INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR FKIK3013 FIKH KEKELUARGAAN ISLAM Nama : DAYANG TAJAU PUTERIANA BINTI SIDIN No. K/P : Angka Giliran : 2020112350182 Program : PISMP Ambilan : JUN 2020 Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2 Nama Pensyarah : DR. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN Tarikh Hantar : 17 JULAI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:____________________ Tarikh : 17 JULAI 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Biodata i 2. Isi Kandungan ii 3. Pengenalan 1 4. Konsep Poligami 1 5. Faktor-faktor Membolehkan Poligami 1 - 2 6. Tanggungjawab dalam Berpoligami 2 - 4 7. Hikmah Poligami 5 8. Rujukan iii 9. Lampiran iv - viii KANDUNGAN
POLIGAMI: TUNTUTAN ATAU KEPERLUAN 1.0 PENGENALAN Poligami merupakan suatu isu yang menjadi perbualan hangat dalam masyarakat. Ia bukan sahaja di Malaysia malah turut dibincangkan di dunia Islam lain khususnya di Timur Tengah kerana poligami dianggap sebagai faktor utama terjadinya penganiayaan terhadap isteri serta pengabaian terhadap anak-anak. Oleh kerana itu, maka wujudlah desakan agar kerajaan mengawal amalan berpoligami di negara-negara Islam. Melalui perbahasan ramai pihak, poligami dibenarkan namun terikat dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi (Hasan Jali, 2018). 2.0 KONSEP POLIGAMI Menurut M. Ichsan (2018), istilah poligami berasal dari bahasa Yunani iaitu perkataan ‘poly’ yang bermaksud banyak dan ‘gamien’ bermaksud kahwin (Bibit Suprapto, 1990). Dalam bahasa Arab, poligami disebut sebagai ta’adud al-zawajah. Dalam bahasa Arab, poligami disebut sebagai Ta’addud al Zawjat (تعدد الزوجات .(Asal perkataan Ta’addada diertikan sebagai bilangan, manakala perkataan al Zawjat (الزوجات (pula diambil daripada perkataan al zawjat (الزوجة (yang bermaksud isteri. Gabungan dua perkataan tersebut membawa maksud isteri yang banyak atau berbilang (Nasohah Zaini, 2000). Oleh yang demikian, poligami secara umumnya dapat diertikan dengan seorang suami yang bernikah dengan lebih dari seroang isteri pada satu masa (Lim Fahimah, 2017). 3.0 FAKTOR-FAKTOR MEMBOLEHKAN POLIGAMI
Terdapat beberapa faktor yang membolehkan poligami ini dilakukan antaranya adalah atas faktor biologi dan faktor dalaman rumah tangga (Nur Dianah et al., 2018) seperti kemandulan, keuzuran jasmani atau gila (Raihanah Haji Abdullah, 2019). Menurut Wan Ismail et al., (2018), perkahwinan merupakan satu tuntutan agama yang meraikan fitrah semula jadi penciptaan manusia untuk hidup secara berpasang-pasangan. Ia diharuskan dan dituntut untuk dilaksanakan (Al Zuhaili, 2005). Islam menekankan tujuan utama perkahwinan adalah untuk meneruskan zuriat yang halal (Rozumah Baharudin dan Rumaya Juhari, 2002). Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang melangsungkan pernikahan mampu untuk melahirkan zuriat akibat faktor kesihatan dan kemandulan. Perkara ini boleh menimbulkan pertengkaran yang berpanjangan dan menyebabkan sesebuah rumah tangga itu tidak tenang. Oleh yang demikian, sangat wajar bagi suami untuk dibolehkan berpoligami bagi meneruskan generasi serta menjaga nasab keturunan (Muhammad Arif Mustofa, 2017). Selain itu, suami juga dibolehkan berpoligami sekiranya isteri menghidap suatu penyakit yang dapat menghalang baginya untuk melayan hasrat suami serta melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri (Wan Ramizah et al., 2019) seperti melayan hasrat seksual. Menurut Marhany Malek et al., (2021), ketaatan seorang isteri terhadap suaminya adalah suatu perkara yang wajib selagi suami tidak memerintahkan kepadanya untuk berbuat maksiat dan melanggar syariat Islam. Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaslah bahawa seorang isteri perlu mentaati segala perintah bagi mengelakkan sebarang pertengkaran berlaku. Namun, faktor kesihatan bukanlah perkara yang disengajakan untuk dihidapi oleh setiap kaum wanita tetapi ia secara tidak langsung menghalang isteri tersebut untuk tidak melaksanakan tanggungjawabnya. Oleh yang demikian, suami dibenarkan untuk berpoligami bagi menyalurkan hasrat seksual mengikut syariat. 4.0 TANGGUNGJAWAB DALAM BERPOLIGAMI Umum mengetahui bahawa Islam membolehkan praktik poligami ini dilaksanakan. Namun terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum seorang suami melaksanakan poligami dalam pernikahannya. Merujuk kepada dasar tujuan sebuah pernikahan adalah ketenangan (Muhamad Arif Mustafa, 2017), tetapi dengan adanya poligami ini, ia memberi kesan yang negatif
terhadap fitrah peremuan bahkan boleh menyebabkan berlakunya penceraian jika tidak dijalankan sebaiknya oleh seorang suami. Berikut merupakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agama Islam bagi mereka yang ingin berpoligami. 4.1 BERLAKU ADIL TERHADAP ISTERI-ISTERINYA Tangungjawab yang pertama ialah berbuat adil. Tanpa keadilan dari seorang suami, pasti akan muncul kecemburuan serta rasa iri hati dari pasangan yang lain sehingga menyebabkan terjadinya pergolakan dalam rumah tangga. Perkara ini turut disebutkan dalam surah An-Nisa’ ayat 3 iaitu Allah SWT berfirman: ََّل ْم أ ْن ِخْفتُ ِ َوإ ْن ِخْفتُ ِ َعۖ فَإ ٰـ َث َو ُربَٰـ لَ ٰى َوثُ نَ ْ ِء َمث ِ َسآ َما َطا َب لَ ُكم ِ م َن ٱلن ۟ َم ٰى فَٱن ِك ُحوا ٰـ يَتَ ْ فِى ٱل ۟ ِس ُطوا َمٰـنُ ُكْم تُق ۚ ْ ْي َ َملَكَ ْت أ ْو َما َ َو ٰ ِح َدةً أ فَ ۟ ُوا ََّل تَ ْعِدل ْم أ ( ۟ ُوا ََّل تَعُول ٰىٓ أ ْدنَ َ ِل َك أ ٰ ذَ ٣) “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” Ayat di atas jelas menegaskan bahawa seorang suami tidak dibenarkan berpoligami sekiranya mempunyai rasa was-was untuk berlaku adil dalam mengahwini lebih dari seorang wanita. Adil dalam berpoligami terbahagi kepada beberapa perkara iaitu adil dalam memberi nafkah, adil dalam penggiliran antara isteri-isteri serta beberapa lagi keadilan yang mampu untuk suami berlaku adil seperti pemberian hadiah. Keadilan secara kualitatif adalah suatu perkara yang agak mustahil. Oleh yang demikian, keadaan di mana seorang suami hanya tertarik kepada seorang isterinya melebihi isteri yang lain sangat tinggi potensi untuk berlaku kerana ia merupakan sesuatu yang di luar batas kemampuan manusia (Abdul Rahman Abu Bakar). Sehubungan dengan itu, kesukaran dalam berlaku adil ini seharusnya dijadikan sebagai peringatan untuk memikirkan semula niat untuk berpoligami. Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda; َح ُد َ َو أ َمِة ِقيَا ْ ال َ َء يَ ْوم ِق ْسِم َجا ْ ْي ال َحِد ِه َما فِ َ لَى أ ِ َما َل إ ِن فَ َم ْن َكا َن لَهُ َزْو َجتَا َشاقَيْ ِه َمائِلً
“Siapa yang memiliki dua orang isteri, lalu ia cenderung kepada salah seorang di antara keduanya (tidak adil), maka ia akan dibangkitkan di hari Kiamat ddengan badang miring sebelah”. (Hadis Riwayat Abu Daud) Keadilan pertama yang dituntut dalam kehidupan berpoligami ialah adil dalam memberi nafkah kepada semua isterinya. Nafkah tersebut merangkumi pakaian, tempat tinggal dan makanan sebagaimana hadis dari Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; ول عليكم ِرزقُه َن و ِكسَوتُه َن بالمعرو ِف ُه َن “Mereka (para isteri) mempunyai hak ke atas kalian untuk diberi nafkah makanan dan pakaian secara ma’ruf”. (Hadis Riwayat Muslim) Keadilan seterusnya ialah kewajiban adil dalam menggauli isterinya yang bermaksud mengurangkan haknya (Taqyudin Abu Bakar, 2016). Oleh yang demikian, para suami yang berpoligami perlu mengagihkan masa dengan adil terhadap para isterinya dari aspek bilangan hari menginap. Berikut merupakan hadis dari Ummu Salamah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda kepadanya iaitu ِك، َسبَعْ ُت ِلنِ َسائِي ِك، وإ ْن َسبَ ْع ُت لَ ِت َسبَ ْع ُت لَ ْهِل ِك َه َوا ٌن، إ ْن ِشئْ َ َس ب ِك علَى أ إنَه لي “Sesungguhnya Engkau di hadapan suamimu bukanlah kehinaan, jika Engkau ingin aku akan memberimu (giliran) tujuh hari. Namun jika aku memberimu jatah tujuh hari, aku juga harus memberi tujuh hari kepada isteri-isteriku yang lain” (Hadis Riwayat Muslim) 4.2 BERKEMAMPUAN UNTUK MENANGGUNG PARA ISTERI
Tangungjawab yang kedua ialah suami mestilah berkemampuan untuk menanggung para isterinya. Suami sebagai pemimpin dalam rumah tangganya perlulah melindungi bagi memastikan ketenteraman yang berpanjangan. Ia bukan terhad kepada meindungi dari aspek keselamatan malah turut melibatkan tentang pemakaian dan pemakanan. Kedua-dua perkara ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh kerana itu, sangat penting bagi seorang lelaki untuk mempunyai kewangan yang mencukupi bagi menyara keluarga lebih-lebih lai mereka yang mempunyai lebih daripada satu isteri kerana perlu memberikan hak secara sama rata bagi setiap isterinya. Hal ini turut dijelaskan dalam surah An-Nur ayat 33 iaitu َحتَى يُ ْغنِيَ ُهُم هللاُ ِمن فَ ْضِل ِه ِذي َن ّلَ يَ ِج ُدو َن نِكَا ًحا َ يَ ْستَ ْعِف ِف ال ْ َول “Hendaknya orang-orang yang tidak punya modal untuk menikah, mereka menahan diri mereka sampai Allah mampukan mereka dari karunia-Nya” Surah An-Nur, Ayat 33
5.0 HIKMAH POLIGAMI Islam membenarkan poligami dalam kalangan umatnya bukanlah tanpa alasan dan tujuan tertentu. Segala syariat yang dituntun oleh agama sudah pasti memberi kebaikan serta kemaslahatan bagi manusia. Begitu juga dengan perbuatan poligami yang memang jelas dibolehkan menurut hukum agama berdasarkan syarat-syarat tertentu. Terdapat banyak hikmah poligami ini dibenarkan antaranya adalah untuk menghindarkan suami daripada terjerumus dalam zina, mendapat zuriat, mengelakkan penceraian dan sebagai penghormatan terhadap kaum wanita (Muhammad Arif Mustofa, 2017). Hikmah yang seterusnya adalah untuk mendapatkan keturunan dan meneruskan nasab. Hal ini adalah kerana salah satu faktor yang membolehkan berpoligami adalah apabila isteri mandul dan tidak dapat memberi zuriat kepada suaminya. Oleh itu, dengan adanya kebenaran berpoligami ini, maka suami bukan sahaja dapat meneruskan keturunannya seperti yang diinginkan, malah penceraian juga dapat dielakkan. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2021), mandul merupakan salah satu punca berlakunya pembubaran perkahwinan dan ia merupakan perkara yang dineci oleh Allah SWT. Justeru, jelaslah bahawa salah satu hikmah berpoligami ialah mengelakkan berlakunya penceraian. Hikmah poligami yang pertama adalah untuk menghindarkan suami daripada terjerumus dalam zina. Hal ini dikatakan sedemikian kerana wanita terhalang daripada melakukan persetubuhan atas tiga perkara iaitu haid, nifas serta belum sembuh sepenuhnya selepas melahirkan. Sepanjang tempoh isteri dalam keadaan tersebut, hasrat seksual suami tidak dapat dipenuhi. Kesannya, tidak mustahil bagi seorang lelaki yang mempunyai nafsu seksual tinggi untuk melakukan perkara keji dengan wanita lain. Sehubungan dengan itu, apabila suami mempunyai lebih dari dari seorang isteri, maka akan ada masa di mana isteri yang lain bebas daripada tiga perkara tersebut. Oleh yang demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa antara hikmah poligami ialah mengelakkan daripada zina berlaku. Hikmah poligami yang terakhir adalah untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita. Hal ini kerana sekiranya poligami tidak dibenarkan, maka adalah tidak mustahil jika terdapat sesetengah kaum lelaki yang akan menggunakan wanita lain untuk berseronok sematamata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Umum mengetahui bahawa suami yang bernikah secara sah dengan isterinya wajib bertanggungjawab ke atas isterinya manakala wanita yang tiada ikatan pula bukanlah tanggungjawab lelaki tersebut untuk menyara hidupnya. Berdasarkan perkara ini, maka jelaslah bahawa poligami dapat menjaga hak perlindungan untuk wanita serta turut menghindari kelahiran anak yang tidak sah taraf dan nasab yang tidak jelas.
6.0 KESIMPULAN Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa poligami mempunyai kelebihan dan keburukan dalam melaksanakannya. Ia bergantung kepada niat serta kemampuan seorang suami dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam rumah tangga yang dibina. Segala tindakan yang dilakukan perlulah mengikut syarak kerana Islam telah mengatur dengan sempurna semua permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat termasuklah aspek poligami. Kesyumulan Islam itu dapat dilihat pada kesempurnaan ajaran yang terkandung di dalamnya dan kesesuaian mengikut peredaran masa (Muslim Djuned, 2009). Diharapkan agar para suami yang ingin berkeinginan untuk berpoligami untuk meneliti kebolehan dirinya dalam melangsungkan tanggungjawab bagi memastikan pernikahan yang dilangsungkan mendapat berkat dari Allah SWT serta tidak memudaratkan pada mana-mana pihak.
RUJUKAN Abuya Ashaari Muhammad. (2006). Modul Poligami Indah Dari Tuhan. Selangor: Penerbitan Minda Ikhwan. Azwarfajri. (2011). Keadilan Berpoligami dalam Persepktif Psikologi. Jurnal Substantia, 13 (2). Hasan Jali. (2018). Faktor dan Hikmah Poligami Rasulullah SAW. Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues in Al-Quran And Hadith (2018). Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2021). Gerbang Perkahwinan. Selangor: Reka Cetak Sdn. Bhd. M. Ichsan. (2018). Poligami Dalam Perspektif Hukum Islam (Kajian Tafsir Muqaranah). Jurnal Ilmiah Syari’ah, 17 (2). Retrieved from https://ojs.iainbatusangkar.ac.id/ojs/index.php/Juris/article/view/1196 Marzuq, M. Ilham. (2009). Poligami Selebritis, Sidoarjo: Masmedia Buana Pustaka. Muhammad Arif Mustofa. (2017). Poligami dalam Hukum Agama dan Negara, Jurnal AlImarah: Jurnal Pemerintahan dan Politik Islam, 2 (1). Mua’shirah. Vol. 6, Nomor 1 Muslim Djuned. (2009). Amar Ma’ruf Nahi Munkar Menurut Perpektif Al-Qur’an”. Jurnal Ilmiah Al-Mua’shirah, 6 (1). N. Marhany Malik. (2021). Ketaatan Isteri Terhadap Suami Perspektif Nabi Muhammad SAW. Jurnal Ushuluddin, 23 (1). Nasohah Zaini. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur: Cergas (M) Sdn. Bhd. Nur Dianah dan Wan Ramizah (2018). Faktor dan Hikmah Poligami Rasulullah SAW. Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues in Al-Quran And Hadith (2018). Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi. Raihana Haji Abdullah. (2019). Poligami di Malaysia. Jurnal Syariah, 5(2), 167–186. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22975 Roziah Sidik, et al. (2011). Pengajian Islam (Edisi Kedua). Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Rozumah Baharudin dan Rumaya Juhari. (2002). Pengantar Perkahwinan dan Keluarga. Selangor: Universiti Putra Malaysia Press. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/322790078_DINAMIK_PERKAHWINAN_DA N_KELUARGA Taqyudin Abu Bakar. (2016). Kifayat Akhyar. Jakarta: Pustaka Azzam. Wan Ismail et al. (2018). Konsep Perkahwinan Menurut Perspektif Fiqh dan Undangundang Islam di Malaysia. Yufni Faisol. (2016). Konsep Adil dalam Poligami. International Journal Ihya’ ‘Ulum Al-Din,18 (1). Retrieved from https://journal.walisongo.ac.id/index.php/ihya/article/view/1730/pdf