PERNYATAAN PROFESIONAL
ISI KANDUNGAN SEBELUM PBS SEMASA PBS SELEPAS PBS
SEBELUM PBS
Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan, taklimat berkaitan dengan PBS daripada En. Umar selaku pensyarah penyelaras PBS daripada Unit Praktikum IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah disampaikan kepada semua guru pelatih yang bakal terlibat dalam PBS. Taklimat PBS Fasa 1 dijalankan pada 6 Jun 2023 di Dewan Za’ba, IPGKBM. Manakala taklimat tentang pentaksiran berterusan bagi PBS ini disampaikan oleh Dr. Zabedah pada 8 Jun 2023 secara dalam talian melalui platform Google Meet. Taklimat ini diberikan kepada semua pelajar yang bakal terlibat dalam PBS. Dalam taklimat ini, perkara yang telah ditekankan adalah tentang prosedur perlaksanaan PBS, peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran PBS dan wajaran PBS. Sebagai pelajar yang pertama kali menjalani PBS ini, taklimat yang diberikan ini amat membantu untuk memberikan kefahaman kepada guru pelatih tentang suasana persekolahan yang sebenar dalam membentuk pemikiran perspektif sebagai seorang guru.
Penyampaian taklimat yang telah diberikan amat jelas serta mudah untuk difahami. Selain itu, penyampaian oleh Dr. Zabedah telah memberikan gambaran yang jelas tentang tugasan PBS ini. Secara konseptualnya, program PBS ini penting kerana ianya adalah latihan kepada saya sebelum memulakan tugasan sebagai seorang pendidik. Fokus utama dalam tugasan PBS ini adalah untuk memastikan guru pelatih dapat menyesuaikan dan juga memahami dengan budaya sekolah. Guru pelatih dapat melihat dan menilai setiap budaya yang telah diamalkan di sekolah tersebut bermula dari hari pertama sehingga hari terakhir menjalani PBS. PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang pembelajaran murid dan pengurusan sekolah. Melalui pemerhatian temu bual bersama murid dan guru-guru sekolah, guru pelatih dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih dapat mencapai pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah dapat dicapai secara tidak langsung.
Oleh itu, saya akan menjalankan PBS di SK Alam Damai dan saya telah merancang beberapa perkara yang perlu saya lakukan semasa berada di sekolah kelak. Saya telah merancang dengan sebaiknya untuk membuat portfolio sebelum, semasa dan selepas PBS. Perancangan yang telah diaturkan ini diharapkan akan mencapai objektif kehendak tugasan yang perlu saya laksanakan dalam PBS ini nanti. Segala pengalaman yang akan dilalui sepanjang saya berada di sekolah ini akan didokumentasikan di dalam satu portfolio dan akan diserahkan kepada pensyarah pembimbing saya untuk dinilai.
SEMASA PBS
Semasa menjalani PBS ini, saya telah melakukan beberapa pemerhatian berkaitan dengan SK Alam Damai ini. Berdasarkan pemerhatian saya, sekolah ini merupakan sekolah yang agak besar dan mempunyai beberapa blok dengan mempunyai sehingga 3 aras. Keadaan infrastruktur sekolah, prasarana, kantin, pusat sumber, bilik darjah, bilik guru, pejabat dan setiap bangunan di sekolah ini kelihatan cantik dan dalam keadaan yang baik. SK Alam Damai ini juga mempunyai dataran yang luas tempat para pelajar berkumpul sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Selain itu, pada pemerhatian saya sekolah yang tersergam indah ini mempunyai barisan guru yang sangat profesional serta berpengetahuan tinggi. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang berwibawa dan bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting di dalam pengurusan sekolah adalah seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Pihak pentadbir menyambut baik kedatangan saya dan juga dua orang rakan saya dengan layanan mesra dan juga sangat prihatin dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, setiap panitia yang terdapat di sekolah ini bergiat sangat aktif dalam menjalankan program berkaitan dengan panitia masing-masing. Ketua panitia bagi setiap panitia ini amat saya kagumi kerana mempunyai latar belakang yang sangat hebat dan paling saya kagumi adalah guru Ketua Panitia mereka iaitu Cikgu Nur Salsabila binti Ishak.
Semasa menjalani PBS, beberapa pemerhatian telah saya lakukan mengenai pengurusan bilik darjah. Setiap darjah mempunyai 5 kelas bagi tahap 1 dan 2. Saya dapat memasuki kelas 1 Aspirasi, 6 Murni dan 3 Inovasi untuk membuat pemerhatian tentang pengurusan bilik darjah dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Secara tidak langsung, saya dapat menyelesaikan sebahagian daripada tugasan PBS. Saya turut melakukan temu bual para pentadbir, guru-guru sekolah, kakitangan sekolah dan komuniti sekolah bagi menyelesaikan secara keseluruhan tugasan ini.
SELEPAS PBS
Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani PBS. Saya telah mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang menjadi pendidik yang berkualiti. Saya juga mendapat setiap guru mempunyai personaliti yang berbeza di mana setiap guru menggunakan kaedah yang berbeza sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang beradab, bersopan santun dalam tutur kata serta bersahsiah yang positif dalam saya praktikkan untuk menjadi seorang guru seperti tersebut pada masa akan datang.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco.
TERIMA KASIH !