sejarah
perkembangan
sistem ejaan
rumi
LATAR BELAKANG
Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang telah digunakan secara meluas pada hari ini
bermula sejak tahun 1972. Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi dilakukan oleh
pedagang, pengembara dan juga penjelajar dari Eropah ke Nusantara secara
perseorangan pada abad ke--16. Kata-kata bahasa Melayu yang didengari oleh Portugis,
Sepanyol dan Itali ditulis oleh mereka di pelabuhan-pelabuhan, dalam huruf rumi dan
mereka telah mengeja kata-kata yang didengari berdasarkan kesan bunyi yang mereka
dengar. Mereka juga menerapkan peratauran ejaan yang ada dalam bahasa mereka.
LATAR BELAKANG
Sejarah membuktikan bahawa sistem ejaan Belanda dan Inggeris menguasai
tulisan bahasa Melayu dek kerana Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Pada ketika itu,
daerah Melayu telah dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Indonesia di bawah Belanda
manakala Tanah Melayu diletakkan pula di bawah British atau Inggeris Kedua-dua
penjajah tersebut menggunakan tulisan dan ejaan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
Belanda telah menggunakan sistem ejaan Van Ophuijsen (1901) untuk menulis dalam
bahasa Melayu dalam semua penerbitannya dan juga untuk berhubung dengan rakyat.
Sistem ejaan Wilkinson pula digunakan oleh pihak Inggeris.
SISTEM EJAAN
SEBELUM
PERANG DUNIA KEDUA
SISTEM EJAAN CH, VAN OPHUYSEN
(1900)
Write here a task Write here a task
Sistem ejaan rumi di Indonesia dibuat atau dibentuk oleh para peneliti yang
berminat menWgkriateji hbearhe aastaasMk elayu. Untuk mengelaWkrkitaenhkereeraactuasnkan atau penulisan
rumi Melayu di Indonesia yang tidak bersistem dan menyelaraskan penggunaan ejaan
rumi Melayu bWargitiethuejrueaantpasekmbelajaran. OphuyseWn rsiteekhaedreara mtaesknggabungjalinkan
beberapa sistem ejaan yang telah tersedia ada terutama pada sistem yang pernah
Write here a task Write here a task
diketengahkan oleh para pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda
SISTEM EJAAN R J WILKINSON (1902)MONDAY
R J Wilkinson adalah seorang pegawai pemerintah Inggeris yang telah
menyusun sebuah kamus berjudul ‘Malay-English Dictionary’ setebal 1300
halaman pada tahun 1895. Sistem ini adalah penting untuk persekolaha Melayu
di negeri-negeri Melayu Bersekutu atas arahan pemerintah. Sistem ini adalah
perbaikan daripada sistem ejaan yang digunakan dalam Kamus Maxwell yang
banyak menerapkan kaedah Shellabear, kaedah baba peranak dan kaedah
tulisan rumi Melayu-Belanda
SISTEM EJAAN ZA’BA (1933)
Za’ba adalah ringkasan daripada Zainal Abidin bin Ahmad. Sistem
ejaan Za’ba adalah perbaikan daripada sistem sebelumnya, sistem ejaan
Wilkinson. Za’ba ada menerangkannya di dalam kata pendahuluan Risalah
Petua Ejaan Rumi Melayu di Malaya. Ejaan rumi Melayu yang diaturkan disini
ialah mengikut yang biasa disebut di Malaya, “ejaan sekolah”, iaitu cara ejaan
yang mula mula telah ditetapkan guru besarnya oleh Tuan R.J. Wilkinson
dalam tahun 1902
SISTEM FAJAR ASIA (1943)
Sistem ini diperkenalkan oleh pemerintah tentera Jepun dalam
majalah Fajar Asia. Tujuan sistem ini adalah untuk menyeragamkan
penulisan ejaan rumi Melayu pada ketika Sumatera dan Malaya
disatukan di bawah satu pemerintahan. Sistem ini juga mengekalkan
penggunaan konsonan-konsonan Wilkinson dan Za’ba tetapi vokal
Ophuysen digunakan kecuali oe digantikan u.
SISTEM EJAAN
SELEPAS
PERANG DUNIA KEDUA
SISTEM SOEWANDI (1947)
Sistem ini juga dikenali sebagai ejaan Republik yang telah
dikuatkuasakan penggunaannya pada 19 Mac 1947. Ejaan ini telah
dikuatkuasakan atas perintah Mr Soewandi iaitu Menteri Pengajaran,
Pendidikan dan Kebudayaan. Perubahan sistem ini bersesuaian dengan hasrat
Kongres Bahasa Indonesia (1938). Hal ini demikian supaya bahasa Indonesia
lebih banyak diinternasionalkan dan hal yang kurang praktis dapat segera
disempurnakan.
SISTEM EJAAN KONGRES (1957)
Sistem ini dicapai setelah pembentangan dua kertas kerja yang telah
dibentangkan oleh Angkatan Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahas
Melayu Universiti Malaya di KOngres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya
III.
EJAAN MELINDO
Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menghalusi Ejaan Kongress
dan membuat hubungan dengan pihak Indonesia untuk tujuan penyelarasan.
Antara persetujuan yang dicapai dalam sistem ejaan ini adalah sistem ini
mengandungi 6 huruf vokal (a,e,e,i,o dan u), tiga diftong (ay, aw dan oy). Selain
itu, fonem f, s dan z hendaklah digunakan untuk menggambarkan kata-kata asing.
Perselisihan politik antara Malaysia dan Indonesia menyebabkan sistem ini akan
digunakan sepenuhnya pada tahun 1964.
SISTEM EJAAN BARU (1972)
Sistem ejaan Melindo tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku
konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia. Namun, usaha ini hanya disambung
semula pada tahun 1966 iaitu selepas tamat konfrantasi. Antara rundingan telah
diadakan iaitu mengadakan usahasama yang berterusan dalam merancangkan
pembinaan bahasa untuk jangka waktu yang panjang. Selain itu, meningkatkan
bahasan-bahan berkenaan dengan bahasa sastera dan menyelaraskan
pemakaian istilah-istilah.
THANKS!
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
including icons from Flaticon, infographics & images by Freepik.