1 JABATAN PENGAJIAN AM: UNIT PENDIDIKAN ISLAM MPU23012 - PENGAJIAN ISLAM TAJUK: PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK NAMA NOMBOR PENDAFTARAN NOOR FATIHAH BINTI GHAFFAR O4DPM23F1023 WAHEEDA BINTI MOHD SALLEH 04DPM23F1052 NURUL ALIA BINTI MOHD ZIN 04DPM23F1059 NURIN ADANA FAZRIN BINTI RUSLAN 04DPM23F1099 NAMA PENSYARAH: PUAN ENGKU RAZINAWATY BINTI ENCKU CHIK Tarikh penghantaran: 12 Mei 2024
2 1.0 PENGENALAN Pergaulan bebas adalah suatu proses interaksi diantara satu individu dengan individu yang lain. Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan pergaulan bebas sehinggakan dapat merosakkan masa depan seorang pelajar? Pergaulan bebas merupakan salah satu perilaku yang buruk yang mana “bebas” yang dimaksudkan itu adalah menyimpan batas-batas normal yang sedia terpelihara. Masalah pergaulan bebas kini semakin menular dan membimbangkan, terutamanya melibatkan remaja universiti seperti politeknik. Sebagai contoh sebuah kes dimana pensyarah di politeknik mendedahkan bahawa beliau berjaya menemui dan menangkap pelajar berdua-duaan antara lelaki dan perempuan dalam bilik kuliah sambil melakukan hubungan yang tidak sihat. Oleh itu,tangkapan yang dibuat itu telah membuatkan kedua-dua pelajar mendapat surat gagal berhenti dari pihak politeknik. Oleh itu, pergaulan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentukkan keperibadian seseorang. Setiap perbuatan dalam pergaulan seharian kita mencerminkan setiap butir keperibadian kita baik positif mahupun negatif. Pergaulan positif adalah kerap dilakukan dalam kelompok yang besar yang membincangkan tentang hal-hal positif namun, pergaulan negatif pula lebih menjurus kepada pergaulan bebas. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mendedahkan bahawa kirakira 76,300 atau 1.09% daripada seluruh IPT di Malaysia terlibat dalam pelbagai masalah isu pergaulan bebas dalam kalangan remaja dilihat berada pada tahap yang membimbangkan.
3 2.0 PUNCA-PUNCA PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR PEREMPUAN DAN LELAKI POLITEKNIK Terdapat beberapa punca yang boleh mencetuskan isu pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di politeknik. Punca-punca ini dapat membuat pelajar terjerumus sama ada lalai dan terikut-ikut. Beberapa puncanya ialah pendidikan dan kesedaran, kurang kawalan ibu bapa, dan pengaruh media sosial i. Pendidikan dan Kesedaran Program-program pendidikan formal dan tidak formal di politeknik mungkin melibatkan kursus atau sesi yang menggalakkan kesedaran terhadap isu-isu jantina. Ini dapat mempengaruhi cara individu berinteraksi dengan sesama mereka apabila program yang dianjurkan melibatkan pelajar perempuan dan lelaki membuatkan mereka membuat sesuatu aktiviti bersama-sama yang mungkin membuatkan mereka terlupa akan batas pergaulan. Program seperti Transformasi Siswa yang meletakkan pelajar lelaki dan perempuan bersama. Oleh itu, terbuktilah program pendidikan dan kesedaran telah meletakkan pelajar dalam isu pergaulan bebas. ii. Kurang kawalan ibu bapa Memandangkan sebahagian besar pelajar politeknik menghuni asrama luar dan dalam sepanjang sesi semester. Oleh itu, ibu bapa mereka tidak dapat melihat didepan mata malah sukar untuk mengawasi anak-anak mereka. Apabila terjadinya situasi ini, pelajar telah mengambil kesempatan untuk membuatkan diri mereka bebas apabila mereka berfikir yang mereka berjauhan dengan ibu bapa mereka. Selain itu,pelajar juga telah mengubah persepsi mereka tentang bahawa umur mereka sudah layak untuk menjalani hidup yang bebas tanpa diawasi oleh ibu bapa mereka namun mereka tidak ketahui bahawa Allah SWT juga maha melihat pada setiap perbuatan yang mereka lakukan. iii. Pengaruh media sosial Kemajuan teknologi pada zaman ini cukup berkesan dalam penyebaran pelbagai informasi terkini seperti televisyen dilihat kerap kali menayangkan filem-filem yang menyimpan dengan norma masyarakat lalu merangsang kepada perbuatan maksiat. Kesan penayangan yang negatif serta pendedahan aurat merangsangkan minda pelajar untuk memcuba perlakuan tersebut. Hal ini akan merosakkan minda pelajar dan membentuk imej yang negatif melalui perlakuan tidak bermoral itu. Selain itu, sosial media seperti aplikasi Tiktok juga telah membawa kepada isu pergaulan bebas apabila pelajar saling berinteraksi sesama mereka iaitu lelaki dan perempuan tanpa sebab-sebab yang muhasabah dan tidak melibatkan pembalajaran. Contohnya, interaksi komunikasi yang bermanja-manja.
4 3.0 KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR PEREMPUAN DAN LELAKI DI POLITEKNIK Terdapat beberapa kesan yang timbul akibat pergaulan bebas di politeknik seperti masa yang tidak terkawal, gangguan dari aktiviti bersosial dan persepsi masyarakat terhadap pergaulan bebas. i. Masa yang tidak terkawal Pelajar yang terlalu banyak meluangkan masa untuk berkumpul atau bersosial dengan rakan sejawat mungkin kurang memberi perhatian kepada tugasan akademik dan pembelajaran. Ini boleh mengakibatkan kerja kursus yang kurang berkualiti dan penurunan prestasi akademik. Hal ini dapat dilihat apabila pergaulan bebas yang berlaku membuatkan pelajar lalai kerana tidak memfokuskankan diri dalam pelajaran sehingga tidak mengambil berat akan arahan pensyarah dan terlalu fokus kepada sosial antara mereka. ii. Gangguan dari aktiviti sosial Aktiviti sosial yang berlebihan seperti majlis makan malam, persembahan, atau keluar bersama rakan-rakan boleh mengganggu jadual pelajar dan menyebabkan mereka kehilangan fokus terhadap pelajaran dan kerja akademik.Mereka sering juga meluangkan masa antara mereka diluar institusi hingga larut malam.Hal ini dapat dilihat,apabila masa yang diluangkan tidak digunakan dengan betul dan melalaikan mereka. iii. Persepsi negatif masyarakat terhadap pergaulan bebas Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di institusi pengajian tinggi boleh mencetuskan beberapa isu yang mencabar. Berikut adalah beberapa kesan buruk yang mungkin timbul akibat persepsi negatif masyarakat terhadap pergaulan bebas iaitu diskriminasi, persepsi negatif masyarakat terhadap pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang membolehkan mengakibatkan diskriminasi terhadap pelajar yang terlibat dan kes rogol antara pelajar institusi pelajaran tinggi meningkat. Ini boleh mencakup diskriminasi sosial, ekonomi, atau bahkan akademik. Selain itu, pembatasan kebebasan tekanan daripada persepsi negatif boleh menyebabkan pihak berkuasa atau institusi mengambil tindakan untuk mengawal pergaulan di kalangan pelajar, misalnya dengan menetapkan peraturan yang lebih ketat atau melarang aktiviti.
5 4.0 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK Penting bagi orang tua lebih memperhatikan pergaulan anaknya dengan siapa dia bergaul. Ini salah satu cara untuk menanggulangi pergaulan bebas. Berikut cara mengatasi pergaulan bebas pada remaja: i. Menjaga keseimbangan pola hidup Perlunya remaja belajar disiplin dengan mengurus waktu, emosi, tenaga serta fikiran dengan baik dan bermanfaat, contohnya mengatur waktu dalam kegiatan sehari-hari serta mengisi masa lapang dengan kegiatan positif dan berfaedah yang jauh dari perbuatan pergaulan bebas dan tidak terfikir untuk menjalani hubungan yang bebas apabila menyibukkan diri. ii. Jujur pada diri sendiri Pelajar haruslah menyadari pada dasarnya tiap-tiap individu ingin yang terbaik untuk diri masing-masing. Sehingga pergaulan bebas tersebut dapat dihindari. Jadi dengan ini pelajar tidak menganiaya emosi dan diri mereka sendiri apabila mengetahui kesan dan akibat yang berlaku apabila terlibat dalam pergaulan bebas. iii. Perlunya remaja berpikir untuk masa depan Jarang sekali pelajar memikirkan masa depan. Seandainya setiap pelajar mampu menanamkan pertanyaan “Apa yang akan terjadi pada diri saya nanti jika saya lalai dalam menyusun langkah untuk menjadi individu yang lebih baik?”, kemudian hal itu diiringi dengan tindakan-tindakan positif untuk kemajuan diri pada remaja. Dengan itu maka remaja-remaja akan berpikir panjang untuk melakukan hal-hal menyimpang dan akan berkurangnya jumlah remaja yang terkena HIV/AIDS nantinya.
6 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, pergaulan bebas sama sekali tidak dilarang di dalam kehidupan seharian mahupun agama, tetapi ia haruslah berbatas agar tidak mengakibatkan hal yang tidak diingini. Kita harus mengakui bahawa pergaulan bebas antara pelajar politeknik lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Hal ini penting untuk memastikan keselamatan emosi, fizikal dan rohani pelajar serta menjaga nilai-nilai keagamaan dan moral dalam komuniti politeknik. Oleh itu,setiap pelajar haruslah menhindari diri daripada perbuatan pergaulan bebas kerana sesungguhnya “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” Surah Al-Isra-ayat 32.”
7 6.0 LAMPIRAN i. https://www.merdeka.com/sumut/cara-mengatasi-pergaulan-bebas-padaremaja-orang-tua-wajib-tahu-kln.html ii. https://www.liputan6.com/hot/read/4663920/pengertian-pergaulan-bebaspenyebab-dampak-dan-cara-mencegahnya?page=5 iii. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/642170/kes-rogolpelajar-makin-serius iv. https://cerdika.com/my/faktor-pergaulan-bebas/