The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wawahanafiah1302, 2021-11-03 04:13:43

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TING. 1 SISA DOMESTIK

GEOGRAFI TING. 1 SISA DOMESTIK

BAB 13

SISA DOMESTIK

GOEGRAFI TING. 1

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD HADIF SIDQI BIN MOHD PADZIL

1JM

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
SENARAI SEMAK KERJA

OBJEKTIF KAJIAN
KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN
HASIL KAJIAN
RUMUSAN
RUJUKAN

KERJA LAPANGAN

KAJIAN TENTANG SISA
DOMESTIK DI BANDAR

BEHRANG 2020,
TANJONG MALIM.




Hadif Sidqi

PENDAHULUAN

Saya telah menjalan kerja lapangan Geografi Tingkatan 1 yang
bertajuk "Sisa Domestik" di kawasan perumahan saya iaitu Bandar
Behrang 2020, Tanjong Malim.
Saya telah memilih Bandar Behrang 2020 sebagai kawasan kajian
saya kerana ianya merupakan tempat tinggal saya dan ia merupakan
kawasan yang strategik.
Tempoh kajian ini mengambil masa 5 hingga 7 hari. Saya sedaya
upaya melengkapkan kerja lapangan ini dengan masa yang diberikan
oleh guru saya iaitu Cikgu Inani Binti Zamari.
Semoga kerja lapangan yang saya buat ini dapat memenuhi kehendak
pengajaran kerana ianya adalah kerja lapangan yang wajib bagi
pelajar tingkatan 1.

SENARAI SEMAK KERJA

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:
1.1 Mendefinisikan konsep sisa domestik.
1.2 Mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik.
1.3 Mengenal pasti punca pembuangan sisa domestik.
1.4 Mengkaji kesan-kesan sisa domestik.
1.5 Menyenaraikan langkah-langkah mengurangkan
kesan pembuangan sisa domestik.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Bandar Behrang 2020. Ia
terletak di dalam Daerah Muallim, Tanjong Malim, Perak.
Jarak Bandar Behrang 2020 daripada pekan Tanjong
Malim adalah sekitar 7km hingga 10km.
Masa perjalanan ke pekan Tanjong Malim kira-kira 10
hingga 15 minit. Kawasan ini merupakan kawasan
perumahan. Penduduk di sini kebanyakannya adalah
bekerja di sektor awam dan swasta.
Dari sudut fizikal kawasan ini mempunyai jalan yang
terancang, mempunyai kedai, pasaraya dan dikelilingi
oleh hutan. Terdapat kemudahan seperti sekolah dan
juga berdekatan dengan Pejabat Majlis Daerah Tanjong
Malim.

PETA KAWASAN KAJIAN

Bandar Behrang 2020

KAEDAH KAJIAN

1. PEMERHATIAN

2. RUJUKAN

HASIL KAJIAN

1. Jenis-jenis sisa domestik di Bandar Behrang 2020.

Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan
yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa
makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai.
Sisa domestik terdiri daripada 2 jenis iaitu sisa
pepejal dan sisa cecair.

Hasil pemerhatian saya, antara sisa domestik yang
terdapat di Bandar Behrang 2020 ialah :

1. Sisa organik : sisa makanan dan kertas.
2. Sisa bukan organik : beg plastik, botol

minuman, botol racun serangga dan sisa besi.



HASIL KAJIAN

2. Kesan pembuangan sisa domestik di Bandar
Behrang 2020.

Pencemaran : Pembuangan sisa domestik yang tidak

terancang dan diselenggara dengan baik akan menyebabkan
pencemaran air, udara dan bau.

Wabak penyakit : Sisa domestik seperti pembuangan

sampah secara langsung akan menjadi tempat penularan
wabak virus dan penyakit yang disebarkan oleh haiwan
seperti denggi, zika dan kencing tikus.

Banjir : Sikap sebilangan penduduk yang tidak

bertanggungjawab membuang sisa domestik ke dalam
longkang akan menyebabkan longkang tersumbat dan
menghalang laluan air yang menyebabkan banjir kilat.

HASIL KAJIAN

3. 3 Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa

secara terancang di Bandar Behrang 2020.

A m a l a n 3 R1 . : P e n e r a p a n a m a l a n 3 R i n i b a i k d a n s a n g a t

memberi manfaat kepada penduduk Bandar Behrang 2020.

Konsep ini dapat mengurangkan pembuangan sisa

domestik. 3R

REDUSE REUSE RECYCLE

Mengurangkan apa-apa yang Menggunakan semula bekas Menghasilkan barangan baharu
boleh yang boleh menyebabkan minuman, surat khabar, daripada barangan terbuang
sampah seperti penggunaan beg
majalah atau mendermakan seperti penghasilan kraf tangan
plastik dan bekas polistrina. buku-buku dan pakaian. dan baja kompos.

HASIL KAJIAN

3. 3 Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
secara terancang di Bandar Behrang 2020.

2. Penguatkuasaan Undang-undang: Pihak berkuasa

tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang
berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan
hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan
kesedaran kepada masyarakat.
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2007 (Akta 672) dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (Akta 673) dibuat untuk menguruskan
sisa domestik dengan baik dan sistematik.

HASIL KAJIAN

3. 3 Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
secara terancang di Bandar Behrang 2020.

K e m p e n3 . : P e l b a g a i k e m p e n t e l a h d i j a l a n k a n o l e h

agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak
berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan.
Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh melalui
pelbagai media sosial. Jabatan Alam Sekitar telah
menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen
Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai
Sungai Kita.

RUMUSAN

Setelah saya melaksanakan kajian lapangan ini, saya dapati
sisa pepejal organik adalah paling banyak yang dibuang iaitu

73% oleh penduduk di Bandar Behrang 2020 ini. Besar
kemungkinan kerana kawasan perumahan ini terdapat kedai
dan pasaraya yang menyebabkan sumber makanan mudah untuk

didapati oleh penduduk di sini. Sebanyak 23% pula sisa
pepejal bukan organik seperti botol plastik telah menjadi

penyumbang yang kedua. Manakala 4% adalah dapatan
daripada sisa pepejal bukan organik iaitu sisa besi. Sisa besi

ini saya dapati adalah hasil pembuangan daripada aktiviti
pengubahsuaian rumah oleh pihak kontraktor. Oleh kerana

Bandar Behrang 2020 adalah sebuah penempatan yang
terancang, saya lihat pihak berkuasa tempatan (PBT) telah
menyediakan tempat khas pembuangan sisa domestik seperti
tong roro, tong sampah kitar semula dan mempunyai jadual

khas kutipan sampah yang rutin. Saya berharap Bandar
Behrang 2020 ini akan terus kekal bersih dengan adanya
sistem pembuangan domestik yang teratur dan terancang oleh

pihak berkuasa tempatan (PBT).

RUJUKAN

Buku Teks Geografi Tingkatan 1

Laman sesawang :
https://online.fliphtml5.com/wpbdp/tnbn/#p=10

https://www.google.com/maps/search/PETA+BANDAR+BEHRAN
G+2020/@3.7300581,101.4770019,676m/data=!3m1!1e3?hl=en

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik

https://www.academia.edu/34814337/KERJA_LAPANGAN

SEKIAN,

TERIMA KASIH.




Hadif Sidqi


Click to View FlipBook Version