The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Roseliza Mohd Radzi, 2020-06-30 22:48:28

cara menjawab ulasan

cara menjawab ulasan

1. Tanda atau bulatkan kata kunci yang terdapat dalam bahan grafik / teks yang diberi.
(contoh pada gambar di atas).
Segala maklumat yang anda dapat pada bahan grafik/teks merupadan idea tersurat.

2. Seterusnya, catatkan idea tersurat tersebut dan cuba cari idea tersirat pula.

Contoh: IDEA TERSURAT IDEA TERSIRAT

1. buah kelapa dapat dijadikan air yang terdapat di dalam buah
minuman atau makanan pokok kelapa mempunyai pelbagai
khasiat yang baik untuk tubuh
2. daun kelapa dianyam untuk badan
dijadikan sebagai sarung ketupat
ketupat merupakan juadah yang
wajib disediakan apabila
menjelang sambutan hari raya

3. Untuk menulis ulasan, sebaik-baiknya tulis sebanyak tiga perenggan.
Perenggan 1 - pendahuluan
Perenggan 2 - idea tersurat dan idea tersirat
Perenggan 3 - penutupan

4. Perenggan 1 - Pendahuluan
Anda tidak perlu menulis terlalu panjang untuk pendahuluan. Cukuplah anda

ceritakan apa yang ingin anda huraikan pada perenggan 2.
Sekiranya anda kekurangan idea, salin sahaja soalan yang diberikan.
Contoh:

Pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna. (ini sahaja pun sudah cukup)

5. Perenggan 2 - Idea tersurat dan idea tersirat
Bagi perenggan ini, anda boleh mulakan dengan “Terdapat” diikuti dengan ayat

kedua arahan soalan.
contoh:

Terdapat beberapa . Antaranya, (mula menulis

idea tersurat dan tersirat yang terlah dikenalpasti sehingga habis. Tulislah maksimum

lima idea atau sekurang-kurangnya tiga idea.

6. Perenggan 3 - Penutupan
Bagi perenggan ini, anda buat sedikit ulasan tentang idea yang terlah dirungkai.

Penutupan yang cantik, diakhiri dengan pepatah melayu.
contoh:
Tuntasnya, setiap bahagian pokok kelapa mempunyai kegunaannya yang tersendiri.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

ULASAN

 

PERENGGAN 1
(Salin arahan soalan)

 
PERENGGAN 2
Terdapat beberapa ______________ yang dioerolehi. Antaranya, kita
mestilah……….
Seterusnya, kita dikehendaki ………………..
Selain itu, kita sepatutnya …………………….
Disamping itu, kita perlulah …………………..
Akhir sekali, kita sewajarnya ………………..
 
PERENGGAN 3
Tuntasnya, / Konklusinya, / Intihanya, / Kesimpulannya, kita
hendaklah …………….………………………. Bak kata pepatah, ….
#badan cergas, otak cerdas.
#bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
#membaca itu jambatan ilmu.
#kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
#kesihatan pertingkatkan , keselamatan diutamakan

 

BINA AYAT / ULASAN

KATA HUBUNG (yang biasa digunakan)

dan
serta
agar
kerana
apabila
sementara
sambil
supaya
manakala
tatkala

PERIBAHASA

1. Alah membeli menang memakai
Barang yang baik ataupun berkualiti memang mahal, tetapi dapat
bertahan lama.

2. Alang-alang berdakwat, biar hitam
Dalam melakukan sesuatu jangan kepalang tanggung.

3. Ayam tambatan
Seseorang yang menjadi harapan orang lain (anggota kumpulan atau
orang yang berkepentingan)

4. Bagai aur dengan tebing
Saling bantu-membantu antara yang satu dengan yang lain.

5. Bagai bulan jatuh ke riba
Mendapat untung atau rezeki besar.

6. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu bapanya.

7. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain, lebih susah lagi orang yang
mengalami penderitaan itu.

8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bersama-sama dalam suka dan duka, baik buruk sama-sama ditanggung.

9. Berpantang maut sebelum ajal
Tidak akan mati atau meninggal dunia sebelum ajalnya tiba.

10. Besar hati
Mencerminkan perasaan suka, gembira dan bangga terhadap sesuatu.

11. Bersatu teguh, bercerai roboh
Sekiranya kita bersatu dan berkerjasama maka kita dapat berjaya atau
menang. Tetapi sekiranya kita berselisih dan bergaduh antara satu sama lain,
maka kita akan kalah.

12. Biar putih tulang, jangan putih mata
Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

13. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Mengharungi kesenangan dan kesusahan bersama-sama.

14. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

15. Bulat hati
Bersungguh-sungguh, teguh hati nekad, sepenuh hati.

20. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Hidup miskin melarat tanpa pekerjaan tetap. Kerja pagi-pagi untuk makan
pagi. Kerja petang untuk makan petang.

21. Langkah seribu
Melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut

22. Malang tidak berbau
Suatu kecelakaan atau musibah yang datang mendadak secara tiba-tiba.

23. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mengajar atau mendidik anak-anak biarlah ketika usianya masih kecil
kerana apabila anak sudah besar susah untuk si anak menerima teguran.

24. Menara gading
Universiti

25. Muafakat membawa berkat
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan
sesuatu yang baik.

26. Otak cair
Bijak, cerdik, pandai

27. Pasang telinga
Mendengar dengan teliti.

28. Peliharalah yang lama, pelajarilah yang baharu
Pengalaman lama atau adat dijadikan teladan serta rujukan. Namun kita perlu
sentiasa mengembangkan pemikiran dan berusaha mempelajari ilmu baru
tanpa mengenepikan apa yang telah kita pelajari atau asal usul diri.

29. Seperti kacang lupakan kulit
Orang yang melupakan jasa orang yang pernah menolongnya setelah
menikmati kesenangan.

30. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

31. Umpama tikus jatuh ke beras
Seseorang yang merasa terlalu gembira.

32. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendiri atau keuntungan
atas kemewahan datang daripada berbagai-bagai punca.

33. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

SEKIAN, TERIMA KASIH
SELAMAT BELAJAR


Click to View FlipBook Version