IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
PERANAN MEDIA SOSIAL
DALAM PEMBANGUNAN REMAJA
MUSLIM
PENSYARAH: DR. NUR SHAHIDAH BINTI PAAD
1
Disediakan oleh:
Noreen Bau binti Muhamad Affendi Bau (U2000313/2)
Nursyazana Hani binti Mohd Noor (U2000197)
Siti Nurshaiba binti Aarif (U2000212/2)
Nur Aishah Mardhiah binti Termizi (U2000091/2)
Nur Syafiqah Nabilah binti Zamri (U2104287/1)
Nur Alia Sufiah binti Zulkifli (U2000304/2)
Ibtisam Nasrin binti Najmuddin (U2000185/2)
Husna Batrisya binti Mohd A Pipi (U2000272/2)
2
KANDUNGAN
15 3 4 5
PENGENALAN PERANAN MEDIA ISU-ISU SEMASA PENUTUP RUJUKAN
KEPADA MEDIA SOSIAL DALAM
PEMBANGUNAN
SOSIAL REMAJA MUSLIM
3
PENGENALAN
Apakah definisi media sosial? Media sosial merupakan satu media dan
rangkaian komunikasi atas talian yang menghubungkan manusia di seluruh
dunia. Menurut Andreas Kaplan dan Michael Haenlein, media sosial adalah
"sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas
dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan
dan pertukaran.”
Media dan sosial. Apa pula takrif bagi kedua-dua perkataan tersebut?
Menurut Kamus Dewan Bahasa, media didefinisikan sebagai alat atau
perantara komunikasi seperti radio dan televisyen. Perkataan ‘sosial’ pula
membawa makna segala yang berkaitan dengan masyarakat dan perihal
kemasyarakatan.
4
Kemunculan dan kewujudan media sosial bermula pada tahun 1978
dan ia terus berkembang dan berevolusi sehingga terbitnya media
sosial seperti Blogspot, Myspace, dan Friendster. Kini, terdapat
pelbagai media sosial yang digunakan oleh manusia. Antara media
sosial yang popular pada masa kini ialah, Twitter, Instagram,
Telegram, WhatsApp, Youtube, dan sebagainya.
Media sosial berkembang maju dan hampir menjadi satu keperluan
hidup manusia terutamanya generasi muda seperti remaja-remaja
pada era ini. Mereka berhubung, menerima maklumat dan
meluahkan pandangan melalui media sosial. Pengaruh yang wujud
daripada media sosial semestinya besar dan mampu memberi kesan
kepada mereka, sama ada positif ataupun negatif. Buktinya, media
sosial dapat membantu dalam akademik dan kehidupan para
remaja. Mereka dapat membentuk pendapat, pemikiran kritikal, dan
idea sendiri melalui penggunaan media sosial. Walau
bagaimanapun, media sosial juga boleh membawa kepada
keburukan seperti pencerobohan privasi dan siberbuli. Sudah
terang lagi bersuluh, media sosial memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan remaja.
5
PERANAN PERTAMA
MEDIA SOSIAL SEBAGAI PLATFORM
UNTUK MENDAPATKAN ILMU
7
Perkembangan teknologi maklumat sememangnya menjadi satu rahmat kepada umat Islam
keseluruhannya. Perkembangan mutakhir ini amat menuntut umat Islam agar bergerak lebih
pantas seiring dengan perkembangan semasa, pantas merebut peluang yang ada dan perlu bijak
menilai dan membuat pilihan terutama menerusi media sosial. Persoalannya bagaimana media
sosial hari ini membantu dalam pembangunan remaja muslim?
Umumnya kita sedia maklum media sosial sangat berpengaruh. Malah, media sosial memberi
banyak manfaat kepada golongan remaja sekiranya mereka menggunakan teknologi ini dengan
cara yang betul. Antaranya sebagai sumber penyebar maklumat yang sekaligus dapat
mengembangkan ilmu pengetahuan menerusi media baru ini.
Sehubungan dengan itu, juga kita dapati ledakan maklumat yang dibawa oleh perkembangan
teknologi maklumat ini turut membawa perubahan kepada kaedah untuk mendapatkan
pelbagai maklumat. Perubahan yang berlaku kini amat hebat dan pantas. Sebarang kelekaan
dan kealpaan boleh menyebabkan individu itu terpinggir, tertinggal atau barangkali tercicir dari
arus perdana.
8
Oleh itu, sebagai pelajar, remaja seharusnya menggunakan media sosial sebagai platform
untuk mendapatkan ilmu yang ada hubung kait serta nilai tambah kepada proses
pembelajaran mereka di sekolah. Media sosial umpama ensiklopedia maya yang sangat kaya
dengan maklumat. Ilmu tanpa sempadan yang terkandung di media sosial perlu dimanfaatkan
sebaik-baiknya untuk menjadikan seorang remaja itu insan bermaklumat dan bijak.
Sebagai kesimpulannya, tidak salah untuk kita menggunakan media sosial ini, kerana ada
juga kebaikan yang kita perolehi daripadanya. Apa yang perlu adalah memastikan
penggunaannya dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan diri yang positif. Hal ini mampu
direalisasikan dengan sokongan ibu bapa, guru dan anggota masyarakat. Ringkasnya, usaha
mendidik remaja adalah tanggungjawab semua demi memastikan masa depan yang lebih baik
untuk dunia.
PERANAN KEDUA
Media Sosial Membantu
Pembinaan Keyakinan Diri
dan Karakter Remaja
10
Dengan menyertai media sosial, remaja akan berusaha membentuk profil diri yang
terbaik bagi menggambarkan keperibadian dan cara hidup mereka. Mereka akan
menonjolkan sisi terbaik mereka untuk tatapan umum. Mereka akan mula memilih
gambar dan perkongsian yang terbaik untuk dipaparkan. Ini secara tak langsung
mendorong mereka bertindak positif dan matang.
Media sosial juga memberi peluang kepada remaja untuk berekspresi dan lebih
berani menonjolkan diri secara langsung dengan khalayak maya. Luahan melalui
perkongsian percakapan, muzik atau kemahiran peribadi berupaya membantu
pembinaan keyakinan diri dan karakter seseorang remaja.
11
Usia remaja merupakan tempoh yang paling aktif bagi manusia berimaginasi.
Sebab itulah kita kerap melihat para remaja gemar mengubahsuai foto, video
mahupun permainan dalam talian berdasarkan imaginasi mereka. Di media sosial
terdapat pelbagai aplikasi yang mampu menjadi medan untuk remaja bereksperimen
dengan apa yang mereka bayangkan. Hal ini akan melatih mereka berfikir secara
kreatif dan inovatif.
Secara tidak langsung, remaja akan lebih berkeyakinan dalam membuat video
dakwah bagi dimuat naik dalam media sosial yang terkenal pada zaman sekarang
seperti TikTok, Instagram dan WhatsApp. Hal ini akan menarik minat remaja lain
untuk mendengar dakwah yang disampaikan apabila video dakwah tersebut
dilakukan dalam pelbagai bentuk kreatif dan menepati cita-rasa remaja sekarang.
12
PERANAN KETIGA
MEDIA SOSIAL DALAM
MENYUNTIK KECENDERUNGAN
DAN KESEDARAN POLITIK
REMAJA MUSLIM
13
Salah satu peranan media sosial dalam pembangunan remaja muslim adalah menyuntik kecenderungan dan
kesedaran politik remaja. Realitinya, remaja muslim masa kini tidak begitu berminat untuk menceburkan diri dalam
bidang politik atau mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan politik semasa. Hal ini mungkin disebabkan
keadaan politik negara yang kelihatan tidak stabil serta ahli politik yang kelihatan tidak meyakinkan dalam
mengendalikan isu-isu yang timbul di dalam negara. Tambahan lagi, ahli-ahli politik yang mewakili rakyat dalam
Dewan Rakyat kelihatan seperti tidak bersatu hati dan tidak mempunyai kesepaduan nasional dalam membincangkan
penyelesaian sesuatu isu. Tidak dinafikan terdapat juga ahli politik yang ikhlas berkhidmat demi rakyat dan negara,
namun sebilangan ahli politik yang hanya mementingkan kepentingan parti politik mereka telah mencemarkan
gambaran politik di negara ini. Kesannya, remaja mula hilang minat untuk menceburi bidang politik atau mengambil
bahagian dalam apa-apa perbincangan politik semasa. Perkara ini adalah sesuatu yang amat merisaukan.
Sesungguhnya, Islam merupakan agama yang syumul. Walaupun terdapat golongan yakni golongan sekularisme
yang memisahkan urusan duniawi dengan agama, tidak dapat dinafikan bahawa politik berkait rapat dengan Islam.
Maka adalah menjadi satu tanggungjawab bagi seorang remaja muslim untuk melengkapkan diri dengan ilmu politik
memandangkan politik merupakan kunci utama kemenjadian sesuatu negara. Lebih-lebih lagi, politik berkait rapat
dengan penggubalan sesuatu dasar atau undang-undang serta mempunyai perkaitan dengan pemilihan pemimpin
negara yang menjalankan pentadbiran negara.
14
Seperti yang sedia maklum, penggunaan media sosial adalah sangat meluas dalam kalangan remaja
muslim. Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram juga acap kali dijadikan tempat
perbincangan politik. Kebarangkalian untuk remaja terdedah dengan isu politik dan pentadbiran negara
adalah lebih tinggi memandangkan isu tersebut sering dibincangkan di media sosial. Penyampaian isu-isu
politik dan pentadbiran negara kepada remaja melalui media sosial dapat meningkatkan kesedaran
remaja mengenai situasi politik dan pentadbiran negara. Perbincangan politik dapat diadakan secara aktif
di media sosial kerana penggunanya termasuk remaja mempunyai kebebasan untuk bersuara dalam
menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu isu. Walaupun remaja mempunyai kebebasan bersuara
dalam menyatakan pandangan masing-masing, kebebasan ini hendaklah dikawal dengan baik agar ia
tidak dijadikan sebagai batu api ataupun mainan politik yang menyebabkan timbulnya perbalahan dalam
kalangan penggunanya. Remaja akan dilatih untuk mempunyai minda yang rasional dalam menyatakan
pandangan mengenai sesuatu isu. Hal ini juga membantu remaja untuk menjadi lebih matang dalam
menganalisis sesuatu maklumat di media sosial memandangkan tidak semua maklumat yang disampaikan
adalah betul dan tepat. Kesannya, remaja dapat membuat kesimpulan rasional tentang sesuatu isu serta
dapat menyatakan pandangan mereka tentang isu tersebut dengan baik.
15
Selain itu, ahli-ahli politik negara juga sudah ramai yang menggunakan media sosial sebagai satu
medan dalam merapatkan hubungan atau jurang antara ahli politik dan rakyat. Maka, isu politik mahupun
pentadbiran yang dibincangkan di media sosial pasti akan meraih perhatian ahli politik menyebabkan isu
tersebut dapat diselesaikan dengan pantas.
Pendedahan isu politik di media sosial akan melahirkan remaja muslim celik politik yang mempunyai
kematangan dari segi hal politik dan pentadbiran negara. Remaja muslim akan lebih bersedia untuk
menjalankan tugas mereka samada sebagai pengundi dalam menentukan pemimpin terbaik untuk negara
atau bersiap sedia untuk menjadi seorang pemimpin berintegriti dalam memastikan kesejahteraan agama,
masyarakat dan negara. Sesungguhnya, Imam Ghazali ada berkata “Agama itu adalah asasnya sedangkan
pemerintah sebagai pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan
apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang.” Ini membuktikan kepentingan penglibatan remaja
muslim dalam politik sebagai persediaan kepimpinan negara pada masa hadapan.
16
PERANAN KEEMPAT
MEDIA SOSIAL MEMBERI
PELUANG KERJAYA KEPADA
REMAJA
17
Dalam era moden kini, media sosial memainkan peranan penting dalam hidup manusia. Ianya juga
boleh dikira sebagai punca rezeki seseorang kerana ianya dapat memberi peluang kerjaya tidak hanya
kepada orang dewasa namun kepada remaja juga. Seseorang remaja dapat menjana pendapatannya
sendiri seawal usia belasan tahun. Hal ini sangat baik dalam pembangunan remaja disamping
memberi kebaikan kepada orang sekelilingnya.
Daripada media sosial, remaja dapat memulakan perniagaan kecilnya sendiri. Sebagaimana yang
kita tahu, berniaga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Berniaga dapat melatih seseorang untuk
mentarbiyahkan dirinya sendiri. Hal ini adalah kerana, berniaga memerlukan semangat yang tinggi.
Dunia perniagaan bukanlah satu dunia yang mudah, banyak cabaran dan halangan yang perlu
ditempuh sebelum kita dapat merasa untuk berada di atas. Namun begitu, dengan adanya kemudahan
media sosial pada masa sekarang, sedikit sebanyak ia menjadikan kerjaya berniaga itu nampak lebih
mudah. Oleh itu, jelas dapat dilihat bahawa media sosial dapat memberi peluang kerjaya kepada
remaja sekaligus dapat membantu dalam pembangunan remaja.
18
Selain daripada memulakan perniagaan, terdapat juga kerjaya yang dipanggil sebagai ‘content
creator’. ‘Content creator’ adalah mereka yang membuat konten secara kreatif di pelbagai platform
seperti di Tiktok, Instagram dan Youtube. Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, ‘content
creator’ kini banyak diperlukan khususnya daripada generasi muda dan remaja. Hal ini adalah kerana,
ramai remaja kini yang mempunyai kemahiran seperti merakam video, mengambil gambar dan
mengedit foto serta video. Kemahiran-kemahiran ini banyak dieksploitasi oleh golongan muda
khususnya remaja yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tersebut.
Dapat disimpulkan bahawa media sosial berperanan dalam pembangunan remaja dengan
memberi peluang kerjaya kepada mereka. Benarlah bahawa media sosial dapat merubah kehidupan
seseorang remaja menjadi lebih baik dan produktif sekaligus dapat menjadi lebih kompetitif dengan
remaja yang lain.
19
PERANAN KELIMA
MEDIA SOSIAL DIJADIKAN
MEDIUM BERKOMUNIKASI
20
Ledakan teknologi komunikasi memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan remaja. Media sosial kini menjadi platform yang sangat popular
untuk dimanfaatkan khususnya dalam kalangan anak muda. Komunikasi
merupakan asas yang sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat tidak kira
secara dalam talian mahupun secara berhadapan.Addaheading Dalam sebuah Hadis Riwayat
Muslim “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”. Disini kita
dapat rumuskan bahawa Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga
hubungan silaturrahim sesama manusia. Dengan adanya teknologi yang sedia
ada ini, kita seharusnya menggunakannya dengan bijak . Sebagai contoh, kita
boleh berhubung dengan sesiapa sahaja yang kita mahukan, tidak kira waktu,
tempat dan jarak.
21
Selain itu, melalui kewujudan media sosial, kita dapat menambahkan
kenalan yang sedia ada. Contohnya, aplikasi Instagram, Facebook , Whatsapp
dan seangkatan dengannya sekaligus kita dapat mengenali budaya asing yang
wujud dalam sesebuah masyarakat majmuk. Apabila dilihat dari perspektif yang
lain, media sosial mampu menjadi sebuahAddaheading medium yang dapat menyelesaikan
permasalahan mahupun salah faham dengan lebih cepat antara seorang
individu dan individu yang lain.
Berikutan kita hidup di fasa endemik saya beranggapan bahawa media
sosial sememangnya merupakan suatu medium yang sangat penting dalam
sistem komunikasi dalam pembangunan remaja .
22
PERANAN KEENAM
MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIA
INFORMASI PENDIDIKAN
23
Dalam konteks belajar dan pembelajaran, media dapat ditakrifkan sebagai apa-apa
sahaja yang dapat menyalurkan mesej atau bahan pengajaran daripada guru sebagai
penyampai kepada pelajar. Pengertian media pembelajaran itu sama dengan media
pendidikan, hal itu sesuai dengan Oemar Hamalik yang mengatakan bahawa yang
dimaksud media adalah alat, kaedah dan teknik yang digunakan agar komunikasi dan
interaksi antara guru dan murid lebih efektif dalam proses pendidikan dan pengajaran di
sekolah. Media mempunyai makna penting dalam dunia pendidikan, khususnya dalam
pendidikan formal di sekolah. Guru sebagai pengajar dan sekaligus sebagai pendidik yang
terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan formal di sekolah, tidak meragui
keberkesanan sesuatu media pembelajaran. E-Learning, E-Kamus, Al-Quran digital online
antara contoh perkara yang ditawarkan media sosial dalam membantu perkembangan pola
pemikiran para remaja dalam aspek pendidikan.
Pada zaman sebelum wujudnya media sosial, pembelajaran dilakukan di kelas dan pusat
tuisyen sahaja. Namun selepas media sosial diperkenalkan tutorial dilihat mampu berlaku
dimana sahaja yang pentingnya mempunyai akaun media sosial dan internet untuk
mengaksesnya. Ramai tenaga pengajar membuka akaun YouTube serta menggunakan YouTube
sebagai sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran untuk menerangkan dan
menjelaskan kandungan topik dan subtopik setiap subjek. Dengan perkembangan yang ada,
golongan remaja khususnya para pelajar, didedahkan kepada informasi pembelajaran yang
ditunjuk menerusi video. Wujudnya kepelbagaian portal dan laman sesawang ilmiah dilihat
sebagai saluran alternatif kepada masyarakat terutama dalam proses membendung penularan
maklumat palsu yang bertujuan meruntuhkan budaya, cara hidup dan nilai-nilai agama umat
Islam secara khusus. Selain itu, golongan remaja yang membina jaringan sosial sesama rakan,
termasuk pensyarah dan lain-lain, mereka dapat bertukar-tukar maklumat dan pandangan di
samping memperoleh pelbagai input khususnya daripada para pensyarah dan ilmuan yang
lain. Oleh itu, golongan remaja mendapat ilmu dan tunjuk ajar melalui media sosial walaupun
tidak menerusi bilik darjah secara rasmi.
Media sosial dalam kehidupan remaja membawa dan seolah-olah membentuk dunia baru
dalam pola pemikiran remaja dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan cara yang baru,
khususnya dalam dunia pendidikan. Hal ini demikian kerana pelajar yakni para remaja tentunya
mengharapkan media memberikan kemudahan dalam proses pendidikan. Disedari atau tidak
media sosial telah berhasil memenuhi harapan para remaja sebagai pelajar dengan menyampaikan
berbagai informasi-informasi pendidikan yang luas daripada pelbagai aspek. Justeru sebagai
manusia yang beragama dan memiliki nilai kebaikan, kita perlulah bijak dalam menggunakan
medium ini sebaiknya agar ianya dapat menaikkan nilai diri dengan ilmu dan pengetahuan yang
luas terutama dalam pendidikan bukan sebaliknya.
ISU SEMASA
27
Media sosial memainkan peranan besar dalam kehidupan remaja masa kini. Soal selidik yang
dibuat oleh American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada tahun 2018 menunjukkan
bahawa 90 peratus remaja berusia 13-17 tahun telah menggunakan media sosial. Didapati 75 peratus
remaja mempunyai sekurang-kurangnya satu profil media sosial yang aktif, dan 51 peratus remaja
mengunjungi laman media sosial sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
Hasil daripada tinjauan ini menunjukkan bahawa betapa eratnya kehidupan remaja pada masa kini
dengan media sosial. Kita juga tidak dapat menafikan akan kewujudannya pelbagai kesan negatif media
sosial terhadap golongan remaja.Tinjauan yang dilakukan oleh Royal Society for Public Health ke atas
remaja berusia 14-24 tahun di United Kingdom mendapati pengaruh media sosial telah menyebabkan
peningkatan perasaan depresi, kegelisahan, keyakinan diri yang lemah, kesepian dan lain-lain lagi.
Sungguhpun begitu, kita juga tidak harus mengenepikan pengaruh baik dan kesan positif yang ada
pada media sosial terhadap perkembangan remaja. Secara umumnya, dapatlah dilihat bahawa media
sosial banyak memberikan kelebihan kepada para remaja terutamanya dari aspek membina
perhubungan persahabatan, pembelajaran, keyakinan diri dan juga kreativiti.
Penutup Media sosial merupakan satu medium yang banyak
memberi manfaat kepada masyarakat khususnya
generasi muda pada era ini kerana ia dapat
memudahkan urusan harian manusia. Namun begitu,
keburukan media sosial akan wujud apabila medium
tersebut digunakan secara meluas dengan cara yang
salah. Aktiviti seperti penipuan dan siber buli kerap
terjadi di setiap media sosial terutamanya dalam
kalangan remaja. Oleh itu, kita mestilah menggunakan
media sosial secara berhemah agar dapat membentuk
masyarakat dan remaja yang berkualiti pada masa akan
datang.
RUJUKAN
Adam Mukhriz Yusof. (2019, September 24). Undi 18: Ahli politik patut sedar kepentingan media sosial. Malaysia Kini.
https://www.malaysiakini.com/letters/493161
Apa Itu media sosial? Pengenalan dan ringkasan sejarah. (2020, April). Cari Idea Blogspot. https://cari-idea.blogspot.com/2020/04/apa-itu-
media-sosial.html
Asraf Ikhwan. (2021, Oktober 12). Remaja perlu didedahkan dengan politik Islam. TRDI News. https://www.trdi.my/remaja-perlu-
didedahkan-dengan-politik-islam
Azmaniza Aziz. (2021, Februari 9). Berniaga itu sunnah. https://people.utm.my/azmaniza/2021/02/09/berniaga-itu-sunnah/
Datuk Zuraida Kamaruddin. (2021, Ogos 13). Didik generasi muda matang analisis maklumat di media sosial. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/08/850626/didik-generasi-muda-matang-analisis-maklumat-di-media-sosial
Fazurawati Che Lah. (2018, April 23). Kesedaran berpolitik masih rendah. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/04/333123/kesedaran-berpolitik-masih-rendah
Hasniza Hussain. (2020, Ogos 11). Media sosial medium murah, pantas suarakan pendapat. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/96145/BERITA/Nasional/Media-sosial-medium-murah-pantas-suarakan-pendapat
30
RUJUKAN
Mohamad Fauzan Noordin. (2009). ICT and Islam. IIUM Press.
Mohamad Rafiuddin Mohd Azmi, Sasikumar Kamalanathan, & Ajmain @ Jimaain Safar. (2019). Media sosial dan generasi muda menurut
Islam. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) (pp. 87-100). Universiti Teknologi
Malaysia. http://eprints.utm.my/id/eprint/85049/1/6%20MohamadRafiuddinMohdAzmi2019_MediaSosialdanGenerasiMuda.87-100.pdf
Nor Hartini Saari. (2012, September 18). Menguasai dan memanfaatkan media sosial sebagai mekanisme berjihad. Laman Web Rasmi Institut
Kefahaman Islam Malaysia. https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2012/09/18/menguasai-dan-memanfaatkan-media-sosial-
sebagai-mekanisme-berjihad/
Nur Ainiyah. (2018, April). Remaja millenial dan media sosial: Media sosial sebagai media informasi pendidikan bagi remaja millenial. Jurnal
Pendidikan Islam Indonesia, 2(2). https://ojs.pps-ibrahimy.ac.id/index.php/jpii/article/view/76/39
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2019, Ogos 8). Bayan Linnas siri ke-209: Politik dalam Islam. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3630-bayan-linnas-siri-ke-209-politik-dalam-islam#_ftn1
Shafry Salim. (2021, Ogos). Remaja perlu manfaatkan media sosial. Laman Web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
https://news.uthm.edu.my/ms/2021/08/remaja-perlu-manfaatkan-media-sosial/
31
Terima Kasih
32