The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by u2104318, 2022-05-10 04:10:06

IIX1004 KEPERLUAN DAN PERANAN TAZKIYAH AL-NAFS MASA KINI

buku digital pengantar pengajian usuluddin IIX1004

KEPERLUAN DAN PERANAN
TAZKIYAH AL-NAFS
MASA KINI

PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN




DR. SHARIFAH BASIRAH BINTI SYED MUHSIN

KUMPULAN 5

SENARAI AHLI KUMPULAN

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan 1
Definisi Tazkiyah Al-nafs 2
Tujuan Tazkiyah Al-nafs 3-4
Konsep Tazkiyah Al-nafs 5-10
Keperluan Tazkiyah Al-nafs 11-12
Peranan Tazkiyah Al-nafs
13-17
Penutu
p
Rujukan 18
19

PENDAHULUAN

Selari dengan betapa pentingnya penekanan terhadap aspek fizikal seseorang muslim itu,
aspek pendidikan jiwa seseorang juga tidak kurang pentingnya. Pendidikan jiwa ini tidak dapat
tidak, harus kita beri perhatian yang serius. Sebahagian ulama dalam Islam memanggil aspek
ini sebagai tazkiyah al-nafs di mana ianya dipercayai dapat membantu melemahkan unsur-
unsur negatif yang ada pada jiwa seseorang sekaligus membawa kepada ketenangan dan
kebahagiaan pemilik jiwa tersebut. Bukti bahawa Islam itu memberi penekanan yang serius
terhadap aspek pendidikan jiwa adalah apabila al-Quran itu sendiri sebagai sumber syariat
yang utama telah menyebut perkataan al-nafs sebanyak 259 kali dalam pelbagai bentuk serta
membahaskan perkara tersebut melalui penulisan ayat-ayat suci kalam Allah tersebut.

Pengaplikasian tazkiyah al-nafs ini telah lama digunakan sejak zaman awal Islam lagi. Para
ilmuan telahpun menerapkan tazkiyah al-nafs ini di dalam kehidupan seharian mereka.
Namun begitu, konsep ini masih belum dibukukan pada waktu tersebut dalam bentuk
penulisan. Sehinggalah pada zaman ilmuan Islam seperti al-Hasan al-Basri, Malik bin Dinar,
Ibrahim bin Adham dan al-Fudail bin al-‘Iyad, mereka telah mula menukilkan kenyataan-
kenyataan oleh para ahli sufi terdahulu dalam kitab-kitab penulisan mereka.




Tazkiyah al-nafs adalah suatu kaedah dimana penekanan terhadap aspek kerohanian
dititikberatkan dengan penerapan melalui kaedah latihan ibadah seperti solat, zikir, membaca
al-Quran, qiamullail dan sebagainya. Metode ini adalah satu kaedah kecerdasan spiritual dan
penerapan akhlak melalui kaedah atau proses menyingkirkan akhlak mazmumah dalam jiwa
(al-takhalli) dan seterusnya menggantikannya dengan akhlak mahmudah (al-tahalli). Ianya
adalah proses pemurnian jiwa dengan memahami konflik di dalam diri dan seterusnya
mendidik hati kembali kepada jalan yang benar dan diberkati Allah. Pelaksanaan tazkiyah al-
nafs secara konsisten dapat memberi impak positif kepada diri seseorang sekaligus dapat
memulihkan diri ke arah seorang muslim yang lebih baik.

Oleh yang demikian sudah terang lagi bersuluh disini bahawa setiap umat Islam seharusnya
mampu untuk mempraktikkan konsep tazkiyah al-nafs dalam kehidupan seharian mereka
kerana ia merupakan suatu bentuk usaha ataupun inisiatif yang dapat kita laksanakan demi
mencapai kehidupan yang diredhai-Nya. Hal ini dapat dibuktikan dengan seribu satu
keperluan dan peranan tazkiyah al-nafs yang dapat kita peroleh melalui pembacaan yang
mendalam tentang kupasan ilmu penyucian jiwa ini oleh para ilmuan.

1

DEFINISI

Tazkiyah bermaksud pembersihan atau penyuburan. Dalam konteks ahli tasawuf,
tazkiyah merujuk kepada bersih daripada sifat keji dalam diri dan kezaliman
lahiriyah. Dalam erti kata yang lain tazkiyah al-nafs adalah melibatkan dua proses
utama iaitu al-takhalli ( ‫ ) التخلي‬dan al-tahalli ( ‫) التحلي‬.

Al-takhalli ialah membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela kerana
ianya adalah najis maknawi yang menghalang untuk sampai kepada hadrat Allah
yang Quddus, sebagaimana najis yang zahir kepada Allah. Manakala al-tahalli pula
ialah menghias jiwa dengan sifat-sifat yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh
Islam. Menurut al-Tusi, al-tahalli ialah mengikut golongan sodiqin sama ada dari
sudut perkataan mahupun dalam amalan zahir.

Ini adalah penting kerana manusia itu hakikatnya bukannya semata-mata
keadaan fizikalnya tetapi yang membezakannya dengan kehidupan lain ialah
kekuatan jiwanya
. Tubuh badan yang jiwanya cerah hasil dari limpahan cahaya
hidayah yang diberikan oleh Allah selepas melalui tazkiyah barulah dinamakan
manusia sejati. Hidupnya benar-benar sebagai manusia, tidak lagi dikuasai oleh sifat
alam rendah dan kebinatangan.

Perkataan tazkiyah dari sudut bahasa membawa beberapa maksud yang
berkaitan antara satu sama lain, iaitu tumbuh, pertambahan, percambahan, naik
taraf dan perkembangan. Ia juga boleh membawa maksud disiplin, pembentukan,
baik pulih, pembersihan dan penyucian. Bahkan ia boleh bermaksud pujian.

Adapun perkataan al-nafs dari sudut bahasa mempunyai makna yang kompleks
untuk dibincangkan sehingga memperakui bahawa terlalu sedikit di kalangan ulama
terkemuka yang mendalam pengetahuan mereka tentang istilah ini dan yang
berkaitan dengannya. Antaranya, Ibnu Manzur (2012) dalam Lisan al-Arab
menjelaskan bahawa al-nafs membawa maksud roh, jasad, darah, saudara, dan di sisi.
Beliau juga menaqalkan kata-kata Ibnu Abbas bahawa bagi setiap manusia ada
padanya dua al-nafs, iaitu nafs al-aql yang fungsinya ialah membezakan (al-tamyiz),
dan nafs al-ruh yang fungsinya ialah memberi nyawa (al-hayah).

2

TUJUAN

Tazkiyah al-nafs adalah metode agama dalam pembinaan jiwa dan
pendidikan akhlak manusia dan ia bersumberkan al-Quran dan hadis
syarif. Tazkiyah bermaksud pembersihan atau penyuburan. Dalam konteks
ahli tasawuf, tazkiyah merujuk kepada bersih daripada sifat keji dalam diri
dan kezaliman lahiriyah (Ibnu Arabi). Adapun tujuan Tazkiyah Nafs
sebagaimana diberitahu oleh Al-Ghazali adalah seperti berikut:

1. Menurut Imam al-Ghazali - Menurut Al-Ghazali tujuan tazkiyah al-nafs
adalah untuk pembentukan keharmonian hubungan manusia dengan
Allah, dengan sesama manusia dengan makhluk-Nya dan dengan diri
manusia itu sendiri. Keharmonian hubungan ini pastinya akan memberi
manfaat kepada diri seseorang itu dari semua aspek.

2. Dari segi ib
adat - tujuan khusus komponen ibadah ialah pembentukan
manusia yang alim atau berilmu, mukmin yang suka beribadah, muqarrib
(suka mendekatkan diri dengan Allah SWT, sentiasa mahu beramal, berdoa,
berzikir, sedar akan keterbatasan umurnya serta mahu menjadikan al-
Quran sebagai pegangan hidup serta menambah kekhusyukan dalam
menunaikan kewajipan kepada Allah terutamanya solat. Hal ini mampu
menjadikan hidup seseorang itu bernilai ibadah kepada Allah.

3. Dari Rub'Al Adat - Pembentukan manusia yang beradab dan berakhlak
mulia malah beradab ketika bermuamalat dengan orang lain, sedar akan
hak dan kewajipannya serta tugas dan tanggungjawabnya, baik dalam
hubungan dengan kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan
agama seperti yang disarankan oleh Islam. Tazkiyah al-nafs ini juga dapat
menjadikan manusia dengan pembangunan insan yang kamil.






3

4. Dari Rub’ Al Mukhliqat – Membentuk manusia bersikap i’tidal
iaitu adil terhadap dirinya dalam menggunakan segala potensi
yang dimiliki seperti menggunakan potensi nafsu, syahwat, marah
dan rasa cinta kepada sesuatu sesuai dengan batas kewajarannya.
Dengan bersikap i’tidal orang terhadap dirinya, mudahlah ia
membebaskan diri dari akhlak tercela dan memperoleh kesihatan
jiwa.

5. Dari Rub’Al Munjiyat – Membentuk manusia yang berakhlak
mulia terhadap dirinya seperti suka bersabar, takut, syukur, fakir,
zuhud, tauhid, tawakal, kasih sayang, rindu, al-Muqarrabat, al-
Muhasabat, tafakur dan mengingati mati.

6. Memb
entuk manusia yang taat, takwa dan beramal soleh
dalam hidupnya, baik dalam kehidupan peribadi, keluarga,
masyarakat, negara dan agama. Orang yang memiliki sifat di atas
memiliki kesihatan jiwa dalam hidupnya serta dekat dengan Allah
dan selalu memperoleh kemenangan.

Demikianlah antara tujuan tazkiyah al-nafs itu sendiri. Tujuan ini
berbeza mengikut keperluan individu. Sebahagiannya
menggunakan tazkiyah al-nafs ini dalam beribadah kepada Allah
SWT, sebahagian yang lain untuk tujuan menghargai diri dan
sebagainya. Secara umumnya, tujuan tazkiyah al-nafs ini
semestinya untuk menjadikan diri seseorang itu lebih berkualiti
dari aspek rohani mahupun jasmani.




4

KONSEP




Konsep Tazkiyah al-Nafs Menurut al-Muhasibi
Menurut al-Muhasibi dalam karya-karya beliau, terdapat beberapa konsep tazkiyah al-
nafs. Antaranya adalah berbentuk pencegahan (wiqayah), pembangunan (tanmiyah) dan
rawatan (‘ilaj). Seterusnya antara karya al-Muhasibi yang banyak menyentuh perkara-
perkara ini adalah al-Ri’ayah li huquq Allah. Risalah al-Mustarshidin, Adab al-Nufus, al-
Wasaya yang terkandung dalamnya al-Nasaih dan Bada’ nan anaba ila Allah

1. Al-Wiqayah
Pencegahan (wiqayah) merupakan langkah pertama dan yang lebih utama dalam kaedah
tazkiyah al-nafs yang dikemukakan oleh al-Muhasibi. Dalam proses tazkiyah al-nafs, sedar
daripada kelalaian merupakan permulaan kerana ia adalah penyakit pertama yang
menimpa umat manusia pada hari ini. Oleh yang demikian, sedar adalah sumber kepada
kebaikan begitu juga dengan kelalaian adalah sumber kepada keburukan. Manakala dalam
konsep tazkiyah al-nafs, taubat pula adalah hasil daripada kesedaran yang mengembalikan
manusia ke jalan yang benar.




Al-Muhasibi menyatakan bahawa mengenal dan membezakan antara baik dan buruk ialah
perkara pertama yang mesti dilakukan oleh seseorang manusia yang ingin melaksanakan
tazkiyah al-nafs. Hal ini kerana seseorang itu tidak akan dapat mengenal Allah melainkan
dengan akal, dan tidak mampu mentaati-Nya melainkan dengan ilmu.
Mujahadah al-nafs bermaksud menghalang diri dari mendapatkan apa yang bukan haknya
dan berkongsi haknya dengan orang lain. Oleh yang demikian mujahadah al-nafs juga
adalah salah satu bentuk pencegahan. Tidak dapat dinafikan bahawa jiwa seseorang
manusia seringkali dipenuhi rasa tamak. Maka apabila seseorang manusia mampu
menghalang dirinya dari bersifat tamak pada perkara dunia dan menjadikan sifat
tamaknya hanya kepada perkara akhirat, itulah yang dimaksudkan dengan mujahadah al-
nafs.

Walaupun begitu, menurut al-Muhasibi, mujahadah al-nafs tidak mudah dilakukan tanpa
kesabaran dalam diri seseorang. Kesabaran mesti ada dalam tiga perkara iaitu pada
mentaati Allah, pada meninggalkan maksiat dan pada menghadapi masalah duniawi. Maka,
apabila seseorang itu telah mampu bersabar hanya kerana Allah, dia mampu menangani
strategi hawa nafsunya dan setiap masalah yang dihadapinya akan terasa ringan.






5

2.Al-Tanmiyah
Konsep kedua ialah al-tanmiyah, i2.aitu pembangunan diri melalui amalan
dan sifat-sifat terpuji. Menurut Imam al-Muhasibi, perkara yang perlu dijaga
oleh seseorang manusia dalam membangunkan jiwanya ialah amalan wajib
kerana ianya ibarat jambatan antara hamba dengan Tuhannya. Seterusnya,
ditambah pula dengan amalan-amalan sunat yang lain dengan niat yang suci
dan ikhlas hanya kerana Allah taala.

Namun dalam kaedah tazkiyah al-nafs, bagi al-Muhasibi, kecintaan dan rasa
takut kepada Allah adalah antara unsur penting dalam membangunkan jiwa
seseorang manusia. Beliau turut menyatakan bahawa seluruh pemikiran
manusia mestilah berkisar tentang Allah. Jika seseorang itu telah merasakan
nikmat dan kemanisan kecintaannya kepada Allah, dia akan mendapat
kehidupan yang amat baik dan tenang. Kecintaan kepada Allah juga
menerbitkan takut kepada-Nya, dengan maksud takut terhadap kemurkaan
dan balasan aza
b dari-Nya atas perbuatan buruk. Takut kepada Allah adalah
permulaan kepada takwa serta ketakutan kepada-Nya di dunia juga
menjanjikan keamanan di akhirat, dan begitulah sebaliknya.

3.Al-’Ilaj
Menurut Imam al-Muhasibi terlalu banyak penyakit yang terdapat dalam diri
manusia yang memerlukan kepada rawatan. Meskipun begitu, penyakit-
penyakit utama yang menimpa manusia adalah yang paling banyak
dibincangkan oleh beliau dalam karya-karyanya. Penyakit-penyakit tersebut
adalah menunjuk-nunjuk (‫)الرياء‬, berbangga-bangga (‫)العجوب‬, sombong
(‫)الكبر‬, lalai dan leka (‫ )الغره‬dan dengki (‫)الحسد‬. Penyakit-penyakit seperti ini
tidak seharusnya dibiarkan dalam diri seseorang kerana ia akan
memusnahkan diri dan membawa kepada keburukan. Dalam hal ini umat
manusia sewajarnya diterapkan sifat-sifat mahmudah dalam jiwa agar dapat
mendidik dan memelihara diri daripada penyakit hati.




6

Konsep tazkiyah al-nafs menurut Ibn Qayyim

Tazkiyah al-nafs menurut Ibn Qayyim bertujuan untuk mengubati hati
dari nafsu dan godaan syaitan. Menurut Ibn Qayyim, segala penyakit hati
berpunca daripada kerosakan jiwa. Apabila jiwa rosak, ia merebak ke
seluruh anggota badan. Kemudian, ia mempengaruhi hati sekaligus
mencemarkan pemikiran individu.

Ibn Qayyim mempunyai matlamat yang sama seperti Imam Al-Ghazali
dalam proses mujahadah al-nafs iaitu untuk melawan kehendak hawa
nafsu dan godaan syaitan. Mereka bersependapat dalam membahagikan
nafsu kepada tiga jenis iaitu nafsu mutmainnah, nafsu ammarah dan nafsu
lawwamah.




Ibn Qayyim juga mempunyai persamaan dengan pandangan Imam Al-
Ghazali yang menekan soal keimanan, ibadah dan akhlak mulia. Menurut
Ibn Qayyim, sebagaimana penjagaan tubuh badan yang memerlukan
makanan berzat dan vitamin, menjaga kesihatan dan kekuatan hati juga
memerlukan perkara-perkara yang sama. Akan tetapi, makanan bagi hati
adalah iman, zikir-zikir, solat, bersedekah ataupun perbuatan-perbuatan
yang berupa ketaatan kepada Allah SWT. Sepertimana tubuh, hati juga
perlu dijaga ketebalannya supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.
Caranya adalah dengan menjauhi perbuatan yang mendatangkan dosa.
Bagi memastikan hati benar-benar bebas daripada dijangkiti penyakit,
seseorang perlulah bertaubat, beristighfar kemudian memohon
keampunan daripada Allah SWT. Hati yang sentiasa dihiasi dengan taubat,
zikir, wirid, bersedekah dan yang seumpamanya tidak mudah diserang
penyakit hati.






7

Antara akhlak yang dititikberatkan oleh Ibn Qayyim ialah
muhasabah al-nafs, taubat, sabar dan tawakal. Beliau menyatakan
permasalahan akhlak dengan keadaan hati seseorang hamba. Hal ini
dapat difahami melalui pandangan beliau yang mengatakan bahawa
ramai manusia yang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai
maksud hati yang sihat. Ada yang berpendapat, ia membawa maksud
hati yang bersih ataupun hati yang selamat. Perkataan ini sebenarnya
mempunyai maksud yang sama iaitu hati yang bersih daripada
keinginan untuk melakukan perkara yang melanggar perintah Allah
SWT dan larangan-Nya termasuklah perkara-perkara yang
meragukan. Ini bermakna, hati yang bersih bebas daripada menjadi
hamba kepad
a syaitan. Mereka meletakkan ketaatan, rasa takut,
harapan, keredhaan, taubat dan berserah diri hanya kepada Allah
SWT sahaja. Mereka tidak menjadi hamba kepada selain Allah SWT.
Selain itu, hati yang bersih juga tidak menyekutukan Allah SWT
dengan apa cara sekalipun. Hati mereka sentiasa mengabdikan diri
kepada Allah SWT sama ada dalam bentuk harapan, cinta, bertawakal
kepada Allah, taubat dan sebagainya. Mereka melakukan sesuatu
perbuatan ikhlas kerana Allah SWT. Mereka juga mencintai kerana
Allah SWT dan membenci kerana Allah SWT. Apabila mereka memberi
nasihat dan menegah, ia dilakukan semuanya kerana Allah SWT (Ibn
Qayyim 2001).




8

Konsep tazkiyah al-nafs menurut Imam al-Ghazali

Tazkiyah al-nafs menurut Imam al-Ghazali ialah satu langkah penyucian jiwa, hati
dan diri manusia daripada kekotoran sifat-sifat keji melalui usaha mujahadah al-nafs
(al-takhalli), seterusnya memperindahkan jiwa dengan sifat-sifat mulia melalui usaha
riyadah al-nafs (al-tahalli). Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi
dalam mencapai matlamatnya.

Imam al-Ghazali juga menyediakan rawatan kepada penyakit jiwa itu dengan kaedah
yang sangat praktikal dan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana, jika hati
dan fikiran manusia dapat dipulihkan, maka segala tingkah laku, pertuturan dan gaya
hidup menjadi lebih baik. Beliau juga berpendapat bahawa memperbaiki akhlak
adalah langkah untuk membina pembangunan minda masyarakat.

1. Mujahadah al-nafs
Suatu usaha bagi melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Menurut Imam al-
Ghazali, terdapa
t tiga jenis pembahagian nafsu. Antaranya nafsu mutmainnah,
ammarah dan lawwamah. Ia memerlukan kepada proses membuang sifat-sifat
mazmumah yang ada di dalam jiwa seseorang dengan menggunakan ‘kaedah
bertentangan’. Hati mula menjadi gelap kerana maksiat yang dilakukan. Ia telah
menghalang cahaya atau hidayah daripada memasuki jiwa. Oleh itu, cara yang
berkesan bagi mengatasinya adalah dengan menggantikan maksiat tadi kepada
amalan-amalan mulia dan kearah kebaikan.

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat 12 jenis penyakit jiwa (al-Amrad al-Qalb).
Antaranya ialah berkata kasar, menipu, mengumpat, buruk sangka, hasad dengki,
marah, sombong, sedih dan kecewa. Penyakit-penyakit jiwa ini boleh dirawat dengan
menggunakan ‘kaedah bertentangan’. Sebagai contoh, sifat marah dipulihkan dengan
sifat pemaaf, sifat sombong dengan sifat rendah diri, kekecewaan dengan sifat redha,
sifat dengki dengan kesyukuran dengan nikmat yang diberi, dan seangkatan
dengannya.

9

2. Riyadah al-nafs
Dalam aspek ini, Imam al-Ghazali membahagikan ia kepada tiga perkara:
i. Memantapkan keimanan
Menurut beliau, keimanan memberikan kesihatan kepada jiwa. Keimanan yang baik juga
menjurus kepada segala perbuatan dan pertuturan yang mulia. Ia boleh dikecapi apabila
manusia mempunyai kepercayaan yang teguh kepada Rukun Iman yang enam, iaitu
beriman kepada Allah SWT, para malaikat, para rasul, kitab, hari kiamat serta qadha’ dan
qadar.

ii. Memperbanyakkan ibadah
Menurut Imam al-Ghazali, ibadah bukan sahaja membantu meningkatkan keimanan. Ia juga
membantu manusia menghadapi permasalahan yang sering kali mengganggu ketenteraman
rohani dan spiritual. Ini kerana, ibadah dapat menghubungkan jiwa seseorang umat
manusia kepada Tuhan mereka, iaitu Allah Azza wa Jalla. Ibadah dalam konteks ini tidak
terikat kepada amalan-amalan khusus seperti solat dan berzikir, tetapi ia juga meliputi
mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Ibadah yang Imam al-Ghazali paling dititik beratkan adalah solat, kerana ia membezakan
ciri-ciri orang beriman dengan orang kufur. Sabda Rasulullah SAW:

‫إن بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة‬
Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, Bab Itlaq ism al-kufr ala man tarak al-salah
Maksudnya: Sesun
gguhnya perbezaan (kelainan) antara seseorang itu syirik (menyekutui
Allah) dan kufur ialah sebab meninggalkan solat.

iii. Menerapkan sifat mahmudah dalam jiwa
Daripada sifat mahmudah yang ada dalam diri manusia, maka akan terzahirlah akhlak
mulia dan terpuji dengan mudah tanpa perlu berfikir. Antara kaedah dalam menerapkan
sifat mahmudah ialah sentiasa bertaubat, bersyukur, tawakal, ikhlas, zuhud, dan sabar, yang
mana ia adalah antara proses al-tahalli. Sifat-sifat ini dapat melahirkan insan yang dekat
dengan Allah SWT, iman yang kukuh dan menzahirkan akhlak yang baik.

Aspek utama akhlak menurut al-Ghazali ada empat, iaitu al-ḥikmah, al-syaja’ah, al-iffah
dan al-adl. Al-hikmah bermakna suatu keadaan jiwa yang dengannya dapat dicapai
kebenaran dan menolak kebatilan. Al-syaja’ah pula ialah suatu keadaan jiwa di mana
kemarahan dapat dikawal dengan baik di bawah penguasaan akal. Al-iffah ialah mendidik
kekuatan syahwat dengan asuhan akal dan syarak. Manakala al-adl pula ialah suatu keadaan
jiwa yang dapat mengawal kemarahan dan syahwat serta membimbingnya ke arah al-
ḥikmah. Pandangan ini menggambarkan betapa pentingnya seseorang mengimbangi antara
nafsu, keinginan, kejahatan dan kebenaran dalam jiwanya dengan kawalan akal dan
berpandukan syarak.




10

KEPERLUAN




1. Menjaga kesihatan tubuh badan dan kesihatan spiritual dalam beribadah

Tazkiyah al-nafs adalah amat penting dalam kehidupan manusia yang mahu mencari
kesejahteraan dan ketenangan hidup di dunia mahupun di akhirat. Dalam konteks ahli
tasawuf, tazkiyah merujuk kepada bersih daripada segala sifat-sifat keji dalam jiwa.
Keperluan penyucian jiwa menekankan kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan untuk
beribadah. Tazkiyah al-nafs dapat mengekang kemahuan dan sifat buruk yang membawa
kepada ketidaksihatan mental dan kecelaruan tingkah laku. Sebagaimana pentingnya
penekanan terhadap aspek kesihatan fizikal, aspek kesihatan spiritual juga perlu
dititikberatkan.

Menurut Ibn Qayyim, sebagaimana tubuh badan memerlukan makanan yang sihat,
berzat dan vitamin, menjaga kesihatan dan kekuatan hati juga memerlukan perkara yang
sama yakni makanan bagi hati adalah iman, zikir-zikir, solat, bersedekah ataupun ketaatan
kepada Allah SWT. Hati juga perlu dijaga supaya tidak mudah dihinggapi penyakit dengan
cara menjauhi perbuatan yang mendatangkan dosa. Seseorang perlulah bertaubat dan
beristighfar supaya tidak mudah diserang penyakit hati.




Seterusnya, menurut Imam al-Ghazali, ibadah memainkan peranan penting bukan
sahaja dalam mempertingkatkan keimanan tetapi turut membantu manusia mengatasi
masalah dalam kehidupan lebih-lebih lagi jika masalah itu berkait secara langsung dengan
spiritual dan kerohanian. Ini kerana, ibadah dapat menghubungkan seorang hamba secara
langsung kepada penciptanya. Malah, ibadah juga dapat mengembalikan manusia kepada
tujuan asal kejadiannya di muka bumi sebagaimana firman Allah SWT: (Surah al-Zariyat:56)

‫َوَم ا َخَلْق ُت ٱْلِج َّن َوٱِإْلنَس ِإاَّل ِلَيْع ُبُدوِن‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.

Dalam konteks ini, jelaslah bahawa keperluan tazkiyah al-nafs menggariskan matlamat
iaitu untuk menjaga dan membersihkan jiwa seorang hamba daripada segala penyakit hati
supaya dapat membentuk keikhlasan dalam beribadah kepada Allah SWT seperti mana yang
dituntut dalam agama kita. Dengan menjaga kesihatan fizikal, kerohanian dan spiritual
dalam kehidupan kita, seorang hamba dapat mengimbangi antara nafsu, keinginan,
kejahatan dan kebenaran dalam jiwanya dengan kawalan akalnya yang sihat dan
berpandukan syarak. Kehidupan kita akan sentiasa bahagia dan sejahtera di dunia mahupun
akhirat asbab melakukan kefardhuan yang diperintahkan oleh Allah SWT serta
melaksanakan ketaqwaan dalam beribadah dengan ikhlas kepada Allah SWT di samping
menjadi punca penyelesaian kepada kesulitan hidup.




11

2. Menjamin ketenteraman jiwa.

Menyambung kembali huraian terhadap keperluan tazkiyah an-nafs ini bahawa ianya
menjadi satu keperluan yang amat penting untuk memiliki jiwa yang tenteram. Jiwa yang
tenteram adalah jiwa yang sihat, aman, damai dan tenang. Manakala ketenteraman merujuk
kepada keadaan yang dinisbahkan pada suatu sudut pada dua aspek iaitu dalaman seperti
hati dan fikiran, mahupun aspek luaran seperti tempat, lokasi dan sebagainya. Hati adalah
satu sudut yang terletak di dalamnya a'mal al-qalbiyyah sama ada baik ataupun buruk
seperti dengki, syirik, hasad, sombong, takbur, riak, berburuk sangka kepada Allah SWT dan
sebagainya. Sewajarnya bagi kita untuk menyingkirkan semuanya, kerana ianya pasti akan
memberi banyak kesan negatif. Bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging. Apabila ia baik,
maka baik pula seluruh amal. Dan apabila ia rosak, maka rosak pula seluruh

perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati”. (HR Imam Al Bukhari)

Sebagaimana yang disebutkan di atas, bahawa amalan-amalan hati yang buruk mesti
disingkirkan, dise
babkan wujud zahimin dengan perbuatan, tingkah laku dan pertuturan
yang dengannya banyak musibah serta keburukan yang akan diterima oleh seseorang sama
ada dari Allah SWT mahupun sesama makhluk. Maka, sudah tentu tidak akan sesekali
menjadikan jiwa seseorang tenteram melainkan hanya akan mendapat celaan akibat
daripada hatinya busuk dan tidak suci.

Tidak hanya di akhirat, di dunia sahaja tentu sekali memperlihatkan dampak yang buruk,
urusan dunianya menjadi sempit kerana dijauhi oleh masyarakat, tidak disukai di mana
sahaja ia berada, selain daripada pekerjaannya menjadi tidak berkat, dan memungkinkan
sahaja bagi seseorang untuk menjadi kufur.

Mengambil pendekatan secara umum daripada ancaman Allah SWT dan hadis baginda Nabi
SAW, dapat dinyatakan bahawa segala larangan Allah SWT terhadap segala amal batiniah
yang buruk adalah metod-metod tazkiyah al-nafs itu sendiri yang membawa jaminan
ketenteraman jiwa di dunia mahupun akhirat. Kita juga sewajarnya mengambil sepenuh
perhatian dengan penuh kesedaran daripada hadis Nabi SAW akan peranan hati yang bersih
dan memanifestasikan ia bagi mengelak daripada amal-amal buruk.

12

PERANAN




Tazkiyah al-nafs Teras kepada Pembangunan Insan Islam

Sedasawarsa ini, pembangunan insan yang efisien dilihat sangat penting selari dengan
perkembangan dunia moden pada hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembangunan
insan melalui perspektif barat semakin mengambil tempat dan menjadi perhatian di mata
dunia termasuklah umat Islam. Sebagaimana kata al-Qardawi, pembangunan insan yang
paling sesuai ialah pembangunan yang dilihat mengikut acuan Islam itu sendiri yang mana
memberi penekanan dalam aspek pembangunan bersepadu dan menjadikan kerohanian
sebagai teras kepada aspek materialnya serta menjadikan Tuhan sebagai rujukan kepada
metodologi pembangunan. Pembangunan insan menurut perspektif Barat dilihat tidak sesuai
kerana menekankan konsep material yang boleh berubah hanya bergantung kepada akal
rasional manusia untuk memajukannya. Pembangunan insan menurut Islam yang efisien
dapat diwujudkan melalui tazkiyah al-nafs. Al-Ghazali mendefinisikan pembangunan insan
merangkumi aspek berikut, iaitu pengetahuan agama, akidah, ibadah, penghayatan al-Quran,
adab kehidupan, kehidupan berkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia,
akhlak dan budi pekerti, dan pembangunan jiwa dan hati. Jelas di sini bahawa pembangunan
jiwa dan hati nuran
i sebahagian dari aspek pembangunan insan menurut Islam.

Sebagaimana yang kita fahami, tujuan tazkiyah al-nafs adalah membentuk manusia yang
beradab dan berakhlak malah beradab ketika bermuamalat dengan sesamanya, sedar akan
hak dan tanggungjawab serta kewajipannya, mempunyai hubungan yang baik dalam
kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Pembangunan insan yang
lebih tepat dapat menghasilkan insan yang seimbang iaitu berjaya di dunia dan akhirat.
Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 1 :

١( ‫َقۡد َأۡفَلَح ٱۡلُم ۡؤِم ُنوَن‬
Maksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Maka, antara ciri orang yang beriman yang dimaksudkan pada ayat di atas adalah orang-
orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, orang-orang yang menjauhkan diri dari
(perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, orang-orang yang menunaikan zakat, orang-
orang yang memelihara amanah (yang dipikulnya) dan janjinya dan sebagainya. Oleh itu,
tazkiyah al-nafs memainkan peranan penting dan merupakan salah satu wacana yang efisien
dan tepat dalam membentuk pembangunan insan yang mantap dan progresif pada masa
akan datang. Seterusnya, seseorang itu dapat menjadi insan yang falah (berjaya) di dunia
mahupun akhirat kelak.

13

Menurut al-Ghazali (2013), intelektual seseorang insan terletak pada nafs yang akan
menentukan identiti dan tingkah laku seseorang. Insan juga merupakan teras
pembangunan negara dan pada masa yang sama telah dipertanggungjawabkan
sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, insan perlu memiliki keunggulan
peribadi. Ketetapan iman, keutuhan jiwa dan kemuliaan akhlak yang terangkum di
bawah istilah pembangunan spiritual insan amat penting di samping unsur-unsur
lain seperti pembangunan jasmani dan kemantapan akal. Justeru itu, dalam usaha
mencapai keunggulan peribadi, sebagaimana saranan para sufi metod yang dilihat
penting ialah penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs). Antara cara pengaplikasian tazkiyah
al-nafs dalam pembangunan insan adalah dengan meningkatkan keimanan kepada
Allah SWT. Menurut Che Zarrina Sa‟ari (2019), keutuhan iman ini merupakan teras
kepada pembangunan modal insan. Keimanan yang utuh ini akan mewujudkan
kemampuan serta jati diri insan yang dapat membantu mengawal tingkah laku agar
selaras dengan syariat Islam. Keimanan yang lemah terhadap Allah SWT akan
membawa seseorang itu kepada kebinasaan. Melalui pemantapan keimanan dan
peribadatan ini ia akan melahirkan rasa takut kepada Allah SWT. Rasa takut itu
bertindak sebagai pengawasan diri bagi seseorang melalui kawalan tingkah laku.




Kedua, penerapan konsep tazkiyah al-nafs. al-takhalli dan al-tahalli. Al-takhalli
merujuk kepada proses menyucikan diri dari sifat-sifat tercela manakala al-tahalli
ialah proses menghiasi diri dengan sifat-sifat mulia. Kedua-dua proses ini saling
diperlukan untuk membangun insan kamil. Menurut Hidayatullah & Hamzah (2017),
proses pembentukan modal insan merupakan usaha yang tidak hanya terhenti
kepada membebaskan diri dari sifat-sifat mazmumah malah ia diteruskan dengan
penerapan ke dalam diri dengan sifat-sifat mahmudah. Akan tetapi, seseorang itu
perlulah mujahadah dalam mengaplikasikan proses ini. Hal ini kerana, faktor
wujudnya masalah tingkah laku seseorang adalah berpunca dari jiwa dan hati yang
tidak membangun dengan sempurna. Selain itu, aplikasi tazkiyah al-nafs juga
mampu berperanan sebagai motivasi bagi seseorang insan itu agar memilih yang
terbaik dan tertinggi nilainya di sisi Allah SWT dan secara tidak langsung dapat
membangun akhlak yang terpuji dalam diri manusia .Demikianlah peranan tazkiyah
al-nafs dalam membentuk pembangunan insan. Jika difahami secara teliti, proses
tazkiyah al-nafs ini saling berkaitan antara satu sama lain, seterusnya dapat
membentuk dan membangunkan insan yang seimbang dan yang terbaik kepada
keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

14

Tazkiyah al-nafs Dalam Mengatasi Emosi dan Akhlak Pada Masa Kini

Islam mempunyai misi bagi mengubah minda dan tingkah laku masyarakatnya menjadi individu
yang cerdas emosi. Justeru, dalam konteks kecerdasan emosi, Islam menghendaki umatnya
menjadi individu yang cerdas emosi berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah dengan meletakkan
asasnya kepada tauhid dan mengesakan Allah SWT. Kegagalan meletakkan al-Quran dan al-
Sunnah dalam setiap urusan akan menyebabkan kegagalan dalam membentuk akhlak muslim
yang komited terhadap tuntutan agama.

Elemen jiwa dan emosi telah diberi perhatian lebih awal dalam pendidikan psikologi Islam. Emosi
menurut ahli psikologi Islam sama seperti potensi fitrah yang lain, melalui proses pertumbuhan
dan perkembangan (Hassan Langgulung, As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, 1996). Keupayaan
mengenali, memupuk dan membina kematangan emosi memberi kesan positif dalam
menyeimbangkan kesejahteraan kendiri manusia, selaras dengan firman Allah SWT yang
bermaksud:

”...dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan
(juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak perhatikan?”
(surah adz-Dzariyat, 51: 20 & 21).

Kepentingan me
melihara dan mengurus jiwa emosi dalam al-Quran diperkukuh dengan hadis
Rasulullah SAW yang berbunyi; “...di antara kalian yang paling mengenal Tuhannya adalah yang
paling mengenal dirinya” (Hadis riwayat Bukhari Muslim). Sehubungan itu, kebijaksanaan
manusia mengendalikan arah tuju kehidupan, terletak pada sejauh mana kemampuan individu
meneliti, dan menghayati proses penjernihan jiwa emosi. Pandangan ini selaras dengan konsep
pembersihan jiwa dan penjernihan jiwa dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan sebagai
khalifah Allah di muka bumi (surah al-Baqarah, 2: 30 & adz-Dzariat, 51: 56).

Kepentingan penghayatan konsep tazkiyah al-nafs telah mendorong manusia untuk memikirkan
tentang aspek kejiwaan termasuk rahsia di sebalik keajaiban penciptaan diri, keunikan fungsi
kejadian khasnya fungsi akal dan hati yang berkait rapat dengan jiwa emosi. Pemahaman
terhadap hakikat peranan hati dalam mengendali kehidupan disebut berulang kali dalam firman
Allah SWT yang bermaksud “Apakah mereka berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati
yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat
mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati
yang di dalam dada” (Surah al Hajj: 46). Justeru, usaha pembersihan hati atau tazkiyah al-nafs
perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh menerusi pembacaan al-Quran, mengingati mati dan
menghadiri majlis ilmu. Saranan-saranan tersebut bertujuan untuk memimpin akhlak yang
merupakan manifestasi daripada proses penjernihan jiwa emosi.




15

Akhlak mulia merupakan natijah iman yang sebenar kerana tidak bernilai iman seseorang tanpa
disertai dengan akhlak yang mulia sepertimana yang digambarkan dalam hadith Rasulullah
SAW ketika ditanya oleh sahabat, “Apakah Din itu?” lantas baginda menjawab dengan sabdanya,
“(Din itu) adalah akhlak yang baik.” Akhlak juga merupakan amal yang paling berat yang akan
diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat kelak.” Hadith tersebut jelas menunjukkan
bahawa Islam menjadikan akhlak sebagai intipati bagi segala jenis ibadat sepertimana hadith
yang berbunyi ”Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah
kejahatan dengan mengerjakan kebaikan dan berperangailah kepada manusia dengan perangai
yang bagus.” (Riwayat Al-Tirmizi). Hadith ini menjelaskan bahawa belum sempurna taqwa
seseorang jika semata-mata membaiki hubungan dengan Allah tetapi memutuskan hubungan
sesama manusia.” Kepentingan pengurusan akhlak sesama manusia dalam hadith di atas
mempunyai perkaitan yang kuat dengan konsep kecerdasan emosi yang menekankan tentang
kecekapan mengenalpasti emosi sendiri dan emosi orang lain untuk menguruskannya dan
membina hubungan mesra dengan mereka.

Penekanan al-Quran tentang pendidikan akhlak diperjelas menerusi ayat-ayat yang
menggambarkan beberapa dimensi kecerdasan emosi yang berkaitan dengan kesedaran kendiri
seperti yang termaktub dalam surah Al-Baqarah: ayat 222 yang bermaksud: ”sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri”. Begitu
juga pengurusan atau kawalan kendiri yang terdapat dalam surah Ali-Imran: ayat 134 yang
bermaksud ”Oran
g-orang yang menafkahkan hartanya sama ada di waktu lapang ataupun
sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya serta memaafkan kesalahan orang lain.
Allah amat menyukai orang-orang yang membuat kebajikan”. Manakala bagi dimensi empati
pula antara yang tercatat dalam al-Quran adalah seperti surah al-Mukminun: ayat 1-10. Dalam
ayat-ayat ini, Allah telah menyatakan tujuh sifat orang yang beruntung iaitu orang yang
beriman, orang yang khusyuk dalam solatnya, orang-orang yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia, menunaikan zakat, mengawal hawa nafsu syahwatnya,
memelihara amanah dan janji serta memelihara solatnya.

Islam telah memberikan keistimewaan kepada manusia iaitu satu kehidupan yang seimbang
berbanding dengan makhluk yang lain. Manusia dianugerahkan akal dan fikiran dalam
membuat pilihan yang bijak sewaktu berada dalam keadaan beremosi. Islam telah mengajar
manusia mengenai kecerdasan emosi ini sejak manusia diciptakan oleh Allah SWT, sedangkan
kajian di barat mengenai kecerdasan emosi bermula dalam abad ke 20. Dalam Al-Quran telah
termaktub ayat-ayat yang menerangkan Islam itu amat mementingkan kecerdasan emosi dalam
kalangan umatnya. Antaranya, Allah SWT melarang umat Islam dari berputus asa dengan
rahmat-Nya dan larangan membunuh diri.






16

Selain itu, Allah SWT juga menyukai orang-orang yang bersifat belas
kasihan sesama manusia, menjadi orang yang sentiasa bersyukur
kepada Allah, tidak mempersekutukan Allah, berbuat baik kepada
kedua ibu bapa yang mengandung, melahirkan, membesarkan dan
mendidik, berterima kasih kepada mereka dan memperlakukan
mereka dengan baik, sentiasa mengikut jalan-jalan orang yang
mendapat petunjuk, berbuat kebaikan walaupun sebesar zarah
kerana semuanya ada balasan, mendirikan solat dan mengajak orang
lain melakukannya, mencegah perbuatan mungkar dan sentiasa
bersabar dengan apa sahaja yang menimpa, tidak bersikap angkuh
dan memandang rendah kepada orang lain, dan sentiasa
bersederhana dan bersikap rendah diri. Sifat-sifat ini juga
merupakan sifat terpuji yang mewakili akhlak Rasulullah. Justeru,
umat Islam
dianjurkan mengamalkan kecekapan kecerdasan emosi
seperti yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Justeru, nilai akhlak yang murni dan sebati dalam diri individu
perlu menjadi unsur dominan dan mutasi untuk menghasilkan
masyarakat yang berakhlak dan bermoral tinggi. Ini kerana
membentuk insan-insan berakhlak adalah suatu nilai penting dalam
membina bangsa, manakala keutuhan jati diri yang terlazim dan
tekal dengan akhlak dan nilai yang dipuji oleh syarak menjadi
elemen penting kepada dasar membina insan kamil, jaringan sosial
yang mantap dan tamadun bangsa yang terbilang. Setelah menjalani
proses konsistensi, jiwa manusia telah berada di peringkat akhir iaitu
peringkat penstabilan dan penyerahan diri kepada Allah SWT
semata-mata.








17

PENUTUP

Tazkiyah al-nafs ini adalah proses pemurnian dan peningkatan martabat
kerohanian manusia sehingga dia menjadi hamba Allah yang sebenar atau
dengan kata lain mencapai kesempurnaan maqam ‘ubudiyyah. Pada maqam
ini manusia dapat menyaksikan ketuhanan Tuhannya dan juga
menyaksikan kehambaan, kefaqiran, kehinaan, kelemahan, kekurangan
pada dirinya.

Tazkiyah al-nafs adalah amat penting dalam kehidupan manusia yang
mahu mencari kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat. Tazkiyah
tidak bermaksud menolak perkembangan kehidupan semasa tetapi
mengawal perkembangan hatinya. Tazkiyah al-nafs membentuk jiwa
manusia yang sebenar dengan melakukan segala yang disyariatkan oleh
Islam secara
istiqamah dengan bimbingan seorang murabbi. Hati
dibersihkan daripada sifat yang tercela dan dihias pula dengan sifat yang
indah. Tazkiyah perlu melalui pelbagai kaedah di samping hidayah dan
taufiq daripada Allah. Hanya manusia yang hatinya suci sahajalah yang
dapat kembali kepada Allah dengan sejahtera.

Justeru dapat disimpulkan bahawa tahap penstabilan dan ketenangan jiwa
yang diperolehi oleh insan yang sentiasa menuntut keredaan Allah SWT,
mengawal tindak tanduk perlakuan zahir, sentiasa mengkoreksi kelemahan
yang lahir daripada sifat-sifat buruk dan akhirnya kekal di dalam amalan
dan sifat yang dipuji oleh syarak telah mencapai terma penyempurnaan
tazkiyah al-nafs. Jiwa-jiwa ini akan sentiasa ingin menambah kebaikan dan
Allah SWT turut menambah satu tingkatan kebaikan lagi dalam jiwa
tersebut, dan akhirnya Allah SWT pancarkan kebaikan yang terbit daripada
air muka dan jiwa mereka.




18

RUJUKAN

Dr.H.Imam Malik,M.Ag, Tazkiyat Al-Nafs Suatu penyucian Jiwa,
Penerbit Elkaf 2005

Safiah Abd Razak, Che Zarrina Sa‟ari & Syed Mohammad Hilmi
Syed Abdul Rahman (2019). Adab Solat dan Puasa Serta
Hubungannya dengan Pembangunan Rohani Insan: Analisis
Pemikiran al-Sarrāj (M.378 H) dalam Karya al-Luma‟ fi Tarikh
al-Tasawwuf al- Islami. ALBASIRAH Volume 9, No 1, pp. 19-37,
Jun 2019.




Mohamad, A. D., Hamjah, S. H., & Mokhtar, A. I. Konsep Tazkiyah
al-Nafs Menurut al-Harith bin Asad al-Muhasibi The Concept Of
Tazkiyah al-Nafs According To al-Harith Bin Asad al-Muhasibi.

https://muftins.gov.my/2019/04/19/tazkiyah-al-nafs-dalam-
ilmu-tasawuf/

https://www.academia.edu/74344105/Tazkiyah_An_Nafs_Keperl
uan_dan_Kepentingan_Masa_Kini

http://journalarticle.ukm.my/11204/1/252-1095-1-PB.pdf

http://journalarticle.ukm.my/15742/1/62-138-1-PB.pdf



19


Click to View FlipBook Version