The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

5. KP C01 5_5 PENYEDIAAN LAPORAN BERKALA BENGKEL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ts. Kavitha Palaniappan, 2023-05-30 08:17:45

5. KP C01 5_5 PENYEDIAAN LAPORAN BERKALA BENGKEL

5. KP C01 5_5 PENYEDIAAN LAPORAN BERKALA BENGKEL

1 KOD DAN NAMA PROGRAM G452-002-2:2018 LIGHT VEHICLE-REPAIR SERVICE TAHAP T2 KOD DAN NAMA UNIT KOMPETENSI G452-002-2:2018 – C01 VEHICLE WORKSHOP HOUSEKEEPING NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA 1. IDENTIFY WORKSHOP HOUSEKEEPING REQUIREMENTS 2. PREPARE WORKSHOP HOUSEKEEPING SETUP 3. PERFORM WORKSHOP HOUSEKEEPING ACTIVITIES 4. CHECK WORKSHOP HOUSEKEEPING CONFORMANCE 5. PREPARE WORKSHOP PERIODIC REPORT NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 1 Drp : 11 TAJUK: PENYEDIAAN LAPORAN BERKALA BENGKEL TUJUAN: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang senarai semak pengemasan bengkel, analisa dan ringkasan pengemasan bengkel serta hasil pengemasan bengkel. . JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 PENERANGAN: Pengurusan pengemasan dan kebersihan bengkel melibatkan perancangan serta pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan senarai semak pengemasan bengkel, prosedur dan polisi pengemasan bengkel, analisa dan rumusan pengemasan bengkel, kekerapan aktiviti pengemasan bengkel, hasil pengemasan bengkel direkod dan komen terhadap pengemasan bengkel oleh pihak pengurusan sangat perlu untuk rujukan dan penilaian prestasi kerja. 1) SENARAI SEMAK PENGEMASAN BENGKEL 1.1) Jenis senarai semak bengkel Senarai semak adalah satu senarai bagi membantu memudahkan pekerja membuat semakan sebelum dan selepas melakukan tugasan di bengkel. Senarai semak merangkumi kebersihan bengkel, keselamatan di bengkel dan keselamatan diri. Ia membantu memastikan semua perkara dalam keadaan konsisten dan sempurna dalam menjalankan tugasan. Jadual 1 : Senarai Semak Mesin Angkat


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 1.2) Polisi dan prosedur pengemasan bengkel Pengurusan bengkel perlu membina dasar dan prosedur pengemasan bengkel untuk dipraktikkan oleh pekerja. Dasar ini dapat membantu pekerja menjalankan tugas pengemasan dan pembersihan bengkel dengan teratur. Dasar dan prosedur pengemasan bengkel mesti dipatuhi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam bengkel dan memudahkan pihak pengurusan membuat pengawalan. Rajah 2 : Contoh Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 1.3) Catatan kejadian kemalangan yang berlaku Dalam pengurusan bengkel sepanjang hari, perkara-perkara penting perlu dicatatkan dalam laporan harian bengkel. Kenderaan keluar masuk dalam bengkel perlu ada catatan yang jelas agar boleh dibuat rujukan jika terdapat perkara-perkara berbangkit. Pengurusan bengkel perlu ada laporan pergerakan kenderaan dan juga perkembangan kenderaan yang ada dalam bengkel. Laporan ini amat penting sepaya tidak berlaku perkara perkara tidak diingini seperti kehilangan dan sebagainya. Insiden atau kemalangan yang berlaku perlu dicatatkan supaya penambahbaikan dalam sesuatu perkara dapat dilaksanakan supaya kemalangan di bengkel dapat dielakkan dari masa kesemasa. Rajah 3 : Catatan Insiden Atau Kemalangan


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 Jadual 4 : Contoh Laporan Kemalangan 2) ANALISA DAN RINGKASAN PENGEMASAN BENGKEL 2.1) Kekerapan perkhidmatan pengemasan Kekerapan perkhidmatan pengemasan bengkel terpulang kepada pengurusan bengkel yang menentukan. Jika bengkel mempunyai banyak peralatan yang kerap digunakan, pengemasan perlu dilakukan lebih kerap. Kekerapan juga perlu dilihat kepada pengurusan perbelanjaan bengkel. Jika bengkel perlukan penjimatan, pihak pengurusan boleh menggunakan pekerja bengkel sendiri bagi melakukan pengemasan. Samaada menambahkan gaji atau elaun pekerja.


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 Jadual 5 : Kekerapan Perkhidmatan Pembersihan Work Task Activity Frequency Work Zone Responsible person Sort (or Team) Straighten Shine Daily Weekly Monthly A B C 1 Red Tagging √ √ √ √ √ 2 Layout mapping √ √ √ √ √ 3 Floor marking √ √ √ 4 Storage labelling √ √ √ √ 5 Clean workshop √ √ √ √ √ 6 Clean Equipment √ √ √ √ 7 Cleen Storeroom √ √ √ √ Jadual 6 : Contoh Jadual Kekerapan Pengemasan


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 2.2) Terma dan syarat pengurusan Kaedah pentadbiran terpulang kepada pengurusan bengkel menyusun kerana perkaran ini berkaitan dengan keadaan bengkel. Jika bengkel besar dan ramai pekerja kaedahnya perlu lebih teliti menyusun dan mengarah tugas pekerja. Jika bengkel menggunakan perkhidmatan luar membuat pembersihan dan pengemasan bengkel perlu ada aturan yang baik bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku seperti kerosakan, kemalangan atau kehilangan. 2.3) Keutamaan hierarchy laporan pengemasan Hierarchy laporan adalah kelas laporan dimana data secara laporan, contohnya kerosakan peralatan yang digunakan dimana mekanik perlu melaporkan kepada penyelia atau senior mekanik. Penyelia akan mengumpul maklumat laporan untuk dilaporkan kepada pihak atasan seperti pengurus servis dan sebagainya. Seterusnya Pengurus servis akan membawa isu berkaitan kepada Penolong Pengurus untuk dibawa kepada pengetahuan Pengurus seterusnya membuat keputusan berkaitan laporan berkenaan. Maklumat-maklumat berkaitan masalah atau insiden di bengkel sampai kepada pengurusan tertinggi melalui hierarchy Jabatan atau Bengkel berkenaan.


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 Rajah 7 : Contoh Hierarchy Pusat Servis 3) HASIL PENGEMASAN BENGKEL 3.1) Penyimpanan data pengemasan Bertujuan bagi rujukan pekerja menjalankan urutan tugasan masingmasing. Penyimpanan data ini akan memberi panduan kepada pekerja mendapat maklumat mengenai perkara atau kerja-kerja yang perlu diberi perhatian dan dilakukan sebelum ini. Rekod-rekod yang disimpan untuk kegunaan sebagai kajian dan dibawa kemesyuarat bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Matlamat Sistem Fail adalah membolehkan segala maklumat yang disimpan dirujuk atau diperolehi semula dengan cepat dan mudah. Memastikan dokumen pejabat dapat disimpan dengan kemas dan selamat. Segala dokumen hendaklah disimpan dengan kemas dan selamat terutamanya maklumat yang penting. PENGURUS PENGURUS ALAT GANTI PENOLONG PENGURUS PENGURUS PENTADBIRAN PENGURUS SERVIS MEKANIK 1 MEKANIK 2 MEKANIK 3 MEKANIK 4 PENYELIA SAFETY OFFICER


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 Dokumen ini perlu dijaga keselamatannya daripada risiko kehilangan dan sebagainya. Membolehkan organisasi membuat laporan dan keputusan. Dokumen yang disimpan akan digunakan untuk memudahkan penyediaan laporan tahunan dan sebagainya. Selain itu, pihak syarikat dapat membuat keputusan dalam usaha meningkatkan produktiviti dalam usaha meningkatkan produktiviti dan merancang kejayaan organisasi. Fail yang hendak dibuka perlu mengandungi: a) Kertas pembahagi fail. b) Tali fail. c) Tajuk fail. Rajah 9 : Cara Menyimpan Rekod Dalam Fail 3.2) Rekod aktiviti pengemasan Rekod-rekod yang diambil mestilah disimpan dalam fail dengan kemas mengikut kategori masing-masing. Bagi merekod aktiviti pengemasan secara teratur, rak fail yang bersesuaian diperlukan supaya memudahkan pihak pengurusan bengkel mengakses dan menyemak maklumat berkaitan pengemasan.


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 Rajah 10 : Fail-fail Pengemasan disimpan Dengan Baik 3.3) Ulasan pihak pengurusan Ulasan pengurusan pengemasan dapat memberi panduan kepada pekerja untuk menilai dan memperbaiki lagi kerja-kerja pengemasan di dalam bengkel. Ulasan ini juga dapat menilai prestasi kerja para pekerja perkhidmatan pembersihan dalam menjalankan arahan serta laporan tugasan yang dibuat dapat membantu pihak pengurusan memantau perjalanan pengemasan bengkel secara teratur dan kemas.


11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(5/5) Muka Surat : 11 Drp : 11 SOALAN: 1) Senaraikan item yang biasa terdapat dalam senarai semak peralatan mesin angkat. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2) Nyatakan bagaimana laporan hiraki dianggap penting dalam sesebuah Organisasi. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ RUJUKAN: 1) Ahmed Ismail (2002) Front Office Operation and Management. Thomson Delmar. .ISBN NO. 07668 2343-1. 2) Abd Hamid, Y. (1989). Pengurusan Woksyop, Petaling Jaya : IBS Buku 3) Aiken, L. S. (2003). Applied multiple regression/correlation analysis for the behavioral sciences, 3rd ed. Hillsdale: Erlbaum. 4) James A. Bardi (2007) Hotel Front Office Management John Wiley & Sons Inc. ISBN NO. 978-0-471-68710-8. 5) Halimaton Hamdan, Zaiton Abdul Majid (1994). “Keselamatan Makmal.” Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version