The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Roha Ajis, 2020-12-22 04:28:01

Cerpen Nabila

Cerpen Nabila

*******************
+++ Cerpen +++
+++ Nabila +++
*******************

DI SUNTING OLEH= NUR ANIS SYAZWANIE BT MOHD ZAIDI...

Pusara ayah dan emak tidak jauh berbeza sewaktu aku meninggalkannya
dahulu. Kemas dan bersih tentunya bekas tangan Adik Ila . Kata Mak Teh ,
Adik Ila yang bersusah payah membersihkan pusara ayah dan emak . Balik
sahaja dari sekolah agama , Adik Ila sudah sedia di tanah perkuburan
merumput atau membaca Yaasin di situ . Sebak dadaku mendengarnya .
Adik Ila baru berusia 13 tahun sudah menjadi matang seolah-olah berusia 16
tahun lagaknya . Menatapi wajah tenang Adik Ila membuatku sebak . Aku
tahu Adik Ila tidak bahagia di situ tetapi apakan dayaku untuk membawanya
bersamaku.

Walaupun Mak Teh melayan Adik Ila seperti anak kandungnya sendiri tetapi
tidak Pak Teh . Tengok sahaja gayanya menyambut kedatanganku tadi sudah
memadai. Kalau tidak disebabkan Mak Ngah ada di situ pasti aku sudah di
halaunya tadi . Dulu , Adik Ila begitu manja denganku . Tapi kini Adik Ila
kelihatan seolah-olah tidak mengenaliku . Dia sudah banyak berubah .
Wajahnya cengkung , sinar wajahnya malap , badannya kurus dan cahaya
ceria di matanya sudah hilang . Wajahnya mengandungi secebis garis luka
dan duka yang maha hebat sekali seolah-olah memendam rahsia yang pahit
dan payah untuk diluahkan meskipun kepada aku , kakaknya sendiri.

Dulu , setiap kali aku pulang bercuti pasti dia merengek-rengek kepadaku
meminta habuannya tetapi kini dia hanya menyalamiku dan berlalu ke
sekolah dengan segaris senyuman . Diakah adikku yang aku amanahkan
kepada Mak Teh dulu ? Adik , maafkan kakakmu ini . Bukan salahmu tetapi
memang sudah takdir kita sebegini . Bagiku , setiap yang terjadi pasti ada
hikmahnya. Pulang dari pusara tiada sesiapa menyambutku . Rumah sunyi
sepi sahaja.

Aku menjeling jam tanganku , pukul 1.45 petang . Sebentar lagi Adik Ila akan
tiba di rumah tetapi dapur belum berasap lagi . Segera aku turun ke dapur
memasak . Tidak rela aku membiarkan Adik Ila pulang dengan perut yang
kosong dan menjadi hampa kerana hidangan tengah hari belum disajikan
olehku lagi . Sedang aku rancak memasak di dapur , kedengaran salam di
beri di serambi . Aku tahu itu Adik Ila . Dia masuk dan meletakkan beg
galasnya di ruang tamu dan terus meluru ke dapur tanpa menukar pakaian
sekolahnya terlebih dahulu .

Waktu itu aku sedang menggoreng ikan kembung . Dia menangis tiba-tiba .
Dia memelukku untuk kali pertamanya sejak aku pulang.

Hampir tumbang diriku diperlakukan sedemikian . Aku mengusap lembut
rambutnya . Dia tidak berganjak malah makin memelukku sekuat yang boleh.
"Ila ... .. kenapa ni ? Cuba cakap dengan akak sikit... . " Aku memulakan
bicara dengan lembut . Dia menangis teresak-esak di bahuku . "Akak ... . Ila
nak ikut akak . Ila tak nak tinggal di sini lagi ! " Aku terdiam . Ikut aku ?
Bagaimana ... .. ? Aku sendiri masih lagi dalam tanggungan pihak universiti .
Bagaimana harus aku bawa dia ke sana ? Akalku mula mereka-reka jawapan
yang logik untuk Adik Ila . Aku meleraikan pelukannya . Ikan goreng tadi aku
masukkan ke dalam piring dan api dapur gas aku padamkan . Aku
memandang Adik Ila . Dia masih merenungku dengan penuh harap . Sayu
hatiku melihatnya. "Kalau Adik Ila ikut akak , nanti siapa yang nak jaga
pusara ayah dan emak? "Dia terdiam . Melihatnya diam , aku mula
menyajikan hidangan . Adik Ila masuk ke biliknya tanpa membalas soalanku
tadi . Dia keluar dengan pakaian yang sudah siap ditukar . Kami makan
tengah hari bersama-sama . Adik Ila makan tanpa bercakap-cakap . Mungkin
dia sedar yang saudara-mara kami di sini tidak boleh diharap untuk menjaga
pusara ayah dan emak . Selesai sahaja menolongku di dapur , dia terus
mengurungkan diri di dalam biliknya. Merajuk nampaknya dia denganku . Aku
mengeluh sendirian.

Aku melawat Yanti , kawan baikku , seorang diri . Adik Ila tetap tidak mahu
keluar dari biliknya walaupun sudah berkali-kali aku memujuknya. Biarlah
kerana marahnya mudah reda. Sebenarnya , aku bimbang betul hendak
meninggalkannya sendirian di rumah tetapi memikirkan kehidupan di
kampung tidak sama dengan kehidupan di bandar aku merasa lega sedikit .
Yanti sudah banyak berubah . Dia tampak lebih tua dariku walaupun umur
kami cuma selisih tiga bulan sahaja tetapi ketaranya jelas kelihatan . Namun
begitu, Yanti nampak lebih langsing dan cerah . Dia tersenyum
memandangku.

Kami berborak panjang . Sudah lama aku tidak bersembang dengannya
maka tiga hariku di sini akan aku peruntukkan dengan baik . Daripada Yanti
juga aku mengetahui aktiviti rutin adik kesayanganku , Ila . Kata Yanti , Adik
Ila bangun pagi-pagi . Dia mengangkat air di perigi , membasuh pakaian,
menyediakan sarapan dan memberi ayam dan itik makan. Sebelum ke

sekolah Adik Ila akan menyidai pakaian . Balik dari sekolah Adik Ila memasak
makanan tengah hari . Setelah itu barulah dia ke sekolah agama. Pulang dari
sekolah agama , Adik Ila sudah sedia di tanah perkuburan. Petang pula Adik
Ila menyiram pokok bunga , mengangkat kain di jemuran dan menghambat
ayam dan itik pulang ke reban . Kemudian , Adik Ila mengangkat air dan
membelah kayu . Malam pula , Adik Ila mengaji dan pulang dari mengaji Adik
Ila menyediakan hidangan makan malam pula . Kemudian barulah dia mula
belajar.

Begitulah kehidupan Adik Ila di mata Yanti . Aku menangis . Inikah dugaan-
Nya menguji kami . Yanti menyarankan kepadaku untuk membawa Adik Ila
keluar dari sini tetapi ... . apalah dayaku ... .. ! Pulang dari rumah Yanti , Adik
Ila sudah ke sekolah agama . Aku masuk ke biliknya . Biliknya suram dan
malap seolah-olah menyimpan sejuta misteri. Melihat keadaannya yang tidak
terurus ini , aku nekad hendak membawanya keluar dari tempat ini ,
mengikutku ke Kuala Lumpur tetapi bagaimana persekolahannya ? Entahlah ,
ragu aku seketika dengan keputusanku .

Aku keluar menghirup angin nyaman di serambi . Hembusan bayu petang
menghembus lembut ke mukaku , menari-narikan rambutku ... Romantik
sekali. Saat ini aku mula terkenangkan emak dan ayah . Kalaulah peristiwa
itu tidak meragut nyawa mereka pasti hidup kami berdua tidak akan jadi
begini . Peristiwa itu menjadi suatu sejarah hitam untuk kami berdua . Pita
memoriku mula memutar-mutarkan peristiwa itu . Betapa nostalgia pahit itu
tidak akan aku lupakan sepanjang hayatku . Masih aku ingat lagi , hari itu hari
Sabtu, 13 Ogos 1998 dan hari itu juga merupakan hari lahir Adik Ila . Aku ,
emak dan ayah sudah merancang untuk mengadakan parti tergempar untuk
Adik Ila .

Aku tinggal di rumah mengemaskinikan rumah manakala emak dan ayah
pula menjemput Adik Ila pulang dari tuisyen . Aku menanti di rumah dengan
penuh debaran seolah-olah sesuatu bakal berlaku tapi apakah ia ? Aku
menganggap parti itu yang mendebarkan aku tetapi malang tidak berbau .
Perjalanan emak dan ayah meninggalkan aku adalah perjalanan selama-
lamanya. Mereka pergi tidak kembali lagi . Hancur luluh hatiku tatkala
mendengar panggilan telefon dari pihak polis supaya aku ke hospital untuk
mengesahkan mayat ibubapaku . Waktu itu aku rasakan duniaku kelam dan
gelap . Tidak ada apa lagi yang aku fikirkan setelah itu kecuali Adik Ila .

Berselindungkan cermin mata hitam , aku mengambil dia pulang dengan

teksi. Becok bibir mogelnya bercerita tentang kerenah kawan-kawannya. Aku
cuba ketawa tetapi tidak berdaya . Dia asyik bertanya tentang ketidakhadiran
emak dan ayah dan aku cuba sedaya upaya mengelak soalannya dengan
bercerita tentang perkara lain . Kaku bibirku untuk memberitahunya hal yang
sebenarnya . Biarlah dia melihat sendiri apa yang terjadi . Aku
memandangnya . Dia masih terlalu muda tetapi terpaksa belajar menerima
hakikat yang kami sudah bergelar yatim piatu . Sebagaimana aku, dia juga
begitu . Dia menangis sambil menjerit menyuruh emak dan ayah bangun
tanganku memaksa aku mengejutkan emak dan ayah bangun . Aku
memeluknya seerat-erat yang mungkin . Dia memukul-mukulku sambil
menangis . Masih aku ingati ayat-ayat terakhirnya sebelum dia lena dalam
dakapanku . "Mak dan ayah jahat . Mak dan ayah tak sayangkan Ila dengan
Kak Ili . Kenapa emak dan ayah tak nak bangun ? Bangunlah ... ... Jangan
tidur lagi . Ila tak sukalah kalau macam ni hadiah hari lahir untuk Ila
.mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya . Bertambah sayu hatiku.

Benteng ketahanan yang aku bina tadi hancur berkecai . Aku memeluknya.
Dia mengalihkan perhatian kepadaku pula . Dia menarik-narik Kak Ili ... .
Kejutkan emak dan ayah ... ... " Ayat itu diulanginya beberapa kali . Air
mataku deras mengalir.

Majlis tetap majlis . Majlis parti kini berubah menjadi majlis pengebumian.
Itulah kali terakhir aku melihat Adik Ila memakai baju sutera putih dan kalung
mutiara pemberian emak dan ayah . Itulah hadiah terakhir mereka yang tidak
sempat untuk dikritik olehku dan itulah hadiah terakhir mereka yang tidak
sempat dipuji oleh sesiapa pun . Selepas hari itu aku tidak pernah melihat
Adik Ila memakainya lagi . Aku menangis tersedu-sedan . Ya Allah!
Kembalikanlah adikku itu . Tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang . Aku
menoleh . Adik Ila tersenyum kepadaku . Aku mengucapkan syukur kepada
Tuhan kerana adikku sudah mula tersenyum . Dia mengajakku ke pusara
emak dan ayah . Aku memberitahunya yang aku hendak mandi dahulu
kerana badanku melekit . Dia ketawa. Dia memberitahuku yang dia akan ke
sana dahulu . Aku mengiyakan saja . Dia masuk ke bilik menukar pakaian
manakala aku ke telaga menyegarkan diri.

Setelah aku bersiap aku dapati Adik Ila telah pun ke pusara . Aku menuruni
tangga sambil mencongak hari . Rupa-rupanya hari ini hari lahir Adik Ila
malah ini juga bermakna sudah dua tahun emak dan ayah meninggalkan
kami berdua . Aku menyalahkan diriku tentang kealpaanku mengingati tarikh

tersebut . Aku berpatah semula ke rumah mengambil hadiah hari lahir Adik Ila
yang sudah lama ingin aku berikan kepadanya dahulu . Hadiahku tidak
semahal mana tetapi bagi aku itulah hadiah yang teristimewa dan bernilai
sekali iaitu potret kenangan gambar keluarga kami . Aku memeluk potret itu
ke tanah perkuburan . Aku tersenyum . Hajatku kini akan tercapai untuk
memberinya potret ini lebih-lebih lagi pemberian ini bersaksikan di depan
pusara ayah dan emak . Aku tersenyum.
Dalam perjalanan ke sana , aku membelek tubuhku . Hari bersejarah ini
biarlah aku kelihatan ayu . Berpakaian sutera merah darah pemberian emak
dan cincin pemberian ayah yang tidak pernah lucut dari jariku sejak aku
bersekolah menengah atas lagi , itulah imejku hari ini . Aku sendiri tidak tahu
mengapa aku keberatan menanggalkan cincin itu sedangkan aku mempunyai
dua bentuk cincin yang lain tapi cincin itu memang tidak pernah lekang dari
jari manisku . Aku tersengih . Mengapa tiba-tiba aku ingin memakai baju
sutera ini ? Ada apa-apakah ? Entahlah tapi yang pastinya esok aku akan
pulang ke Kuala Lumpur dan jiwaku meronta-ronta rindu pada baju sutera
merah darah ini . Cepat sungguh masa berlalu . Aku belum puas menatap
wajah adik kesayanganku kini terpaksa berpisah lagi . Aku mengeluh
sebentar .

Perjalananku di ganggu oleh satu perhimpunan kecil di tepi jalan. Ramai
orang sedang mengerumuni sesuatu. Jantungku berdegup kencang tiba-tiba.
Aku tidak tahu kenapa tindakan refleksku ini tiba-tiba berfungsi semula
setelah dua tahun menyepi . Aku ingin segera sampai di pusara tetapi
perhimpunan kecil itu menggamitku untuk turut bersama meramaikannya .
Aku menyelit-nyelitkan tubuhku di antara manusia-manusia di situ.
Pandanganku jatuh pada jag air berwarna merah yang bergolek di situ .
Bunga-bungaan dan haruman berselerak di sisi jag itu . Hatiku berdetik .
Petanda apakah itu ? Kemudian , aku lihat ada manik-manik mutiara
bertaburan di situ . Ada cecair merah panas di situ . Aku sudah tidak dapat
mengawal diri lagi. Aku kenal manik-manik mutiara itu . Itulah antara butiran
mutiara pemberian ayah kepada Adik Ila . Aku menolak manusia-manusia di
situ . Jelas di penglihatanku sebujur mayat seorang gadis berpakaian sutera
putih memegang surah Yaasin dan potretku terlepas . Aku menjerit ... ... ...
"IIIIIIiiiiiiiiLLLLLLLllllllllllllAAAAAAAAAaaaa... ... ... ..!!!!!!!!!!!!"

Potret itu jatuh retak seribu seperti hatiku . Aku meluru kepada Adik Ila. Baju
sutera putihnya kini sudah bertukar warna sama sepertiku, warna merah
darah . Aku memangku kepalanya . "Adik ... . Bangun ! Jangan tinggalkan

Kak Ili seorang-seorang disini . Bangunlah ... . " Adik Ila tidak bergerak . Dia
kaku sahaja . Aku menggerak-gerakkan badannya sambil menangis . Semua
yang melihatku menitiskan air mata . Bahuku ditepuk lembut tiba-tiba dari
belakang. Aku menoleh. Kelihatan di situ Mak Teh dan Yanti . Mereka
memegang tanganku. "Ili bangunlah . Terimalah hakikat yang Ila sudah pergi
selama-lamanya. "

"Tak , Mak Teh . Dulu , Ila kata dia tidak akan tinggalkan Ili selama-lamanya .
Ila ... .. Bangunlah ! Jangan menakutkan akak macam ni . "

Aku memeluknya erat . Yanti pula berusaha keras meleraikan pelukanku .
Aku menolaknya . Ila adik aku dan tidak ada orang lain boleh merampasnya
dari aku . Aku menjerit namanya tetapi Adik Ila tetap kaku membatu. Aku
tidak tahu apa yang berlaku seterusnya tetapi sebelum aku rebah ke tanah
aku dapat merasakan yang Adik Ila mengucupi pipiku. Habis sahaja majlis
adikku itu aku segera mengemaskan pakaianku. Sedih mengundang diriku
apabila ekor mataku merayap ke gambar Adik Ila .

Selepas itu aku mengemas semua barang-barang kepunyaan Adik Ila yang
sudah dua tahun terperap di rumah itu . Aku menangis di birai jendela di
dalam biliknya . Dari kejauhan dapat kulihat tanah perkuburan itu . Takku
sangka yang kepulanganku ke sini untuk menjadi saksi penambahan ahli
baru tanah perkuburan itu . Tragedi 13 Ogos itu benar-benar berulang
seakan-akan menagih korban baru . Aku menangis lagi . Rasa kesal tak
terhingga membaluti jiwaku apabila memikirkan yang aku tidak sempat
mengucapkan Selamat Hari Lahir sekali lagi kepada Adik Ila . Wajah Adik Ila
tadi bersih, suci , tulus dan wajahnya ceria seolah-olah baru terlepas dari
suatu penderitaan. Menangis aku sekali lagi untuk sekian kalinya . Aku sedar
yang aku sudah tidak betah lagi tinggal di sini . Aku mengemas buku-buku
sekolah Adik Ila . Tiba-tiba mataku terpandangkan sesuatu di atas mejanya.
Ada sepucuk surat darinya yang dialamatkan kepadaku . Aku mengambilnya.

Aku buka dengan berdebar-debar kerana inilah kali pertama Adik Ila menulis
surat kepadaku walaupun tidak berpos.

Untukmu Kak Ili ,

Assalammualaikum akak ... ... Ila rasa sangat gembira hari ini . Hari ini hari
jadi Ila dan kali ini lebih bermakna kerana akak berkesempatan

mengucapkannya kepada Ila . Ila nak sangat akak ucapkannya sejak dari
pagi tadi tetapi nampaknya akak seakan-akan terlupa hari bersejarah ini.
Takmengapalah , malam masih ada lagi untuk akak mengucapkannya. Hari
ini juga genap dua tahun emak dan ayah meninggalkan kita. Akak nak tahu ...
. ! Semalam Ila bermimpi jumpa emak dan ayah . Ila tak pernah bermimpikan
mereka dan Ila rasa sangat gembira. Wajah mereka tenang dan bersinar .
Emak dan ayah ajak Ila berjalan-jalan di situ . Tempat itu cantik dan menarik
malah lebih menarik dari Cameron Highlands. Ila nampak Kak Ili tapi Kak Ili
jauh sangat . Ila jerit nama akak tapi Kak Ili tak dengar . Kasihan akak tak
dapat jumpa ayah dan emak tapikan kata emak akak boleh ikut Ila jalan
dengan emak dan ayah nanti .

Akak tahu , Ila rasa sebak sangat sebab Ila nampak akak masih lagi
memakai cincin pemberian ayah tetapi Ila pula takut nak memakai kalung
mutiara pemberian ayah . Andai kata Ila tak sempat memakainya , Kak Ili
boleh tolong pakai untuk Ila tak ? Bolehlah ... . sebagai tanda Kak Ili
sayangkan Ila ... ..Ila sebenarnya nak sangat ikut akak balik ke Kuala Lumpur
tapi nanti siapa pula nak jaga pusara emak dan ayah ? Ila tekad nanti bila Ila
naik tingkatan empat , Ila nak mohon di Kuala Lumpur supaya Ila boleh
jumpa akak tiap-tiap hari . Bolehkan ? Ila rindukan akak tapi akak jarang
balik. Akak tau tak yang Pak Teh selalu mendera Ila . Dia selalu menyuruh Ila
melakukan yang bukan-bukan terutama apabila Mak Teh tiada di rumah .

Ila tak nak tapi Pak Teh pukul dan ugut Ila . Ila nak bagitau Mak Teh tapi nanti
Mak Teh kata Ila anak yatim piatu tak kenang budi pula . Ila tak nak Mak Teh
bergaduh dengan Pak Teh sebab Ila . Ila juga tak nak bagitahu akak sebab
Ila tak nak Kak Ili susah hati sebab Ila . Ila takut kalau pengajian akak
terganggu sebab Ila . Ila nak akak tunaikan impian emak dan ayah. Ila nak
tengok akak pakai baju dan topi hijau tu ambil ijazah jadi akak kena berusaha
bersungguh-sungguh ya!

Okeylah , hari dan semakin tua dan pusara sudah menggamit Ila . Ila nak
pakai baju sutera putih pemberian emak dan kalung mutiara pemberian ayah.
Lama Ila tak pakai baju sutera itu , kan ! Ila nak pergi ni . Ila nak bagitahu
emak dan ayah tentang mimpi Ila semalam . Nanti kita berjumpa di sana ,
okey ! Sebelum Ila mengundur diri , Ila nak bagitahu akak yang Ila sayangkan
akak . Ila macam rasa Ila tak sempat nak bagitahu akak sebab Ila
rasa ... ... ... ... entahlah . Selamat tinggal Kak Ili . I luv you' .

Yang benar ,

Adikmu yang cute, NABILA

Airmataku menitik . Aku mengusap potretnya . Takku sangka dalam usianya
masih muda dia sudah menanggung penderitaan sedemikian . Sayang ...
hajatnya untuk melihatku mengenggam segulung ijazah tidak
berkesampaian. Aku memeluk balang kaca yang berisi mutiara putih itu
dengan seerat yang mungkin . Pasti aku akan membaiki kalung mutiara itu
supaya impian Adik Ila dapat kutunaikan . Semua barang Adik Ila kusimpan di
rumah lama kami. Potret kuintai . Hanya Mak Teh yang aku salam . Dia
memberi kata perangsang kepadaku untuk berjaya . Aku tersenyum tanda
menghargainya retak seribu itu aku gantungkan di ruang tamu rumah lama
kami. Aku sedar yang aku hanya akan menjejakkan kaki ke sini apabila aku
genap berusia 25 tahun . Aku ke perhentian bas bersama Mak Teh. Kelibat
Pak Teh tidak dapat.

Aku naik ke perut bas dengan segaris senyuman . Mak Teh melamba-lambai
kepadaku . Bas bertolak ke Kuala Lumpur. Aku termenung sendirian di dalam
perut bas . Airmataku menitis lagi . Maafkan Ili ... ... .. ! Ili sedar yang pusara
mak , ayah dan Adik Ila akan ditumbuhi rumput dan lalang tetapi bersabarlah
kerana empat tahun lagi bakal Adik Ila , wajah emak dan ayah bersinar-sinar .
Mereka menggenggam erat tanganku . Aku nampak Adik Ila. Dia
memelukku . Aku rasa amat bahagia kerana seluruh ahli keluargaku kini
bersatu kembali . Tiba-tiba Adik Ila menemukan kita . Panorama senja amat
mengasyikkan . Aku tertidur diulit mimpi bertemu mereka . Benar kata
meleraikan pelukannya. Emak merenung aku dengan lembut manakala ayah
pula menepuk-nepuk bahuku. Mereka berseiringan berjalan menuju ke
hadapan meninggalkan aku keseorangan. Sebelum aku tersedar dari bahtera
mimpiku , dapat aku lihat lambaian Adik Ila kepadaku . Aku tersenyum.

Bas berhenti di destinasi utama , kota metropolitan , Kuala Lumpur. Berpusu-
pusu penumpang keluar dari perut bas . Aku masih lagi terpinga-pinga dalam
igauan . Aku menggenggam erat begku turun ke Puduraya Kuala Lumpur
dengan longlai . Baru beberapa tapak kakiku melangkah, aku terdengar ada
suara yang memanggil namaku . Aku menoleh ke belakang. Kelihatan kelibat
rakan-rakan seperjuanganku di universiti sedang menguntum senyum
kepadaku . Tiba-tiba dadaku sebak . Rina, teman sekuliah dan sebilikku
merapatiku . Dia mengeluarkan tisu lantas menyeka air mataku dari
berterusan berjuraian . Baruku tahu berita tentang pemergian adikku sudah

diketahui mereka . Aku memandang mereka lalu mereka pun mengangguk
serentak.
"Ili ... . takkan Ili nak berputus asa sebegini . Fikirkanlah betapa kecewanya
hati ayah , emak dan adik Ili mengetahui bahawa Ili tak dapat menunaikan
impian mereka . Fikirkanlah Ili ... ... ."

Aku memandang mereka satu persatu . Rina , Alia , Sephia dan Julia
tersenyum kepadaku . Aku tersenyum kembali . Betapa aku terharu
memikirkan rakan-rakanku ini bersusah payah demiku malah merekalah
tempat aku mengadu dan mendamba kasih di negeri rantauan orang . Jasa
dan pengorbanan mereka akan sentiasa di ingatan . Berkat azam dan
dorongan mereka juga , aku kini berjaya tetapi berbaloikah jika aku mengaku
kalah pada suratan azali dan menunduk pada perasaan ? Aku
menguntumkan senyuman . Aku adalah aku dan tetap aku maka walau
bagaimana sukarnya hidup aku nanti , falsafah diriku tidak akan aku lupakan .
Kami berjalan bergandingan bersama-sama ke Menara Kembar Petronas
( KLCC ) untuk merehatkan diri di sana sebelum bersama-sama ke universiti
untuk pendaftaranku . Kami melangkah dengan bersemangat bersama
sebuah janji yang baru termetrai tadi bersaksikan Perhentian Bas Puduraya
Kuala Lumpur.

'Walau apapun yang terjadi jangan biarkan orang lain menangis kerana kita
dan jangan sesekali mengaku kalah sebelum bertanding atau tunduk pada
godaan syaitan bertopengkan perasaan , okey!'
... . Itulah lafaz janjiku kepada kawan-kawanku untuk bersama-sama mereka
semula mengejar bintang kecemerlangan . Termetrainya perjanjian tadi
bermakna bermulalah waktu aku sibuk ke sana, ke sini menghadiri kuliah dan
mengulangkaji serta membuat nota-nota pelajaran-pelajaran yang aku
tinggalkan dahulu . Jika tidak ada aral melintang , insya-Allah ijazah itu pasti
akan aku genggam nanti . Aku tersenyum . Dari kejauhan dapat kurasakan
yang keluargaku sentiasa memerhatikanku malah aku dapat merasakan yang
mereka amat dekat denganku dan sentiasa di sisiku . Jauh di sudut hatiku
aku mengakui diriku kerdil . Perasaan hendaklah di kawal supaya tidak
melebihi akal kerana perasaan acapkali menggoda kita melakukan kesilapan
dan akallah yang berperanan membawa kita kembali ke pangkal jalan . Aku
juga perlu menerima hakikat bahawa setiap yang hidup pasti akan mati
kerana cuma Allah yang mengetahui bila kita berlabuh pergi maka aku yang
hidup ini perlulah kuliah . Tunggulah emak , ayah dan Adik Ila tercinta di alam
hakiki . Ili di sini perlu meneruskan kehidupan kerana Ili masih lagi dirantai

digelangi janji kepada insan-insan tersayang. Walaupun mereka tidak ada di
sisi tetapi bagi Ili ... ... jauh di mata , mempersiapkan diri secukupnya
sebelum kembali menemui-Nya dan bersatu dengan keluargaku kembali.

Aku mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana baru kini aku sedar yang
pemergian Adik Ila adalah untuk meringankan bebannya yang selama ini
tergalas di bahunya seorang diri . Aku melangkah bersemangat sekali ke
dewan dekat di hati!

RUJUKAN = iluvislam.com...


Click to View FlipBook Version