The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzilkhairi, 2023-04-06 01:06:39

E-KUIZ SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

NUZUL AL-QURAN 2023

DARIPADA :


❖ Bagi pengisian Sambutan NUZUL QURAN, Unit Sambutan dan Perayaan membawakan PAMERAN BERTEMA terbuka kepada semua murid SRAI DMYS. ❖ PAMERAN BERTEMA ini merangkumi : 1. Bahan Digital 2. Kuiz Literasi Maklumat ❖ Pengisian Pameran Bertema ini adalah untuk menyemai rasa kecintaan terhadap Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. ❖ E-Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang berjaya memperolehi markah sekurangkurangnya 90% dalam Kuiz Literasi Maklumat. ❖ Tarikh tutup penyertaan pada 14 April 2023. Murid-murid boleh mencuba lebih daripada 1 kali.


Al-Quran ialah Kalam Allah yang diturunkan sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW dalam Bahasa Arab. Al-Quran diturunkan pada 17 Ramadan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Diturunkan secara beransur-ansur melalui Malaikat Jibril.


TEMPAT WAHYU PERTAMA DITURUNKAN


Al-Quran bermaksud bacaan atau himpunan. Al-Quran merupakan mukjizat paling besar. Dipindahkan kepada umatnya secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibrail a.s ditulis dalam mashaf. Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.


Al-Quran terdiri daripada : • 114 surah - 86 surah Makkiyah - 28 surah Madaniah • Jumlah ayat seluruhnya adalah 6236 ayat - 4613 ayat Makkiyah - 1623 ayat Madaniyah • Al-Quran – 30 Juzuk • Surah mula-mula diturunkan ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


ANTARA NAMA-NAMA LAIN AL-QURAN AL-WAHYU Pesan kepada seluruh manusia. KALAMULLAH Perkataan atau firman Allah AZ-ZIKRI Sebuah peringatan dalam bentuk tuntutan. AL-FURQAN Sesuatu yang membezakan antara kebenaran dengan kebatilan. AT-TANZIL Diturunkan langsung dari Allah. AL-KITAB Kitab yang mengumpulkan hukumhukum syariat.


LUH MAHFUZ Tempat mulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluknya. BAITUL IZZAH Satu tempat dilangit yang tidak diketahui kedudukannya secara tepat. NABI MUHAMMAD SAW Rasul terakhir yang menerima mukjizat Al-Quran.


10 TAHUN 13 TAHUN • 28 SURAH • AYAT MADANIAH • SELEPAS HIJRAH • 86 SURAH • AYAT MAKIYYAH • SEBELUM HIJRAH TEMPOH PENURUNAN AL-QURAN Tempoh keseluruhan 23 tahun 41 tahun usia Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Nuzul Al-Quran.


• Untuk memperkuat hati Nabi Muhammad SAW sendiri. • Untuk memberikan kemudahan kepada para sahabat dalam menyemak, mempelajari, memahami dan menghafal Al-Quran. • Ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan selalu sesuai dengan situasi, kondisi dan perkembangan kaum Muslim. • Agar ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan dapat diterima dan dihayati oleh para sahabat secara lebih mendalam. HIKMAH PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERTAHAP


Menguatkan keimanan kepada Allah dan Rasul. Memuliakan manusia dan memberi hak-hak mereka. Membina umat yang mulia dengan kebaikan akhlak. Peringatan kepada manusia untuk beribadat kepada Allah.. Menyucikan jiwa manusia ( Tazkiyyatul Nafs). Membina keluarga yang soleh dan persaudaraan sesama Islam. TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN


KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ❖ Dapat pahala dan kebaikan. ❖ Dapat memberikan darjat dan wibawa lebih baik. ❖ Memperoleh rahmat dan lindungan oleh malaikat. ❖ Memberikan syafaat ketika hari kiamat tiba. ❖ Membuat seseorang menjadi berperilaku mulia. ❖ Agar hati lebih tenang dan tenteram. ❖ Agar selamat dunia dan akhirat. ❖ Sebagai penyembuh penyakit pada tubuh. ❖ Dapat menyembuhkan penyakit. ❖ Memberikan kenikmatan pada kedua orang tua dihari kiamat.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version