The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by avenislouis16, 2022-05-12 20:11:14

GPPP1092 Topik 6 Etika Perguruan

GPPP1092 Etika Perguruan

GPPP1092

EKSATHTEEJRUREAISLVNMETEAAAINNNRJIEUSOTLEHRAAMANANPAANAUKNANAAKLAUKOAKUUMJLSIISSEIINNRGEGKIUES

TAJUK:

Tanggungjawab terhadap rakan
sejawat & profession keguruan

Tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan tidak boleh dipandang ringan oleh


mereka yang bergelar guru. Ini adalah kerana profesion keguruan didokong oleh mereka yang bergelar guru.

Maka adalah wajar sescorang yang bergelar guru menjaga dengan baik nama baik dan martabat profesion
keguruan dengan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tugas yang telah diamanahkan. Etika profesion
perguruan juga telah menggariskan tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
Bagi memenuhi tanggungjawab in sescorang guru perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

i. Guru hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang ulasan atau kenyataan
di hadapan murid atau ibu bapa yang boleh mencemarkan nama baik rakan sejawatnya.


Sebarang ulasan dan kenyataan tentang seseorang guru periulah dilakukan di tempt

tertutup dengan fikiran yang positif dan terbuka supaya tidak timbul salah faham,
pertengkaran dan perselisihan yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru. Guru
seharusnya sentiasa bersedia memberi bantuan dan bimbingan kepada rakan
sejawatnya yang menghadapi masalah terutamanya mereka yang baharu menceburkan
diri dalam profesion keguruan. Bantuan dan bimbingan yang dihulurkan akan membantu
guru-guru baharu dalam mengharungi dunia pendidikan. Tindakan ini akan mengalakkan
usaha-usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan seterusnya
memartabatkan profesion keguruan.

(ii) Guru hendaklah sentiasa bekerjasama dengan rakan sejawat
dalam membimbing dan mendidik murid di amping bekerjasama
dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara. Kerjasama dan
kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam institusi bagi
memupuk satu budaya kerja yang komprehensif dan berdaya saing
antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah
dibuang dan dihindarkan bagi menjaga nama baik profesion
perguruan dan institusi pendidikan.

(iii) Guru yang bertanggungjawab akan sentiasa menjaga dan
meningkatkan kecekapan diri terhadap profesionnya. Seseorang
guru hendaklah menjauhkan dirinya daripada terlibat dengan
kegiatan atau aktiviti yang boleh menjejaskan kecekapannya
sebagai seorang guru. Kecekapan terhadap profesion keguruan
akan terjejas sekiranya seseorang guru itu terlibat dengan kegiatan
atau aktiviti yang membelakangi tugas dan tanggungjawab
hakikinya.

(iv) Guru hendaklah sentiasa berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menunaikan

tanggungjawabnya pada setiap masa dan selagi
bergelar guru. Tanggungjawab yang dilaksanakan

dengan tekal dan bersungguh-sungguh akan
membantu meningkatkan pencapaian murid dan
institusi pendidikan seterusnya memartabatkan

profesion keguruan.

(v) Guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan
perkembangan dunia semasa. Sebagai seorang

yang profesional, guru seharusnya
berusaha dan mengamalkan ciri-ciri seorang

yang profesional dengan sentiasa
mengemaskini pengetahuan dan maklumat

terkini berkaitan bidangnya.

(vi) Guru hendaklah sentiasa menjaga
mama baik profesion keguruan dengan
mengawal diri daripada perkara-perkara
atau perlakuan yang tidak sepatutnya

sehingga menjejaskan imej profesion
keguruan.


Click to View FlipBook Version