, pelajar menunjukkan perubahan pencapaian.Pelajar yang mendapat markah
5 dan ke atas semakin meningkat dan bilangan pelajar yang mendapat markah di bawah 5
semakin berkurangan.
Kata kunci: Penulisan esei, ekonomi, huraian fakta, pembelajaran rakan sebaya,
pembelajaran kolaboratif
MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENJAWAB SOALAN PENGIRAAN BAB
KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL MENGGUNAKAN
”FORMULA 1 SKRIN” BAGI PELAJAR 6A HISHAMUDDIN
Zubaidah binti Said
Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Ampuan Durah
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan objektif
aneka pilihan yang melibatkan pengiraan dalam Bab Keseimbangan Pendapatan Negara
dan Dasar Fiskal menggunakan ”Formula 1 Skrin”. Seramai 9 orang pelajar yang terdiri
daripada 7 pelajar perempuan, 2 lelaki dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian pengajaran di dalam kelas PdPR, soal selidik
terbuka yang dibuat di dalam group Telegram kelas Ekonomi 6A Hishamuddin dan ujian
pra. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa pelajar gagal dan tidak tahu untuk menyelesaikan
soalan objektif yang melibatkan pengiraan kerana terlalu banyak rumus yang perlu diingat
dan seringkali terkeliru antara satu sama lain. Pelaksanaan tindakan difokuskan kepada
inisiatif pengkaji memperkenalkan ”Formula 1 Skrin”. Ia digunakan sebagai intervensi untuk
membantu pelajar mengingat dan memilih rumus yang tepat serta mengaplikasikannya
dalam menyelesaikan soalan objektif aneka pilihan berbentuk pengiraan dengan cepat dan
tepat. Pelajar turut dibimbing oleh pengkaji peringkat demi peringkat menggunakan aplikasi
Telegram, Google Meet dan Google Classroom. Analisis ujian pos menunjukkan terdapat
sedikit peningkatan dalam markah purata yang diperolehi pelajar iaitu 3.33 markah daripada
10 markah pada set ujian pra kepada 4.67 markah pada set ujian pos. Kaji selidik yang
dijalankan diakhir kajian ini menunjukkan 100% pelajar menyatakan bahawa “Formula 1
Skrin” ini sangat berkesan untuk membantu mereka mengingat rumus-rumus di dalam Bab
Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal. Ia juga memberi mereka semangat
untuk terus berusaha dan bersikap positif.
Kata kunci: Keupayaan menjawab, soalan objektif, pengiraan, Google Meet, Formula 1
Skrin
13
PENGGUNAAN KAEDAH “CELIK MATA” BAGI MENGATASI MASALAH
MENJAWAB SOALAN ESEI MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM
SEMESTER 2
Norazizah Binti Samsuri
Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar yang tidak pasti atau tidak tahu
maksud perkataan atau maksud sesuatu istilah semasa menjawab soalan esei Pengajian
Am Semester 2. Sasaran kajian ini ialah 4 orang pelajar Pra-U2 Munawir serta seorang
guru. Fokus kajian ini adalah untuk memastikan pelajar dapat menjawab soalan esei
dengan tepat mengikut kehendak soalan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pemeriksaan latihan esei serta praujian. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar bermasalah
untuk memilih dan menjawab dengan tepat bagi sesuatu soalan esei kerana tidak pasti atau
tidak tahu maksud satu-satu perkataan. Kaedah “Celik Mata” (Celik Makna Kata) telah
diperkenalkan iaitu pelajar dikehendaki menghasilkan kamus mini yang mengandungi
perkataan-perkataan yang pernah digunakan dalam soalan esei atau yang pernah pelajar
temui semasa belajar Pengajian Am, serta maksud perkataan-perkataan tersebut. Kajian ini
dijalankan sepanjang tempoh pembelajaran semester 2. Keputusan pascaujian
menunjukkan terdapat sedikit peningkatan kemahiran pelajar dalam aspek yang dikaji.
Penggunaan kaedah ini sedikit sebanyak telah membantu pelajar untuk memilih dan
menjawab soalan esei dengan lebih mudah dalam peperiksaan.
Kata kunci : Kaedah Celik Mata, kamus mini, Pengajian Am, soalan esei, kemahiran
menulis esei
PENGGUNAAN TEKNIK “MAGIC OCTADOM” BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENCARI KAMIRAN FUNGSI TRIGONOMETRI DALAM KALANGAN PELAJAR 6A3
Wu Yee Peng
Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan 6A3 dalam
mencari kamiran bagi fungsi trigonometri dari topik Integration dalam subjek Matematik T
Semester 2. Tinjauan awal dilakukan melalui pemerhatian dalam kelas, latihan tutorial dan
ujian pra. Melalui tinjauan tersebut, didapati bahawa pelajar selalu membuat kesilapan
dalam mencari kamiran bagi fungsi trigonometri. Untuk mengatasi masalah tersebut, teknik
“Magic OctaDom” diperkenalkan. Seramai 10 orang pelajar dari kelas 6A3 dan seorang
guru terlibat dalam kajian ini. Kaedah “Magic OctaDom” merupakan penggunaan carta
mnemonik (Magic Octagon) dengan penggabungjalinan aktiviti Permainan “Domino Puzzle”.
Fokus kajian saya ialah untuk menggunakan carta mnemonik Magic Octagon untuk
memudahkan pelajar untuk mengingat kamiran bagi fungsi trigonometri. Permainan “Domino
Puzzle” yang dijalankan secara berkumpulan digunakan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran dan pengajaran yang seronok supaya meningkatkan kemahiran mereka untuk
mencari kamiran bagi fungsi trigonometri yang lebih rumit . Dalam ujian pra, 8 daripada 10
orang pelajar mendapat markah yang kurang daripada 40. Setelah kajian ini dilaksanakan,
seramai 7 daripada 10 orang pelajar mendapat markah 80 dan ke atas dalam ujian pasca.
Hasil kajian ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Kaedah ini didapati
berjaya membantu pelajar dalam mencari kamiran fungsi trigonometri dengan cepat dan
tepat.
Kata kunci: Integration, Carta Mnemonik Magic Octagon, Permainan “Domino Puzzle”,
kamiran, fungsi trigonometri
14
MODEL KIT VSEPR MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS STRUKTUR MOLEKUL
DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH SAINS
Wong Mui Chuen
Pusat Tingkatan Enam SMK Mantin
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
didapati kesemua lima orang pelajar Enam Rendah Sains sukar mengingati struktur molekul
dengan tepat. Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar
tentang struktur molekul dengan penggunaan model kit VSEPR. Peserta kajian terdiri
daripada lima orang, dua orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki. Kajian ini
berfokuskan kepada cara meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar supaya pelajar dapat
melukis dan menamakan struktur molekul dengan tepat. Justeru itu, suatu model kit VSEPR
yang terdiri daripada model 3 dimensi untuk memberi gambaran sebenar kepada pelajar.
Model 3D struktur molekul dibina secara “hands-on” oleh pelajar dengan bimbingan guru.
Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen, pra ujian, soal selidik
dan pasca ujian. Data kajian ini dianalisis dalam bentuk peratus dan min. Hasil kajian
mendapati bahawa Min pencapaian pelajar meningkat sebanyak 48% iaitu peningkatan dari
35% dalam Pra ujian kepada 83% dalam Pasca ujian. Dengan ini, dapat dirumuskan
bahawa penggunaan model kit VSEPR telah berjaya meningkatkan kemahiran visualisasi
pelajar tentang struktur molekul. Walau bagaimanapun, masih ada seorang pelajar yang
tidak dapat mengingati semua struktur molekul, maka satu kaedah yang sesuai perlu untuk
membantu pelajar tersebut.
Kata kunci: Kemahiran visualisasi, Model kit VSEPR, struktur molekul, Model 3D, hands-on
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENGIRAAN NISBAH KEWANGAN
3”
MENGGUNAKAN KAEDAH “P K DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM
2
PERAKAUNAN SMK DATUK MANSOR
Noor Lela binti Yahaya dan Hazlina binti Mohamad Arof
Pusat Tingkatan Enam SMK Datuk Mansor
Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran pengiraan nisbah
kewangan bagi tajuk Analisis Penyata Kewangan mata pelajaran Perakaunan Semester 3
2
3
2
3
STPM melalui Kaedah P K iaitu P mewakili Penyata Pendapatan dan K mewakili Kunci
Kira-kira. Kajian melibatkan 24 orang pelajar Tingkatan Enam Perakaunan dan dua orang
guru. Tinjauan awal dilaksanakan melalui semakan latihan pelajar dan ujian Pra. Hasil ujian
Pra menunjukkan pelajar sukar menguasai rumus dan sukar mengenalpasti nilai yang perlu
3
2
diambil sama ada dari penyata pendapatan atau kunci kira-kira. Oleh itu Kaedah P K
diperkenalkan sebagai intervensi bagi mengatasi isu pembelajaran yang dihadapi.
Pemerhatian juga telah dijalankan bagi meninjau sejauh mana pelajar dapat menguasai
kemahiran pengiraan nisbah kewangan menggunakan kaedah yang dicadangkan. Setelah
ujian pos dijalankan, pelajar-pelajar menunjukkan perubahan ketara melalui bilangan soalan
analisis kewangan yang dapat dijawab dalam ujian bulanan yang dijalankan. Kaedah ini
dibangunkan untuk memudahkan penguasaan topik ini, memandangkan terdapat 12 rumus
yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mengira nisbah kewangan. Setiap rumus perlu
merujuk kepada dua penyata kewangan utama iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-
kira. Kelebihannya, pelajar dapat mengira nisbah kewangan dalam masa yang lebih singkat
3
dan tepat. Secara tidak langsung, Kaedah P K dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
2
pengiraan nisbah kewangan bagi pelajar Tingkatan Enam Perakaunan SMK Datuk Mansor.
Kata kunci: Perakaunan, Analisis Penyata Kewangan, Analisis Nisbah, Penyata
Pendapatan, Kunci Kira-kira
15
MODUL “THE SHOTTER, THE BETTER” (TsTb): MENINGKATKAN PENGUASAAN
FAKTA DAN KATA KUNCI TAJUK KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PERNIAGAAN
BAGI PELAJAR S2 UPM
Mahalashmi A/P Solaimuthu & Zulhasmiza Binti Zullkifli
Pusat Tingkatan Enam SMK Batu Kikir (Model Khas)
Penguasaan fakta dan kata kunci serta minat terhadap mata pelajaran Pengajian
Perniagaan menjadi salah satu punca kepada penurunan pencapaian. Justeru, PdPc
berbantukan modul TsTb hadir sebagai satu penerapan baharu dalam Pembelajaran
Pemudahcaraan (PdPc) bagi abad ke-21 bagi menguasai fakta dan kata kunci. Modul
mengandungi 4 fasa pelaksanaan iaitu nota, Jom fakta, kenal pasti kata kunci dan video
bagi tajuk Kemahiran Komunikasi. Kajian juga melihat sejauh mana keberkesanan modul
dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar dan seterusnya meningkatkan gred purata
mata pelajaran. Kajian melibatkan 10 orang pelajar Sem 2 UPM dan 2 orang guru.
Pemasalahan kajian dikenal pasti daripada keputusan peperiksaan percubaan penggal dua
yang mencapai gred 1.8 dan hasil analisis ke atas ujian pra menunjukkan penguasaan fakta
pelajar kurang daripada 45%. Pelaksanaan modul melibatkan tujuh waktu pembelajaran,
Sejurus modul digunakan pelajar diberikan ujian pasca serta soal selidik bagi menilai
keberkesanannya. Hasil dapatan menunjukkan intervensi modul TsTb dapat meningkatkan
penguasaan fakta sehingga 83% serta meningkatkan kebolehan menghurai sehingga 85%.
Hasil soal selidik dengan responden menunjukkan modul TsTb dapat meningkatkan minat
dan motivasi pelajar. Analisis soal selidik juga mempunyai pekali kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.93. Diharapkan intervensi modul ini dapat diperluaskan
lagi kepada semester satu dan tiga kelak.
Kata Kunci: Keberkesanan Modul TsTb, Kemahiran mengingat, Kemahiran Komunikasi,
Pengajian Perniagaan 2, Pelajar Sem 2 UPM.
APLIKASI ‘SNAPSEED’ MEMBANTU PELAJAR 6AK8 MEMBEZAKAN UNSUR NILAI
“CERLAP” (KADAR KECERAHAN DAN KEGELAPAN) DALAM GAMBAR
Lee Cheow Lim & Shamsuri bin Mohamed
Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban
Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah dalam membezakan unsur nilai “CERLAP”
(kadar kecerahan dan kegelapan) dalam gambar menggunakan aplikasi “SNAPSEED”.
Kumpulan sasaran tersebut merupakan 20 orang pelajar Seni Visual Penggal 2, tahun 2021
dan dua orang guru Seni Visual. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra menunjukkan
masalah utama yang dihadapi pelajar ialah menginterpretasikan dan mengaplikasikan unsur
nilai “CERLAP” dalam lukisan mereka. Unsur Nilai “CERLAP” merujuk kepada kadar
kecerahan atau kegelapan dalam sesuatu gambar yang perlu untuk menimbulkan bentuk
subjek yang lebih realistik dan kesan ruang. Justeru itu, aplikasi “SNAPSEED”
diperkenalkan kepada pelajar sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran
yang dihadapi. Soal selidik juga telah dedarkan melalui “Google form” untuk meninjau
sejauh mana penggunaan aplikasi “Snapseed” dalam membantu pelajar membezakan unsur
nilai “CERLAP” dalam gambar. Setelah ujian pos dijalankan didapati bahawa terdapat
peningkatan dari segi skor untuk setiap pelajar yang mengikuti kaedah yang diajar. Pelajar
juga berjaya meningkatkan kemahiran melukis objek sejadi secara realistik selaras dengan
keperluan sukatan pelajaran Seni Visual.
Kata kunci: Aplikasi “Snapseed”, unsur nilai, “CERLAP”, realistik, Seni Visual.
16
“BICARA BERIRAMA”: MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR 6PU1A DALAM
MENYATAKAN FAKTA KHUSUS BERBENTUK PROSES BAGI SUBJEK PENGAJIAN
PERNIAGAAN
Siti Aishah Binti Musa
Pusat Tingkatan Enam, SMK Rantau, Negeri Sembilan
Penguasaan fakta khusus merupakan perkara penting bagi subjuk Pengajian Perniagaan.
Fakta khusus sangat ditekankan terutama dalam menjawab soalan STPM sama ada
Bahagian A mahupun Bahagian B. Pengkaji sangat menekankan penggunaan Sukatan
Pelajaran sebagai rujukan utama semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan.
Sehubungan itu, kajian ini melibatkan 17 orang pelajar 6PU1A sebagai peserta kajian.
Tinjauan awal berdasarkan pemerhatian, ujian secara verbal dan bertulis mendapati pelajar
tidak dapat menyatakan fakta khusus dengan tepat dan susunan yang betul mengikut masa
yang ditetapkan. Oleh itu, kajian ini berfokuskan untuk membantu pelajar 6PU1A agar dapat
menyatakan fakta khusus berbentuk proses dengan tepat, susunan yang betul dan mengikut
tempoh masa yang ditetapkan. Pengkaji telah menggunkan kaedah “Bicara Berirama” dalam
memastikan objektif kajian ini tercapai. Dapatan kajian tindakan ini menunjukkan pelajar
dapat menulis fakta khusus berbentuk proses dengan tepat dan susunan yang betul pada
masa yang ditetapkan. Adalah diharapkan agar kajian tindakan ini akan dapat membantu
rakan sejawatan atau sesiapa sahaja yang berminat untuk membantu meningkatkan
prestasi para pelajar dalam menulis fakta khusus berbentuk proses bagi subjek Pengajian
Perniagaan tetapi dengan kaedah yang lebih santai.
Kata Kunci : Pengajian Perniagaan, “Bicara Berirama”, fakta khusus, berbentuk proses,
ujian verbal
TEKNIK “TIKTOK” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA KHUSUS BAGI
MATA PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN ENAM ATAS UM
Suriahwati Binti Abd Latif
Pusat Tingkatan Enam SMK Tuanku Abdul Rahman
Kajian ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan penguasaan mengingati fakta khusus mata
pelajaran Pengajian Perniagaan di Semester 2 dalam kalangan pelajar melalui teknik video
“TikTok”. Seramai 14 orang pelajar dan seorang guru terlibat untuk pelaksanaan kajian.
Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Atas UM, SMK Tuanku Abdul Rahman.
Fakta khusus sangat ditekankan dalam kajian terutama dalam menjawab soalan STPM
Bahagian A, dan Bahagian B. Tinjauan awal melalui pemerhatian dan pra ujian mendapati
penguasaan yang lemah dalam mengingati fakta merupakan punca pelajar gagal menjawab
soalan. Maka teknik “TikTok” ini diperkenalkan sebagai intervensi untuk mengatasi masalah
pembelajaran yang dihadapi. Teknik ini boleh membantu pelajar menghafal dan mengingati
fakta serta seronok belajar selaras dengan peredaran masa. Pra ujian telah dijalankan
untuk meninjau sejauh mana pelajar dapat menguasai fakta khusus sebelum teknik “TikTok”
diperkenalkan. Pasca ujian pula dilakukan setelah pelajar menggunakan teknik ini. Hasil
kajian mendapati wujudnya perubahan peningkatan peratus lulus penuh dan peningkatan
gred purata dalam ujian yang dijalankan. Penggunaan video dapat menarik minat pelajar
untuk belajar dan mudah mengingat fakta. Mereka boleh melihat video bila-bila masa dan
dimana sahaja mereka berada melalui telefon bimbit. Teknik ini sangat membantu pelajar
dalam penguasaan fakta khusus, seronok belajar dan dapat menjawab soalan ujian dengan
baik
Kata Kunci: Teknik video “TikTok”, fakta Khusus, pengajian perniagaan, masalah
pembelajaran, gred purata
17
AKTIVITI “KITKAT CHALLENGE” MENINGKATKAN KEBERKESANAN
PEMBELAJARAN SUBJEK PENGAJIAN AM DALAM KELAS TINGKATAN ENAM 1
BETA
Mazlinda Binti Sharifudin
Pusat Tingkatan Enam SMK Rantau, Negeri Sembilan
Kajian ini bagi membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran dalam kelas
tingkatan enam 1 Beta. Seramai 16 orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan semangat pelajar untuk mengulangkaji
pelajaran dengan lebih awal. Tinjauan awal telah dilaksanakan secara pemerhatian dan
semakan soalan peperiksaan Percubaan semester 1. Hasil tinjauan didapati bahawa
pelajar-pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik kerana tidak
mengulangkaji pelajaran lebih awal. Pelaksanaan kajian ini dijalankan selepas peperiksaan
percubaan semester 1 iaitu selama 2 jam setiap minggu dalam tempoh 5 minggu. Kajian ini
berfokus kepada aktiviti dalam kelas. Aktiviti Kit Kat Challenge ini diperkenalkan agar dapat
meningkatkan minat pelajar dalam mengulangkaji pelajaran dengan lebih awal. Aktiviti ini
menarik minat pelajar kerana pelajar akan diberikan ganjaran apabila menjawab dengan
betul. Dapatan kajian menunjukkan keputusan peperiksaan sebenar subjek pengajian am
STPM semester 1 menunjukkan perubahan ketara berbanding keputusan peperiksaan
percubaan. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti KitKat Challenge dapat membantu pelajar
untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih awal. Dengan adanya ganjaran, pelajar lebih
bersemangat untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Kesimpulannya, pendekatan
PdP PAK 21 dan kaedah ganjaran dan hukuman telah membantu pengkaji untuk
melaksanakan PdP dalam kelas dengan lebih berkesan.
Kata Kunci : Teknik Permainan “KitKat Challenge”, ganjaran, hukuman, minat, kemahiran
pembelajaran
PENGGUNAAN TEKNIK “MOTLIM” MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENGHAFAZ AL
QURAN PELAJAR TINGKATAN ENAM HAFS BAGI MATA PELAJARAN
TAHFIZ AL QURAN
Abdul Shukor bin Mustafa
Pusat Tingkatan Enam SMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail
Kajian ini dilaksanakan untuk memantapkan kemahiran menghafaz Al Quran pelajar
Tingkatan Enam Hafs SMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail bagi mata pelajaran Tahfiz Al
Quran. Sampel kajian melibatkan 8 orang pelajar yang tidak berjaya menamatkan sukatan
semasa di semester 1. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian
mendapati hampir keseluruhan pelajar tidak berjaya menyempurnakan hafazan mengikut
kehendak sukatan mata pelajaran.. Pelajar kelihatannya seperti tidak bermaya dan hilang
semangat untuk meneruskan hafazan. Sepatutnya pelajar perlu menghafaz 3 muka surat
setiap hari secara konsisten bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Guru telah
melaksanakan kajian tindakan bertujuan membantu pelajar untuk mencapai sasaran
hafazan mereka. Intervensi yang dilaksanakan memberi penekanan terhadap menguatkan
jiwa pelajar dengan menggunakan kaedah motivasi pelajar melalui kata - kata semangat
yang bersumberkan hadis nabi s.a.w. Teknik MOTLIM dilaksanakan pada 5 minit terakhir
kelas tasmik setiap hari. Sebelum kajian ini dijalankan, kebanyakan pelajar hanya mampu
menghafaz satu atau dua muka surat sahaja pada setiap hari. Hasil daripada pelaksanaan
intervensi ini, guru mendapati sejumlah 6 orang dari 8 orang pelajar telah menunjukkan
peningkatan dalam hafazan mereka. Walaupun pencapaian mereka tidak mencapai sasaran
yang ditetapkan, tetapi kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan yang boleh dijadikan
indikator untuk diteruskan pada masa akan datang.
Kata Kunci: Teknik MOTLIM, kemahiran menghafaz, Tahfiz Al Quran, hadis, indikator.
18
PENGGUNAAN MODEL “POCKET PHLOEM” MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGINGAT URUTAN PROSES “THE PRESSURE FLOW HYPOTHESIS” PELAJAR
TINGKATAN 6ASC SEMESTER 2
Parimala A/P Dhanapalan
Kolej Tingkatan Enam Forest Heights
Kajian ini dilaksanakan bertujuan penguasaan konsep serta meningkatkan kemahiran
mengingat urutan proses Pressure Flow Hypothesis melalui model POCKET PHLOEM.
Sampel kajian melibatkan seramai 3 orang pelajar Tingkatan Enam 6ASc Semester 2 aliran
Sains Biologi. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra menunjukkan masalah utama
yang dihadapi oleh pelajar keliru dengan konsep Pressure Flow Hypothesis. Oleh itu ,
Model POCKET PHLOEM dibangunkan bersama pelajar dengan menggunakan barang
pakai buang di makmal sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang
dihadapi. Ujian Memory juga telah dijalankan untuk meninjau sejauh mana pelajar ini dapat
menguasai subtopik tersebut. Setelah ujian Pos dijalankan, pelajar menunjukkan perubahan
yang ketara melalui keputusan yang lebih baik. Dimana markah penuh iaitu 12 diperolehi
oleh 100% orang pelajar. POCKET PHLOEM dibangunkan agar meningkatkan minat pelajar
terhadap subtopik yang dikaji. Kelebihannya, pelajar dapat menjawab soalan dalam masa
yang singkat dan tepat. Secara tidak langsung Model ini telah dapat meningkatkan
kemahiran menjawab soalan esei pendek dan panjang.
Kata kunci : Model Pocket Phloem , Pressure Flow Hypothesis ,kemahiran menjawab esei,
ujian memori, kemahiran mengingat
TEKNIK ‘SUSHI’ MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ALIH BENTUK
KOMUNIKASI PENGAJIAN AM SEMESTER 3 PPU 2 CAIRO
Shitah binti Abdullah & Suzana binti Osman
Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said
Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan Alih Bentuk
Komunikasi (ABK) Pengajian Am semester 3 PPU 2 Cairo. Sampel kajian melibatkan 10
orang pelajar PPU 2 Cairo dan 2 orang guru. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra
iaitu kuiz 1 menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ialah keliru dengan
konsep asas ABK Pengajian Am semester 3. Oleh itu, teknik “Sushi” ini diperkenalkan
kepada pelajar sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.
Temu bual juga telah dijalankan untuk meninjau sejauh mana pelajar ini dapat menguasai
topik yang dipilih menggunakan kaedah yang mudah dan berkesan. Setelah ujian pasca
dijalankan,pelajar menunjukkan perubahan yang ketara melalui peningkatan markah dalam
kuiz 2 yang dijalankan. Teknik ini dibangunkan agar dapat meningkatkan kemahiran
menjawab soalan ABK Pengajian Am semester 3, memandangkan topik ini agak sukar dan
perlu dikuasai kerana melibatkan pelbagai kemahiran. Kelebihannya, pelajar dapat
menjawab dalam masa yang singkat dan tepat. Secara tidak langsung, teknik ini telah dapat
meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan ABK Semester 3.
Kata kunci : Teknik Sushi, konsep asas, Alih Bentuk Komunikasi, meningkatkan kemahiran,
Pengajian Am.
19
QiQo PiPo PoQoK : MENINGKATKAN PENGUASAAN FORMULA KEANJALAN
PERMINTAAN MATA PELAJARAN EKONOMI TINGKATAN ENAM
Jamilah binti Othman
Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said
Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan formula keanjalan permintaan
melalui teknik “QiQo PiPo PoQok”.dan rajah 4 Quadran. Keanjalan permintaan adalah sub
tajuk dari Bab 2 iaitu Pasaran Barang dan Harga dalam sukatan pelajaran Ekonomi
Semester 1, Sijil Tinggi Persekolahan. Hasil pemerhatian dan analisis dokumen
menunjukkan kelemahan yang sangat ketara iaitu pelajar tidak dapat mengingat rumus
keanjalan, dan keliru semasa menentukan kedudukan iaitu kesilapan menentukan harga,
kuantiti baharu serta harga dan kuantiti asal. Oleh yang demikian cadangan pemulihan
adalah memperkenalkan konsep mnemonic visual iaitu kaedah memahami dan mengingati
rumus berdasarkan cerita atau perkataan dan konsep imej digunakan sebagai langkah
penyelesaian untuk membantu pelajar-pelajar menghitung nilai pekali keanjalan permintaan
dengan betul dengan menentukan nilai harga dan kuantiti asal, harga dan kuantiti baharu.
Bagi tujuan kajian ini,, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Model
Kemmis dan McTaggart (1988) dengan mengaplikasikan intervensi rumus “”QiQo PiPo
PoQok” dan rajah 4 Quadran. Seramai lapan orang murid kelas PPU1 Bristol yang
mengambil mata pelajaran Ekonomi dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan, semua lapan
orang murid menunjukkan murid dapat menyelesaikan soalan dengan betul.
Kata kunci: Ekonomi, Nilai Pekali, Keanjalan Permintaan, Rumus “QiQo PiPo PoQok”,
Mnemonic Visual
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJELASKAN ALIRAN DARAH DALAM
JANTUNG MENGGUNAKAN TEKNIK “SILANG T” DALAM KALANGAN
PELAJAR 6 ATAS UUM
Mohamad Nor Bin Mohamad Yasin
Pusat Tingkatan Enam SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah
Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan menjelaskan aliran darah dalam
jantung bagi tajuk sistem kardiovaskular menggunakan Teknik “Silang T”. Sampel kajian ini
melibatkan 18 orang pelajar semester 2 kelas 6A UUM yang mengambil matapelajaran
Sains Sukan, dan seorang guru. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra menunjukkan
masalah utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu sukar mengingati komponen utama dalam
jantung menyebabkan gagal menjelaskan aliran darah dalam jantung. Oleh itu, teknik ini
diperkenalkan kepada pelajar sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran
yang dihadapi. Kaji selidik dan pemerhatian juga telah dijalankan untuk meninjau sejauh
mana pelajar ini dapat menguasai subtopik yang dipilih menggunakan kaedah yang mudah
dan berkesan. Setelah ujian pos dijalankan menggunakan kaedah ini, skor menunjukkan
peningkatan yang amat ketara. Penggunaan Teknik “Silang T” dalam sub topik ini ternyata
berjaya membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam kuiz yang dijalankan. Kaedah
ini diperkenalkan agar pelajar dapat menjawab soalan esei berkaitan tajuk ini dengan tepat
dalam masa yang singkat.
Kata kunci : Teknik “Silang T” , Sistem Kardiovaskular, Komponen Utama Jantung, Aliran
Darah Dalam Jantung, Sains Sukan
20
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI
PENGAJIAN AM MENGGUNAKAN TEKNIK “CERAI CANTUM”
DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM 6A UTM DAN 6A UUM
Mohamad Fikri Bin Muhammad & Noorsham Binti Ahmad
Pusat Tingkatan Enam, SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan esei dalam kalangan pelajar-pelajar
Semester 2 melalui kaedah “Cerai Cantum”. Sampel kajian melibatkan 29 orang pelajar
Tingkatan Enam dan dua orang guru. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra
menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam mengenal pasti kehendak
soalan esei dengan tepat. Hal ini terbukti apabila jumlah markah bahagian esei yang
diperoleh dalam Ujian Bulanan sangat mengecewakan. Kebanyakan pelajar didapati
menyeleweng daripada kehendak soalan Oleh itu, kaedah “Cerai Cantum” diperkenalkan
kepada pelajar sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.
Pemerhatian telah dijalankan untuk meninjau sejauh mana pelajar dapat memahami
kehendak soalan esei. Setelah ujian post dijalankan, pelajar menunjukkan perubahan yang
ketara pada markah ujian penulisan esei iaitu antara 10 – 15 markah dalam ujian bulanan
yang dijalankan. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan kaedah baru iaitu “Cerai Cantum”
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) sebanyak 2 kali seminggu Kaedah ini
membolehkan pelajar-pelajar mengenal pasti dan memahami kehendak soalan dengan
tepat. Kelebihannya, pelajar dapat menjawab soalan esei mengikut kehendak soalan.
Secara tidak langsung, kaedah ini telah dapat meningkatkan kemahiran menulis esei
dengan berkesan bagi pelajar –pelajar 6A UTM dan 6A UUM.
Kata kunci : Pengajian Am, Penulisan Esei, Pemerhatian, Intervensi, Cerai Cantum.
IMPROVING 6 UUM STUDENTS’ WRITING SKILLS
IN ORGANISING IDEAS USING “SWEET DIAMOND RING” IN MUET WRITING PAPER
Norfaza binti Ahmad & Khairani binti Mohd Sappri
Pusat Tingkatan Enam SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS) Batu Kikir
This research aims to improve the ability of 6 UUM students elaborating a main idea in
one paragraph.11 students of semester 3 UUM and 2 teachers were involved. It was
carried out to enhance organizing content points skills in an argumentative or
discursive essay by using the diamond ring approach. When the students master the
skill, they will apply the same technique to other paragraphs. Early observation had
been carried out through a pre-writing exercise in the classroom and we found that the
students did not know what to write in the body paragraphs because they forgot the
elements to be included in the paragraphs. SWEET Method was introduced to
overcome this problem. This method helped the students to organize their ideas in
paragraphs by filling elements in the given guided paragraphs. A memory test was
done to observe the practicality of chosen method. The result of a memo-post mock
test shows their understanding of the method. By doing so, not only the students
remembered elements to be included in the paragraphs but also they managed to
organize their ideas accordingly. This research was carried out in 8 weeks. After the
post writing activity, it was found that all students were able to write 1 paragraph of an
idea with all the elements needed.
Keywords: elaborating ideas, organizing ideas, guided writing, argumentative essay,
discursive essay
21
“BIOGIF”: IMPROVING BIOLOGY STUDENTS’ VISUALISATION SKILLS OF
SKELETAL MUSCLE CONTRACTION
Megat Kamarul Ihsan B. Kamaruddin & Mohd Faisol B. Mansor
Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban
This is an action research on improving students’ visualisation skills of skeletal muscle
contraction by using BioGif animation. The research aimed to improve students’ ability to
identify the correct sequence of events and structural changes of muscle and to improve
students’ level of understanding in aforementioned topic. In addition, this research also
provided opportunity for the researchers to identify and explore the effectiveness of BioGif in
teaching Biology. The research was conducted in PTE SMK King George V, Seremban
involving two teachers and ten students, which consists of six females and four males. Data
obtained from initial survey through audio feedback, pre-test and observation revealed that
the mechanism of skeletal muscle contraction was a difficult subtopic to be understood by
students due to complexity of the structure, its process and complex interaction between
muscle components. Students had difficulty in conceptualising the mechanism because they
were unable to visualise the abstract process. Students were exposed to BioGif-integrated
lesson during intervention. The researchers utilised four data sources: verbal test, post-test,
attitude survey and interview. Findings showed that BioGif animation significantly improved
students’ visualisation skills and level of understanding. The positive attitudes of students
towards learning was an indication of BioGif effectiveness.
Keywords: BioGif animation, visualisation skills, abstract concept, skeletal muscle, Biology
THE EFFECTIVENESS OF COLLABORATIVE WRITING USING “TEAM AND TIE”
IN ENHANCING 6 UPM STUDENTS’ MUET WRITING SKILLS
Marshida Binti Ab Rahman
Pusat Tingkatan Enam SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, N. Sembilan
This action research aims to enhance the writing skills of upper Six UPM students in
answering Task 2 of the MUET writing paper by employing the collaborative writing
technique- “ TEAM and TIE” The goal is for these students to effectively and coherently
address the criteria for scoring in Task 2. The study involves 21 Malay students from the
upper Six UPM class, comprising 6 male and 15 female students. Initial observations
revealed that the students lacked confidence in essay writing. They experienced difficulties
initiating their writing and often resorted to cut-and-paste or edited versions from internet
sources when given extended deadlines. Consequently, the final products lacked coherence
as the students would write down any thoughts that came to mind, regardless of their
relevance, as long as they fulfilled the requirement of having five main paragraphs. It is my
belief that they write merely to submit the essay and avoid punishment for not doing so.
Therefore, this action research focuses on improving the coherence of ideas within
paragraphs, fostering organization and maturity, and meeting the criteria for achieving higher
bands in the MUET marking descriptors through “TEAM and TIE”. Changes in behaviours
can be seen during these activities as compared to writing individually. The ultimate goal is
for upper Six UPM students to write confidently and collaboratively, producing coherent
essays while being attentive and mindful of their own work
Key Words: MUET, Writing Skills, Collaborative Writing, TEAM and TIE, Coherence.
22
EFFECTIVENESS OF “NIE” IN ENHANCING CRITICAL THINKING AND PROBLEM-
SOLVING WRITING SKILLS AMONG UPPER SIX STUDENTS
Dr. Tan Chye Sing
Pusat Tingkatan Enam SMK Mantin
In the MUET Writing paper, inferencing is one of the most important concepts and it could
only be achieved by using the Critical thinking and problem solving in the writing practice.
NIE is also a popular tool in the pedagogical approach. Therefore, it is executed in this
research. This action research project was conducted with a group of twelve Upper Six UPM
(2021 /2022) students at Mantin Secondary School in Mantin, Negeri Sembilan. The purpose
of the study was to determine how the implementation, or a writing strategy called NIE
STAR/ Edge newspapers helps learners to improve their skills of identifying main ideas in
writing. The results show that these learners have developed some good writing skills to
improve their understanding in writing effectively. Moreover, this writing strategy encourages
them to engage critical thinking. We conclude that this writing via NIE STAR/ Edge
newspapers is a platform for the learners to improve their writing skills in tandem with the
21 Century pedagogy.
st
Keywords: Critical Thinking, Problem Solving, Newspaper in Education, Writing,
Inferencing.
THE EFFICACY OF ‘ARGY-BARGY’ TECHNIQUE IN IMPROVING POST-
SECONDARY STUDENTS’ SPONTANEOUS SPEAKING SKILLS IN
MUET
Janaki A/P Veerasamy & Thiruchelvi A/P Alagumalai
Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Ampuan Durah Seremban
This study aimed to enhance the spontaneous speaking skills of four students of Form Six
through the utilization of the ‘Argy-Bargy’ technique. Initial observations indicated that these
students experienced difficulties in speaking spontaneously during MUET speaking practice
sessions. The research followed a well-established four-phase Model of action research,
namely Plan, Act, Observe, and Reflect. The study involved the participation of two female
students, two male students, and two MUET teachers. Data collection was conducted
through qualitative and quantitative methods, including pre and post-tests, questionnaires,
and unstructured observations. The results of the post-test demonstrated that the students
were able to improve their performance in MUET speaking tasks by utilizing the ‘ARGY-
BARGY’ technique, as it provided them with the opportunity to not only ask questions but
also to answer them. Additionally, the teachers’ role as facilitators and ‘gap-fillers’
contributed to a paradigm shift in their pedagogical approach from teacher-centred to
student-centred. The findings from the questionnaire indicated that the students expressed
confidence in the efficacy of the ‘ARGY-BARGY’ technique in enhancing their confidence to
speak spontaneously.
Key Words: MUET, speaking skill, spontaneous speech, Argy-Bargy technique,
Question-answer
23
SENARAI PEMBENTANG KAJIAN
BIL NAMA SEKOLAH TAJUK
Meningkatkan Kemahiran Mengingat
PTE SMK Seri Fakta Sejarah islam Dengan
1. Arbinah binti Abd Gani
Perpatih Menggunakan Kaedah “NOMIK” dalam
Kalangan Pelajar Tingkatan 6 UM
2. Noor Lela binti Yahaya Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Pengiraan Nisbah Kewangan
PTE SMK Datuk Menggunakan Kaedah “P2K3” Dalam
Mansor Kalangan Pelajar Tingkatan 6
3. Hazlina binti Mohd Arof
Perakaunan
Model Kit VSEPR Meningkatkan
Kemahiran Melukis Struktur Molekul
4. Wong Mui Chuen PTE SMK Mantin
Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6
Rendah Sains
5. Shitah binti Abdullah Teknik “Sushi” Meningkatkan
PTE SMK Dato’ Kemahiran Menjawab Soalan Alih
Mohd Said Bentuk Komunikasi Pengajian Am
6. Suzana binti Osman Semester 3 Kelas Ppu 2 Cairo
Teknik “Tik Tok“ Meningkatkan
Kemahiran Mengingat Fakta Khusus
PTE SMK bagi Mata Pelajaran Perniagaan
7. Suriahwati binti Abd Latif Tuanku Abdul dalam kalangan Pelajar
Rahman
T6A UM
Mahalashmi A/P Modul “The Shotter, The Better” (TsTb):
8.
Solaimuthu PTE SMK Batu Meningkatkan Penguasaan Fakta Dan
Kikir (Model Kata Kunci Tajuk Kemahiran
Khas) Komunikasi Dalam Perniagaan Bagi
Zulhasmiza binti Zullkifli
9. Pelajar S2 UPM
KTE Forest Penggunaan Model ‘Pocket Phloem’
Heights Meningkatkan Kemahiran Mengingat
10. Parimala A/P Dhanapalan
Seremban. Urutan Proses “The Pressure Flow
Hypothesis” Pelajar T6ASC Semester 2
PTE SMK The Effectiveness of Collaborative
Marshida binti Ab
11. Tuanku Abdul Writing Using “Team and Tie” in
Rahman
Rahman Enhancing 6 UPM Students’ MUET
Writing Skills
24
12. Nor Akmal binti Omar Program ‘Surat Berantai’ Meningkatkan
PTE SMK Tinggi Kemahiran Menulis Esei Ekonomi
Port Dickson
13. Badariah binti Mohd Pelajar Tingkatan 6 UKM2 Dan 6 UM2
Daud
Meningkatkan Teknik Membina Ayat
PTE SMKA Dato’ Mudah Dalam Bahasa Arab
14. Anita binti Ibrahim Haji Abu Hassan Menggunakan Teknik 2T (Talsiq-
Haji Sail Tafham) Dalam Kalangan
Pelajar 6 Asim
15. Sobri bin Saad Teknik BTS -TPP: Meningkatkan
Kemahiran Melukis Graf bagi Mata
PTE SMK Tinggi Pelajaran Pengajian Am Dalam
Port Dickson
16. Mohd Razi bin Mohd Nor Kalangan Pelajar
Tingkatan Enam USM2
"Bicara Berirama": Meningkatkan
Prestasi Pelajar 6PU1A Dalam
17. Siti Aishah binti Musa PTE Smk Rantau Menyatakan Fakta Khusus Berbentuk
Proses Bagi Subjek
Pengajian Perniagaan 6PU1A
18. Noorsham binti Ahmad PTE SMK Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei
Pengajian Am Menggunakan Teknik
Tuanku "Cerai Cantum" Dalam Kalangan
Mohamad Fikri bin Muhamad
19. Pelajar Tingkatan 6A UTM Dan 6A UUM
Muhammad
Meningkatkan Keupayaan Menjawab
Soalan Pengiraan Bab Keseimbangan
PTE SMK Tunku Pendapatan Negara Dan Dasar Fiskal
20. Zubaidah binti Said
Ampuan Durah Menggunakan 'Formula 1 Skrin" Bagi
Pelajar 6A Hishamuddin
Penggunaan Teknik ‘MOTLIM’
PTE SMKA Dato' memantapkan Kemahiran Menghafaz Al
21. Abdul Shukor bin Mustafa Haji. Abu Hassan Quran Pelajar Tingkatan Enam Hafs
Haji. Sail Bagi Mata Pelajaran Tahfiz Al Quran
22. Janaki A/P Veerasamy The Efficacy of ‘Argy-Bargy’ Technique
PTE SMK Tunku in Improving Post-Secondary Students’
Ampuan Durah Spontaneous Speaking Skill in MUET
Thiruchelvi A/P
23. Alagumalai
25
PTE SMK Meningkatkan Penguasaan
Mohamad Nor bin Tuanku Menjelaskan Aliran Darah Dalam
24. Jantung Menggunakan Teknik ‘Silang
Mohamad Yasin Muhammad 1’ Dalam Kalangan Pelajara 6 Atas
UUM bagi Subjek Sains Sukan
Penggunaan Model “Kitaran
PTE SM Agama
Uraidah binti Abdul Pembelajaran 5P” Meningkatkan
25. Persekutuan,
Wahab Penguasaan Ayat Hukum Syariah
Labu
Pelajar Tingkatan 6 Farabi 2
Effectiveness of ‘NIE’ in Enhancing
Critical Thinking and Problem-Solving
26. Tan Chye Sing PTE SMK Mantin
Writing Skills Among Upper Six
Students
“QiQo PiPo PoQoK”: Meningkatkan
PTE SMK Dato’ Penguasaan Formula Keanjalan
27. Jamilah binti Othman
Mohd Said Permintaan Mata Pelajaran Ekonomi
Tingkatan Enam
28.. Shamsuri bin Mohamed Aplikasi ‘Snapseed’ Membantu Pelajar
KTE Forest 6AK8 Membezakan Unsur Nilai “Cerlap”
Heights (Kadar Kecerahan Dan Kegelapan)
Seremban Dalam Gambar
29. Lee Cheow LIM
Aktiviti ‘Kitkat Challenge’ Meningkatkan
Keberkesanan Pembelajaran Subjek
30. Mazlinda binti Sharifudin PTE SMK Rantau Pengajian Am Dalam Kelas Tingkatan
Enam 1 Beta
Penggunaan Teknik “MAGIC
KTE Forest OCTADOM” bagi Meningkatkan
31. Wu Yee Peng Heights Kemahiran Mencari Kamiran Fungsi
Seremban Trigonometri Dalam Kalangan Pelajar
6A3
KTE Forest “Finally She And I Skip Maths Lesson”
Diana binti Abdul
32. Heights Approach In Improving The Ability Of 6
Rahman Sidek
Seremban Iskandar Student’s In Curve Sketching
33. Norfaza bt Ahmad
PTE SMK Batu Improving 6 UUM Students’ Writing Skills
In Organising Ideas Using ‘SWEET
Kikir (Model Diamond Ring’ in MUET Writing Paper
Khairani bt Mohd Sappri Khas)
34.
26
Megat Kamarul Ihsan bin
35.
Kamaruddin KTE Forest
BIOGIF: Improving Biology Students’
Heights
Seremban Visualisation Skills Of Skeletal Muscle
Mohd Faisol bin Mansor Contraction
36.
The Efficacy of ‘SEWTs’ Method in
Pushpa T Rajagani PTE SMK Tunku Enhancing Essay Writing Skills Among
37. Besar Tampin
6SS2 Students
Penggunaan Kaedah ‘Celik Mata’ bagi
PTE SMK
Mengatasi Masalah Menjawab Soalan
38. Norazizah binti Samsuri Tuanku Ampuan Esei Mata Pelajaran Pengajian Am
Durah
Semester 2
27
PENGHARGAAN
KEMENTERIAN PENDIDKAN MALAYSIA
PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
NEGERI SEMBILAN
NILAI UNIVERSITY
PANEL PENILAI KAJIAN TINDAKAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS (IPGK)
ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE (ELTC)
JURULATIH KAJIAN TINDAKAN
PENGETUA
KOLEJ TINGKATAN ENAM / PUSAT TINGKATAN ENAM
SMK DATO’ MOHD SAID
BARISAN PENULIS & PEMBENTANG KAJIAN TINDAKAN
SEMUA PIHAK YANG MENJAYAKAN KOLOKIUM
SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
28