The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zafniey, 2022-04-04 23:07:44

3. DASAR DASAR SEKOLAH & PERATURAN AM

3. DASAR DASAR SEKOLAH & PERATURAN AM

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

Dasar - Dasar

SEKOLAH &
PERATURAN AM

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 1

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

DASAR –DASAR SEKOLAH & PERATURAN-PERATURAN AM
GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

BIL SPI SUBJEK

1 SPI BIL.6/1970 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang ( Free Period ) Oleh Guru-
Guru

2 SPI Bil.2/1980 Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah

Peraturan Mengenai Masuk Ke Kawasan Sekolah Untuk Membuat Tinjauan /

3 SPI Bil.1/1984 Pemerhatian / Siasatan / Temuduga Dengan Guru-Guru Dan Murid-Murid Di
Sekolah Serta Mendapat Maklumat-maklumat Sekolah Oleh Organisasi

Individu Luar

4 SPI Bil.4/1984 Perhimpunan Sekolah

5 SPI Bil.4/1985 Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat

6 SPI Bil.3/1985 Siaran Maklumat Untuk Media Massa

7 SPI Bil.12/1988 Larangan Menjalankan Jualan terus Di Sekolah-Sekolah

8 SPI Bil.10/1989 Atucara Majlis Rasmi Sekolah

9 SPI Bil. 6/1994 Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman
Ringkas Dalam Bilik Darjah

10 SPI Bil.3/1995 Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar
Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan

11 SPI Bil.7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar
Sekolah

12 SPI Bil.7/1997 Program Dan Aktiviti Yang Melibatkan dasar Dan Atau Pungutan Wang

13 SPI Bil.16/1998 Menangani Kegiatan Gangster Di Sekolah

14 SPI Bil.20/1998 Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam

15 SPI Bil.3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran & Pembelajaran

16 SPI Bil. 7/2001 Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

17 SPI Bil.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin

18 SPI Bil.11/2005 Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah

19 SPI Bil.1/1990 Kelas Ganti Pada Hari Sabtu

20 SPI Bil.4/2015 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

21 SPI Bil. 5/2016 Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran PJPK, Serta Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan Dalam Dan Luar Kawasan Sekolah

22 SPI Bil.9/2016 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM ) Secara
Berperingkat-peringkat Mulai 2017

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 2

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

Dasar yang dikeluarkan ini mestilah dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas.Peraturan yang
dirancangkan adalah berdasarkan Pekeliling Am sebagai sumber punca kuasa.

1. BUKU REKOD( SPI – Bil 3/1999 )

a. Buku Rekod Mengajar merupakan buku rekod rasmi.
b. Buku Rekod Mengajar adalah hak milik sekolah dan hendaklah diserahkan ke pejabat pada

akhir tahun persekolahan atau berhenti bertugas di sekolah ini.
c. Guru hendaklah membaca Surat Pekeliling Ikhtisas mengenai pengurusan Buku Rekod

Mengajar (SPI Bil 2/1999) dan mematuhinya.
d. Guru hendaklah melengkapkan butiran peribadi dan mengemaskini sukatan pelajaran,

rancangan pelajaran, jadual waktu, senarai nama pelajar, markah ujian dan lain-lain.
e. Semua rancangan pengajaran dan pembelajaran mestilah diselaraskan melalui perbincangan

dalam mesyuarat panitia mata pelajaran berkenaan.
f. Guru mestilah membuat persediaan mengajar dengan lengkap supaya pelajaran dapat

disampaikan dengan berkesan. Elakkan daripada menulis rancangan kerja harian yang terlalu
ringkas dan sukar difahami.
g. Perkara-perkara dalam rancangan kerja harian yang tidak dapat disempurnakan pada hari
berkenaan hendaklah dicatat dalam ruangan refleksi.
h. Buku Rekod Mengajar hendaklah dijaga dengan baik dan bersih. Semua dokumen yang
berkaitan hendaklah dikepilkan dengan kemas atau disimpan berasingan.
i. Buku Rekod Mengajar dari sudut Akta Pendidikan 1996:-
i. Seksyen 18(1) Kurikulum kebangsaan hendaklah digunakan di semua sekolah
ii. Seksyen 19: Sekolah hendaklah menyediakan murid untuk peperiksaan yangditetapkan

P.U.(A)531,
iii. Peraturan 7 : Guru perlu mengadakan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai

nama murid dalam sesebuah kelas yang diajar untuk pemeriksaan.
iv. Peraturan 8: Guru hendaklah menyimpan dan menguruskan buku rekod mengajar.
v. Peraturan 11 (1): Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan

dan jadual waktu yang diluluskan.
j. Perkara-perkara berikut hendaklah dicatat /disimpan atau dilekatkan di dalam buku rekod

i. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran sepenuhnya serta rancangan pelajaran
yang diselaraskan dan disahkan oleh ketua Panitia Mata Pelajaran

ii. Jadual waktu peribadi dan kelas (bagi guru tingkatan) serta analisisnya. Jika berlaku
perubahan, jadual waktu yang kemas kini hendaklah dicatat.

iii. Markah ujian bulanan /peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.
iv. Kalendar persekolahan.
v. Perkara-perkara lain yang berkaitan.
k. Buku rekod hendaklah sentiasa dibawa oleh guru semasa mengajar di dalam kelas.
l. Buku rekod mengajar hendaklah dihantar pada setiap hari Khamis.
m. Penalti pengurusan buku rekod mengajar
i. Penalti untuk Peraturan 7 & 8 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan) 1977 ialah sebanyak RM500.00 (Lima Ratus Sahaja)
ii. Penalti untuk Peraturan 11 (1) dalamPeraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan) 1977 ialah sebanyak RM5,000.00(Lima Ribu Ringgit) atautiga bulan penjara
atau kedua-duanya sekali.
n. Buku rekod mesti dihantar ke Pejabat sebelum sidang berakhir pada hari Khamis. Rancangan
Mingguan minggu berikutnya mestilah dilengkapkan.

2. BUKU JADUAL KEDATANGAN (Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)

a. Catatan dalam register hendaklah dibuat dengan berhati-hati dengan menggunakan pen
berdakwat HITAM sahaja. Lengkapkan semua butir-butir peribadi pelajar berdasarkan
dokumen sah daripada pelajar dan bukannya ditiru daripada register tahun-tahun
sebelumnya.

b. Hanya guru yang bertanggungjawab sahaja menanda register dan mengisi butiran-butiran
yang perlu. Cecair pemadam tidak digunakan. Kesalahan harus dipotong dan ditandatangani.

c. Rujuk kepada panduan mengisi Jadual Kedatangan pelajar supaya pengisian di dalam register
betul dan selaras,

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 3

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

d. Pada hari Perhimpunan Rasmi Sekolah, Guru-guru Tingkatan dikehendaki menanda
kehadiran pelajar selepas perhimpunan sebelum Pengajaran dan Pembelajaran bermula.

e. Pada hari persekolahan biasa, kedatangan pelajar hendaklah dicatat selewat-lewatnya pukul
9.00 pagi. Jadual kedatangan mestilah disimpan di Pejabat dan tidak dibenarkan membawa
pulang.

f. Guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memaklumkan kepada Ketua Kelas supaya
menyerahkan data kedatangan pelajar kepada Penolong Kanan HEM atau Guru Penyelaras
Tingkatan.

g. Buku Jadual Kedatangan mestilah ditutup pada hari terakhir persekolahan bulan berkenaan.
h. Guru kelas hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga sekiranya pelajar tidak hadir ke sekolah

berdasarkan Peraturan Ketidakhadiran Murid yang telah ditetapkan.
i. Guru kelas hendaklah merujuk kepada ibu bapa/penjaga untuk mendapatkan maklumat

murid yang tidak hadir.
j. Buku ini hendaklah diselia oleh Penyelaras Tingkatan/PK HEM secara mingguan.

3. TUGAS DI BILIK DARJAH

a. Pengajaran di bilik darjah haruslah bermakna, menarik dan sesuai dengan pelajar-pelajar di
kelas tersebut. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) hendaklah disesuaikan dengan PdP
PA21.

b. Apabila seorang guru mendapat tugas relief, guru mestilah masuk ke kelas berkenaan. Guru-
guru relief sepatutnya mengajar mata pelajaran sendiri atau sesuatu yang mendatangkan
faedah kepada pelajar-pelajar seperti menggunakan Modul Relief.Waktu relief hendaklah
direkodkan dalam buku rekod mengajar.

c. Tugasan bertulis, latihan dan amali mestilah dibuat dalam latihan / rampaian termasuk
penilaian, kecuali peperiksaan penggal atau percubaan.

d. Latihan, termasuk pembetulan, mestilah diperiksa dan ditandatangani oleh guru mata
pelajaran. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menandatangani/memeriksa latihan sendiri.

e. Guru tidak boleh memeriksa buku latihan, buku nota, kertas jawapan peperiksaan/ujian di
dalam kelas kecuali untuk memberi panduan dan bimbingan kepada pelajar. Kertas jawapan
peperiksaan awam tidak dibenar diperiksa dalam waktu persekolahan.

g. Sila dapatkan kebenaran Pengetua terlebih dahulu sekiranya guru ingin mencetak nota (untuk
kegunaan sekolah sahaja).

h. Guru tidak dibenarkan duduk ketika mengajar. Pengajaran mestilah dimulakan sebaik sahaja
berada di dalam kelas. Semasa pelajar menjalankan kerja bertulis, guru mata pelajaran
hendaklah mengawas dan membantu pelajar yang memerlukan bantuan. Pelajar-pelajar tidak
boleh ditinggalkan di dalam makmal atau bengkel tanpa pengawasan guru.

i. Guru diingatkan supaya jangan sesekali tidur di dalam kelas dan duduk sahaja tanpa membuat
sebarang tugasan yang sesuai.

1. PEPERIKSAAN

a. Peperiksaan Dalaman
i. Semua guru hendaklah memberi perhatian dan melaksanakan arahan-arahan yang
diberi oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
ii. Penyediaan dan pemeriksaan skrip peperiksaan haruslah dibuat dengan teliti.
iii. Semua guru diharap memberi kerjasama sepenuhnya untuk melicinkan perjalanan
peperiksaan, terutama dalam aspek ketepatan masa, penyediaan soalan dan proses
permarkahan.
iv. Panitia mata pelajaran hendaklah menetapkan guru penyedia soalan. Soalan
peperiksaan hendaklah disemak oleh Ketua Panitia dan ditandatangani oleh GKMP
berkenaan sebelum dicetak.
v. Soalan yang disediakan mestilah bersesuaian dengan sukatan mata pelajaran, tahap
kesukaran dan meliputi soalan berbentuk KBAT.
vi. Hanya murid yang tidak hadir dengan sebab-sebab yang munasabah atau mempunyai
sijil sakit sahaja dibenarkan menduduki semula peperiksaan/ujian.
vii. Pelajar yang didapati meniru dan dibuktikan kesalahannya diberi markah 0.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 4

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

viii. Keputusan peperiksaan/ujian mesti direkodkan dalam ruangan yang disediakan di
dalam buku Rekod Mengajar.

ix. Markah peperiksaan hendaklah diisi dalam Sistem SAPS secara online manakala
markah PBS (menengah rendah) disi dalam Sistem TrEMS secara offline 3 kali setahun.
Markah PAJSK disi sekali setahun manakala markah SEGAK 2 kali setahun dalam
Sistem PAJSK.Markah-markah hendaklah diisi dalam tempoh yang ditetapkan oleh
KPM.

b. Peperiksaan PT3 dan SPM
i. Semua guru bertanggungjawab membuat persediaan yang secukupnya untuk calon-
calon kedua-dua peperiksaan. Guru-guru mata pelajaran pastikan sukatan pelajaran
diselesaikan untuk tingkatan masing-masing dan latihan-latihan yang secukupnya
telahpun diberi dan diulangkaji.
ii. Guru-guru Kelas Tingkatan 3 dan 5 sila pastikan bahawa calon-calon telah
menyelesaikan yuran peperiksaan mereka awal daripada tarikh tutup serta
mencukupi. Calon-calon SPM terutamanya mestilah diberi bimbingan untuk memilih
kertas / mata pelajaran yang sesuai dan berfaedah untuk mereka.
iii. Semua guru bertanggungjawab meninggikan pretasi dan pencapaian peperiksaan PMR
dan SPM setiap tahun.

1. PERHIMPUNAN DAN LAGU KEBANGSAAN

Semua guru wajib menghadiri perhimpunan rasmi serta perhimpunan harian.

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN DAN HARIAN:

Patuhi Surat Pekeliling Ikhtisas:-
SPI Bil. 4/1984 : Perhimpunan Sekolah.
SPI Bil. 4/1975 : Nyanyian Lagu Kebangsaan `Negaraku` / Perhimpunan Rasmi

5.1 Perhimpunan Rasmi Mingguan
Perhimpunan Mingguan diadakan di dewan sekolah pada setiap hari Ahad bermula pukul
7.30 sehingga 8.30 pagi. Sekiranya dewan digunakan, perhimpunan hendaklah dipindahkan
di Dataran Himpun SMKPN.

a) Ketua guru bertugas mingguan minggu berkenaan hendaklah mengendalikan majlis
perhimpunan bersama dengan pengawas dan guru bertugas mingguan.

b) Guru disiplin dan guru bertugas mingguan hendaklah mengawal pelajar semasa
perhimpunan dijalankan. Kehadiran guru akan diambil.

c) Semua guru hendaklah memakai kot dan bertali leher bagi lelaki.
d) Pengumuman penting hendaklah dihebahkan semasa perhimpunan.Unit disiplin dan

pengawas boleh membuat pemeriksaan ke atas pelajar dari aspek kekemasan,
kerapian berpakaian dan penampilan diri. (SPI Bil. 2/1996)
Format perhimpunan mingguan adalah seperti berikut:-
- Guru dan pegetua mengambil tempat.
- Kata-kata aluan pengerusi majlis.
- Alunan Asma Ul Husna, Nyanyian lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu

Sekolah.
- Laporan guru bertugas minggu sebelumnya.
- Ucapan dari mana-mana guru.
- Ucapan PK KO/Ucapan PK HEM/ Ucapan PK Pentadbiran
- Ucapan Pengetua.

5.2 PERHIMPUNAN HARIAN

a) Perhimpunan harian akan diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama 15
minit bermula pukul 7.20 – 7.45 pagi di Dataran Himpun.

b) Menjadi tanggungjawab guru bertugas harian untuk mengawal pelajar.
c) Semua guru bertugas mingguan secara bergilir-gilir menjadi pengacara majlis

perhimpunan harian.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 5

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

d) Semua guru wajib hadir keperhimpunan harian dan berada di hadapan pelajar.
e) Format perhimpunan harian:

- Pelajar beratur mengikut tingkatan. Guru tingkatan diwajibkan hadir mengambil
kedatangan pelajar.

- Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran ( Isnin - Rabu )
- Program harian sebagaimana berikut :

• Hari Isnin – Program MBM
• Hari Selasa – Kawad Beruniform
• Hari Rabu – Program Bahasa Inggeris ( MBI )
• Hari Khamis – Kesatuan Bina Insan dan bacaan Surah Yaasin
- Bacaan Surah Yaasin dan Solat Hajat di Surau Luqman al-Hakim pada minggu
akhir setiap bulan atau mengikut keperluan
- Pengumuman oleh guru bertugas atau mana –mana guru.
- Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
- Arahan bersurai dengan secara tertib oleh pengacara majlis (guru bertugas
mingguan).

6. PAPAN KENYATAAN

a. Papan kenyataan bilik darjah adalah tanggungjawab Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran.
Papan kenyataan ini hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa, menarik kondusif dan
memberi faedah.

b. Papan kenyataan am adalah untuk Kelab, Persatuan serta makluman lain. Pekeliling atau
poster yang hendak ditampalkan mestilah ditunjukkan kepada Pengetua / Penolong Kanan
untuk mendapat kebenaran sebelum dipamerkan.

7. MAJALAH SEKOLAH

a. Majalah Sekolah dikeluarkan dua tahun sekali. Ahli jawatankuasa yang telah dilantik
bertanggungjawab menyiapkan majalah sekolah.

b. Guru Kelas perlu memastikan semua pelajar membeli majalah sekolah. Hanya sebuah majalah
sahaja untuk satu keluarga.

8. FAIL PERIBADI PELAJAR

a. Guru kelas perlu memastikan fail dilengkapi dengan butiran peribadi, gambar pelajar dan
dokumen sebagaimana yang disenaraikan.

b. Fail ini diletakkan di dalam bilik PKHEM.
c. Fail ini perlu diserahkan kepada pelajar yang bertukar/berpindah sekolah.

1. KUNCI-KUNCI SEKOLAH

a. Kunci-kunci bilik khas adalah tanggungjawab guru bilik khas dan satu set mesti disimpan di
pejabat sekolah.

b. Guru yang mengambil kunci perlu merekod dalam buku log dan bertanggungjawab
memastikan kunci dipulangkan ke tempat asalnya.

2. MEMBELI BARANG

11.1 Guru-guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang, hendaklah melengkapkan nota
minta yang boleh didapati di pejabat dan mesti medapat kelulusan daripada pengetua sekolah.

11.2 Jika barang berkenaan dikehendaki dengan kadar yang segera, guru boleh memohon
kebenaran daripada Pengetua untuk membeli sama ada secara tunai ataupun menggunakan
borang pesanan kerajaan.

11.3 Bagi pembelian barang ‘berharga’ guru bolehlah mendapatkan sebut harga seperti manadalam
peraturan kewangan untuk dipertimbangkan oleh Pengetua. Bil hendaklah diserahkan dengan
segera ke pejabat.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 6

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

12. BUKU STOK

12.1 Mana-mana mata pelajaran dan bahagian yang menggunakan buku stok seperti Sains, ERT,
Sukan, Pendidikan Jasmani Perpustakaan, Pengurusan Bilik komputer dan lain-lain, maka
Guru Kanan Mata Pelajaran atau ketua bahagian tersebut hendaklah memastikan bahawa
maklumat-maklumat di dalam buku tersebut adalah tepat, lengkap dan kemaskini. Buku ini
akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua/ Guru Penolong Kanan.

12.2 Semua belian baru hendaklah direkodkan dalam buku atau fail yang berkaitan.
12.3 Buku stok haruslah kemaskini dan lengkap.

13. REKOD PENGAMBILAN BARANG DARI STOR DAN PEJABAT

13.1 Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan, guru hendaklah mencatat di dalam ‘Buku Rekod
Pengambilan Barang’ yang letakkan di bilik-bilik tertentusemasamengambil alatan atau
bahan.

13.2 Pengambilan alatan atau bahan hendaklah mengikut kadar yang diperlukan sahaja bagi
mengelakkan pembaziran.

13.3 Alatan atau bahan yang dipinjam dari pejabat atau unit-unit lain, hendaklah dikembalikan
semula selepas digunakan.

14. PERPUSTAKAAN (SPI BIL 9/1983 & SPI BIL13/1988)

Guru yang hendak membawa pelajar ke Perpustakaan sekolah hendaklah membuat tempahan
terlebih dahulu dengan unit perpustakaan bagi mengelak kesesakan dan memberikan keselesaan
kepada pelajar. Semua peraturan perpustakaan hendaklah dipatuhi.

15. KELAB GURU DAN KAKITANGAN SERTA PIBG ( Rujuk SPI BIL 4/2004 )

15.1 Semua guru adalah secara automatik menjadi ahli kepada Kelab Keluarga dan kakitangan
SMKPN dan juga ahli PIBG sekolah ini.

15.2 Pihak sekolah atau pihak yang diberi mandat boleh melantik mana-mana guru sebagai AJK
Kelab Keluarga atau AJK PIBG SMKPN mengikut keperluan.

16. SURAT MENYURAT

16.1 Semua surat menyurat guru yang dianggap rasmi mestilah melalui Pengetua untuk
disampaikan kepada pihak yang berkenaan.

16.2 Jika surat itu ditujukan kepada pihak yang berkenaan dengan ‘melalui’ dan ‘salinan’
kepada Pengetua, guru bolehlah menyimpan surat itu dalam fail yang ada dengannya,
setelah mengambil tindakan mengenainya.

16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkan surat tersebut
untuk tindakan guru berkenaan, maka guru hendaklah :
i. Mengambil tindakan yang diperlukan berkaitan dengan surat.
ii. Mengembalikan semula fail yang diambil untuk diambil tindakan dengan surat
tersebut ke pejabat.
iii. Segala surat rasmi dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanyaditandatangani
oleh Pengetua sahaja, kecuali jika beliau sedang atau berada di luar sekolah/negeri,
maka surat tersebut ditandatangani oleh PK Pentadbiran/ PKHEM/ PKKO bagi pihak
Pengetua.

17. MESYUARAT GURU

17.1 Semua guru diwajibkan menghadiri semua mesyuarat yang diarahkan kecuali ada
kepentingan yang lain. Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab
yang tidak dapat dielakkan, guru berkenaan hendaklah memaklumkan kepada pengetua
@ setiausaha mesyuarat sekurang-kurangnya sebelum mesyuarat bermula.

17.2 Notis kepada guru /kakitangan supaya menghadiri mesyuarat hendaklah dikeluarkan
sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan.

17.3 Semua mesyuarat mestilah mempunyai agenda dan minit mesyuarat menurut PKPA.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 7

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

17.4 Keputusan mesyuarat mesti disampaikan kepada pihak berkenaan.
17.5 Setiausaha perlu menyediakan minit mesyuarat dan maklum balas mesyuarat.
17.6 Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan oleh setiausaha mesyuarat berkenaan kepada guru

yang gagal hadir mesyuarat tanpa sebab / tanpa kebenaran.

18. WAKTU MENGAJAR

18.1 Guru-guru DIMESTIKAN mematuhi Jadual Waktu Persendirian yang telah dikhaskan
untuknya. Sewaktu mengajar, tanggungjawab guru terhadap kelas dan muridkelas
berkenaan bermula dan tamat bila waktu mengajarnya habis.

18.2 Semasa masuk ke bilik darjah guru mesti memastikan :-
a) Kelas dalam keadaan teratur dan bersih ( Pekeliling Bil. 14/89 ).
b) Bilangan pelajar di dalam kelas akur dengan Jadual Kedatangan pada hari berkenaan.
c) Guru mesti mencatat bilangan murid yang hadir dan tidak hadir pada buku
kawalan kelas. Murid yang sepatutnya ada di dalam kelas tetapi tidak ada dianggap
sebagai ponteng dan mesti dicatat dalam borang kawalan kelas untuk tindakan
selanjutnya.
d) Semua guru dimestikan menandatangani Buku Kawalan Kelas selepas tamat
sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas berkenaan.
e) Pengajaran dan pembelajaran mesti dilaksanakan(Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/88)

19. PERHUBUNGAN ANTARA GURU

19.1 Guru-guru hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama mereka dan sentiasa mengawal tutur kata agar dapat mewujudkan perasaan
kekitaan dalam kalangan guru.

19.2 Guru-guru tidak dibenarkan mempengaruhi dan memaksa pandangan atau fahaman atau
pendapat atau kepercayaan kepada guru atau murid atau kakitangan sekolah yang lain.

19.3 Perhubungan yang berbentuk ‘clique’ yang berdasarkan kaum, status sosial, sosio
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.

20. KURSUS

20.1 Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD/BTPN/JPN/IAB atau Kementerian Pelajaran
adalah termasuk dalam bidang perkhidmatan perguruan.

20.2 Guru-guru wajib menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak tersebut di atas, setelah
mendapat arahan Pengetua.

20.3 Jika guru diarah/dipilih oleh Pengetua untuk menghadiri mesyuarat atau kursus, atau
mewakili sesiapa yang tidak dapat hadir, mereka mesti melaporkan hasil mesyuarat
/ kursus berkenaan kepada pengetua dan menyediakan minit curai.

21. FAIL

21.1 Guru-guru perlu mendapat kebenaran Pembantu Tadbir terlebih dahulu untuk meminjam
fail rasmi sekolah. Kegunaannya dihadkan di pejabat sekolah sahaja dan
memulangkannya semula dengan kadar segera.

22. PENYELIAAN OLEH PENGETUA DAN KUMPULAN PENGURUSAN (Rujuk SPI BIL 3/1987)

22.1 Penyeliaan akan dijalankan pada bila-bila masa dengan tujuan untuk memantau
pengajaran dan pembelajaran guru dalam usaha untuk menambahbaikkan PdP.

23. PEMERIKSAAN OLEH NAZIR SEKOLAH/JPN/PPD

23.1 Dari semasa ke semasa sekolah akan didatangi oleh Nazir/ Pegawai JPN/ PPD untuk
menyelia pengajaran danpembelajaranbagi mata pelajaran tertentu. Guru diminta
memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada mereka.

23.2 Perbincangan sebelum dan selepas penyeliaan antara pegawai Nazir/ Pegawai JPN/ PPD
dan guru boleh berlangsung secara dua hala.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 8

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

24 MASALAH-MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

24.1 Jika guru menghadapi masalah dalam perjawatan, mereka boleh berbincang dengan
Pembantu Tadbir dan Pengetua.

24.2 Jika guru-guru menghadapi masalah dalam PdP, mereka boleh berbincang dengan Ketua
Panitia/GKMP/Penolong Kanan/Pengetua.

25. HUKUMAN

25.1 Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh jika ia mendapati seseorang pegawai
bersalah kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini dan setelah
mengambil kira seriusnya kesalahan itu, mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana
satu daripada hukuman yang berikut atau apa-apa gabungan dua atau lebih:

- Amaran - Turun gaji
- Denda - Lucut hak emolumen
- Tangguh pergerakan gaji - Turun pangkat atau
- Buang kerja

26. PENGGUNAAN ALAT-ALAT / HARTA SEKOLAH

26.1 Penggunaan alat-alat/harta benda sekolah untuk peribadi adalah tidak dibenarkan.
26.2 Sesuatu alat yang dipinjam untuk kepentingan sekolah mestilah mendapat kebenaran

Guru Kanan Mata Pelajaran atau Guru Ketua Unit terlebih dahulu dengan mengisi
borang pinjaman.
26.3 Alat-alat yang telah digunakan hendaklah diserahkan semula kepada Guru Kanan atau
guru ketua unit berkenaan.

27. PEMBELIAN ALAT-ALAT

27.1 Guru-guru yang memerlukan peralatan baru hendaklah mengemukakan kepada Guru
Mata Pelajaran berkenaan.

27.2 Guru-guru tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesebuah syarikat tanpa melalui
Guru Kanan Mata Pelajaran berkenaan.

27.3 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran wajib mendapat sebut harga untuk membeli barang
yang lebih daripada RM2,000.00 untuk 1 unit.

27.4 Peraturan Kewangan Kementerian Pelajaran mestilah dipatuhi.

28. PENJUAL / PENGEDAR : PEKELILING IKTISAS BIL. 12/88

28.1 Penjual/Pengedar tidak dibenarkan berjumpa guru-guru tanpa kebenaran Pengetua.
28.2 Mempromosi / mengiklan sesuatu barang di sekolah untuk pelajar adalah dilarang

kecuali ada kebenaran.
28.3 Guru-guru adalah dilarang menjadi penjual atau pengedar buku-buku atau barang-

barang kepada pelajar.

29. PELAWAT

29.1 Ibu bapa atau pelawat tidak dibenarkan berjumpa dengan guru atau pelajar tanpa
kebenaran Pengetua terlebih dahulu.

29.2 Pelawat-pelawat dikehendaki naik ke pejabat dan mengisi butir-butir diri dalam Buku
Pelawat semasa hendak berurusan dengan pihak sekolah.

30. BILIK GURU/ BILIK DISIPLIN/ KAUNSELING/ BILIK KHAS/ BILIK MESYUARAT/ BILIK
GERAKAN

30.1 Keceriaan atau kebersihan bilik adalah tanggungjawab setiap guru.
30.2 Jadikan Bilik Guru/Bilik Disiplin/Kaunseling/Bilik Khas sebagai contoh kepada pelajar

dari segi keceriaan dan kebersihan.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 9

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

30.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu
dengan guru.

31. SURAT RASMI SEKOLAH

31.1 Surat Rasmi (surat yang mengandungi kepala surat sekolah) tidak boleh digunakan untuk
membuat catatan atau surat peribadi yang tiada kaitan dengan urusan sekolah.

31.2 Kelab/Persatuan/Badan Beruniform mesti mendapat kebenaran Pengetua terlebih
dahulu untuk menggunakan surat rasmi sekolah.

31.3 Semua surat guru dan kakitangan yang ditujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri atau
Kementerian atau sektor-sektor lain, hendaklah dibuat melalui Pengetua sekolah dan
ditandatangani oleh beliau.

32. FAIL

32.1 Guru-guru perlu mendapat kebenaran Pembantu Tadbir terlebih dahulu untuk meminjam
fail rasmi sekolah. Kegunaannya dihadkan di pejabat sekolah sahaja.

32.2 Fail rasmi sekolah setelah digunakan mesti diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir
dengan segera.

33. TELEFON PEJABAT / MESIN FOTOSTAT / RISO

33.1 Telefon sekolah hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja, untuk kegunaan
peribadi guru atau kakitangan sekolah boleh menggunakan telefon berbayar yang
disediakan.

33.2 Setelah menggunakan telefon sekolah guru-guru dan kakitangan mesti membuat catatan
di dalam buku yang disediakan.

33.3 Perkhidmatan mesin fotostat/ riso adalah khusus untuk urusan sekolah. Pihak-pihak lain
tidak dibenarkan menguruskan mesin-mesin tersebut kecuali pembantu pejabat sekolah
sahaja.

34. SURAT PEKELILING

34.1 Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran Terengganu / Pejabat
Pelajaran Daerah /BTP Terengganu atau Sekolah hendaklah difahami.

34.2 Surat Pekeliling hanya akan diedarkan kepada guru-guru yang ada kaitan sahaja. Sila
gunakan fail yang diberi untuk menyimpan surat yang diedarkan.

35. MENULIS SURAT RASMI

35.1 Semua surat yang berkaitan dengan penjawatan atau sekolah hendaklah melalui
Pengetua.

35.2 Satu salinan draf surat yang disediakan oleh Kelab / Persatuan / Sukan / Badan
Beruniform mesti disemak oleh Penolong Kanan Kokurikulum atau Pengetua terlebih
dahulu. Satu salinan mesti disimpan di dalam fail sekolah.

35.3 Semua surat rasmi mesti dibuat dengan menggunakan format yang betul.

36. BUKU PERANCANGAN STRATEGIK

36.1 Guru-guru diminta supaya sentiasa merujuk kepada Buku Perancangan Strategik 2014 –
2018.

36.2 Dalam mesyuarat Panitia Mata Pelajaran/Kokurikulum sila gunakan Buku Perancangan
Strategik / Buku Perancangan Tahunan Panitia/Unit untuk menilai keberkesanan
program yang telah dilaksanakan.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 10

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

37. KES PONTENG SEKOLAH

37.1 Guru tingkatan dan guru mata pelajaran hendaklah menentukan semua pelajar ( kecuali
yang sakit dan yang mendapat kebenaran khas ) berada dalam sekolah pada waktu
belajar. Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah hendaklah dilaporkan kepada PK
HEM Guru Disiplin.

37.2 Guru-guru lain hendaklah juga memberi kerjasama mereka kepada guru tingkatan dalam
perkara di atas. Semua guru adalah Guru Disiplin(Rujuk SPI Bil 10/2001).

37.3 Jika pelajar-pelajar tidak hadir ke sekolah satu atau dua hari, guru tingkatan hendaklah
mengambil tahu sebab tidak hadir ke sekolah. Jika sebab yang diberi oleh pelajar itu
menimbulkan keraguan, laporkan perkara ini kepada guru disiplin untuk direkodkan.

37.4 Setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas hendaklah memastikan tiada pelajar
yang meninggalkan kelas kecuali dengan alasan yang munasabah. Pelajar yang
meninggalkan kelas atau masuk lewat hendaklah dilaporkan kepada PKHEM/Guru
Disiplin.

38. SUMBANGAN PIBG / KOPERASI

38.1 Guru tingkatan bertanggungjawab kepada Pengetua memungut sumbangan PIBG/
koperasi daripada pelajar.

38.2 Bagi kutipan sumbangan PIBG, resit PIBG dikeluarkan kepada pelajar dan wang
diserahkan kepada Bendahari PIBG pada hari penerimaan wang. Catatan tidak perlu
dibuat dalam Buku Kedatangan Pelajar.

38.3 Guru tingkatan dinasihatkan jangan membawa balik wang yang diterima daripada pelajar.
Wang yuran ini hendaklah diserahkan kepada bendahari PIBG/koperasi pada hari
penerimaan yuran.

39. GURU BERTUGAS MINGGUAN/GURU PENYAYANG/GURU BERTUGAS SOLAT

39.1 Guru pertama yang disenaraikan dalam kumpulan adalah menjadi ketua bagi guru
bertugas dalam minggu tersebut.

39.2 Guru bertugas hendaklah datang sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu
persekolahan bermula.

39.3 Ketua guru bertugas hendaklah memastikan ahli-ahlinya menjalan tugas sebagaimana
berikut :
a) Membantu guru disiplin untuk memastikan wujudnya disiplin yang baik di
kalangan pelajar.
b) Memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah.
c) Memastikan pelajar mematuhi peraturan kantin sekolah.
d) Memastikan semua pelajar dan guru menghadiri perhimpunan.
e) Memeriksa kebersihan makanan yang dijual dikantin sekolah
f) Memantau kebersihan tandas dan membuat laporan sekiranya perlu.
g) Memastikan pelajar-pelajar tiba disekolah tepat pada waktu
h) Menyambut dan meraikan kehadiran pelajar dipintu pagar utama pada setiap
hari persekolahan.
i) Memastikan tiada pelajar yang merayau tanpa tujuan semasa waktu
persekolahan.
j) Mengurus masalah pelajar yang sakit, menghantar ke hospital atau balik ke
rumah sekiranya perlu dan merekodkannya ke dalam buku laporan yang
disediakan. Bagi pelajar perempuan, seorang teman perempuanharus ikut
bersama, Pengetua / PK HEM harus dimaklumkan tentang pelajar yang dihantar
ke hospital atau balik ke rumah.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 11

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

k) Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
l) Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu-waktu rehat dan

waktu sebelum masa pertama bermula.
m) Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi

harta benda sekolah.
n) Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform

dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan
o) Mengawasi, mantau dan member teguran kepada pelajar lelaki dan perempuan

ketika solat berjemaah.
p) Berada di lamburan Ilmu bersama pelajar perempuan yang tidak boleh

sembahyang (uzur) dengan membuat semakan kad solat yang dibekalkan serta
memastikan pelajar tersebut mencatat nama ke dalam buku yang disediakan.
q) Memastikan keadaan dan peralatam disurau sentiasa bersih, kemas dan teratur.
39.4 Guru bertugas akan membantu dan mencatat laporan mengenai perkara-perkara penting
yang berlaku sepanjang hari / minggu ke dalam buku laporan yang disediakan kecuali
perkara-perkara yang perlu diambil tindakan segera perlu dilaporkan terus kepada
pengetua. Perkara-perkara yang perlu dicatat kedalam buku laporan ialah :
a) kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan
b) Pelajar ponteng, tidak sakit atau sakit
c) Lawatan / pelawat
d) Kebersihan atau keceriaan kawasan sekolah yang perlu diambil tindakan
e) Ucapan / pengumuman untuk hari perhimpunan
f) Laporan hari Ahad ditulis ke dalam buku khas perhimpuan sekolah
39.5 Buku laporan bertugas harian hendaklah diisi dan diletakkan di pejabat.
39.6 Ketua guru bertugas pada minggu berikutnya akan berjumpa dengan Pengetua / PKP
pada hari Khamis untuk mendapatkan taklimat dan tugasan untuk minggu berikutnya.
39.7 Ketua guru bertugas pada minggu berikutnya akan mengedarkan boring agihan tugas
kepada semua guru bertugas pada hari Khamis dan memberikan satu salinan kepada
Pengetua / PKP / PKHEM.
39.8 Mengendalikan perhimpunan mingguan dan harian :
Perhimpunan mingguan Ahad :
- Memastikan kerusi di atas pentas dan kerusi guru mencukupi
- PA sistem berfungsi dengan baik
- Mengatur dan mengawasi disiplin pelajar semasa berkumpul
- Melaporkan hasil pemerhatian dalam perhimpunan mingguan berikutnya.
- Perhimpunan harian – Isnin hingga Khamis
- Sistem PA berfungsi dengan baik
- Mengatur dan mengawasi disiplin pelajar semasa berkumpul
- Membuat pengumuman sekiranya ada
- Memastikan perhimpunan berjalan lancar

40. GURU BERTUGAS HARIAN

40.1 Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang, lampu dan
tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

40.2 Guru kelas hendaklah memastikan pelajar-pelajarsentiasa menjaga kebersihan, keceriaan
dan keselamatan bilik darjah masing-masing.

40.3 Guru kelas hendaklah memastikan alatan kebersihan di bilik darjah digunakan dengan
berhemah dan disimpan dengan selamat.

40.4 Guru kelas hendaklah menyediakan jadual giliran bertugas pelajar di kelas masing-
masing.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 12

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

41. PENGUMUMAN MELALUI PEMBESAR SUARA

41.1 Pengumuman melalui pembesar suara boleh dibuat pada masa berikut:-
a) Pada waktu pertama
b) Waktu selepas waktu rehat
c) Dalam keadaan-keadaan luar biasa, pengumuman boleh dibuat pada bila-bila
masa. (Dengan pengetahuan Pengetua)
d) Pengumuman hendaklah dibuat oleh Guru Bertugas Mingguan atau Pengawas
selepas mendapat persetujuan daripada Penolong Kanan Pentadbiran /
Penolong Kanan HEM.
e) Sila catatkan dalam buku pengumuman yang disediakan.

42. BUKU TEKS ( RujukSPI BIL 2 / 2003 )

42.1 Guru-guru buku teks bersama guru kelas hendaklah menguruskan Skim Bantuan
Pinjaman Buku Teks selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

42.2 Semua jenis borang dan keperluan biasa hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan
teliti mengikut masa. Semua jenis borang dan keperluan biasa hendaklah disempurnakan
dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang ditetapkan. Guru-guru kelas dan guru mata
pelajaran mestilah sentiasa menyelia buku teks tersebut.

43. KEBERSIHAN ( Rujuk SPI BIL 14 / 1989 )

43.1 Setiap guru perlu menitikberat mengenai kebersihan dan menjadi kewajipan bersama
bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid-
murid di kelas masing-masing hendaklah disediakan oleh guru tingkatan.

43.2 Guru Kanan Mata Pelajaran dan guru-guru lain yang mempunyai bilik khas/ tempat khas
seperti makmal, bengkel, stor sukan, bilik kerjaya dan sebagainya mestilah
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik-bilik tersebut.

43.3 Buku laporan bertugas yang disediakan hendaklah dicatatkan sebagai panduan untuk
penambahbaikan selanjutnya.

44. PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT/ BILIK GERAKAN

41.1 Sila gunakan Bilik Mesyuarat untuk segala mesyuarat. Tempahan hendaklah dibuat
terlebih dahulu di ruangan tempahan yang disediakan di pejabat sekolah. Penggunaan
Bilik Mesyuarat hendaklah dalam pengetahuan Penyelaras Bilik Mesyuarat.

41.2 Catatkan dalam buku rekod penggunaan Bilik Mesyuarat segala aktiviti yang dijalankan
41.3 Segala mesyuarat di Bilik Mesyuarat hendaklah dikendalikan oleh guru-guru dan

kakitangan sekolah ini sahaja.
41.4 Semua bentuk perjumpaan dengan pelajar atau pdp tidak dibenar menggunakan Bilik

Mesyuarat. Bilik Mesyuarat hanya untuk urusan rasmi pengurusan sekolah dan guru-guru
untuk tujuan rasmi.

45. KENYATAAN AKHBAR

45.1 Guru-guru dilarang sama sekali membuat kenyataan akhbar berhubung dengan sekolah
atau PPD/Jabatan Pendidikan Negeri.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 13

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

46. LAWATAN SAMBIL BELAJAR (Rujuk SPI BIL. 5/2002)

46.1 Guru-guru hendaklah menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah murid-murid.
Walau bagaimanapun , cadangan harus dibincangkan terlebih dahulu dengan Pengetua
dan persetujuan darinya hendaklah diperoleh. Selepas itu segala prosedur mengenainya,
seperti mendapatkan surat kebenaran dari ibu bapa/ penjaga hendaklah diuruskan
terlebih dahulu. Segala surat menyurat mengenainya hendaklah diuruskan terlebih
dahulu dan ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga.

46.2 Semasa lawatan dijalankan, guru-guru yang mengiringi hendaklah mengawasi dan
mengawal selia murid-murid mereka dengan baik.

46.3 Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan hendaklah menyediakan laporan
bertulis dan diserahkan kepada Pengetua.

46.4 Guru-guru unit beruniform yang ingin membawa ahlinya berkhemah, hendaklah terlebih
dahulu berbincang dengan PK Kokurikulum / Pengetua.

47. MESYUARAT JAWATANKUASA

47.1 Guru-guru yang dilantik untuk menduduki jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang
terdapat di sekolah ini hendaklah menghadiri setiap mesyuarat yang dipanggil dan
mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut.

47.2 Kehadiran mesyuarat adalah diwajibkan. Sekiranya tidak dapat hadir, sila maklumkan
secara bertulis atau lisan kepada Pengetua/Pen.Kanan/Pen. Kanan Kokurikulum.

47.3 Guru yang telah dilantik untuk menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa
hendaklah menyediakan minit mesyuarat dan satu salinan hendaklah disampaikan
kepada Pengetua selepas 2 hari mesyuarat.

48. KEGIATAN KOKURIKULUM (Rujuk SPI Bil 8/1988, SPI Bil 1/1995, SPI Bil 9/2000)

48.1 Kegiatan Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Kegiatan
ni wajib kepada semua guru dan pelajar. Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam
Buku Kehadiran GKK. Sila lihat perincian mengenai pembahagian tugas guru-guru dalam
Gerak Kerja Kokurikulum.

48.2 Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi guru penasihat untuk unit-unit kokurikulum
48.3 Guru hendaklah bersama-sama mengatur rancangan bagi persatuan /badan

beruniform/kelab permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan
semua pelajar.
48.4 Tujuan kegiatan kokurikulum ini untuk memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar-
pelajar dalam bidang kepimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada
sekolah dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan
ceramah, bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini terpulang
kepada kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru.
48.5 Simpanlah catatan-catatan ringkas mengenai aktiviti yang dijalankan untuk dijadikan
panduan pada tahun-tahun akan datang.
48.6 Kegiatan kokurikulum dijalankan pada setiap hari Selasa & Rabu mulai pukul 2.10-5.10 petang.
48.7 Semua murid dan guru wajib memakai baju uniform pada hari Selasa.
48.8 Sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar semasa aktiviti
kokurikulum, guru-guru penasihat hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya.
Semua guru dikehendaki menyimpan dan membaca surat pekeliling ikhtisas yang
melibatkan keselamatan pelajar semasa menjalankan aktiviti kokurikulum sama ada di
dalam/di luar kawasan sekolah. Contohnya :

i. Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil. 1/ 1989
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil 4 / 2008
iii. Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil 9 / 2000

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 14

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

49. TATATERTIB

49.1 Menjaga dan mengekalkan tatatertib yang tinggi dalam kalangan pelajar semasa di
dalam atau di luar kelas adalah tanggungjawab semua guru.

49.2 Guru janganlah takut memberi teguran atau nasihat ke atas pelajar yang melanggar
peraturan sekolah. Guru hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan HEM, pelajar-
pelajar yang kerap kali tidak mengikut arahan, tidak membuat kerja yang diberikan dan
cuai dalam pelajarannya.

50. LANGKAH JIMAT CERMAT DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN ( SPI BIL 1 : 1974 )

50.1 GK Sains & Matematik, GK Teknik dan Vokasional dan GK Kemanusiaan dengan kerjasama
guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan hendaklah mempamerkan di
bilik / tempat yang sesuai tentang langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh
semua pelajar.

50.2 Guru hendaklah mengambil sendiri (Jangan sesekali menyuruh pelajar) dan
menandatangani buku rekod keluar/masuk peralatan berikut :
a) Barang-barang PJK
b) Peralatan Sukan
c) Peralatan Bengkel

50.3 Guru hendaklah mengambil langkah perlu untuk mengelakkan kemalangan berlaku ke
atas pelajar. Jika berlaku, perkara ini hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas harian
atau Pengetua dan jika perlu, urusan segera hendaklah dibuat untuk membawa pelajar ke
hospital . Ibu bapa /penjaga hendaklah dimaklumkan.

50.4 Guru hendaklah seringkali mengingatkan pelajar supaya berhati-hati dan berjimat cermat
apabila menggunakan air, letrik dan perkakas-perkakas sekolah yang lain. Guru
hendaklah mengawasi pelajar-pelajar supaya jangan membazir apabila menggunakan
barang-barang sekolah dalam latihan-latihan harian.

51. TUGAS GURU DI DALAM KELAS

51.1 Guru tidak dibenarkan duduk ketika mengajar. Waktu pelajar menjalankan urusan
kerja bertulis, guru seharusnya berjalan di sekeliling kelas atau mengawas dan memberi
51.2 bantuan secara individu kepada pelajar-pelajar yang lemah dan memerlukan bantuan.
51.3 Guru sains atau bengkel yang mengajar di makmal atau di bengkel janganlah
51.4 meninggalkan makmal atau bengkel ketika pelajaran sedang dijalankan. Guru hendaklah
memulakan pengajaran sebaik sahaja berada di dalam kelas.
Masa Ganti ( relief periods ) – Apabila seseorang guru dijadualkan mengambil alih
tugas guru yang tidak hadir ke sekolah atau sesuatu sebab lain, guru itu hendaklah
masuk ke kelas berkenaan dan menyampaikan pengajaran dan bukannya mengadakan
waktu bebas. Gunakan Modul Relief JPNT.
Memeriksa buku latihan, buku nota, kertas jawapan peperiksaan / ujian: Jangan
dilakukan di dalam kelas kecuali bertujuan untuk memberi panduan dan bimbingan
kepada pelajar-pelajar. Pemeriksaan buku-buku itu hendaklah dilakukan di dalam bilik
guru/ ketika waktu tiada kelas. Kertas jawapan peperiksaan PT 3, SPM tidak
dibenarkan diperiksa dalam waktu persekolahan.
Kerja Bertulis – Guru hendaklah selalu memberi kerja-kerja bertulis kepada pelajar-
pelajar, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kerja bertulis yang secukupnya patut
diberi dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik,
Kimia, Biologi, Bahasa Arab, Sejarah, Agama Islam dan Sains. Soalan-soalan yang
memerlukan jawapan yang lebih panjang patut diberi bagi mata pelajaran ini.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 15

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

51.5 Pemeriksaan Tugasan Pelajar – Menjadi tanggungjawab guru untuk memeriksa
51.6
semua kertas bertulis dan tugasan yang diberi kepada pelajar-pelajar. Guru juga
51.7
51.8 hendaklah menandatangani semua ringkasan atau nota yang diberi kepada pelajar-
51.9
51.10 pelajar.
51.11
Mengulang kaji – Aktiviti ulang kaji pelajaran sebelum bermulanya sesuatu peperiksaan
51.12
hendaklah dirancang dengan rapi dan dicatat dalam buku rekod mengajar. Mengulang

kaji adalah satu aspek penting untuk menyediakan diri pelajar bagi menghadapi

peperiksaan. Sehubungan itu, aktiviti ini perlu dirancang dan disampaikan dengan

sistematik. Komik dan majalah hiburan dilarang

Membaca buku teks – Membaca buku-buku teks bukanlah satu proses pengajaran yang

baik. Guru jangan membiasakan pelajar membaca dari buku teks ketika mengajar kecuali

mata pelajaran bacaan. Pemberian nota hendaklah dikekalkan pada peringkat minimum

sahaja. Gunakanlah kaedah lain seperti peta minda @ nota ringkas yang lebih berkesan.

Langkah Keselamatan – Kemasukan orang luar ke kawasan sekolah patutlah diawasi

dengan rapi oleh semua guru. Pelawat-pelawat dilarang masuk ke kelas kecuali pelawat

datang dengan pengetua atau penolong kanan. Minta pelawat pergi ke pejabat dan

berurusan di pejabat sekolah.

Kelas Bersurai – Guru yang mengajar di sesuatu kelas pada waktu akhir

bertanggungjawab untuk menyuraikan pelajar-pelajar dengan teratur dan

tertib.

Jangan Lepaskan pelajar sebelum waktu berakhir.

Denda – Guru-guru dilarang mengenakan sebarang denda berat (Corporal Punishment)

ke atas pelajar-pelajar. Seseorang pelajar yang memerlukan tindakan tatatertib

hendaklah dibawa ke pengetahuan pengetua/PK HEM / Guru Disiplin. Jangan mendenda

pelajar-pelajar dengan menyuruh mereka berdiri di tempat-tempat lapang – dendaan (

Rujuk SPI Bil 8 /1983 )

Guru-guru juga diingatkan supaya jangan sesekali tidur di dalam kelas atau duduk sahaja

di meja guru tanpa membuat sebarang tugasan yang sesuai

52. TATAKELAKUAN DAN LARANGAN-LARANGAN DALAM PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-
PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993.

52.1 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatertib) 1993 telah

menetapkan tatakelakuan dan peraturan-peraturan yang harus diikuti oleh seorang

Pegawai Perkhidmatan Awam. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 menyenaraikan tatakelakuan-tatakelakuan dalam Perkhidmatan

Awam seperti berikut :

1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika
memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang Di Pertuan Agong,
Negara dan Kerajaan.

2) Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi
kepentingan persendiriannya.

3) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan sedemikian cara yang mungkin
menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.

4) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin
menyebabkan syak yang munasabah.

5) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga
memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam :
• Bermain judi di pejabat

• Disabitkan dengan kesalahan jenayah termasuk sabitan dalam Mahkamah

Syariah

• Terlibat dalam penyalahgunaan dadah

• Berkelakuan tidak senonoh di khalayak seperti mabuk, biadab atau menonjol-

nonjol kepentingan diri sendiri.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 16

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

• Keberhutangan kewangan yang serius.
• Tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya dan sentiasa

bertelingkah bukan sahaja dengan rakan-rakan sejawat tetapi dengan orang
ramai.
6) Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha:
• Tidak mempunyai daya tahan dan lemah dalam daya pemikirannya
• Lalai atau berlengah-lengah dalam menjalankan tugas-tugasnya
• Malas atau cuai dalam menjalankan tugas-tugasnya
• Menanggung keberhutangan kewangan yang serius
7) Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah
• Mengemukakan bil hotel palsu dalam tuntutan elaun sewa hotel
• Membuat tuntutan palsu mengenai elaun perjalanan, loging, makan atau
tambang pengangkutan (lori) semasa perpindahan
• Berdalih-dalih atau bercakap bohong dalam apa-apa jua penyiasatan yang
dijalankan terhadapnya
• Pura-pura sakit atau uzur.
8) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab:
• Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
• Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan implikasinya terhadap Jabatan
khasnya dan Kerajaan amnya.
• Mengambil cuti rehat disaat-saat perkhidmatannya sangat diperlukan
• Suka mewujudkan suasana yang tegang di pejabat dengan melaga-lagakan
rakan-rakan sejawat untuk kepentingan diri sendiri
• Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab
• Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah
9) Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa jenis
pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubung
dengan perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau
tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain.
10) Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah untuk berkelakuan dengan apa-apa
cara yang ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.
• Enggan atau tidak mahu mengikuti atau menjalankan/melaksanakan arahan
lisan atau tulisan pegawai kanannya berhubung dengan tugas-tugas resminya
• Membantah atau melawan pegawai kanannya
• Menulis surat layang berkaitan dengan perkara-perkara rasmi kepada pihak
atasan tanpa melalui saluran-saluran tertentu.
11) Seseorang tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugasnya.
12) Pekerjaan luar – Peraturan 5
13) Pakaian – Peraturan 6
14) Menyalahguna dadah – Peraturan 7
15) Hadiah – Peraturan 8
16) Menerima / Memberi Keraian – Peraturan 9
17) Pemunyaan Harta – Peraturan 10
18) Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/Pendapatan Yang Sah – Peraturan 11
19) Meminjam Wang – Peraturan 12
20) Keberhutangan Kewangan Yang Serius – Peraturan 13
21) Meminjamkan Wang – Peraturan 15
22) Penglibatan Dalam Pasaran Komoditi Atau Pasaran Saham Sekuriti Hadapan-Per. 16
23) Refel dan Loteri – Peraturan 17
24) Penerbitan Awam – Peraturan 18
25) Pernyataan Awam – Peraturan 19
26) Penyunting Akhbar / majalah / Jernal – Peraturan 20

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 17

Manual Pengurusan Sekolah | 2022/2023

27) Kegiatan Politik – Peraturan 21
28) Membawa Prosiding Undang-Undang dan Bantuan Guaman – Peraturan 22
29) Tidak Hadir Bertugas – Peraturan 23

• Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang didapati
tidak hadir bertugas tanpa cuti / tanpa kebenaran / tanpa sebab-sebab
munasabah

• Ketidakhadiran dalam peraturan ini dimaksudkan sebagai tidak hadir selama
beberapa lama jua pun pada masa dan tempat di mana pegawai dikehendaki
bertugas.

53. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1999: Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai
Perkhidmatan,StafSokongan Dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti kerajaan (11
Mei 1999)

Kementerian telah berulang kali memperingatkan para pegawai serta staf sokongan supaya tidak
melibatkan diri dalam kegiatan politik anti kerajaan. Namun demikian, Kementerian Pelajaran
masih menerima laporan, aduan dan bukti yang menunjukkan bahawa terdapat Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, staf sokongan dan murid sekolah yang terlibat dalam aktiviti politik
anti kerajaan dengan menghadiri perhimpunan haram, dan mengedarkan poster dan
risalah untuk pertubuhan dan pemimpin politik.

53.1 Apa jua bentuk kegiatan berunsur politik yang dijalankan di pejabat, di kawasan sekolah
ataupun di dalam bilik darjah adalah DILARANG SAMA SEKALI, termasuk perbuatan
53.2 mencuba mempengaruhi pemikiran murid dengan fahaman politik antikerajaan. Sayugia
53.3 dinyatakan bahawa pegawai yang didapati ingkar dengan larangan ini boleh dikenakan
tindakan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000 : Salah Laku Memasukkan Unsur Politik
Dalam Soalan Peperiksaan / Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut /
Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan ( 13 November 2000)
Kementerian Pendidikan mendapati bahawa sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir guru
yang telah menunjukkan sikap dan perbuatan antikerajaan serta tidak profesional dalam
profesion keguruan. Sikap dan perbuatan ini telah mencemarkan nama baik profesion
keguruan khususnya dan Kementerian Pendidikan amnya. Sikap dan perbuatan
antikerajaan serta amalan tidak profesional itu termasuk:

a) menyediakan soalan peperiksaan penggal dan ujian bulanan yang berbau politik.
b) menghasut pelajar supaya membenci kerajaan yang memerintah.
c) meracuni fikiran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya

memandang rendah pemimpin-pemimpin Negara
d) mengadakan ceramah, perbincangan, dan perbahasan yang mempunyai unsur

membenci serta antikerajaan
e) mempengaruhi pelajar sehingga menyebabkan pelajar melukis atau melakar

bentuk-bentuk lukisan yang memberi maksud membenci, menyindir tindakan,
dasar kerajaan.
f) memperlihatkan dengan jelas ketaksuban berpolitik antikerajaan dengan
pelbagai cara baik secara langsung mahu pun tidak langsung sama ada berbentuk
lisan atau tulisan, ataupun melalui perhimpunan mingguan, perbualan, ceramah di
surau, semasa kaunseling dan sebagainya; dan
g) melakukan apa-apa sahaja amalan dan perbuatan yang bertentangan dengan
Etika Profesion Keguruan.

SMK Padang Negara| SPANERA : Sinergi Suluh Sujana | 18


Click to View FlipBook Version