The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book (Lestari Alam Sekitar)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NUR SYUHARA BINTI MOHD SUKRI IPG-Pelajar, 2023-10-13 12:38:29

T2_PEMBAZIRAN ELEKTRIK

E-book (Lestari Alam Sekitar)

ELEKTRIK E - b o o k L e s t a ri Ala m S e kit a r PEMBAZIRAN


AHLI KUMPULAN SITI NUR SYUHARA BINTI MOHD SUKRI A/G: 2020172340225 NUR HUSNINA ZULAIKHA BINTI ZAMRI A/G: 2020172340213 MUHAMMAD NAZIRUL ALIF BIN MOHAMAD ZULKIFLI A/G: 2020172340200


Isi Kandungan Isu yang Dipilih Definisi Pembaziran Elektrik Punca Pembaziran Elektrik Kesan Pembaziran Elektrik Cadangan Penyelesaian Kesimpulan Rujukan 01 02 03 04 05 06 07


Isu Pembaziran Elektrik Tenaga elektrik merupakan elemen terpenting dalam suatu sistem pengoperasian sesebuah bangunan kediaman atau komersil. Ketiadaan tenaga elektrik menyebabkan sistem ini tidak dapat berfungsi sekaligus menjejaskan aktiviti pengguna serta keperluan mereka. Ini kerana segala sistem yang beroperasi dalam bangunan itu adalah berasaskan kepada bekalan tenaga elektrik. Antara sistem yang terdapat dalam sesebuah bangunan ialah sistem pencahayaan, sistem penghawa dingin, sistem peralatan motor, sistem komunikasi dan sebagainya. Namun apa yang membimbangkan kini adalah penggunaan tenaga elektrik yang tidak cekap di Institut Pendidikan Kampus Ilmu Khas yang boleh memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia.


Definisi Pembaziran Elektrik Pembaziran elektrik bermaksud penggunaan elektrik yang melebihi had atau kadar yang sepatutnya. Pembaziran elektrik juga sering berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya dalam golongan muda yang tidak mengambil berat tentang kecekapan penggunaan elektrik. Apabila kita terus membazir elektrik, ia akan mengeluarkan lebih banyak karbon dan metana ke atmosfera. Dengan gas bahan api fosil yang terperangkap dalam atmosfera , kita akan berakhir dengan musim panas yang terik dan musim sejuk yang teruk.


Pemasangan suhu penyaman udara yang kurang daripada 24ºC Tidak mencabut plug selepas digunakan Penggunaan tenaga dapat dijimatkan jika menetapkan penyaman udara pada suhu yang tinggi. Suhu 24 ℃ atau ke atas adalah suhu penyaman udara yang paling sesuai dan dicadangkan oleh bukan sahaja Tenaga Nasional Berhad (TNB), tetapi juga Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dan Kementerian Tenaga India (Malaysia Bersuara, 2023). Menurut Energy Saving Trust, mana-mana pengecas yang dihidupkan yang tidak dicabut masih akan menggunakan elektrik, tidak kira sama ada peranti itu dipasang atau tidak. Purata jumlah tenaga yang digunakan oleh alat dalam keadaan siap sedia atau dalam keadaan tidak aktif antara 9% dan 16% daripada jumlah bil tenaga rumah (Tim Greenhalgh, 2023). PUNCA PEMBAZIRAN ELEKTRIK


Ini boleh membawa kepada bil tenaga yang lebih tinggi dan peningkatan pelepasan karbon. Selain itu, sesetengah alatan elektronik mungkin menjadi terlalu panas atau tidak berfungsi jika ia dibiarkan menyala untuk jangka masa yang lama. Tidak menutup lampu dan kipas setelah digunakan Peralatan elektrik uzur Peralatan lama menggunakan lebih banyak tenaga berbanding model terkini yang direka bentuk dengan ciri penjimatan tenaga. Penghawa dingin yang dibeli berpuluh tahun lalu barangkali masih elok tetapi percayalah itulah punca bil elektrik bertambah (MStar, 2020). PUNCA PEMBAZIRAN ELEKTRIK


KESAN PEMBAZIRAN ELEKTRIK Kerajaan terpaksa meningkatkan jumlah tenaga yang dijana agar dapat memenuhi keperluan pengguna. Selaras dengan keadaan tersebut, pihak kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik dan bil perkhidmatan tenaga elektrik meningkat. Pembaziran wang untuk membayar bil elektrik yang tinggi. Kadar penghasilan gas Karbon Dioksida (CO2) di Malaysia didapati telah meningkat. Penjanaan tenaga elektrik di Malaysia merupakan antara penyumbang utama kepada pelepasan gas rumah hijau (Mahlia, 2002). Pemanasan global Apabila pembaziran elektrik terdedah kepada haba, bahan kimia toksik seperti karbon dilepaskan ke udara yang merosakkan atmosfera Menjejaskan tahap keseimbangan alam sekitar akibat daripada persekitaran yang lebih kotor.


KESAN PEMBAZIRAN ELEKTRIK Bahan api fosil, arang batu dan gas. Memendekkan jangka hayat sumbersumber asli Peningkatan gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida, metana, karbon monoksida dan nitrogen dioksida ini telah menyebabkan kesan serius kepada pengguna seperti banjir, ribut taufan, dan kepanasan yang melampau. Perubahan iklim


Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi - memperkenalkan Bulan Tenaga pada 1 November 2010 bertujuan mendidik serta mendedahkan pengguna kepada aspek kecekapan dan penjimatan tenaga. Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Tenaga dan TNB - menjalankan Program Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga kepada semua golongan rakyat Malaysia yang meliputi pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, orang awam dan juga untuk pihak industri. CADANGAN PENYELESAIAN Dasar kecekapan tenaga (Energy Efficiency) bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi tetapi menambah perspektif 'mesra alam' kepada manusia (Tuan Pah et al., 2013). Hal ini kerana, isu kecekapan tenaga adalah sangat penting bagi membantu kerajaan dalam usaha mendidik komuniti menggunakan sumber tenaga seminima yang mungkin. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjimatkan penggunaan bahan api (minyak, gas dan arang batu) yang semakin susut bekalannya di Malaysia. Kecekapan Tenaga Antara badan induk yang membantu mengetengahkan dasar ini adalah :


HEBAHAN POSTER Di peringkat IPG, hebahan poster akan diletakkan di setiap kelas pada sudut maklumat. Selain itu, hebahan juga boleh dilakukan melalui penggunaan media massa seperti platform Instagram, Facebook, Tiktok dan sebagainya. Justeru, proses penyebaran maklumat akan menjadi lebih pantas, cekap dan efisien. Menutup suis lampu dan kipas apabila tidak digunakan. Tolong tutup suis lampu atau peralatan elektrik kawan yang terlupa menutupnya. Berusaha meletakkan notis (sticker) penjimatan elektrik berdekatan dengan suis lampu agar pengguna tidak lupa memadamkannya. Menggunakan barangan elektrik yang diiktiraf sebagai produk kecekapan tenaga dilabelkan dengan barisan bintang (Label Energy Star) di mana 1 bintang mewakili kurang cekap tenaga hingga 5 bintang menunjukkan produk yang paling cekap tenaga. Antara tindakan siswa guru terhadap aktiviti penjimatan elektrik adalah:


KESIMPULAN Kesimpulannya, generasi pada masa kini tidak seharusnya membazirkan sumber-sumber yang sedia ada agar generasi-generasi akan datang juga dapat menikmati kemudahan dan rezeki daripada sumber alam. Bagi mengurangkan serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, pihak pengurusan IPG tidak boleh hanya memandang dari aspek teknologi sahaja tetapi juga perlu melihat kepada aspek tanggungjawab pihak yang terlibat iaitu dalam kalangan siswa guru. Hal ini kerana, aspek tanggungjawab akan muncul sekiranya terdapat kesedaran dalam diri siswa guru iaitu sebagai seorang pengguna. Justeru, tenaga elektrik perlu digunakan secara cermat dan bijaksana.


RUJUKAN Greenhalgh, T. (2023). Does unplugging appliances save you money?. https://rb.gy/5b255 Mahlia, T.M.I. (2002). Emission from electricity generation in Malaysia. Renewable Energy, 27, 293-300. Malaysia Berhad. (2023). Adakah Pasang Aircond Pada Suhu 24 Jimatkan Elektrik?. https://rb.gy/v9nk7 MStar. (2020). Salah sendiri. Ini 5 sebab bil elektrik mencanak naik tanpa disedari. https://rb.gy/ebfa5 Tuah Pah Rokiah Syed Hussain., Hamidi Ismail., & Mat Khalid Md Noh. (2013). Kesedaran mengenai penjimatan tenaga elektrik dan kelestarian alam sekitar. Prosiding Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII, 977-990. SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version