Aisy Ir Oleh : Nurul Alyssa binti Mohd Azimganku
fan Pewaris Perjuan
Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha
untuk memperkembangkan lagi fizikal, intelek, sosial dan
emosi seseorang individu. Pendidikan juga mampu untuk
menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan juga
pengalaman supaya mendapat memberi kegembiraan, faedah
dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan
mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat dan
waras. Seharusnya perkataan pendidikan ini boleh dirasakan
oleh setiap individu terutamanya bagi kanak-kanak.
Alyssa nama diberi oleh kedua ibu dan ayahku. Mengikut
ketentuan Ilahi, selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
diumumkan aku telah mendapat tawaran untuk meneruskan
pengajianku di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
(IPGKBM). Tercapai hasrat ibu dan ayahku untuk aku menjadi
penyambung warisan mereka berdua. Ibu dan ayahku merupakan
seorang guru di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Aku juga
telah menyimpan hasrat sejak di bangku sekolah rendah lagi
bahawa aku ingin menjadi seorang guru yang berwawasan seperti
ibu dan ayahku.
Maka, bermula perjalanan seorang gadis remaja yang ingin
mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang guru.
Permulaan pengajian aku berjalan dengan lancar walaupun
kelas terpaksa dilakukan dalam atas talian. Pelbagai
rintangan yang telah aku lalui seperti masalah internet di
asrama namun aku dapat mengatasinya dengan pelbagai
cara. Di samping itu, aku sangat gembira kerana
dikurniakan rakan-rakan baharu yang baik dan pemurah
dan juga bersyukur pensyarah-pensyarah yang mengajar
aku tidak lekang memberi kata-kata semangat. Satu demi
satu ujian yang aku lalui, namun bayangan perkataan putus
asa itu tidak pernah muncul di dalam fikiranku kerana di
dalam fikiranku tersemat kata-kata ibunda bahawa “di
mana ada kemahuan, di situ ada jalannya”
Setelah 5 tahun aku bertungkus lumus dalam pengajian aku, kini tiba
masa untuk aku meraih segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Pada ketika itu, hanya Allah yang mengetahui betapa gembira dan
sedihnya aku. Perasaan gembira itu hadir ketika aku mengenang
kembali segala ujian yang aku tempuhi sepanjang 5 tahun. Namun,
perasaan sedih itu masih ada kerana terpaksa meninggalkan rakan-
rakan dan para pensyarah yang sentiasa di samping aku sepanjang
keberadaan aku di IPGKBM
Rezeki Tuhan, aku telah diumumkan sebagai seorang siswa yang
terbaik dengan sahsiah yang terpuji. Aku juga telah mendapat
Anugerah Dekan. Kakiku melangkah dengan bangga untuk meraih sijil.
Mata aku pada ketika itu melihat wajah ibu dan ayah aku yang
duduk di bahagian penjaga siswa-siswa IPGKBM. Terlihat mereka
sedang menangis sambil bertepuk tangan ketika aku melangkah di
atas pentas dewan itu, melihat mereka berdua menangis aku
merasakan “Ibu ayah, segulung ijazah ini untukmu sebagai balasan
kerana menjaga anakmu yang penuh dengan kenakalan sepanjang
hidupnya”.
Setelah tamatnya persidangan itu, aku terus
berlari ke arah ibu dan ayah aku yang sedang
menantiku di luar dewan. Aku terus mendakap
mereka berdua dalam keadaan menangis
kegembiraan lalu mereka menghulurkan sejambak
bunga kepadaku. Aku ditegur oleh rakan-rakan
aku, mereka mengajak aku untuk mengambil
gambar bersama-sama.
Ketika berjalan itu, seseorang menegur aku dengan memegang bahu aku.
Solehah : Hai, Alyssa ! Tahniah, aku bangga jadi kawan kau. Terima kasih
juga sebab banyak ajar aku. Kalau kau tiada, pasti aku tidak dapat
meraih segulung ijazah ini. Terima kasih, Alyssa.
Alyssa : Ya Allah, Solehah terkejut aku dibuatnya. Terima kasih dan
tahniah juga. Aku pun bangga dengan kau. Kalau tiada aku pun, kau pasti
akan berjaya sekiranya usaha itu setinggi gunung.
Solehah pun berlalu pergi ke arah rakan-rakan yang sedang
menunggu untuk mengambil gambar. Sedang aku mengelamun,
muncul seorang pensyarah yang dari jauh kelihatan seakan
dia sedang tersenyum lebar kepada aku tanda dia sedang
gembira.
Dr. Shapiza : Tahniah Alyssa, saya bangga dengan awak ! Awak berjaya
habiskan tempoh lima tahun ini dengan jayanya. Harapan saya semoga
awak dapat menjadi seorang guru yang berwibawa dan terus sebarkan
ilmu yang tersemat di dalam dada awak itu. Saya bangga menjadi salah
seorang pengajar awak. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.
Alyssa : Alhamdulillah, terima kasih Dr. Shapiza. Saya tidak akan
dapat meraih segulung ijazah ini tanpa bantuan Dr. Terima kasih juga
pada Dr. atas semua ilmu dan kata-kata semangat yang telah diberikan.
Semua kata-kata itu akan saya pahat di dalam fikiran saya dan saya
akan membantu generasi masa akan datang untuk berjaya juga. Terima
kasih Dr.
Dr. Shapiza pun berlalu pergi meninggalkan diriku bersama
rakan sekelas aku yang lain. Aku dan rakan-rakan
mengambil gambar sebanyak mungkin supaya dapat
mengabdikannya sebagai suatu kenangan. Seseorang jejaka
mula menghampiriku sambil tersenyum.
Aidil : Hai, Alyssa ! Awak apa khabar ? Tahniah atas
kejayaan awak.
Alyssa : Hai, Aidil ! Alhamdulillah saya sihat, awak
apa khabar ? Terima kasih dan tahniah juga pada
awak ! Akhirnya kita dapat habiskan pengajian kita
bersama-sama.
Aidil : Alhamdulillah sihat juga. Tercapai juga hasrat kita
untuk habiskan bersama-sama. Saya ada sesuatu nak
cakap dengan awak. Insya-Allah bulan depan keluarga
saya akan datang masuk meminang awak. Itu bukankah
apa yang awak inginkan ? Ibu saya cakap ini hadiah
sempena kejayaan awak.
Alyssa : Awak menipu saya bukan ? Tidak mungkin.
Lalu, ibu Aidil datang menghampiriku.
Puan Norazlita : Assalamualaikum Alyssa.
Tahniah, makcik bangga dengan kamu.
Alyssa : Waalaikumsalam makcik,
alhamdulillah terima kasih makcik.
Puan Norazlita : Insya-Allah bulan depan makcik
datang jumpa keluarga awak ye ? Selepas ini boleh
panggil makcik, mama ye.
Alyssa : Ya Allah, boleh makcik kalau tiada
halangan. Insya-Allah semoga dipermudahkan.
Masa pun berlalu dengan pantas, aku kini ditempatkan di sebuah
sekolah di tengah bandar. Aku mengajar budak darjah 1 yang di
dalam fasa pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga
Matematik. Anak murid aku pada masa ini masih dalam pembelajaran
untuk membaca dengan lancar, aku bersyukur kerana sewaktu aku di
Institut Perguruan dahulu aku telah belajar kursus yang dinamakan
Literasi Bahasa. Kursus ini mengajar aku untuk membantu anak-anak
murid ku untuk menguasai pembacaan dan penulisan. Ketika itu, aku
belajar cara untuk mengajar kanak-kanak yang belum mengenal
huruf untuk mengenal huruf dan seterusnya ke peringkat yang lebih
mahir. Maka, aku mempraktikkan semua yang dipelajari pada ketika
itu untuk mengajar anak-anak muridku.
Pada minggu lepas, jadual waktu aku menunjukkan terdapat satu kelas
pemulihan pelajar darjah 1 Bestari. Mengikut rancangan pembelajara
aku pada hari ini, aku perlu mengajar anak murid aku untuk mengenal
huruf. Kaedah yang pertama, aku meminta mereka untuk menyebut
huruf yang terdapat dalam peta buih yang telah aku sediakan.
Seterusnya, aku meminta mereka untuk menyebut huruf berpandukan
bunyi awalan pada gambar yang telah dibekalkan. Pada peringkat
ketiga, murid perlu mengenal dan juga mengecam bentuk huruf kecil.
Pada peringkat ini, murid mula mengenali sedikit demi sedikit huruf.
Seterusnya, aku melatih murid untuk mengenal dan juga mengecam
bentuk huruf besar. Murid akan beranjak ke peringkat yang lebih mahir,
murid perlu mengenalpasti pasangan huruf kecil dan huruf besar.
Peringkat yang terakhir, guru menyusun abjad secara tidak teratur dan
murid perlu mengenalpasti dan menyebut huruf tersebut di hadapan
guru.
Tepat pukul 2 petang, aku bergegas pulang untuk mengambil anak aku di
rumah pengasuh. Perkahwinan aku dan Aidil kini sudah 4 tahun dan kami
berdua dikurniakan cahaya mata lelaki yang bernama Aisy Irfan. Kini
anak kami berumur tiga tahun . Suami aku sudah pun menunggu
kepulangan aku dan anakku untuk pulang ke rumah. Anakku berlari ke
arah ayahnya sambil tersenyum lebar dan terus mendakap tubuh
ayahnya. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang
menyejukkan hati aku dan juga seorang suami yang banyak membantu
sejak dari awal perkahwinan sehingga usia perkahwinan kami hampir
memasuki 5 tahun. Selesai menguruskan diri dan juga solat, aku dan
Aidil duduk di ruang tamu sambil mengelamun seperti memikirkan
sesuatu sambil melihat telatah Aisy Irfan sedang menconteng sebuah
buku.
Alyssa : Abang, anak kita hendak memasuki umur 4 tahun, jadi cadangan
saya bolehkah kita mula mengajar anak kita untuk mengenal huruf sedikit
demi sedikit supaya pada ketika anak kita sudah masuk ke sekolah dia
tidak akan menjadi ketinggalan.
Aidil : Abang setuju cadangan awak tu. Kita cuba bersama-sama untuk
mengajar anak kita. Kita ajar anak kita pada hujung minggu ye, pada
waktu begini abang risau dia akan penat dan terus akan memberontak.
Pada hujung minggu, aku dan Aidil mulakan rutin
harian baru kami iaitu mengajar anak kami sedikit
demi sedikit huruf. Kami berdua telah didedahkan
kaedah untuk mengajar cara membaca. Aku
mengeluarkan beberapa kertas berwarna dan
berbentuk bulatan dan di atas kertas itu terdapat
huruf-huruf di atasnya.
Alyssa : Anak ibu, mari kita bermain satu permainan nak ?
Aisy Irfan : Nak ibu, permainan apa ibu ?
Aidil : Kalau anak ayah menang, petang ini ayah akan bawa
pergi ke taman permainan. Ayah janji.
Aisy Irfan : Okay ayah, Aisy pasti akan menang.
Aku mengeluarkan satu demi satu huruf sambil menyebut huruf
tersebut beberapa kali supaya anakku dapat mengingati huruf-huruf
tersebut.
Alyssa : Ibu dah keluarkan sepuluh huruf dan ibu juga dah sebut huruf
tersebut. Sekarang ibu susun huruf-huruf ini menjadi sebuah peta iaitu
peta buih. Sekarang ibu nak anak ibu sebut perkataan tersebut.
Aisy Irfan : Baik ibu, Aisy cuba. Kalau Aisy menang ibu dan ayah nak
bawa Aisy ke taman bukan ?
Alyssa dan Aidil : Ya.
Aisy mula menyebut satu demi satu perkataan tersebut walaupun
kadangkala dia mula lupa. Namun, aku membimbingnya menyebut
satu demi satu supaya dia tidak patah semangat untuk terus
mengenal huruf. Pada akhirnya, dia berjaya menyebut keseluruhan
huruf yang terdapat pada peta buih tersebut. Kami berdua telah
pun berjanji untuk membawa anak kami ke taman pada waktu
petang. Lagipun pada ketika itu, hanya pada cuti hujung minggu
sahaja kami dapat menghabiskan masa bersama-sama. Kami
memberi ganjaran kepada anak kami supaya dia menjadi semangat
untuk meneruskan lagi pembelajaran bersama kami. Itu seperti
perbincangan kami pada semalam.
Hari demi hari, Aisy sudah pun mahir dalam mengenal
huruf dan dapat menyebut huruf tanpa bantuan kami
berdua. Pada usianya 5 tahun, dia mampu untuk menyebut
huruf berpandukan bunyi awalan pada gambar yang
ditunjuk oleh gurunya. Dia sentiasa dipuji oleh gurunya
kerana kemahiran dia dalam mengenal huruf. Dia berasa
bangga akan dirinya dan sering membantu rakan-rakan di
sekolahnya untuk menyebut huruf-huruf tersebut. Sewaktu
peperiksaan, Aisy sering mendapat markah yang tinggi di
dalam kelas dan sering mendapat pujian oleh guru-gurunya.
Setelah setahun Aisy di prasekolah, kini tiba Aisy
melangkahkan kaki ke alam persekolahan, aku dan Aidil
menempatkan anak kami di sekolah yang berlainan dengan
kami supaya anak kami mampu untuk berdikari.
Kami mendidik anak kami sejak dari kecil bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian supaya, dia
mampu untuk membawa diri sekiranya kami berdua sudah tiada.
Pada ketika Aisy berumur 16 tahun, Aisy telah pun mempunyai adik
seramai 3 orang. Namun, Aisy sedikit pun tidak berubah, dia
sentiasa mendapat pujian daripada guru-gurunya kerana
prestasinya tidak pernah mengecewakan. Semangat Aisy tidak
pernah putus sehinggakan Aisy menjadi pelajar contoh di sekolah
sehingga dia tamat persekolahan. Aku dan Aidil amat bangga
dengan anak kami. Tidak sia-sia perjuangan kami untuk
mengajarnya ketika usianya baru sahaja setahun jag
Usiaku pun sudah semakin bertambah. Aku dan Aidil
kini menjadi pesara kerana kami berdua sudah pun
pencen. Rezeki anak kami, Aisy Irfan anak kami
telah pun ditawarkan ke Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) setelah
tamat SPM. Aku amat bangga dengan Aisy Irfan bin
Muhammad Aidil, tidak sia-sia aku bertarung nyawa
untuk melahirkannya. Kini, aku menyerahkan segala
ilmu kepada anakku untuk menyambung perjuanganku
dalam bidang pendidikan. Semoga anakku, Aisy Irfan
tidak akan putus asa untuk menyebarkan segala
ilmumu anakku. Ibu dan ayah mu sentiasa berada di
sisimu untuk menyokong segala tindak-tanduk kamu.
TERIMA KASIH