PILIHAN 1- KATAK YANG PEKAK
Di dalam sebuah hutan terdapat sekumpulan katak-katak kecil yang
menganjurkan sebuah pertandingan memanjat menara.Ianya bertujuan
untuk mencabar katak-katak memanjat menara yang sangat tinggi dan licin.
Perlawanan bermula.
“Yeay..yeay..yeayy..”
Sebenarnya tiada seekor katak pun yang percaya bahawa katak-katak
kecil itu akan mampu memanjat menara itu.Kedengaran mereka berkata “
Menara ini terlalu tinggi dan licin.Mustahil untuk berjaya sampai ke atas.
Tengoklah nanti”
Memang betul.Katak-katak kecil itu mula jatuh satu persatu kecuali
beberapa ekor yang masih kuat dan terus memanjat semakin tinggi.Para
penonton terus menjerit
“Turunlah..mustahil,sudahlah tu..”
Maka lebih banyaklah katak-katak kecil berputus asa. Namun ada
seekor katak yang terus memanjat, semakin pantas dan bersemangat.
Akhirnya dia berjaya sampai ke puncak.Kesemua peserta lain ingin
mengetahui apakah rahsia katak itu. Mereka bertanya pelbagai soalan.
“Bagaimana kamu melakukannya?Menara ini sungguh tinggi,licin dan sukar
untuk dipanjat.”
Si katak kecil tidak menjawab tetapi hanya tersenyum. Tiba-tiba datang
seekor katak yang lain sambil berkata
“Tak guna kamu bertanya soalan.Dia ni sebenarnya pekak.”
Rupa-rupanya pemenang tadi adalah seekor katak yang pekak.
Apabila dia melihat para penonton menjerit-jerit dan melaung-laung,dia
menyangka mereka sedang menyokong dan memberi galakan.Itu telah
memberikannya inspirasi untuk terus mencuba sehingga dia berjaya sampai
ke puncak.
Pengajarannya, jika kita ingin berjaya, tiada yang mustahil.Yang penting
sentiasa positif.
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=_qgfr2FWRBY
PILIHAN 2- MEMBACA JAMBATAN ILMU
Hari ini kita ingin bercerita tentang kebaikan tabiat membaca.Setiap orang
perlu menanam tabiat membaca. Tahukah kawan-kawan semua, pelbagai
keajaiban ilmu dapat kita perolehi daripada pelbagai buku dari serata dunia?
Banyak sekali buku-buku yang menarik dan berfaedah yang dihasilkan setiap
tahun dalam pelbagai bahasa.
Amanda digelar sebagai seorang enskilopedia jalanan kerana dia
sangat gemar membaca.Setiap hari dia pasti menghabiskan masa sekurang-
kurangnya 1 jam dengan membaca buku-buku yang dia minati seperti al-
Quran, novel,komik, Sains, Sejarah, autobiografi,falsafah dan banyak
lagi.Apabila dia ingin mengetahui tentang sesuatu,dia akan menggunakan
internet untuk rujukan atau membaca buku yang berkaitan.
Ibu bapa Amanda selalu memberi sokongan.Paling menarik sekali,
mereka mempunyai perpustakaan mini di rumah. Wah, banyaknya buku!
Amanda suka mengunjungi perpustakaan.Guru-guru dan kawan-kawan
sentiasa memuji Amanda kerana kebolehan beliau menjawab soalan-soalan
yang diajukan.
“Saya baru lepas membaca buku yang dipinjam.” kata Amanda.
Dia sedar bahawa lebih banyak yang dibaca lebih banyak yang
diketahui.Membaca dapat menjadikan kita lebih tahu apa-apa di sekeliling
kita seperti benda-benda hidup, manusia, budaya, negara dan lain-
lain.Mereka yang berjaya adalah mereka yang suka membaca.Sekian.
Pengajarannya,membaca dan menimba ilmu pengetahuan adalah kunci
kejayaan.
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=OHdnPeJ_95o
PILIHAN 3- LEKA DENGAN GAJET
Dina adalah seorang pelajar yang bijak. Ayahnya telah menghadiahkan
sebuah telefon pintar kerana dia berjaya mendapat tempat pertama di
dalam peperiksaannya. Dia terus memuat turun sejenis permainan yang
sangat menarik. Dia mula leka bermain permainan tersebut dengan kawan-
kawannya.
Pada suatu hari, ibunya telah masuk ke biliknya untuk memberi pesanan
sambil berkata “Dina, kereta abah telah rosak.Ibu akan keluar sekejap untuk
mengambil abah...”
Tanpa melihat kepada ibunya, Dina menjawab “Okey,baiklah ibu.”
Tetapi ibunya masih belum selesai berkata-kata.Ibunya menyambung,
“Ibu sedang memasak kari ayam untuk makan malam kita.20 minit lagi baru
masak sepenuhnya. Ibu tidak boleh tunggu ni..jangan lupa padamkan api
ya.”
“Baiklah, ibu” Dina membalas sebelum ibunya keluar.
Pada masa yang sama, Dina telah berjaya memasuki peringkat yang
seterusnya di dalam permainan telefonnya. Dia telah mencuba selama
seminggu untuk sampai ke peringkat itu. Alangkah seronoknya apabila dia
mula menerima ucapan tahniah dan kata-kata semangat daripada kawan-
kawannya melalui pesanan telefon.
Dia mula bermain dengan sepenuh perhatian. Pada ketika itu, kari
ayam di dapur telah mendidih dengan kuat. Namun fokus Dina masih
tertumpu kepada permainannya.
Tiba-tiba, penutup periuk itu telah melambung ke udara. Bunyi yang kuat itu
telah mengejutkan Dina.
“Arghhhhhh”jerit Dina.
Dia bergegas ke dapur.Malangnya, semuanya sudah
terlambat.Terdapat api kecil di sekitar periuk. Mujurlah tumpahan kuah itu
telah membantu memadamkan api tersebut. Dia sangat bernasib baik kerana
rumahnya tidak terbakar. Ibu bapa Dina tiba di rumah ketika dia sedang
membersihkan tumpahan itu.Mereka berasa sangat terkejut. Namun Dina
cepat-cepat meminta maaf.
“Ibu, abah, maafkan Dina. Dina terlupa dengan pesanan ibu kerana Dina
terlalu leka bermain dengan telefon Dina. Maafkan Dina ya. Dina berjanji tidak
akan leka dengan gajet lagi. Sekian.
Pengajarannya, kita seharusnya meletakkan had masa terhadap
penggunaan gajet kerana ia boleh melalaikan kita.
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=RyDvczOaw2w
PILIHAN 4- JANGAN SOMBONG
Cerita ini mengisahkan tentang Nadia, seorang gadis remaja yang kaya,
sombong dan suka meninggi diri. Nadia terpaksa mengikut ayah serta
keluarganya berpindah dari kota besar ke sebuah kampung yang agak
terpencil. Mereka tinggal di sebuah rumah yang cukup mewah. Namun,
Nadia tidak gembira kerana dia cukup merindui kawan-kawan dan
kehidupannya di bandar. Bagi Nadia, kehidupan di kampung amat
membosankan kerana tiada kemudahan-kemudahan canggih.
Pada suatu hari, dalam perjalanan ke sekolah bersama pemandunya,
Nadia ternampak ada sekumpulan orang ramai berkumpul di tepi jalan raya.
Rupa-rupanya ada seorang budak perempuan yang terjatuh dari basikal ke
dalam longkang dan terkena lumpur. Pemandunya segera berhenti untuk
memberi pertolongan. Terdapat luka dan bengkak di kakinya yang
menyebabkan sukar untuk budak itu berjalan.
Pemandu itu berkata, “Nadia, bolehkah kita bawa adik ini ke klinik?”
Dengan penuh sombong, Nadia berkata “Mana boleh, saya tak nak
naik kereta bersama dengan budak yang berbau busuk dan kotor macam
ni…Eeeeuww”
Dua minggu kemudian, Nadia kelihatan sedang menunggu
pemandunya yang terlambat akibat tayarnya pancit di tepi jalan. Semua
rakan-rakan sekolah sudah pun pulang. Yang tinggal, hanya Nadia
berseorangan. Dia mula panik ketakutan dan mula menangis.
“Mana kereta saya ni?Kenapa lambat…”
Tiba-tiba, muncul seorang budak perempuan yang lalu di situ dengan sebuah
basikal. Dia menegur Nadia.
“Sudikah awak naik basikal dengan saya?Saya tahu rumah awak dan saya
boleh hantarkan awak.”
Rupa-rupanya, itulah budak perempuan yang terjatuh dari basikal
tempoh hari, Nadia berasa cukup malu pada dirinya sendiri dan bersalah di
atas sikap sombongnya terhadap orang lain. Mulai dari hari itu, Nadia
berubah dari seorang yang sombong kepada seorang yang merendah diri
dan baik hati. Sekian.
Pengajarannya, dalam kehidupan, kita tidak tahu siapa yang akan menolong
kita ,dari itu janganlah kita berlagak sombong.
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=S88U82je58o
PILIHAN 5- AKIBAT SUKA MENIRU
Megat ialah seorang budak yang sangat malas dan suka bermain. Sama ada
dalam kelas atau dalam bilik, malah dalam masjid pun dia suka bermain.
Sikap malas Megat untuk membuat kerja sekolah juga menyebabkan dia
telah beberapa kali dimarahi oleh gurunya. Kawan-kawannya juga sering
mentertawakannya.
Megat berasa sungguh malu dan bertekad untuk tidak mahu dihukum
lagi. Lalu, dia mula berfikir bagaimana cara mudah untuk siapkan kerja rumah.
“Haaa.. saya tahu! Saya akan meniru kerja dari Amir. Cikgu selalu puji kerja
dia...”
Megat segera ke rumah Amir dan meminta Amir menolongnya. Amir
bersetuju tetapi tidak tahu bahawa rancangan Megat hanya mahu meniru
daripadanya sahaja. Setelah mendapat pertolongan daripada Amin, Megat
sangat gembira. Cikgu juga memuji perubahan sikap Megat.
Pada suatu hari, cikgu kelas mengadakan satu pertandingan kuiz dan
membahagikan kelas tersebut kepada dua pasukan. Setiap pasukan akan
diketuai oleh dua orang pelajar yang terbaik iaitu Amir dan Megat. Megat
mula panik kerana dia sebenarnya tidaklah sebijak yang disangka oleh guru.
Dia mula berpeluh apabila pasukannya bersorak kepadanya.
“Alamak,habislah aku…”
Akhirnya, pasukan Megat kalah teruk. Megat berasa sangat malu dan
bertekad untuk tidak lagi meniru kerja rumah Amir. Sebaliknya dia berazam
untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mahu menipu lagi.Sekian.
Pengajarannya ialah meniru adalah menipu.
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=vdU7wKj76ps