The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jannah.abd.rahman, 2023-08-05 09:00:53

BUKU PROGRAM KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN TINGKATAN ENAM

PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
KALI KE 7 TAHUN 2023

Keywords: KAJIAN TINDAKAN,TINGKATAN ENAM

1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN “PENYELIDIKAN & INOVASI PEMANGKIN PENDIDIKAN BERKUALITI” KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN TINGKATAN ENAM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN KALI KE 7 TAHUN 2023 DIRASMIKAN OLEH: KETUA PENGARAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 9 OGOS 2023 / RABU 8.00 – 4.30 PETANG NILAI UNIVERSITY Persiaran Universiti, Putra Nilai 1, Persiaran Kolej BBN, 71800 Nilai, Negeri Sembilan


2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Pengenalan 2 2. Jawatankuasa Kolokium Pendidikan 3 3. Panel Penilai 7 4. Atur Cara 8 5. Abstrak 9 6. Senarai Pembentang Kajian 23 7. Penghargaan 27


3 PENGENALAN Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dilaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun. Sumbangan Kajian Tindakan dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah. Ini adalah kerana dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan. Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Kolokium Kajian Tindakan Tingkatan Enam merupakan program yang dianjurkan oleh Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan kerjasama SMK Dato’ Mohd Said. Program ini melibatkan 40 orang pembentang dan 210 peserta yang terdiri daripada pentadbir sekolah, guru-guru tingkatan enam, jurulatih Kajian Tindakan Negeri dan pegawai-pegawai daripada JPNS. Di samping itu, program ini turut memberi peluang kepada guru-guru tingkatan enam untuk menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif melalui intervensi yang dihasilkan RASIONAL Guru tingkatan enam perlu membudayakan perkongsian amalan terbaik dalam kajian tindakan sebagai salah satu cara meningkatkan keberkesanan dalam PdPc. Program ini juga bertujuan memberi penghargaan dalam bentuk anugerah bagi menggalakkan guru berkongsi amalan terbaik pada masa hadapan. Lebih banyak perkongsian Kajian Tindakan terbaik dari perbagai sudut membolehkan pertukaran idea dalam kalangan guru tingkatan enam untuk terus membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. OBJEKTIF • Menyebarluas Kajian Tindakan serta intervensi yang boleh diamalkan di sekolah. • Membantu dan memberi idea kepada guru lain untuk mempertingkatkan kualiti PdPc. • Meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru-guru tingkatan enam, • Memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan guru tingkatan enam bertepatan dengan tugas guru sebagai agen perubahan. • Memperkasa guru-guru tingkatan enam agar lebih berkeyakinan diri dan berkompetensi.


4 JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA AHLI JAWATAN KUASA INDUK : : : : : : : : : : : : : En. Mohd Wazir bin Hamzah Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Datin Sri Hjh. Nurul Hidayah Seah binti Abdullah Pengetua, SMK Dato’ Mohd Said Pn. Hjh. Siti Zulaiha binti Mohamed Moklas Penolong Kanan Tingkatan Enam, Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said Pn. Zainab binti Abu Kassim Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sains dan Matematik Sektor Pembelajaran, JPNS En. Mohd Aiman bin Abdol Aziz Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPNS En. Mohd Hasri bin Hanafi Penolong Pengarah Unit Menengah dan Tingkatan Enam, En. Mohd Saiful Anuar bin Shariff Penolong Kanan Tingkatan Enam Kolej Tingkatan Enam Forest Height En. Najmi bin Md Ghazali Penolong Kanan Tingkatan Enam Pusat Tingkatan Enam SMA Persekutuan, Labu Pn. Norazizah binti Samsuri Penolong Kanan Tingkatan Enam Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Ampuan Durah En. Azimi bin Othman Penolong Kanan Tingkatan Enam Pusat Tingkatan Enam SMKA Sheikh Hj Mohd Said. Pn. Wong Chai Yen Penolong Kanan Tingkatan Enam Pusat Tingkatan Enam SMK Mantin Pn. Siti Aishah Binti Musa Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Rantau Pn. Norhanim Binti Ab. Khalid PK Ting. Enam, PTE SMK Tuanku Muhamad


5 JAWATANKUASA KERJA Pengerusi : Datin Sri Hjh. Nurul Hidayah Seah binti Abdullah Pengetua SMK Dato’ Mohd Said Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Siti Zulaiha binti Mohamad Moklas Penolong Kanan Tingkatan Enam Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said Penyelaras : Pn. Zainab binti Abu Kassim Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sains dan Matematik, JPNS Pengurus Projek 1 : Pn. Roselynza binti Mohd Salleh Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said Pengurus Projek 2 : Pn. Shahrul Badriyah binti Mohamed Ketua Penolong Pengarah Unit Sains & Matematik, JPNS Setiausaha 1 : Pn. Aisah binti Mohamed Azmi Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said Setiausaha 2 : Pn. Hjh. Noor Razalina binti Mohd Rashid Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said AHLI JAWATAN KUASA KERJA NAMA AJK PENYAMBUT TETAMU VIP 1. Pn. Zainab binti Abu Kassim 2. Pn. Shahrul Badriyah binti Mohamed 3. En. Mohd Hasri bin Hanafi 4. Datin Sri Hjh Nurul Hidayah Seah binti Abdullah 5. Pn. Hjh Siti Zulaiha binti Mohamed Moklas 6. En. Md Nazri bin Rahim 7. Pn. Roselynza binti Mohd Salleh FLOOR MANAGER DAN PROTOKOL PTE SMK Dato’ Mohd Said PTE SMK Tunku Muhammad 1. Pn. Nor Azila Binti Mohd Nor 2. Pn. Nazlee Bt. Mat Nor 3. Pn. Roselynza Binti Mohd Salleh 4. Shahrul Badriyah Binti Mohamed (JPNS) TEKNIKAL, SIARAYA DAN PENJAGA MASA JPNS 1. En. Mohd Aiman bin Abdol Aziz, KPP 2. En. Muhammad Hatta bin Mohamed Noh, PP 3. En. Kamal Sufiyan bin Mustafa Kamal, PP 4. En. Abu Bakar bin Kalid, PP SMK Dato’ Mohd Said 1. En. Manimaran A/L Govindaraj 2. Pn. Siti Saadah binti Toha 3. Pn. Noraini binti Ibrahim


6 BUKU PROGRAM PTE SMK Dato’ Mohd Said 1. Cik Nur Jannah Binti Abdul Rahman 2. Pn. Jamilah Binti Othman PENDAFTARAN DAN E-SIJIL PENYERTAAN PTE SMK Dato’ Mohd Said 1. En. Norsyazaiman Bin Samsudeen 2. Pn. Shitah Binti Abdullah PEMBACA DOA SMA Persekutuan Labu Muhammad Darwisy Hakim bin Abdul Halim TVPSS SMK Dato’ Mohd Said 1. Che Wan Rosida Binti Wan Hasan JURUACARA PTE SMK Dato’ Mohd Said 1. Zaiton Binti Hashim 2. En Amran Bin Sharudin PERSEMBAHAN MONTAJ PTE SMK Mantin 1. Pn. Samsiah Binti Ponding 2. Pn. Nur Hafizah Binti Ismail URUSETIA & JK KAJIAN TINDAKAN DAN PEMBENTANGAN Pegawai JPNS dan Jurulatih Kajian Tindakan 1. Pn. Shahrul Badriyah Binti Mohamed 2. En. Md Nazri Bin Rahim 3. Pn. Roselynza Binti Mohd Salleh 4. Pn. Nazlee Binti Mat Nor 5. Pn. Zetty Azura Binti Ahmad 6. Pn. Saresvathy Raman @Sara 7. Pn. Chan Sook Lai 8. Pn. Diana Binti Abdul Rahman sidek 9. Pn. Samsiah binti Ponding 10. Pn. Kang Seow Hung 11.Pn. Munirah Binti Ibrahim MODERATOR PTE SMK Dato’ Mohd Said 1. Pn.Zetty Azura Binti Ahmad 2. Pn. Hjh. Noor Razalina Binti Rashid PTE SMK Tunku Ampuan Durah 1. Pn Rosreeta binti Abdul Razak KTE Forest Height 1. Pn Waytha Nayagi A/P Ponnusamy 2. Pn Nizam Binti Mat SMKA Sheikh Hj. Mohd Said Pn Norshida bte Saibi JAMUAN DAN KEBERSIHAN KTE Forest Height 1. Pn. Ruzana binti Awang 2. Pn.Sharifah Zuraini binti Syed Ali 3. Pn. Rohana binti Kamarudin 4. En Shahrul Najib bin Abdullah 5. Pn. Rahime binti Ab Rauf CENDERAMATA DAN HADIAH PRMBENTANG KTE FOREST HEIGHT 1. Dr.Lee Sui Chin 2. Pn. Prasana A/P Sreedaran 3. En Wong Weng Siong SIJIL PEMBENTANG SMK TUNKU AMPUAN DURAH 1. Pn Zarina binti Bidin 2. Pn.Norsalawati binti Mohd Jaya JEMPUTAN PANEL HAKIM KTE Forest Height 1.En. Md Nazri Bin Rahim


7 DOKUMENTASI & FOTOGRAFI PTE SMK Dato’ Mohd Said 1. Pn.Noorzaila Binti Mat Taib 2. Pn. Faridah Binti Abu Bakar BUNTING/ BANNER KTE Forest Height 1. En. Lee Cheow Lim 2. En. Shamsuri bin Mohamed FACEBOOK Cik Suzana binti Osman PENYELARAS PENERIMA HADIAH PTE SMK Dato’ Mohd Said 1. Pn. Munirah Binti Ibrahim 2. Pn. Saluwah Binti Adam PERSIAPAN TEMPAT, KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PTE SMK MANTIN 1. Pn Wong Chai Yen (PKT6) 2. Cik Lai Poh Chan 3. Pn Hjh Zubaida Binti Haji Mohamed PARKIR & KESELAMATAN SMKA Sheikh Hj. Mohd Said 1. En. Mohd Zaini bin Sejo 2. Cik Nor Azlin binti Anuar JEMPUTAN MAJLIS PENUTUPAN/ HAKIM 1. Pn. Zainab binti Abu Kassim (JPNS) 2. En. Ahmad Fahmi bin Ismail (JPNS) 3. Pn. Roselynza binti Mohd Salleh (PM) 4. Pn. Aisah binti Mohammed Azmi (SU) 5. Pn. Hjh. Noor Razalina binti Mohd. Rashid (SU) TUGAS-TUGAS KHAS/ RUNNER PTE SMK Dato’ Mohd Said 1. Pn. Hamimah Binti Basri 2. Pn. Aisah Binti Mohamed Azmi TEKS UCAPAN SMK RANTAU 1.Pn. Dalilah Binti Ali 2.Pn. Mariani Binti Majid


8 PANEL PENILAI HAKIM KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN TINGKATAN ENAM 2023 BIL NAMA IPT BIDANG KEPAKARAN 1 Dr. Norkumalasari binti Othman Institut Aminuddin Baki (IAB) Penyelidikan Kuantitatif Analisis Data Sem Amos Pengajian/Pendidikan Matematik 2 Pn. Norhasnida binti Rejab Institut Aminuddin Baki (IAB) Penilaian Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama - Pembangunan Sumber Manusia 3 Ts Dr Romy bin Abd Kadir Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), Pendidikan Teknik Pendidikan Teknik Dan Vokasional 4 Dr Rohani binti Abd Wahab Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), Pendidikan Teknik Pendidikan Matematik 5 Pn. Haslinah binti Abdullah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), Pendidikan Teknik Pendidikan Biologi Dan Pedagogi 6 Dr. Ramesh A/L Loganathan English Language Teaching Centre (ELTC) Kesusasteraan Inggeris Dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua 7 Dr. Nor Fadzleen binti Sa’don English Language Teaching Centre (ELTC) Pengajaran Bahasa Inggeris, Teknologi Pendidikan, Penyelidikan & Inovasi 8 Dr. Nazaruddin bin Abdul Hadi Institut Aminuddin Baki (IAB) Teknologi Pendidikan, Peranti Telefon Pintar Dalam Pdpc, Rangkaian & Networking, Analisis Data Statistik (SPSS, SEMAMOS), Penyelidikan Kuantitif JURULATIH KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI 2023 BIL NAMA SEKOLAH 1 Pn. Roselynza Binti Mohd Salleh (Ketua JU) PTE SMK Dato’ Mohd Said 2 En. Md Nazri Bin Rahim KTE Forest Heights 3 Pn. Nazlee Binti Mat Nor PTE SMK Tuanku Muhammad 4 Pn. Chan Sook Lai KTE Forest Heights 5 Pn. Zetty Azura Binti Ahmad PTE SMK Dato’ Mohd Said 6 Pn. Samsiah Binti Ponding PTE SMK Mantin 7 Pn. Diana Binti Abdul Rahman Sidek KTE Forest Heights 8 Pn. Kang Seow Hung KTE Forest Heights 9 Pn. Saresvathy Raman KTE Forest Heights 10 Pn. Munirah Binti Ibrahim PTE SMK Dato’ Mohd Said


9 ATUR CARA PROGRAM MASA ACARA 8.00 pagi Pendaftaran 8.30 pagi Slot 1- Pembentangan Kajian Tindakan 10.30 pagi Rehat 11.00 pagi Slot 2- Pembentangan Kajian Tindakan 12.30 t/hari Rehat 2.00 petang Ketibaan dan Pendaftaran tetamu jemputan 2.30 petang Ketibaan: Yang Berusaha Tuan Haji Azman bin Adnan (Wakil KPPM) Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Tayangan montaj Pembentangan Kajian Tindakan Terpilih Ucapan oleh ‘Vice Chancellor Nilai University’ Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Azhar bin Ismail Ucapan Alu-aluan dan Ucaptama oleh: Yang Berusaha Dr. Haji Roslan Bin Hussin Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Ucapan Perasmian Penutupan oleh: Yang Berusaha Tuan Haji Azman bin Adnan (Wakil KPPM) Pengarah Bahagian Penguruan Sekolah Harian, KPM Penyampaian Anugerah / Hadiah / Sijil dan cenderamata Jamuan 4.30 petang Bersurai


10 ABSTRAK MENINGKATKAN TEKNIK MEMBINA AYAT MUDAH DALAM BAHASA ARAB MENGGUNAKAN TEKNIK 2T (TAL’SIQ - TAFHAM) DALAM KALANGAN PELAJAR 6 ASIM Anita Binti Ibrahim Pusat Tingkatan Enam SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan teknik membina ayat mudah dalam Bahasa Arab. Secara amnya, bahasa dipelajari untuk tujuan komunikasi. Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia turut menekankan aspek ini apabila mata pelajaran ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahasa Arab memerlukan penguasaan empat kemahiran asas utama iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Walau bagaimanapun, terdapat ramai pelajar Tingkatan 6 di SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail kurang menguasai keempat-empat kemahiran tersebut dengan baik. Ini mungkin disebabkan teknik pengajaran yang digunakan sebelum ini kurang berkesan dan tiada praktikaliti secara langsung untuk pelajar menguasai bahasa Arab. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa Arab bagi membantu semua pelajar Tingkatan 6 lulus dalam peperiksaan setiap semester untuk subjek bahasa Arab serta mendapat markah yang tinggi. Teknik 2T ialah ringkasan daripada perkataan TALSIQ TAFHAM. Kaedah ini meminta pelajar menampal dan seterusnya memahami dan mengetahui maksud kalimah yang ditampal itu. Hasil daripada pemahaman tersebut pelajar berupaya menggunakan kalimah-kalimah tersebut dalam membina ayat-ayat yang mudah dalam bahasa Arab. Kata kunci: Bahasa Arab, komunikasi, Teknik 2T, kalimah, ayat mudah PENGGUNAAN MODEL “KITARAN PEMBELAJARAN 5P” MENINGKATKAN PENGUASAAN AYAT HUKUM SYARIAH PELAJAR TINGKATAN 6 FARABI 2 Uraidah Binti Abdul Wahab Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan ayat hukum Syariah STPM. Seramai 12 orang pelajar tingkatan 6 Farabi 2 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini kepada penguasaan kemahiran hubung kait antara asbab nuzul dan ayat hukum serta penyusunan fakta dan idea utama dalam isu yang berkaitan ayat hukum semasa sesi pembentangan. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Hasil tinjauan dan refleksi pengajaran guru menunjukkan pelajar tidak mahir membuat perkaitan antara asbab nuzul dan ayat hukum yang dipelajari serta gagal menyusun fakta dan idea utama dalam ayat hukum tersebut. Empat sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dijalankan selama 80 minit setiap sesi dalam tempoh 2 minggu. Pelaksanaan tindakan berfokuskan model “Kitaran Pembelajaran 5P” Ayat Hukum Syariah. Analisis ujian pra dan pasca ayat hukum yang dijalankan menunjukkan peningkatan skor yang ketara. Pelajar lebih mahir menyusun dan membuat perkaitan antara fakta dan idea utama melalui penghasilan poster makna ijmali dan penyusun grafik ayat hukum serta pembentangan lebih kreatif. Model “Kitaran Pembelajaran 5P” Ayat Hukum berjaya membantu pelajar menguasai ayat hukum. PdPc menggunakan model “Kitaran Pembelajaran 5P” ini perlu diperkukuh dan disebarluas amalannya agar pelajar menguasai konsep semua topik Pengajian Fiqh atau Usul dan Kaedah Fiqh. Kata Kunci: penguasaan, ayat hukum, Syariah, STPM, model “Kitaran Pembelajaran 5P”


11 “TEKNIK BTS-TPP” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS GRAF BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM USM2 Mohd Razi bin Mohd Nor dan Sobri bin Saad Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Port Dickson Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam melukis graf melalui “Teknik BTS-TTP”. Sampel kajian melibatkan 17 orang pelajar Tingkatan Enam PPUSM dan dua orang guru. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ialah sering melakukan kecuaian ketika menjawab soalan graf menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, Teknik BTS-TPP ini diperkenalkan kepada pelajar sebagai intervensi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kaji selidik juga telah dijalankan untuk meninjau sejauh manakah pelajar dapat memahami apa yang diajar oleh guru dan bagaimana mereka mengaplikasikan ilmu tersebut ketika menjawab soalan. Setelah ujian pasca dijalankan, pelajar menunjukkan perubahan yang ketara melalui keputusan lulus penuh dalam peperiksaan semester 2. Teknik ini dibangunkan agar pelajar dapat meningkatkan lagi kecekapa dalam melukis graf dan dapat mengurangkan kecuaian ketika menjawab soalan alih bentuk komunikasi (ABK). Kelebihannya, pelajar lebih yakin dan bersedia untuk menjawab soalan serta dapat melukis graf dengan tepat. Secara tidak langsung, teknik ini dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan besar yang kerap dilakukan oleh pelajar terutamanya dari aspek tenikal dan dapat meningkatkan lagi kemahiran melukis graf. Kata kunci : Teknik BTS, Alih Bentuk Komunikasi (ABK), Kemahiran melukis graf, Kecuaian, Kesalahan besar. “FINALLY SHE AND I SKIP MATHS LESSON” APPROACH IN IMPROVING THE ABILITY OF 6 ISKANDAR STUDENT’S IN CURVE SKETCHING Diana binti Abdul Rahman Sidek Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban The mnemonic approach is used in this action research to help students in curve sketching. The main purpose of this action research is to improve the ability of students in curve sketching by using mnemonic. 9 students from 6 Iskandar took part in this research with a teacher. The focus of this study is to help the students to sketch curves. From my observation, most of the students do not know how to sketch curves when exercises were given. Therefore, I came out with a mnemonic technique. Pre-test was given and from the finding, it showed that most of the students cannot sketch graphs. Students were introduced to a video that is related to these mnemonic approach (Acrostic technique) for 15 minutes by using the phrase; “Finally She And I Skip Maths Lesson” to show the steps in sketching graphs. This is to show the important steps of sketching: “Factorise, Symmetry, Asymptotes, Intercepts, Stationary points, Maximum/Minimum, and Limits”. Post-test results have shown an improvement of students in curve sketching. The survey also showed positive feedbacks from the students where they have confidence to sketch. Overall, this mnemonic approach can be applied to teachers and students for curve sketching. Keywords: Mnemonic, Acrostic, Curve sketching, Stationary point, Asymptotes, Intercepts


12 THE EFFICACY OF ‘SEWTs’ METHOD IN ENHANCING ESSAY WRITING SKILLS AMONG 6SS2 STUDENTS Pushpa T Rajagani Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Besar Tampin In the Malaysian University English Test (MUET) subject, writing is one of the skills being assessed besides listening, speaking and reading. It is found that some of the students were unable to perform effectively during essay writing lesson. A questionnaire was carried out to identify the root of the problem in essay writing class together with a diagnosis test. The findings from the questionnaires and the diagnosis test proved that the students were having problem in writing essay. Therefore, this action research was conducted to enhance the essay writing skill among 6SS2 students and to reveal their attitudes towards the use of structured essay writing templates (SEWTs) in MUET essay writing class. The research involved 20 participants from 6SS class. Data was collected via test before and after the intervention, followed by a questionnaires and interview on the use of ‘‘SEWTs’. The post-test reflected some improvement in their essay writing skill and the findings from the questionnaires and interview revealed that most of the participants liked using ‘SEWTs’ in essay writing lesson. Thus, it proved the effectiveness of the ‘SEWTs’ in enhancing students’ essay writing skill. However, further reflections indicated that some of the participants were still unable to perform effectively in essay writing due to lack of vocabulary. Thus, for the following cycle, the researcher will employ ‘Vocabulary Web’ to enrich students’ vocabulary knowledge. Keywords: MUET, essay writing skill, organizing, paragraphing, ‘SEWTs’ method. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA SEJARAH ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “NOMIK” DALAM KALANGAN PELAJAR 6 UM Arbinah bt Abdul Gani Pusat Tingkatan Enam SMK Seri Perpatih Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah dan mengetahui sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan mengaplikasikan penggunaan alat berfikir yang dinamakan sebagai “NOMIK” bermaksud nota dan melukis komik.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, ujian pra , soal selidik dan ujian memori. Hasil tinjauan memperlihatkan kebanyakkan pelajar mempunyai masalah untuk mengingat fakta dalam jangka hayat yang lama. Kemahiran mengingat fakta penting untuk memastikan esei Sejarah STPM yang dihasilkan bermutu dan cemerlang. Seramai 12 orang pelajar daripada Tingkatan 6 UM terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada 7 orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki. Sebagai langkah intervensi, pengkaji telah melaksanakan kaedah “NOMIK” dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama, melibatkan pengenalan kaedah “NOMIK” dan dilaksanakan secara individu manakala pada peringkat kedua pula, kaedah ini dilaksanakan secara berkumpulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan. Kajian ini pada akhirnya dipercayai dapat membantu pelajar untuk menguasai fakta dan meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sejarah STPM. Oleh itu aktiviti “NOMIK” ini akan menjadikan PdPc mata pelajaran Sejarah lebih efektif dan menarik kerana adanya unsur kreativiti, humor, warna dan menjana kemahiran berfikir, kemahiran berimaginasi dan kemahiran berkarya dalam diri pelajar. Kata kunci: Sejarah, kemahiran mengingat fakta, esei,kaedah “NOMIK” ujian memori dan berimaginasi.


13 PROGRAM “SURAT BERANTAI“ MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI EKONOMI PELAJAR 6 UKM2 DAN 6 UM2 SEMESTER 2 Badariah Binti Mohd Daud dan Nor Akmal Binti Omar Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Port Dickson, Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan esei ekonomi melalui program “SURAT BERANTAI” dalam kalangan pelajar tingkatan enam semester 2.. Kumpulan sasaran kajian ini adalah pelajar tingkatan enam kelas UKM 2 dan kelas UM 2 yang terdiri daripada 34 orang pelajar. Markah peperiksaan ujian 1 untuk mata pelajaran ekonomi menunjukkan jumlah markah esei yang kurang memberangsangkan. Kesilapan pelajar yang dapat dikenalpasti ialah sebahagian besar pelajar tidak dapat mengingat fakta dan juga menulis huraian dengan menggunakan kata kunci. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar mengingat dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan esei. Justeru itu, pengkaji menjalankan program “Surat Berantai” di mana pendekatan pembelajaran rakan sebaya dan pembelajaran kolboratif juga digunakan sepanjang program ini dijalankan. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa program ‘Surat Berantai’ berjaya meningkatkan keputusan akhir pelajar. Setelah program ini dilaksanakan, pelajar menunjukkan perubahan pencapaian.Pelajar yang mendapat markah 5 dan ke atas semakin meningkat dan bilangan pelajar yang mendapat markah di bawah 5 semakin berkurangan. Kata kunci: Penulisan esei, ekonomi, huraian fakta, pembelajaran rakan sebaya, pembelajaran kolaboratif MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENJAWAB SOALAN PENGIRAAN BAB KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL MENGGUNAKAN ”FORMULA 1 SKRIN” BAGI PELAJAR 6A HISHAMUDDIN Zubaidah binti Said Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Ampuan Durah Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan objektif aneka pilihan yang melibatkan pengiraan dalam Bab Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal menggunakan ”Formula 1 Skrin”. Seramai 9 orang pelajar yang terdiri daripada 7 pelajar perempuan, 2 lelaki dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian pengajaran di dalam kelas PdPR, soal selidik terbuka yang dibuat di dalam group Telegram kelas Ekonomi 6A Hishamuddin dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa pelajar gagal dan tidak tahu untuk menyelesaikan soalan objektif yang melibatkan pengiraan kerana terlalu banyak rumus yang perlu diingat dan seringkali terkeliru antara satu sama lain. Pelaksanaan tindakan difokuskan kepada inisiatif pengkaji memperkenalkan ”Formula 1 Skrin”. Ia digunakan sebagai intervensi untuk membantu pelajar mengingat dan memilih rumus yang tepat serta mengaplikasikannya dalam menyelesaikan soalan objektif aneka pilihan berbentuk pengiraan dengan cepat dan tepat. Pelajar turut dibimbing oleh pengkaji peringkat demi peringkat menggunakan aplikasi Telegram, Google Meet dan Google Classroom. Analisis ujian pos menunjukkan terdapat sedikit peningkatan dalam markah purata yang diperolehi pelajar iaitu 3.33 markah daripada 10 markah pada set ujian pra kepada 4.67 markah pada set ujian pos. Kaji selidik yang dijalankan diakhir kajian ini menunjukkan 100% pelajar menyatakan bahawa “Formula 1 Skrin” ini sangat berkesan untuk membantu mereka mengingat rumus-rumus di dalam Bab Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal. Ia juga memberi mereka semangat untuk terus berusaha dan bersikap positif. Kata kunci: Keupayaan menjawab, soalan objektif, pengiraan, Google Meet, Formula 1 Skrin


14 PENGGUNAAN KAEDAH “CELIK MATA” BAGI MENGATASI MASALAH MENJAWAB SOALAN ESEI MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 2 Norazizah Binti Samsuri Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar yang tidak pasti atau tidak tahu maksud perkataan atau maksud sesuatu istilah semasa menjawab soalan esei Pengajian Am Semester 2. Sasaran kajian ini ialah 4 orang pelajar Pra-U2 Munawir serta seorang guru. Fokus kajian ini adalah untuk memastikan pelajar dapat menjawab soalan esei dengan tepat mengikut kehendak soalan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemeriksaan latihan esei serta praujian. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar bermasalah untuk memilih dan menjawab dengan tepat bagi sesuatu soalan esei kerana tidak pasti atau tidak tahu maksud satu-satu perkataan. Kaedah “Celik Mata” (Celik Makna Kata) telah diperkenalkan iaitu pelajar dikehendaki menghasilkan kamus mini yang mengandungi perkataan-perkataan yang pernah digunakan dalam soalan esei atau yang pernah pelajar temui semasa belajar Pengajian Am, serta maksud perkataan-perkataan tersebut. Kajian ini dijalankan sepanjang tempoh pembelajaran semester 2. Keputusan pascaujian menunjukkan terdapat sedikit peningkatan kemahiran pelajar dalam aspek yang dikaji. Penggunaan kaedah ini sedikit sebanyak telah membantu pelajar untuk memilih dan menjawab soalan esei dengan lebih mudah dalam peperiksaan. Kata kunci : Kaedah Celik Mata, kamus mini, Pengajian Am, soalan esei, kemahiran menulis esei PENGGUNAAN TEKNIK “MAGIC OCTADOM” BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCARI KAMIRAN FUNGSI TRIGONOMETRI DALAM KALANGAN PELAJAR 6A3 Wu Yee Peng Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan 6A3 dalam mencari kamiran bagi fungsi trigonometri dari topik Integration dalam subjek Matematik T Semester 2. Tinjauan awal dilakukan melalui pemerhatian dalam kelas, latihan tutorial dan ujian pra. Melalui tinjauan tersebut, didapati bahawa pelajar selalu membuat kesilapan dalam mencari kamiran bagi fungsi trigonometri. Untuk mengatasi masalah tersebut, teknik “Magic OctaDom” diperkenalkan. Seramai 10 orang pelajar dari kelas 6A3 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kaedah “Magic OctaDom” merupakan penggunaan carta mnemonik (Magic Octagon) dengan penggabungjalinan aktiviti Permainan “Domino Puzzle”. Fokus kajian saya ialah untuk menggunakan carta mnemonik Magic Octagon untuk memudahkan pelajar untuk mengingat kamiran bagi fungsi trigonometri. Permainan “Domino Puzzle” yang dijalankan secara berkumpulan digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang seronok supaya meningkatkan kemahiran mereka untuk mencari kamiran bagi fungsi trigonometri yang lebih rumit . Dalam ujian pra, 8 daripada 10 orang pelajar mendapat markah yang kurang daripada 40. Setelah kajian ini dilaksanakan, seramai 7 daripada 10 orang pelajar mendapat markah 80 dan ke atas dalam ujian pasca. Hasil kajian ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Kaedah ini didapati berjaya membantu pelajar dalam mencari kamiran fungsi trigonometri dengan cepat dan tepat. Kata kunci: Integration, Carta Mnemonik Magic Octagon, Permainan “Domino Puzzle”, kamiran, fungsi trigonometri


15 MODEL KIT VSEPR MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS STRUKTUR MOLEKUL DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH SAINS Wong Mui Chuen Pusat Tingkatan Enam SMK Mantin Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kesemua lima orang pelajar Enam Rendah Sains sukar mengingati struktur molekul dengan tepat. Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar tentang struktur molekul dengan penggunaan model kit VSEPR. Peserta kajian terdiri daripada lima orang, dua orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki. Kajian ini berfokuskan kepada cara meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar supaya pelajar dapat melukis dan menamakan struktur molekul dengan tepat. Justeru itu, suatu model kit VSEPR yang terdiri daripada model 3 dimensi untuk memberi gambaran sebenar kepada pelajar. Model 3D struktur molekul dibina secara “hands-on” oleh pelajar dengan bimbingan guru. Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen, pra ujian, soal selidik dan pasca ujian. Data kajian ini dianalisis dalam bentuk peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa Min pencapaian pelajar meningkat sebanyak 48% iaitu peningkatan dari 35% dalam Pra ujian kepada 83% dalam Pasca ujian. Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan model kit VSEPR telah berjaya meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar tentang struktur molekul. Walau bagaimanapun, masih ada seorang pelajar yang tidak dapat mengingati semua struktur molekul, maka satu kaedah yang sesuai perlu untuk membantu pelajar tersebut. Kata kunci: Kemahiran visualisasi, Model kit VSEPR, struktur molekul, Model 3D, hands-on MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENGIRAAN NISBAH KEWANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “P2K3” DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM PERAKAUNAN SMK DATUK MANSOR Noor Lela binti Yahaya dan Hazlina binti Mohamad Arof Pusat Tingkatan Enam SMK Datuk Mansor Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran pengiraan nisbah kewangan bagi tajuk Analisis Penyata Kewangan mata pelajaran Perakaunan Semester 3 STPM melalui Kaedah P2K3 iaitu P 2 mewakili Penyata Pendapatan dan K3 mewakili Kunci Kira-kira. Kajian melibatkan 24 orang pelajar Tingkatan Enam Perakaunan dan dua orang guru. Tinjauan awal dilaksanakan melalui semakan latihan pelajar dan ujian Pra. Hasil ujian Pra menunjukkan pelajar sukar menguasai rumus dan sukar mengenalpasti nilai yang perlu diambil sama ada dari penyata pendapatan atau kunci kira-kira. Oleh itu Kaedah P2K3 diperkenalkan sebagai intervensi bagi mengatasi isu pembelajaran yang dihadapi. Pemerhatian juga telah dijalankan bagi meninjau sejauh mana pelajar dapat menguasai kemahiran pengiraan nisbah kewangan menggunakan kaedah yang dicadangkan. Setelah ujian pos dijalankan, pelajar-pelajar menunjukkan perubahan ketara melalui bilangan soalan analisis kewangan yang dapat dijawab dalam ujian bulanan yang dijalankan. Kaedah ini dibangunkan untuk memudahkan penguasaan topik ini, memandangkan terdapat 12 rumus yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mengira nisbah kewangan. Setiap rumus perlu merujuk kepada dua penyata kewangan utama iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kirakira. Kelebihannya, pelajar dapat mengira nisbah kewangan dalam masa yang lebih singkat dan tepat. Secara tidak langsung, Kaedah P2K3 dapat meningkatkan penguasaan kemahiran pengiraan nisbah kewangan bagi pelajar Tingkatan Enam Perakaunan SMK Datuk Mansor. Kata kunci: Perakaunan, Analisis Penyata Kewangan, Analisis Nisbah, Penyata Pendapatan, Kunci Kira-kira


16 MODUL “THE SHOTTER, THE BETTER” (TsTb): MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA DAN KATA KUNCI TAJUK KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PERNIAGAAN BAGI PELAJAR S2 UPM Mahalashmi A/P Solaimuthu & Zulhasmiza Binti Zullkifli Pusat Tingkatan Enam SMK Batu Kikir (Model Khas) Penguasaan fakta dan kata kunci serta minat terhadap mata pelajaran Pengajian Perniagaan menjadi salah satu punca kepada penurunan pencapaian. Justeru, PdPc berbantukan modul TsTb hadir sebagai satu penerapan baharu dalam Pembelajaran Pemudahcaraan (PdPc) bagi abad ke-21 bagi menguasai fakta dan kata kunci. Modul mengandungi 4 fasa pelaksanaan iaitu nota, Jom fakta, kenal pasti kata kunci dan video bagi tajuk Kemahiran Komunikasi. Kajian juga melihat sejauh mana keberkesanan modul dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar dan seterusnya meningkatkan gred purata mata pelajaran. Kajian melibatkan 10 orang pelajar Sem 2 UPM dan 2 orang guru. Pemasalahan kajian dikenal pasti daripada keputusan peperiksaan percubaan penggal dua yang mencapai gred 1.8 dan hasil analisis ke atas ujian pra menunjukkan penguasaan fakta pelajar kurang daripada 45%. Pelaksanaan modul melibatkan tujuh waktu pembelajaran, Sejurus modul digunakan pelajar diberikan ujian pasca serta soal selidik bagi menilai keberkesanannya. Hasil dapatan menunjukkan intervensi modul TsTb dapat meningkatkan penguasaan fakta sehingga 83% serta meningkatkan kebolehan menghurai sehingga 85%. Hasil soal selidik dengan responden menunjukkan modul TsTb dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Analisis soal selidik juga mempunyai pekali kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.93. Diharapkan intervensi modul ini dapat diperluaskan lagi kepada semester satu dan tiga kelak. Kata Kunci: Keberkesanan Modul TsTb, Kemahiran mengingat, Kemahiran Komunikasi, Pengajian Perniagaan 2, Pelajar Sem 2 UPM. APLIKASI ‘SNAPSEED’ MEMBANTU PELAJAR 6AK8 MEMBEZAKAN UNSUR NILAI “CERLAP” (KADAR KECERAHAN DAN KEGELAPAN) DALAM GAMBAR Lee Cheow Lim & Shamsuri bin Mohamed Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah dalam membezakan unsur nilai “CERLAP” (kadar kecerahan dan kegelapan) dalam gambar menggunakan aplikasi “SNAPSEED”. Kumpulan sasaran tersebut merupakan 20 orang pelajar Seni Visual Penggal 2, tahun 2021 dan dua orang guru Seni Visual. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra menunjukkan masalah utama yang dihadapi pelajar ialah menginterpretasikan dan mengaplikasikan unsur nilai “CERLAP” dalam lukisan mereka. Unsur Nilai “CERLAP” merujuk kepada kadar kecerahan atau kegelapan dalam sesuatu gambar yang perlu untuk menimbulkan bentuk subjek yang lebih realistik dan kesan ruang. Justeru itu, aplikasi “SNAPSEED” diperkenalkan kepada pelajar sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Soal selidik juga telah dedarkan melalui “Google form” untuk meninjau sejauh mana penggunaan aplikasi “Snapseed” dalam membantu pelajar membezakan unsur nilai “CERLAP” dalam gambar. Setelah ujian pos dijalankan didapati bahawa terdapat peningkatan dari segi skor untuk setiap pelajar yang mengikuti kaedah yang diajar. Pelajar juga berjaya meningkatkan kemahiran melukis objek sejadi secara realistik selaras dengan keperluan sukatan pelajaran Seni Visual. Kata kunci: Aplikasi “Snapseed”, unsur nilai, “CERLAP”, realistik, Seni Visual.


17 “BICARA BERIRAMA”: MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR 6PU1A DALAM MENYATAKAN FAKTA KHUSUS BERBENTUK PROSES BAGI SUBJEK PENGAJIAN PERNIAGAAN Siti Aishah Binti Musa Pusat Tingkatan Enam, SMK Rantau, Negeri Sembilan Penguasaan fakta khusus merupakan perkara penting bagi subjuk Pengajian Perniagaan. Fakta khusus sangat ditekankan terutama dalam menjawab soalan STPM sama ada Bahagian A mahupun Bahagian B. Pengkaji sangat menekankan penggunaan Sukatan Pelajaran sebagai rujukan utama semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Sehubungan itu, kajian ini melibatkan 17 orang pelajar 6PU1A sebagai peserta kajian. Tinjauan awal berdasarkan pemerhatian, ujian secara verbal dan bertulis mendapati pelajar tidak dapat menyatakan fakta khusus dengan tepat dan susunan yang betul mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, kajian ini berfokuskan untuk membantu pelajar 6PU1A agar dapat menyatakan fakta khusus berbentuk proses dengan tepat, susunan yang betul dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Pengkaji telah menggunkan kaedah “Bicara Berirama” dalam memastikan objektif kajian ini tercapai. Dapatan kajian tindakan ini menunjukkan pelajar dapat menulis fakta khusus berbentuk proses dengan tepat dan susunan yang betul pada masa yang ditetapkan. Adalah diharapkan agar kajian tindakan ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa sahaja yang berminat untuk membantu meningkatkan prestasi para pelajar dalam menulis fakta khusus berbentuk proses bagi subjek Pengajian Perniagaan tetapi dengan kaedah yang lebih santai. Kata Kunci : Pengajian Perniagaan, “Bicara Berirama”, fakta khusus, berbentuk proses, ujian verbal TEKNIK “TIKTOK” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA KHUSUS BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS UM Suriahwati Binti Abd Latif Pusat Tingkatan Enam SMK Tuanku Abdul Rahman Kajian ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan penguasaan mengingati fakta khusus mata pelajaran Pengajian Perniagaan di Semester 2 dalam kalangan pelajar melalui teknik video “TikTok”. Seramai 14 orang pelajar dan seorang guru terlibat untuk pelaksanaan kajian. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Atas UM, SMK Tuanku Abdul Rahman. Fakta khusus sangat ditekankan dalam kajian terutama dalam menjawab soalan STPM Bahagian A, dan Bahagian B. Tinjauan awal melalui pemerhatian dan pra ujian mendapati penguasaan yang lemah dalam mengingati fakta merupakan punca pelajar gagal menjawab soalan. Maka teknik “TikTok” ini diperkenalkan sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Teknik ini boleh membantu pelajar menghafal dan mengingati fakta serta seronok belajar selaras dengan peredaran masa. Pra ujian telah dijalankan untuk meninjau sejauh mana pelajar dapat menguasai fakta khusus sebelum teknik “TikTok” diperkenalkan. Pasca ujian pula dilakukan setelah pelajar menggunakan teknik ini. Hasil kajian mendapati wujudnya perubahan peningkatan peratus lulus penuh dan peningkatan gred purata dalam ujian yang dijalankan. Penggunaan video dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mudah mengingat fakta. Mereka boleh melihat video bila-bila masa dan dimana sahaja mereka berada melalui telefon bimbit. Teknik ini sangat membantu pelajar dalam penguasaan fakta khusus, seronok belajar dan dapat menjawab soalan ujian dengan baik Kata Kunci: Teknik video “TikTok”, fakta Khusus, pengajian perniagaan, masalah pembelajaran, gred purata


18 AKTIVITI “KITKAT CHALLENGE” MENINGKATKAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SUBJEK PENGAJIAN AM DALAM KELAS TINGKATAN ENAM 1 BETA Mazlinda Binti Sharifudin Pusat Tingkatan Enam SMK Rantau, Negeri Sembilan Kajian ini bagi membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran dalam kelas tingkatan enam 1 Beta. Seramai 16 orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan semangat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih awal. Tinjauan awal telah dilaksanakan secara pemerhatian dan semakan soalan peperiksaan Percubaan semester 1. Hasil tinjauan didapati bahawa pelajar-pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik kerana tidak mengulangkaji pelajaran lebih awal. Pelaksanaan kajian ini dijalankan selepas peperiksaan percubaan semester 1 iaitu selama 2 jam setiap minggu dalam tempoh 5 minggu. Kajian ini berfokus kepada aktiviti dalam kelas. Aktiviti Kit Kat Challenge ini diperkenalkan agar dapat meningkatkan minat pelajar dalam mengulangkaji pelajaran dengan lebih awal. Aktiviti ini menarik minat pelajar kerana pelajar akan diberikan ganjaran apabila menjawab dengan betul. Dapatan kajian menunjukkan keputusan peperiksaan sebenar subjek pengajian am STPM semester 1 menunjukkan perubahan ketara berbanding keputusan peperiksaan percubaan. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti KitKat Challenge dapat membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih awal. Dengan adanya ganjaran, pelajar lebih bersemangat untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Kesimpulannya, pendekatan PdP PAK 21 dan kaedah ganjaran dan hukuman telah membantu pengkaji untuk melaksanakan PdP dalam kelas dengan lebih berkesan. Kata Kunci : Teknik Permainan “KitKat Challenge”, ganjaran, hukuman, minat, kemahiran pembelajaran PENGGUNAAN TEKNIK “MOTLIM” MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENGHAFAZ AL QURAN PELAJAR TINGKATAN ENAM HAFS BAGI MATA PELAJARAN TAHFIZ AL QURAN Abdul Shukor bin Mustafa Pusat Tingkatan Enam SMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail Kajian ini dilaksanakan untuk memantapkan kemahiran menghafaz Al Quran pelajar Tingkatan Enam Hafs SMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail bagi mata pelajaran Tahfiz Al Quran. Sampel kajian melibatkan 8 orang pelajar yang tidak berjaya menamatkan sukatan semasa di semester 1. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian mendapati hampir keseluruhan pelajar tidak berjaya menyempurnakan hafazan mengikut kehendak sukatan mata pelajaran.. Pelajar kelihatannya seperti tidak bermaya dan hilang semangat untuk meneruskan hafazan. Sepatutnya pelajar perlu menghafaz 3 muka surat setiap hari secara konsisten bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Guru telah melaksanakan kajian tindakan bertujuan membantu pelajar untuk mencapai sasaran hafazan mereka. Intervensi yang dilaksanakan memberi penekanan terhadap menguatkan jiwa pelajar dengan menggunakan kaedah motivasi pelajar melalui kata - kata semangat yang bersumberkan hadis nabi s.a.w. Teknik MOTLIM dilaksanakan pada 5 minit terakhir kelas tasmik setiap hari. Sebelum kajian ini dijalankan, kebanyakan pelajar hanya mampu menghafaz satu atau dua muka surat sahaja pada setiap hari. Hasil daripada pelaksanaan intervensi ini, guru mendapati sejumlah 6 orang dari 8 orang pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam hafazan mereka. Walaupun pencapaian mereka tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, tetapi kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan yang boleh dijadikan indikator untuk diteruskan pada masa akan datang. Kata Kunci: Teknik MOTLIM, kemahiran menghafaz, Tahfiz Al Quran, hadis, indikator.


19 PENGGUNAAN MODEL “POCKET PHLOEM” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT URUTAN PROSES “THE PRESSURE FLOW HYPOTHESIS” PELAJAR TINGKATAN 6ASC SEMESTER 2 Parimala A/P Dhanapalan Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Kajian ini dilaksanakan bertujuan penguasaan konsep serta meningkatkan kemahiran mengingat urutan proses Pressure Flow Hypothesis melalui model POCKET PHLOEM. Sampel kajian melibatkan seramai 3 orang pelajar Tingkatan Enam 6ASc Semester 2 aliran Sains Biologi. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar keliru dengan konsep Pressure Flow Hypothesis. Oleh itu , Model POCKET PHLOEM dibangunkan bersama pelajar dengan menggunakan barang pakai buang di makmal sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Ujian Memory juga telah dijalankan untuk meninjau sejauh mana pelajar ini dapat menguasai subtopik tersebut. Setelah ujian Pos dijalankan, pelajar menunjukkan perubahan yang ketara melalui keputusan yang lebih baik. Dimana markah penuh iaitu 12 diperolehi oleh 100% orang pelajar. POCKET PHLOEM dibangunkan agar meningkatkan minat pelajar terhadap subtopik yang dikaji. Kelebihannya, pelajar dapat menjawab soalan dalam masa yang singkat dan tepat. Secara tidak langsung Model ini telah dapat meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei pendek dan panjang. Kata kunci : Model Pocket Phloem , Pressure Flow Hypothesis ,kemahiran menjawab esei, ujian memori, kemahiran mengingat TEKNIK ‘SUSHI’ MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGAJIAN AM SEMESTER 3 PPU 2 CAIRO Shitah binti Abdullah & Suzana binti Osman Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan Alih Bentuk Komunikasi (ABK) Pengajian Am semester 3 PPU 2 Cairo. Sampel kajian melibatkan 10 orang pelajar PPU 2 Cairo dan 2 orang guru. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra iaitu kuiz 1 menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ialah keliru dengan konsep asas ABK Pengajian Am semester 3. Oleh itu, teknik “Sushi” ini diperkenalkan kepada pelajar sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Temu bual juga telah dijalankan untuk meninjau sejauh mana pelajar ini dapat menguasai topik yang dipilih menggunakan kaedah yang mudah dan berkesan. Setelah ujian pasca dijalankan,pelajar menunjukkan perubahan yang ketara melalui peningkatan markah dalam kuiz 2 yang dijalankan. Teknik ini dibangunkan agar dapat meningkatkan kemahiran menjawab soalan ABK Pengajian Am semester 3, memandangkan topik ini agak sukar dan perlu dikuasai kerana melibatkan pelbagai kemahiran. Kelebihannya, pelajar dapat menjawab dalam masa yang singkat dan tepat. Secara tidak langsung, teknik ini telah dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan ABK Semester 3. Kata kunci : Teknik Sushi, konsep asas, Alih Bentuk Komunikasi, meningkatkan kemahiran, Pengajian Am.


20 QiQo PiPo PoQoK : MENINGKATKAN PENGUASAAN FORMULA KEANJALAN PERMINTAAN MATA PELAJARAN EKONOMI TINGKATAN ENAM Jamilah binti Othman Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Mohd Said Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan formula keanjalan permintaan melalui teknik “QiQo PiPo PoQok”.dan rajah 4 Quadran. Keanjalan permintaan adalah sub tajuk dari Bab 2 iaitu Pasaran Barang dan Harga dalam sukatan pelajaran Ekonomi Semester 1, Sijil Tinggi Persekolahan. Hasil pemerhatian dan analisis dokumen menunjukkan kelemahan yang sangat ketara iaitu pelajar tidak dapat mengingat rumus keanjalan, dan keliru semasa menentukan kedudukan iaitu kesilapan menentukan harga, kuantiti baharu serta harga dan kuantiti asal. Oleh yang demikian cadangan pemulihan adalah memperkenalkan konsep mnemonic visual iaitu kaedah memahami dan mengingati rumus berdasarkan cerita atau perkataan dan konsep imej digunakan sebagai langkah penyelesaian untuk membantu pelajar-pelajar menghitung nilai pekali keanjalan permintaan dengan betul dengan menentukan nilai harga dan kuantiti asal, harga dan kuantiti baharu. Bagi tujuan kajian ini,, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) dengan mengaplikasikan intervensi rumus “”QiQo PiPo PoQok” dan rajah 4 Quadran. Seramai lapan orang murid kelas PPU1 Bristol yang mengambil mata pelajaran Ekonomi dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan, semua lapan orang murid menunjukkan murid dapat menyelesaikan soalan dengan betul. Kata kunci: Ekonomi, Nilai Pekali, Keanjalan Permintaan, Rumus “QiQo PiPo PoQok”, Mnemonic Visual MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJELASKAN ALIRAN DARAH DALAM JANTUNG MENGGUNAKAN TEKNIK “SILANG T” DALAM KALANGAN PELAJAR 6 ATAS UUM Mohamad Nor Bin Mohamad Yasin Pusat Tingkatan Enam SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan menjelaskan aliran darah dalam jantung bagi tajuk sistem kardiovaskular menggunakan Teknik “Silang T”. Sampel kajian ini melibatkan 18 orang pelajar semester 2 kelas 6A UUM yang mengambil matapelajaran Sains Sukan, dan seorang guru. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu sukar mengingati komponen utama dalam jantung menyebabkan gagal menjelaskan aliran darah dalam jantung. Oleh itu, teknik ini diperkenalkan kepada pelajar sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Kaji selidik dan pemerhatian juga telah dijalankan untuk meninjau sejauh mana pelajar ini dapat menguasai subtopik yang dipilih menggunakan kaedah yang mudah dan berkesan. Setelah ujian pos dijalankan menggunakan kaedah ini, skor menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Penggunaan Teknik “Silang T” dalam sub topik ini ternyata berjaya membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam kuiz yang dijalankan. Kaedah ini diperkenalkan agar pelajar dapat menjawab soalan esei berkaitan tajuk ini dengan tepat dalam masa yang singkat. Kata kunci : Teknik “Silang T” , Sistem Kardiovaskular, Komponen Utama Jantung, Aliran Darah Dalam Jantung, Sains Sukan


21 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI PENGAJIAN AM MENGGUNAKAN TEKNIK “CERAI CANTUM” DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM 6A UTM DAN 6A UUM Mohamad Fikri Bin Muhammad & Noorsham Binti Ahmad Pusat Tingkatan Enam, SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan esei dalam kalangan pelajar-pelajar Semester 2 melalui kaedah “Cerai Cantum”. Sampel kajian melibatkan 29 orang pelajar Tingkatan Enam dan dua orang guru. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam mengenal pasti kehendak soalan esei dengan tepat. Hal ini terbukti apabila jumlah markah bahagian esei yang diperoleh dalam Ujian Bulanan sangat mengecewakan. Kebanyakan pelajar didapati menyeleweng daripada kehendak soalan Oleh itu, kaedah “Cerai Cantum” diperkenalkan kepada pelajar sebagai intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Pemerhatian telah dijalankan untuk meninjau sejauh mana pelajar dapat memahami kehendak soalan esei. Setelah ujian post dijalankan, pelajar menunjukkan perubahan yang ketara pada markah ujian penulisan esei iaitu antara 10 – 15 markah dalam ujian bulanan yang dijalankan. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan kaedah baru iaitu “Cerai Cantum” semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) sebanyak 2 kali seminggu Kaedah ini membolehkan pelajar-pelajar mengenal pasti dan memahami kehendak soalan dengan tepat. Kelebihannya, pelajar dapat menjawab soalan esei mengikut kehendak soalan. Secara tidak langsung, kaedah ini telah dapat meningkatkan kemahiran menulis esei dengan berkesan bagi pelajar –pelajar 6A UTM dan 6A UUM. Kata kunci : Pengajian Am, Penulisan Esei, Pemerhatian, Intervensi, Cerai Cantum. IMPROVING 6 UUM STUDENTS’ WRITING SKILLS IN ORGANISING IDEAS USING “SWEET DIAMOND RING” IN MUET WRITING PAPER Norfaza binti Ahmad & Khairani binti Mohd Sappri Pusat Tingkatan Enam SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS) Batu Kikir This research aims to improve the ability of 6 UUM students elaborating a main idea in one paragraph.11 students of semester 3 UUM and 2 teachers were involved. It was carried out to enhance organizing content points skills in an argumentative or discursive essay by using the diamond ring approach. When the students master the skill, they will apply the same technique to other paragraphs. Early observation had been carried out through a pre-writing exercise in the classroom and we found that the students did not know what to write in the body paragraphs because they forgot the elements to be included in the paragraphs. SWEET Method was introduced to overcome this problem. This method helped the students to organize their ideas in paragraphs by filling elements in the given guided paragraphs. A memory test was done to observe the practicality of chosen method. The result of a memo-post mock test shows their understanding of the method. By doing so, not only the students remembered elements to be included in the paragraphs but also they managed to organize their ideas accordingly. This research was carried out in 8 weeks. After the post writing activity, it was found that all students were able to write 1 paragraph of an idea with all the elements needed. Keywords: elaborating ideas, organizing ideas, guided writing, argumentative essay, discursive essay


22 “BIOGIF”: IMPROVING BIOLOGY STUDENTS’ VISUALISATION SKILLS OF SKELETAL MUSCLE CONTRACTION Megat Kamarul Ihsan B. Kamaruddin & Mohd Faisol B. Mansor Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban This is an action research on improving students’ visualisation skills of skeletal muscle contraction by using BioGif animation. The research aimed to improve students’ ability to identify the correct sequence of events and structural changes of muscle and to improve students’ level of understanding in aforementioned topic. In addition, this research also provided opportunity for the researchers to identify and explore the effectiveness of BioGif in teaching Biology. The research was conducted in PTE SMK King George V, Seremban involving two teachers and ten students, which consists of six females and four males. Data obtained from initial survey through audio feedback, pre-test and observation revealed that the mechanism of skeletal muscle contraction was a difficult subtopic to be understood by students due to complexity of the structure, its process and complex interaction between muscle components. Students had difficulty in conceptualising the mechanism because they were unable to visualise the abstract process. Students were exposed to BioGif-integrated lesson during intervention. The researchers utilised four data sources: verbal test, post-test, attitude survey and interview. Findings showed that BioGif animation significantly improved students’ visualisation skills and level of understanding. The positive attitudes of students towards learning was an indication of BioGif effectiveness. Keywords: BioGif animation, visualisation skills, abstract concept, skeletal muscle, Biology THE EFFECTIVENESS OF COLLABORATIVE WRITING USING “TEAM AND TIE” IN ENHANCING 6 UPM STUDENTS’ MUET WRITING SKILLS Marshida Binti Ab Rahman Pusat Tingkatan Enam SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, N. Sembilan This action research aims to enhance the writing skills of upper Six UPM students in answering Task 2 of the MUET writing paper by employing the collaborative writing technique- “ TEAM and TIE” The goal is for these students to effectively and coherently address the criteria for scoring in Task 2. The study involves 21 Malay students from the upper Six UPM class, comprising 6 male and 15 female students. Initial observations revealed that the students lacked confidence in essay writing. They experienced difficulties initiating their writing and often resorted to cut-and-paste or edited versions from internet sources when given extended deadlines. Consequently, the final products lacked coherence as the students would write down any thoughts that came to mind, regardless of their relevance, as long as they fulfilled the requirement of having five main paragraphs. It is my belief that they write merely to submit the essay and avoid punishment for not doing so. Therefore, this action research focuses on improving the coherence of ideas within paragraphs, fostering organization and maturity, and meeting the criteria for achieving higher bands in the MUET marking descriptors through “TEAM and TIE”. Changes in behaviours can be seen during these activities as compared to writing individually. The ultimate goal is for upper Six UPM students to write confidently and collaboratively, producing coherent essays while being attentive and mindful of their own work Key Words: MUET, Writing Skills, Collaborative Writing, TEAM and TIE, Coherence.


23 EFFECTIVENESS OF “NIE” IN ENHANCING CRITICAL THINKING AND PROBLEMSOLVING WRITING SKILLS AMONG UPPER SIX STUDENTS Dr. Tan Chye Sing Pusat Tingkatan Enam SMK Mantin In the MUET Writing paper, inferencing is one of the most important concepts and it could only be achieved by using the Critical thinking and problem solving in the writing practice. NIE is also a popular tool in the pedagogical approach. Therefore, it is executed in this research. This action research project was conducted with a group of twelve Upper Six UPM (2021 /2022) students at Mantin Secondary School in Mantin, Negeri Sembilan. The purpose of the study was to determine how the implementation, or a writing strategy called NIE STAR/ Edge newspapers helps learners to improve their skills of identifying main ideas in writing. The results show that these learners have developed some good writing skills to improve their understanding in writing effectively. Moreover, this writing strategy encourages them to engage critical thinking. We conclude that this writing via NIE STAR/ Edge newspapers is a platform for the learners to improve their writing skills in tandem with the 21st Century pedagogy. Keywords: Critical Thinking, Problem Solving, Newspaper in Education, Writing, Inferencing. THE EFFICACY OF ‘ARGY-BARGY’ TECHNIQUE IN IMPROVING POSTSECONDARY STUDENTS’ SPONTANEOUS SPEAKING SKILLS IN MUET Janaki A/P Veerasamy & Thiruchelvi A/P Alagumalai Pusat Tingkatan Enam SMK Tunku Ampuan Durah Seremban This study aimed to enhance the spontaneous speaking skills of four students of Form Six through the utilization of the ‘Argy-Bargy’ technique. Initial observations indicated that these students experienced difficulties in speaking spontaneously during MUET speaking practice sessions. The research followed a well-established four-phase Model of action research, namely Plan, Act, Observe, and Reflect. The study involved the participation of two female students, two male students, and two MUET teachers. Data collection was conducted through qualitative and quantitative methods, including pre and post-tests, questionnaires, and unstructured observations. The results of the post-test demonstrated that the students were able to improve their performance in MUET speaking tasks by utilizing the ‘ARGYBARGY’ technique, as it provided them with the opportunity to not only ask questions but also to answer them. Additionally, the teachers’ role as facilitators and ‘gap-fillers’ contributed to a paradigm shift in their pedagogical approach from teacher-centred to student-centred. The findings from the questionnaire indicated that the students expressed confidence in the efficacy of the ‘ARGY-BARGY’ technique in enhancing their confidence to speak spontaneously. Key Words: MUET, speaking skill, spontaneous speech, Argy-Bargy technique, Question-answer


24 SENARAI PEMBENTANG KAJIAN BIL NAMA SEKOLAH TAJUK 1. Arbinah binti Abd Gani PTE SMK Seri Perpatih Meningkatkan Kemahiran Mengingat Fakta Sejarah islam Dengan Menggunakan Kaedah “NOMIK” dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 UM 2. Noor Lela binti Yahaya PTE SMK Datuk Mansor Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Pengiraan Nisbah Kewangan Menggunakan Kaedah “P2K3” Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 Perakaunan 3. Hazlina binti Mohd Arof 4. Wong Mui Chuen PTE SMK Mantin Model Kit VSEPR Meningkatkan Kemahiran Melukis Struktur Molekul Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 Rendah Sains 5. Shitah binti Abdullah PTE SMK Dato’ Mohd Said Teknik “Sushi” Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Alih Bentuk Komunikasi Pengajian Am 6. Suzana binti Osman Semester 3 Kelas Ppu 2 Cairo 7. Suriahwati binti Abd Latif PTE SMK Tuanku Abdul Rahman Teknik “Tik Tok“ Meningkatkan Kemahiran Mengingat Fakta Khusus bagi Mata Pelajaran Perniagaan dalam kalangan Pelajar T6A UM 8. Mahalashmi A/P Solaimuthu PTE SMK Batu Kikir (Model Khas) Modul “The Shotter, The Better” (TsTb): Meningkatkan Penguasaan Fakta Dan Kata Kunci Tajuk Kemahiran Komunikasi Dalam Perniagaan Bagi 9. Pelajar S2 UPM Zulhasmiza binti Zullkifli 10. Parimala A/P Dhanapalan KTE Forest Heights Seremban. Penggunaan Model ‘Pocket Phloem’ Meningkatkan Kemahiran Mengingat Urutan Proses “The Pressure Flow Hypothesis” Pelajar T6ASC Semester 2 11. Marshida binti Ab Rahman PTE SMK Tuanku Abdul Rahman The Effectiveness of Collaborative Writing Using “Team and Tie” in Enhancing 6 UPM Students’ MUET Writing Skills


25 12. Nor Akmal binti Omar PTE SMK Tinggi Port Dickson Program ‘Surat Berantai’ Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Ekonomi Pelajar Tingkatan 6 UKM2 Dan 6 UM2 13. Badariah binti Mohd Daud 14. Anita binti Ibrahim PTE SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail Meningkatkan Teknik Membina Ayat Mudah Dalam Bahasa Arab Menggunakan Teknik 2T (TalsiqTafham) Dalam Kalangan Pelajar 6 Asim 15. Sobri bin Saad PTE SMK Tinggi Port Dickson Teknik BTS -TPP: Meningkatkan Kemahiran Melukis Graf bagi Mata Pelajaran Pengajian Am Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam USM2 16. Mohd Razi bin Mohd Nor 17. Siti Aishah binti Musa PTE Smk Rantau "Bicara Berirama": Meningkatkan Prestasi Pelajar 6PU1A Dalam Menyatakan Fakta Khusus Berbentuk Proses Bagi Subjek Pengajian Perniagaan 6PU1A 18. Noorsham binti Ahmad PTE SMK Tuanku Muhamad Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Pengajian Am Menggunakan Teknik "Cerai Cantum" Dalam Kalangan 19. Pelajar Tingkatan 6A UTM Dan 6A UUM Mohamad Fikri bin Muhammad 20. Zubaidah binti Said PTE SMK Tunku Ampuan Durah Meningkatkan Keupayaan Menjawab Soalan Pengiraan Bab Keseimbangan Pendapatan Negara Dan Dasar Fiskal Menggunakan 'Formula 1 Skrin" Bagi Pelajar 6A Hishamuddin 21. Abdul Shukor bin Mustafa PTE SMKA Dato' Haji. Abu Hassan Haji. Sail Penggunaan Teknik ‘MOTLIM’ memantapkan Kemahiran Menghafaz Al Quran Pelajar Tingkatan Enam Hafs Bagi Mata Pelajaran Tahfiz Al Quran 22. Janaki A/P Veerasamy PTE SMK Tunku Ampuan Durah The Efficacy of ‘Argy-Bargy’ Technique in Improving Post-Secondary Students’ Spontaneous Speaking Skill in MUET 23. Thiruchelvi A/P Alagumalai


26 24. Mohamad Nor bin Mohamad Yasin PTE SMK Tuanku Muhammad Meningkatkan Penguasaan Menjelaskan Aliran Darah Dalam Jantung Menggunakan Teknik ‘Silang 1’ Dalam Kalangan Pelajara 6 Atas UUM bagi Subjek Sains Sukan 25. Uraidah binti Abdul Wahab PTE SM Agama Persekutuan, Labu Penggunaan Model “Kitaran Pembelajaran 5P” Meningkatkan Penguasaan Ayat Hukum Syariah Pelajar Tingkatan 6 Farabi 2 26. Tan Chye Sing PTE SMK Mantin Effectiveness of ‘NIE’ in Enhancing Critical Thinking and Problem-Solving Writing Skills Among Upper Six Students 27. Jamilah binti Othman PTE SMK Dato’ Mohd Said “QiQo PiPo PoQoK”: Meningkatkan Penguasaan Formula Keanjalan Permintaan Mata Pelajaran Ekonomi Tingkatan Enam 28.. Shamsuri bin Mohamed KTE Forest Heights Seremban Aplikasi ‘Snapseed’ Membantu Pelajar 6AK8 Membezakan Unsur Nilai “Cerlap” (Kadar Kecerahan Dan Kegelapan) Dalam Gambar 29. Lee Cheow LIM 30. Mazlinda binti Sharifudin PTE SMK Rantau Aktiviti ‘Kitkat Challenge’ Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran Subjek Pengajian Am Dalam Kelas Tingkatan Enam 1 Beta 31. Wu Yee Peng KTE Forest Heights Seremban Penggunaan Teknik “MAGIC OCTADOM” bagi Meningkatkan Kemahiran Mencari Kamiran Fungsi Trigonometri Dalam Kalangan Pelajar 6A3 32. Diana binti Abdul Rahman Sidek KTE Forest Heights Seremban “Finally She And I Skip Maths Lesson” Approach In Improving The Ability Of 6 Iskandar Student’s In Curve Sketching 33. Norfaza bt Ahmad PTE SMK Batu Kikir (Model Khas) Improving 6 UUM Students’ Writing Skills In Organising Ideas Using ‘SWEET Diamond Ring’ in MUET Writing Paper 34. Khairani bt Mohd Sappri


27 35. Megat Kamarul Ihsan bin Kamaruddin KTE Forest Heights Seremban BIOGIF: Improving Biology Students’ Visualisation Skills Of Skeletal Muscle Contraction 36. Mohd Faisol bin Mansor 37. Pushpa T Rajagani PTE SMK Tunku Besar Tampin The Efficacy of ‘SEWTs’ Method in Enhancing Essay Writing Skills Among 6SS2 Students 38. Norazizah binti Samsuri PTE SMK Tuanku Ampuan Durah Penggunaan Kaedah ‘Celik Mata’ bagi Mengatasi Masalah Menjawab Soalan Esei Mata Pelajaran Pengajian Am Semester 2


28 PENGHARGAAN KEMENTERIAN PENDIDKAN MALAYSIA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH NEGERI SEMBILAN NILAI UNIVERSITY PANEL PENILAI KAJIAN TINDAKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS (IPGK) ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE (ELTC) JURULATIH KAJIAN TINDAKAN PENGETUA KOLEJ TINGKATAN ENAM / PUSAT TINGKATAN ENAM SMK DATO’ MOHD SAID BARISAN PENULIS & PEMBENTANG KAJIAN TINDAKAN SEMUA PIHAK YANG MENJAYAKAN KOLOKIUM SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG


Click to View FlipBook Version