1 KOD DAN NAMA PROGRAM G452-002-2:2018 LIGHT VEHICLE - REPAIR SERVICE TAHAP T2 KOD DAN NAMA UNIT KOMPETENSI G452-002-2:2018-C02 VEHICLE ENGINE SERVICE NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA 1. CHANGE LUBRICATION OIL & OIL FILTER 2. CHANGE ENGINE DRIVE BELT AND TENSIONER 3. INSPECT EXHAUST SYSTEM COMPONENTS CONDITION 4. CHANGE AIR FILTER 5. CHANGE FUEL FILTER 6. CHANGE SPARK PLUGS NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 1 Drp : 12 TAJUK : PROSEDUR MENUKAR MINYAK PELINCIR DAN PENAPIS MINYAK PELINCIR TUJUAN : Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang asas arahan kerja (job order), jadual buku penyelenggaraan (schedule maintenance service booklet), peralatan menukar minyak pelincir dan penapis minyak pelincir, asas minyak pelincir dan penapis minyak kenderaan serta asas penapis minyak pelincir. JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN
2 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 2 Drp : 12 PENERANGAN : Pelinciran adalah satu siri asas (basic element) bagi sesuatu mesin atau jentera. Jika tidak memenuhi syarat-syarat yang diingini oleh enjin ia akan cepat rosak. Kebiasaanya enjin akan bekerja pada tekanan suhu yang tinggi. 1) ASAS ARAHAN KERJA (JOB ORDER) 1.1) Fungsi arahan kerja Job order ialah keperluan asas kerja yang perlu dilaksanakan dalam keadaan di mana semua keperluan asas penguna dan pusat servis dapat dipenuhi bertujuan menghasilkan pelbagai kerja yang berbeza dan berkualiti, memberi kepuasan pada pihak penguna dan pusat servis pada tempoh yang telah ditetapkan. Beberapa contoh pusat servis yang berdaftar dengan syarikat pembuat akan mempraktikkan sistem job oder. Industri jenis ini memerlukan sistem penetapan harga dasar yang boleh mengenakan bayaran secara berasingan kepada setiap kerja pembaikan yang dilaksanakan dan pengantian alatganti. Ia bertujuan untuk menentukan harga setiap kerja yang dihasilkan secara berasingan. Ringkasnya, tujuan job oder diwujudkan bertujuan untuk mengelakan daripada kedua-dua pihak tidak puashati dan dapat menjelaskan dengan tepat masalah yang telah dapat diatasi. Job Order diisi oleh penasihat servis (servis advisor). 1.2) Jenis arahan kerja a) Jenis manual. b) Pesanan pembaikan berkomputer (computerised repair order). c) Pesanan pembaikan elektronik (electronic repair order).
3 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 3 Drp : 12 1.3) Format dan maklumat arahan kerja Perkara yang penting dalam arahan kerja ialah a) Nama dan maklumat pusat servis( logo, alamat, nombor telefon, nombor faks). b) Maklumat pelanggan (nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan alamat) c) Maklumat kenderaan (nombor pendaftaran, nombor chasis, nombor enjin). d) Maklumat mekanik yang melakukan kerja. e) Masalah kenderaan.
4 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 4 Drp : 12 Rajah 4 : Contoh job order Rajah 1: Contoh Job Order MANTAINENCE JOB ORDER Nama pelanggan Jenis kenderan No. Enjin Milleage KM Penasihat Servis No Tel. No pendaftaran Tarikh hantar Kerosakan Tarikh baiki Tarikh siap Servis yang perlu dilakukan Servis yang dilakukan Komen No. Butiran Kerja Alatganti Anggaran Harga 1 2 3 4 5 Kerja disiapkan oleh Jumlah Harga Kerja disahkan oleh Tax Tarikh disahkan Jumlah harga keseluruhan Walk - in CBJ Appointment Breakdown Alamat syarikat Logo syarikat Penasihat Servis Nama: Tarikh: Pelanggan Nama: Tarikh:
5 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 5 Drp : 12 2) JADUAL BUKU PENYELENGGARAAN (SCHEDULE MAINTENANCE SERVICE BOOKLET) 2.1) Fungsi jadual Fungsi jadual ini adalah untuk untuk mencatat segala maklumat pemilik kenderaan, kenderaan, komen-komen mekanik, service advisor dan senarai bahan dan upah. Rajah 2 : Contoh Schedule Maintenance Service Booklet
6 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 6 Drp : 12 3) PERALATAN MENUKAR MINYAK PELINCIR DAN PENAPIS MINYAK PELINCIR Melakukan servis pada kenderaan merupakan tugas yang penting bagi seorang mekanik.Kerja servis seperti pemeriksaan paras minyak pelincir, penukaran minyak pelincir dan penapis, pemeriksaan dan penukaran talisawat, pemeriksaan sistem penyejuk dan lain lain servis berkala. 3.1) Hand tools Rajah 3: Contoh Hand Tools 3.2)Floor jack and safety stand Rajah 4 : Contoh Floor Jack And Safety Stand
7 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 7 Drp : 12 3.3) Oil filter wrench Rajah 5 : Contoh Oil filter wrench 4) ASAS MINYAK PELINCIR DAN PENAPIS MINYAK KENDERAAN 4.1)Fungsi sistem pelinciran Minyak pelincir diadakan bagi tujuan untuk melancarkan pergerakan komponen enjin yang bergerak bagi tujuan mengelakkan kehausan pada komponen enjin yang bergerak. 4.2)Jenis-jenis sistem pelinciran Terdapat tiga (3) jenis didalam sistem pelinciran diantaranya ialah : a) Jenis simbah Digunakan dalam enjin kereta lama dan enjin empat lejang bagi mesinmesin kecil seperti mesin rumput. b) Jenis daya bekal/tekanan Jenis ini digerakkan oleh pam minyak pelincir. c) Jenis gabungan simbah dan tekanan Jenis ini menggabungkan kedua dua jenis di atas.
8 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 8 Drp : 12 4.3) Susun atur sistem pelinciran Rajah 3 : Susun Atur Sistem Pelinciran 4.4)Komponen sistem pelinciran a) Takungan minyak pelincir (oil sump) Tempat takungan minyak pelincir. b) Penapis minyak pelincir (oil filter) Menentukan dan menapis minyak dari kekotoran yang akan merosakkan bahagian enjin. c) Pam minyak pelincir (oil pump) Menyediakan tekanan dan mengepam minyak ke bahagian bergerak. Terdapat tiga (3) oil pump iaitu i) Rotor pump (trokoid). ii) Gear pump. iii) Plunger pump. iv) Vane pump. d) Suis tekanan minyak pelincir (oil pressure switch) Memberitahu kepada penjaga enjin samada enjin berjalan pada tekanan yang tetap dan betul.
9 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 9 Drp : 12 4.5)Viscocity pelinciran a) Viscocity Pengukuran viscosity sentiasa dibuat dengan ketentuan suhu. Pada amnya minyak menurun (bertambah cair) apabila dipanaskan. Alat yang digunakan untuk mengukur ialah viscometer iaitu saybolt universal dan viscometer tube. b) Viscocity Index Kaedah bernombor bagi menetukan tahap mana viscosity minyak berubah dengan perubahan suhu yang lebih tinggi viscosity index, maka kurangnya perubahan viscosity apabila berubah. c) Multi Viscocity Oil Kebanyakan minyak enjin hari ini menggunakan multi viscosity oil. Ia dibuat supaya ia dapat digunakan dalam 2 keadaan berbeza-beza viscosity minyak kurang berubah samaada bagi yang sejuk atau di waktu panas terik. 4.6)Pengkelasan minyak pelinciran a) Rawatan MS Untuk enjin yang memerlukan rawatan yang berat disebabkan oleh kenderaan yang dipandu pada jarak yang dekat dan suhu enjin tidak cukup tinggi.kenderaan yang membawa muatan yang berlebihan seperti lori. b) Rawatan MM Untuk enjin yang memerlukan rawatan yang sederhana seperti kenderaan dipandu dengan laju tetapi pada jarak yang dekat dan suhu enjin yang sentiasa tinggi. c) Rawatan ML Enjin yang memerlukan rawatan ringan dimana kenderaan dipandu pada jarak melebihi dari 10 batu. Suhu enjin yang sederhana dan tidak membawa muatan yang berlebihan.
10 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 10 Drp : 12 d) Rawatan DS Enjin yang memerlukan rawatan yang berat yang disebabkan oleh suhu enjin yang rendah dan kenderaan membawa beban yang ringan manakala suhu enjin yang tinggi dan kenderaan membawa beban yang berlebihan. e) Rawatan DG Untuk enjin yang memerlukan rawatan yang ringan. f) Rawatan DM Untuk enjin yang memerlukan rawatan yang sederhana. 4.7)Proses penukaran minyak pelincir pada kenderaan a) Jangka waktu penggunaannya juga adalah merupakan satu faktor yang diambil kira dalam Sistem Pelinciran. Ini adalah untuk membolehkan pengguna menggunakan minyak Pelincir dalam jangka masa yang tertentu. b) Jangka waktu penggantian minyak pelincir mestilah sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang telah diberikan oleh pembuat kenderaan. Tetapi,pada umumnya penggantian minyak pelincir enjin kenderaan penumpang dilakukan pada setiap 5000 km jarak perjalanan. Sedangkan untuk kenderaan berat seperti Bas dan Trak pula adalah pada setiap 3000 km. c) Namun demikian hendaklah menggantikan minyak Pelincir apabila keadaannya sudah kurang memuaskan, meskipun jaraknya belum sampai. d) Minyak pelincir enjin kenderaan yang sering dihidupkan dan dimatikan (di dalam kota) mesti lebih cepat diganti.Penggantian minyak pelincir hendaklah dilakukan semasa enjin dalam keadaan panas. e) Minyak pelincir yang sudah terpakai dengan mudah mengalir keluar dari enjin. Ini dapat dilakukan dengan membuka Bolt pengikat yang berada pada takung minyak.
11 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 11 Drp : 12 5) ASAS PENAPIS MINYAK PELINCIR 5.1)Fungsi penapis minyak pelincir Penapis minyak (oil filter) pula dipasang di sebelah enjin yang mana ia berfungsi untuk menapis minyak pelincir yang membawa segala kotoran yang datang dari bawah enjin seperti debu, cebisan-cebisan logam dan endapan karbon. Kotoran-kotoran ini jika tidak ditapis maka ia akan merosakkan minyak pelincir dan seterusnya mempercepatkan berlakunya kehausan. 5.2)Arahan kerja penukaran minyak pelincir kenderaan Untuk memberi panduan kepada pemilik kenderaan perkara- perkara diperiksa, ditukar, ditambah, diperbaiki pada jangka masa jarak penjalanan kenderaan. Maintenance chart sangat penting untuk menjaga jangka hayat kereta. Dengan penjagaan yang betul, kenderaan akan lebih tahan lama dan ekonomi. Satu arahan kerja baik pulih kenderaan bertulis lengkap dengan data pemilih kenderaan. Untuk memudahkan mekanik melaksanakan kerja-kerja yang tertulis oleh job card sahaja Rajah 4 : Contoh Vehicle Maintenance List / Chart
12 NO. KOD G452-002-2:2018-C02/P(1/6) Muka Surat : 12 Drp : 12 SOALAN : 1) Nyatakan tiga (3) jenis oil pump. a) ____________________________________________________________ b) ____________________________________________________________ c) ____________________________________________________________ 2) Apakah yang dikatakan dengan Rawatan DM? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3) Berikan dua (2) jenis alat yang biasa digunakan untuk melakukan servis pada kenderaan. a) ____________________________________________________________ b) ____________________________________________________________ RUJUKAN : 1) MS ISO 4548-1:2005.Method Of Test For Full-Flow Lubricating Oil Filter For Internal Combustion Engines – Part 1 : Differebtial Pressure/Flow Characteristics (ISO 4548-1:1997,IDT)