The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazilamri6566, 2023-06-21 08:17:54

BAB 2 P2 2023

BAB 2 P2 2023

1 944/2 EKONOMI BAB 2: PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA


2 FORMULA BAB 2 KNK= KDNK + PFbLN KDNK = KNK – PFbLN PFbLN = PFdLN – PFkLN KDNKhp = KDNKkf + CTL –B KDNKkf = KDNKhp – CTL + B KNKhp = KDNKhp + PFbLN KNKkf = KDNKhp + PFbLN – CTL + B KNB = KNK – Susut Nilai (Sn) KNK Benar tahun t = IHP tahun asas x KNK Nominal tahun t IHP tahun t • KNK nominal tahun t = IHPt x KNK benar IHPo • Pendapatan per kapita = KDNK benar Jumlah penduduk RUMUS KAEDAH KELUARAN: KDNKhp = Sektor pertama + Sektor kedua + Sektor ketiga + Cukai import KNKhp = KDNK hp+ PFbLN KNKkf = KNKhp - CTL + B KNBkf (pendapatan Negara) = KNKkf - Susut nilai RUMUS KAEDAH PERBELANJAAN KDNK hp = C + I + G + (X-M)+ Perubahan dalam stok KNKhp = KDNK hp+ PFbLN KNKkf = KNKhp - CTL + B KNBkf (pendapatan negara ) = KNKkf – Sn RUMUS KAEDAH PENDAPATAN • Pendapatan Negara (KNBkf) = Upah &gaji + Bunga Bersih+Sewa+Pendapatan Perusahaan persendirian + untung syarikat @ KNK benar Jumlah penduduk


3 2.1 KONSEP PENDAPATAN NEGARA (i) KDNK • Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara tanpa mengira sama ada faktor pengeluaran yang digunakan adalah milik negara itu sendiri atau milik negara asing pada suatu tahun tertentu. (ii) KNK • Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara tersebut sama ada yang berada di dalam negara dan di luar negara bagi sesuatu tahun. Hubungan atau Perbezaan di antara KDNK dengan KNK [3m] .STPM 2020(U)-maksud & hubungan Hubungan @ perbezaan KDNK dengan KNK ialah pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN).[1] KNK= KDNK + Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN) [1] PFbLN positif → KNK > KDNK PFbLN negatif → KNK < KDNK PFbLN sifar → KNK=KDNK • PFbLN merupakan perbezaan antara penerimaan pendapatan faktor dari luar negeri dengan pembayaran pendapatan faktor ke luar negeri. PFbLN= penerimaan pendapatan faktor – pembayaran pendapatan faktor ke dari luar negeri (PFdLN) luar negari (PFkLN) **PFbLN juga dikenali sbg imbangan pendapatan primer ▪ PFbLN yang negatif adalah disebabkan penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negeri lebih kecil daripada pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negeri • Terangkan bagaimana tiga faktor yang berikut menyebabkan pendapatan fator bersih luar negeri bernilai negatif di sesebuah negara :STPM 2015 ( a ) Pelaburan langsung asing ( b ) Buruh asing ( c ) Pemilikan hartanah oleh warga asing Skema Jawapan ( a ) Pelaburan langsung asing ▪ Merupakan pelaburan yang dibuat oleh warga asing di sesebuah negara ▪ Keuntungan daripada pelaburan ini akan dibawa pulang ke negara asal


4 ▪ Sekiranya keuntungan yang dibawa keluar ini melebihi keuntungan yang dibawa masuk oleh pelabur tempatan dari luar Negara, nilai KNK sesebuah negara akan kurang daripada nilai KDNK dan seterusnya PFbLN bernilai negatif . ( b ) Buruh asing ▪ Buruh asing akan menerima upah yang akan dikirimkan ke Negara asal ▪ Kiriman wang atau upah buruh asing yg bekerja di sesebuah Negara ke Negara asal yg melebihi kemasukan kiriman wang daripada buruh tempatan yang bekerja di luar Negara akan menyebabkan nilau KDNK lebih besar daripada nilai KNK dan kesannya PFbLN bernilai negative . ( c ) Pemilikan hartanah oleh warga asing ▪ Pemilikan hartanah seperti bangunan, tanah dan sebagainya yang dimiliki oleh warga asing akan mendatangkan pendapatan dalam bentuk sewa . ▪ PFbLN bernilai negatif berlaku apabila pendapatan daripada pemilikan hartanah oleh pemilik warga asing dihantar pulang ke negara asal melebihi pendapatan daripada pemilikan hartanah oleh warga tempatan di luar negara . ▪ Hal ini akan menyebabkan nilai KNK kurang daripada nilai KDNK dan PFbLN bernilai negatif . (iii) KNKhp • KNKhp ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah negara yang dihitung berdasarkan harga pasaran iatu harga yang dibayar oleh pembeli termasuk CTL (iv) KNKkf • KNKkf ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah negara yang dihitung berdasarkan bayaran kepada faktor-faktor pengeluaran termasuk subsidi. • Subsidi iaitu bantuan kerajaan kepada kegiatan pengeluaran barang dan menyebabkan kos faktor menurun. Hubungan atau Perbezaan KNKhp dengan KNKkf • Perbezaan KNKhp dan KNKkf ialah cukai tak langsung (CTL) dan subsidi (B). • KNKhp = KNKkf + cukai tak langsung – subsidi • KNKkf = KNKhp – cukai tak langsung + subsidi • Jika CTL melebihi B, KNKhp lebih besar daripada KNKkf. Atau • KDNKhp = KDNKkf + CTL –B • KDNK kf = KDNK – CTL + B • Jika CTL kurang daripada B. KNKhp lebih kecil daripada KNKkf.


5 (v) KNK nominal • Keluaran negara kasar nominal ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan harga pada tahun semasa (harga pasaran). Keluaran negara nominal berubah mengikut tahun disebabkan: (a) perubahan kuantiti barang akhir dan perkhidmatan sahaja, atau (b) perubahan tingkat harga umum sahaja, atau (c) perubahan kuantiti barang akhir dan perkhidmatan serta perubahan tingkat harga umum. KNK nominal tahun t = IHPt x KNK benar IHPo (vi) KNK benar • Keluaran Negara Kasar benar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan harga pada suatu tahun asas tanpa dipengaruhi inflasi • KNK benar dihitung menggunakan formula : • RUMUS KNK benar tahun t = IHPo x KNK nominal t IHPt Hubungan KNK benar dcngan KNK nominal • Jika indeks harga tahun semasa kurang dari 100 maka KNK benar Iebih besar dari KNK nominal. • Jika indeks harga tahun semasa lebih dari 100 maka KNK benar lebih kecil dari KNK nominal. (vii) Pendapatan Negara Dan Pendapatan Per Kapita • Pendapatan negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara dalam setahun. • Pendapatan per kapita ialah pendapatan purata bagi setiap penduduk sesebuah negara. • Pendapatan Per kapita = pendapatan negara Jumlah penduduk Pendapatan per kapita = KDNK benar Jumlah penduduk @ KNK benar Jumlah penduduk IHPt= Indeks Harga Pengguna tahun semasa IHPo = Indeks Harga Pengguna tahun asas • Pendapatan per kapita dihitung untuk menentukan taraf hidup rakyat sebuah negara.


6 • (b) Mengapakah pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup rakyat sesebuah negara? [4] STPM 2019U Pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup rakyat sesebuah negara kerana taraf hidup turut bergantung kepada faktor berikut: i. Kadar pertumbuhan penduduk Jika kadar pertumbuhan penduduk melebihi kadar pertumbuhan ekonomi maka taraf hidup tidak meningkat. ii. Corak agihan pendapatan Jika agihan pendapatan tidak setara iaitu jurang yang besar antara golongan kaya dengan miskin , maka bukan semua rakyat akan menikmati peningkatan taraf hidup CONTOH Negara X mencatatkan nilai KDNK sebanyak RM100 000 juta pada sesuatu tahun. Sekiranya jumlah penduduk negara X pada tahun tersebut ialah 25 juta orang, berapakah pendapatan per kapita? 2.2 KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA (I) KAEDAH KELUARAN • Dalam kaedah keluaran, KDNK pada harga pasaran diperoleh dengan mencampurkan nilai tambah yang diwujudkan oleh pelbagai sektor ekonomi dalam sesebuah negara dalam setahun . Cara Penghitungan Mengikut Kaedah Keluaran a) Sektor pertama (i) Pertanian, ternakan, perhutanan dan perikanan (ii) Perlombongan dan kuari (b) Sektor kedua (i) Pembuatan /perkilangan (ii) Pembinaan (c) Sektor ketiga (i) Elektrik, gas dan air (utiliti) (ii) Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi (iii) Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran (iv) Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan (v) Perkhidmatan kerajaan (vi) Perkhidmatan lain d. Cukai import perlu ditambah kerana cukai import merupakan CTL yg belum dikira dalam setiap sektor tersebut. • a. Kaedah Perbelanjaan b. Kaedah Keluaran c. Kaedah Pendapatan


7 Rumus kaedah keluaran: KDNKhp = Sektor pertama + Sektor kedua + Sektor ketiga + Cukai import • KDNKhp diperoleh dengan mencampurkan nilai tambah yang diwujudkan sektor–sektor ekonomi iaitu sektor utama (1 + 2), sektor kedua (3 + 4) dan sektor ketiga (5 + 6 + 7 + 8 + 9 + 10) dan ditambah cukai import. KDNKhp = Sektor utama + Sektor kedua + Sektor ketiga + Cukai import = RM 4100 juta Sektor utama (+) xx Sektor kedua (+) xx Sektor ketiga (+) xx Cukai import(+) xx KDNKhp xxx (+)PFbLN xx KNK hp xxx (-)CTL xx (+)Subsidi xx KNKkf xxx (-) Susut nilai xx KNB kf (pendapatan Negara) xxx (Kaedah keluaran)


8 Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah) SOALAN STPM 2014 1 ai)Apakah maksud nilai ditambah ? (2) Nilai ditambah ialah tambahan nilai sesuatu barang dan perkhidmatan setelah melalui pelbagai peringkat proses pengeluaran sehinggalah barang akhir dihasilkan. Contoh kayu balak diproses menjadi perabot. Nilai ditambah = Harga keluaran-kos input (b) ii) Berbantukan contoh berangka , huraikan konsep nilai ditambah@ ii) Dengan memberikan contoh berangka, tunjukkan nilai barang akhir menyamai jumlah nilai ditambah. [8] JAWAPAN a(ii) Contoh: proses membuat baju bermula dr memetik kapas , proses membuat benang dan baju serta jual baju di pasaran. peringkat Peringkat keluaran Kos input(RM) Harga keluaran(RM) Nilai ditambah(RM) 1 Memetik kapas (kapas) 0 100 100 2 benang 100 150 50 3 baju 150 250 100 4 Jualan runcit baju 250 350 * 100 jumlah 500 850 350 * Peringkat 1- -Andaikan kos input memetik kapas adalah sifar .Harga keluaran kapas adalah RM100.Oleh itu,nilai tambah pada peringkat ini ialah sebanyak RM100, (RM 100 - 0). Peringkat 2- kapas diproses menjadi benang dan dijual dengan harga RM150.Disebabkan kos input (kapas) RM100 mewujudkan nilai tambah sebanyak RM50, iaitu RM(150 - 100). Peringkat 3- Benang diproses menjadi baju dengan nilai RM250. kos input RM150, mewujudkan nilai tambah sebanyak RM100, iaitu RM(250 - 150). Peringkat 4- peringkat jualan runcit baju dijual dengan harga RM350 dengan kos input RM 250 maka nilai tambah sebanyak RM100, iaitu RM(350 - 250). Oleh itu jumlah nilai ditambah keseluruhan utk baju ialah RM 350.00 iaitu RM(100 +50+100+100) [1m] adalah sama dgn nilai barang akhir iaitu RM 350 • Sumbangan sektor 1 ialah……………, sektor 2 ialah…………….. dan sektor 3 ialah……… • % Sumbangan setiap sektor terhadap KDNK ialah 1. Sector utama== Memetik kapas x 100 = Jumlah nilai tambah 2. Sektor ke dua= 3. Sektor ke tiga = KDNKhp


9 **pengiraan nilai barang akhir (k. perbelanjaan) @ pengiraan nilai tambah bertujuan utk elak pengiraan 2 kali ** Jika dicampur semua nilai keluaran daripada kegiatan memetik kapas sehingga menjual baju akan berjumlah RM850. Nilai pendapatan negara ini lebih besar dan tidak tepat kerana terdapat pengiraan dua kali pada setiap peringkat kegiatan ekonomi B . KAEDAH PERBELANJAAN (NILAI BARANG AKHIR) KDNK hp = C + I + G + Perubahan stok + (X-M) KNKhp = KDNKhp + PFbLN KNKkf = KNKhp – CTL + Sb KNBkf (pendapatan negara ) = KNKkf – Sn (a) Bagaimanakah pendapatan negara mengikut kaedah perbelanjaan diperoleh? [2] (b) Berbantukan jadual , terangkan penghitungan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Malaysia mengikut kaedah perbelanjaaan. [8] Jawapan: (a) Pendapatan negara mengikut kaedah perbelanjaan diperolehi dengan cara mencampurkan semua jenis perbelanjaan keatas barang dan perkhidmatan akhir. [1] yang dilakukan oleh sektor Isirumah, sektor firma , sektor kerajaan dan sektor luar negara [1]] (b) Contoh jadual [4] Butiran Nilai ( RM juta ) Perbelanjaan pengunaan a.Awam b.swasta Pembentukan Modal Tetap Kasar a.Awam b.Swasta Eksport Bersih Perubahan Stok 100 200 + 300+ 400 + [3m] 500+ 100+ KDNK hp 1600 [1m] KDNK dihitung pada harga pasaran (KDNK hp) diperolehi dengan menjumlahkan perbelanjaan berikut : KDNK hp = C + I + G + Perubahan stok + (X-M) # Mesti ada 5 item untuk butiran C,I,G,X-M dan Perubahan stok. (Jika kurang -1m) * KDNK mesti ada hp. Tiada 0m


10 i. Perbelanjaan pengunaan swasta (C) ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor isirumah ke atas barang dan perkhidmatan [1] ii. Perbelanjaan yang dilakukan oleh firma iaitu Pelaburan Swasta (I) bagi membeli barang modal seperti mesin dan bina kilang[1] iii. Perbelanjaan dilakukan kerajaan (G) merupakan Perbelanjaan penggunaan awam iaitu perbelanjaan mengurus seperti bayar gaji k/tgn awam dan perbelanjaan pembangunan spt pembinaan sekolah [1] iv. (X-M) ,eksport bersih iaitu perbezaan antara nilai eksport dan nilai import [1] v. Perubahan stok /iventori iaitu perbezaan antara baki stok yg tidak terjual pada akhir tahun dengan baki stok awal tahun [1] contoh 2 B . KAEDAH PENDAPATAN 1. Dengan bantuan jadual, terangkan bagaimana pendapatan negara dihitung menggunakan kaedah pendapatan. Pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan dihitung dengan menjumlahkan pelbagai jenis pendapatan factor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Wajib tulis Butiran RM juta Perbelanjaan penggunaan (C) Pelaburan kasar(I) Perbelanjaan Kerajaan(G) Perubahan stok Eksport Import 100 50 (+) 100 (+) 30 (+) 20(+) 10(-) KDNK hp ?? Pendapatan faktor bersih dr luar negeri -15 (+) KNK hp ?? Tolak CTL Tambah Subsidi 10 (-) 20(+) KNK kf ?? Susut nilai 15(-) Pendapatan negara (KNB kf) ?? Kaedah Perbelanjaan **sambungan


11 Pendapatan faktor pengeluaran terdiri drp: i. Gaji dan upah yg diterima oleh buruh ii. Sewa iaitu pendapatan kpd pemilik tanah dan bangunan iii. Bunga bersih iaitu pendapatan kpd modal iv. Keuntungan syarikat iaitu pendapatan yg diperoleh pengusaha v. Pend. Perusahaan persendirian iaitu pendapatan yg diperoleh pemilik perusahaan kecil-kecilan dan sederhana. Jadi, Masalah pcnghitungan pcndapatan negara (STPM 2013, 2015U,2019,2022) 1. Jelaskan lima sebab nilai pendapatan Negara yang dihitung dalam sesuatu tahun tidak tepat (terkurang anggar @ terlebih anggar). atau 2. Terangkan 5 masalah yang menyebabkan ketidaktepatan dalam penghitungan pendapatan Negara . (i) Masalah pengumpulan maklumat • Masalah pcnyimpanan rekod atau maklumat tentang pelbagai kegiatan ckonomi yang tidak lengkap. • Maklumat yang diperoleh tidak tepat kerana data-data mungkin dibuat secara anggaran sahaja. lni menyebabkan pendapatan negara tidak tepat iaitu terkurang anggar. (ii) Masalah pengiraan dua kali •Masalah ini berkaitan dengan kesukaran menentukan sama ada sesuatu barang adalah barang perantaraan atau barang akhir semasa pengiraan pendapatan negara. Ini menyebabkan nilai barang yang dikeluarkan pada setiap tingkat pengeluaran dihitung dua kali iaitu semasa diproses dan semasa menentukan nilai barang akhir. Masalah ini menyebabkan pendapatan negara tidak tepat iaitu menjadi terlebih anggar. • Contohnya, tepung diproses menjadi roti. Jika nilai tepung dan roti dihitung, wujud penghitungan dua kali kerana nilai tepung termasuk dalam nilai roti. ( Masalah ini diatasi dengan menjumlahkan nilai ditambah atau menghitung nilai barang akhir sahaja) (iii) Masalah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang • Penghitungan pendapatan negara hanya mcngambil kira barang-barang dan perkhidmatan yang dibayar sahaja. • Banyak kegiatan produktif yang tidak dibayar. Contohnya kerja-kerja surirumah yang tidak dikira tetapi jika dijalankan oleh pembantu rumah perlu diupah dan dikira. Masalah ini menyebabkan pendapatan negara menjadi tidak tepat iaitu terkurang anggar. Pendapatan negara (KNBkf) = Gaji & upah + Sewa + Bunga bersih + Keuntungan Syarikat + Pend. Per. Persendirian = 1000 + 2000 + 500 + 5000 + 500 = RM 9000 juta.


12 (iv) Masalah penentuan harga barang • Jumlah nilai keluaran negara dihitung berdasarkan tingkat harga. • Namun wujud masalah perbezaan harga barang mengikut kawasan dan masa • Jadi kesukaran timbul untuk menentukan harga yang akan digunakan dalam penghitungan pendapatan negara. Kesan pendapatan negara tidak dapat diukur dengan tepat (v) Masalah menentukan susut nilai ▪ Susut nilai ialah perbezaan antara pelaburan kasar dengan pelaburan bersih . Masalah menentukan susut nilai wujud apabila firma tidak merekod susut nilai dengan tepat dan lengkap . • Kaedah pengiraan susut nilai adalah berbeza antara firma.Oleh itu ,sukar menentukan nilai sebenar pelaburan bersih • Kesan pendapatan negara tidak dapat diukur dengan tepat v) Masalah Kegiatan produktif yang haram • Masalah berlaku aktiviti haram yang produktif dan mendatangkan pendapatan atau keuntungan kepada individu. • Namun nilai traksaksi kegiatan tersebut tidak dihitung dalam pendapatan negara kerana merupakan kegiatan haram, iaitu kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. • Kesan pendapatan negara terkurang anggar • Contoh: perniagaan cetak rompak dan penyeludupan. Terangkan lima alasan mengapakah pendapatan negara sesebuah negara boleh terkurang anggar. (menjadi lebih kecil dari nilai sebenar) [10] STPM 2018U ...Guna fakta (i), (iii), (v) di atas , dan isi di bawah (i) ,(iv) Terangkan lima aktiviti ekonomi yang tidak diambilkira/tidak dihitung dalam pendapatan negara [10] i. Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan Jika hasil keluaran dari kegiatan produktif tidak dipasarkan/dijual maka tidak diambilkira dlm pendapatan negara. Cth, hasil pertanian yang digunakan sendiri oleh petani ii. Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang Jika kegiatan produktif tidak dibayar dgn wang maka tidak diambil kira dlm pendapatan negara. Contoh, kerja yang dilakukan oleh suri rumah /gotong-royong iii. Kegiatan produktif yang menyalahi undang-undang / yang haram Jika kegiatan produktif yg menyalahi undang-undang maka tidak diambil kira dlm pendapatan negara. Cth penyeludupan dadah/perjudian iv. Kegiatan produktif yang dibayar upah bukan wang Sesuatu kerja Jika tidak dibayar dengan wang tetapi dibayar dalam bentuk barang/lain-lain maka tidak diambilkira dlm pendapatan negara. Contoh pemanjat kelapa diberi upah kelapa. v. Bayaran pindahan oleh kerajaan Aktiviti ini tidak produktif kerana tidak menyumbang kepada pengeluaran barang maka tidak diambilkira dlm pendapatan negara. Contoh, bayaran pencen/biasiswa/bantuan kebajikan vi. Aktiviti produktif yang tidak melibatkan urusan wang Iaitu pertukaran barang secara sistem barter tidak diambilkira dlm pendapatan negara kerana urusniaga ini tidak melibatkan wang.


13 2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara 1.Huraikan lima kegunaan data pendapatan negara .(STPM 2014, 2020) *Kegunaan data pendapatan negara adalah sebagai i) Alat pengukur taraf hidup Taraf hidup rakyat sesebuah negara diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita. * pendapatan per kapita = KDNK benar Jumlah penduduk • Sekiranya pendapatan per kapita meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya, taraf hidup meningkat. • Sekiranya pendapatan per kapita merosot berbanding dengan tahun sebelumnya, taraf hidup merosot ii) Alat Pengukur Kadar Pertumbuhan Ekonomi • Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNKbenar t – KDNKbenar (t-1) x 100 KDNKbenar (t-1) • Sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi meningkat, ini bermakna prestasi ekonomi negara semakin meningkat. • Sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi negatif, ini bermakna prestasi negara semakin merosot ,berlaku kemelesetan ekonomi. (iii) Alat Pengukur jumlah sumbangan pelbagai sektor ckonomi • Contoh Rumus utk menghitung sumbangan sektor pertama terhadap KDNK = Nilai Keluaran Sektor pertama x 100 KDNK hp • Sekiranya peratusan sumbangan sesuatu sektor itu paling tinggi bermakna sektor tersebut memberikan sumbangan yang terpenting /utama kepada ekonomi. • Sekiranya peratusan sumbangan sesuatu sektor itu kecil bermakna sektor tersebut memberikan sumbangan yang kurang penting kepada ekonomi. (iv) Alat Mengukur Prestasi Pelbagai Sektor Ekonomi • Kadar pertumbuhan sektor 1 yang semakin meningkat menggambarkan prestasi sektor ekonomi tersebut semakin baik.


14 (v) Alat Petunjuk perubahan struktur ekonomi • Jika sumbangan sektor pertama adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya dan sektor ke dua lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, ini bermakna keadaan ekonomi semakin baik kerana negara itu telah bertukar dari sektor pertanian kpd sektor perindustrian. (vi) Asas membuat perancangan ekonomi • Data pendapatan negara masa kini dan masa lepas dapat memberi maklumat penting mengenai ciri-ciri kegiatan ekonomi sebuah negara. • la dapat digunakan sebagai asas untuk membuat ramalan seperti ramalan tentang pertumbuhan ekonomi, perkembangan pelaburan dll yang akan dicapai pada masa hadapan , dan menjadi asas perancangan ekonomi pada masa depan. STPM 2018: Dengan berbantukan rumus, jelaskan bagaimana perkara yang berikut digunakan sebagai petunjuk prestasi ekonomi bagi sesebuah negara : a) Kadar pertumbuhan ekonomi b) Pendapatan per kapita c) Sumbangan sektor ekonomi Kelemahan menggunakan data pendapatan negara untuk membandingkan taraf hidup rakyat antara dua tempoh masa. (i) Perubahan tingkat harga umum • Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan kenaikan pendapatan negara. • Kenaikan harga menyebabkan kuasa beli pengguna merosot dan menaikkan kos hidup. • Oleh itu walau pendapatan negara semakin tinggi tetapi taraf hidup rakyat tidak meningkat. (ii) Perubahan kualiti barang dan perkhidmatan • Kenaikan harga barang mungkin berpunca daripada peningkatan kualiti barang dan perkhidmatan yang dihasilkan. • Walaupun harga semakin mahal, taraf hidup rakyat akan meningkat jika rakyat dapat menikmati barangan yang lebih berkualiti. • Data pendapatan negara tidak dapat menunjukkan perubahan kualiti tersebut dan ini menyebabkan kurang tepat untuk membandingkan taraf hidup. (iii) Perubahan komposisi keluaran negara • Jika kenaikan dalam pendapatan negara berpunca daripada pengeluaran yang memberi faedah secara langsung kepada rakyat misalnya lebih banyak hospital dibina maka taraf hidup rakyat meningkat. • Sebaliknya jika kenaikan tersebut kerana tambahan keluaran yang tidak memberi faedah kepada pengguna seperti kelengkapan senjata, maka taraf hidup tidak banyak berubah. (iv) Perubahan saiz penduduk • Tambahan pendapatan negara tidak semestinya meningkatkan taraf hidup • Jika kadar pertambahan penduduk lebih tinggi berbanding kadar kenaikan pendapatan negara maka taraf hidup tidak meningkat.


15 (v) Perubahan masa rehat • Jika pendapatan negara yang semakin meningkat disebabkan oleh tambahan masa bekerja yang lebih panjang maka taraf hidup tidak meningkat. • Ini kerana pekerja terpaksa mengorbankan masa rehat yang lebih banyak. Jadi peningkatan pendapatan negara tidak semestinya menaikkan taraf hidup rakyat. Contoh Soalan 1. Terangkan 4 kelemahan menggunakan data pendapatan per kapita untuk membandingkan taraf hidup antara masa. [10m] - U2016 2. Pendapatan per kapita di Malaysia pada tahun 2016 ialah RM 9892 manakala pada tahun 2017 ialah RM 12000. Adakah taraf hidup rakyat Malaysia pada tahun 2017 telah meningkat.[10] (ayat akhir ikut kehendak soalan) Contoh jawapan: (i) Perubahan tingkat harga umum • Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan kenaikan pendapatan perkapita /pendapatan negara. • Jika kenaikan pendapatan perkapita pada tahun 2017 disebabkan kenaikan harga, kuasa beli pengguna merosot dan menaikkan kos hidup. • Oleh itu walaupun pendapatan perkapita semakin tinggi pada tahun 2017 berbanding 2016 tetapi taraf hidup rakyat tidak meningkat. Kelemahan Menggunakan Data Pendapatan Per Kapita Untuk Membandingkan Taraf Hidup Antara Negara. (i) Perbezaan agihan pendapatan • Data pendapatan per kapita (PPK) tidak mencerminkan agihan pendapatan penduduk sesebuah negara. • Jadi PPK sebuah negara misalnya negara A lebih tinggi dari negara lain misalnya negara B, taraf hidup tidak meningkat jika agihan pendapatannya tidak setara. • Berbanding negara B walau PPK lebih kecil tetapi taraf hidup rakyat secara keseluruhannya meningkat apabila agihan pendapatan lebih setara. (ii) Perbezaan tingkat guna tenaga • PPK tidak menunjukkan tingkat guna tenaga dalam sebuah negara. • Jika PPK negara A lebih tinggi berbanding negara B, taraf hidup rakyatnya tidak meningkat jika kadar penganggurannya tinggi. • Berbanding negara B yang PPK lebih rendah tetapi kadar pengangguran sedikit maka taraf hidup meningkat (iii) Perbezaan komposisi keluaran negara • Negara yang komposisi keluarannya lebih kepada barang penggunaan yang memberi faedah secara langsung kepada rakyat akan meningkatkan taraf hidup rakyat. • Jika PPK Negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi komposisi keluarannya lebih kepada barang ketenteraan yang akan meningkatkan pendapatan per kapita tetapi tidak meningkatkan taraf hidup rakyat berbanding negara B yang keluarannya lebih kpd barang penggunaan dan taraf hidup rakyat lebih tinggi w/pun PPK lebih rendah.


16 (iv) Perbezaan tingkat harga umum • Jika negara A kenaikan PPK disebabkan kenaikan harga maka tidak akan meningkatkan taraf hidup kerana kenaikan harga telah meningkatkan kos hidup rakyat. • Sebaliknya bagi negara B yang walaupun PPK lebih rendah, tetapi tingkat harganya lebih rendah maka kuasa beli masyarakat lebih besar, taraf hidup meningkat. (v) Perbezaan masa kerja dan masa rehat • Jika PPK negara A lebih tinggi yang berpunca daripada masa bekerja yang panjang dan hanya sedikit menikmati masa rehat, maka taraf hidup mereka tidak meningkat. • Sebaliknya jika sebuah negara B yang PPK lebih rendah tetapi mempunyai lebih banyak masa rehat, maka taraf hidup negara ini lebih tinggi. Contoh Soalan 1. KDNK per kapita pada tahun 2011 di Malaysia ialah US$9892 manakala di Singapura ialah US$50714. Terangkan 5 alasan mengapa taraf hidup pddk Singapura tidak semestinya lima kali ganda lebih tinggi berbanding dengan taraf hidup penduduk di Malaysia. [10] –U2013 **** *jika dalam soalan disebut data pendapatan negara, maka jawapan guna pendapatan negara ganti PPK (ayat akhir ikut kehendak soalan)


Click to View FlipBook Version