1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
NAMA PELAJAR : AVENIS ANAK LOUIS
ANGKA GILIRAN : 2021022310111
NO. KAD PENGENALAN : 031216130560
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : PPRBMM2-5
NAMA PENSYARAH : BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
TARIKH HANTAR
: PUAN SELINA BINTI HJ. AHMAD
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS : 21 MAC 2021
DARIPADA PENSYARAH
:
SENARAI KANDUNGAN 2
PERKARA
1.0 Pengenalan MUKA SURAT
2.0 Konsep Dan Fungsi Kesusasteraan Melayu Dalam 3
3
Kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional 6
3.0 Manifestasi Akal Budi, Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam
7
Pantun-Pantun Tradisional Melayu 8
4.0 Rumusan
Rujukan
3
1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu terbentuk daripada pelbagai kegiatan dan pengalaman masyarakat
Melayu zaman dahulu seperti nyanyian rakyat, penceritaan cerita-cerita, lipur lara dan uji
minda. Menurut S. Othman Kelantan (2000) menyatakan sejarah kesusateraan Melayu
tradisional mecapai era kegemilangannya pada abad ke-17, sehinggalah merebaknya
pengaruh modenisme dalam alam Melayu pada awal abad ke-20. Pada tahun 1900 dan
seterusnya adalah zaman berkembangnya karya kreatif berbentuk novel, cerpen, puisi baharu
dan drama. Menurut Abu Bakar Hamid (1982), memberi pengertian sastera sebagai satu seni
yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan estetik.
2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan sanskrit, iaitu susastera yang
bermaksud huruf atau buku indah. Menurut Hashim Awang (1984), ‘su’ bermaksud indah, baik
dan lebih berfaedah, manakala ‘sastera’ bermaksud huruf atau buku dan menurut Hashim
Awang (1985) lagi, karya sastera sebagai hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan
keupayaan membentuk tamadun bangsa. Manakala menurut Baharuddin Zainal (1975), karya
sastera yang membincangkan apa yang berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping
pandangan pengarangnya.
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut
makna kamus, hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai
ciri-ciri keistimewaan tertentu. Menurut Ismail Hussein (1984), kesusasteraan merangkumi
semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif. Sastera Melayu
mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberikan
kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang
pengarang itu meluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan. Selain daripada
penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur
akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat atau
lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi oleh pembaca.
Dalam pada masa yang sama, sastera dapat diungkapkan kepada pelbagai makna sastera
iaitu sebagai seni bahasa, ungkapan spontan daripada perasaan yag mendalam dan ekspresi
fikiran melalui medium bahasa. Selain daripada itu, semua karya yang memuatkan perasaan
4
kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan,
keterbukaan dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempersonakan
serta inspirasi kehidupan manusia yang diserlahkan dalam sebuah karya tulisan. Terdapat
juga empat undur dalam sastera iaitu:
Isi
kandungan
Bahasa 4 unsur Bentuk
dalam
sastera
Ekspresi
Rajah 1.0. Empat unsur dalam sastera
Dalam unsur sastera, yang pertama isi kandungan merangkumi dikiran, perasaan,
pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dan lain-lain. Selain itu, dalam bentuk
unsur sastera dapat diungkapkan dalam pelbagai bentuk. Contohnya, bentuk suara yang
disertai bunyi-bunyian. Manakala ekspresi pula merupakan keupayaan mengeluarkan
sesuatu dari dalam diri manusia dan yang keempat iaitu bahasa yang merupakan bahan
utama bagi muwujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.
Karya-karya sastera dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan untuk dinikmati dan dihayati
oleh khalayak. Khalayak adalah masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan
tersebut yang berhubungan langsung dengan pengarang. Bagi seseorang pengarang, amat
perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang diperlukan oleh khalayak kerana
pengetahuan pengarang akan menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak
oleh khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pegarang itu merangkumi tujuan menikmati
dan menghayati karyanya dan sejauh mana karya itu memberikan fungsi yang tertentu kepada
khalayak. Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya kesusasteraan
mempunyai empat fungsi yang 5
jelas:
Hiburan Pendidikan
Dakwah Kritikan
sosial
Rajah 2.0.Empat fungsi sastera.
Antara fungsi kesusasteraan ialah sebagai alat hiburan kesusasteraan digunakan bagi
mengisi masa lapang dan dijadikan hobi. Hiburan merupakan persembahan atau kegiatan
yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton. Karya-karya satera seperti
Seloka Pak Kaduk bukan saja memberi pengajaran tetapi juga menyeronokkan untuk dibaca.
Justeru itu, pada zaman dahulu cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktu-waktu lapang
bagi menghilangkan kebosanan. Lazimnya hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi
dan gambar-gambar yang menarik.
Seterusnya pula, fungsi kesusasteraan sebagai alat pendidikan. Pengalaman-pengalaman
para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang
terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.
Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur
pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Jadi dapat dilihat dengan jelas
ahawa kesusasteraan mampu menjadi bahan untuk pendidikan buat masyarakat.
Selain daripada itu, dakwah pula ialah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan
kepada manusia tertentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami
sebagai objek dakwah Mad’u. fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwa dapat
menyembunyikan pesan-pesan yang hendak dikomunikasikan kepada khalayak
pembacanya, melalui aneka bentuk ragam dan ragam estetika, metafora, simbol-simbol,
subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Menurut A. Hasymi (1974), mendefinisikan
6
dakwah dengan mengajak orang lain untuk meyakini dan mengamalkan kaedah dan syariat
Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah itu sendiri.
Kritikan sosial dalam sastera justeru merujuk kepasa satu bentuk komunikasi dalam
masyarakat yang berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita dalam sistem
kemasyarakatan. Kritikan sosial terdiri daripada tiga perkara yang perlu diambil berat iaitu
menilai, membandingkan dan mengungkapkan mengenai suatu perkara. Kritikan sosial juga
adalah salah satu tindakan dalam membanding, mengamati dan menilai sesuatu
perkembangan secara cermat tentang kesan baik atau buruk yang perlu ada dalam
masyarakat.
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI, PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN-
PANTUN TRADISIONAL MELAYU
Menurut Kamus Dewan (1986), pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang
maksud dan dua rangkap terakhir mengandungi maksudnya. Jelas bahawa, setiap pantun
mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Berdasarkan rangkap pantun pertama tersebut, ianya bermaksud tidak sombong atau
rendah diri. Hal ini dijelaskan dengan apabila seseorang individu tersebut berilmu, mempunyai
pangkat atau jawatan yang tinggi, individu tersebut hanya merendah diri dan tidak bersikap
sombong terhadap orang lain.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Rangkap pantun kedua pula membawa maksud yang orang yang berbudi akan dipandang
mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata. Oleh hal yang
7
demikian, kita harusalah mengamalkan sikap berbudi bahasa dan menjulang martabat
bahasa. Amalan berbudi bahasa melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun iaitu memiliki
tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain mpencapaian lahiriah.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Seterusnya, rangkap ketiga pula membawa erti jika melakukan sesuatu tidak boleh
tangguh-tangguh atau setengah-setengah iaitu suatu ilmu yang sempurna dituntut tetapi tidak
bermanfaat dan tidak mendatangkan faedah untuk sesiapa.
4.0 RUMUSAN
Akhirulkalam, didapati bahawa kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang
mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari
kehidupan masyarakat. Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan
membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Keunggulan dan kemegahan kesusasteraan
dan kebudayaan Melayu mencerminkan kreativiti dan gaya hidup masyarakat Melayu.
Justifikasinya, masyarakat Melayu disarankan agar terus menjaga dan memelihara warisan
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.
(1101 patah perkataan)
8
Rujukan
A Hasymi (1974), Dustur dakwah menurut al-Al-Quran. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang,
Abu Bakar Hamid. (1982). “Kesusasteraan moden”, dlm. Diskusi Sastera Jilid II. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Othman Kelantan. (2000). Arah pemikiran sastera malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Baharuddin Zainal. (1975). Mendekati kesusastraan. Kuala Lumur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hashim Awang. (1984). Kesusasteraan melayu dalam kritikan dan sejarah. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
Hashim Awang. (1985). Teman pelajar kesusasteraan. Pelajar Jaya: Fajar Bakti. Sdn.
Bhd.
Ismail Hussein. (1984). Sejarah Pertumbuhan Bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. (1986). Ed. Ke-4. Dewan Bahasa dan Pustaka.