ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 ATUR CARA MAJLIS 1 2.0 AGENDA MESYUARAT 2 3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA (AJK) MUAFAKAT SESI 2021-2023 3 4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA LECIL AJKK (AJKK) MUAFAKAT 2021-2023 4 5.0 KATA ALU-ALUAN PENGETUA 6 6.0 BISIK-BISIK YDP MUAFAKAT 7 7.0 KATA-ALU-ALUAN PRESIDEN MUAFAKAT KEBANGSAAN 8 8.0 MINIT MESYUARAT AGM KALI KE 21 SESI 2023 9 9.0 SENARAI KEHADIRAN AGM KALI KE 21 SESI 2023 19 10.0 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 21 11.0 PROGRAM AKTIVITI TAJAAN MUAFAKAT 25 12.0 LAPORAN KEWANGAN 26 13.0 USUL, CADANGAN & ULASAN MESYUARAT AGUNG 2023 43 14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BADAN MUAFAKAT BAGI TAHUN 2024/2025 54 15.0 KOD QR BUKU PERLEMBAGAAN MUAFAKAT KEBANGSAAN 58 16.0 PENGHARGAAN 59
PERKARA 1.0 PERKARA 2.0 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA (MUAFAKAT) ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH KALI KE-22, 2024 8.30 pagi Pendaftaran ibu bapa dan guru 9.00 pagi AJK MUAFAKAT, para ibu bapa dan para guru mengambil tempat 9.15 pagi Perarakan masuk YDP & NYDP MUAFAKAT Cawangan dan pihak pengurusan Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Pahang Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan Pengetua Ucapan YDP MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah 9.45 pagi Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat bermula Kata alu-aluan Pengerusi / Timbalan Pengerusi Tetap Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-21, 2023 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Aktiviti Tahunan Pembentangan dan Penerimaan Laporan Kewangan Pemilihan 3 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Pembentangan Cadangan/usul Hal-hal lain Ucapan Penangguhan YDP MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Majlis diserah semula kepada pengacara majlis 12.00 tengah hari Majlis bersurai 1
PERKARA 2.0 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA (MUAFAKAT) CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH, PAHANG KALI KE-22, 2024 TARIKH : 21 MEI 2024 MASA : 08.30 PAGI TEMPAT : DEWAN BUDIMAN, MRSM MUADZAM SHAH AGENDA MESYUARAT: 1. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Kali Ke-21, 2023. 2. Membentang Aktiviti MUAFAKAT bagi tahunan 2023. 3. Membentang dan Meluluskan Laporan Kewangan MUAFAKAT Cawangan Berakhir 31 Disember 2023. 4. Pemilihan Perwakilan (3 orang) ke Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat Kebangsaan 5. Membentang dan Membahaskan Usul / Cadangan. 6. Ucapan Penangguhan. 2
3 PERKARA 3.0 AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH SESI 2023/2025 PENGERUSI TETAP : En Adnan Bin Deraman TIMBALAN PENGERUSI TETAP : En. Muse Al Ghazali Bin Omar YANG DIPERTUA : En. Nor Azman bin Amat Kalam NAIB YANG DIPERTUA : En. Rashid bin Ka’ SETIAUSAHA : En. Muhammad Firdaus bin Muhammad Akib PENOLONG SETIAUSAHA : Pn. Maratul Asyraf Binti Jamal BENDAHARI : Cik Norhatiin binti Sakuri PENOLONG BENDAHARI : En. Suhaimi Bin Mat Sulong @ Mustofa WAKIL IBU BAPA / PENJAGA 1. En. Juhanizan bin Jasmani 2. En. Mod Esha bin Mohd Samsi 3. En. Muzamil Alif Bin Mohamad 4. Pn. Munira binti Mohd Ali 5. Pn. Juriah binti Md Piah 6. Pn. Junaidah Binti Mat Desa 7. Pn. Zafil Akmal binti Ismail (Pemeriksa Kira-kira 1) 8. En. Joharizal Bin Johari (Lantikan) 9. Pn. Yusidawati Binti Md Yunus (Lantikan) WAKIL GURU 1. En. Muhammad Amzar Asyraf Bin Sarikal Anuar 2. En. Mohd Zain Bin Kandir 3. Pn. Rohaiza Binti Zainol 4. En. Saifulazreen bin Ishak 5. Cik Muslimah binti Mahbob (Pemeriksa Kira-kira 1)
PERKARA 4.0 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH KALI KE -22, 2024 Pengerusi : Pn. Syarimasni binti Shamsuddin Naib Pengerusi I : Pn. Rahailin binti Salini Naib Pengerusi II : En. Adnan bin Deraman Naib Pengerusi III : En. Azizul Rahman bin Awang Maharum Penyelaras : En. Muhammad Firdaus bin Muhammad Akib Setiausaha : Pn. Maratul Asyraf binti Jamal Bendahari : Cik Norhatiin binti Sakur AJK Pengacaraan Majlis & Doa : En. Yahya Farid bin Kamaluddin (K) : En. Khairul Azhar bin Abdul Hamid : En. Mohd Najaha bin Ab Jabar AJK Seranta & Siaraya, Lalu Lintas & Kebersihan : En. Ahmad Fikri bin Mustapha (K) : En. Zulkifly bin Jamaludin : En. Mohamad Fadzil bin Rosman : En. Ahmad Ikram bin Mohamed : Pn. Anis’ Atikah binti Mohamed AJK Jemputan & Sambutan : En. Luqman Hakim bin Ahmad (K) : En. Kamal Haris bin Mohamad : En. Ahmad Faiz bin Mohd AJK Persiapan Dewan, Pentas & Backdrop : En. Muhammad Amzar Asyraf Bin Sarikal Anuar (K) : En. Mohd Noor Bin Zamlee : En. Mohd Asri bin Jusoh : En. Muhammad Sahri bin Sallo : Pn. Che Nur Shafareen Afera Binti Che Anuar : Pn Surita Binti Hamzah : Pn Zarihan Binti Zainal Abidin AJK Kawalan Pelajar : Pn. Azimawati Binti Ahmad (K) : En. Hafiz Syarifuddin bin Abdul Muzahid AJK Cenderamata & Hadiah : Cik Norhatiin Binti Sakuri (K) : Pn. Azimawati Binti Ahmad : Pn. Nurul ‘Atiqah binti Izahar : Nor Azura binti Ali 4
AJK Buku Program & Dokumentasi : Pn. Nur Syazmimi binti Sazali (K) : Pn. Nurul Aini Binti Romli : Pn. Nurul Fatin Amira binti Mansor : Pn Farah Hanis binti Salehan : En. Mohd Azam Bin Mohd Nor AJK Jamuan : Pn. Nurul Eishah Akmar binti Elias (K) : Pn. Dzaimawati binti Mohd Zulkarnain : Pn. Rosnita binti Abdullah Pencatat Minit : Pn. Intan Syazwanie binti Mohd Sulaiman : En. Mohamad Idzni Danial bin Mohamed Faiz Juruaudit dalaman : Cik Muslimah Binti Mahbob 5
PERKARA 5.0 Kata Alu-Aluan Pengetua MRSM Muadzam Shah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Yang Maha Esa atas kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah kali ke-22. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai serta besar ertinya kepada pihak maktab sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap maktab ini. Selaras dengan kepentingan dan aspirasi dunia pendidikan Negara, MRSM, sebagai sebuah institusi pendidikan alternatif perdana, memikul tanggungjawab yang besar dalam melahirkan generasi pelajar yang sempurna, bukan sahaja lengkap dengan ilmu pengetahuan, malahan dengan akhlak dan sahsiah yang mulia. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang memenuhi kriteria-kriteria tersebut, kecemerlangan akademik perlulah diseimbangkan dengan kecemerlangan dalam pencapaian kokurikulum. Justeru, adalah menjadi harapan saya agar pelajar-pelajar MRSM Muadzam Shah akan terus menempa lebih banyak kejayaan berganda pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah telah banyak membantu dan memberi sokongan demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita di maktab ini, terutamanya dalam menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu, sokongan dan sumbangan badan MUAFAKAT dari segi material mahupun ideaidea yang bernas, sokongan moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana maktab telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan maktab dalam pelbagai bidang. Sememangnya menjadi harapan saya agar, melalui mesyuarat sebegini, kita dapat sama-sama berbincang dan sebulat suara bersepakat bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja kreatif, bahkan juga dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam dunia tanpa sempadan sehingga akhirnya akan dapat menyumbang kepada kecemerlangan tamadun bangsa. Akhir kalam, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK MUAFAKAT, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah kali ke-22 pada tahun ini. Semoga perjumpaan ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Sekian, Wassalam. SYARIMASNI BINTI SHAMSUDDIN Pengetua, MRSM Muadzam Shah 6
7 PERKARA 6.0 Bisik-bisik YDP Badan Permuafakatan Pendidikan MARA (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Muadzam Shah di Mesyuarat Agung Kali ke 22, 2024. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda dan seterusnya muslimin dan muslimat sekalian. Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya mewakili Badan Permuafakatan Pendidikan MARA (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2023/2025, mencoretkan setinggi penghargaan kepada semua Jawatankuasa Pengelola hingga terhasilnya Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Kali Ke-22, 2024 ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang turut terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa kerana tetap berusaha sedaya upaya meluangkan masa dengan mengutamakan kecemerlangan dan kebajikan anak-anak di maktab ini walaupun sibuk dengan komitmen-komitmen lain. Sesungguhnya pertemuan sebegini menggambarkan kesinambungan jalinan kesepakatan dan kerjasama yang padu ke arah kecemerlangan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah secara keseluruhannya, selain itu, pertemuan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan hubungan muhibah antara ibu bapa dengan warga pendidik. Pihak MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah sentiasa berusaha memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak maktab dalam memastikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita di maktab ini. Kami, MUAFAKAT juga berusaha mempelbagaikan aktiviti pertemuan bersama ibu-bapa/penjaga, bagaimanapun di sebalik beberapa kekangan, kami berjaya melaksanakan ‘Hari Terbuka Asrama’ serta ‘Pertemuan Akademik’. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan atas segala komitmen dan sokongan padu daripada pihak pengurusan maktab, warga pendidik, serta para ibu bapa dan penjaga sekalian. Semoga MRSM Muadzam Shah akan terus mencipta kecemerlangan dalam semua aspek ke arah melahirkan modal insan yang mampu menjadi suri teladan dan pelapis kepemimpinan pada masa hadapan. Insya Allah….. Sekian, terima kasih. “MUAFAKAT MENJANA SEMANGAT” NOR AZMAN BIN AMAT KALAM Yang Dipertua Muafakat, Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2023/2025
8 PERKARA 7.0 KATA ALU-ALUAN PRESIDEN BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) SESI 2021-2024 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari yang mulia ini di Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah kali Ke -22. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang sudah bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan mesyuarat pada hari ini dapat dijayakan dengan lancar. Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua ahli muafakat cawangan MRSM Muadzam Shah terutamanya warga ibu bapa dan guru yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini. Menyingkap jerit perih perjalanan MUAFAKAT belakangan ini, organisasi ini sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menempuhi arus moden yang serba pantas pada masa kini. Seiring dengan prestasi MUAFAKAT yang semakin membanggakan, masyarakat dilihat menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kebolehupayaan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan MUAFAKAT dalam membantu serta menyokong hal hewal kebajikan, kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar-pelajar IPMA. Hal ini pastinya menguji kematangan dan ketelitian MUAFAKAT dalam memikul serta menjunjung amanah yang diberikan oleh masyarakat khususnya waris pelajar-pelajar IPMA agar segala hasrat dan impian dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu, melalui Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT sememangnya merupakan wadah yang menjadi penghubung antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan untuk bersama-sama berbincang serta bermuafakat terhadap apa jua isu dan permasalahan yang berbangkit agar dapat ditangani dengan cekap dan berhemah. Justeru, saya menyeru kepada barisan jawatankuasa MUAFAKAT agar lebih bersikap proaktif dan progresif dalam mengetengahkan serta melaksanakan dasar dan perancangan organisasi yang lebih bersistematik demi memajukan dan meningkatkan lagi prestasi MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA dipersada dunia. Kerjasama erat yang dizahirkan antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan merupakan gabungan mantap yang harus dipelihara agar MUAFAKAT terus menjadi sebuah pertubuhan yang berkualiti dan disegani di peringkat yang lebih tinggi. Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan khususnya buat Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan segala matlamat dan sasaran Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia Cawangan MRSM Muadzam Shah kali Ke 22 ini. Sekian. YBHG DATO SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN Muafakat Mara Malaysia Sesi 2021-2024
PERKARA 8.0 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH KALI KE-21, 2023 TARIKH : 26 Mei 2023 TEMPAT : Dewan Budiman, MRSM Muadzam Shah MASA : 9.00 pagi - 11.30 pagi AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan alu-aluan. 2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Kali Ke-20, 2022 3. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2022. 4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah yang berakhir pada 31 Disember 2022. 5. Pembentangan dan perbahasan usul/cadangan. 6. Pembubaran Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2021/2023. 7. Pemilihan Jawatankuasa Baharu MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2023/2025. 8. Ucapan penangguhan. 9
AGENDA 1 : UCAPAN ALU-ALUAN 1.1 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Encik Adnan bin Deraman merangkap Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik MRSM Muadzam Shah. Beliau mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa MUAFAKAT dan ibu bapa/penjaga. Beliau juga menzahirkan rasa syukur kerana pihak maktab dapat mengadakan mesyuarat pada kali ini serta mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa MUAFAKAT kerana bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat walaupun dalam keadaan cuaca semasa yang tidak menentu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah yang sentiasa memberikan sokongan dalam semua program yang dirancang oleh pihak maktab. Mesyuarat pada hari ini turut diisi dengan perlantikan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2023/2025. Oleh itu, sokongan dan penglibatan daripada semua pihak amat diharapkan. AGENDA 2 : PEMBENTANGAN SERTA PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KE-20 DAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2022. 2.1 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT CAWANGAN KALI KE-20. Penolong Setiausaha MUAFAKAT, Encik Muhammad Firdaus bin Muhammad Akib membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Kali Ke-20 seperti yang terkandung dalam Buku Mesyuarat Agung Kali Ke-21, muka surat 11-18. Minit Mesyuarat Agung Tahunan telah diterima dan disahkan. Cadangan : Encik Rashid bin Ka Sokongan : Encik Mohd Sakri bin Ismail 10
AGENDA 3 : PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN MUAFAKAT TAHUN 2022 3.1 Penolong Setiausaha MUAFAKAT, Encik Muhammad Firdaus bin Muhammad Akib membentangkan Aktiviti Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah tahun 2022 seperti yang terkandung dalam Buku Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Kali Ke-21, Bahagian Laporan Aktiviti Tahunan MUAFAKAT 2022, muka surat 21-25 telah diterima dan disahkan. Cadangan : Puan Munira binti Mohd Ali Sokongan : Encik Juhanizan bin Jasmani AGENDA 4 : PEMBENTANGKAN DAN KELULUSKAN LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2022 4.1 Bendahari MUAFAKAT, Puan Nurul Fatin Amira binti Mansor membentangkan penyata kewangan Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2022 seperti yang terkandung dalam Buku Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Kali Ke-21, Bahagian Laporan Kewangan Tahunan MUAFAKAT 2022, muka surat 26-27 dan ulasan penuh penyata kewangan pada muka surat 28-36 telah diterima dan disahkan. Cadangan : Encik Rashid bin Ka’ Sokongan : Puan Yusidawati binti Md Yunus 11
12 AGENDA 5 : PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL 5.1 USUL / CADANGAN DAN ULASAN MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH KALI KE-21 PER. NAMA USUL / CADANGAN ULASAN 1. Pembawa Usul: Pihak MRSM Muadzam Shah Mengusulkan agar mesyuarat bersetuju menerima semua perancangan aktiviti tahunan maktab terutamanya aktiviti melibatkan pelajar tingkatan 5 bagi tahun 2023/2024. Ibu bapa/penjaga merujuk Buku Mesyuarat Agong MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Kali Ke-21 pada muka surat 48-50. Cadangan/perancangan aktiviti boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2023. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukan hanya menggunakan peruntukan daripada MUAFAKAT semata-mata tetapi juga menggunakan peruntukan daripada duit caruman. 2. Pembawa Usul: MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Mencadangkan kutipan sumbangan MUAFAKAT sebanyak RM50 kepada RM150 bagi satu semester untuk setiap pelajar bagi sesi pengajian tahun 2023/2024. Pihak MUAFAKAT mengambil kira secara pukal RM350 setahun termasuk yuran MUAFAKAT (RM50) boleh dilunaskan secara ansuran. Mengambil kira kadar harga barang dan perkhidmatan kini yang terus meningkat di pasaran. Perbelanjaan duit MUAFAKAT melibatkan 70 peratus dalam hal ehwal akademik, pembangunan kecemerlangan pelajar, kokurikulum dan kebajikan pelajar manakala 30 peratus lagi untuk perbelanjaan sampingan atau lain-lain. Semua ahli mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.
3. Pembawa Usul: MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Mencadangkan agar kutipan sumbangan Yuran Mengaji (al-Quran) sebanyak RM10 setiap bulan bagi setiap pelajar muslim bagi sesi pengajian tahun 2023/2024 dikekalkan. Sumbangan ini akan digunakan untuk pelaksanaan aktiviti mengaji yang dikendalikan oleh Unit Amal Islami dan juga bimbingan ustaz/ustazah terlatih dari sekitar Muadzam Shah. Semua ahli mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini. 4. Muzamil Alif bin Mohamad Mencadangkan sumbangan MUAFAKAT ditetapkan dengan kaedah tertentu seperti mengikut tingkat/gred gaji. Pihak maktab menjalinkan hubungan dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau badan korporat seperti FarmFresh untuk mengurangkan beban dan membantu perbelanjaan dalam menjayakan aktiviti maktab yang dirancang. Pihak maktab berkolaborasi dengan ANSARA dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Pembayaran wang caruman yang dikenakan telah mengikut gred gaji ibu bapa/penjaga para pelajar, iaitu jumlah bulanannya sebanyak RM60, RM80, RM100 dan terdapat pelajar yang dikecualikan bayaran. Wang caruman bukan dikutip oleh pihak maktab untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebaliknya dikutip oleh MARA untuk pembangunan pendidikan menengah MARA di seluruh negara. Oleh itu, sumbangan MUAFAKAT diperlukan bagi menjayakan program-program yang telah dirancang. Pihak maktab sentiasa menjalinkan kolaborasi bersama ANSARA dalam programprogram yang dilaksanakan seperti program motivasi, ceramah kerjaya dan kem kepemimpinan. Namun demikian, kerjasama dengan pihak NGO dan badan korporat memerlukan perbincangan lanjut pihak maktab dan MUAFAKAT. 13
5. Ramli bin Hussain Nazarilaizam bin Zakaria Norazzilah binti Abd Kadir Mohd Tajuddin bin Ismail Mastura binti Harun Ibrahim bin Mat Aris Syed Mohammad Kharil Mohamad Hailmie bin Sauji Rahimah bin Mat Daud Che Arfif bin Ahmad Aliawati binti Yusof Amirudin bin Yahaya Nurul Qaed binti Ahmad Zukhi Narasimban A/L Krishnan Salina binti Subandi Rustam Effendy bin Mohamed Memastikan kebersihan dan penyelenggaraan fasaliti di asrama lelaki dan perempuan seperti kipas, lampu, tilam, bantal dan tandas dipertingkatkan. Proses penyelenggaraan dan baik pulih kerosakan sering kali dilaksanakan oleh Unit Teknikal dan Selenggaraan sebaik sahaja menerima laporan daripada para pelajar dan warga kerja maktab. Proses ini juga dilaksanakan secara gotong-royong oleh kakitangan sokongan setiap kali cuti semester. Penambahbaikan ini dilaksanakan sebelum kedatangan pelajar bagi sesi akademik. Kebersihan kawasan persekitaran dan tandas dilakukan oleh Unit CBBK dengan pemantauan secara berkala. Pelajar juga perlu menjaga kebersihan dan bertanggungjawab menjaga kemudahan yang disediakan di kawasan maktab. 6. Junaidah binti Mat Desa Menambah kelajuan kipas di bangunan akademik untuk keselesaan pelajar terutamanya semasa musim panas. Proses baik pulih dan penambahbaikan dalam tindakan Unit Teknikal dan Selenggaraan dari semasa ke semasa. 7. Ismais bin Hj Ali Sambutan Hari Raya diadakan bukan hanya melibat warga kerja maktab dan pelajar sahaja tetapi juga melibatkan ibu bapa/penjaga supaya hubungan warga maktab dengan ibu bapa/penjaga dapat dieratkan. Cadangan akan dibincangkan dengan lebih terperinci semasa mesyuarat ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah bersama pihak pengurusan maktab. 8. Mohd Faizul Bersetuju dengan pendirian pihak maktab melarang Kawalan kendiri yang masih lemah dan tiada keperluan 14
penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Penggunaannya akan memberikan kesan negatif berbanding positif. Mencadangkan ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang memberikan sumbangan kepada pihak maktab terutamanya dalam menjayakan programprogram maktab. Pihak maktab perlu menyediakan data-data berkaitan bagi mengenal pasti individuindividu yang mempunyai kelayakan ini. mendesak untuk para pelajar menggunakannya. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk memudahkan pelajar membuat rujukan dan berhubung dengan ibu bapa/penjaga. Cadangan akan dibincangkan dengan lebih terperinci semasa mesyuarat ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah bersama pihak pengurusan maktab. 9. Norfazliana binti Naim Pihak maktab mengadakan Hari Terbuka Asrama untuk memberi ruang kepada ibu bapa/penjaga melihat sendiri keadaan asrama, bersamasama membantu menceriakan bilik anak-anak dan mengeratkan hubungan antara ibu bapa/penjaga dan guruguru. Pihak maktab merancang untuk mengadakan program ini dan sedang mencari tarikh yang sesuai untuk dilaksanakan berpandukan Takwin BPM MARA. AGENDA 6 : PEMBUBARAN JAWATANKUASA SESI 2021/2023 6.1 Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah, Encik Nor Azman bin Amat Kalam membubarkan dengan rasminya jawatankuasa MUAFAKAT Sesi 2021/2023. Cadangan : Encik Kamal Haris bin Mohamad Sokongan : Encik Ahmad Faiz bin Mohd 15
AGENDA 7 : PEMILIHAN JAWATANKUASA SESI 2023/2025 Bekas Yang Dipertua MUAFAKAT cawangan MRSM Muadzam Shah, Encik Nor Azman bin Amat Kalam melantik Ketua Jabatan Sains, Encik Muse Al Ghazali bin Omar sebagai pengerusi sementara pemilihan jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2023/2025. 7.1 JAWATAN PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI MUAFAKAT Cadangan calon :- Calon 1 : Encik Adnan bin Deraman Calon 2 : Encik Muse Al Ghazali bin Omar Cadangan : Encik Rashid bin Ka Sokongan : Encik Mohd Sakri bin Ismail Encik Rashid bin Ka mencadangkan Encik Adnan bin Deraman dikekalkan sebagai Pengerusi begitu juga dengan jawatan Timbalan Pengerusi yang disandang oleh Encik Muse Al Ghazali bin Omar. Ahli mesyuarat sebulat suara melantik Encik Adnan bin Deraman selaku Pengerusi MUAFAKAT dan Encik Muse Al Ghazali sebagai Timbalan Pengerusi MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2023/2025. 7.2 PENGEKALAN JAWATANKUASA MUAFAKAT SESI 2021/2023 DALAM JAWATANKUASA MUAFAKAT SESI 2023/2025 (WAKIL IBU BAPA/PENJAGA) Wakil ibu bapa/penjaga mencadangkan ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2021/2023 yang terdiri daripada ibu bapa/penjaga dikekalkan dengan jawatan sedia ada kecuali melibatkan individu-individu yang tidak hadir. Hanya dua pencalonan baharu sahaja akan dilakukan kerana tidak menghadiri mesyuarat pada hari ini. Cadangan : Encik Mohd Sakri bin Ismail Sokongan : Semua ahli mesyuarat 16
Encik Helmi Khusairi mencadangkan agar cadangan mengekalkan ahli jawatankuasa sedia ada diterima dan ditutup. Encik Nelson Pady Tumit menyokong cadangan tersebut. Ahli mesyuarat sebulat suara melantik dan mengekalkan setiap ahli jawatankuasa pada sesi yang lepas dengan jawatan yang sama dalam Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2023/2025. Ahli mesyuarat juga sebulat suara bersetuju melantik dua wakil ibu bapa/penjaga yang baharu. 7.3 AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT (WAKIL IBU BAPA/PENJAGA) Cadangan calon :- Calon 1: Encik Muzamil Alif bin Mohamad Calon 2 : Puan Junaidah binti Mat Desa Cadangan : Encik Nor Azman bin Amat Kalam Sokongan : Semua ahli mesyuarat Ahli mesyuarat sebulat suara melantik Encik Muzamil Alif bin Mohamad dan Puan Junaidah binti Mat Desa sebagai Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2023/2025 yang baharu. 7.4 AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT (WAKIL GURU) Encik Muse Al Ghazali bin Omar memaklumkan pemilihan jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRM Muadzam Shah Sesi 2023/2025 dalam kalangan wakil guru telah diputuskan oleh pihak pengurusan maktab dan dipersetujui oleh semua pihak. Berikut merupakan senarai wakil guru bagi Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan Muadzam Sesi 2023/2025:- i) Puan Nur Izati binti Sulaiman (Setiausaha) ii) Encik Muhammad Firdaus bin Muhammad Akib (Penolong Setiausaha) iii) Cik Norhatiin binti Sakuri (Bendahari) iv) Encik Suhaimi bin Mat Sulong@Mustofa (Penolong Bendahari) v) Encik Mohd Zain bin Kandir (AJK Guru) 17
vi) Puan Rohaiza binti Zainol (AJK Guru) vii) Encik Muhammad Amzar Asyraf bin Sarikal Anuar (AJK Guru) viii) Encik Saiful Azreen bin Ishak (AJK Guru) ix) Cik Muslimah binti Mahbob (Juruaudit Guru) Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan lantikan yang disenaraikan oleh pihak maktab sebagai Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah Sesi 2023/2025. AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YANG DIPERTUA MUAFAKAT Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga dan guru-guru yang memberi kepercayaan kepada jawatankuasa MUAFAKAT Sesi 2023/2025. Beliau menyatakan bahawa dengan adanya kerjasama dan permuafakatan antara pihak ibu bapa/penjaga dan pihak pengurusan maktab serta warga pendidik adalah kunci kejayaan bagi segala yang dirancang. Masa depan MRSM Muadzam Shah akan lebih cemerlang dengan jawatankuasa MUAFAKAT yang baharu. Beliau akan memberikan yang terbaik dan berusaha untuk menaikkan MUAFAKAT cawangan MRSM Muadzam Shah dengan bantuan AJK MUAFAKAT yang lain supaya lebih maju dan cemerlang. Pencatat : Cik Nur Shakirah binti Azizan Puan Nur Syazmimi binti Sazali Disemak oleh, …………………………………. MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUHAMMAD AKIB Penolong Setiausaha MUAFAKAT, Cawangan MRSM Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. Disahkan oleh, ……………………………… NOR AZMAN BIN AMAT KALAM Yang Dipertua MUAFAKAT, Cawangan MRSM Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. 18
19 PERKARA 9.0 SENARAI KEHADIRAN AHLI MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH KALI KE-21, 2023.
20
PERKARA 10.0 LAPORAN AKTIVITI MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH BAGI TAHUN 2023. PENDAHULUAN Badan Permuafakatan Ibu Bapa dan Pendidikan MARA (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Muadzam Shah telah ditubuhkan bagi membantu pihak maktab menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan lagi prestasi akademik dan koakademik pelajar-pelajar MRSM Muadzam Shah. Muafakat Cawangan MRSM Muadzam Shah juga ditubuhkan dengan harapan dapat memberi khidmat bakti dengan cara membantu ahli-ahlinya yang memerlukan bantuan. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh Muafakat Cawangan MRSM Muadzam Shah adalah hasil daripada kerjasama ahli jawatankuasa yang terdiri daripada para ibu bapa, guru-guru serta bekas pelajar MRSM. Sehubungan itu, dengan sukacitanya bersama-sama ini dibentangkan laporan aktiviti Muafakat Cawangan MRSM Muadzam Shah tahun 2023. 1. KEAHLIAN Badan Permuafakatan Ibu Bapa dan Pendidikan MARA (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Muadzam Shah mempunyai keahlian seramai 665 orang ketua keluarga dan 64 orang guru. 2. AKTIVITI MUAFAKAT CAWANGAN SEPANJANG TAHUN 2023. 1.1 KEHADIRAN MESYUARAT AJK MUAFAKAT (JUN 2023 – MEI 2024) BIL. NAMA JAWATAN 23/06/23 11/03/24 10/05/24 1 En. Nor Azman bin Amat Kalam YDP √ √ √ 2 En. Rashid bin Ka’ NYDP √ √ √ 3 Pn. Nur Izati binti Sulaiman Setiausaha √ PINDAH KE MRSM AG En. Muhammad Firdaus bin Muhammad Akib Setiausaha (dilantik Jan 2024) √ √ √ 4 Pn. Maratul Asyaraf Binti Jamal Pen. S/U (dilantik Jan 2024) X √ √ 21
5 Cik Norhatiin binti Sakuri Bendahari √ √ √ 6 En. Suhaimi Bin Mat Sulong @ Mustofa Pen. Bendahari √ √ X 7 En. Juhanizan bin Jasmani AJK (P) X X X 8 En. Mod Esha bin Mohd Samsi AJK (P) √ √ √ 9 En. Muzamil Alif Bin Mohamad AJK (P) √ √ √ 10 Pn. Munira binti Mohd Ali AJK (P) √ √ √ 11 Pn. Zafil Akmal binti Ismail AJK (P) X X X 12 Pn. Juriah binti Md Piah AJK (P) √ X √ 13 Pn. Junaidah Binti Mat Desa AJK (P) √ X X 14 En. Joharizal Bin Johari AJK (P) √ X X 15 Pn.Yusidawati Binti Md Yunus AJK (P) √ √ √ 16 En. Muhammad Amzar Asyraf Bin Sarikal Anuar AJK (G) √ X √ 17 En. Mohd Zain Bin Kandir AJK (G) √ X X 18 En. Rohaiza Binti Zainol AJK (G) √ X X 19 En. Saifulazreen bin Ishak AJK (G) √ X √ 1.2 AKTIVITI PERBELANJAAN MUAFAKAT SEPANJANG TAHUN 2023 BIL TARIKH AKTIVITI / PROGRAM SASARAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 1 Sepanjang tahun 2023 Bengkel Pemantapan Subjek Pelajar Ting. 5 2 Sepanjang tahun 2023 Perbelanjaan Bahan Pencetakan Semua Pelajar 3 Sepanjang tahun 2023 Majlis Apresiasi Pelajar 2022 & 2023 Semua Pelajar Terpilih 4 Januari 2023 Majlis Restu Ilmu SPM 2022 Pelajar Ting. 5 5 Januari 2023 Pesta SEM Type III Semua Pelajar 6 Januari & Disember 2023 Majlis Graduasi Pelajar Ting.5 7 Mac 2023 Hari Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 & 4 Ting.1 & Ting.4 8 Sepanjang 2023 Program Pentaksiran Subjek Ting. 3, 4 & 5 9 Jun 2023 Majlis Apresiasi Guru Semua Guru 22
10 Sepanjang tahun 2023 Perbelanjaan Elaun Staf Baitulhikmah (PSP) Pelajar Ting. 5 11 Sepanjang tahun 2023 Perbelanjaan setem surat Semua Pelajar PROGRAM PEMBANGUNAN HOMEROOM 1 Januari 2023 Majlis Apresiasi Homeroom & Kokurikulum 2022 Semua Pelajar 2 April 2023 Pertandingan Hari Bumi Semua Pelajar 3 Mei 2023 Sambutan Hari Raya Semua Pelajar 4 Mei 2023 Sambutan Hari Guru dan Pekerja Semua pelajar 5 Ogos 2023 Sambutan Hari Kemerdekaan Semua Pelajar 6 Ogos 2023 Aktiviti Perkelahan Homeroom Semua Pelajar 7 November 2023 Refreshment SPM 2023 Pelajar Ting.5 PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN INSANIAH 1 Sepanjang tahun 2023 Program Amal Islami Semua Pelajar 2 Ogos 2023 Kem Motivasi Pelajar SPM Pelajar Ting. 5 3 Ogos 2023 Program Khidmat Masyarakat Semua Pelajar Terpilih 4 November 2023 Program ‘Mock Interview’ Pelajar Ting. 5 PROGRAM KOKURIKULUM 1 Mei 2023 Kem Kepemimpinan Pelajar Unit SKP 2 Jun 2023 Minggu Aktiviti Semester 1 Semua Pelajar 23
3 September 2023 Majlis Apresiasi Kokurikulum Semua Pelajar 4 Ogos 2023 Kejohanan Bola Sepak NFDC (Zon Selatan & Timur) Semua Pelajar terpilih 5 Oktober 2023 Pembelian Blazer Badan Wakil Pelajar (BWP) Pelajar BWP 6 November 2023 Lawatan Kelab Debat Semua Pelajar terpilih 7 November 2023 Majlis Apresiasi Sekretariat Kepemimpinan Pelajar Unit SKP 8 Disember 2023 Kejohanan Silat Olahraga MRSM Se-Malaysia Semua Pelajar Terpilih KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR MAKTAB 1 Sepanjang tahun 2023 Mesin Air Bersih COWAY Warga Maktab 2 Sepanjang Tahun 2023 Menaiktaraf dan Penambaikan Fasiliti Asrama Unit asrama 3 Januari 2023 Penambahan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Unit asrama 4 September 2023 Penyelenggaraan Penyaman Udara Musolla Semua Pelajar 24
PERKARA 11.0 SENARAI PROGRAM DAN AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN DI BAWAH TAJAAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH BAGI TAHUN 2023 A. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK • Bengkel Pemantapan Subjek • Program Pentaksiran Subjek • Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar • Majlis Apresiasi Guru • Majlis Restu Ilmu • Pesta SEM Type III • Majlis Graduasi • Hari Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 & 4 • Perbelanjaan bahan pencetakan • Perbelanjaan setem surat • Elaun kakitangan pusat sumber B. PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN INSANIAH • Program Khidmat Komuniti • Program 'Mock Interview' • Program Amal Islami • Kem Motivasi Pelajar SPM C. PROGRAM PEMBANGUNAN HOMEROOM • Majlis Apresiasi Homeroom • Sambutan Hari Raya, Hari Guru dan Hari Pekerja • Aktivti Perkelahan Homeroom • Pertandingan Hari Bumi • Refreshment Pelajar SPM 2023 D. PROGRAM PEMBANGUNAN KO-KURIKULUM • Kem Kepimpinan Pelajar • Majlis Apresiasi Kokurikulum • Majlis Apresiasi Sekretariat Kepemimpinan Pelajar (SKP) • Kejohanan Pembangunan Bola Sepak NFDC (Zon Selatan & Timur) • Kejohanan Silat Olahraga MRSM Se-Malaysia (Zon Timur) • Lawatan Kelab Debat • Pembelian Blazer Pelajar Badan Wakil Pelajar (BWP) E. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR MAKTAB • Mesin Air Bersih COWAY • Penambahan kamera litar tertutup (CCTV) • Pembangunan fasiliti asrama • Pembaikan Penyaman Udara Surau Al-Faizin 25
PERKARA 12.0 LAPORAN KEWANGAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MUADZAM SHAH PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 Baki tunai pada 1 Januari 2023: Nota RM RM RM Baki tunai di bank 70 158.23 Baki tunai di tangan 421.75 70 579.98 Tambah: Penerimaan Yuran Pendaftaran Ahli Baru 1 4 060.00 Yuran Tahunan 9 570.00 Sumbangan Gemilang 47 740.00 Yuran tertunggak 81 799.00 Hibah 91.11 143 260.11 Jumlah Penerimaan Tolak: Pembayaran Program Kecemerlangan Akademik: Bahan Pencetakan 2 2 870.00 Bengkel Pemantapan Subjek 3 2 348.00 Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar 4 10 753.00 Majlis Restu Ilmu 5 3 016.00 Pesta SEM TYPE II 6 260.00 Majlis Graduasi 7 9 800.00 Hari Pendaftaran Pelajar baru 8 1 200.00 Elaun Staf PSP 9 850.00 Belanja setem surat 10 1 003.50 Majlis Apresiasi Guru 11 250.00 Program Pentaksiran Subjek 12 9 330.00 41 680.50 26
Program Pembangunan Homeroom: Sambutan Hari Raya 13 3 000.00 Sambutan Kemerdekaan 14 250.00 Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja 15 1 000.00 Aktiviti Perkelahan Homeroom 16 5 028.00 Pertandingan Hari Bumi 17 105.00 Refreshment SPM 2023 18 2 700.00 Majlis Apresiasi Homeroom & Kokurikulum 2022 19 6 500.00 18 583.00 Program Motivasi dan Kemahiran Insaniah: Program Amal Islami 20 730.00 Kem Motivasi Pelajar SPM 21 5 420.00 Program Khidmat Masyarakat 22 1 150.00 Program ‘Mock Interview’ 23 7 800.00 15 100.00 Program Kokurikulum: Lawatan Kelab Debat 24 805.00 Kejohanan Bola Sepak NFDC 25 8 480.00 Kejohanan Silat 26 510.00 Pembelian blazer BWP 27 450.00 Minggu Aktiviti Semester 1 28 1 140.00 Majlis Apresiasi Sekretariat Kepimpinan Pelajar 29 3 000.00 Kem Kepimpinan Pelajar 30 4 780.00 19 165.00 Kemudahan infrastruktur maktab: Mesin Air Bersih COWAY 31 16 276.00 Penambahan CCTV 32 9 800.00 Fasiliti Asrama 33 2 548.00 Pembaikan Penyaman Udara Surau 34 6 000.00 34 624.00 27
28 Perbelanjaan mengurus: Yuran MUAFAKAT Kebangsaan 35 3 433.50 Mesyuarat Agung Tahunan 36 8 567.00 Belanja pengurusan 37 1 600.00 Caj bank 75.50 13 676.00 Jumlah Pembayaran (142 828.50) Baki Tunai pada 31 Disember 2023 71 011.59 Baki tunai pada 31 Disember 2023: Baki tunai di Bank 70 574.34 Baki tunai di tangan 437.25 71 011.59
NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN NOTA PERKARA MASA AMAUN (RM) CATATAN 1 YURAN- YURAN Sepanjang Tahun 2023 143 260.11 • Penerimaan bayaran yuran MUAFAKAT ini terdiri daripada pembayaran yuran pendaftaran ahli baru RM20, yuran tahunan sebanyak RM 50 dan sumbangan program kecemerlangan sebanyak RM 200 setahun. Kesemua pendapatan inilah digunakan untuk menggerakkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti MUAFAKAT. 2 BAHAN PENCETAKAN Sepanjang tahun 2023 2 870.00 • Pembelian bahan pencetakan ini terdiri daripada kertas dan dakwat pencetakan. Ianya bertujuan untuk digunakan oleh guru untuk keperluan mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran supaya urusan PDPC berjalan lancar. 3 BENGKEL PEMANTAPAN SUBJEK Sepanjang tahun 2023 2 348.00 • Bengkel-bengkel subjek SPM seperti Pendidikan Agama Islam, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fizik dan lain-lain telah diadakan bagi membantu pelajar mendapat pendedahan dalam menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan. Bengkel ini dikendalikan oleh guru-guru cemerlang sama ada dari dalam mahupun luar maktab. 29
4 MAJLIS APRESIASI KECEMERLANG AN PELAJAR 2022 & 2023 Sepanjang tahun 2023 10 753.00 • Majlis ini merupakan program tahunan yang diadakan bagi menghargai dan meraikan pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Akhir Semester 2/2022 dan Peperiksaan Akhir Semester 1/2023 iaitu memperoleh PNG (Purata Nilai Gred) 3.50 dan ke atas. Majlis ini diharapkan dapat menyuntik semangat semua pelajar untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Pihak MUAFAKAT bersetuju menanggung sebahagian kos jamuan bagi majlis ini. 5 MAJLIS RESTU ILMU SPM 2022 Jan 2023 3 016.00 • Majlis ini bertujuan mengumpulkan pelajar, guru dan ibu bapa bagi sama - sama merestui calon SPM 2022. Antara pengisian program yang telah dilaksanakan di Musolla MRSM ialah bacaan yaasin, solat hajat, ucapan dari wakil pelajar dan juga pengetua serta diakhiri dengan sesi bersalam - salaman. Pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk menanggung kos perbelanjaan jamuan ibu bapa dan guru serta kos cenderahati kepada ibu bapa. 6 PESTA SEM TYPE II Jan 2023 260.00 • Pesta SEM (Schoolwide Enrichment Model) Type II merupakan satu aktiviti yang melatih kemahiran kognitif, kemahiran amalan belajar 30
dan melatih kemahiran kepimpinan dan komunikasi pelajar. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan kemahiran – kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar bagi memperkembangkan lagi minatnya. Pihak MUAFAKAT bersetuju memperuntukkan perbelanjaan bagi kos jamuan untuk aktiviti ini. 7 MAJLIS GRADUASI Januari & Disember 2023 9 800.00 • Majlis Graduasi merupakan satu program tahunan semua MRSM yang bertujuan untuk menghargai kecemerlangan pelajar tingkatan 5 sepanjang mereka belajar di MRSM. Perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak MUAFAKAT bagi program ini adalah pembelian cenderamata kepada pelajar. 8 HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU Mac 2023 1 200.00 • Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 dan 4 adalah hari dimana semua pelajar baru yang telah diterima masuk sebagai pelajar MRSM Muadzam Shah mendaftarkan diri bagi sesi persekolahan 2023. Pihak MUAFAKAT telah bersetuju memperuntukan kos perbelanjaan bagi makan dan minum guru dan staf yang terlibat, khidmat rela dan banner. 9 ELAUN STAF PUSAT SUMBER PEMBELAJARA N (PSP) Sepanjang tahun 2023 850.00 • Elaun ini diberikan kepada staf PSP. Tujuan elaun ini diberikan kerana staf yang terlibat perlu menjaga para pelajar terutamanya pelajar tingkatan 3 dan 5 yang ingin menggunakan PSP pada waktu malam iaitu pada jam 8.30 sehingga 10.30 malam. Asas perkiraan pembayaran elaun adalah RM25/jam. 10 BELANJA SETEM SURAT Februari 2023 1 003.50 • Pembelian setem ini digunakan untuk tujuan pengeposan slip keputusan peperiksaan kepada pihak ibu bapa para pelajar. 31
11 MAJLIS APRESIASI GURU Jun 2023 250.00 • Majlis ini dibuat sebagai tanda penghargaan terhadap usaha para guru dan pelajar yang telah bertungkus lumus dalam menghadapi peperiksaan SPM 2022. Pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk menanggung peruntukan jamuan seramai 50 orang. 12 PROGRAM PENTAKSIRAN SUBJEK Sepanjang tahun 2023 9 330.00 • Program Pentaksiran Subjek merupakan ujian praktikal yang perlu dihadapi oleh pelajar seperti ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Tilawah dan Hafazan serta Ujian Amali Sains bagi pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Sebagai penghargaan kepada para pentaksir yang bertugas sepanjang ujian dijalankan, pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk menampung kos perbelanjaan elaun pentafsir yang terlibat setiap kali sesi ujian diadakan. 13 SAMBUTAN HARI RAYA Mei 2023 3 000.00 • Majlis sambutan Hari Raya merupakan satu majlis tahunan yang diadakan di mana majlis ini dijalankan bagi meningkatkan hubungan silaturrahim sesama guru dan staf disamping dapat membantu dalam melancarkan lagi aktiviti – aktiviti maktab. Pihak MUAFAKAT bersetuju untuk menanggung kos jamuan bagi majlis ini. 14 SAMBUTAN KEMERDEKAAN Ogos 2023 250.00 • Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di peringkat maktab bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan seluruh warga maktab agar sentiasa sayang dan cinta akan negara. Pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk 32
menanggung kos salah satu aktiviti kemerdekaan iaitu jamuan makanan orang – orang dulu seperti ubi rebus, kopi, kelapa parut dan lempeng. 15 SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA Mei 2023 1 000.00 • Majlis sambutan Hari Guru merupakan satu majlis tahunan yang diadakan sekali dengan Hari Pekerja di mana majlis ini dijalankan bagi meningkatkan hubungan silaturrahim sesama guru dan staf disamping dapat membantu dalam melancarkan lagi aktiviti – aktiviti maktab. Pihak MUAFAKAT bersetuju untuk menanggung kos jamuan bagi majlis ini. 16 AKTIVITI PERKELAHAN HOMEROOM Ogos 2023 5 028.00 • Homeroom picnic by the lake merupakan satu aktiviti homeroom bagi memberi kesegaran minda setelah para pelajar menduduki ujian. Aktiviti ini adalah satu inisiatif Unit Homeroom Muadzam Shah untuk memberi peluang kepada guru penasihat Homeroom bersama ahli – ahli homeroom untuk bersua dalam bentuk yang santai tetapi bermanfaat. Pihak MUAFAKAT bersetuju memperuntukkan perbelanjaan jamuan yang terdiri daripada nasi lemak, aiskrim, popcorn, roti john dan air kotak. 17 PERTANDINGAN HARI BUMI April 2023 105.00 • Pertandingan ini merupakan satu aktiviti Homeroom setiap tingkatan bagi memberi peluang kepada ahli – ahli Homeroom untuk menyerlahkan idea disamping meningkatkan kreativiti pelajar. Aktiviti ini turut dimeriahkan lagi dengan jemputan 33
pasukan Renjer Hutan. Pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk menanggung peruntukan jamuan bagi tetamu jemputan iaitu pasukan Renjer Hutan seramai 15 orang. 18 REFRESHMENT SPM 2023 November 2023 2 700.00 • Pihak MUAFAKAT bersetuju membelanjakan kos refreshment sepanjang SPM berlangsung. Kos yang dinyatakan di atas ialah perbelanjaan makan pengawas ujian amali, pentaksir dan pengawas SPM bagi ujian bertulis yang melibatkan guru dari sekolah luar. Sepanjang peperiksaan berlangsung, individu yang terlibat seperti yang dinyatakan tersebut tidak mempunyai banyak masa untuk keluar makan pagi dan makan tengah hari. Perbelanjaan ini juga adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang terlibat sebagai pengawas amali, pentaksir dan pengawas ujian bertulis SPM. 19 MAJLIS APRESIASI HOMEROOM DAN KOKURIKULUM 2022 Januari 2023 6 500.00 • Majlis Apresiasi Homeroom dan Kokurikulum merupakan acara kemuncak bagi pelaksanaan aktiviti homeroom dalam sistem pengajian MRSM. Objektif program ini diadakan adalah untuk menghargai usaha guru-guru dan pelajar dalam menggerakkan homeroom dengan 34
pelbagai aktiviti kekeluargaan serta aktiviti kokurikulum. Antara perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak MUAFAKAT untuk program ini adalah hadiah dan cenderamata. 20 PROGRAM AMAL ISLAMI Sepanjang tahun 2023 730.00 • Antara program yang dijalankan oleh Unit Amal Islami adalah mengadakan Majlis Khatam Al – quran dan Iftar Perdana, ceramah solidariti Palestin dan juga ceramah Maulidur Rasul. Pihak MUAFAKAT telah menanggung kos jamuan bagi program – program tersebut. 21 KEM MOTIVASI PELAJAR SPM Jun 2023 5 420.00 • Kem motivasi Deep Mind Setting bagi pelajar SPM 2023 dirancang oleh Unit Gemilang Tingkatan 5 dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling. Antara aktiviti yang telah dirancang dalam program ini ialah muhasabah diri, ice breaking, latihan dalam kumpulan dan explorace. Kem ini telah dilaksanakan selama 3 hari di Pusat Latihan Felda Chini. Pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk memperuntukkan sebahagian kos perbelanjaan bagi menjayakan kem ini. 22 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT Ogos 2023 1 150.00 • Program Khidmat Masyarakat merupakan aktiviti yang dirancang untuk merapatkan hubungan dan mempromosikan MRSM Muadzam Shah kepada masyarakat luar. Aktiviti ini telah dilaksanakan di Pantai Penyabong dan Masjid Mersing. Pihak MUAFAKAT telah menampung kos makan dan minum, pembelian banner, peralatan pembersihan seperti plastik sampah 35
dan cenderamata kepada AJK Masjid Mersing. 23 PROGRAM ‘MOCK INTERVIEW’ November 2023 7 800.00 • ‘Mock Interview’ merupakan bengkel temuduga pelajar khususnya pelajar tingkatan 5. Dengan adanya bengkel ini, ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang persediaan dan tatacara menghadapi temuduga sebenar. Pihak MUAFAKAT bersetuju untuk menampung bayaran penceramah program yang mengendalikan bengkel ini. 24 LAWATAN KELAB DEBAT November 2023 805.00 • Lawatan ini merupakan lawatan sambil belajar yang bertujuan sebagai penutup kepada projek akhir Kelab Debat sekaligus memberi penghargaan kepada para pelajar. Antara tempat yang dilawati ialah Muzium Negara dan Muzium Kesenian Islam yang terletak di Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, pihak MUAFAKAT telah bersetuju memberi peruntukan bagi menampung keperluan pembelian tiket dan juga makan serta minum para pelajar dan guru yang mengiringi lawatan ini. 25 KEJOHANAN BOLA SEPAK NFDC Oktober 2023 8 480.00 • Kejohanan National Football Development Cup (NFDC) MRSM zon timur dan selatan telah diadakan di MRSM Muadzam Shah yang juga merupakan tuan rumah pada tahun ini. MRSM Muadzam Shah telah berjaya melayakkan diri untuk menghantar pasukan bola sepak bagi kategori pelajar bawah 14 tahun untuk menyertai kejohanan ini. 36
Pihak Muafakat telah bersetuju memperuntukkan kos perbelanjaan jersi pasukan bola sepak bawah 14 tahun serta peruntukan baju kepada petugas – petugas kejohanan yang terdiri daripada guru, staf dan helpers dalam kalangan pelajar. • Pihak MUAFAKAT juga telah bersetuju memperuntukkan kos perbelanjaan bagi jamuan kesyukuran sempena berakhirnya kejohanan NFDC MRSM zon timur dan selatan dengan jayanya dan penuh meriah. Jamuan ini dilaksanakan bagi menghargai usaha dan kerjasama yang baik antara guru, staf dan pelajar yang telah berjaya memberi komitmen yang cemerlang dalam menjayakan kejohanan ini sebagai tuan rumah. 26 KEJOHANAN SILAT Disember 2023 510.00 • MRSM Muadzam Shah telah menghantar wakil pelajar untuk menyertai Kejohanan Silat MRSM Se – Malaysia yang bertempat di MRSM Tun Ghazali Shafie. Peruntukan kewangan untuk bayaran penginapan jurulatih silat diperlukan bagi melancarkan kejohanan ini. Pihak MUAFAKAT bersetuju menampung kos penginapan jurulatih selama 3 hari. 27 PEMBELIAN BLAZER BWP Oktober 2023 450.00 • Pembelian blazer BWP (Badan Wakil Pelajar) 2023/2024 dilaksanakan bagi mewujudkan keseragaman pakaian rasmi badan kepimpinan pelajar supaya nampak lebih berketerampilan dan berdisiplin terutamanya semasa berlangsungnya mana – mana acara 37
rasmi yang melibatkan jemputan tetamu luar. Pihak MUAFAKAT bersetuju menampung sebahagian kos pembelian blazer bagi 18 orang pelajar BWP. 28 MINGGU AKTIVITI SEMESTER 1 Jun 2023 1 140.00 • Minggu Aktiviti Semester 1 2023 diadakan dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti di luar bilik darjah. Pelbagai program dan aktiviti diadakan untuk para pelajar secara dalaman dan juga terdapat program yang melibatkan jemputan organisasi, penceramah atau orang luar. Pihak MUAFAKAT bersetuju untuk menampung kos jamuan pemidato jemputan dari sekolah sekitar MRSM Muadazam Shah dan juga jamuan Majlis Perasmian dan Penutupan program ini. 29 MAJLIS APRESIASI SEKRETARIAT KEPIMPINAN PELAJAR (SKP) September 2023 3 000.00 • Majlis Penghargaan SKP diadakan bertujuan untuk menghargaai peranan dan tugas yang dilaksanakan oleh pelajar – pelajar SKP yang terdiri daripada BWP, LDP, JPA, BADAR, PRS, EMC, PPSP dan ALK. Pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk menaja kos jamuan majlis ini. 30 KEM KEPIMPINAN PELAJAR Mei 2023 4 780.00 • Kem Kepimpinan Siri 1 diadakan di MRSM Muadzam Shah manakala bagi Siri II diadakan di Pusat Latihan Felda Chini khusus kepada wakil kepimpinan pelajar sesi 2022/2023. Seramai 147 orang pelajar telah mengikuti kem ini yang 38
bertujuan membantu para pelajar memahami konsep kepimpinan pelajar dalam memimpin diri dan orang lain serta membina watak dan imej kepimpinan diri. Pihak MUAFAKAT bersetuju untuk menampung sebahagian bayaran kos jamuan, penginapan, pengangkutan, hadiah, cenderamata dan sijil. 31 MESIN AIR BERSIH COWAY Sepanjang tahun 2023 16 276.00 • Bagi memastikan pihak guru dan pelajar dibekalkan dengan bekalan air minuman yang segar dan bersih dan menjamin keselesaan pelajar semasa sesi Kokurikulum dan PDPC setiap hari, pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk membiayai kos penyelenggaraan bulanan bagi 13 unit mesin air Coway yang dipasang di sekitar blok akademik dan surau yang berharga RM1 456.00 sebulan. 32 PENAMBAHAN CCTV Januari 2023 9 800.00 • Berikutan peningkatan kes kecurian di asrama, pihak MUAFAKAT menerima positif idea dan pendapat daripada ibu bapa bagi membanteras kes kecurian daripada terus berleluasa dengan menambah sebanyak 72 CCTV. Selepas penambahan CCTV ini, jumlah keseluruhan CCTV yang ada di sekitar maktab adalah sebanyak 122. Pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk menampung segala perbelanjaan bagi penambahan CCTV. 33 FASILITI ASRAMA Sepanjang tahun 2023 2 548.00 • Fasiliti asrama melibatkan penambahbaikan segala prasarana yang perlu dinaiktaraf di asrama seperti mengecat dinding asrama dan pembelian tong air hitam bagi tujuan penyimpanan air bersih bagi menampung keperluan pelajar terhadap penggunaan air sewaktu 39
40 ketiadaan air di asrama seperti yang berlaku pada bulan Mei tempoh hari. Pihak MUAFAKAT telah mengambil inisiatif pantas dengan pembelian tong air hitam serta keperluan air mineral kepada pelajar sewaktu berlakunya gangguan bekalan air tersebut. 34 PEMBAIKAN PENYAMAN UDARA SURAU September 2023 6 000.00 • Surau Al – Faizin MRSM Muadzam Shah merupakan tempat di mana pelbagai program dan aktiviti kerohanian telah dijalankan bersesuaian dengan misi, visi dan matlamatnya iaitu bagi memastikan kecemerlangan pelajar di dunia dan akhirat. Namun begitu, disebabkan sistem penghawa dingin surau telah lama, ia mengalami kerosakan dan hal ini telah menimbulkan ketidakselesaan kepada para pelajar untuk beribadat dan melaksanakan program. Oleh itu, pihak MUAFAKAT telah bersetuju untuk menampung kos membaiki penyaman udara surau tersebut. 35 YURAN MUAFAKAT KEBANGSAAN September 2023 3 433.50 • Yuran MUAFAKAT Kebangsaan untuk tahun 2023 ialah RM 3 433.50. Jumlah bayaran yuran adalah RM5 bagi setiap orang pelajar dan guru. Duit ini terus disalurkan ke akaun MUAFAKAT Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Kelab. 36 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mei 2023 8 567.00 • Mesyuarat Agung MUAFAKAT dijalankan setiap tahun pada peringkat cawangan setiap negeri masing-masing. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berbangkit yang dikemukakan oleh para ibu bapa. Ia
diadakan di MRSM Muadzam Shah dan pihak MUAFAKAT memperuntukkan perbelanjaan sebelum perjalanan majlis sehingga selesai majlis seperti buku program, cenderahati, banner, jamuan dan pencucian. 37 BELANJA PENGURUSAN Sepanjang tahun 2023 1 600.00 • Bagi melicinkan perjalanan dalam menguruskan urusan badan perwakilan MUAFAKAT sesi 2023/2024, pihak MUAFAKAT bersetuju untuk mengeluarkan dana untuk tujuan pengurusan. Antara perbelanjaan yang terlibat adalah pembelian alat tulis, belanja mesyuarat ahli jawatankuasa MUAFAKAT, elaun perjalanan ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat kecil cawangan, elaun tahunan bendahari dan setiausaha. 41
42 Disediakan oleh, …………………………………. NORHATIIN BINTI SAKURI Bendahari PENGESAHAN PEMERIKSA KIRA – KIRA: Kami telah memeriksa rekod akaun MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah dan memperakui sepanjang pengetahuan kami bahawa penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 telah disediakan dengan betul dan menunjukkan kedudukan kewangan pertubuhan ini yang sebenar. ……………..……………………. MUSLIMAH BINTI MAHBOB Pemeriksa Kira – Kira 1 ……………………………………. ZAFIL AKMAL BINTI ISMAIL Pemeriksa Kira – Kira 2 Disahkan oleh, ………………………………………. NORAZMAN BIN AMAT KALAM Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan MRSM Muadzam Shah
43 PERKARA 13.0 SENARAI CADANGAN & USUL DIKEMUKAKAN BAGI MESYUARAT KALI KE 21, 2023 BIL NAMA IBUBAPA / PENJAGA USUL / CADANGAN ULASAN 1. PEMBAWA USUL ; PIHAK PENGURUSAN MRSM MUADZAM SHAH Mengusulkan agar mesyuarat bersetuju menerima semua perancangan aktiviti tahunan Maktab dan perancangan terutamanya aktiviti F5 Terutamanya bagi tahun 2024/2025. Peruntukan Belanjawan Perancangan Aktiviti tersebut di pohon, di bentang dan di Luluskan pada dasarnya semasa Mesyuarat AJK 11 Mac 2024. Perlu Pengesahan untuk melicinkan Perlaksanaannya. 2. PEMBAWA USUL ; MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MADZAM SHAH Mencadangkan agar mengekalkan kutipan sumbangan MUAFAKAT sebanyak RM150.00 satu Semester untuk Setiap Pelajar bagi Sesi Pengajian Tahun 2024/2025, sebagaimana ketetapan Mesyuarat Agung ke 21 Tahun 2023. Justifikasi: Mengambil kira kadar harga barangan dan perkhidmatan yang terus meningkat di pasaran kini. Untuk makluman, keperluan kebajikan Pendidikan Pelajar di Maktab, keperluan alatan, barangan asas dan perkhidmatan untuk menjalankan dan menggerakkan aktiviti serta melaksanakan program yang direncanakan perlukan dana dan kewangan yang tinggi. 2.1 Sumbangan MUAFAKAT termasuk Hal Ehwal Akademik, Pembangunan Pelajar ke Arah Kecemerlangan, Kokurikulum, Kemudahan dan Kebajikan Pelajar. 2.2 Kami mengambil kira secara pukal RM 350.00 termasuk Yuran se Tahun dan boleh dilunaskan secara ansuran. 2.3 Kami mohon pertimbangan hadirin meluluskan cadangan ini kerana mengambil kira bahawa setiap Pelajar tidak terkecuali akan menerima nikmat dan faedah dari sumbangan ini. Perlu Pengesahan Mesyuarat untuk Perlaksanaannya.
44 3. PEMBAWA USUL; MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MADZAM SHAH Mencadangkan agar mengekalkan kutipan sumbangan Yuran Kelas Tahsin Qiraati (Al Qur’an) MUAFAKAT sebanyak RM10.00 setiap Bulan (8 bulan) untuk Setiap Pelajar Muslim bagi sesi Pengajian Tahun 2024/2025.. Justifikasi: Sumbangan ini digunakan untuk menggerakkan dan menjalankan aktiviti Mengaji Al-Qur’an serta Mencantikkan Bacaannya bersama UstazUstazah MRSM ini. Semua Pelajar amat di galakkan mengikuti Program ini. Perlu Pengesahan Mesyuarat untuk Perlaksanaannya. 4. WAN ROSMADIY BIN WAN YUSOF (F4) FARINA BINTI ZAMANI (F3) KAMAL BIN K. KUNHI MOHD (F1) Mengkaji semula kadar bayaran sumbangan tahunan Muafakat. Mengambil kira kadar harga barangan dan perkhidmatan yang terus meningkat di pasaran kini. Untuk makluman, keperluan kebajikan Pendidikan Pelajar di Maktab, keperluan alatan, barangan asas dan perkhidmatan untuk menjalankan dan menggerakkan aktiviti serta melaksanakan program yang direncanakan perlukan dana dan kewangan yang tinggi. 4.1 Sumbangan MUAFAKAT termasuk Hal Ehwal Akademik, Pembangunan Pelajar ke Arah Kecemerlangan, Kokurikulum, Kemudahan dan Kebajikan Pelajar. 4.2 Kami mengambil kira secara pukal RM 350.00 termasuk Yuran se Tahun dan boleh
45 dilunaskan secara ansuran. 4.3 Ketetapan meluluskan kadar sumbangan diperolehi secara majoriti pada AGM ke 21 2023 lalu mengambil kira bahawa setiap Pelajar tidak terkecuali akan menerima nikmat dan faedah dari sumbangan ini. 5. ABDUL RAHIM BIN HASHIM (F1) MUKHRIZ BIN MOHD KAMAL KANNAN (F4) KAMAL BIN K. KUNHI MOHD (F1) AMIHASLINDA AWANG MOHD (F1) SITI FATIMAH BINTI MAZLAN (F1) SHEIKH ALKASIMI BIN SHEIKH ATIAH (F1) ZAINI BIN HARON (F1) • Di harap pihak MARA dapat membaikpulih fasiliti di MRSM Muadzam Shah demi untuk keselesaan pelajar-pelajar seperti menaiktaraf kelengkapan asrama dan tandas yang sudah rosak. Setiap kali sebelum cuti akhir semester, pihak pengurusan asrama akan meminta pelajar menyenaraikan kerosakan di bilik asrama masing-masing untuk tujuan baik pulih. Kerja gotong-royong proses baik pulih fasiliti asrama dilakukan bersama k/tangan sokongan sebelum kedatangan pelajar bagi sesi akademik yang baru. Penyelenggaraan fasiliti sentiasa dilakukan berdasarkan laporan yang diterima. Kebersihan tandas dan kawasan persekitaran dibuat oleh bahagian pencucian CBBK dan pemantauan secara berkala dilakukan. Pelajar-pelajar perlu bertanggungjawab sama ke atas semua kemudahan terutama di bilik air; pintu-
46 pintu tandas dan kepala pili air. 6. AZIAH ZAINI (F2) NOR SHAFINNA BINTI MOHAMED SHARIFF (F2) HAZRUL AMRI BIN HASSAN (F1) Memohon pihak koperasi sentiasa menyelenggara mesin cuci dan menambah bilangan mesin cuci di dobi untuk meningkatkan kualiti pencucian(basuhan) yang tidak memuaskan. Pihak koperasi sentiasa menyelenggara mesin cuci setiap kali cuti akhir (Semester 1 & 2) dan pengantian mesin cuci yang terdapat di dalam aspura/aspuri akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Pihak pengurusan maktab sedang merancang untuk mewujudkan kemudahan dobi layan diri “Clean Pro’ bagi kegunaan para pelajar yanvg memerlukan. Mohon pelajar tidak mencampur-aduk pakaian yang terlalu kotor serta berbau. 7. MOHAMAD FIRDAUS BIN NORDIN(F1) Minta kurangkan pedas masakan di Dewan Selera. Telah dimaklumkan kepada pihak Pengurusan Dewan Selera (DS). Sentiasa di adakan pemantauan secara berkala oleh pihak pengurusan asrama agar mengikut piawaian serta kontrak Perkhidmatan Penyediaan Makanan. 8. FAIDZAL BIN WOK AZMI (F3) ROSLINA BT RASID (F1) HAZRUL AMRI BIN HASSAN (F1) Meletakkan mesin penapis air berdekatan di aspura/aspuri. Di maktab, terdapat 13 unit mesin penapis air “coway” iaitu : – 1 unit (bilik guru) – 1 unit (pejabat) – 3 unit (surau) – 5 unit (bangunan 2 tingkat (tingkatan 1,2,4) & bengkel)
47 – 3 unit (kelas pelajar tingkatan 3 & 5) Faktor keselamatan pelajar (air panas) perlu di ambil kira. Pihak Dewan Selera telah menyediakan bekas air yang besar berhampiran aspura/aspuri bagi kegunaan pelajar. 9. AMIRUDDIN GHAZALI (F1) Cadangan agar pihak muafakat dapat menambah baik kemudahan dan keselesaan surau pelajar terutama penghawa dingin semasa solat. Perancangan untuk menaik taraf Musolla Al Faizin akan dilaksanakan dari masa ke semasa. IbuBapa yang mempunyai kepakaran bidang Penghawa Dingin serta yang sudi menyumbang Unit Pendingin Hawa amatlah di alu-alukan. 10. HUSSIN BIN SALLEH (F3) LOQMAN BIN AZMI (F1) MAHYA BIN MASROM (F1) MUKHRIZ BIN MOHD KAMAL KANNAN (F4) FAIDZAL BIN WOK AZMI (F3) ROSLINA BT RASID (F1) Memberi kebenaran penggunaan telefon bimbit asas pada hari Minggu (Sabtu atau Ahad) bagi memudahkan ibubapa menghubungi anak. Tiada keperluan penggunaan telefon yang mendesak dan kemudahan telefon awam boleh didapati di sekitar maktab dan asrama. - 10 unit Helogeng (5 Aspura & 5 Aspuri) - 10 unit Etisalat (1 Dewan Selera, 4 Aspuri & 3 Aspura serta 2 blok Akademik) Sukar untuk mengawal penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan pelajar. Kawalan ‘Kendiri’ Pelajar masih di tahap yang belum
48 memuaskan hati semua pihak; rakan-rakan pelajar, Warga MuSHA dan Pentadbir. 11. MUKHRIZ BIN MOHD KAMAL KANNAN (F4) • Mencadangkan agar pihak sekolah atau muafakat menyediakan CCTV yang banyak di tempat penginapan pelajar bagi memantau aktiviti yang dilakukan oleh pelajar serta membendung kes-kes kecurian. • Mencadangkan agar wakil dari muafakat perlu ada dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Pelajar agar tiada hukuman berat sebelah dilakukan dan dapat dilakukan dengan telus. • Penggunaan kad debit perlulah di selaraskan sepenuhnya di kafe atau di koperasi bagi membendung kes-kes kecurian dan kehilangan. • Sentiasa di adakan pemantauan secara berkala oleh pihak pengurusan asrama dan tambahan CCTV sejumlah keseluruhan 120 unit termasuk di ASPURA dan ASPURI; diharapkan dapat membendungkan masalah kecurian di asrama. Jumlah CCTV di maktab : – Aspura (42 unit) – Aspuri (32 unit) – Bilik guru (8 unit) – Dewan Selera (16 unit) – Lain-lain (22 unit) – CCTV kerap di pantau rakamannya. Mohon IbuBapa menasihatkan anak-anak pelajar senantiasa berhatihati dan bertanggungjawab ke atas barangan masing-masing, bernilai atau seumpamanya serta Pelajar sedia maklum dan telah dinasihatkan tidak memegang banyak tunai. • MRSM di seluruh Malaysia mengikut garis panduan Buku Pengurusan Disiplin Pelajar yang telah ditetapkan oleh pihak