The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-12138783, 2022-06-12 08:05:22

NILAM_SYAHIRATUL BALQIS

NILAM_SYAHIRATUL BALQIS

SYAHIRATUL BALQIS BINTI AHMAD SAHIRI

ISI KANDUNGAN

1 PROFIL MURID 1-3
2 BORANG NILAM 01 4-6
3 BORANG NILAM 03 7
4 BORANG NILAM 04 8-11
5 SALINAN SIJIL 12-24
6 GAMBAR AKTIVITI 25
7 SALINAN REKOD BACAAN MURID 26-36
8 ULASAN BUKU 37-39

1 PROFIL DIRI

NAMA: SYAHIRATUL BALQIS BINTI AHAMD SAHIRI
TARIKH LAHIR: 22 JULAI 2009
NO KAD PENGENALAN: 090722-01-0924
NO KAD OKU: BL 050119000060
ALAMAT RUMAH: NO. 543 JALAN HIJAYU 3/26,
HIJAYU 3, BANDAR SRI SENDAYAN, 71950 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN.

1

2

3

2 BORANG NILAM 01

4

0

5

6

3 BORANG NILAM 03

7

4 BORANG NILAM 04

8

9

10

11

5 SALINAN SIJIL

PENCAPAIAN

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

6 GAMBAR AKTIVITI

25

7 SALINAN DATA BACAAN

NILAM

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

8 ULASAN BUKU

ULASAN 1

Yang saya hormati, barisan juri yang arif lagi bijaksana.Assalamualaikum dan salam
sejahtera.
Saya suka makan limau Sunkist,
Nama saya Syahiratul Balqis.
Pada hari ini, saya akan berkongsi ulasan 2 buah buku yang telah saya baca iaitu
Kisah Cinderella dan Katak Ditelan Ular.

Buku Cinderella mempunyai 62 halaman, diadaptasi oleh Della Cohen, dicetak di
China, dan diterbitkan oleh Parragon Books Limited bersama Advantage Quest, pada
tahun 2016. ‘Cinderella’ merupakan kisah dongeng tradisional popular di banyak
negara dalam pelbagai versi. Namun, filem animasi dari Walt Disney, telah menjadi
piawai versi kontemporari.

Pada zaman dahulu, tinggal seorang gadis bernama Cinderella bersama keluarga
tirinya yang jahat. Mereka sering menyuruh Cinderella membuat tugasan rumah. Ibu
dan kakak-kakak tirinya, iaitu Anastasia dan Drizella tidak pernah menolongnya.
Tetapi, Cinderella tetap bersikap ceria dan baik. Dia juga suka berkawan dengan
semua haiwan yang ditemuinya. Cinderella suka membuat pakaian untuk tikus-tikus
yang tinggal bersamanya di loteng. Pada suatu hari, Raja menyatakan hasratnya
untuk melihat Puteranya berkahwin. Justeru, Raja membuat pesta tari-menari untuk
semua gadis di negeri tersebut. Cinderella sangat teruja untuk pergi ke pesta tari-
menari tersebut, tetapi tidak dibenarkan oleh ibu tirinya. Cinderella sangat kecewa
dan menangis di taman. Tiba-tiba, muncul Bonda Pari-Pari di sisinya. Bonda Pari-Pari
memujuk Cinderella, lalu beliau mengeluarkan tongkat sakti dan menukarkan
pakaian buruk yang dipakai Cinderella kepada gaun cantik. Kemudian, Bonda Pari-
Pari menjadikan labu sebagai kereta, dan tikus-tikus kesayangan Cinderella sebagai
kuda putih. Bonda Pari-Pari memesan kepada Cinderella, yang kuasa sakti tersebut
akan berakhir pada tepat jam dua belas malam, dan Cinderella perlu pulang
sebelum tiba waktu itu. Semasa majlis tari-menari di istana, ramai gadis cuba memikat
Putera, tetapi Putera hanya tertarik kepada Cinderella, dan mengajaknya menari.
Begitu cepat masa berlalu, tepat jam dua belas malam, Cinderella berlari keluar

37

istana. Malangnya, sebelah kasut kacanya tercicir di tangga. Cinderella
meninggalkan sebelah kasutnya itu, kerana dia tidak mahu sesiapapun
melihatnya dengan gaun yang telah bertukar buruk itu. Keesokannya, ibu tiri
Cinderella mendapat perkhabaran dari istana tentang pencarian gadis yang
dapat menyarung kaki ke dalam kasut kaca tersebut dapat menikahi Putera
Raja. Apa lagi, ibu tirinya terus mengunci Cinderella di dalam bilik kerana beliau
tahu pemilik kasut kaca itu ialah Cinderella. Ketika pihak istana tiba di rumah
mereka, tikus-tikus kesayangan Cinderella mencuri kunci bilik dari poket baju ibu
tirinya. Apabila pintu bilik berjaya dibuka, Cinderella terus meluru ke arah kasut
kaca itu, lalu meminta izin pihak istana untuk menyarung kasut kaca itu di
kakinya. Pihak istana sangat teruja kerana Cinderella padan memakai kasut
kaca itu. Putera raja sangat gembira kerana bertemu gadis idamannya, dan
menikahi Cinderella. Mereka hidup bahagia bersama. Buku ini adalah sangat
terkenal dan menarik minat kanak-kanak untuk membacanya kerana watak
Cinderella yang sangat menawan.

Pengajaran yang diperoleh dari cerita ini ialah, kita tidak boleh berputus asa
dan sentiasa bersabar menghadapi cabaran hidup; serta kita perlu sentiasa
melihat cabaran tersebut dari aspek positif, untuk mendapat kebahagiaan di
kemudian hari. Selain itu, kita juga harus saling berkasih sayang sesama kita
dengan ikhlas dan jujur, tanpa pilih kasih.

Cerita ‘Cinderella’ ini boleh dikaitkan dengan kisah Bella yang didera yang
hangat diperkatakan. Bella telah diletakkan di rumah asuhan dan telah didera
oleh penjaganya dengan sangat tragis. Sehingga kini kes Bella masih
dibicarakan di mahkamah. Namun,, berkat kesabaran Bella nasibnya menjadi
perhatian umum. Dia kini di tempatkan di tempat yang lebih selesa dan terjaga.
Begitulah persamaan cerita Bela dan Cinderella yang menjadi mangsa
penginyaan dan akhirnya hidup bahagia.

38

ULASAN 2

Seterusnya, buku kedua yang saya baca berjudul ‘Katak Ditelan Ular’ yang
mengisahkan tentang ketam yang sering menasihati katak, namun katak tidak
menerima nasihat ketam kerana keangkuhannya. Kisah Katak Ditelan Ular ini adalah
Siri Cengkerik, yang mana diolah oleh Nor Azlin Japar, diterjemahkan oleh Mimi
Samuel, dan dicetak oleh Percetakan Advanco Sdn Bhd.

Ketam dan Katak merupakan sahabat baik. Mereka tinggal di sebuah kolam. Pada
suatu hari, Kura-kura menyampaikan berita yang diperoleh daripada Helang, tentang
musim kemarau yang akan tiba. Katak yang bersikap angkuh, enggan mempercayai
kata-kata Helang, dan tidak mengendahkan nasihat Ketam. Kura-kura dan Ketam
mencari tempat tinggal baharu sebagai persediaan. Manakala, Katak hanya
bermain sahaja. Apabila musim kemarau tiba, Katak cuba berlindung di dalam lalang,
namun lalang mati akibat cuaca panas. Katak merayu daripada Ketam untuk
tumpang berlindung di tempatnya. Malangnya, Ketam hanya membina tempat
tinggal baharu yang muat untuknya sahaja. Semasa dalam perjalanan mencari
tempat berlindung lain, Katak terserempak dengan Ular, lalu Katak dimakan Ular.
Setelah musim kemarau berlalu, Kura-kura dan Ketam kembali bermain di kolam, dan
mereka mencari Katak. Apabila mereka tidak menjumpai Katak, tahulah mereka
akan nasib Katak tersebut.

Moral yang diperoleh daripada buku ini ialah, kita perlu sentiasa memikirkan masa
hadapan, dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bak kata pepatah,
‘sediakan payung sebelum hujan’.

Kisah ‘Katak Ditelan Ular’ ini boleh dikaitkan dengan pelumba haram di jalan raya
yang tidak patuh kepada undang-undang dan tidak mendengar nasihat ibu bapa,
yang akhirnya terlibat dalam kemalangan.

39


Click to View FlipBook Version