The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL KEPIMPINAN (TOKOH PEMIMPIN JOHOR) - SEKOLAH RENDAH 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulamizah780, 2021-04-26 01:58:26

JBA2035 DATO ONN

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL KEPIMPINAN (TOKOH PEMIMPIN JOHOR) - SEKOLAH RENDAH 2021

i

BIODATA PENULIS

Nama Penulis:
FARIS BIN SAIFUL ‘ ADLI

Kelas:
6 CEMERLANG

e-mail:
[email protected]

Nama Sekolah:
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR(JBA 2035)

Alamat Sekolah:
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU

NIYOR, 86000KLUANG, JOHOR, MALAYSIA

ii

ISI KANDUNGAN

1.1. Pendahuluan 1
1.2. Biodata Tokoh Pemimpin 2
1.3. Pendidikan Tokoh Yang Dipilih 3
1.4. Kerjaya Tokoh 4
1.5. Sumbangan Tokoh 7
1.6. Nilai Kepimpinan Yang Boleh Dicontohi
9
Oleh Generasi Sekarang 11
1.7. Penutup/Kesimpulan 12
1.8. Sumber Rujukan

1

1.1 PENDAHULUAN

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar
kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan
yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin
mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin
juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa. Sejarah juga membolehkan
kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan
kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah
mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai
bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia.

Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan
negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanah air dan dengan itu akan
lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh
tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara
seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul
apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai
pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita.

2

1.2 BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 – 19 Januari 1962) merupakan

pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah

dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan

tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah

Hussein, janda salah seorang adiknya dan salah seorang

daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein Onn,

Perdana Menteri Malaysia ketiga.

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Jalan Gertak

Merah, Johor Bahru serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri

Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim

ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan

pelajarannya di England.

Beliau pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa
zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 19 Januari 1962 akibat serangan jantung dan
jenazahnya telah disemadikan bersebelahan makam bapanya, Allahyarham Dato' Jaafar bin
Haji Muhammad di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

3

1.3 PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH

Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke
England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar
dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di
England selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah
air, Johor pada 25 mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu Kuala
Kangsar.

MAKTAB MELAYU
KUALA KANGSAR

ALDEBURG
LODGE

4

1.4 KERJAYA TOKOH

1) KERJAYA AWAL

Bertugas sebagai wartawan

Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada
tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Rencana tulisan beliau
sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar
mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur , membuka kedai jahit dan lain-lain
pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu. Beliau dilantik menjadi pengarang Warta
Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga penghujung 1933.

Bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat

Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British,
tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Onn Jaafar menggantikan
tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman , pegawai daerah yang telah
dibunuh dengan secara kejam oleh gerila-gerila 'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun
1945. Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua
kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac-April 1945.

5

2) KERJAYA POLITIK

Pengasas UMNO

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk
menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang
Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang
mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru
pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres
itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah
kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan
Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948
mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan,
serta memberi hak istimewa Melayu.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk
Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau
meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung
Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951

6

Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara

Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26
Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada
tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan
bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk
memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih
gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya,
beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

7

1.5 SUMBANGAN TOKOH

Dato’ Onn bin Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia
khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik
dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu
untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang
dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang
pertama.

Pada 1 Oktober 1946 , Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor.Tiga tahun
kemudian , beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.Di bawah
kepimpinannya , UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan
Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah Melayu 1948
mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan ,
serta memberi hak istimewa orang Melayu.Dato’ Onn kemudiannya berasa kecewa dengan apa
yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO , dan mencadangkan bahawa
keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu , tanpa mengira kaum , dan nama
UMNO ditukar menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan’.Penduduk Tanah Melayu Bersatu.

Penubuhan UMNO juga menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat
Melayu. Sumbangan dan usaha Dato’ Onn dalam memajukan masyarakat Melayu sangat
bermakna sehingga kini kerana kita dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam aktiviti
ekonomi semakin meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal Rancangan Lima
Tahun yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu yang berlandaskan
objektif UMNO iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan penyertaan dalam

8
dunia perniagaan, menubuhkan sekolah teknik dan melatih golongan muda terhadap pelbagai
kemahiran.

Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib
masyarakat Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga
Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah
Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh
beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu
menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal
di kampong supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan
produk tersebut dipasaran domestik sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka
akan mengambil alih perniagaan tersebut. RIDA juga memastikan masyarakat Melayu
mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah nasib serta masa hadapan
mereka akan datang.

"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita
juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan

berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan lebih tinggi daripada
bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar

9

1.6 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
OLEH GENERASI SEKARANG

Dato Onn Jaafar, seorang pemimpin negara yang sering dilupakan dalam
membincangkan ruang lingkup sejarah kemerdekaan tanah air. Pelbagai usaha yang dilakukan
bagi menyatukan rakyat Tanah Melayu ketika itu, khususnya umat Melayu. Tiada siapa sangka
bagaimana rakyat boleh berhimpun dan bersatu menentang hasrat British menubuhkan
Malayan Union. Kemampuannya harus menjadi teladan pemimpin Malaysia dalam erti
menuntut sebuah negara yang bebas dan berprinsip.

Pemimpin lantang dan berani

Beliau merupakan pemimpin Melayu Johor yang lantang menyuarakan pandangan dan
memegang penuh prinsip kebebasan bersuara dalam mengkritik sesuatu dasar dan
pemerintahan. Dato Onn Jaafar secara lantang mengkritik Sultan Ibrahim mengenai isu
pemilikan harta secara terbuka ketika bekerja di Pejabat Penasihat Johor. Sikap ini tentunya
dipandang sebelah mata oleh orang Melayu kerana mencabar kuasa Sultan Johor pada waktu
itu. Namun, kebenaran bagi Onn Jaafar lebih utama daripada berselindung daripada
pengetahuan dan telinga rakyat.

Tidak semua pemimpin Melayu waktu itu memiliki kemampuan untuk mengkritik
pemerintah secara vokal demi kepentingan rakyat. Dato Onn Jaafar merupakan contoh terbaik
pemimpin tempatan yang menggunakan kebebasan bersuara dan kedudukan bagi rakyat jelata.
Bukan seperti pemimpin sekarang, menyembunyikan batil demi mempertahankan ‘kerusi’ dan
kuat mengampu. Mereka yang berbeza pendapat tentunya melihat pembuangan negeri itu
hanya perkara biasa kerana terdapat pemimpin-pemimpin juga dihukum lebih teruk dari itu.
Tetapi, sedar atau tidak, Dato Onn Jaafar menerima nasibnya atas tanggungjawab menentang

10

pemerintah yang menggunakan rakyat. Beliau tidak keluh-kesah semasa pembuangan, tetapi
menerima risiko tersebut dengan berlapang dada.

Jiwa yang hidup

Suara lantang Dato Onn Jaafar tidak terhenti selepas keluar daripada UMNO pada Ogos
1951. Statusnya sebagai pemimpin Melayu yang dihormati terus lebur kerana pandangan yang
jauh dalam menolak politik perkauman semasa beliau menjadi Yang Dipertua atau Presiden
UMNO. Sungguhpun begitu, semangatnya untuk memperjuangkan rakyat luar daripada
kerangka UMNO bukanlah masalah baginya. Kekuatannya amat signifikan dalam mencorak
perjalanan kemerdekaan negara. Beliau merupakan satu-satunya Presiden UMNO yang tidak
menjadi Perdana Menteri. Satu-satunya Presiden UMNO dibuang atas ideanya membuka
keahlian kepada orang bukan Melayu.

Dia juga satu-satunya individu yang mampu mengumpulkan kekuatan umat Melayu
ketika kesedaran tentang melawan penjajahan kurang difahami oleh rakyat. Tidak hairan
sekiranya mulutnya sendiri mengungkap kata-kata hikmat iaitu ‘Raja itu rakyat, rakyat itu raja’
kerana ia sebati dengan jiwanya yang hidup untuk rakyat. Namun, pemimpin Melayu kini tidak
sedikit pun mencontohi semangat Dato Onn Jaafar dalam mempertahankan rakyat. Mereka
lebih mempertahankan sosok daripada perjuangan. Memilih untuk mempergunakan
kesempatan yang diberikan oleh rakyat semata-mata untuk kemewahan. Sikap pemimpin
sekarang tidak mempunyai keinginan melihat rakyat ‘Merdeka’ daripada kesusahan.

11

1.7 KESIMPULAN

Dato’ Onn Jaafar telah gagal dalam perjuangan politiknya. Asas tanggapan ini adalah
kerana beliau memilih untuk tidak terus memimpin Umno, dan kerananya tidak pula dapat
memimpin negara sebagai Perdana Menteri, sebagaimana penggantinya sebagai Yang Dipertua
Umno, Tunku Abdul Rahman. Namun, apakah perjuangan seseorang tokoh politik itu hanya
wajar dinilai sebagai berjaya apabila ia memegang tampuk kekuasaan negara? Walhal, begitu
ramai pemimpin muncul silih berganti, zaman-berzaman, mencurahkan bakti perjuangan
dalam sejarah panjang pembentukan negara kita, yang bebas lagi merdeka ini.

Umno Johor mengangkat Dato’ Onn sebagai tokoh yang perlu diberikan tempat yang
sewajarnya sempena 60 tahun usia parti, kerana baktinya sebagai pelopor perjuangan
kemerdekaan. Dato’ Onn bukan teraju negara apabila tanahair ini merdeka pada 1957, tetapi
beliau meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai warisan kepada bangsa.
Walaupun Dato’ Onn dalam sejarah politiknya keluar dari Umno, pernah menubuhkan dua
parti lain, menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan, tetapi inti perjuangannya terpahat
dengan teguh. Laungan perjuangan Hidup Melayu yang dicetuskannya, lebih 60 tahun lalu,
tidak sekadar satu slogan, tetapi sarat dengan isi perjuangan membela kedudukan Raja-Raja,
agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu.

12

1.8 SUMBER RUJUKAN

R.Yagesvaran Dan G.A Thinakaran (2015) Peranan Tokoh Isu Kemerdekaan Negara: Dato
Onn Jaafar. Dimuat turun pada 22.04.2021 dari http://thina75.blogspot.com

Nazera Ezzati binti Mohd Azmi (2016) Sumbangan Tokoh Kemerdekaan. Dimuat turun pada
22.04.2021 dari http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com

Onn Jaafar (n.d). Di Wikipedia. Dimuat turun pada 22.04.2021
https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar


Click to View FlipBook Version