The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISU DAN HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ALEEYA IZZANY BINTI ROHAIMI IPG-Pelajar, 2025-03-14 09:28:43

ISU DAN HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA (1)

ISU DAN HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA

Keywords: keterampilan berbahasa

Halangan dan Isu Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa


Isi Kandungan 01 02 03 Biodata Penghargaan Pengenalan 04 Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa 06 Rumusan 05 Isu Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa


Biodata Nur Aleeya Izzany binti Rohaimi Nama PT1S2.04 Kelas 060415100498 Kad Pengenalan 2024202310027 Angka Giliran


Penghargaan Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya dapat menyelesaikan pentaksiran berterusan ini dengan jayanya. Tanpa izin-Nya, usaha ini tidak akan dapat disempurnakan dengan baik. Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya, Dr. Fazilah binti Mat Zain bagi subjek BMMB1134 yang telah banyak membimbing, memberikan tunjuk ajar serta berkongsi ilmu sepanjang proses menyiapkan pentaksiran ini. Bimbingan, nasihat dan dorongan yang diberikan amat bermakna dan menjadi panduan berharga buat saya. Tidak dilupakan, penghargaan tulus saya tujukan kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan moral, doa serta sokongan tanpa berbelah bahagi. Kasih sayang dan restu mereka menjadi pendorong utama kejayaan saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, jutaan terimaa kasih kepada rakan-rakan seperjuangan, yang turut sama membantu dalam memberikan idea, berkongsi maklumat serta menjadi sumber inspirasi sepanjang perjalanan akademik ini. Sokongan dan semangat mereka amat saya hargai dalam menghadapi cabaran sepanjang proses penyediaan pentaksiran ini. Akhir kata, saya berharap agar hasil usaha ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri saya sendiri, tetapi juga kepada mereka yang memerlukan. Saya juga sedar bahawa tiada yang sempurna, dan segala kekurangan dalam pentaksiran ini adalah kelemahan saya sendiri. Semoga pengalaman ini menjadi satu titik tolak untuk saya terus memperbaiki diri dan mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.


Pengenalan Komunikasi merupakan aspek penting dalam keterampilan berbahasa kerana ia menjadi medium utama untuk menyampaikan maklumat, idea, dan emosi antara individu. Keterampilan berbahasa yang baik membolehkan seseorang berkomunikasi dengan berkesan, sama ada secara lisan atau bertulis. Walau bagaimanapun, dalam proses komunikasi, terdapat pelbagai halangan yang boleh mengganggu kefahaman dan keberkesanan penyampaian mesej. Halangan komunikasi ini boleh berlaku disebabkan oleh faktor bahasa, psikologi, persekitaran, teknologi, dan budaya. Jika halangan ini tidak diatasi, ia boleh menjejaskan hubungan interpersonal serta keberkesanan komunikasi dalam pelbagai situasi, termasuk dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan kehidupan seharian. Oleh itu, penting untuk memahami punca-punca halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai.


Maklum Balas Komunikasi Sehala Penyampaian Saluran Kedua Gangguan Emosi Gangguan Luaran Gangguan Saraf Penerima Halangan-Halangan dalam Komunikasi 1 3 5 2 4 6


1 Maklum Balas Maklum balas merupakan bukti bahawa penerima menerima maklumat daripada penyampai. Maklum balas merupakan tindak balas penerima terhadap pesanan yang telah dihantar. Halangan komunikasi dari aspek maklum balas ini dapat dilihat sekiranya penerima tidak bertindak balas setelah penyampai memberikan maklumat. Contohnya, penyampai memberikan arahan atau mengajukan soalan kepada penerima. Sekiranya penerima tidak memberi respons, bermaksud mesej tersebut tidak diterima oleh penerima. Ketiadaan maklum balas daripada penerima menyebabkan komunikasi tersebut terhalang dan keterampilan berbahasa juga terganggu.


2 Komunikasi Sehala Contoh komunikasi sehala ialah syarahan dan taklimat. Komunikasi sehala ini banyak melibatkan penyampai atau pengirim berfungsi memberikan huraian, penjelasan atau penerangan kepada pendengar. Komunikasi sehala mengakibatkan pengirimtidak menerima apa-apa reaksi atau respons daripada penerima dan akhirnya melibatkan komunikasi itu terhalang. Contoh situasi, seorang penceramah memberi ceramah tentang bahaya dadah kepada murid-murid. Hal ini melibatkan komunikasi sehala dan penyampai hanya bertindak untuk menyampaikan maklumat tentang topik itu kepada murid-murid. Oleh itu, komunikasi tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya komunikasi sehala berlaku kerana tidak ada respons daripada murid-murid pendengar sepanjang komunikasi itu berlaku.


3 Penyampaian Saluran Kedua Penyampaian saluran kedua adalah tidak sejelas pengirim yang pertama. Pengirim yang kedua juga berkemungkinan menambah mesej asal yang boleh menyebabkan salah faham kepada penerima. Justeru, mesej yang ingin disampaikan terhalang dan komunikasi juga menjadi sukar. Contohnya, pengirim ingin menyampaikan maklumat tentang tugasan kerja kursus yang akan dihantar pada minggu hadapan tetapi apabila menerusi saluran kedua, penyampai itu mengatakan bahawa tugasan itu boleh dihantar pada minggu hadapan. Oleh itu, jelaslah bahawa komunikasi yang dijalankan menerusi saluran kedua menjadi penghalang kepada komunikasi yang berkesan.


4 Gangguan Emosi Gangguan emosi merupakan masalah berkenaan perasaan seperti gembira dan sedih. Gangguan ini menyebabkan komunikasi terhalang. Hal ini demikian kerana penerima menerima dan memahami mesej berdasarkan apa yang dilihat dan didengar mengikut perasaan, keperluan dan kehendaknya sahaja. Misalnya, penerima berasa tertekan dengan maklumat yang diterima semasa berkomunikasi dan terus membuat kesimpulan tentang maklumat itu dengan perasaan yang marah. Sekiranya individu menerima mesej mengikut emosi, maka pengirim tidak lagi dapat memberikan respons selepas penerima mengajukan pendapatnya. Oleh itu, emosi yang dibawa ke dalam komunikasi antara individu menghalang untuk menghasilkan komunikasi yang berjalan dengan lancar dan berkesan.


5 Gangguan Luaran Gangguan luaran menjadi masalah kepada komunikasi yang seterusnya. Faktor luaran penerima yang menyukarkan untuk mendengar dan melakukan proses komunikasi dengan berkesan. Contoh, bunyi bising berlaku di luar kelas akibat daripada orang yang sedang memotong rumput atau mengisar bahan. Bunyi yang terlalu bising menyebabkan murid-murid tidak dapat mendengar dan menerima mesej daripada pengirim dengan baik. Selain itu, muridmurid juga berkemungkinan akan membuat andaian sendiri mengenai mesej yang telah disampaikan. Apabila penerima membuat andaian sendiri, kemungkinan terdapat salah faham yang disebabkan oleh penerima mentafsir mesej dengan salah. Justeru, komunikasi yang berkesan tidak akan berlaku sekiranya terdapat gangguan luaran.


6 Gangguan Saraf Penerima Saraf merupakan satu sistem yang kompleks berperanan untuk mengawal dan mengoordinasikan aktiviti tubuh. Saraf ini berperanan juga untuk menghantar segala maklumat keseluruh tubuh badan. Jika seseorang itu mempunyai masalah saraf iaitu maslaah neuron dalam saraf otaknya maka individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk menerima maklumat. Hal ini menyebabkan individu tersebut tidak dapat memproses atau mentafsir maklumat di dalam otaknya. Sebarang mesej yang disampaikan tidak dapat diterima oleh individu tersebut dan menyebabkan komunikasi tidak berlangsung dengan berkesan.


Isu bahasa Isu media sosial Isu-isu dalam Keterampilan Berbahasa Kesalahan ejaan Kesalahan tatabahasa Bahasa Singkatan Bahasa rojak Bahasa kesat


Kesalahan Ejaan Isu Bahasa Terdapat banyak kesalahan ejaan pada papan tanda di kedai-kedai dan juga di tepi jalan. Hal ini disebabkan kerana kecuaian dalam mengeja perkataan atau kebiasaan dalam sebutan tersebut. Contohnya, pada papan tanda kedai dieja “percetakan” dengan “percitakan” iaitu salah. PRPM telah menetapkan ejaan yang betul iaitu “percetakan”. Perkataan “dakwa” juga dieja dengan “dakwah”. Kita dapat lihat kesalahan ini berlaku disebabkan kekeliruan dan juga kebiasaan pertuturan iaitu “dakwa” disebut seolah-olah “dakwah”.


Kesalahan Tatabahasa Isu Bahasa Isu kesalahan tatabahasa banyak berlaku pada papan tanda. Contohnya, papan tanda "DEWAN RAMAI ORANG SEMENYIH" mengandungi kesalahan tatabahasa kerana susunan kata yang tidak tepat dan penggunaan perkataan yang kurang sesuai dalam bahasa Melayu. Frasa "Ramai Orang" tidak berfungsi sebagai penerang kepada "Dewan" kerana "Ramai" digunakan untuk menerangkan jumlah orang, bukan sebagai keterangan untuk tempat. Susunan yang lebih tepat ialah "Dewan Orang Ramai Semenyih" , yang lebih sesuai dengan struktur bahasa Melayu dan biasa digunakan untuk merujuk kepada tempat perhimpunan masyarakat. Hal ini berlaku disebabkan kecelaruan di antara tatabahasa dan juga pertuturan seharian. Selain itu, hal ini juga berlaku disebabkan kurang pengetahuan berkenaan tatabahasa dan kesalahan tersebut tidak ditegur oleh mana-mana pihak.


Isu Media Sosial Bahasa Singkatan Isu media sosial yang sering digunakan di manamana platform media sosial pada hari ini ialah bahasa singkatan. Hal ini demikian kerana bahasa singkatan ini dianggap lebih mudah dan menjimatkan masa. Contohnya, perkataan “kalau tak sempat jumpa tidak mengapa” telah menjadi “kalau x sempat jumpa tkpelah”. Namun, perkara ini boleh menyebabkan salah faham. Contohnya, singkatan “sd” yang boleh membawa maksud sebagai “sidai” , “sedar” dan “sudah”.


Isu Media Sosial Bahasa Rojak Bahasa rojak merupakan salah satu masalah terbesar dalam memartabatkan bahasa Melayu. Bahasa rojak di Malaysia merupakan amalan mencampuraduk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Contohnya, perkataan “extra” sebenarnya perlu diganti dengan “tambahan”. Hal ini berlaku kerana sudah terdidik daripada kecil ataupun sudah terbiasa menggunakan bahasa Inggeris bercampur dengan bahasa Melayu. Tambahan pula, sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dalam menguasai bahasa lain juga menyebabkan berlakunya penggunaan bahasa rojak ini.


Isu Media Sosial Bahasa Kesat Bahasa kesat merupakan bahasa yang tidak senonoh. Misalnya, kata makian, carutan, bidasan, hinaan dan sebagainya. Bahasa kesat sering digunakan apabila wujudnya rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau terlalu mengikut perasaan. Katakata kesat boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan.


Rumusan Komunikasi memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat dan membentuk hubungan sosial yang berkesan. Namun, pelbagai halangan boleh mengganggu komunikasi, seperti komunikasi sehala yang tidak membenarkan maklum balas, penyampaian saluran kedua yang boleh mengubah mesej asal, serta gangguan emosi yang mempengaruhi pemahaman penerima. Selain itu, gangguan luaran seperti bunyi bising dan gangguan saraf penerima juga menyukarkan pemprosesan maklumat. Dalam keterampilan berbahasa, isu seperti kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa, bahasa singkatan, bahasa rojak, dan bahasa kesat turut memberi kesan terhadap kejelasan mesej yang disampaikan, terutama dalam media sosial dan papan tanda. Oleh itu, kesedaran terhadap halangan komunikasi dan usaha untuk memperbaikinya amat diperlukan bagi memastikan komunikasi yang lebih berkesan.


Click to View FlipBook Version