KARNIVAL INOVASI PERINGKAT NEGERI SABAH ZON TENGGARA TAHUN 2024 (HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF) SISTEM SEMAKAN DATA SEPADU 3.0 (SSDS 3.0) KATEGORI (HBKIK) SUB-TEMA (Pengurusan dan Kepimpinan) NAMA KETUA KUMPULAN: EDY BIN ABD JAMIL NAMA AHLI: 1. AZIZ SARAIL 2. RABIATUL ADAWIYAH ABDULLAH 3. MARDANI REDJO 4. CHAI YAPP CHIEN 5. CHANG TUCK FUI 6. PREETY JAWAS 7. LASALAMA LAI 8. ASNAH LUDIN
1. PENGENALAN Sistem eOperasi adalah sebuah sistem pangkalan modul pengurusan guru yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Sistem ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah) dan pengguna (guru dan bukan guru. Tujuan eOperasi ini diwujudkan adalah bagi memudahkan tugas pengurusan guru dan bukan guru di bawah KPM seperti tugasan kemaskini data, semakan status pertukaran lokasi dan penempatan guru. Bagi satu perjawatan di sekolah seseorang kakitangan perlu mengisi lebih kurang 158 data ke dalam sistem eOperasi. Pengisian data ini perlu diisi dengan cara yang tepat, sahih dan berintegriti Situasi dan keadaan semasa memaksa kita untuk sentiasa bergerak dengan cepat dalam pengurusan sumber manusia. Data diperlukan dengan kadar segera dan perlu dianalisis bagi membuat keputusan diperingkat tertinggi KPM khasnya. Oleh itu, dengan adanya inovasi ini dapat membantu dan memudahkan proses semakan pengisian data dalam sistem eOperasi. 2. TUJUAN INOVASI 1. Inovasi ini dapat mengesan ralat yang berlaku semasa pengisian data dilaksanakan dalam masa yang sangat cepat. 2. Inovasi ini mesra pengguna dan boleh diakses oleh semua pegawai pengurusan data eoperasi dengan sangat mudah 3. Pelaporan dokumentasi semakan ralat dapat dibuat dengan sangat kemas, teratur dan berfokus. 3. OBJEKTIF INOVASI 1. Dapat membuat semakan data menggunakan data sepadu dengan kadar masa yang cepat, tepat dan berintegriti. 2. Dapat membuat semakan ralat dapat dibuat dalam masa yang sangat cepat dengan menggunakan data sepadu. 3. Dapat memproses penyediaan dokumentasi dengan mencetak laporan ralat daripada sistem dan dapat memaklumkan kepada sekolah untuk memperbetulkan ralat yang ada. 4. Mengurangkan kerja rutin semakan ralat yang dibuat oleh pegawai pengurus data. 5. Memudahkan semak silang data antara sektor di PPD 6. Memudahkan pegawai pengurus data mengakses menggunakan data sepadu sahaja melalui salinan analisis dan ralat yang telah dimuat turun daripada sistem..
4. CIRI-CIRI INOVASI Inovasi ini dihasilkan di peringkat PPD dan diberikan nama Sistem Semakan Data Sepadu (SSDS) 3.0. Sistem ini merupakan sistem terkini yang sudah dinaiktaraf. Terdapat 3 bahagian utama yang dianlisis dan diproses oleh Sistem Semakan Data Sepadu 3.0 ini. Iaitu I. Semakan data guru II. Semakan data AKP (bukan guru) III. Senarai analisis data sepadu Bagi semakan data guru pula mengandung 9 sub semakan data yang berkaitan dengan pengisian data guru, iaitu I. Semakan maklumat peribadi II. Semakan maklumat akademik III. Semakan maklumat ikhtisas IV. Semakan maklumat elaun V. Semakan maklumat pengalaman mengajar VI. Semakan maklumat tarikh perkhidmatan VII. Semakan maklumat perkhidmatan VIII. Semakan maklumat isytihar harta IX. Semakan maklumat sejarah perkhidmatan
Setiap sub semakan ini dapat memaparkan jumlah ralat yang dapat dikesan daripada pengisian data guru didalam sistem eOperasi. Antaranya ;
Bagi semakan data AKP (bukan guru) pula, terdapat 3 sub semakan, iaitu I. Semakan maklumat peribadi II. Semakan maklumat akademik III. Semakan maklumat perkhidmatan Setiap sub semakan ini dapat memaparkan jumlah ralat yang dapat dikesan daripada pengisian data AKP (bukan guru) didalam sistem eOperasi. Antaranya ;
Bagi sub Senarai Analisis Data Sepadu pula setakat ini mengandungi 7 senarai analisis, iaitu, Secara keseluruhan, setakat ini Sistem Semakan Data Sepadu 3.0, dapat membuat semakan ralat data guru sebanyak 96 semakan, semakan ralat data AKP (bukan guru) sebanyak 37 semakan dan senarai analisis data sepadu sebanyak 7 senarai analisis. Semakan ini boleh berkembang dengan keperluan semasa pengurusan data. Senarai analisis boleh ditambah mengikut keperluan setiap PPD. Dan ini merupakan antara kekuatan inovasi ini, sentiasa boleh dinaiktaraf mengikut kesesuaian semasa.
5. IMPAK INOVASI Inovasi ini telah dilaksanakan di beberapa buah daerah dalam negeri Sabah. Dapatan daripada penggunaan inovasi ini menunjukkan bahawa sistem ini dapat mengesan lebih banyak ralat yang wujud hasil daripada kunci masuk data oleh pegawai pengurus data di peringkat PPD. Ini menunjukkan kebolehan sistem ini untuk mengesan ralat dengan sangat cepat,membolehkan pegawai pengurus data dapat membetulkan ralat yang ada dan secara langsung akan menyediakan data yang sahih, tepat dan berintegriti. Berikut merupakan sedikit testimoni yang diberikan oleh beberapa orang pegawai pengurus data dari beberapa daerah dalam negeri Sabah yang telah menggunakan inovasi ini dalam pengurusan data di daerah masing – masing. “Dengan adanya sistem ini memudahkan untuk membuat semakan. Semakan juga dapat dibuat dengan cepat. Ralat yang didapati boleh segera dibetulkan.” Pegawai meja eOperasi, PPD Lahad Datu “Sebelum ini setiap data difilter daripada excel dan perlu diteliti setiap part ralat yang ingin disemak. Setelah ada SSDS lebih mudah hanya klik sahaja data yang kita mahu cari terus terpapar. Dan kita boleh print preview dan hanya fokus kepada sekolah yang ralat Sahaja untuk di kongsikan.” Pegawai meja eOperasi, PPD Tuaran “Mudah akses,Tepat, Seragam, Mudah digunakan, Pantas, Menyeluruh. Ada format- contoh no fail. Walaupun dalam utiliti ralat tiada kesilapan, tapi dengan menggunakan sistem ini,masih banyak kesilapan boleh dikesan.” Pegawai meja eOperasi, PPD Ranau “ Sistem Semakan Data Sepadu 1.0 sangat membantu untuk mengesan ralat yang tidak dapat dikesan melalui utiliti ralat sekaligus memudahkan proses untuk membuat pembetulan ralat berkaitan.” Pegawai meja eOperasi, PPD Kudat “Sistem semakan data yg sgt membantu. Memudahkn untuk mengesan ralat secara terperinci. Cepat & tepat. Mudah dikendalikan. Boleh download & kongsi ralat yang ada kepada sekolah. Data terkini boleh dikemaskini oleh ppd masing - masing.” Pegawai meja eOperasi, PPD Sipitang
SEKALUNG PENGHARGAAN ATAS SOKONGAN INOVASI KEPADA Abdul Aziz bin Abdul Rashid Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Aziz bin Sarail Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Hj. Abidin bin Marjan Mantan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Encik Amiruddin bin Abdul Rashid Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Muhammad Syukri bin Saad Penolong Pegawai Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kunak Semua Pegawai Meja eOperasi 24 daerah Semua warga Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu