The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN FAZILLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FAZILLAHMUSA, 2021-02-15 18:45:42

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN FAZILLAH

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN FAZILLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA PSS
Sekolah Kluster Kecemerlangan, Program Sekolah Amanah 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA

PERSIARAN BESTARI, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
Sekolah Kluster Kecemerlangan, Program Sekolah Amanah

TAJUK:
KAEDAH “SHARED READING” DALAM MEMPERKENALKAN

LITERASI MAKLUMAT DALAM KALANGAN MURID
SK CYBERJAYA

OLEH:

FAZILLAH BINTI MUSA

|FAZILLAH BINTI MUSA

SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA PSS
Sekolah Kluster Kecemerlangan, Program Sekolah Amanah 2020

ISI KANDUNGAN
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Nama dan Alamat Sekolah 1
2.0 Penyelidik 1
3.0 Tajuk Kajian 1
4.0 Refleksi Masalah 1
5.0 Fokus Kajian 2
6.0 Objektif Kajian 3
7.0 Kumpulan Sasaran 3
8.0 Tindakan dan Jadual Kajian yang Dicadangkan 4
9.0 Carta Gantt Kajian 5

|FAZILLAH BINTI MUSA

SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA PSS
Sekolah Kluster Kecemerlangan, Program Sekolah Amanah 2020

1.0 Nama dan Alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan CYBERJAYA
Persiaran Bestari,
Zon Flagship 2,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

2.0 Penyelidik
Fazillah Binti Musa

3.0 Tajuk Kajian
Kaedah “Shared Reading” dalam Memperkenalkan Literasi Maklumat Dalam
Kalangan Murid SK Cyberjaya

4.0 Refleksi Masalah

Berdasarkan kepada pengalaman lebih 10 tahun pengkaji mengajar murid
sekolah rendah, pengetahuan isu semasa serta kaedah mendapatkan
maklumat menjadi masalah utama kepada murid-murid. Maklumat memainkan
peranan penting dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi kepada pelajar yang
perlu menjadikan maklumat sebagai punca pembelajaran.

Pengkaji sebagai guru, telah mencuba pelbagai kaedah dan cara untuk
menangani masalah ini dan ada kalanya kaedah itu berjaya dan ada kalanya
tidak. Ini menyebabkan perasaan tidak senang dalam diri pengkaji sendiri serta
percaya sekiranya murid masih tidak mengetahui cara untuk mendapatkan
maklumat bermaksud mereka masih tidak dapat belajar serta membuat rujukan
dengan baik. Ada beberapa murid yang telah ditemu bual oleh pengkaji secara
tidak formal dan beberapa jawapan yang telah mereka beri seperti “Panjang
sangat cerita dekat buku cikgu, saya malas untuk membaca” “Saya tidak tahu
bila nak belajar dan cara nak belajar”, “Saya tak pasti saya perlu dapatkan
informasi dari mana cikgu, jadi saya buat sahaja ikut pemahaman saya sendiri”.

1| F A Z I L L A H B I N T I M U S A

SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA PSS
Sekolah Kluster Kecemerlangan, Program Sekolah Amanah 2020

Disebabkan beberapa masalah ini pengkaji dapat simpulkan murid berasa tidak
berminat untuk belajar kerana tidak faham dan tidak termotivasi untuk dapatkan
maklumat dengan kaedah yang mudah dan menyeronokkan.

Pada pendapat pengkaji, perkara ini perlu ditangani dari peringkat awal lagi iaitu
semasa murid-murid ini berada di tahap satu. Pengkaji akan gunakan
pengalaman semasa mengajar untuk memperbaiki kemahiran murid-murid dari
peringkat awal supaya masalah ini tidak berpanjangan pada masa hadapan.

5.0 Fokus Kajian

Kajian ini adalah berfokuskan kepada penggunaan “KAEDAH SHARED
READING” sebagai salah satu kaedah alternatif dalam membantu murid-murid
untuk mendapatkan maklumat secara berkesan. Keistimewaan kajian ini adalah
bahan Shared Reading Literasi Maklumat yang digunakan GPM adalah
dihasilkan sendiri oleh murid-murid SK Cyberjaya. Penggunaan Shared
Reading ini diharap dapat memberi gambaran lebih tepat kepada murid-murid
tentang kemahiran belajar, kemahiran ICT dan kemahiran perpustakaan.

Semasa kajian dijalankan, didapati terdapat isu yang timbul dalam membantu
murid-murid berkenaan. Antaranya ialah:

a) Murid kurang sokongan dan bimbingan dari keluarga di rumah.
b) Kurang kelengkapan pembelajaran digital atau peranti elektronik yang

dapat menyokong murid menjalankan aktiviti menjejak literasi maklumat
di rumah.
c) Bahan bacaan yang murid ada adalah terhad.

Dari pemerhatian di atas, dapat pengkaji rumuskan bahawa perlu ada satu
teknik yang sesuai yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid
menjalankan aktiviti literasi maklumat. Kaedah yang perlu pengkaji gunakan
seharusnya menarik minat murid seterusnya dapat menangani masalah ini dari
berterusan.
2| F A Z I L L A H B I N T I M U S A

SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA PSS
Sekolah Kluster Kecemerlangan, Program Sekolah Amanah 2020

6.0 Objektif Kajian

6.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid dalam kebolehan
mendapatkan maklumat melalui kemahiran perpustakaan, kemahiran belajar
dan kemahiran ICT.

6.2 Objektif Khusus
a) Membantu murid-murid mengetahui kaedah belajar dan menjejak
maklumat yang menyeronokkan dan menarik.
b) Membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran
dan pengetahuan isu semasa.
c) Mendedahkan kepada murid-murid bahawa kaedah belajar dan dapatkan
maklumat tidak hanya bertumpu kepada satu kaedah saja.
d) Di akhir kajian, 100% murid yang dikaji dapat menjawab soalan kuiz literasi
maklumat dengan betul.
e) Mengumpul bahan “Shared Reading” kemahiran Literasi Maklumat yang
dihasilkan oleh murid SK Cyberjaya melalui pertandingan Minggu Pusat
Sumber Sekolah.

7.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 10 orang murid SK Cyberjaya.
Murid-murid ini adalah dari kumpulan murid-murid yang mendapat markah
kurang daripada 50% selepas menjawab kuiz Literasi Maklumat yang telah
dijalankan.

3| F A Z I L L A H B I N T I M U S A

SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA PSS
Sekolah Kluster Kecemerlangan, Program Sekolah Amanah 2020

8.0 Tindakan dan Jadual Kajian yang Dicadangkan
Beberapa pendekatan dan kaedah akan dilaksanakan dalam kajian ini bagi mencapai objektif
yang disasarkan. Kajian ini dijangka berlangsung selama 5 bulan bermula bulan Jun 2020 dan
berakhir pada bulan September 2020. Proses refleksi dan penulisan laporan akan dibuat pada
bulan Oktober 2020.

Kajian ini akan dijalankan oleh GPM semasa waktu NILAM yang dijalankan di Pusat
Sumber serta pada waktu kelas ganti GPM. Berikut di bawah adalah jadual pelaksanaan kajian
tindakan yang telah dirancang dan dilaksanakan.

BIL AKTIVITI TARIKH

1 Mengenalpasti masalah dan mengumpul data awal Minggu pertama Jun
2020

2 Merancang tindakan/Kertas cadangan Minggu kedua Jun
2020

3 Aktiviti 1: Bahan “Shared Reading” dihasilkan oleh Jun - Ogos
murid SK Cyberjaya melalui pertandingan yang
dianjurkan Pusat Sumber Sekolah

4 Aktiviti 2: Temu bual Jun - Ogos

5 Aktiviti 3: Ujian pra Jun - Ogos

6 Aktiviti 4: Analisa Ujian Pra Jun - September

7 Aktiviti 5: Strategi penggunaan "Shared Reading" Ogos

8 Aktiviti 6: Ujian pos Sepetmber
9 Refleksi Kajian Oktober

10 Penulisan laporan kajian Oktober-November

Jadual 1: Pelaksanaan Kajian

4| F A Z I L L A H B I N T I M U S A

SEKOLAH KEBA
Sekolah Kluster Kecemerla

9.0 Carta Gantt Kajian

BIL PROGRAM JAN

1. Mengenalpasti masalah dan mengumpul data awal

2. Merancang tindakan/Kertas cadangan

Aktiviti 1: Bahan “Shared Reading” dihasilkan oleh
3. murid SK Cyberjaya melalui pertandingan yang

dianjurkan Pusat Sumber Sekolah

4 Aktiviti 2: Temu bual

5 Aktiviti 3: Ujian pra

6 Aktiviti 4: Analisa Ujian Pra

7 Aktiviti 5: Strategi penggunaan "Shared Reading"

8 Aktiviti 6: Ujian pos

9 Refleksi Kajian

10 Penulisan laporan kajian

5| F A Z I L L A H B I N T I M U S A

ANGSAAN CYBERJAYA PSS
angan, Program Sekolah Amanah 2020

N FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV CATATAN


Click to View FlipBook Version