PANTUN Tema: Gaua Hidup Lestari
Mendaki gunung sangatlah penat, Gunung didaki hari-hari, Pencemaran alam semakin tenat, Mengapa masih tidak kita sedari. Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Pencemaran alam harus dihindari, Kelak merana generasi mendatang.
Kayu cengal kayu jati, Tempat singgah burung kenari, Jangan biarkan sungai kita mati, Dek kerana kita cemari, Anak tupai di atas dahan, Dahan dihinggap si rama-rama, Bumi hijau ciptaan Tuhan, Marilah menjaganya, bersama-sama.