KOD & KURSUS : D UA 6022-KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
SESI : J UN 2020
TAJUK PROJEK : GLOBALISASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNITI
(ICT) IMPAK SOSIAL KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA (ARTIKEL)
AHLI KUMPULAN:
1. ANGEL ALESSANDRA SEBASTIAN (33DCE18F1005)
2. KEARTHIKA A/P THANABALAN (33DCE18F1007)
3. NURUL AIN BINTI MOHD AMIN (33DCE18F1010)
4. NUR ARINDI MAISARAH BINTI AFRIZAL (33DCE18F1015)
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN 2-3
2 DEFINISI 3-4
2.1 Globalisasi 4-5
2.2 ICT
6-8
3 PERKEMBANGAN ICT DI MALAYSIA
8-9
3.1 Definisi perkembangan ICT 9
3.2 Perkembangan ICT di malaysia
4 IMPAK ICT KEPADA MASYARAKAT
4.1 Masyarakat Rangkaian (Network Society)
4.2 Perubahan Sistem Ekonomi Dalam Masyarakat
4.3 ICT & Aktiviti Perancangan Pembangunan Negara
4.4 ICT turut Mempengaruhi Budaya
4.5 Pendidikan
5 KESIMPULAN
6 RUJUKAN
1
1.0 PENGENALAN
Globalisasi merupakan suatu proses di peringkat global yang dapat meliputi pelbagai
dimensi seperti aspek ekonomi, politik, budaya dan ideologi (Mittelman 1996; Waters 1995).
Menurut Harshita Aini Haron (2004) globalisasi adalah satu ideologi ekonomi namun, dalam
konteks kefahaman yang lebih luas, takrifan globalisasi menerjah ke pelbagai aspek kehidupan
seharian manusia dan memberi kesan kepada bukan saja sistem. Sebelum era globalisasi, dunia
ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan, kini fenomena
globalisasi telah menjadikan ruang di dunia semakin mengecil. Selain itu. Globalisasi juga boleh
dianggap sebagai proses yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi
oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Dalam mayapada ini , tidak lagi
mempunyai sempadan. Ledakan maklumat menerusi perantaraan media komunikasi seperti
internet, satelit ,media elektronik, dan teknologi siber, khususnya teknologi komputer telah
menjadikan ruang udara dan langit sesebuah negara terbuka luas.
Globalisasi juga membawa maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil
dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
Manusia mudah mendapat maklumat dan sukar menapis unsur negatif yang meresap dalam hati
dan minda. Secara amnya teknologi digital adalah satu sistem komunikasi yang berasaskan
komputer - “computer-based communication systems” (William, Sawyer dan Hutchinson, 2003).
Dengan lahirnya teknologi digital ini, maklumat akan boleh disebarkan iaitu diterima atau
dihantar di antara peralatan-peralatan yang berteraskan teknologi tersebut dengan mudah, pantas
dan pada bila-bila masa sahaja. Manakala Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pula
adalah salah satu teknologi digital semakin berkembang dan digunakan secara meluas dewasa ini
di serata dunia.
Perkembangan penggunaan teknologi di seluruh dunia telah mewujudkan satu bentuk
revolusi maklumat di mana Alvin Toffler (1990) dalam bukunya Power Shift menyatakan
bahawa zaman pertanian dan zaman perindustrian yang berlanjutan selama tempoh beberapa
kurun yang lalu akan berakhir dan digantikan dengan era alaf baru iaitu zaman ledakan
maklumat yang berkembang daripada pembangunan teknologi komunikasi. Pada zaman ini
berlaku perubahan dalam sistem ekonomi daripada menghasilkan barangan kepada masyarakat
berdasarkan maklumat (information based society). Beliau berpandangan akan berlaku satu
bentuk ledakan teknologi intelektual yang baru berdasarkan komputer dan masyarakat akan
mudah berurusan dalam perkembangan teknologi ini.
2
Seterusnya, perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang berlaku
mempunyai perkaitan yang signifikan dengan era globalisasi. Perkembangan ini telah membawa
perubahan yang besar kepada masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya memandangkan
negara kita merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan mengambil kesempatan di atas
globalisasi yang berlaku ICT yang menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih maju ke hadapan di
dalam era globalisasi telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin pantas
mencapai kemodenan. Walau bagaimanapun ,kemajuan ICT dilihat dengan banyak menimbulkan
isu dan memberi cabaran dan dugaan kepada masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, kertas
kerja ini akan dapat menerangkan isu dan sebanyak tentang cabaran dan kesan dunia siber dalam
perkembangan akhlak masyarakat Malaysia. Fokus utama akan diberikan kepada impak kepada
masyarakat daripada aspek sosial sungguhpun impak ICT turut memberi impak kepada sektor
kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Di peringkat awal perbincangan kertas kerja ini turut
akan membincangkan definisi konsep globalisasi serta membincangkan mengenai perkembangan
ICT di Malaysia.
2.0 Definisi
2.1 Apakah itu Globalisasi?
Globalisasi merupakan suatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita
pada hari ini. Tiada sesiapa yang dapat mengelakkan diri daripada mengalami dan merasai
fenomena globalisasi kerana semua masyarakat yang bertamadun di seluruh dunia akan
mneghadapinya.
Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses perhubungan yang kompleks antara
masyarakat, budaya, institusi dan juga individu di seluruh dunia. Ia merupakan satu
perkembangan sosial yang melibatkan pemampatan masa dan ruang, memendekkan jarak
perhubungan dari satu tempat ke satu tempat atau jarak pertukaran maklumat melalui
pengurangan tempoh masa yang ketara atau secara umumnya dapat didefinisikan sebagai
peningkatan perhubungan dan jaringan masyarakat. Masyarakat dalam konteks globalisasi boleh
dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas termasuklah negara dan bangsa.
Globalisasi yang kita sedang hadapi hari ini meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia,
baik dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kepercayaan, makanan, ilmu pengetahuan dan
maklumat, cara berfikir, hiburan dan sebagainya.
3
2.2 Apakah itu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ?
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication
Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Secara umumnya,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah salah satu bentuk teknologi digital yang
semakin berkembang dan digunakan secara meluas dewasa ini di serata dunia pada era kini.
Selain itu, ICT merupakan suatu terma yang merujuk kepada semua alat komunikasi atau
aplikasi termasuklah radio, televisyen, telefon pintar, komputer dan peranti rangkaian dan
software, sistem satelit, termasuk juga pelbagai perkhidmatan dan aplikasi yang berkaitan
dengannya seperti “video conferencing” .
3.0 PERKEMBANGAN ICT DI MALAYSIA
3.1 Definisi perkembangan ICT
Definisi Perkembangan ICT ialah "proses penyampaian suatu pesan dalam bentuk
lambang bermakna sebagai paduan fikiran dan perasaan berupa idea, informasi, kepercayaan,
harapan, ingatan dan sebagainya. Ia dilakukan oleh seseorang kepada orang lain, baik langsung
atau tidak langsung. Melalui media maka hasrat dan tujuan akan tercapai samada dengan tujuan
mengubah sikap, pandangan, atau perilaku seseorang" (Effendy, 1989 : 60).
Pemerintah Malaysia telah membangun infrastruktur ICT dengan pelaburan sebesar
RM556,22 juta atau setara dengan US$150,33 juta Sejak 1997 . Perkembangan ICT ini meliputi
pemanfaatan web dan e-mail, jaringan Local Area Network (LAN), Wide Area Network (WAN)
serta sistem menjana dokumen pemerintahan. Selanjutnya pada 2000 Malaysia melabur
US$154,3 juta untuk mengembangkan lebih jauh konfigurasi sistem ICT yang telah ada dengan
mengoptimalkan akses Internet dan dana sebesar US$174,32 juta untuk membuat instalasi
jaringan yang mengintegrasikan seluruh sistem dan aplikasi pemerintahan, serta pengembangan
portal web. Pelbagai konsep pembangunan seperti e-government, e-procurement, e-learning dan
e-commerce juga diperkenalkan.
Selain itu, perkembangan ICT di Malaysia dalam:
- Koridor Raya Multimedia
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat dan kesedaran tentang pentingnya peranan
teknologi maklumat, pemimpin negara telah mengambil inisiatif untuk menjadikan industri
teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan negara dengan mengumumkan Projek Koridor
Raya Multimedia (MSC) pada bulan Ogos 1996.Koridor Raya Multimedia atau singkatannya
4
MSC (Multimedia Super Corridor) dianggap sebagai pemacu untuk mencapai wawasan 2020 dan
ia meliputi kawasan seluas 750 km persegi. Projek ini terdiri daripada tujuh kumpulan aplikasi
utama iaitu Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Tele-Perubatan, Kad Pintar Kebangsaan,
Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan, Pemasaran Tanpa Batasan dan Jaringan Perkilangan
Sedunia. Langkah mewujudkan sekolah bestari dianggap sebagai respons spesifik Malaysia
untuk perubahan kritikal daripada ekonomi industri kepada masyarakat berasaskan maklumat
(Mahathir Mohamad, 1998). Oleh itu, sekolah bestari diharapkan dapat melahirkan masyarakat
Malaysia yang berkemahiran menggunakan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi
maklumat khususnya untuk mencapai taraf masyarakat Malaysia yang “Pintar” pada tahun 2020
kelak.
- Sekolah Bestari
Pelengkap kepada misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020, konsep sekolah bestari
telah diperkenalkan pada tahun 1997. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1999, 84 buah sekolah
telah dijadikan sekolah rintis untuk projek sekolah bestari. Sekolah bestarididefinisikansebagai
institusi pendidikan yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah
yang menyediakan pelajar kepada era teknologi maklumat dan antara langkah yang dijalankan
untuk membestarikan sekolah termasuklah penyediaan makmal komputer,TV pendidikan dan
penyediaan kemudahan SchoolNet. Jadual 1 menunjukkan secara terperinci kemudahan
teknologi maklumat yang disediakan untuk setiap program yang dilaksanakan. Ini menunjukkan
betapa seriusnya kerajaan untuk menerapkan elemen teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
5
4.0 Impak ICT Kepada Masyarakat
Perkembangan ICT di Malaysia merupakan satu bentuk transformasi teknologi yang
banyak membawa kepada perubahan gaya hidup. Menurut Castell dan Cordoso (2005), dunia
kini sedang menelusuri proses transformasi struktur yang telah bermula lebih daripada dua dekad
dahulu dan masyarakat seharusnya membentuk teknologi dan bukan sebaliknya. Walau
bagaimanapun, di sebalik sumbangan ICT yang secara idealnya memberi kesenangan kepada
manusia, terdapat juga kesan negatif kepada manusia jika tidak digunakan dengan sebaiknya.
4.1 Masyarakat Rangkaian (Network Society)
Struktur sosial di dalam masyarakat rangkaian adalah berasaskan kepada rangkaian yang
dioperasikan oleh ICT (Castell & Cardoso 2005). Rangkaian-rangkaian ini dioperasikan oleh
microelectronics dan rangkaian komputer digital yang menghasilkan, memproses dan
menyebarkan maklumat berasaskan maklumat yang dikumpul melalui perkongsian pengetahuan
di dalam rangkaian. Rangkaian berfungsi sebagai struktur formal di dalam dunia
(Monge&Contractor 2003). Sosial media adalah suatu media untuk interaksi sosial, sebagai
superset melampaui komunikasi sosial yang diaktifkan dengan 10 teknik komunikasi
ubiquitously diakses dan terukur, media sosial secara substansial mengubah cara komunikasi
antara organisasi, masyarakat, serta individu.
4.2 Perubahan Sistem Ekonomi Dalam Masyarakat
Internet adalah salah satu cabang di dalam teknologi maklumat yang bertindak sebagai
pemangkin kepada sistem ekonomi berasaskan pengetahuan atau dikenali sebagai K-Ekonomi.
K-Ekonomi adalah satu sistem di mana penghasilan dan pengeksploitasian pengetahuan sebagai
satu bahagian yang paling dominan bagi menjana kekayaan (Abdulai 2001). Dahulu, dalam
sistem ekonomi yang berasaskan pertanian, kekayaan diukur menerusi tanah dan hasil yang
dijana oleh tanah tersebut. Sebaliknya, dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, asas-asas
ekonomi dahulu telah diubahsuai dengan penambahan elemen iaitu pengetahuan. Kekayaan
dalam zaman ini tidak lagi diukur dengan luas tanah atau kuantiti, tetapi ia diukur oleh satu nilai
baru iaitu pengetahuan yang dapat diaplikasikan.
4.3 ICT & Aktiviti Perancangan Pembangunan Negara
Pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan
penyediaan infrastruktur yang berkesan, penyediaan perkhidmatan untuk pembangunan sumber
manusia, mempertingkatkan produktiviti dan menaik taraf kehidupan penduduk dan mengawal
perkhidmatan persendirian/swasta yang mempengaruhi kebajikan masyarakat dan kesihatan dan
6
keselamatan penduduk kawasan bandar, serta penyediaan perkhidmatan dan kemudahan asas
yang menyokong aktiviti yang produktif serta membolehkan projek persendirian beroperasi
secara efektif. Dalam dunia global, kebanyakan fungsi pentadbiran di bandar mahupun di
kawasan luar bandar disediakan berdasarkan ICT yang mana fungsinya adalah untuk membantu
bahagian penyimpanan seperti data infrastruktur dan populasi, pengurusan data secara automatik,
meningkatkan aliran maklumat antara organisasi, memantau kemudahan pengangkutan terhadap
taburan penduduk dan perumahan, dan meningkatkan capaian data melalui pembangunan web
yang membolehkan sebahagian masyarakat dimaklumkan mengenai isu perancangan dan
pembangunan.
4.4 ICT Turut Mempengaruhi Budaya
Era ICT telah menjadikan bahasa Inggeris berkembang secara pesat dan digunakan secara
global dalam urusan seharian di peringkat global dan lokal. Ini kerana bagi mengendalikan
urusan-urusan melibatkan ICT, ianya banyak dikendalikan dalam penggunaan bahasa Inggeris.
Fenomena ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya
pembangunan teknologi ICT. Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu
didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya,
malahan turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya
dalam menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global. Dalam masyarakat moden kini
kita dapati keperluan-keperluan asas itu juga semakin bertambah bergantung kepada kemajuan
yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian sebagai keperluan asas, orang ramai
mendapatkan pakaian umumnya kurang menitikberatkan lagi tentang keperluan asas
sebagaimana konsep yang terbina masa lalu. Tetapi kini orang berusaha mendapatkan pakaian
yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan. Unsur-unsur fesyen dan jenama
selalu menjadi pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini lebih menekankan kepada keperluan
sosial. Keperluan individu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh keperluan sosial. Dalam
keadaan ini, budaya popular yang terbina adalah berasaskan kepada citarasa golongan majoriti
yang mempengaruhi individu. Barang-barang yang diimport dari negara-negara maju, terutama
dari barat sentiasa diberi nilai tinggi. Berikutan dengan ini maka barang-barang yang diimport
selalu berharga lebih tinggi berbanding dengan barang-barang tempatan.
4.5 Pendidikan
Dengan adanya internet, Sistem pendidikan akan terus berkembang maju. Sama ada di
dalam atau di luar negeri, pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pendidikan
bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. Dengan pendedahan pelbagai
maklumat kepada rakyat Malaysia seperti bidang perubatan yang dapat memberikan maklumat
berkenaan makanan berkhasiat dan senaman yang betul. Ilmu-ilmu ini berupaya menjadikan
7
rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas. Globalisasi juga telah mendatangkan ledakan
maklumat yang telah membawa kepada beberapa bentuk pemikiran Barat yang bercanggah
dengan pegangan Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk Malaysia. Sebagai contoh idea-idea
post-modernisme, 17 deconstructionalisme dan sebagainya, yang menular masuk melalui dasar
langit terbuka (Mohd. Yusuf Hassan 2002). Era teknologi siber juga telah berubah pendekatan
pembelajaran yang mana pembelajaran secara tidak formal ini sedikit demi sedikit akan
mengubah peranan pengajar seperti guru, pensyarah dan sebagainya. Teknik-teknik pengajaran
dan pembelajaran yang bersifat 'Iangit terbuka' melalui perisian multimedia, internet, e-mel,
audio-video, tele-conferencing dan sebagainya. Para pendidik masa kini perlu menguasai
sekurang-kurangnya dalam kemahiran generik iaitu seperti kemahiran pemudahcaraan,
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan reflektif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksirkan
dan menilai dan kemahiran infotek. Dalam era siber, kurikulum yang menekankan kepada
penguasaan kemahiran-kemahiran generik atau boleh guna seperti kemahiran berkomunikasi
secara berkesan, kemahiran bergaul dan bekerja dengan orang lain dan secara berkumpulan,
kemahiran berfikir, kemahiran mengikut arahan, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran
memahami budaya seperti ICbudaya kerja di sesuatu tempat adalah perlu. Ini penting kerana ia
dapat membantu para pelajar menjadi tenaga kerja yang mahir apabila mereka memasuki alam
pekerjaan, cekap serta yang paling utama adalah pekerja yang berpengetahuan dan bermaklumat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya , tidak dapat dinafikan bahawa ICT merupakan pemangkin utama di dalam
globalisasi. ICT amat berpengaruh dalam masyarakat dalam apa jua keadaan termasuklah untuk
melestarikan kehidupan masyarakat. ICT pada asalnya bersifat sekadar untuk menyebarkan
maklumat dan komunikasi semata-mata. Perkembangan ICT secara tidak langsung banyak
mempengaruhi kehidupan masyarakat Malaysia masa kini. Ia merupakan satu perkara yang tidak
dapat dielakkan memandangkan negara kita amat memerlukan ICT sebagai salah satu asas
kepada pembangunan negara.Selain itu, ICT mempunyai potensi yang sangat besar dalam
menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada semua golongan masyarakat. Pengaruh
ICT dalam kehidupan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus
meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Pengaruh ini dalam masyarakat
telah melampaui segenap aspek kehidupan iaitu bermula daripada pengaruh ICT kepada sistem
ekonomi sehinggalah kepada pengaruhnya terhadap budaya dan nilai dalam masyarakat. 18 ICT
telah menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sistem ekonomi global. Sistem ekonomi yang
dikenali sebagai K-Ekonomi telah menjadi sistem yang tidak dapat dielakkan kini. Terdapat
perubahan ketara terutamanya berkaitan jurang digital dan kedudukan nilai pengetahuan dalam
komuniti memandangkan tidak semua lapisan masyarakat mampu untuk mendapatkan
perkhidmatan internet misalnya kerana kos yang tinggi dan akses kepada isyarat yang terhad
terutama mereka yang tinggal di luar bandar. Seharusnya, masyarakat mengambil kesempatan di
8
atas sumbangan positif yang dapat dijana daripada pembangunan ICT yang dilakukan.
Kenyataan oleh Castell (2005) iaitu ‘society shapes technology according to the needs, values
and interests of people who use the Technology’ perlu menjadi asas kepada penggunaan ICT
yang lebih efektif. Pihak berkuasa juga perlu lebih proaktif di dalam menyediakan prosedur dan
peraturan bagi memantau perkembangan teknologi maklumat agar masyarakat tidak bebas untuk
menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.
RUJUKAN
Abdul Rahman Embong. 2000. Wacana Globalisasi. Dlm. Norani Othman & Sumit K.
Mandal (pnyt.). Malaysia Menangani Globalisasi Peserta Atau Mangsa, hlm. 46-70. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdulai, D. N. 2001. Malaysia and the K-Economy: Challenges, Solutions and the Road
Ahead. Selangor: Pelanduk Paublication.
Ahris Yaakub. 2004. Sistem Maklumat Perancangan Bandar Dan Wilayah : Kronologi
Pembangunan Dan Penggunaannya Jurnal Alam Bina 1(6).
Harshita Aini Haron. 2004. Globalisasi Bahasa: Antara Realiti Dan Imaginasi. Dlm.
Mohd Aizuddin Mohd Sani (pnyt.). Globalisasi Dalam Perspektif, Isu Dan Cabaran, hlm.
Selangor: IBS Buku Sdn Bhd.
Habibah Lehar. 2008. The Malaysian Economy: Past and Present. Universiti Teknologi
MARA Shah Alam: University Publication Centre (UPENA).
Ritzer, George. 1998. The McDonaldization Thesis. London: Pine Forge Press. Shamsul
A.B. & Rumaizah Mohamed. 2002. Globalization, ICT and Islam after September 11: A Brief
Commentary. A paper for a Seminar on Islam, Globalization and the Knowledge Economy:
Issues and Challenges, organised by International Institute of Public Policy and Management
(INPUMA), Universiti Malaya, 26 March, at Shah Alam, Malaysia. & Hasli
Karthigesu, R. (1995). Dasar penyiaran Malaysia dalam Era Pascakolonial ke arah status
negara maju. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1994/Bil 2, Universiti Sains Malaysia.
LAMPIRAN
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/01/643842/ict-permudah-masyarakat-digital
9