151 SMK Chendering 2024/2025 BIL SPI SUBJEK 74 SPIBil.6/2016 Cuti Pada Hari-Hari Peperiksaan Awam / Pentaksiran Pusat 75 SPIBil.9/2016 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Scara BerperingkatPeringkat Mulai 2018 76 SPIBil6/2019 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah ( Menengah Atas ) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020. 77 SPIBil2/2020 Pelaksanaan Ujian Amali Sains Bagi mata Pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan sains Tambahan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Mulai Tahun 2021. 78 SPIBil.4/2020 Penguatkusaan Warna Kasut dan Stoking Untuk Pemakaian Ke Sekolah Oleh Murid Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai 2021. 79 SPIBil4/2021 Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM Kami, Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut: PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membendung rasuah. KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan KEEMPAT Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah. KELIMA Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba menggugat integriti dan imej pegawai awam. KELIMA Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. NILAI-NILAI PROFESIONALISME WARGA PENDIDIKAN NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA NILAI TERAS AMANAH BENAR RAJIN BERILMU BIJAKSANA BERSYUKUR AMANAH BERAKHLAK MULIA DEDIKASI IKHLAS BERFIKIR IKRAM PENYAYANG
152 SMK Chendering 2024/2025 PRINSIP ETIKA KERJA KPM ✓ Niat yang betul ✓ Perlakuan yang baik ✓ Penggerak ke arah kebaikan ✓ Memperkotakan apa yang dikatakan ✓ Disiplin dan beradab ✓ Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil organisasi ➢ Menghargai Masa ➢ Pengaruh Teladan ➢ Ketekunan Membawa Kejayaan ➢ Kewajipan Menjalankan Tugas ➢ Keseronokan Bekerja ➢ Kebijaksanaan Berhemat ➢ Kemuliaan Kesederhanaan ➢ Keutamaan Kesabaran ➢ Ketinggian Peribadi ➢ Peningkatan Bakat ➢ Kekuatan Sifat Baik Hati ➢ Nikmat Mencipta TONGGOK 12 PROSEDUR STANDARD OPERASI SEKOLAH (SOP) 1. ARAHANAM 1. Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dan staf sokongan dikehendakimembaca,memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut. 2. Guru juga hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesiondan bukan satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 3. Guru dan staf sokongan juga hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 4. Guru dan staf sokongan juga hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. 5. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 6. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 7. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 8. Kawasan sekolah adalah KAWASANLARANGAN MEROKOK. 9. Sebarang jualan langsung adalah dilarang di sekolah. 10. Pembaikian/ penyelenggaraanfizikal sekolah mesti dalam makluman Pengetua
153 SMK Chendering 2024/2025 2. KEDATANGAN 1. Jadual waktu belajarmesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2. Guru hendaklah berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula. 3. Menanda kedatangan semasa hadir dan balik/pulang. 4. Kegagalan menanda kedatangan dianggap guru-guru dan staf sokongan tidak bertugas pada hari tersebut 5. Semua urusan peribadi guru dan staf sokongan hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 3. TIDAKHADIR KE SEKOLAH 1. Guru-guru yang tidak hadir sekolah hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan seberapa segera dan catatkan pada buku rekod. 2. Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran hendaklah menentukan semua pelajar (kecuali yang sakit dan yang mendapat kebenaran khas) berada dalam kelas pada waktu belajar. Murid-murid yang ponteng kelas hendaklah dicatat pada Buku Kawalan Kelas dan dilaporkan kepadaGuru Disiplin atau Penolong Kanan (HEM). 3. Apabila murid-murid mengikuti mata pelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Seni Visual, PJK dan masa perpustakaan, guru berkenaan hendaklah memastikan bahawa murid-murid tersebut hadir di tempat yang sepatutnyamereka berada. 4. GURU GANTI 1. Guru ganti harian hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan. 2. Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah boleh dianggap sebagai ingkar perintah. 5. TANDANAMA / KAD ID 1. Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan/ majlis rasmi di sekolah/luar sekolah dan kad ID kecuali luar sekolah. 6.KELUAR WAKTUMENGAJAR 1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada KPM, JPNT atau PPD dengan syarat mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu. 2. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan/ Guru Ganti 3. Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod Keluar serta ditandatangani oleh Pengetua atau PenolongKanan. 4. Guru yang meninggalkan sekolah untuk urusan peribadi melebihi 3 jam dianggap tidak bertugas pada hari berkenaan atau cuti. 7. BILIK GURU 1. Kebersihan, kekemasan, keceriaan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab guru 2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap 'non teaching period' dan bukannya 'free period'. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara perkara yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (Pekeliling Ikhtisas bil.3/1981). 3. Guru tidak digalak membenarkanmurid berada di bilik guru tanpa urusan.
154 SMK Chendering 2024/2025 8. PERJAWATANDANPENGAJARAN 1. Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua. 2. Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru Ketua Panitia,Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan. 9. TUGAS PROFESIONAL& TUGASKHAS LAIN 1. Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan Pentadbiran. Mereka mestilah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan iltizam, dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan guru hendaklah akur akan arahan. 3. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarah guru lain melaksanakannya tanpa arahan Pengetua, jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan bersama maka ia mesti dimaklumkan kepada Pengetua. 10. e-REKODPERSEDIAANMENGAJAR 1. Setiap guru akan diberikan e-Rekod Persediaan Mengajar (eRPM) dan bertanggungjawab terhadap keselamatan eRPM tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. eRPM akan disemak oleh pihak pengurusan setiap hari khamis secara online / manual. 2. Jika seseorang guru bercuti, eRPM hendaklah diambil alih oleh guru ganti. 3. eRPM hendaklah dibuat salinan dalam CD dan diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. 4. eRPM hendaklah diuruskan dengan baik dan dijadikan sebagai SKT guru. 5. Kegiatan tambahan hendaklah dicatatkandi dalam eRPM dengan tulisan berwarna merah. 6. Aktiviti luar/ sumbangan luar perlu ditulis untuk mendapatkan 1% hingga 5% markah prestasi. 7. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran mesti dicatat refleksi/ penilaian dalam bentuk peratus / boleh diukur. 11. SURATMENYURAT 11.1 Semua surat menyurat rasmi kepada KPM,BPSBPSK, JPNT, atau PPD atau Jabatan lain yang melibatkan diri guru dengan sekolah hendaklah dibuat melalui sekolah. 12. PELAWAT 12.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua/ Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya. 12.2 Sebelum melayan seorang tetamu, guru hendaklah memastikan pelawat tersebut mendapat kebenaran daripada Pengetua atau wakilnya terlebih dahulu. 12.4 Ibu bapa/penjaga atau guru yang ingin membawa keluar anak/murid dari kawasan sekolah mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua atau Penolong Kanan HEM terlebih dahulu.
155 SMK Chendering 2024/2025 13. MEMBELI BARANGANATAUALATAN 13.1 Guru yang hendak membeli barangan atau alatan mesti memohon kelulusan Pengetua dengan menggunakan borangNota Minta yang boleh didapati di pejabat sekolah. 13.2 Borang Nota Minta mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Bidang atau Penolong Kanan sebelumdiluluskan oleh Pengetua. 13.3 Setelah mendapat kelulusan daripada Pengetua, guru hendaklah mendapatkan Borang Pesanan Tempatan (LO) daripada Pembantu Tadbir Kewangan untuk membeli barangan atau alatan. 13.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang dan direkodkan dengan kemas ke dalam buku stok dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan barang. 14. PERHIMPUNANDANACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH 14.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan mingguan, harian serta acara rasmi sebagaimana yang telah ditetapkan. 14.2 Guru hendaklah memakai blazer atau kot, bertali leher (lelaki) dan memakai tanda nama serta berpakaian mengikut etika. 14.3 Guru Bertugas memastikanperhimpunan dilaksanakan dengan lancar. 14.4 Pelajar dikehendaki membawa pen dan buku catatan, berpakaian kemas dan lengkap. 14.5 Laporan perhimpunan hendaklah ditulis oleh guru bertugas dalam Buku Laporan Bertugas. 15. MESYUARATGURU 15.1 Semua guru dimestikan menghadiri mesyuarat guru dan mesyuarat-mesyuarat serta taklimat-taklimat yang ditetapkan oleh sekolah dari semasa ke semasa. 16. PIBG 16.1 Semua guru dan staf secara automatikmenjadi ahli PIBGsekolah. 16.2 Jumlah sumbangan PIBGtertakluk kepada perlembagaan PIBG. 16.3 Aktiviti PIBG tertakluk kepada perlembagaan PIBG. 17. KUNCIBILIK KHAS 17.1 Semua salinan kunci hendaklah disimpan di pejabat. 17.2 Sekiranya guru hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan kecurian bilik tersebut. 18. PEPERIKSAANDANPENILAIAN SEKOLAH 18.1 Guru hendaklah mengatasi kelemahan murid dalam pelajarannya dan sebarang usaha hendaklah diikhtiarkan bagi mengatasi kelemahan tersebut. Kelas tambahan hendaklah diadakan apabila perlu. 18.2 Penyediaan soalan dan pemeriksaan kertas jawapan akan ditentukan oleh panitia mata pelajaran. 18.3 Semua keputusan peperiksaan hendaklah dlcatatkan di dalam e-Rekod Mengajar. 18.4 Format soalan peperiksaan mestilah berdasarkan format peperiksaan awam.
156 SMK Chendering 2024/2025 19. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN (30 MINIT) 19.1 SLOT MASA PdPc 2022/2023 (30 MINIT ) MENENGAH ATAS MENENGAH RENDAH MASA WAKTU 1 (PERHIMPUNAN/MINDA SAKINAH/AL-QURAN) 7.30-8.00 2 8.00 -8.30 3 8.30-9.00 4 9.00-9.30 5 9.30-10.00 6 10.00-10.30 7 10.30-11.00 (REHAT) 8 11.00-11.30 9 11.30-12.00 10 12.00-12.30 11 12.30-1.00 12 1.00-1.30 13 1.30-2.00 (SOLAT) 14 2.00 – 2.30 MASA WAKTU 1 PERHIMPUNAN/MINDA SAKINAH/AL-QURAN) 7.30-8.00 2 8.00-8.30 3 8.30-9.00 4 9.00-9.30 5 9.30-10.00 6 10.00-10.30 (REHAT) 7 10.30-11.00 8 11.00-11.30 9 11.30-12.00 10 12.00-12.30 11 12.30-1.00 12 1.00-1.30 13 1.30-2.00 (SOLAT) 14 2.00-2.30 20. SUKATANPENGAJARANDANRANCANGANTAHUNAN. 20.1 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan hendaklah dipatuhi. 20.2 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan hendaklah disediakan di dalam e-Rekod Persediaan Mengajar
157 SMK Chendering 2024/2025 21. TATATERTIB 21.1 Guru adalah role model bagi murid. 21.2 Semua guru bertanggungjawab terhadap disiplin murid semasa di dalamdan di luar bilik darjah ( Pekeliling Ikhtisas bil 10/2001) 21.3 Setiap guru adalah guru disiplin dan guru bimbingan. 21.4 Guru perlu membaca dan memahami peraturan sekolah. 21.5 Guru perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada murid yang melanggar peraturan sekolah. 22. LANGKAH-LANGKAHKESELAMATAN 22.1 Guru mata pelajaran Sains, RBT, PSV, ASK dan PJPK hendaklah rmempamerkan langkahlangkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semuamurid dan guru. 22.2 Guru hendaklah mengawasimurid apabila: i) Mengambil peralatan senaman. ii) Bersukan dan bermain di padang. iii) Menjalankan kerja-kerja amali. iv) Kerja-kerja lain yang memerlukan pengawasan rapi. 22.3 Langkah keselamatan dan mengelakkan kemalangan perlu diberi keutamaan. 22.4 Jika berlaku kemalangan, laporkan kepada Guru Bertugas Harian, Penolong Kanan HEM dan Pengetua dan memaklumkan segera kepada ibu bapa atau penjaga serta uruskan penghantaran ke klinik atau hospital. 23. LANGKAHBERJIMATCERMAT 23.1 Langkah berjimat cermat perlulah menjadi amalanwarga sekolah. 24. TUGAS-TUGASDALAM KELAS 24.1 Guru perlu tepati masamula dan akhir pengajaran bagi sesebuah kelas. 24.2 Pastikan pengajaran dan pembelajaran(PdP) berjalan lancar. 24.3 Masa ganti (relief period) - bukan waktu bebas tetapi waktu pembelajaran dan guru hendaklah menyampaikan pelajaran yang memberikanmanfaat kepadamurid-murid. 24.4 Pemeriksaan buku latihan tidak dilakukan di dalam kelas kecuali bagi tujuan pertolongan kepada murid- murid. 24.5 Guru dilarang membuat urusan yang tidak ada hubungan dengan kerja sekolah pada masa persekolahan. 24.6 Ibu bapa /Penjaga tidak dibenarkan masuk ke kelas semasa PdP, kecuali ada perjumpaan khas. 24.7 Guru yang mengajar pada masa akhir perlu bersama-samamurid ketika bacaan doa. 24.8 Tiada gangguan penggunaan telefon bimbit / gajet atas kepentingan peribadi. 25. MALAPETAKA/ BENCANAALAM 26.1 Sekiranya hari persekolahan tidak dapat dilaksanakan kerana malapetaka/bencana alam seperti banjir, gempa bumi, darurat dan Iain-Iain, guru-guru hendaklah datang seperti biasa. Hari sebegini tidak boleh dianggap sebagai hari cuti sekolah kecuali pernyataan rasmi dikeluarkan. 26.2 Guru atau staf yang terkandas akibat bencana alam hendaklah melapor diri di sekolah yang paling hampir dengan tempat bertugas atau Pejabat PendidikanDaerah.
158 SMK Chendering 2024/2025 26. GURU BERTUGASHARIAN 25.1 Tanggungjawabguru bertugas harian antara lain:- i) Membuat rondaan ke bangunan dan kawasan sekolah. Memberikan laporan tentang pemerhatian dan kebersihan sekolah serta cadangan untuk menambah baik keadaan persekitaran sekolah. ii) Mencatat laporan dan butiran yang dikehendaki di dalam Buku Laporan Bertugas dan dimaklumkan semasa perhimpunan mingguan. iii) Bertanggungjawabmengatur dan menjaga tatatertibmurid semasa perhimpunan dan rehat. iv) Waktu bertugas rasmi adalah semasa sesi persekolahan dan kelas persediaan petang. v) Pastikan bahawa peraturan dan undang undang sekolah dipatuhi oleh semua murid. vi) Membuat pemantauan kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas. vii) Menyambut kehadiran pelajar dan guru di pintu pagar serta mengawasi kehadiran pelajar. 27. GURU KELAS 1. Catatan kehadiran murid adalah setiap pagi 2. Jika TH, pastikan guru tingkatan tersebut memaklumkan kepada penyelaras tingkatan mengambil alih tugas tersebut. 3. Catatan kehadiran perlu dibuat setiap pagi di tapak perhimpunan 4. Menjadi kewajipan data APDM diisi setiap hari secara on-line. 28. HAL-HAL LAIN 28.1 Prosedur Standard Operasi Sekolah (SOP) di atas tidak seharusnya dianggap lengkap tetapi hendaklah dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan tugasan guru setiap hari. 28.2 Arahan-arahan lain akan diberikan dari semasa ke semasa dalam mesyuarat guru dan arahan-arahan ini hendaklah dipatuhi. 28.3 Guru digalakkan mengadakan kelas tambahan di luar jadual waktu sebagai usaha membimbingmurid mencapai kecemerlangan akademik. 28.4 Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli Kelab Keluarga Guru dan Staf (KKGS). Jumlah yuran tertakluk kepada keputusan mesyuarat. Semua ahli diwajibkan menyertai kegiatan yang dianjurkan. 28.5 Guru-guru mestilah menghadirkan diri dalam semua majlis/acara yang dianjurkan oleh sekolah. 28.6Sebarang kerumitan dan permasalahan dalam menjalankan tugas patut dibawa ke pengetahuan pihak pengurusan. 28.7 Semasa cuti, guru hendaklahmemberi kerja cuti terancang kepada murid. 28.8 Tugas-tugas guru dalam cuti penggal sekolah (Pekeliling Ikhtisas Bit. 5/1997) Perintah Am : Bab 15 "Seseorang pegawai adalah dikehendakimenjalankan segala tugas jawatannya dan Iain-Iain tugas yang sesuai yang dia mungkin diarahkan untuk menjalankan dari semasa ke semasa" 28.9 Guru disarankan agar bersikap kreatif, inovatif dan progresif serta sentiasa bekerja secara sepasukan (team work) bagi mencapai visi dan misi sekolah. 28.10Urusan fotostat, rIso adalah berkait dengan edaran soalan/latihan sahaja dan mestilah direkodkan dalam Buku Kawalan Penggunaan Kertas. Jimatkan penggunaan kertas dan dakwat. 28.11Penempatan guru di Bilik Guru 1 adalah guru-guru yang mengajar Tg.3,4 dan 5, manakala Bilik Guru 2 bagi guru-guru yang mengajar Tg.1 dan Tg.2.
159 SMK Chendering 2024/2025 PANDUANTUGASDANTANGGUNGJAWABGURUBERTUGASMINGGUAN 1. Guru bertugas hendaklah datang ke sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan balik/pulang 15 minit selepas waktu kelas persediaan petang. Bersama di pintu pagar untuk sambut kehadiran murid. 2. KetuaGuru BertugasMingguan hendaklah menentukan agihan tugas untuk ahli kumpulannya. 3. Membantu pihak pengurusan membuat pengawasanmenyeluruh terhadap murid-murid. 4. Memastikanmurid menepatiwaktu datang sekolah dan balik dari sekolah,waktu rehat dan masa pertukaran guru dan mengambiltindakan segera jika perlu. 4.Memeriksa kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 5. Menentukan keselamatanmurid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 6. Mengumumserta menyebarkanmaklumatdan arahan-arahan kepada guru dan murid (jika perlu). 7. Mengurus penghantaran/rawatanmurid ke hospital jika berlaku kecemasan di sekolah. 8. Menyediakan laporan lengkap dalam Buku LaporanGuru Bertugas setiap hari. 9. Mengatur dan mengendalikan perhimpunan rasmi sekolah bersama dengan Badan Pengawas. WaktuPerhimpunan adalahwaktu persekolahan.Oleh itu, waktu tersebut hendaklah dikendalikan dengan mengikut protokolmajlis rasmi 9.1 Perhimpunan Pagi/ Harian: 7.30 – 8.00 pagi 9.2 Adalah digalakkanmurid menunjukkan ketokohanberbahasa / berucap, berdwibahasa dan bakat kepimpinan dalammengendalikanmajlis perhimpunan CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21 1. Merealisasikan hasrat KPM ‘Melangkah ke Hadapan’ (Moving Forward) 2. Menguasai subjek (kandungan kurikulum) 3. Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi(Pengajaran dan Pembelajaran) 4. Memahami perkembanganmurid-murid dan menyayangimereka 5. Memahami psikologi pembelajaran (psikologi kognitif) 6. Memiliki kemahiran kaunseling 7. Menggunakan teknologiterkini 8. Mengamalkan PLC (Profesional Learning Community) • memastikan pembelajaranmurid • budaya kolaboratif • fokus kepada pencapaian • budaya komunikasi • budaya kreatif dan kritis 1. Merealisasikan transformasi berikut: • Transformasi diri • Transformasi murid • Transformasi bilik darjah • Transformasi sekolah
160 SMK Chendering 2024/2025
161 SMK Chendering 2024/2025 BIL TARIKH NAMA GURU TUGAS DIGUGURKAN TUGAS DITAMBAH
162 SMK Chendering 2024/2025 MESYUARAT : ___________________________________________ TARIKH : _________________ PENGERUSI : ___________________________________________ TEMPAT : __________________ BIL PERKARA
163 SMK Chendering 2024/2025
164