MPU MPU21042
E-FOLIO
1. Mus Wadi Bin Normazli (B01DAT21F511)
2. Mohd Amirullah Bin Sulaiman (B01DAT21F517)
Nama & Nombor Pendaftaran
3. Nick Nielson Junior Philipus (B01DAT21F518)
4. Azhar Bin Aldam (B01DAT21F502)
Kelas DAT 1
Disediakan oleh: Disemak oleh:
……………..…………………………………………….. ……………..……………………………………………..
() ()
>. Muka Surat
1
Isi kandungan 2-4
Perkara
5-6
1.0 Pengenalan 7
2.0 Teras Perpaduan di Malaysia 8
2.1 Teras 1 9
10
2.1.1 - Patriotisme 11
2..1.1 - Demokrasi
2.2 Teras 2
2.2. 1- Identiti nasional
2.3 Teras 3
2.3.1 - Ekosistem Perpaduan
3.0 Perpaduan
3.1 Cara untuk mengukuhkan perpaduan
4.0 Pelaksanaan aktiviti perpaduan di Malaysia
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan
1
>.
1.0 Pengenalan
Teras perpaduan dimaksudkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan mencapai matlamat dengan jujur,ikhlas
dan saksama dalam kata lain perpaduan adalah proses untuk menyatupadukan kaum seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan negara.perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir rakyat yang cuba untuk
merosakan dan menyemarakkan lagi isu perkauman di negara kita.Perpaduan dalam
masyarakat juga dapat dapat mewujudkan masyarakat yang prihati harmoni ,bantu membantu
dan dapat mengurangkan sifat racism dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Selain itu juga
masyarakat yang harmoni juga dapat membantu kerajaan untuk mencapai aspirasi seperti
Transformasi Nasional.TN50 ataupun Tranformasi Nasional 50 merupakan satu inisiatif
pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 sehingga 2050.sifat perpaduan juga dapat
mengamankan ataupun dapat mengelakkan perbalahan dalam kalangan masyarakat.Selain itu
juga sifat yang harmoni atau pun adat dalam kalangan masyarakat di Malaysia dapat menarik
pelancong luar .
Source;-
http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-
perpaduan.html?m=1
11
>.
2.0 Perpaduan Di Malaysia
2. 1 Teras 1
PATRIOTISME
PATRIOTISME perlu wujud pada setiap rakyat dalam sesebuah negara. Ia bukan sebarang
perassan tetapi benda yang perlu dan wajib ada pada seseorang. Berikut merupakan
benda/nilai yang perlu ada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/893118/rakyat-pelbagai-kaum-sudah-
matang untuk patriotisme;
Keyakinan
PATRIOTISME Kesetiaan
Kewarganegaraan
Kerberanian
Kemerdekaan
2
1
>.
Patriotisme juga mempunyai nilai nasionalisme, Nasionalnisme membuat masyarakat
yang terbuka dari segi pemikiran. Ia menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan
akal dan pemikiran.Kebudayaan seperti agama, bahasa dan lain-lain boleh menimbulkan
perasaan nasionalisme. Melalui ciri-ciri tersebut, ia mewujudkan semangat melahirkan identiti
baru bagi negara yang dijajah. Secara keseluruhannya, patriotisme bertujuan untuk
membebaskan sesebuah negara daripada kuasa asing. Namun begitu pengertian patriotisme
dalam konteks selepas merdeka pula lebih menjurus sebagai satu perjuangan bagi
mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.
Semangat patriotisme merupakan nadi kepada kemerdekaan, kebebasan, kestabilan dan
kemajuansesbuah negara.Jika tiadanya semangat patritisme dalam kalangan rakyat sesebuah
negara akan membawa kepada penderitaan rakyat.Patriotisme akan mewujudkan rakyat yang
akan berkhidmat dengan cermat, yakin dan jujur dalam tindakan mereka.
Kesimpulannya, rakyat yang mempunyai semangat patriotisme akan meletakkan
kepentingan negara lebih tinggi daripada kepentingan peribadi mahupun kaum masing-masing.
Source:-https://www.sinarharian.com.my/article/99031/KHAS/Pendapat/Patriotisme-bukan-
sekadar-semangat , KU HASNAN KU HALIM | | 31 Ogos 2020 © 2018 Hakcipta
Terpelihara Kumpulan Karangkraf
3
1
>.
DEMOKRASI
Maksud perkataan demokrasi yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu demos
(rakyat) dan kratos (pemerintahan) sudah cukup menggambarkan tentangnya.
Nilai demokrasi adalah nilai yang paling asas bagi sesebuah rakyat tetapi selalu di
pandang rendah. Nilai ini memastikan kerajaan untuk bertindak balas dan memberikan respons
berterusan terhadap pilihan dan permintaan rakyatnya tanpa sebarang gangguan. Sistem politik
demokrasi berjalan dengan setiap party yang berbeza dari segi ideologi dan social secara sah
berhak untuk bersaing bagi mendapatkan kuasa politik. Party tersebut akan bertanggungjawab
kepada cara merekan membimbing rakyat negara mereka.Sebab itu dalam amalan demokrasi,
kuasa politik diagihkan secara meluas dalam kalangan rakyat dan kuasa kerajaan yang ada
hanyalah wujud berdasarkan persetujuan rakyat.Masalahnya ialah bagaimana hendak
menetapkan kriteria demokrasi, mengukur tahap pendemokrasian dan memisahkan demokrasi
daripada bukan demokrasi. Ini disebabkan, walaupun sesebuah negara itu mengadakan pilihan
raya umum secara tetap dan berkala, ia belum tentu menjadi demokratik sepenuhnya.
Source;- https://www.sinarharian.com.my/article/90613/KOLUMNIS/Membedah-maksud-
demokrasi , MUJIBU ABD MUIS | | 04 Julai 2020 © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan
Karangkraf
4
1
>.
2.2 Teras 2
2.2.1 IDENTITI NASIONAL
Pembinaan negara dan identiti nasional
banyak dikatakan.Dalam segi akademik banyak
kajian dan literatur yang ada. Begitu juga
dengan dasar negara. Pendidikan Sivik dan
Sejarah adalah contoh yang dikenal pasti dalam
dunia pendidikan yang bertujuan memupuk
identiti nasional pada anak-anak muda zaman sekarang.Tetapi kita masih mencabari cabaran
yang besar.Sebagai contoh, parti politik banyak membawa isu identiti nasional ke orang awam
dan menyampaikannya dengan cara yang tidak menyenangkan.
Terdapat pelbagai lagi cara yang perlu
dihadapi seperti dalam menegakkan
kepercayaan kepada tuhan sebagai prinsip
utama. Dari segi kesetiaan kepada raja dan
negara, ramai menghina institusi raja.Ramai
juga tidak dapat menghayati hubungan antara
raja dan negara serta masih lagi gagal melihat
kepentingan institusi itu bagi negara kita. Begitu juga dengan keluhuran Perlembagaan. Dalam
menjunjung keluhuran Perlembagaan, masih ramai tidak faham perkara asas dalam
Perlembagaan dan masih persoal inti pati Perlembagaan. Ada lagi kelompok yang mahu
memusnahkan dan penilaian semula prinsip asas Perlembagaan.Dalam mengangkat prinsip
Kedaulatan Undang-Undang, penguatkuasaan undang-undang masih menjadi pertikaian.
Begitulah juga dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan. Ada yang tidak memahami
kedudukan dan kepentingan moral, kesopanan dan kesusilaan walaupun nilai itu adalah antara
benda yang paling senang yang nak dibuat. Kita nampak ada kelompok yang menggalakkan
kebebasan peribadi walaupun amat jelas kesannya ke atas prinsip kesopanan dan
kesusilaan.Dalam kepelbagaian agama, budaya dan bangsa, masyarakat kita sentiasa
mengalami ketidakserasian mengenai elemen identiti nasional ini, sering kali menyalahkan
bangsa yang lain jika berlakunya kesalahan. Keadaan ini adalah benda buruk dalam sebuah
negara berbilang kaum, berbeza budaya dan menganut dan mengamal agama yang pelbagai.
5
1
>.
Kesimpulannya, Masyarakat malaysia yang berbilang kaum dan bangsa,agama dan budaya,
tidak kira tua atau muda,tidak boleh berpura-pura mengenal identiti negara. Identiti nasional
hendaklah sama-sama diperkasa dan dirasa, bukan diperkata hanya untuk berpura-pura.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/01/118449/memperkasa-identiti-nasional , Dr
Shamrahayu A Aziz - Januari 27, 2016
6
1
>.
2.3 Teras 3
2.3.1 EKOSISTEM PERPADUAN
Pencapaian Dasar Perpaduan Negara dan Blueprint Perpaduan Negara 2021-2030 ini
kelak dapat menentukan tahap keharmonian dan perpaduan negara untuk tempoh 10 tahun akan
datang dan tahun-tahun berikutnya.. Wan Ahmad Fayhsal berkata, antara undang-undang yang
berkuatkuasa dalam menangani isu keharmonian antara kaum di negara ini ialah Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan
rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan untuk kesalahan
menakut-nakutkan secara jenayah. Selain itu, Seksyen 505 Kanun Keseksaan bagi kesalahan
mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, Seksyen 504 Kanun Keseksaan
bagi kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah
keamanan serta subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 bagi kesalahan menghasut. Beliau berkata,
Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 juga
menggariskan strategi memperkukuh ekosistem perpaduan melalui pemantapan sistem
pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang.Kementerian amat menitikberatkan tindakan
penguatkuasaan secara saksama kepada semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/893118/rakyat-pelbagai-kaum-sudah-
matang
Zanariah Abd Mutalib - November 29, 2021 @ 11:32
17
>.
3.0 Perpaduan.
3.2 Cara untuk mengukuhkan perpaduan.
Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan,rakyat Malaysia
tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti.Jika slogan tersebut dibaca dengan
teliti,ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang
kaum,budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu,saling menghormati antara
satu sama lain serta saling membantu sesame jiran tetangga.
Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan
kesejahteraan serta kemakmuran negara.Oleh yang demikian, perpaduan adalah elemen yang
penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.Tanpa
perpaduan nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian
lama akan hilang dalam sekelip mata.Persoalannya bagaimanakah kita dapat mengukuhkan
perpaduan kaum di negara ini.
Selain itu,dalam membentuk perpaduan,rakyat perlulah bergaul dan memupuk
persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut,ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan
nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.Bak kata pepatah,”melentur buluh
biar dari rebungnya.”
Akhri sekali,Ibu Bapa boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai
Bahasa,seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.Apabila remaja sekarang menguasai
pelbagai Bahasa mereka dapa berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa atau orang
tidak kenal dengan mudah.Nilai-nilai perpaduan dapat memanfaatkan kepada remaja agar
jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang sempurna.
https://www.academia.edu/27120889/Langkah_Mengukuhkan_Perpaduan_Dalam_Kalangan
_Rakyat_Malaysia September 15th,2014 (Noor Hidayah Yusuf).
8
1
>.
4.0 Pelaksanaan aktiviti perpaduan di Malaysia.
Usaha kerajaan dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan
untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia adalah salah satu tindakan yang amat dialu-
alukan.Menurut Perdana Menteri Malaysia sebelum ini konsep 1Malaysia (perpaduan kaum)
dapat dijayakan melalui majlis-majlis sebegini.
4.1 Menganjurkan majlis rumah terbuka.
Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka,seluruh rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaummemberi komitmen yang tinggi.Mereka menghadirkan diri dan
berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan
antara kaum di Malaysia. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di
antara satu sama lain di dalam masyarakat Malaysia. Keharmonian seperti ini dapat
menghapus melaui sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat kian tertanam didalam jiwa
masyarakat ini.
4.2 Melaksanakan sekolah wawasan.
Sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan
hasrat ini.Dengan pengenalan sati sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia(KPM),ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung.Selain
itu,terdapat kawasan sekolah yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Sekolah Jeins Kebangsaan Tamil.
Melalui pelaksanaan ini sekolah wawasan ini,ianya juga dapat mempercepatkan proes
perpaduan.
1
9
>.
4.3 Program Kenegaraan seperti Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN).
Kerajaan telah mewajipkan remaja yang berumur 17 Tahun ke atas untuk menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).PLKN bertujuan untuk melahirkan semangat
perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmukyang bakal menjadi pemimpin
negara satu hari nanti.Para remaja berbilang kaum bekerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti
peribahasa ‘’Bagai aur dengan tebing’’sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa PLKN
memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk peprpaduan kaum.
https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:40 PM,8 mei 2020.
10
1
>.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia sangat lah penting,kerana
perpaduan dapat menjadikan negara Malaysia kita sebagai contoh dan dapat memajukan
menjelang tahun 2022.Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi mencapai Hasrat wawasan
pada tahun 2022.Bekas perdana Menteri kita iaitu Dr.Mahathir Mohamad , telah
mengemukakan wawasan 2020 dalam persidangan pertama majlis perdagangan Malaysia pada
tahun 1991.Dalam ucapannya, beliau mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai
cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara yang harmoni dan utuh.Perpaduan hanya
tercapai jika rakyat kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan
kekitaan sebagai warga Malaysia.Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara
kita ke tahap kemajuan yang diimpikan,dengan itu marilah kita terus memperbaiki
kesilap,keburuk dan terus menunjukkan sifat yang harmoni dalam kalangan kaum.Oleh itu
marilah kita teruskan mencapai harat wawasan.
1
11
>.
SUMBER RUJUKAN
Michieldb 10 March 2018 Pengenalan : Source;-
Http://1malaysiaunited.Blogspot.Com/2018/03/Maksud-Dan-Kepentingan-
Perpaduan.Html?M=
Ku Hasnan Ku Halim .31 Ogos 2020 .Patriotisme : Source:
Https://Www.Sinarharian.Com.My/Article/99031/Khas/Pendapat/Patriotisme-Bukan-
Sekadar-Semangat .
Ku Hasnan Ku Halim .31 Ogos 2020. Demokrasi : Source:- Source;-
Https://Www.Sinarharian.Com.My/Article/90613/Kolumnis/Membedah-Maksud-
Demokrasi ,
Dr Shamrahayu A Aziz - Januari 27, 2016Identiti Nasional :
Https://Www.Bharian.Com.My/Kolumnis/2016/01/118449/Memperkasa-Identiti-
Nasional ,
Zanariah Abd Mutalib - November 29, 2021. Ekosistem Perpaduan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/893118/rakyat-pelbagai-kaum-
sudah-matang
(Noor Hidayah Yusuf).– September 15, 2014 Perpaduan :
Https://Www.Academia.Edu/27120889/Langkah_Mengukuhkan_Perpaduan_Dalam_
Kalangan_Rakyat_Malaysia September 15th,2014
Ipendidikan 8 Mei 2020pelaksana Aktiviti Di Malaysia :
Https://Www.Ipendidikan.My/Usaha-Usaha-Untuk-Memupuk-Perpaduan-Kaum.Html
12
1
>.
1
>.
16
>.
17