The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 21079.charlotte, 2022-04-15 05:40:45

Permainan Tradisional

malay coursework

Permainan
Tradisional

Rachel, Sinduja, Charlotte

Biodata

Sinduja

Saya merupakan gadis yang comel dan sangat menarik kepada lelaki.
Saya berumur 15. Saya suka mengumpat ataupun lebih dikenali
sebagai “membawang” dengan rakan-rakan saya. Banyak orang
mempercayai bahawa saya mempunyai ciri-ciri pemimpin Alpha.
Walaubagaimanapun, ada juga orang yang berfikir bahawa saya hanya
mengarut dan “syok sendiri” kerana mereka berasa cemburu.

Rachel

Saya Rachel Lee Weng Yen. Saya berumur 14. Saya seorang pelajar
yang comel dan bertanggungjawab. Saya suka tidur dan bermain
permainan komputer.

Charlotte

Saya seorang budak yang suka Taylor Swift. Selain itu, saya suka tidur. Saya benci belajar
kerana saya seorang yang sangat malas.

Senarai Kandungan

1. Pengenalan - Sinduja
2. Jenis-jenis permainan tradisional - Rachel
3. Sejarah mengenai permainan tradisional - Sinduja
4. Cara bermain - Charlotte
5. Langkah-langkah untuk mengekalkan tradisi ini - Charlotte
6. Rumusan- Rachel
7. Lampiran

Pengenalan

Tradisi merupakan sesuatu dari negara kita yang menjadikan kita unik antara negara-negara yang
lain. Permainan tradisional merupakan satu daripada tradisi yang memegang peranan yang
penting dalam pemeliharaan tradisi dalam sesuatu bangsa.

Permainan tradisional seronok dan mudah untuk berasa kagum dengannya. Permainan
sememangnya dibina untuk menyeronokkan pemain-pemainnya. Oleh sebab itu, kanak-kanak
tidak berasa bosan ketika bermain dengannya, bukan seperti tradisi lain yang selalunya tidak
diberi perhatian oleh budak kini. Maklumlah bahawa kanak-kanak secara tidak langsung dapat
menghargai tradisi bangsanya sambil seronok bermain permainan tradisional.

Kepelbagaian permainan tradisional juga menjadinya pendahuluan yang sesuai untuk
belajar tentang sesuatu bangsa. Setiap bangsa mempunyai permainan yang mencerminkan
budayanya dari segi peraturan permainan atau cara bermainnya. Kita dapat belajar banyak
tentang sesuatu bangsa daripada bermain sahaja.

Permainan tradisional merupakan cara yang efektif untuk mengeratkan hubungan sesama
keluarga. Walaupun, ibu bapa dan kanak-kanak berada di dalam generasi yang jauh antara satu
sama lain, mereka berkongsi cinta akan permainan. Ibu bapa dapat melihat anak mereka menilai
permainan tradisi yang menaikkan harapan mereka untuk pemeliharaan tradisi mereka pada masa
hadapan.

Kita mestilah mengutamakan permainan tradisional sebagai cara penubuhan tradisi dalam
generasi kini. Kita tidak patut mengabaikannya dengan anggapan bahawa permainan tidak boleh

membawa manfaat. Permain tradisional perlu dipentingkan supaya setanding dengan tradisi lain
dari segi kepentingan.

Jenis-jenis permainan tradisional

Terdapat banyak permainan traditional. Antaranya, congkak ialah salah satu permainan
traditional. Alatan yang digunakan untuk bermain congkak ialah papan kayu yang berlubang dan
biji congkak. Bukan itu sahaja, sepak bulu ayam berkatogari dalam jenis permainan traditional.
Sepak buku ayam berbentuk serupa bulu tangkis yang berwarna-warni.

Apakah kebaikan bermain permainan traditional? Dengan bermainnya, masyarakat dapat
menambahkan pengetahuan tentang permainan traditional. Hal ini kerana semasa kita bermain
permainan traditional, kita dapat mengetahui cara bermain permainan traditional. Oleh itu, kita
tidak akan disertai seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, masyarakat dapat mengeratkan
hubungan antara keluarga dan kawan-kawan bak peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.
Seteruanya, bermain permainan traditional boleh mengisi masa lapang kita. Dengan demikian,
kita tidak akan membazirkan masa dengan tidur dan makan sahaja kerana masa itu emas.

Sejarah mengenai permainan tradisional

Congkak dan sepak bulu ayam merupakan permainan tradisional Melayu yang amat
disukai oleh kanak-kanak dulu dan kini juga. Walaupun kita suka bermain permainan tersebut,
adakah kita mengetahui tentang sejarahnya? Sejarah permainan tradisional Melayu sangat
menarik untuk dipelajari dan mengingati apabila kita bermain permainan tradisional ini nanti.

Congkak merupakan permainan yang lama dimain di dalam kalangan masyarakat Melayu
di negara kita. Congkak dikatakan berasal dari negara Arab. Permainan ini tersebar ke Malaysia
dan negara Asia Tenggara yang lain melalui pedagang-pedagang Arab yang berdagang ke negeri
Melaka yang merupakan pusat perdagangan yang terkenal pada zaman itu. Congkak diberi
namanya kerana mula-mulanya dimain dengan kulit kerang yang juga digelar ‘congkak’.

Sepak bulu ayam dipercayai datang dari negara China dan namanya dikenali sebagai
‘chien tsu’. Permainan ini mungkin datang ke Malaysia pada masa penjajahan British di mana
masyarakat Cina yang banyak bermigrasi ke Malaysia untuk menjadi pekerja, pedagang dan
pelombong. Permainan ini juga terkenal di negara di luar Asia Tenggara juga seperti Amerika,
Sweden dan Belanda.

Konklusinya, sejarah di belakang permainan tradisional Melayu sangat unik, oleh kerana
pengaruhan bangsa lain. Kita perlulah mengetahui sejarah permainan tradisional negara kita
kerana kita merupakan masyarakat negara ini.

Cara bermain

Sepak bulu ayam - Sebelum permainan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan
giliran. Undian secara “lai lai li tam pom” untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang
perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah
timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih
dahulu. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi

tumit kaki sahaja. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan
giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola

jatuh ketanah. Jumlah timbangan tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang
dapat dilakukan akan dikira. Pemain yang kalah akan dikenakan denda. Pemain yang kalah
dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang
bola sebanyak tiga kali.

Congkak - Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap
"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah
dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada
buah ia dikira mati. Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka
ia boleh meneruskan permainan. Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung
lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. Sekiranya ia mati di
kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah,
maka ia mati dalam kerugian.Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam
kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah

rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira
kalah

Langkah-langkah untuk mengekalkan tradisi ini

Permainan tradisional sungguh penting kepada kita kerana permainan-permainan tersebut
mewakili nenek moyang kita. Oleh itu, kita haruslah mengekalkan tradisi ini supaya tradisi tidak
pupus. Terdapat banyak cara untuk mengekalkan tradisi ini.

Antaranya, pihak kerajaan boleh mengadakan pertandingan permainan tradisional.
Peserta-peserta boleh bersaing antara satu sama lain bermain permainan-permainan tradisional.
Selain itu, ibu bapa juga hendak mendidik anak-anak sejak kecil tentang kepentingan permainan
tradisional. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, ibu bapa hendaklah
memasti anak-anak mengetahui kebaikan bermain permainan tradisional. Selain itu, pihak
sekolah boleh mengadakan pameran permainan tradisional. Hal ini kerana, murid-murid boleh
belajar banyak daripada pameran-pameran. Kesannya, mereka tidak digelar sebagai katak di
bawah tempurung.

Pada era globalisasi ini, banyak orang tidak bermain permainan tradisional kerana tidak
diajar atau tidak tahu cara-cara bermain permainan-permainan tersebut.Tetapi, kita perlu
mengekalkan tradisi tersebut kerana khazanah yang kita mewarisi daripada nenek moyang kita
tidak boleh pupus.

Rumusan

Kesimpulannya, kita mengetahui tentang jenis permainan traditional, sejarah permainan
traditional. Dengan bermain permainan traditional, banyak faedah yang akan mendatangkan
kepada kita. Oleh itu, marilah kita bermain permainan traditional sejak kecil kerana bak
peribahasa meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Lampiran

1. http://jemariasmara.blogspot.com/2011/12/cara-cara-main-congkak.html
2. https://dokumen.tips/documents/sepak-bulu-ayam.html
3. Otak kami yang cerdik seperti Sang Kancil.
4. Ciri-ciri pemimpin yang biasa untuk Sinduja seorang Alpha.
5. Congkak: Pengenalan Congkak (congkakumie.blogspot.com)
6. Sepak Bulu Ayam – CERITA AKU | DENNIS ZILL


Click to View FlipBook Version