The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK EDISI 2 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by che nor haniza che mat, 2023-12-01 04:24:40

GARIS PANDUAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK EDISI 2 2023/2024

GARIS PANDUAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK EDISI 2 2023/2024

Keywords: UASA SKPM,2023/2024

1 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PANDUAN UMUM 2 2 LATAR BELAKANG 2 -3 3 TAFSIRAN 4 4 KONSEP DAN PRINSIP 4 5 KATEGORI MURID 5 6 INSTRUMEN PENTAKSIRAN 6 - 7 7 PEREKODAN SKOR DAN PELAPORAN 8 8 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 8 - 9 9 PROSEDUR KESELAMATAN 9 10 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH 10 - 12 11 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN PENDIDIKAN (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) 13 12 CALON PERSENDIRIAN 14 - 15


2 2 LATAR BELAKANG 1.1 Garis panduan ini adalah penambahbaikan kepada Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik sedia ada untuk rujukan kepada pegawai bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik. 1.2 Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat makluman dan arahan berkaitan yang sedang berkuat kuasa serta yang akan diedarkan dari semasa ke semasa. 1.3 Garis panduan ini terpakai kepada semua sekolah yang melaksanakan ujian akhir sesi akademik. 2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 2.2 Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2.2.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah diperkenalkan oleh Kemerterian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2011. Pentaksiran ini bersifat holistik yang merangkumi aspek akademik, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP) serta aspek bukan akademik iaitu, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum 1 PANDUAN UMUM


3 (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Pelaksanaan PBS adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.2.2 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan mulai tahun 2021 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 April 2021. Seterusnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jun 2022 bersetuju dengan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Susulan daripada pemansuhan UPSR dan PT3, Pemerkasaan PBS yang mula dilaksanakan pada tahun 2021 terus diperkukuhkan. 2.2.3 Pemerkasaan PBS berfokus kepada: i. Perkembangan dan pencapaian murid Melihat perkembangan dan pencapaian murid pada setiap peringkat. ii. Peningkatan autonomi kepada sekolah Memberi lebih tanggungjawab dan akauntabiliti dalam pentadbiran dan pengurusan yang berkualiti kepada sekolah. iii. Pengiktirafan profesionalisme guru Memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kompetensi dan akauntabiliti guru dalam pentaksiran. iv. Penambahbaikan PBS Menambah baik dan memantapkan instrumen pentaksiran, sistem, pengoperasian dan pelaporan PBS.


4 Berikut adalah tafsiran bagi terma yang digunakan dalam garis panduan ini: 3.1 Instrumen Pentaksiran bermaksud alat yang digunakan untuk mendapatkan eviden bagi mengenal pasti tahap kognitif murid; 3.2 Panduan Penskoran bermaksud dokumen yang digunakan oleh guru sebagai panduan pemberian skor terhadap respons murid; 3.3 Penyelarasan Penskoran bermaksud proses yang dilaksanakan untuk memastikan setiap pentaksir mempunyai kefahaman yang selaras terhadap panduan penskoran; 3.4 Skrip Jawapan Murid (SJM) bermaksud respons murid terhadap instrumen pentaksiran yang menjadi ukuran atau bukti pencapaian murid; 3.5 Moderasi Penskoran bermaksud proses semak silang yang dilaksanakan oleh pentaksir bagi memastikan penskoran menepati panduan penskoran; 3.6 Verifikasi Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran bermaksud proses semakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi memastikan dokumen yang dimuat turun adalah lengkap; 3.7 Verifikasi Skor bermaksud proses semakan bagi pengisian skor murid dalam sistem; dan 3.8 Kes-kes Khas bermaksud perkara yang memerlukan perhatian khas seperti murid berpindah, murid yang mewakili negara/negeri, murid sakit berpanjangan dan lain-lain. 4 KONSEP DAN PRINSIP 4.1 Ujian akhir sesi akademik ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik bukan pentaksiran pusat. 4.2 Ujian akhir sesi akademik dilaksanakan untuk menguji tahap kognitif murid dan bukan membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri. 4.3 Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari 3 TAFSIRAN


5 5 KATEGORI MURID murid sepanjang sesi akademik. Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran tentang kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini juga dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid. 5.1 Ujian akhir sesi akademik melibatkan murid tahap dua sekolah rendah iaitu, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 serta murid sekolah peringkat menengah rendah, iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 bagi sesi akademik semasa sahaja. 5.2 Semua murid yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) boleh menduduki ujian akhir sesi akademik seperti yang berikut: 5.2.1 murid yang berada di Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah Agensi Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri yang berdaftar dengan KPM; dan 5.2.2 murid yang berada di sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM dan maklumat mereka didaftarkan dalam APDM. 5.3 Pendaftaran murid dalam APDM membolehkan pelaporan ujian akhir sesi akademik diperoleh melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, KPM (SPPB KPM).


6 6.1 Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi murid sekolah rendah tahap dua melibatkan tujuh mata pelajaran dengan peruntukan masa seperti Jadual 1 di bawah: Jadual 1: Mata Pelajaran, Kod MP dan Masa bagi Sekolah Rendah Bil. Mata Pelajaran (MP) Kod MP Masa 1. Bahasa Melayu 011 1 jam 15 minit 2. Bahasa Inggeris 013 1 jam 15 minit 3. Matematik (*SK/SJKC/SJKT) 015/025/035 1 jam 15 minit 4. Sains (*SK/SJKC/SJKT) 018/028/038 1 jam 15 minit 5. Sejarah (*SK/SJKC/SJKT) 019/029/039 1 jam 15 minit 6. Bahasa Cina (*SJKC) 026 1 jam 15 minit 7. Bahasa Tamil (*SJKT) 036 1 jam 15 minit *SK - Sekolah Kebangsaan, SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan SJKT- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 6.2 Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi murid sekolah menengah peringkat menengah rendah melibatkan 20 mata pelajaran dengan peruntukan masa seperti Jadual 2 di bawah: Jadual 2: Mata Pelajaran, Kod MP dan Masa bagi Sekolah Menengah Bil. Mata Pelajaran (MP) Kod MP Masa 1 Bahasa Melayu 02/1 1 jam 30 minit 02/2 1 jam 2 Bahasa Inggeris 12/1 1 jam 30 minit 12/2 1 jam 3 Sejarah 21 2 jam 4 Geografi 23 2 jam 5 Bahasa Arab 31 2 jam 6 Bahasa Cina 32 2 jam 7 Bahasa Tamil 33 2 Jam 8 Bahasa Punjabi 34 2 Jam 9 Bahasa Iban 37 2 Jam 6 INSTRUMEN PENTAKSIRAN


7 Bil. Mata Pelajaran (MP) Kod MP Masa 10 Bahasa Kadazandusun 38 2 Jam 11 Bahasa Semai 39 2 Jam 12 Pendidikan Islam 45 2 jam 13 Matematik 50 2 jam 14 Sains 55 2 jam 15 Asas Sains Komputer 70 1 jam 30 minit 16 Reka Bentuk dan Teknologi 71 1 jam 30 minit 17 Maharat Al-Quran 91 1 jam 30 minit 18 Usul Al-Din 96 2 jam 19 Al-Syariah 97 2 jam 20 Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu’asirah 98 2 jam 6.3 Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik disediakan dalam dwibahasa. 6.4 Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi mata pelajaran lain perlu disediakan oleh pihak sekolah. 6.5 Ujian akhir sesi akademik ini melibatkan semua mata pelajaran bagi komponen ujian bertulis sahaja, manakala komponen lain seperti ujian lisan, amali dan lain-lain dilaksanakan dalam PBD berterusan. 6.6 Bagi instrumen pentaksiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), moderasi/modifikasi boleh dilakukan oleh pihak sekolah mengikut kesesuaian murid. 6.7 Tempoh masa yang diperuntukkan bagi sekolah untuk melaksanakan moderasi instrumen pentaksiran dan penyediaan soalan cetakan Braille adalah dua minggu. 6.8 MBPK diperuntukkan masa tambahan untuk menjawab ujian seperti Jadual 3 di bawah: Jadual 3: Masa Tambahan Menjawab untuk MBPK Bil. Masa Menjawab Masa Tambahan 1. 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit 2. Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam 3. Lebih 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit


8 7 PEREKODAN SKOR DAN PELAPORAN 8 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 6.9 Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) iaitu, sistem yang digunakan bagi membantu proses pengumpulan item, pemasangan serta penjanaan instrumen pentaksiran yang setara standardnya. Instrumen pentaksiran ini disediakan berdasarkan jadual spesifikasi ujian. 6.10 Pihak sekolah akan memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut keperluan sekolah masing-masing dalam tempoh masa yang ditetapkan. 7.1 Skor bagi ujian akhir sesi akademik akan direkod oleh guru mata pelajaran dalam SPPB KPM melalui modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan modul Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PBD MBPK). 7.2 SPPB KPM akan menjana prestasi murid bagi PBD formatif dan pencapaian bagi ujian akhir sesi akademik dijana dalam satu pelaporan. 7.3 Pencapaian murid dalam ujian akhir sesi akademik dilapor mengikut enam Tahap Penguasaan (TP), iaitu TP1 hingga TP6 dengan julat markah tertentu serta mempunyai pernyataan deskriptif yang komprehensif dan jelas bagi setiap mata pelajaran. 7.4 Skor tidak akan dipaparkan dalam pelaporan berkenaan. 7.5 Guru mata pelajaran juga perlu memasukkan maklumat seperti usaha murid, ulasan guru dan cadangan intervensi dalam pelaporan ini. Ulasan keseluruhan dimasukkan oleh guru kelas. 7.6 Bagi sekolah yang tiada akses kepada SPPB KPM, sekolah tersebut perlu menyediakan pelaporan pencapaian murid mereka. 8.1 Pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik melibatkan proses kerja seperti yang berikut: i. mendaftar dan mengemas kini data murid dalam APDM; ii. mengemas kini data Pengetua/Guru Besar dalam sistem e-Operasi;


9 9 PROSEDUR KESELAMATAN iii. memuat turun surat makluman, jadual kerja dan Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik dari portal LP; iv. menyediakan jadual kerja, jadual pengawasan dan jadual waktu ujian peringkat sekolah; v. memuat turun instrumen pentaksiran melalui APPI; vi. membuat verifikasi instrumen pentaksiran; vii. mencetak dan memperbanyak instrumen pentaksiran; viii. melaksanakan ujian akhir sesi akademik mengikut jadual waktu yang disediakan oleh pihak sekolah; ix. memuat turun panduan penskoran melalui APPI; x. melaksanakan penyelarasan penskoran peringkat sekolah; xi. melaksanakan penskoran Skrip Jawapan Murid (SJM); xii. melaksanakan moderasi penskoran SJM secara rawak; xiii. melaksanakan verifikasi skor; xiv. merekod skor murid dalam SPPB KPM; xv. mengeluarkan pelaporan murid; dan xvi. memaklumkan pelaporan murid kepada ibu bapa/penjaga. 9.1 Instrumen pentaksiran bagi ujian akhir sesi akademik adalah dokumen terperingkat TERHAD. Sekolah bertanggungjawab untuk mengendalikan dokumen tersebut mengikut peraturan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dan cetakan perlu disimpan di tempat yang sesuai dan selamat. 9.2 Pergerakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran hendaklah direkodkan. 9.3 PGB boleh menentukan dan menetapkan zon larangan penggunaan telefon, peralatan komunikasi, peranti elektronik atau apa juga alat yang boleh merakam dan/atau menyebar bahan tersebut semasa mengurus instrumen pentaksiran dan panduan penskoran.


10 10.1 Pengetua/Guru Besar (PGB) PGB bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik dilaksanakan seperti yang berikut: i. memastikan data murid dikemas kini dalam APDM; ii. memastikan ujian ditadbir mengikut tempoh yang ditetapkan oleh KPM; iii. memastikan guru pendidikan khas membuat modifikasi Braille/moderasi untuk MBPK; iv. memastikan Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik dan jadual kerja dimuat turun dari portal LP; v. memastikan jadual kerja dan jadual waktu ujian akhir sesi akademik peringkat sekolah disediakan; vi. mendapatkan dan menjaga kerahsiaan ID pengguna dan kata laluan APPI daripada e-mel yang didaftarkan; vii. memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran melalui APPI; viii. melaksanakan verifikasi instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi memastikan cetakan menepati aspek teknikal (lengkap dan jelas); ix. menghubungi SPP JPN sekiranya terdapat masalah teknikal pada instrumen pentaksiran dan panduan penskoran; x. menyimpan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut prosedur keselamatan; xi. memastikan penyelarasan penskoran dilaksanakan bagi setiap mata pelajaran; xii. memastikan skor murid direkodkan ke dalam SPPB KPM; xiii. melaksanakan verifikasi skor sebelum dihantar ke SPPB KPM; xiv. memastikan kes-kes khas diuruskan dalam tempoh pelaksanaan ujian berdasarkan jadual kerja yang ditetapkan; xv. melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan ujian akhir sesi akademik ditadbir mengikut jadual kerja dan jadual waktu; xvi. memastikan pelaporan dimuat turun dan dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga; dan 10 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH


11 xvii. membuat pertimbangan bagi kes murid yang tidak hadir sama ada dibenarkan atau tidak untuk menduduki ujian. 10.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPKP) GPKP bertangungjawab untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik dilaksanakan seperti yang berikut: i. menerima dan melaksanakan arahan daripada PGB; ii. mengurus dan menyelaras pengoperasian ujian akhir sesi akademik pada peringkat sekolah; iii. merancang dan menyediakan jadual kerja, jadual pengawasan dan jadual waktu bagi semua murid termasuk MBPK berpandukan jadual kerja; iv. menerima instrumen pentaksiran yang telah disahkan oleh PGB untuk diperbanyak dan disimpan mengikut prosedur keselamatan; v. melaksanakan semakan secara rawak pada cetakan instrumen pentaksiran yang telah diperbanyak bagi memastikan tiada ralat; vi. menyelaras penyediaan instrumen pentaksiran bagi MBPK; vii. menyelaras dan memastikan pelaksanaan penyelarasan penskoran bagi setiap mata pelajaran; viii. memastikan penskoran dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan; ix. memastikan skor murid direkodkan ke dalam SPPB KPM; dan x. melaksanakan verifikasi skor murid dalam SPPB KPM. 10.3 Setiausaha Pentaksiran (SuP) SuP bertangungjawab untuk membantu pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik dilaksanakan dengan bimbingan dan seliaan GPKP seperti yang berikut: i. menerima dan melaksana arahan daripada PGB/GPKP; ii. menyediakan jadual kerja, jadual pengawasan dan jadual waktu bagi semua murid termasuk MBPK; iii. menerima instrumen pentaksiran yang telah disahkan oleh PGB untuk diperbanyak dan disimpan mengikut prosedur keselamatan;


12 iv. menyelaras penyerahan instrumen pentaksiran mengikut jadual waktu peringkat sekolah; dan v. menyelaras proses perekodan skor murid ke dalam SPPB KPM. 10.4 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia/Penyelaras Mata Pelajaran (GKMP/KP/PMP) GKMP/KP/PMP menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti berikut: i. menerima panduan penskoran daripada GPKP dan menyerahkan kepada semua PMP; ii. melaksanakan penyelarasan penskoran bagi memastikan setiap pentaksir mempunyai kefahaman yang selaras dengan panduan penskoran; iii. melaksanakan penskoran SJM; dan iv. melaksanakan moderasi penskoran SJM secara rawak bagi memastikan penskoran menepati panduan penskoran dan skor murid adalah tekal dan tepat. 10.5 Guru Mata Pelajaran (GMP) GMP menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti berikut: i. melaksanakan penskoran SJM; ii. menyerahkan SJM yang telah diskor kepada GKMP/KP/PMP untuk moderasi penskoran secara rawak; iii. merekod skor dan membuat ulasan penguasaan murid ke dalam SPPB KPM; dan iv. menghantar skor yang muktamad dalam SPPB KPM. 10.6 Guru Kelas/Guru Tingkatan (GK/GT) GK/GT menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti berikut: i. memastikan data dan maklumat murid dikemas kini dalam APDM; ii. memaklumkan dan mengedar jadual waktu ujian akhir sesi akademik kepada murid; iii. memaklumkan kepada SuP sekiranya murid berpindah, murid sakit dan kes-kes khas yang lain; dan iv. membuat ulasan keseluruhan murid dalam SPPB KPM


13 11 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) 10.7 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) AKP menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti berikut: i. memperbanyak instrumen pentaksiran dan panduan penskoran dengan arahan GPKP dengan pengawasan SuP; dan ii. melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. 11.1 Memastikan pelaksanaan PBD mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 11.2 Memastikan penyampaian maklumat pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik dilaksanakan mengikut garis panduan yang disediakan. 11.3 Bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi nasihat kepada pihak sekolah. 11.4 Menerima dan mengedarkan surat makluman kepada PPD/sekolah bagi memuat turun Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik dan jadual kerja dari portal LP. 11.5 Mendaftar/mengemas kini ID pengguna dan kata laluan sistem APPI bagi semua sekolah di bawah pentadbiran JPN/PPD serta memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah melalui e-mel rasmi. 11.6 Mengemas kini maklumat sekolah dan mata pelajaran bagi setiap sekolah. 11.7 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran melalui APPI. 11.8 Menguruskan dan mengendalikan ujian bagi calon persendirian.


14 12.1 Calon persendirian yang tidak berada dalam sistem persekolahan boleh mendaftar melalui JPN dan layak menduduki Ujian Akhir Tingkatan Tiga di pusat peperiksaan yang ditentukan oleh JPN berdasarkan syarat yang berikut: i. berumur 17 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran; dan ii. fi yang perlu dibayar oleh setiap calon adalah sebanyak RM100.00 (Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA). 12.2 Mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon persendirian adalah seperti Jadual 4 di bawah: Jadual 4: Mata Pelajaran, Kod MP dan Masa bagi Calon Persendirian Bil. Mata Pelajaran (MP) Kod MP Masa 1 Bahasa Melayu 02/1 1 jam 30 minit 02/2 1 jam 2 Bahasa Inggeris 12/1 1 jam 30 minit 12/2 1 jam 3 Sejarah 21 2 jam 4 *Pendidikan Islam 45 2 jam 5 Matematik 50 2 jam 6 Sains 55 2 jam *untuk murid beragama Islam sahaja 12.3 Calon persendirian boleh mengambil kesemua mata pelajaran di atas atau mana-mana mata pelajaran mengikut keperluan calon. 12.4 JPN bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir Ujian Akhir Tingkatan Tiga bagi calon persendirian seperti yang berikut: i. mengurus pendaftaran; ii. menetapkan dan mengurus pusat peperiksaan; iii. mentadbir Ujian Akhir Tingkatan Tiga; iv. melantik pemeriksa untuk melaksana penskoran Skrip Jawapan Calon; 12 CALON PERSENDIRIAN


15 v. mengurus perekodan skor dan pelaporan; dan vi. mengurus penyemakan semula keputusan. 12.5 Calon persendirian bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara yang berikut: i. mendaftar dan membuat pembayaran fi yang telah ditetapkan; ii. mendapatkan maklumat berkaitan jadual waktu Ujian Akhir Tingkatan Tiga, pusat peperiksaan dan maklumat-maklumat lain berkaitan daripada JPN; iii. menghadiri Ujian Akhir Tingkatan Tiga mengikut jadual waktu di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan; iv. mendapatkan keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga di JPN; v. memohon untuk penyemakan semula keputusan di JPN dengan bayaran fi sebanyak RM50.00 bagi setiap mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya calon tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh; dan vi. mendapatkan keputusan penyemakan semula di JPN jika berkenaan. -TAMAT-


16 SENARAI MATA PELAJARAN, KOD DAN MASA SEKOLAH RENDAH TAHUN 4, 5 DAN 6 BIL. MATA PELAJARAN (MP) KOD MP MASA 1. Bahasa Melayu 011 1 jam 15 minit 2. Bahasa Inggeris 013 1 jam 15 minit 3. Matematik (*SK/SJKC/SJKT) 015/025/035 1 jam 15 minit 4. Sains (*SK/SJKC/SJKT) 018/028/038 1 jam 15 minit 5. Sejarah (*SK/SJKC/SJKT) 019/029/039 1 jam 15 minit 6. Bahasa Cina (*SJKC) 026 1 jam 15 minit 7. Bahasa Tamil (*SJKT) 036 1 jam 15 minit *SK - Sekolah Kebangsaan, SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan SJKT- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil


4 BAHASA MELAYU TAHUN 4, 5 DAN 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis : Pemahaman & Penulisan 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3-5 soalan) Pemahaman petikan (5-7 soalan) (Teks tunggal & Teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman petikan (3-5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan perenggan – 1 soalan Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan – 1 soalan 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik


5 TAHAP PENGUASAAN BAHASA MELAYU TAHUN 4, 5 DAN 6 TAHAP PENGUASAAN PERNYATAAN 1 Penguasaan pengetahuan sistem bahasa iaitu pengetahuan kata, ayat dan penjodoh bilangan sangat terhad. Kemahiran membaca dan memahami serta menaakul pelbagai bahan sangat terhad. Penguasaan kemahiran menulis yang sangat terhad dengan idea yang tidak relevan dan ayat yang tidak gramatis. 2 Penguasaan pengetahuan sistem bahasa iaitu pengetahuan kata, ayat dan penjodoh bilangan pada tahap asas dan kurang memuaskan. Kemahiran membaca dan memahami serta menaakul pelbagai bahan pada tahap kurang memuaskan. Kemahiran menulis pada tahap kurang memuaskan dengan mengemukakan idea yang kurang relevan dan ayat yang kurang gramatis serta tiada pengolahan idea. 3 Penguasaan pengetahuan sistem bahasa iaitu pengetahuan kata, ayat dan penjodoh bilangan pada tahap memuaskan. Mempunyai kemahiran membaca dan memahami serta menaakul pelbagai bahan pada tahap memuaskan. Mempunyai kemahiran menulis pada tahap memuaskan dengan menghasilkan wacana yang sesuai, mengemukakan idea yang relevan, menggunakan ayat yang gramatis namun pengolahan yang kurang menarik. 4 Penguasaan pengetahuan sistem bahasa iaitu pengetahuan kata, ayat dan penjodoh bilangan pada tahap baik. Mempunyai kemahiran membaca dan memahami serta menaakul pelbagai bahan pada tahap baik. Kreatif dalam kemahiran menulis dan menghasilkan wacana yang sesuai mengikut konteks, mengemukakan idea yang kreatif, menggunakan ayat yang gramatis serta pengolahan yang menarik. 5 Penguasaan pengetahuan sistem bahasa iaitu pengetahuan kata, ayat dan penjodoh bilangan pada tahap sangat baik. Berkemahiran tinggi dalam kemahiran membaca dan memahami serta menaakul pelbagai bahan secara kritis. Kreatif dan matang dalam kemahiran menulis dan menghasilkan wacana yang sesuai mengikut konteks, mengemukakan idea yang kreatif dan matang, menggunakan ayat yang gramatis serta pengolahan yang menarik dan berkesan. 6 Penguasaan pengetahuan sistem bahasa iaitu pengetahuan kata, ayat dan penjodoh bilangan pada tahap cemerlang. Amat berkemahiran tinggi dalam kemahiran membaca dan memahami serta menaakul pelbagai bahan secara kritis dan kreatif. Amat kreatif dan matang dalam kemahiran menulis dan menghasilkan wacana yang amat sesuai mengikut konteks, mengemukakan idea yang amat kreatif dan matang, menggunakan ayat yang gramatis serta pengolahan yang amat menarik dan berkesan.


6 BAHASA INGGERIS TAHUN 4, 5 DAN 6 BIL PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis : Pemahaman (Reading and Use of English) & Penulisan (Writing) 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian 1 (5 markah) : Short texts: Multiple choice (5 soalan) Bahagian 2 (4 markah) : Lexico-grammar: Multiple choice with no graphics Cloze text (4 soalan) Bahagian 3 (5 markah) : Linear/non-linear text comprehension: Multiple choice (5 soalan) Bahagian 4 (6 markah) : Matching multiple texts (6 soalan) Bahagian 5 (5 markah) : Word completion (5 soalan) Bahagian 6 (10 markah) : Guided writing – Short communicative message (1 soalan) Bahagian 7 (15 markah) : Notes expansion – Longer communicative message (1 soalan) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk Kemahiran Membaca : • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Pengetahuan sistem bahasa • Nilai 7 Aras Kesukaran Mengikut aras penguasaan CEFR : A1 – A2 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik


7 TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS TAHUN 4, 5 DAN 6 TAHAP PENGUASAAN PERNYATAAN 1 Hardly shows any ability to understand the main ideas, specific information and details of texts, or communicate meaning appropriately in writing. Requires a lot of support to respond to basic language tasks. 2 Can show limited ability to understand the main ideas, specific information and details of texts, and communicate meaning appropriately in writing. Responds to basic language tasks with support. 3 Can show satisfactory ability to understand the main ideas, specific information and details of simple texts, and communicate meaning using appropriate strategies in writing. Requires some support to respond to the given language tasks. 4 Can show good ability to understand the main ideas, specific information and details of simple texts, and communicate meaning using appropriate strategies in writing. Responds to the given language tasks reasonably well. 5 Can show very good ability to understand the main ideas, specific information and details of simple texts, and communicate meaning using appropriate strategies in writing. Responds to the given language tasks very well. 6 Can show excellent ability to understand the main ideas, specific information and details of simple texts, and communicate meaning using appropriate strategies in writing. Responds to any given language tasks successfully.


8 MATEMATIK TAHUN 4, 5 DAN 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A: 13 soalan (26 markah) Bahagian B: 2 soalan (24 markah) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 6 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran Analitikal


9 TAHAP PENGUASAAN MATEMATIK TAHUN 4, 5 DAN 6 TAHAP PENGUASAAN PERNYATAAN 1 Penguasaan murid adalah sangat terhad dalam bidang nombor dan operasi, sukatan dan geometri, perkaitan dan algebra, dan statistik dan kebarangkalian. Murid memerlukan bimbingan secara maksimum daripada guru. 2 Murid mengetahui dan memahami asas matematik secara minimum dalam bidang nombor dan operasi, sukatan dan geometri, perkaitan dan algebra, dan statistik dan kebarangkalian. Murid perlu mendapat bimbingan guru secara minimum. 3 Pencapaian murid adalah memuaskan. Murid mengetahui dan memahami asas matematik bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas, dan melakukan langkah pengiraan dalam menyelesaikan masalah harian yang mudah. 4 Pencapaian murid adalah baik. Murid menguasai dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian. 5 Pencapaian murid adalah pada tahap sangat baik. Murid menguasai dan boleh mengaplikasi kemahiran proses matematik dalam bidang nombor dan operasi, sukatan dan geometri, perkaitan dan algebra, statistik dan kebarangkalian untuk menyelesaikan masalah harian secara sistematik. 6 Pencapaian murid adalah cemerlang. Murid menguasai pengetahuan, pemahaman, dan mengaplikasi kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks dan menghubungkait ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain. Murid menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah situasi harian secara sistematik. Murid juga dapat mengamal, menghayati, membuat justifikasi dan generalisasi terhadap situasi masalah yang kompleks selaras dengan aspirasi murid.


10 SAINS TAHUN 4, 5 DAN 6 BIL PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) 3 Bilangan soalan Bahagian A: 10 soalan (10 markah) Bahagian B: 2 soalan (8 markah) Bahagian C: 4 soalan (32 markah) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 6 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta • Kemahiran Proses Sains 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal


11 TAHAP PENGUASAAN SAINS TAHUN 4, 5 DAN 6 TAHAP PENGUASAAN PERNYATAAN 1 Mengetahui pengetahuan sains dan kemahiran saintifik tentang perkara khusus (fakta, pengetahuan terminologi) serta pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak (konsep, prinsip, generalisasi dan pengetahuan tentang teori dalam sains pada tahap sangat terhad. 2 Mengetahui dan memahami pengetahuan sains dan kemahiran saintifik untuk menjelaskan pengetahuan sains melalui penterjemahan, pentafsiran dan pemahaman konsep, prinsip, hukum dan teori pada tahap asas. 3 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi pengetahuan sains dan kemahiran saintifik yang berkaitan serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah atau melaksanakan tugasan berkaitan isu sains pada tahap memuaskan. 4 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi pengetahuan sains dan kemahiran saintifik pada tahap baik serta berupaya untuk menganalisis pengetahuan sains dengan mencerakinkan sesuatu komunikasi kepada elemen, menyusun idea secara perbandingan, membuat perkaitan antara idea dan membuat huraian untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan tugasan berkaitan isu sains dengan baik. 5 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi pengetahuan sains dan kemahiran saintifik pada tahap sangat baik serta berupaya untuk menganalisis dan menilai dengan mewajarkan keputusan atau tindakan terhadap sesuatu isu berkaitan sains berdasarkan pengetahuan sains untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan atau melaksanakan tugasan dengan sangat baik. 6 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi pengetahuan sains dan kemahiran saintifik pada tahap cemerlang serta berupaya untuk menganalisis, menilai dan mencipta idea, cara atau produk baharu dengan menggunakan pengetahuan sains untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan atau melaksanakan tugasan dengan cemerlang.


12 SEJARAH TAHUN 4, 5 DAN 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) 3 Bilangan Soalan Bahagian A: 20 soalan (20 markah) Bahagian B: 4 soalan (20 markah) Bahagian C: 2 soalan (10 markah) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Menjana idea 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal


13 TAHAP PENGUASAAN SEJARAH TAHUN 4, 5 DAN 6 TAHAP PENGUASAAN PERNYATAAN 1 Pengetahuan dan pemahaman terhadap fakta sejarah sangat terhad. 2 Mengetahui dan memahami fakta asas sejarah. 3 Mengetahui dan memahami fakta sejarah pada tahap memuaskan. Mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman fakta sejarah dalam menjelaskan sesuatu isu sejarah silam, semasa dan akan datang pada tahap memuaskan. 4 Mengetahui dan memahami fakta sejarah pada tahap baik. Mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman fakta sejarah dalam menjelaskan sesuatu isu sejarah silam, semasa dan akan datang pada tahap baik. Menganalisis fakta sejarah serta isu sejarah silam, semasa dan akan datang pada tahap baik. 5 Mengetahui dan memahami fakta sejarah pada tahap sangat baik. Mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman fakta sejarah dalam menghuraikan sesuatu isu sejarah silam, semasa dan akan datang pada tahap sangat baik. Menganalisis, menilai dan menghasilkan idea terhadap fakta sejarah serta isu sejarah silam, semasa dan akan datang pada tahap sangat baik. 6 Mengetahui dan memahami fakta sejarah pada tahap cemerlang. Mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman fakta sejarah dalam menghuraikan sesuatu isu sejarah silam, semasa dan akan datang pada tahap cemerlang. Menganalisis, menilai dan menghasilkan idea terhadap fakta sejarah serta isu sejarah silam, semasa dan akan datang pada tahap cemerlang.


14 JADUAL KERJA UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023/2024 (UASA)


JADUAL KERJA UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023/2024 © Kementerian Pendidikan Malaysia BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN 1. Mesyuarat Pengoperasian dan Penjaminan Kualiti Ujian Akhir Sesi Akademik Tahap Dua Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Bersama-sama Bahagian KPM, JPN dan PPD Peringkat Kebangsaan 24 – 27 Julai 2023 LP, BPK, BPSH, BSKK, JPN/PPD (SPP/SPb) 2. Mesyuarat Pengoperasian dan Penjaminan Kualiti Ujian Akhir Sesi Akademik Tahap Dua Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Peringkat Negeri/ Daerah/ Sekolah Julai – Ogos 2023 JPN/PPD (SPP/SPb), PGB, GPKP dan SuP 3. Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) Bersama-sama Ketua Penyumbang Item (KPI) Bagi Mata Pelajaran Tahap Dua Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Peringkat Kebangsaan Jun hingga Ogos 2023 LP, Ketua Penyumbang Item Kebangsaan (KPIK) dan KPI 4. Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme APPI Bersama-sama KPI dan Penyumbang Item (PI) bagi Mata Pelajaran Tahap Dua Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Peringkat Negeri/Daerah Ogos hingga September 2023 KPI, PI, JPN (SPP/SPb) 5. Memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran ujian akhir sesi akademik dari APPI pada pautan: i. Tahap Dua Sekolah Rendah: https://appisr.moe.gov.my ii. Menengah Rendah: https://appimr.moe.gov.my 2 – 20 Januari 2024 (3 minggu) PGB, GPKP, SuP 6. Melaksanakan: i. verifikasi instrumen pentaksiran; ii. mencetak dan memperbanyak instrumen pentaksiran.


JADUAL KERJA UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023/2024 © Kementerian Pendidikan Malaysia Catatan: i. Jadual kerja PBD ini perlu dibaca bersama dengan Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir SesiAkademik. ii. Semua tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN 7. Menyediakan modifikasi Braille instrumen pentaksiran MBPK. 2 – 22 Januari 2024 GPKP, GPK 8. Mentadbir ujian akhir sesi akademik: i. Tahap Dua Sekolah Rendah ii. Menengah Rendah 2 – 27 Januari 2024 (4 Minggu) Sekolah 9. Melaksanakan: i. mesyuarat penyelarasan penskoran peringkat sekolah; ii. penskoran skrip jawapan murid (SJM); iii. moderasi penskoran SJM peringkat sekolah. PGB, GPKP, GKMP/KP/PMP, GMP, SuP 10. Perekodan dan pelaporan ujian akhir sesi akademik 2023/2024. Nota : akan diselaraskan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Bermula 8 Januari 2024 GMP, GK, GT, SuP Perhatian : Untuk kegunaan di SK Padang Mandol sahaja. Disatukan dalam Anyflip untuk memudahkan cikgu-cikgu akses sebagai rujukan dan info dalam mentadbir urus UASA. Terima kasih. SuP UASA SKPM


Click to View FlipBook Version