KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)
TEORI PSIKOANALITIK
NAMA: AHMAD KHAIRUL HUSNY BIN AHMAD FAUZIAN
NO.MATRIK: 20160096
KURSUS: DIPLOMA KAUNSELING (SEMESTER 2) 2020/2021(2)
PENSYARAH: PUAN NURUL HAFIZA BINTI MAT DAUD
PENGENALAN
Teori psikoanalitik telah wujud sejak tahun 1880-an. Teori
ini dikendalikan oleh Sigmund Freud dengan menggunakan
kaedah hipnosis semasa rawatan bagi pesakit histeria.
(Contoh kaedah hipnosis)
KONSEP UTAMA TEORI
Pandangan Terapi Psikoanalitik Terhadap Kejadian Sifat Manusia.
❖ Psikoanalitik merupakan pendekatan yang muncul dalam tiga pendekatan psikologi yang utama. Antaranya ialah
pendekatan tingkahlaku (behaviorism) dan pendekatan kewujudan kemanusiaan (humanistic).
❖ Freud telah menegaskan bahawa manusia dilahirkan dengan dorongan naluri dalaman yang
bersifat biologi atau kebinatangan. Naluri ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
naluri seksual dan naluri pembinasaan atau naluri mati.
❖ Dari sudut pandangan yang lain, psikoanalitik telah memberi penekanan pada bahagian tidak sedar, peranan
naluri, peranan asas keluarga, tekanan-tekanan dinamik, dan pembentukan personaliti. Pendekatan ini juga telah
memberi perhatian kepada proses-proses dalaman individu, tingkah laku luaran, pengalaman masa lampau dan
kini, dan keadaan sosial seseorang.
PRINSIP UTAMA TINGKAH LAKU MANUSIA
KESERONOKAN
PENGURANGAN PRINSIP REALITI
AKTIVITI
POLARITI MENGURANGKAN
KETEGANGAN
➢ PRINSIP KESERONOKAN
- Tingkah laku untuk mengelakkan pengalaman yang menyakitkan dan mendapat
keseronokan.
➢ PRINSIP REALITI
- Penyesuaian tingkah laku untuk melihat batasan realiti dan tidak bertindak
mengikut rasa hati
➢ PRINSIP MENGURANGKAN KETEGANGAN
- Manusia hadapi konflik yang melibatkan pemilihan antara keseronokan dan
realiti.
➢ PRINSIP POLARITI
- Manusia menemui nilai dalam kehidupan seperti baik,buruk,salah,hidup,mati
dan sebagainya.
➢ PRINSIP PENGURANGAN AKTIVITI
- Manusia malakukan tindakan hasil pelaziman dan mereka lebih cenderung
mengulangi apa-apa aktiviti untuk menyelesaikan permasalahan kehidupan.
KONSEP DAN TEMA UTAMA TEORI PSIKOANALITIK
(TAHAP KESEDARAN dan STRUKTUR PERSONALITI)
TAHAP KESEDARAN
Sigmund Freud telah membahagikan tiga tahap kesedaran yang ada di dalam diri seseorang manusia
iaitu :-
❖ ALAM SEDAR
❖ ALAM PRA SEDAR
❖ ALAM TIDAK SEDAR
PERSAMAAN PEMIKIRAN MANUSIA DENGAN STURKTUR ‘ICEBERG’
Alam sedar
Alam pra sedar
Alam tidak sedar
❖ ALAM SEDAR
- Alam sedar merupakan tahap dimana ia merangkumi apa sahaja yang seseorang sedari tentang perkara-perkara tertentu.
Ia berkaitan dengan permikiran, sensasi, perasaan, dan ingatan. Dengan erti kata lain apa-apa yang kita sedang rasakan,
ingatkan, dan fikirkan pada masa kini. Semua perkara ini adalah perkara yang kita sedar sepenuhnya. Contohnya kita
sedang gembira, marah, sedih, sepi, lapar, kenyang, inginkan sesuatu dan sebagainya.
❖ ALAM PRA SEDAR
- Alam pra sedar ialah tahap dimana ia mengandungi ingatan-ingatan yang tidak disedari pada masa kini, tetapi ingatan-
ingatan tersebut dapat dan boleh disedari melalui proses memberi perhatian dan mengingat semula. Contohnya katakanlah
kita tidak ingat apa warna baju yang telah kita pakai semalam, tetapi perkara ini sebenarnya kita boleh mengetahui
dengan mengingati semula, kesannya proses ingatan itu dapat membuatkan diri kita sedar. Alam pra sedar ini berada di
antara alam sedar dan alam tidak sedar.
❖ ALAM TIDAK SEDAR
- Alam tidak sedar ini menurut Freud adalah merupakan tahap yang paling penting. Pada tahap ini, ingatan-ingatan yang
tersimpan pada masa dahulu disisihkan atau dilupakan daripada tahap sedar disebabkan tersimpannya naluri, rangsangan,
dan kenangan-kenangan yang buruk serta emosi yang berkaitan dengan trauma yang kita tidak mahu mengingatinya.
Freud mengatakan bahawa hanya pakar sahaja yang boleh memahami tahap alam tidak sedar seseorang berdasarkan
teknik perkaitan bebas (free association).
STURKTUR PERSONALITI
Dalam memahami pemikiran manusia, Freud telah menyatakan konsep-konsep personaliti ini mempunyai
tiga sistem yang berkait antara satu sama lain. Sistem ini berfungsi dalam membentuk personaliti seseorang
yang merangkumi cara-cara berfikir dan tingkahlaku.
Id Ego Superego
Id
-Id merupakan tempat terletaknya dorongan biologikal dan tenaga-tenaga naluri.
-Id ini diwarisi, bersifat primitif, dan tidak boleh disedari, ia terletak pada tahap alam tidak sedar. Naluri-naluri yang terdapat
pada sistem id dapat diklasifikasikan kepada dua, iaitu naluri hidup (eros) dan naluri mati (thanatos).
-Naluri hidup ialah naluri seperti seksual, lapar dan sebagainya dimana ia membantu manusia untuk terus hidup (survival),
manakala naluri mati pula ialah naluri penghancur dimana manusia mempunyai hasrat dan kehendak untuk mati.
Daripada kedua-dua huraian tersebut dapat dikatakan bahawa naluri daripada Id adalah terdiri daripada naluri seperti seksual,
gesaan biologikal, impuls kelangsangan dan juga kehancuran.
-Id merupakan sumber asal libido, iaitu satu tenaga psikik yang berfungsi untuk menggerakkan pemikiran dan tingkah laku
seseorang. Id beroperasi berlandaskan kepada prinsip kenikmatan dengan mencari kepuasan dan mengelak kesakitan.
Dalam mencapai matlamat itu tidak semuanya naluri dapat dipuaskan, kesannya timbul ketegangan dan pergelutan.
-Untuk mengurangkan ketegangan tersebut, id menggunakan proses pemikiran asas atau premier (primery process) dengan
cara membentuk dan membayangkan objek yang diingini.
Sebagai contoh apabila kita dalam keadaan mengantuk kita mungkin akan membayangkan diri kita tidur di atas katil yang
empuk ataupun bila kita lapar kita akan membayangkan makanan.
Ego
-Ego iaitu bahagian personaliti yang mempunyai sifat realistik, rasional dan logikal.
-Ia bertindak seolah-olah seperti kuasa eksekutif dan pengawal kepada tindakan-tindakan fikiran dan tingkah laku
yang sesuai dengan keadaan persekitaran.
-Ego beroperasi berlandaskan kepada prinsip realistik kerana ia perlu mencari jalan yang realistik dan pertimbangan
wajar dalam memenuhi keperluan dan dalam masa yang sama cuba mengelak masalah yang disebabkan oleh fikiran
dan tingkah laku yang bersifat mementingkan diri sendiri.
-Bagi memenenuhi kehendak id, ego yang menjalankan fungsi realistik akan melihat halangan-halangan di dalam
persekitaraan dalam konsep dunia yang nyata. Dalam strategi ego untuk menyelesaikan masalah yang wujud, ego
menggunakan proses pemikiran sekunder (secondary process) dengan cara tertentu.
-Sebagai contoh apabila kita rasa mengantuk, ego yang ada pada diri kita akan membuat keputusan sama ada kita
harus pergi membasuh muka, minum air kopi ataupun membuat senaman ringan bagi menghilangkan rasa mengantuk.
Superego
-Superego merupakan komponen personaliti yang mempunyai nilai moral. Menurut Freud, Id dan Ego tidak mempunyai
nilai-nilai moral dimana Id cuba bertindak memenuhi kepuasan segera dan mengelak kesakitan, Ego pula cuba mencari jalan
realistik memenuhi keperluan tersebut tetapi sebenarnya tidak mengambil kira sama ada cara-cara tersebut betul ataupun
salah pada pandangan sistem sosial seperti dalam moral masyarakat, agama budaya dan sebagainya.
-Superego akan bertindak mendesak Id untuk tidak mengeluarkan impuls kepuasannya untuk mencapai kenikmatan semata-
mata, Superego juga akan mengawal ego agar dapat mengikuti nilai-nilai moral yang dipegang oleh masyarakat sekeliling.
-Superego dapat dibahagikan kepada dua komponen iaitu hati nurani (conscience) dan ego ideal.
-Dari sudut pandangan Freud, hati nurani adalah merupakan kesemua tingkah laku yang menyebabkan kanak-kanak dihukum
dan kesannya mereka akan rasa bersalah.
-Ego ideal pula adalah merupakan kesemua tingkah laku yang menyebabkan kanak-kanak dipuji dan diberi ganjaran,
kesannya mereka akan berasa bangga dan mendapat kepuasan. Dalam erti kata lain, ego ideal ini diperolehi daripada
perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk memberi satu kebanggaan kepada diri sendiri.
-Secara ringkasnya kedua-dua komponen Superego ini membantu dalam pembentukan Superego, dan ia terhasil daripada
proses ganjaran dan hukuman.
TEKNIK TEORI PSIKOANALITIK
Bagi melancarkan proses kaunseling maka pendekatan psikoanalitik
telah menggariskan lima kaedah.
➢ Perkaitan Bebas (Free Association)
➢ Pentafsiran (Interpretation)
➢ Tafsir Mimpi (Dream Analysis)
➢ Analisa Penahanan
➢ Analisa Pemindahan
Perkaitan bebas (Free Association)
• Kaunselor akan cuba menenangkan fikiran klien. Contoh:-
• Klien digalakkan untuk meluahkan segala isi * Kaunselor meminta klien bercakap apa yang terlintas di
hati dan perasaannya yang tidak logik dan tidak mindanya berkaitan ‘ibu’ tanpa sebarang batasan. Perkara-
rasional. perkara bawah sedar akan memasuki pemikiran sedar dan
kaunselor akan terokai isu yang timbul dengan membuat
• Perkaitan bebas ini digunakan untuk mengingat tafsiran. Jika klien menggunakan mekanisme bela diri,
dan meluahkan emosi yang berkaitan masa lalu. kaunselor akan berusaha membuang halangan ini.
• Proses ini dikenali sebagai katarsis. * Sekiranya klien terus bertindak memendam perasaan sebenar
terhadap ibunya walaupun dia sebenarnya terluka, maka
kaunselor akan menyedarkan bahawa dia perlu menghadapi
perasaan tersebut dengan bercakap tentangnya.
Pentafsiran (Interpretation)
• Pentafsiran ialah prosedur asas yang digunakan Contoh Dialog:-
untuk menganalisis perkaitan bebas, mimpi,
penahanan dan pemindahan. * Kaunselor: “awak merasakan seolah diri awak
selalu ditimpa malang. Sejak kecil hingga sekarang
• Kaunselor perlu memberi petunjuk, penjelasan, dan awak terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dalam
nasihat kepada klien tentang makna-makna tingkah hidup sehingga ada kalanya awak rasa seperti ingin
laku yang dimanifestasikan. mengalah. Tetapi hakikatnya awak tidak pernah
mengalah. Apa yang saya lihat kekuatan awak untuk
• Pentafsiran kaunselor membawa klien kepada celik meneruskan kehidupan dan sikap awak yang tidak
akal dan sedar segala yang terpendam di dalam pernah putus asa. Awak sangat beruntung kerana
dunia tidak sedar klien. memiliki semangat yang kental itu.”
Tafsir Mimpi (Dream Analysis) Contoh:-
• Digunakan untuk mendedahkan bahan-bahan * Seseorang klien bermimpi berada dalam sebuah
tidak sedar kline dan memberi celik akal klien rumah yang besar dan mewah tetapi klien tidak
untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat berasa seronok berada dalam rumah tersebut kerana
diselesaikan. hatinya lebih tertarik kepada keindahan di luar
tingkap. Ini mungkin membawa maksud bahawa
• Fread beranggapan mimpi adalah ‘jalan di raja klien inginkan kebebasan walaupun kehidupannya
ke alam tidak sedar’ kerana dalam mimpi dirasakan agak sempurna. Klien mungkin mencari
terdapat manifestasi perkara atau peristiwa sesuatu yang baru dalam kehidupannya selain
yang tidak biasa muncul dalam alam sedar. daripada yang telah dimiliki.
Analisa penahanan Contoh Dialog:-
• Penahanan adalah keadaan tidak mahu atau * Klien: “Saya rasa sesi kaunseling ini tidak akan
tidak berupaya melahirkan perasaan. membawa makna apa-apa kepada saya. Tidak guna
kamu cuba membantu saya.”
• Penahanan dilihat sebagai dinamika alam
tidak sedar yang cuba melindungi daripada * Kaunselor: “Saya boleh faham perasaan awak.
menjadi sedar. Awak rasa sesi itu tidak akan dapat membantu
menyelesaikan masalah awak. Boleh awak terangkan
• Selagi penahanan ini tidak diatasi maka kepada saya kenapa awak berfikir begitu?”
selama itulah klien akan mengalami
kerisauan dan permasalahan.
• Oleh itu, kaunselor perlu menjelaskan
perkara ini dan klien mesti menghadapinya
sekiranya ingin menyelesaikan konflik yang
dihadapi.
Analisa Pemindahan Contoh:-
• Dalam pemindahan ini, klien akan * Apabila klien berkata:
memindahkan perasaan dan pengalaman “Saya tidak suka awak,awak macam ayah saya.”
yang dialami semasa zaman kanak-kanak.
* Kaunselor perlu teroka:
• Kaunselor pula akan menggalakkan “Boleh awak cerita tentang ayah awak? Kenapa
pemindahan neurosis dengan bersikap awak kata saya seperti ayah awak?”
neutral, objektif dan pasif.
• Kaunselor akan cuba memahami dan
mentafsir curahan perasaan dan pengalaman
ini supaya klien sedar akan sebab-sebab
berlakunya tindakan yang tidak rasional
dalam dirinya selama ini.
HUBUNGAN TERAPUTIK
PERANAN PERANAN HUBUNGAN
KAUNSELOR KLIEN ANTARA
KLIEN DAN
KAUNSELOR
PERANAN KAUNSELOR
➢ Menyedarkan klien dari alam tidak sedar kedapa alam sedar.
➢ Membina semula asas personaliti.
➢ Membantu klien mengurangkan tekanan akibat daripada pengalaman masa lampau.
➢ Membantu klien menghadapi konflik akibat ingin melupakan atau menghindarkan
pengalaman pahit masa lampau.
➢ Bertanggungjawab mengajar klien memahami apa yang berlaku dalam diri klien agar
ia mencapai celik akal mengenai masalah yang dihadapinya.
PERANAN KLIEN
➢ Bersedia dan komited untuk melibatkan diri dalam proses
kaunseling yang intensif.
➢ Bersedia menurut peraturan-peraturan biasa dalam
psikoanalisis seperti berbaring di atas katil selama satu jam
setiap kali psikoanalisis dilakukan.
➢ Bersetuju secara ikat kontrak untuk membayar yuran-yuran
tertentu, dan menghadiri sesi-sesi yang ditetapkan dan
bercakap.
HUBUNGAN ANTARA KLIEN DENGAN
KAUNSELOR
➢ Memahami tanggungjawab masing-masing. Kaunselor sebagai pemudah cara
untuk membantu klien dan klien perlu memberi kerjasama yang baik dengan
kaunselor.
➢ Tugas utama kaunselor ialah membawa perkara bawah tidak sedar kepada bawah
sedar.
➢ Dua fokus utama dalam terapi ini ialah penggunaan perkaitan bebas dan
transferen.
➢ Klien digalakkan untuk mencurahkan segala yang terpendam selama ini kepada
kaunselor. (transferen)
➢ Kaunselor akan memerhati, mendengar, dan mentafsirkan perkaitan bebas
tersebut dari masa ke semasa.
➢ Melalui proses ini kaunselor dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh
klien. Kadang-kadang berlaku luahan hati kaunselor kepada klien. (kaunter
transferen). Kaunselor perlu mengelak daripada perkara ini terjadi.
➢ Klien perlu membuat refleksi dan memberi maklum balas kepada pentafsiran
tersebut.
➢ Hubungan yang erat mesti diwujudkan antara kaunselor dan klien sehingga
klien yakin dan percaya kepada kebolehan kaunselor dan untuk mengelak
kaunter transferen berlaku.
SEKIAN
TERIMA KASIH