The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by samsormohamed, 2024-05-06 01:43:00

Bulan Mei:Meningkatkan Motivasi Bekerja

#3A {Aware,Alert,Action)

TAJUK 3: Bulan Mei


DEFINISI Menurut Jerald Greenberg dan Robert A. Baron (1995) motivasi adalah satu proses yang menghasilkan, mengarah dan mengekalkan tingkah laku individu bagi mencapai sesuatu matlamat. Menurut Steers dan Porter dalam Jaafar Muhamad (2000) motivasi adalah dari perkataan Inggeris iaitu ‘motivation’ yang diambil dari perkataan Latin ‘movere’ bermaksud menggerakkan. Ia merupakan satu dorongan untuk membangkit, menguatkan dan mengarah kelakuan seseorang.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI DALAM BEKERJA Dalaman (Intrinsic) – dorongan dari dalam diri individu itu sendiri. Luaran (Extrinsic) - merupakan semuabentuk dorongan yang ada di sekitar individu tersebut. Motivasi dalaman yang datang daripada kesedaran dalam diri kita adalah yang terbaik dan akan bertahan lama. Contoh : Keluarga, anak-anak, minat,matlamat Motivasi luaran lebih dipengaruhi oleh faktor-faktor kebendaan, penghargaan ataupun ganjaran yang hanya bersifat sementara. Contoh : Kejayaan rakan sekerja,hadiahsijil


LANGKAH MENINGKATKAN MOTIVASI KE ARAH KERJA BERKUALITI 1. Membantu menjadikan sesuatu perkara itu seronok 2. Menulis matlamat dan objektif pengurusan yang jelas 3. Membetulkan matlamat diri


4. Menyucikan jiwa 5. Membina kehendak diri yang tinggi 6. Memantapkan keyakinan diri 7. Menyokong segala usaha positif yang cuba dilakukan oleh individu 8. Menyediakan maklumat perkembangan sebagai maklum balas LANGKAH MENINGKATKAN MOTIVASI KE ARAH KERJA BERKUALITI


9. Mengiktiraf segala kemajuan dan pencapaian individu 10. Meyakini pertolongan Allah/Tuhan 11. Meneruskan usaha walaupun menghadapi kesukaran dan kegagalan 12. Menetapkan diri agar sentiasa berada dalam persekitaran yang bermotivasi LANGKAH MENINGKATKAN MOTIVASI KE ARAH KERJA BERKUALITI


13. Meletakkan diri agar sentiasa bergaul dengan orang yang bermotivasi. 14. Mewujudkan suasana persaingan yang sihat. 15. Memberi ganjaran pada diri sendiri LANGKAH MENINGKATKAN MOTIVASI KE ARAH KERJA BERKUALITI


KESIMPULAN https://ejournal.um.edu.my/index.php/JU D/article/download/5395/3177/12206 Tiada siapa boleh mengubahkan diri kita, kecuali diri kita sendiri. Motivasi yang penting sekali bukan datangnya dari luaran. Tetapi, ianya datang dari dalaman sendiri. Iaitu kemahuan dan keputusan dalam diri sendiri untuk ambil tindakan. (Irfan Khairi) Motivasi tanpa tindakan dan strategi, tidak akan memberi anda apa-apa. KEPERLUAN MOTIVASI DALAM PENGURUSAN KERJA BERKUALITI DARI PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Fadillah Mansor


BAHAN DISEDIAKAN OLEH


Click to View FlipBook Version