1 KOD DAN NAMA PROGRAM G452-002-2:2018 LIGHT VEHICLE-REPAIR SERVICE TAHAP T2 KOD DAN NAMA UNIT KOMPETENSI G452-002-2:2018 – C01 VEHICLE WORKSHOP HOUSEKEEPING NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA 1. IDENTIFY WORKSHOP HOUSEKEEPING REQUIREMENTS 2. PREPARE WORKSHOP HOUSEKEEPING SETUP 3. PERFORM WORKSHOP HOUSEKEEPING ACTIVITIES 4. CHECK WORKSHOP HOUSEKEEPING CONFORMANCE 5 PREPARE WORKSHOP PERIODIC REPORT NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 1 Drp : 25 TAJUK: PENYEDIAAN KEPERLUAN KEKEMASAN BENGKEL TUJUAN: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang papan tanda prosedur kerja, kaedah mengurangkan risiko kemalangan di bengkel, peralatan keselamatan bengkel, prosedur operasi standard pengemasan bengkel dan pengemasan bahan dan peralatan di dalam bengkel. JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN
2 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 2 Drp : 25 PENERANGAN: Persediaan pembersihan bengkel diperlukan utuk mengurangkan risiko kemalangan waktu bekerja. Peralatan keselamatan disusun untuk kemudahan penggunaan ketika kecemasan. Persediaan ini perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). Persedian ini termasuklah jadual penyelenggaraan bengkel dan menjadikan pengemasan sebagai urusan kerja. 1) PAPAN TANDA PROSEDUR KERJA DI BENGKEL 1.1) Papan tanda keselamatan Papan tanda keselamatan atau tanda keselamatan memang memainkan peranan penting dalam memastikan tempat kerja sentiasa selamat. Ini adalah salah satu kedah bagaimana majikan berkomunikasi secara visual kepada orang yang berada di tempat kerja mereka. Namun ia perlu dibuat mengikut spesifikasi yang standard agar pekerja tidak keliru disebabkan oleh terlalu banyak papan tanda keselamatan berbeza-beza padahal menunjukkan perkara yang sama. Oleh itu bagi menangani permasalahan ini, OSHA di negara USA telah mengeluarkan standard papan tanda keselamatan untuk dipatuhi oleh semua Industri atau premis berisiko dan diperjelas dengan lengkap OSHA 1910.145 dan ANSI Z535. a) Faedah papan tanda keselamatan antaranya: i) Dapat mengurangkan kemalangan di tempat kerja yang mana dengan tanda keselamatan yang jelas, pekerja dapat mengenali apa langkahlangkah pencegahan yang perlu diambil, menghindarkan diri dari lokasi bahaya, membuat pemilihan pemakaian alat perlindungan diri yang tepat dan macam-macam lagi. ii) Ia mampu meningkatkan kecekapan yang mana pekerja tahu lokasi yang boleh dan tidak boleh dilalui dan ini mempercepatkan mereka sampai ke lokasi dituju dengan selamat. iii) Dapat menggalakkan budaya keselamatan yang mana papan tanda keselamatan ini menunjukkan komitmen majikan kepada pekerja dalam menyediakan ruang kerja yang selamat sepertimana dikehendaki dibawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dibawah seksyen 15 (Tanggungjawab Majikan)
3 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 3 Drp : 25 b) Perkara yang perlu disediakan bagi prosedur kerja di bengkel seperti i) Poster keselamatan dipamerkan. ii) Pelan laluan kecemasan / kebakaran / enter / exit. iii) Ditanda kawasan bahaya. iv) Dibuat sekatan kawasan pembuangan bahan buangan. v) Bahan buangan ditanda dengan tanda yang jelas. 1.2) Alat bantuan mencegah kebakaran Menyediakan alat bantuan mencegah kemalangan di kawasan potensi berlaku kemalangan. Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan poster keselamatan di tempat kerja bagi memastikan pekerja dapat bekerja dalam keadaan selamat. Poster keselamatan adalah satu komunikasi antara majikan dan pekerja dari masa ke semasa bagi memastikan pekerja sentiasa berhati-hati melakukan sebarang kerja. Rajah 1: Contoh Poster Pencegahan Kebakaran Di Tempat Kerja
4 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 4 Drp : 25 Rajah 2: Contoh Poster Mengurus Kemalangan Di Tempat Kerja 1.3) Piagam perkhidmatan pembersihan a) Penerangan prosedur kebersihan penggunaan dan penyimpanan kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan. b) Penyediaan penjagaan serta penyelenggaraan kelengkapan, peralatan dan saranan organisasi. c) Penyediaan polisi atau dasar perkhidmatan kebersihan organisasi. d) Perlantikan jawatankuasa dan komuniti bagi perkhidmatan kebersihan organisasi yang terdiri dari pihak pengurusan dan juga kakitangan. e) Perbincangan dilakukan mengenai isu-isu perkhidmatan pembersihan untuk mengurangkan kemalangan.
5 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 5 Drp : 25 f) Pekerja diberikan latihan dan pendidikan mengenai amalan perkhidmatan pembersihan yang selamat. Rajah 3: Contoh Fungsi Jawatankuasa Keselamatan Dan Pekerja Organisasi Rajah 4: Contoh Dasar Perkhidmatan Keselamatan
6 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 6 Drp : 25 2) KAEDAH MENGURANGKAN RISIKO KEMALANGAN DI BENGKEL 2.1) Alat bantu mula mencegah kebakaran a) Alat pemadam api Alat pemadam api ialah alat perlindungan kebakaran aktif yang digunakan untuk memadamkan atau mengawal kebakaran kecil dan sering digunakan dalam situasi kecemasan. b) Hose reel Hose reel adalah pemasangan paip, tangki air, pam, gelung hos pada sesebuah bangunan yang membolehkan pancutan air dapat ditujukan ke mana-mana bahagian bangunan bagi maksud menentang kebakaran. Ia hendaklah mematuhi Tata Amalan Piawaian British 402.101. i) Fungsi: • Memadam kebakaran kecil sebelum ketibaan pihak bomba. • Dapat menyalurkan air terus menerus ke tempat kebakaran apabila ia digunakan. • Mengurangkan penggunaaan dan penempatan alat pemadam api. • Tidak boleh bertindak secara automatik. • Pemasangan hose reel di dalam atau di luar bangunan. • Kapasiti tangki air boleh memuatkan 2,275 liter sehingga 9,199 liter. ii) Kendalian Cara sistem ini bertindak ialah: • Injap utama gelung yang terdapat pada hujung sambungan hos dibuka. • Hos ditarik ke tempat kebakaran. • Hujung nozel dihalakan ke tempat kebakaran. • Hujung nozel kawalan dibuka dan air dipancutkan bagi tujuan memadamkan api.
7 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 7 Drp : 25 Rajah 5: Layout Hose Reel Bangunan 2.2) Dasar pengurusan sisa pepejal a) Matlamat i) Mewujudkan sistem pengurusan pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif, mampan dan diterima masyarakat yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin kesihatan awam. ii) Melaksanakan pengurusan sisa pepejal berdasarkan Waste Management Hierarchy yang memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui Recycle, Re-Use, Reduce (3R), rawatan perantaraan dan pelupusan akhir. b) Objektif i) Pengurusan sisa pepejal yang bersepadu dan kos efektif yang meliputi kutipan dan penganggkutan, rawatan perantaraan dan pelupusan. ii) Pengurangan sisa pepejal domestik, komersial, industri, institusi, komuniti dan pembinaan melalui 3R. iii) Perkhidmatan yang efisien dan kos yang efektif melalui penswastaan, kawalselia yang cekap dan piawaian yang seragam. iv) Pemilihan teknologi yang terbukti, mampu bayar serta mesra alam. v) Memastikan alam sekitar dan kesihatan awam terpelihara. vi) Memperkukuhkan perundangan dan institusi pengurusan sisa pepejal.
8 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 8 Drp : 25 Rajah 6: Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara c) Kitar semula Sila asingkan barangan kitar semula anda dan pastikan barangan adalah bersih dan kering. Jadual 1: Barangan Yang Boleh Dikitar Semula dan Tidak Boleh Dikitar Semula Boleh Dikitar Semula Tidak Boleh Dikitar Semula • Bekas minyak enjin dan penyejuk • Polisterina • Tayar rim • Beg plastik • Raditor dan bahan keluli lain • Beg Cip • Aluminium • Kertas tisu • Surat khabar dan majalah • Lampu, mentol dan kalimantang • Kotak kadbod • Pembalut gula-gula • Botol plastik
9 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 9 Drp : 25 2.3) Alatan bantuan kecemasan (first aid kit) Alatan bantuan kecemasan kecederaan perlu ada dan perlu ditempatkan di tempat yang mudah untuk didapati. Jika bantuan sokongan tidak mampu membantu perlu diambil tindakan segera dengan mendapat bantuan dari pihak perubatan. Prosedur ini perlu dijelaskan dalam prosedur kerja. Bengkel mesti ada peti pertolongan cemas untuk rawatan ringan. Antara item yang perlu ada di dalam peti pertolongan cemas adalah: a) Iodin. b) Ubat mata. c) Kapas. d) Gunting. e) Pembalut. f) Pin keselamatan. g) Ubat pembasmi kuman. Rajah 7: Contoh Peti Pertolongan Cemas
10 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 10 Drp : 25 2.4) Direktori tempat kerja Amat baik jika pengurusan dapat menyediakan direktori ditempat kerja bagi memudahkan pekerja mendapatkan alat atau peralatan yang diperlukan. Pekerja dapat mengenal pasti tempat alatan ditempatkan dan bagi memastikan peralatan yang disimpan sentiasa berada ditempat disediakan, direktori perlu jelas dan mudah difahami. 2.5) Sistem penggera kebakaran Sistem penggera kebakaran terdiri daripada pelbagai alat yang berfungsi samaada untuk mengesan dan memberitahu kehadiran asap, api, karbon monoksida atau ancaman lain kepada umum melalui aplikasi audio mahupun visual. Penggera ini boleh dihidupkan secara automatik melalui pengesan asap atau pengesan haba, ataupun melalui alat pemasang penggera manual seperti butang atau suis kecemasan (call point). Alat pembunyian penggera boleh didatangkan dalam bentuk loceng bermotor, buzzer, hon ataupun alat speaker dengan lampu strob yang menyiarkan ucapan untuk memberikan arahan kepada orang ramai dalam bangunan. Di Malaysia, alat pembunyian penggera sering didatangkan dalam bentuk loceng merah bulat yang boleh diaktifkan dengan butang suis kecemasan yang dipasang di bawah. Akan tetapi, penggera berbentuk speaker dengan lampu strob juga semakin mendapat tempat khususnya dalam bangunan-bangunan baharu. Komponen-komponen sistem penggera kebakaran: a) Panel kawalan (control panel) Pusat sistem yang mengawasi input dan keutuhan sistem, mengawal output serta menyebarkan informasi.
11 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 11 Drp : 25 b) Bekalan kuasa utama (primary power supply) Punca arus ulang-alik (AC) yang dibekalkan dari utiliti kuasa komersial. Bagi aplikasi bukan kediaman, satu litar cabang ditujukan khas untuk sistem penggera dan anggota-anggotanya. c) Bekalan kuasa sampingan (secondary power supply) Komponen ini terdiri daripada bateri asid plumbum tertutup atau punca kecemasan lain termasuk generator, digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik sekiranya bekalan utama terputus. Bateri itu boleh terletak di bahagian bawah panel atau di dalam peti berasingan yang dipasang berdekatan dengan panel. d) Alat pemasangan (initiating device) Komponen ini merupakan peranti input kepada unit kawalan penggera yang boleh dihidupkan secara manual atau automatik. Contohnya ialah butang atau suis kecemasan (call point atau break glass), pengesan haba, dan pengesan asap. e) Alat pembunyian (notification appliance) Komponen ini menggunakan tenaga yang dibekalkan daripada sistem penggera atau mana-mana punca tenaga tersimpan untuk memberitahu orang-orang terdekat untuk mengambil tindakan sewajarnya, iaitu mengosongkan bangunan dan sebagainya. Ini didatangkan dalam bentuk bunyi loceng, hon, siren, speaker dengan pengumuman suara manusia, lampu pijar atau lampu strobe. Lampu strobe diperbuat daripada tiub xenon ataupun LED. f) Antaramuka keselamatan bangunan (building safety interface) Ini membolehkan sistem penggera untuk mengawal aspek-aspek persekitaran bangunan, mempersiapkan orang-orang dalam bangunan untuk kebakaran, serta membendung kemaraan api dan kepulan asap dengan mempengaruhi aliran udara, lampu-lampu, kawalan proses, dan pergerakan orang.
12 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 12 Drp : 25 Rajah 8: Sistem Penggera Kebakaran 3) PERALATAN KESELAMATAN BENGKEL 3.1) Kotak keselamatan dan bantuan cemas Setiap bengkel mestilah dilengkapkan dengan peti pertolongan cemas dan peti tersebut haruslah diletak di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila diperlukan. Jadual 2: Senarai Ubatan Dan Alatan Serta Cara Penggunaan UBATAN DAN ALATAN KEGUNAAN DAN RAWATAN Solvan Untuk merawat luka dan kudis Gentian biru (blue lotion) Untuk merawat luka dan kudis Ubat cium (smelling salt) Untuk menyedarkan mangsa yang pengsan Larutan iodin Untuk merawat luka Kapas Untuk menyapu luka, menyapu ubat pada luka dan sebagai penutup luka Dressing strip E plast Untuk menutup luka Kain pembalut Untuk membalut luka dan anggota terseliuh Krim antilecur Untuk merawat kulit yang terbakar dan melecur Pil penahan sakit Untuk meredakan sakit dan pening kepala Cecair optrex Untuk mencuci mata
13 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 13 Drp : 25 3.2) Peralatan mengangkat Peralatan mengangkat seperti troli atau bakul perlu disediakan kepada pekerja yang membersih bengkel. Peralatan ini dapat membantu pekerja membawa bahan buangan ke tempat yang lebih selamat dan bahan buangan itu juga tidak membahayakan pekerja lain seperti berlaku kebocoran atau tumpahan semasa proses pemindahan. 3.3) Papan tanda amaran Papan tanda amaran dalam bengkel perlu diikuti dan dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan dan perkara tidak diingini berlaku. Rajah 9: Contoh Papan Tanda Amaran
14 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 14 Drp : 25 3.4) Peralatan dan bahan keselamatan tempat kerja Antara peralatan dan bahan keselamatan di tempat kerja adalah: Bil. Nama Alat Gambar Pengenalan 1) Pakaian dan sarung tangan keselamatan Pakaian dan sarung tangan diperbuat daripada bulu kambing, kulit, fabrik geta, dan plastik. Ia digunakan untuk melindungi daripada bahaya haba. Selain itu ia dapat melindungi daripada asid, sinar gama, sinar x serta benda-benda tajam, kasar dan berat. 2) Penutup telinga keselamatan Perlindungan telinga dipakai dengan menutup keseluruhan cuping telinga atau lubang telinga tersumbat. Ia bertujuan untuk mengurangkan kadar kebisingan yang boleh menyebabkan kerosakan pada deria pendengaran. Terdapat dua jenis penyumbat telinga iaitu penyumbat telinga yang mempunyai bentuk tetap atau boleh dibentuk yang diperbuat daripada kapas berlilin, buih, kapas dan gentian kaca. 3) Gogel dan topeng keselamatan Digunakan khas untuk melindungi mata dan muka. Ia sesuai digunakan untuk kerja- kerja kimpalan gas yang sederhana. Ia sesuai dipakai oleh pekerja yang memakai kaca mata. Pemilihan jenis PPE ini dibuat berdasarkan jenis dan darjah bahaya yang akan dilaksanakan serta mengambil kira keselesaan pemakai.
15 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 15 Drp : 25 Bil. Nama Alat Gambar Pengenalan 4) Kasut keselamatan Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripada getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam. Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada bahaya panas, bahaya berat, bertekanan dan tajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir. 5) Topi Keselamatan Melindungi bahagian kepala daripada bahaya seperti bahaya hentakan daripada objek yang keras, bahaya penembusan daripada objek tajam, bahaya elektrik dan bahaya impak yang kurang kuat. 6) Alat pemadam api Alat pemadam api merupakan alatan yang penting yang perlu ada didalam sesebuah bengkel. Tujuannya adalah untuk mencegah kebakaran diperingkat awal. Ianya dikendalikan secara manual dan setiap pekerja harus tahu menggunakannya. Kebakaran mungkin terjadi akibat beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan a) Topi keselamatan Topi keselamatan digunakan untuk melindungi kepala daripada sebarang kecederaan di bahagian tersebut. Pemakaian di kawasan tapak pembinaan, loji minyak dan gas, kawasan kilang atau perusahaan adalah untuk melindungi kepala pekerja atau pelawat daripada tertimpa objek keras, tajam juga cecair yang merbahaya.
16 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 16 Drp : 25 Rajah 10: Jenis-Jenis Topi Keselamatan Mengikut Keperluannya b) Kasut keselamatan Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi kaki dari alatan-alatan yang keras dan tajam yang menimpa kaki. Kasut pelindung ini mestilah keras dan tebal. Rajah 11: Kasut Keselamatan
17 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 17 Drp : 25 c) Sarung tangan Sarung tangan keselamatan berfungsi sebagai alat pelindung tangan ketika melakukan kerja yang dapat mengakibatkan kecederaan. Bahan dan bentuk sarung tangan mestilah sesuai mengikut kerja yang dilakukan. Jadual 3: Jenis-jenis penggunaan sarung tangan keselamatan. Bahan Sarung Tangan Penggunaan 1. Cotton 2. Leather 3. Anti-vibration 4. Kevlar/ wire mesh 5. Nitrile/ PVC/ PVA 6. Insulated Mengendali peralatan dan pekerjaan pembersihan. Mengendalikan peralatan, pekerja am, kimpalan dan peralatan yang panas. Menggunakan mesin/ peralatan yang bergetar atau bergegar kuat. Bekerja dengan bahan kerja logam, kaca atau kerja-kerja pemotongan. Sarung tangan kimia harus dipilih untuk kimia tertentu yang sedang digunakan. Suhu tinggi dan rendah yang ekstrim. Rajah 12: Jenis-Jenis Sarung Tangan Keselamatan
18 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 18 Drp : 25 d) Goggle Goggle berfungsi melindungi mata daripada sesuatu yang boleh merosakkan mata. Rajah 13: Goggle 4) PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGEMASAN BENGKEL 4.1) Jangkaan kerja selamat a) Menjalankan kerja yang selamat adalah cara kerja yang disarankan oleh bahagian keselamatan bengkel atau prosedur bekerja di bengkel. b) Pastikan kesihatan pekerja memuaskan sewaktu menjalankan tugas di bengkel. c) Pastikan juga persekitaran kerja yang selamat. d) Peralatan atau mesin yang betul digunakan untuk melakukan kerja. e) Pematuhan pada papan tanda keselamatan. f) Selenggara dan gunapakai kelengkapan perlindungan diri g) Amalan kekemasan di tempat kerja diamalkan. h) Makan di tempat dikhaskan dan dibenarkan. 4.2) Pematuhan operasi bengkel Operasi bengkel perlu dipatuhi oleh setiap pekerja kerana amalan ini adalah tugas atau rutin bagi bengkel. Amalan ini mestilah diikuti dengan menyediakan jadual bertugas dan ulangan mingguan sebelum dan selepas waktu kerja. Dengan memastikan bengkel sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat, akan memberi keselesaan kepada pekerja dan pelanggan yang datang melawat kenderaan sedang dibaiki atau datang berurusan di bengkel.
19 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 19 Drp : 25 4.3) Dasar pentadbiran dan prosedur Pengurusan mestilah menyediakan dasar pentadbiran dan prosidur untuk memudahkan diikuti oleh pekerja. Dasar menjalankan tugas ini akan menjadi panduan untuk diikuti oleh pekerja. Pekerja yang maklum dengan dasar dan prosedur perlu mematuhi bagi memudahkan perjalanan bengkel samada pentadbiran, pengurusan atau kecemasan. 4.4) Manual pencegahan dan pembetulan Manual pencegahan dan pembetulan adalah untuk memberi kepastian kepada pekerja untuk bertindak jika berlaku keperluan atau kecemasan. Manual ini perlu dipapar pada tempat yang mudah dilihat oleh pekerja agar sentiasa perhatikan bagaimana tindakan jika berlaku kecemasan. 4.5) Lock Out / Tag Out Suatu prosedur untuk menjamin mesin/ peralatan berbahaya secara tepat telah dimatikan dan tidak akan menyala kembali selama pekerjaan berbahaya ataupun pekerjaan pembaikan sedang berlangsung sampai dengan pekerjaan tersebut telah selesai. Rajah 14: Contoh Log Out/ Tag Out Sign
20 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 20 Drp : 25 4.6) Penyimpanan dan penyusunan peralatan dan bahan Peralatan dan bahan yang digunakan disimpan di tempat sesuai. Penyediaan ini memudahkan pekerja mendapatkan sumber bahan atau peralatan untuk kegunaan dan proses pengurusan dalam bengkel. Cara penyimpanan yang baik dan tersusun memberi kemudahan dan tidak memanjangkan masa mencari keperluan yang dikehendaki. 5) PENGEMASAN BAHAN DAN PERALATAN DI DALAM BENGKEL 5.1) Pengemasan tumpahan sisa di tempat kerja Bahan yang digunakan untuk pengemasan bengkel seperti berlakunya tumpahan minyak atau bahan buangan perlu dikenal pasti dan sumber untuk mendapatkan mudah diperolehi. Bahan bahan ini perlu ditempatkan ditempat yang mudah untuk diambil dan dikenal pasti. Antara bahan peralatan untuk mengatasi tumpahan minyak / bahan api seperti: a) Habuk kayu b) Pasir halus c) Kertas menyerap minyak d) Chemical seperti sabun e) Mop lantai 5.2) Pengurusan sisa bahan buangan a) Oil collector / dispencer digunakan untuk mengumpul sisa minyak hitam dari kenderaan. Rajah 15: Penggunaan Oil Collector / Dispencer b) Penggunaan tong khas untuk menyimpan sisa minyak hitam terpakai.
21 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 21 Drp : 25 Rajah 16: Penggunaan Tong Khas c) Pastikan sisa cecair kimia tidak dibuang terus ke dalam longkang dan disalurkan ke sungai. Rajah 17: Larangan Membuang Sisa Cecair Kimia Ke Dalam Longkang Atau Sungai d) Pastikan tong / bekas dalam keadaan baik untuk mengelakkan kebocoran sisa merbahaya. Rajah 18: Pemeriksaan Tong / Bekas Dalam Keadaan Baik e) Barangan berbahaya disimpan di tempat selamat dan dilabelkan.
22 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 22 Drp : 25 Rajah 19: Labelkan Barangan Berbahaya f) Pastikan minyak enjin terpakai dan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dijual kepada vendor berlesen. Rajah 20: Vendor Berlesen g) Penyediaan tong sampah kitar semula dan pengasingan sisa pepejal mengikut kategori besi, plastik, kaca, kertas dan organik. Rajah 21: Tong Sampah Kitar Semula
23 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 23 Drp : 25 5.3) Pengurusan risiko bahan kimia a) Mengenal pasti bahan kimia berbahaya di tempat kerja dengan melakukan pemeriksaan di tempat kerja. b) Mewujudkan daftar bahan kimia yang ada di tempat kerja secara komprehensif. c) Mendapatkan maklumat keselamatan dan kesihatan bahan kimia: i) Daftar bahan kimia. ii) Risalah data keselamatan kimia (Chemical Safety Data Sheet – CSDS)- • CSDS adalah dokumen yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat keselamatan dan kesihatan tentang satu-satu bahan kimia. • CSDS terkini bagi setiap bahan kimia wajib ada di tempat kerja. d) Mendapatkan latihan dan memenuhi protokol kerja selamat dalam menjalankan aktiviti pelupusan bahan kimia. 5.4) Stairs and ladders Peralatan seperti tangga atau tangga lipat boleh digunakan untuk tujuan pembersihan. Pengunaan tangga ini dapat memudahkan pekerja membuat tugas pembersihan di tempat yang tinggi. 5.5) Peta lantai susun atur penyimpanan Pelan lantai bengkel perlu disusun dengan baik untuk panduan pekerja menjalankan tugas pengemasan dan penyimpanan. Pembahagian kawasan kerja juga dapat memudahkan pekerja mengenalpasti kawasan untuk pekerja jalankan pengemasan dan penyimpanan barang kegunaan atau stok.
24 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 24 Drp : 25 Rajah 22: Contoh Susunatur Penyimpan Di Tempat Kerja 5.6) Alat bantuan keselamatan Alat bantuan keselamatan perlu sentiasa dalam keadaan bersedia atau sentiasa boleh digunakan untuk kegunaan dalam masa kecemasan. Kesediaan ini perlu mendapat kelulusan dari pihak bomba dan jabatan alam sekitar agar kawasan kerja sentiasa dalam keadaan selamat kepada pekerja, pelanggan dan orang sekitar.
25 NO. KOD G452-002-2:2018-C01/P(2/5) Muka Surat : 25 Drp : 25 SOALAN 1) Nyatakan lima (5) perkara yang perlu disediakan bagi prosedur kerja di bengkel. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2) Apakah bahan yang digunakan untuk mengatasi tumpahan minyak di tempat kerja? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ RUJUKAN: 1) Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja. Cetakan Ketiga. 2008. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/5851193c114f3.pd f, 10 Januari 2020, 5.30 pm. 2) Pengendalian Bengkel. https://www.slideshare.net/amnik86/pengendalian-bengkel-edu3416-10653187, 23 Ogos 2020, 11.05 am.