MPU21032
ETIKA DAN
PERADABAN
Tajuk:
Sukan dan Peradaban
Nama Pensyarah:
Puan Siti Aishah Binti Othman
Nama Ahli Kumpulan:
Nabil Afiq Bin Jafridin
(16DEE21F1026)
Nur Ahmad Syafiq Bin
Zainudin
(16DEE21F10005)
Muhammad Hakim Bin
Rohaizat
(16DEE21F1033)
Pengenalan
Apa itu SUKAN?
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada
aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah
yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya,
berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton
akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di
kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Pengenalan
Apa itu PERADABAN?
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis
penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun
kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua
perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini
lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan.
Apakah kepentingan sukan
terhadap perpaduan?
- Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi
- Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
- Penyertaan aktiviti tidak terhad kepada kaum tertentu
- Membuka peluang seluasnya kepada ,mereka yang berminat di
peringkat sukan adalah aktiviti kokurikulum
- Penubuhan majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia/MSSM
- Mengadakan temasya sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun
sekali pada peringkat awal.kemudian sukma mula diadakan setiap tahun
untuk rapatkan hubungan antara negeri
- Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
pemain/penonton/penggiat sukan
Temasya Sukan
Antarabangsa
SUKAN OLIMPIK
Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat
tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh
seorang bangsawan Perancisbernama Pierre de Coubertin pada akhir
abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas
telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang
Dunia.Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun
1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan
Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.
Temasya Sukan
Antarabangsa
SUKAN KOMANWEL
Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan
setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara
komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang
5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah
organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan
Komanwel.Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar
British diadakan pada 1930 diHamilton, Ontario, Kanada. Kemudian
nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada
1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa
sekarang Sukan Komanwel pada 1978.
Temasya Sukan
Antarabangsa
SUKAN ASIA
Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang
diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia.
Sukan Asia dikawal oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) di bawah pengawasan
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC). Pingat akan dianugerahkan
dalam setiap acara dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk
tempat kedua dan gangsa untuk tempat ketiga, suatu tradisi bermula sejak
tahun 1951.Atlet perlu didaftarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan
(NOC) mengikut kewarganegaraan atau kerakyatan. Lagu kebangsaan dan
bendera mengiringi upacara pemberian pingat dan angka yang diatur
mengikut sistem pemberian pingat setiap negara yang memungut pingat.
Secara umumnya, negara berdaulat sahaja dibenarkan mengambil
bahagian.Hal yang istimewa ialah apabila Taiwan dibenarkan turut serta
dan namanya digelar China Taipeiberdasarkan status politik Taiwan yang
belum tetap. Sukan ini telah didominasikan oleh atlet dari Jepun,Republik
Rakyat China, dan Korea Selatan.
Temasya Sukan
Antarabangsa
SUKAN ASIA TENGGARA/SEA
Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan
sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia
Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia
Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan
Majlis Olimpik Asia.Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama
Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22
Mei1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara
menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan
perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan
pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung
Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand.
Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara
semenanjung Asia Tenggara
Kebaikan Sukan Dalam
Membentuk Perpaduan?
- Dapat membentuk masyarakat yang cergas dan cerdas tanpa
mengira usia, kaum mahupun bangsa
-Dapat mengeratkan silaturrahim dan tali perpaduan antara
masyarakat tanpa mengira bangsa
-Memupuk nilai-nilai murni sesama masyarakat
-Dapat menaikkan taraf sukan negara kita dan bersaing di mata
dunia
-Mampu menjadi suatu sumber pendapatan kepada penggemar
sukan
APAKAH OBJEKTIF DASAR
SUKAN NEGARA
1. Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam
kalangan masyarakat
2. Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah
mewujudkan budaya sukan di kalangan masyarakat
3. Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di
semua peringkat bagi membentuk sebuah masyarakat yang
berdisiplin dan bersatu padu
4. Menyediakan peluang, insentif dan kerjaya bagi memenuhi
keperluan asasi individu melalui sukan
5. Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan di semua
peringkat
6. Memperkukuhkan badan dan organisasi sukan dengan amalan
tadbir urus yang profesional
7. Membangunkan sukan sebagai satu industri
8. Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dengan semangat kesukanan yang tulen.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sukan merupakan aspek yang penting untuk
memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui
tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan
untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia
dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota
badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia.
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama,
keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan
menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran
diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang
secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan
menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di
antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan,
penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia
meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan
kerjasama antarabangsa
SEKIAN,
TERIMA KASIH