The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja Pengkaryaan Penulisan Kreatif (Cerpen & Sajak) 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhidayah.ahmadrahim, 2023-04-10 03:16:25

Kertas Kerja Pengkaryaan Penulisan Kreatif KVS 2023

Kertas Kerja Pengkaryaan Penulisan Kreatif (Cerpen & Sajak) 2023

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG 43800 DENGKIL, SELANGOR KERTAS KERJA PROGRAM MBMMBI BENGKEL PENGKARYAAN PENULISAN KREATIF (SAJAK DAN CERPEN) ANJURAN UNIT BAHASA JABATAN PENDIDIKAN UMUM TARIKH : 14 JANUARI 2023 MASA : 8.00 PAGI – 4.30 PETANG TEMPAT : DEWAN AL-JAZARI, KVS SASARAN : SEMUA 1 SVM & 2 SVM


KERTAS KERJA BENGKEL PENGKARYAAN PENULISAN KREATIF (SAJAK DAN CERPEN) 1.0 Rasional Pentaksiran berterusan merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan FPK dan KSKV. Pentaksiran Berterusan (PB) Bahasa Melayu diwajibkan kepada semua pelajar SVM daripada semester pertama hingga semester empat. Para pelajar perlu menyiapkan beberapa tugasan yang telah ditetapkan. Antara tugasan yang perlu dibuat oleh pelajar ialah pengkaryaan (adaptasi), penulisan dan projek (aktiviti). Bagi semester 2 dan semester 4 para para pelajar perlu menyiapkan tugasan PB berkaitan dengan pengkaryaan (adaptasi). Pelajar mesti membuat penulisan kreatif sama ada menulis cerpen atau sajak. Rentetan itu, Program Bengkel Penulisan Kreatif ini dibuat adalah sebagai satu usaha untuk membantu dan memberikan pendedahan kepada pelajar untuk menghasilkan satu karya kreatif sama ada cerpen atau sajak. Melalui program ini juga secara tidak langsung akan memberikan pengalaman dan pengetahuan asas kepada para pelajar berkaitan dengan penulisan kreatif. 2.0 Objektif I. Mencungkil bakat penulisan puisi dan cerpen dalam kalangan pelajar. II. Memberikan pendedahan awal mengenai teknik penulisan puisi dan cerpen kepada para pelajar. III. Memupuk minat dan cinta akan subjek Bahasa Melayu terutama dalam genre cerpen dan sajak. IV. Memberikan bimbingan, pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar berkaitan dengan penghasilan karya kreatif. 3.0 Sasaran Peserta bengkel ini melibatkan semua pelajar semester 2 dan semester 4 SVM 1 SVM Semester 2 – 185 Orang 2 SVM Semester 4 – 187 Orang Jumlah = 372 Orang 4.0 Tarikh Perlaksanaan Tarikh : 14 Januari 2023 Hari : Sabtu Tempat : Dewan Al-Jazari, KVS. Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang


5.0 Penceramah Jemputan Penceramah jemputan adalah daripada Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) iaitu ; Tuan Syed Mohd Zakir bin Syed Othman (S.M. Zakir) : Penceramah Cerpen En. Abdul Hadi bin Yusoff : Penceramah Puisi 5.0 Tentatif Program Masa Tentatif Program 8.00 pagi – 8.30 pagi Pendaftaran Peserta 8.30 pagi – 10.00 pagi Slot 1 – Bengkel Penulisan Cerpen 10.00 pagi – 10.30 pagi Rehat 10.30 pagi – 12.30 tengah hari Slot 2 – Bengkel Penulisan Cerpen 12.30 tengah hari -2.00 petang Rehat 2.00 petang – 4.30 petang Slot 3 - Bengkel Penulisan Puisi (sajak) 6.0 Anggaran Kos Perbelanjaan Menggunakan peruntukan PCG, melalui Koperasi KV Sepang Berhad untuk bayaran penceramah jemputan. Bil Perkara Anggaran RM 1. Tuan Syed Mohd Zakir bin Syed Othman (Penceramah Cerpen) RM 300.00 2. En. Abdul Hadi bin Yusoff ( Penceramah Puisi) RM 300.00 Jumlah RM 600.00 7.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana JAWATANKUASA/JAWATAN Pengerusi Supian bin Abdul Kadir Timbalan Pengerusi 1 Siti Kamariah binti Mohd Husin Timbalan Pengerusi 2 Tn Hj Md Musa bin Ahmad Timbalan Pengerusi 3 Juwariah bin Ahmad Ketua Jabatan Pendidikan Umum Cik Hajah Sarinah binti Mhd Sari Ketua Unit Bahasa/Penyelaras MBMMBI Pn. Siti Nur Hasliza binti Md Hashim Ketua Penyelaras Unit Bahasa Melayu Pn. Noraini binti Mohd Yassin Setiausaha Unit Bahasa Melayu Pn. Zaubidah @ Zubaidah Binti Rosli


JAWATANKUASA PENSYARAH SENARAI TUGAS JK BAJET & JEMPUTAN PENCERAMAH PN. SITI NUR HASLIZA BINTI MD HASHIM ▪ Menyediakan kertas kerja dan bajet program ▪ Menyediakan surat jemputan untuk penceramah ▪ Menguruskan cenderamata & bayaran untuk penceramah JK PROMOSI & JK LATAR PENTAS / BACKDROP CIK NUR HIDAYAH BINTI AHMAD RAHIM ▪ Membuat promosi dan memaklumkan kepada semua pelajar & guru-guru yang berminat ▪ Membuat backdrop untuk ditayangkan di skrin JK PENDAFTARAN & PENYEDIAAN BAHAN CIK HJH SARINAH BINTI MHD SARI PN. ZAUBIDAH @ ZUBAIDAH ROSLI ▪ Membanyakkkan bahan ceramah untuk peserta ▪ Menyediakan borang pendaftaran pelajar ▪ Menyediakan GF/ SPLG untuk peserta bengkel (guru) JK PERSIAPAN TEMPAT & PA SISTEM EN. MUHD FAHIM BIN ARIF PN. ZAUBIDAH @ ZUBAIDAH ROSLI ▪ Menyediakan peralatan dan PA sistem supaya berfungsi dengan baik semasa program. ▪ Menyusun kerusi untuk peserta iaitu guru dan pelajar. ▪ Menyediakan meja untuk jualan buku penceramah JK DOKUMENTASI & FOTOGRAFI PN. NORAINI BINTI MOHD YASSIN PN. SITI RAFEDAH BINTI MOHD DASIR ▪ Mengambil gambar dan merakam perjalanan program ▪ Menyediakan dokumentasi semasa dan selepas pertandingan. JK PENGACARA PN. RIZUANI BINTI RAMLI CIK NUR HIDAYAH BINTI AHMAD RAHIM ▪ Mengacarakan majlis sehingga selesai. JK JAMUAN PN. NORAINI BINTI MOHD YASSIN PN. SITI RAFEDAH BINTI MOHD DASIR ▪ Menguruskan jamuan makan jk, penceramah & pelajar.


8.0 Penutup Diharapkan agar penganjuran program yang julung-julung kali ini dapat membantu para pelajar untuk terus bermotivasi dan bersemangat tinggi serta berusaha mencapai kecemerlangan akademik mahupun sahsiah. Selain itu, program ini juga diharap dapat memupuk dan melatih jiwa pelajar agar lebih kreatif dalam memanfaatkan ilmu khususnya dalam bidang bahasa demi menzahirkan Program MBMMBI. Disediakan oleh: ……………………………… (SITI NUR HASLIZA MD HASHIM) Ketua Unit Bahasa, Kolej Vokasional Sepang, Selangor. Tarikh : Disemak oleh : …………………………………………. ( SARINAH BINTI MHD SARI ) Ketua Jabatan Pendidikan Umum, Kolej Vokasional Sepang, Selangor. Tarikh : Disokong oleh : ……………………………………….. ( SITI KAMARIAH BINTI MOHD HUSIN ) Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Sepang, Selangor. Tarikh : Diluluskan oleh: …………………………… (SUPIAN BIN ABDUL KADIR) Pengarah, Kolej Vokasional Sepang, Selangor. Tarikh :


Click to View FlipBook Version