MPU21042 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TUNJANG PERPADUAN
NO NAMA NOMBOR MATRIK
1. KHAIZURAH BT MORSHIDI B01DAT21F505
2. IZZANUR IZWANA BT AHMAD NASIR B01DAT21F504
3. MUHAMMAD IRFAN BIN ABDUL RAZAK B01DAT21F510
4. AHMAD FAIZ BIN ABDULLAH KUSHAINI B01DAT21F501
KELAS :
DAT 1
NAMA PENSYARAH:
NURUL HILWA BINTI AHMAD ALIAS
NO ISI KANDUNGAN 1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 DEFINISI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 3
3.0 TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA 4
4.0 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN 5
6
5.0 SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 7
6.0 KONSEP PERLEMBAGAAN 8-9
7.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
10
8.0 KRONOLOGI PEMBENTUKAN PEMBENTUKAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 11
12
9.0 KANDUNGAN PERKARA UTAMA DALAM 13
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 14
15
10.0 SENARAI KANDUNGAN
11.0 PERANAN PERLEBAGAAN DALAM INTEGRASI
NASIONAL
12.0 PERKARA UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
13.0 KESIMPULAN
14.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu
dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen
terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan
tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada
semua undang-undang. Perlembagaan Persekutuan juga memberikan jaminan terhadap hak
asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
1
2.0 DEFINISI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-
undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia telah mula
diguna pakai sejak Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 1957.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara.
Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan
terbatal.
Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga kali
pendengaran (pendebatan). Sesuatu perlembagaan atau
akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat
sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.
2
3.0 TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Malaysia pembahagian kuasa antara semua badan dengan institusi yang terlibat
serta cara pelaksanaan kuasa tersebut dijalankan
Memperincikan secara khusus, serta peranan eksekutif, perundangan dan
kehakiman dalam kerangka pemerintah negara
Menentukan cara pemerintahan sesebuah negara dilakukan, bidang kuasa
pemerintah, serta menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat
Menyatakan secara jelas tentang tanggungjawab dan kewajiban setiap
warganegara terhadap pemerintah dan negara
Menjaga keamanan dan kestabilan negara
3
4.0 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
Kerajaan Pembahagia
bersifat n kuasa
terbuka
CIRI-CIRI Tanggungjawab
PERLEMBA ke atas rakyat
GAAN
Kestabilan Perwakilan
dalam negara rakyat dipilih
melalui
pilihan raya
4
5.0 SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Hukum Kanun Melaka adalah satu bukti kukuh bahawa Kesultanan Melayu Melaka telah
memiliki perlembagaan bertulis yang membuktikan pelaksaan adat tempatan dan perundangan
Islam. Terdiri daripada pelbagai jenis bentuk undang-undang, iaitu perlembagaan, jenayah,
tanah, perhambaan, kontrak, perwakilan, keluarga, laut dan Islam. Undang-undang Islam pula
mengandungi hukum jual-beli, tatacara pengadilan, hukum Qisas dan hukum Jenayah Islam
dan Hudud.
Sebelum era penjajahan British secara menyeluruh di Tanah Melayu, Kerajaan Johor Moden
telah menjadi negeri Melayu pertama memasyhurkan perlembagaan kerajaan tersebut pada
tahun 1895 yang dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (UTKJ). Perkembangan
ini juga diikuti oleh Kerajaan Melayu Terengganu melalui dokumen undang-undang bagi
Kerajaan Terengganu (UBDKT) pada tahun 1911. Pemasyhuran UBDKT dilihat mempunyai
kaitan dengan UTKJ disebabkan isi kandungan dan penyusunan mempunyai beberapa
persamaan (Wan Ahmad Fauzi, Anisah Mohamed Anwar, dan Hanif 2017).
5
6.0 KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara
pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang
dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah
dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah. Undang-undang
perlembagaan mengandungi 2 prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip
undang-undang. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti
kenegaraan, kebebasan asasi,agama,bahasa kebangsaan dan sebagainya.
6
7.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip
sebagai asas kepada pembentukan kerajaan.
Perlembagaan merupakan panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan
mentadbir negara.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan
kestabilan politik.
Perlembagaan menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil.
Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk hidup sebagai seorang warganegara secara
aman dan harmoni.
7
8.0 KRONOLOGI PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1927 - Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu berhenti menjadi Ahli Majlis Mesyuarat
Persekutuan.
1946 – Perlembagaan Malayan Union dibentuk namun ditentang oleh orang Melayu
kerana tiada konsep penghormatan kepada Raja.
1948 – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk. Penyelarasan
perundangan negeri-negeri bermula.
1949 – Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dibentuk untuk menyelesaikan masalah
perlembagaan, politik, dan ekonomi.
8
1955 – Pilihanraya pertama persekutuan.
1956 – Jawatankuasa Kerja dan Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
1957 – Penguatkuasa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1963 – Perlembagaan Malaysia menggantikan Perlembagaan Persekutuan setelah
penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura.
9
9.0 KANDUNGAN PERKARA UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
12 Jadual
15 Bahagian
183 Perkara
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
10
I. 15 BAHAGIAN - Negeri-negeri , agama dan undang undang persekutuan .
- Kebebasan asasi
- Kewarganegaraan
- Persekutuan
- Negeri-negeri
- Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
- Peruntukan-peruntukan kewangan
- Pilihanraya
- Kehakiman
- Perkhidmatan awam
- Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
- Am dan pelbagai
- Perlndungan tambahan negeri sabah dan sarawak
- Peruntukan sementara
- Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
- Prosiding terhadap Yang di-pertuan agong dan raja-raja
II. 12 JADUAL - Jadual pertama ( sumpah permohonan )
- Jadual kedua ( kewarganegaraan )
- Jadual ketiga ( pemilihan Yang di-pertuan agong dan timbalan
Yang di-pertuan agong )
- Jadual keempat ( sumpah jawatan )
- Jadual kelima ( majlis raja-raja )
- Jadual keenam ( bentuk sumpah dan ikrar )
- Jadual ketujuh ( pemilihan ahli-ahli dewan negara )
- Jadual kelapan ( peruntukan perlembagaan negeri )
- Jadual kesembilan ( senarai perundangan )
- Jadual kesepuluh ( pemberian sumber hasil )
- Jadual kesebelas ( peruntukan ordinan tafsiran )
- Jadual kedua belas ( peruntukan perjanjian persekutuan tanah
melayu )
11
10.0 PERANAN PERLEMBAGAAN DALAM INTEGRASI NASIONAL
Mengikat masyarakat untuk merujuk pada satu
undang yang sama untuk sesuatu masalah
supaya tidak bercanggah antara satu sama lain.
Menjamin kestabilan politik dan sistem
pentadbiran negara.
Menjamin keselamatan dan kesejahteraan
rakyat.
12
11.0 PERKARA UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
Beberapa perkara telah Perlembagaan
diletakkan sebagai Persekutuan dibentuk
peruntukkan utama dengan mengambil kira
dalam perlembagaan perkembangan sejarah
Negara sebelum dan
seperti kewarganegaraan, selepas penjajahan.
agama, bahasa,
kedudukan istimewa
orang melayu dan
kebebasan asasi.
Bagi merealisasikan cita-cita
mewujudkan sebuah Negara
yang demokrasi dan adil untuk
semua pihak.
13
12.0 KESIMPULAN
Kewujudan Perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya mempunyai peranan
yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara ini. Walaupun ia sebuah
perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci. Perlembagaan sebenarnya adalah tunjang
kepada keamanan dan perpaduan negara Malaysia. Ini kerana, pembentukan perlembagaan
awal-awal lagi adalah atas dasar persetujuan semua kaum.
14
13.0 RUJUKAN
• Oleh Sheikh Firdaus
https://www.academia.edu/36320946/Pengenalan_Perlembagaan_Persekutuan
• Oleh Billy Ngali, tahun 2018
(PDF) SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA | Billy Ngali - Academia.edu
• Oleh Najihah Ghazali
https://independent.academia.edu/najihahGhazalli
• Oleh Siti , tahun 2017
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30109?language=my
• Oleh Ismail N , tahun 2011
Persekutuan Malaysia Dan Perlembagaan Malaysia (dululainsekaranglain.com)
15