BUKU LOG CUP2011 - Guru Kadet Remaja Sekolah I NURAMALIA IZZATI BINTI ZAFRIAKMA D20221103609
2.1 BIODATA DIRI 2.2.1 SEJARAH KRS 2.2.2 IKATAN & GADGET 2.2.3 PERTOLONGAN CEMAS 2.2.4 KAWAF 2.2.5 PETA & KOMPAS 2.2.6 ORIENTEERING 2.2.7 SENI PERKHEMAHAN
3.1.1 Lagu Rasmi KRS 3.1.2 Ikatan dan gadget 3.1.3 Pertolongan cemas 3.1.4 KAWAD 3.1.5 Kompas dan orieentering 3.1.6 Seni perkhemahan 2.2.8 IKHTIAR HIDUP & PENDIDIKAN LUAR 2.2.9 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 2.2.10 AKTIVITI AIR
2.1 BIODATA DIRI
Nama : Nuramalia Izzati Binti Zafriakma No. Matiks : D20221103609 Jurusan : ISMP Pengurusan Perniagaan ( Semester 3) Fakulti : Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Tarikh Lahir : 25 Ogos 2003 Tempat Lahir : Hospital Putrajaya Alamat Rumah : No 47, Lorong Kapar Setia 6, Taman Kapar Setia Pendidikan : - Sekolah Kebangsaan Meru -Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Kapar -Kolej Matrikulasi Kedah -Universiti Pendidikan Sultan Idris Jawatan : Rakan Exco PPEFPE BIODATA DIRI
2.2.1 SEJARAH KRS
Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. En. Muhammad Thani Bin Sha'aban Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
MAKLUMAT MENGENAI BENDERA KRS Warna Hijau melambangkan Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’ ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusanmerupakannatijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. BENDERA Krs ERA Krs
LOGO KADET rEMAJA sEKOLAH LOGO KADET rEMAJA sEKOLAH Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan C/O Remaja , sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja , hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati , dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah Lagu rasmi Krs u rasmi Krs
2.2.2 IKATAN DAN GADGET
Buka sila adalah simpulan yang kerap digunakan bagi meyambung dua utas tali yang sama besarnya. Simpulan ini tegap dan tidak boleh terlucut. Biasanya, simpulan ini digunakan untuk mengikat benda-benda kecil dengan menggunakan tali yang kecil dan ringan seperti bungkusan, mematikan simpulan dalam balutan bandage dan untuk mengikat khemah yang sudah dilipat atau bagi mengikat layar. Simpul ini digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpul tindih kasih sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Simpul ini akan diikat pada pinggang mangsa. Kemudian si malang akan ditarik ke tempat yang selamat. Simpul bunga geti digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar dan tali yang tidak sama besar. la juga digunakan untuk mengikat tali ke suatu tanjul. Simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Simpulan yang tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik dengan selamat. Simpul manuk digunakan juga semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat| silang gunting dan lilit kacang/ulat. BUKU SILA SIMPUL BUNGA GETI SIMPUL TINDIH KASIH SIMPUL MANOK
Lilit dua simpul digunakan bagi mengikat hujung tali kepada tiang, pokok, kayu, gelung atau tali yang lain supaya ia tidak terlucut. la digunakan juga untuk mengikat hujung tali khemah. Simpul himpit digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tall pancing, dan juga untuk menyambung dua tali yang licin. LILIT 2 SIMPUL SIMPUL HIMPIT Simpulan ini sangat sesuai untuk mengikat bungkusan dan bimbang ada orang lain akan membuka bungkusan tersebut SIMPULAN PENCURI SIMPUL BELIT LUCUT Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali
SHEEP SHANK Sheepshank digunakan untuk memendekkan tali tanpa perlu memotong tali tersebut Ia juga boleh digunakan untuk menegangkan tali (contoh tali khemah) tanpa perlu membuka ikatannya dibahagian hujung tali. Ia boleh disimpulkan di bahagian tengah tali retsebut Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya LILIT BALAK Ikatan ini mudah diketatkan atau dilonggarkan Mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain pada kayu/pancang Semakin kuat hujung tali itu ditarik semakin ketat simpulan tersebut SLIP (RUNNING) KNOT IKATAN SILANG GUNTING Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat.
2.2.3 PERTOLONGAN CEMAS
PERTOLONGAN CEMAS TOLONGAN CEMAS Apa itu pertolongan cemas ? Tujuan pertolongan cemas Prinsip pertolongan cemas Peraturan semasa pertolongan cemas Tindakan serta merta pertolongan cemas Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan. Longgarkan pakaian jika perlu Hentikan darah jika berdarah Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakitJangan gerakkan pesakit melainkan perlu. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan berhubung dengan doktor di klinik atau rumah sakit yang terdekat Menentukan keselamatan din dan mangsa dalam keadaan selamat. Kemudahan seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa Membuat diagnosa - mendapalkan sejarah kejadian, keadaan sekeling yang boleh dijadikan bukti . Memberi rawatan sementara Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. Memberikan rawatan renjatan dengan segera Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. Memberikan rawatan yang rapi dan sempura.
PERTOLONGAN CEMAS TOLONGAN CEMAS ANDUH DAN BALUTAN : Jenis anduh : Anduh Besar Anduh Kecil Anduh Pergelangan Tangan Anduh Menaik Jenis Balutan anduh : Anduh Lengan Anduh Kepala Anduh lutut atau siku Anduh Pergelangan Tangan Anduh tapak kaki 1.Anduh Lengan Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. Kemudian ikatan buku sila dikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. 1.Anduh Lutut Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di sebelah) di atas lutut yang tercedera. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) Tutup ikatan tersebut dengan buou atas kain anduh untuk lebih kemas 1.Anduh Kepala Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan dikat buku sila. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
PERTOLONGAN CEMAS TOLONGAN CEMAS ANDUH DAN BALUTAN : 1. Luka Tusukan Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain-lain. la biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-elonya bershkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut 2. Terkena Selumbar Cara merawat: Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk: Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan membasahkannya supaya sejuk 3. Melecur Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit 4. Gigitan Digigit lintah dan Pacat: Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit Rawatan: Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. Bershkan sekeling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine. Tutup dan balut dengan pembalut kering.
2.2.4 KAWAD
KAWAD BERJALAN KAWAD BERJALAN
KAWAD BERJALAN KAWAD BERJALAN
KAWAD BERJALAN KAWAD BERJALAN
KAWAD BERJALAN KAWAD BERJALAN
KAWAD BERJALAN KAWAD BERJALAN
KAWAD BERJALAN KAWAD BERJALAN
KAWAD- JADIKAN 2 BARISAN KAWAD- JADIKAN 2 BARISAN
KAWAD- MEMBERI HORMAT KAWAD- MEMBERI HORMAT
KAWAD- MEMBERI HORMAT KAWAD- MEMBERI HORMAT
KAWAD- MEMBERI HORMAT KAWAD- MEMBERI HORMAT
KAWAD TONGKAT D TONGKAT
KAWAD TONGKAT D TONGKAT
KAWAD TONGKAT D TONGKAT
2.2.5 PETA DAN KOMPAS
PETA & KOMPAS A & KOMPAS
PETA & KOMPAS
2.2.6 ORIENTEERING
ORIENTEERING TEERING Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh dibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (crosscountry), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressurehunt). la meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (10F) iaitu Foot-O, MB-0, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :- Orienteering Merentas Desa (CrossCountry Orienteering) Orienteering Bermarkah (Score Orienteering) Orienteering Jalanraya (Street Orienteering Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) Orienteering Malam (Night Orienteering) Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering) Norwegian Event
ORIENTEERING TEERING
2.2.7 SENI PERKHEMAHAN
PERKHEMAHAN HEMAHAN Apa itu perkhemahan ? PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN ÇARA- CARA MENDIRIKAN KHEMAH KEGUNAAN PERIBADI : KEGUNAAN KUMPULAN : Mendirikan khemah atau perlindungan untuk kediaman sementara bagi berteduh, berlindung dan bermalam di kawasan luar. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan dan tujuan perkhemahan itu diadakan. Tanah atau tapak rata Corak tapak perkhemahan Berhampiran punca air Tapak lebih tinggi daripada punca air Mudah untuk mendapatkan bantuan Mudah untuk mendapatkan bahan bakar Keselamatan kawasan perkhemahan Mendirikan dikawasan rata Periksa dan pastikan jauh daripada haiwan/serangga berbisa Rumput perlu dibersihkan Jangan dirikan khemah dipangkal pokok dan dahan yang rapuh Kenalpasti cuaca, arah cahaya dan tiupan angina Jarak antara tali khemah 30cm Pancang tegak 90 darjah dan tali khemah 45 darjah Gali parit disekeliling khemah Kotak pertolongan cemas Khemah Kapak, gergaji, parang dan peralatan kerja yang lai Kayu, kayu gajet/buluh Tali nylon/rafia Lampu gasoline, pelita, lilin, mancis Buku log dan alat tulis Pakaian seragam Baju hujan Sarung kaki Selipar getah Pakaian mandi Lampu picit Ubat Kasut Peralatan ibadat Topi Selimut Alat menjahit Bantal kecil tali Peralatan bersih dir
PERKHEMAHAN HEMAHAN MAKANAN RIMBA DAN SOLAR : MAKANAN RIMBA : MAKANAN SOLAR : MEMASAK TANPA PERALATAN: Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa menggunakan perkakas dapur Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh digunakan Dikenali juga debagai ‘backwoodsman’ atau masakan rimba. Kini kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan. KAEDAH MEMASAK Memasak menggunakan makanan sebagai bekas. Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren dipotong dan isinya dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai penutup Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut. MASAKAN SOLAR Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia Banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang murah, menggurangkan penggunaan bahan api dari kayu ,tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan CARA MENYEDIAKAN DAPUR SOLAR BAHAN UNTUK MEMBUAT DAPUR / MATERIALS FOR KIT : - 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium / 1 can aerosol paint ( for alimunium) - panci atau periuk nipis / thin pot for cooking gam/ glue - pelekat kertas /paper binding tape - foil aliminium / aliminum foil - kotak besar / big size empty boxes
PERKHEMAHAN HEMAHAN PENGENALAN JENIS-JENIS KRAF Merupakan kemahiran asas PERKHEMAHAN yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan Fire craft Ropes craft Woodcraft Tool craft Khemah Shelter (tempat berteduh) KRAF PERKHEMAHAN:
FIRE CRAFT : PERKHEMAHAN HEMAHAN KRAF PERKHEMAHAN: Hunter's Fire Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu ini juga berfungsisebagai tungku untuk memasak kerana ia disusun rapat. Reflector Fire Fungsi utama api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke satu arah Contoh:memanaskan badan Boleh digunakan untuk memanggang Star Fire Boleh menggunakan kayu yang pelbagai saiz dan panjang Teepee Fire paling sesuai dan mudah digunakan Tetapi sukar untuk didirikan kerana perlu susun dan seimbangkan kayu Log Cabin Fire Senang dan mudah didirikan kerana ia sangat stabil apabila terbakar, api hanya membakar bahagian dalam Council Fire Dikenali sebagai, Api piramid. Sangat stabil, mudah membakar dan senang dinyalakan
JENIS-JENIS IKATAN : Loop knots PERKHEMAHAN HEMAHAN ROPES CRAFT Stopper knots Joiner knots End Securing knots Lashing
2.2.8 IKHTIAR HIDUP DAN PENDIDIKAN LUAR
IKHTIAR HIDUP AR HIDUP Pengenalan Ikhtiar Hidup Ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam pendidikan luar. Aktiviti ini diadakan bagi menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta. Hal ini merujuk kepada takrifan ikhtiar hidup itu sendiri dimana ianya membawa maksud usaha untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting. Selain itu, ikhtiar hidup juga merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang. Situasi Ikhtiar Hidup • Kehabisan bekalan makanan dan minuman • Ancaman binatang buas • Masalah perlindungan Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui: • Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti • Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup • Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan • Teknik – kemahiran ikhtiar hidup • Material – peralatan, pakaian dan bekalan
PENDIDIKAN LUAR DIDIKAN LUAR Pengenalan Pendidikan Luar Pendidikan luar adalah berdasarkan falsafah ikhtiar hidup dari tamadun lampau Mesir, India, China, Rom dan Greek. Pendidikan luar dilihat dapat menyemai perasaan muhibbah dan integrasi nasional dikalangan generasi muda masa kini. Disamping itu, pendidikan luar juga dapat menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan. Pelajar mungkin tidak dapat memperolehi pengalaman yang menyeluruh dengan hanya mengikuti P&P di bilik darjah sahaja. Pendidikan luar yang terancang memberi pengalaman yang sebenar yang mengutamakan konsep: • Peningkatan pengetahuan • Kemahiran • Disiplin • Keyakinan diri • Nilai-nilai murni Penggunaan persekitaran sebagai ‘makmal hidup’ yang menyediakan aktiviti terancang melalui kaedah: • Pemerhatian • Penyiasatan • Penyelidikan • Kerjasama • Kesepaduan • Motivasi • Kreativiti
2.2.9 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
pendidikan alam sekitar didikan alam sekitar Pendidikan Alam Sekitar bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan dan juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia. Pendidikan Mengenai Alam Sekitar Pendidikan Untuk Alam Sekitar Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar. Pendidikan Melalui Atau Dalam Alam Sekitar Pendidikan ini bertujuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal.
pendidikan alam sekitar didikan alam sekitar Komponen Alam Sekitar 1) Alam Semula Jadi Kitar Karbon Kitar Nitrogen Kitar Hidrologi 2) Alam Sekitar Buatan 3) Alam Sekitar Sosio Budaya Isu Alam Sekitar Pertambahan penduduk Pelupusan spesis Flora & Fauna Penebangan Hutan Penghapusan Paya Hakisan Tanah Pencemaran Udara, Air, Bunyi dan Darat Punca Isu Alam Sekitar Pertambahan penduduk Penggunaan Teknologi Bencana Alam Politik dan Peperangan Budaya dan etika Penguatkuasaan Undangundang Cara Menangani Isu Akta undang-undang dan penguatkuasaan Penglibatan Komuniti Penglibatan Individu